The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-42116646, 2021-08-10 05:28:30

Kemahiran menghantar bola

KEMAHIRAN
DALAM BOLA

JARING

Menghantar bola

3.0 MENGHANTAR BOLA
Dalam permainan bola jaring, pemain tidak dibenarkan berlari sambil

membawa bola. Pemain terpaksa menggerakkan bola dengan membuat hantaran
pada masa yang tepat dengan cara yang sesuai dengan situasi permainan kerana
dalam permainan bola jaring tidak ada pilihan untuk menggelecek bola. Negara-
negara yang maju dalam bola jaring membentuk corak permainan mereka
berdasarkan kemahiran hantaran yang dikatakan sebagai paling berkesan untuk
pasukan tersebut. Terdapat beberapa cara menghantar bola yang biasa dilakukan,
antaranya ialah:

i. Hantaran aras bahu
ii. Hantaran aras dada
iii. Hantaran lantun
iv. Hantaran aras kepala
v. Hantaran rendah/sisi/bawah
vi. Hantaran sisi Hantaran lob
vii. Hantaran peluru
viii. Hantaran bawah bahu

3.1 Jenis-jenis hantaran
Hantaran dalam bola jaring tergolong dalam dua kategori, iaitu hantaran dua tangan
dan hantaran satu tangan. Hantaran ini terdapat dalam dua kategori iaitu hantaran
bola tinggi dan hantaran bola rendah.
1. Hantaran dua tangan:

- Hantaran dada
- Hantaran lantunan
- Hantaran atas kepala
- Hantaran sisi
2. Hantaran satu tangan:
- Hantaran aras bahu
- Hantaran lob
- Hantaran peluru
- Hantaran bawah bahu
- Hantaran lantun

Hantaran boleh dilakukan dengan menggunakan sebelah atau kedua-dua belah
tangan, semasa pemain dalam keadaan bergerak atau dalam keadaan statik atau
pegun.

Cara seseorang pemain menghantar bola kepada rakan sepasukannya adalah
bergantung kepada beberapa faktor situasi seperti:
a. Kedudukan pihak lawan yang mengawal penerima
b. Jarak penerima dari penghantar
c. Ruang yang sedia ada untuk penerima bergerak

3.2 Teknik dan tujuan hantaran

3.2.1 Hantaran aras dada
Dengan kedua-dua belah tangan. Bola mula ditolak dari dekat badan di aras dada
dengan jari-jari tangan melingkungi bola. Tolak bola dengan kuat dengan meluruskan
siku dan diakhiri dengan tolakan jari-jari.

Tujuan:
Untuk penghantaran yang pantas, segera dalam jarak yang sederhana apabila
penerimaan tidak dihalang oleh lawannya.

Butir-butir mengajar:
- Badan dalam kedudukan seimbang
- Sebelah kaki melangkah ke arah lontaran
- Luruskan tangan serentak dengan hantaran

3.2.2 Hantaran lantunan
Menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan. Dengan sebelah tangan,
mulakan pergerakan melontar bola dari aras bahu sambil merendahkan badan.
Dengan kedua-dua belah tangan, mula tolakan dengan bola dari aras dada. Sambil
menolak bola, pemain melangkah sebelah kaki ke depan untuk mengimbangi
badannya.

Tujuan:
Untuk membuat hantaran secara mengejut bagi menembusi kawalan ketat. Gerak
keliru digunakan sebelum bola dilantunkan kepada penerimanya.

Butir-butir mengajar:
- Lantunkan bola tepat kepada sasaran dengan pergerakan pergelangan tangan
- Bertindak dengan pantas
- Ketika melantunkan bola, condongkan sedikit badan ke depan

3.2.3 Hantaran atas kepala atau hantaran lob
Dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Bola diangkat tinggi ke atas kepala
dan dilontar ke sasarannya dengan meluruskan siku.

Tujuan:
Untuk mengatasi kawalan pemain yang menghadang penerima.

Butir-butir mengajar:
- Bawa bola ke belakang kepala sebelum melontarnya
- Luruskan siku ketika melepaskan bola ke depan
- Pandang pergerakan penerima

3.2.4 Hantaran sisi/rendah/bawah
Menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan. Bola dibawa ke sisi badan pada
aras pinggang. Dengan menggunakan kedua-dua belah tangan, bola digerakkan
(ditolak ke arah pemain). Dengan menggunakan sebelah tangan, mulakan pergerakan
bola dari belakang badan. Cara menghantar bola hampir sama dengan pergerakan
picing dalam softball.

Butir-butir mengajar:
- Sambil menghantar bola, pindahkan berat badan ke kaki depan
- Gunakan pergerakan pergelangan tangan untuk mengarahkan bola ke sasaran

3.2.5 Hantaran aras bahu
Dengan sebelah tangan dari atas aras bahu. Melangkah ke arah penerima sambil
memindahkan berat badan kepada kaki yang melangkah ke depan (tangan kanan
memegang bola, kaki kiri melangkah).

Tujuan:
Supaya hantaran bola adalah jauh dan tinggi.

Butir-butir mengajar:
- Gerakkan bola dari belakang kepala dengan kedudukan siku yang dibengkokkan
- Tangan dan jari ikut lajak ke arah lontaran

3.2.6 Hantaran peluru
Ini merupakan hantaran aras pinggang yang laju. Mulakan dengan bola di tangan
balingan pada aras pinggang, dengan siku bersebelahan pinggang. Jarakkan kaki
seluas bahu, dengan kaki bertentangan tangan balingan di hadapan. Bengkokkan
lutut sedikit dan imbangkan badan. Untuk memulakan hantaran, buka lengan dan
pergelangan tangan, libaskan tangan ke hadapan untuk menghantar bola pada
garisan yang lurus ke arah sasaran. Ikut lajak dengan tangan balingan dan kaki
belakang. Pindahkan berat badan ke hadapan.

Tujuan:
Untuk menghantar bola dengan cepat dalam ruang yang sempit.

Butir-butir mengajar:
- Bersedia untuk menghantar bola pada garisan yang lurus ke arah sasaran
- Ikut lajak dengan tangan balingan dan kaki belakang
- Alihkan berat badan ke hadapan (ke kaki)


Click to View FlipBook Version