HARI PENDAFTARAN & HARI SUAI KENAL (HSK) KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR 20 - 22 OGOS 2023 SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU SESI I 2023/2024
SELAYANG PANDANG KKBP menawarkan empat (4) program pengajian iaitu program Sijil Penyelenggaraan Bangunan (SPB), program Sijil Pengoperasian Perniagaan (SPP) dan program Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan (STP) yang ditawarkan di kampus Bandar Penawar manakala program Sijil Teknologi Maklumat (STM) ditawarkan di Kolej Komuniti Bandar Penawar Cawangan Gelang Patah. Setiap program direka supaya menyamai piawaian kehendak industri atau perkhidmatan. Tempoh pengajian setiap program adalah 24 bulan termasuk latihan industri. Seiring dengan matlamat mewujudkan persekitaran pembelajaran sepanjang hayat, KKBP turut menawarkan kursus jangka pendek kepada komuniti setempat untuk meningkatkan kemahiran dan tahap sosioekonomi masyarakat. Kolej Komuniti Bandar Penawar (KKBP) telah dibuka secara rasminya pada 01 Mac 2003 dengan menumpang di bangunan Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi. Kini, Kolej Komuniti Bandar Penawar telah beroperasi sepenuhnya di kampus yang terletak di Jalan Ungku Abdul Aziz, Bandar Penawar, Johor. KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR
Menyediakan akses yang meluas kepada program TVET yang berkualiti dan diiktiraf. Memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat. Melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang. Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan. Menjadi peneraju institusi TVET yang unggul. VISI & MISI KOLEJ KOMUNITI VISI MISI
Hari Suai Kenal (HSK) merupakan satu program wajib bagi mengalu-alukan kemasukan pelajar baharu. Sepanjang HSK dijalankan, pelajar akan memperoleh maklumat yang berguna mengenai KKBP. HARI SUAI KENAL (HSK) KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR SESI I 2023/2024 Kehadiran pada setiap aturcara dan aktiviti Hari Suai Kenal adalah wajib bagi setiap pelajar. Pelajar dikehendaki berpakaian kemas dan sopan sepanjang Hari Suai Kenal ini dijalankan. Tanda nama/kad matrik hendaklah dipakai sepanjang masa di dalam kawasan kampus kolej. Hanya penggunaan kasut bertutup sahaja dibenarkan sepanjang pelajar berada di dalam kampus kolej. Pelajar lelaki mestilah berambut pendek, kemas dan tidak diwarnakan. Pelajar lelaki hendaklah memakai baju kemeja atau t-shirt berkolar, berseluar slack, berkasut dan memakai stokin. Pelajar perempuan diwajibkan bertudung (muslim), baju kebangsaan, longgar dan sopan. PERATURAN HARI SUAI KENAL (HSK)
KOD ETIKA PAKAIAN PELAJAR PADA HARI PENDAFTARAN KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR SESI I 2023/2024
TENTATIF HARI SUAI KENAL (HSK) KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR SESI I 2023/2024
TENTATIF HARI SUAI KENAL (HSK) KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR SESI I 2023/2024
KEMUDAHAN & FASILITI PERPUSTAKAAN PUSAT ISLAM KAFETERIA
KEMUDAHAN & FASILITI MAKMAL GELANGGANG FUTSAL BAS
Negaraku Tanah Tumpahnya Darahku Rakyat Hidup Bersatu dan Maju Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan Raja Kita Selamat Bertakhta Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan Raja Kita Selamat Bertakhta LIRIK LAGU NEGARAKU
Allah Peliharakan Sultan ‘Nugerahkan Dia Segala Kehormatan Sihat dan Ria Kekal dan Makmur Luaskan Kuasa Menaungkan Kami Rakyat dipimpini Berzaman Lagi Dengan Merdeka Bersatu Hati Allah Berkati Johor Allah Selamatkan Sultan LIRIK LAGU BANGSA JOHOR
LIRIK LAGU POLYCC Mulakan Langkahmu Dengan Fikiran Terbuka Setiap Insan Punyai Kelebihan Sendiri Asah Kemahiran Di Peringkat Lebih Tinggi Usaha dan Harapan Akan Tercapai Ayuh Semua Berdiri Bangkit Semua Mimpi Jadi Realiti Ayuh Semua Jangan Ragu Destinasi POLYCC Satu Tujuan Satu Harapan Membangun Generasi Berprestasi Tinggi POLYCC Berinovasi POLYCC Pilihan Pasti Seluruh Malaysia Destinasi POLYCC
IKRAR PELAJAR AKU JANJI PELAJAR Kami pelajar-pelajar Kolej Komuniti Bandar Penawar dengan sesungguhnya dan sebenarnya berjanji bahawa kami : Akan mematuhi semua undang-undang, kaedahkaedah, peraturan-peraturan dan apa-apa arahan yang terpakai kepada pelajar-pelajar Kolej Komuniti yang dibuat dari semasa ke semasa sepanjang kami menjadi seorang pelajar Kolej Komuniti. Iaitu semua peraturan bertulis Kolej Komuniti Bandar Penawar dan Akta Institusi- Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174) serta pindaan-pindaannya. Kami sesungguhnya faham sekiranya kami tidak mematuhi mana-mana peruntukan dalam undang-undang, kaedah-kaedah, peraturanperaturan atau arahan tersebut, maka tindakan boleh diambil ke atas kami menurut peruntukan undang-undang, kaedah-kaedah, peraturanperaturan atau arahan berkenaan termasuklah disingkirkan daripada institusi.
JAWATANKUASA HARI PENDAFTARAN DAN HARI SUAI KENAL (HSK) KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR SESI I 2023/2024 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA HARI PENDAFTARAN
JAWATANKUASA HARI PENDAFTARAN DAN HARI SUAI KENAL (HSK) KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR SESI I 2023/2024 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA HARI SUAI KENAL (HSK)
JAWATANKUASA HARI PENDAFTARAN DAN HARI SUAI KENAL (HSK) KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR SESI I 2023/2024 PETUGAS-PETUGAS KAUNTER
JAWATANKUASA HARI PENDAFTARAN DAN HARI SUAI KENAL (HSK) KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR SESI I 2023/2024 PETUGAS-PETUGAS KAUNTER
TERIMA KASIH. SELAMAT MAJU JAYA. Kolej Komuniti Bandar Penawar kkbpenawar Kolej Komuniti Bandar Penawar, Jalan Ungku Abdul Aziz, 81930 Bandar Penawar, Johor Darul Takzim. 07-822 5800