Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SK. Pasir Puteh, Keningau, Sabah Kod Sekolah: XBA 1035 1. Nama Guru RAHINI BINTI DALUMIN 2. Judul 100 PANDUAN MEMBINA AMALAN YANG BAIK DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 3. Bidang: PENDIDIKAN 4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 6. Tempat Pembentangan 7. Sinopsis Buku yang ini mengandungi 166 muka surat termasuk glosari menerangkan tentang 100 Panduan membina amalan yang baik dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ia terbahagi kepada 6 Bahagian iaitu Bahagian 1:Gambaran keseluruhan,Bahagian 2 : Mencipta Etos,Bahagian 3:Organisasi, Bahagian 4:Pembangunan Sosial, Bahagian 5: kemahiran untuk Pembelajaran dan Bahagian 6: Imaginasi dan Permainan. Buku ini juga menerangkan bahawa Nadi amalan baik bukan semata-mata terkandung dalam aspek dokumentasi , sistem organisasi ataupun struktur fizikal persekitaran pendidikan awal kanak-kanak , tetapi lebih kepada manusia yang bertemu, bekerja dan bermain di situ iaitu dengan rasa tanggungjawab dan hormat tanpa terlalu terikat dengan perancangan malah lebih fleksibel dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran agar lebih menyeronokan dan berkesan. Buku ini juga mengandungi 100 panduan untuk membina amalan yang baik pada peringkat perkembangan awal kanak-kanak. Memberi pelbagai panduan menarik untuk menggalakkan dan memudahkan sesi pembelajaran Panduan meluputi aspek mewujudkan persekitaran pembelajaran yang berkesan serta meningkatkan kemahiran sosial, emosi dan tingkah laku kanak-kanak. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran 1. Sikap tanggungjawab dan menghormati individu lain merupakan amalan yang baik dalam memastikan pendidikan awal kanak-kanak menjadi lebih menyeronokan dan berkesan. 2. Guru sebagai pemudah cara dapat memberikan banyak masa untuk memberikan bimbingan dan tunjuk ajar 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P 1. Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah. Guru tidak terlalu terikat dengan perancangan malah lebih fleksibel dan menyeronokkan. 2. Murid dilatih untuk mendapatkan maklumat sendiri dari sumber yang disediakan menjadikan mereka lebih cerdas dan bersemangat Disediakan oleh, Disahkan oleh, ........................................................ ........................................................ ( RAHINI BINTI DALUMIN ) ( )
NAMA SEKOLAH : S.K PASIR PUTEH,KENINGAU KOD SEKOLAH : XBA1035 1 Nama WASNIAH BINTI MOHD ALI 2 Tajuk Buku Ibu Ayah Andaiku Menangis Air Mata Darah 3.Bidang: Keagamaan 4. Pengarang Dr. Kamilin Jamilin 5.Tahun Terbit: 2021 6. Penerbit Karya Pis sdn. Bhd. Muka Surat :183 7. Tarikh Pembentangan 8.Masa: 9. Tempat Pembentangan 10. Sinopsis : Buku ini memaparkan peringatan dan muhasabah diri untuk sentiasa berbakti kepada ibubapa walaupun dihimpit oleh pelbagai permasalahan hidup.Dalam Islam, penghormatan kepada ibu dan ayah diberi keutamaan selepas Rasulullah S.A.W.Justeru itu, kita hendaklah berbuat baik,menjaga nama baik serta mendoakan ibu dan ayah sepanjang hayat meskipun ibu dan ayah telah meninggal dunia. 11. Nilai Pengetahuan / Pengajaran : 1.Sentiasa berbakti kepada ibu dan ayah sepanjang hayat. 2.Sentiasa yakin bahawa keberkatan hidup jika mentaati dan menyayangi ibu dan ayah. 3.Sentiasa mendoakan ibu dan Ayah agar diampuni dosa dan ditempatkan dalam syurga Allah. 12. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / PdP : 1.Sentiasa bermuhasabah diri untuk memperbaiki kelemahan diri. 2.Menjadi rujukan untuk membimbing dan memberi motivasi kepada murid-murid dalam membina sahsiah murid. DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH: Was ________________ _____________________ ( Wasniah Bt. Mohd Ali ) ( )
NAMA SEKOLAH : S.K PASIR PUTEH,KENINGAU KOD SEKOLAH : XBA1035 1 Nama WASNIAH BINTI MOHD ALI 2 Tajuk Buku 50 Pengajaran Kisah LUQMAN AL-HAKIM 3.Bidang: Keagamaan 4. Pengarang Shaykh Abd. Al-Razzaq bin Abd Al-Muhsin AlBadr 5.Tahun Terbit: 2021 6. Penerbit Karya Pis sdn. Bhd. 7.Muka surat : 192 7. Tarikh Pembentangan 8.Masa: 9. Tempat Pembentangan 10. Sinopsis : Buku ini menerangkan wasiat-wasiat daripada Luqman Al-Hakim yang mengandungi faedah,bimbingan yang mulia,petunjuk yang berkat, kaedah dalam berdakwah yang penuh bijaksana,pendidikan anak-anak dan pengasuhan generasi muda serta pelbagai wasilah dalam meniti kehidupan yang membawa kepada kejayaan hidup di dunia dan di akhirat. 11. Nilai Pengetahuan / Pengajaran : 1.Sentiasa bertindak dengan bijaksana dalam mengharungi liku-liku kehidupan. 2.Sentiasa bersyukur dengan hati, lisan dan anggota badan atas segala kurnian Allah. 3.Sentiasa mengutamakan kasih sayang ibu bapa, ahli keluarga,para sahabat dan semua insan. 12. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / PdP : 1.Mengutamakan penegasan untuk mengajak insan melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. 2.Mengamalkan sifat berjiwa besar,bersikap adil dan sederhana,berakhlak mulia dan menjauhi sikap yang tercela. 3.Meyakini ilmu Allah meliputi segalanya dan setiap amalan baik mahupun buruk akan dihitung di akhirat kelak. DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH: Was ________________ _____________________ ( Wasniah Bt. Mohd Ali ) ( )
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SK PASIR PUTEH Kod Sekolah: XBA 1035 1. Nama Guru SHARINA BINTI WEELTHA 2. Judul RAISE A FUTURE GENIUS 3. Bidang: KEMANUSIAAN 4. Tarikh Pembentangan 12 JUN 2022 5. Masa: 2:00 PTG- 3:00 PTG 6. Tempat Pembentangan BILIK GURU 7. Sinopsis : Buku ini menghimpunkan cara-cara dan beberapa aktiviti yang boleh digunakan untuk menghasilkan seorang murid yang bijak dalam pelbagai aspek. Buku ini juga mencakupi berbagai perkongsian dan teknik berkesan untuk memahami seorang anak/ murid. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran Buku ini memberikan panduan melalui perkongsian cerita dan sekaligus memberi tunjuk ajar kepada guru novis untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam membentuk murid yang bijak dalam pelbagai aspek. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Membuka ruang kepada guru untuk memahami anak-anak murid dengan lebih dekat melalui kaedah pengajaran bermakna. Disediakan oleh, Disahkan oleh, SHARINA BINTI WEELTHA
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SK PASIR PUTEH Kod Sekolah: XBA 1035 1. Nama Guru SHARINA BINTI WEELTHA 2. Judul LEARNER AND LEARNING ENVIRONMENT 3. Bidang: KEMANUSIAAN 4. Tarikh Pembentangan 1 JUN 2022 5. Masa: 2:00 PTG- 3:00 PTG 6. Tempat Pembentangan BILIK GURU 7. Sinopsis : Buku ini berkisar mengenai maklumat dan teori pengajaran di dalam bilik darjah. Padat dengan perkongsian hasil kajian dan teori serta kaedah untuk memahami perkembangan murid-murid, 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran Buku ini memberikan panduan berguna akan cara menyampaikan ilmu pelajaran dengan pelbagai cara setelah memahami cara murd-murid berkembang. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Memberikan pengetahuan yang lebih banyak mengenai perkembangan murid dalam proses pembelajaran.Selain daripada itu, guru-guru juga boleh mengaplikasikan teori yang dikongsikan untuk memastikan murid berkembang secara kognitif seiring dengan sahsiah sebaik mungkin. Disediakan oleh, Disahkan oleh, SHARINA BINTI WEELTHA
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SK PASIR PUTEH Kod Sekolah: XBA 1035 1. Nama Guru SHARINA BINTI WEELTHA 2. Judul WHEN YOU ARE EXPECTING 3. Bidang: KEMANUSIAAN 4. Tarikh Pembentangan 6 JUN 2022 5. Masa: 2:00 PTG- 3:00 PTG 6. Tempat Pembentangan BILIK GURU 7. Sinopsis : Buku ini berkisar mengenai maklumat dan teori sains akan bagaimana kortisol menyumbang kepada peningkatan berat bada, depresi,osteoporosis dan sebagainya. BUku ini juga meberikan input secara mendalam,haisl daripada kajian-kajian yang telah dijalankan. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran Buku ini memberikan panduan berguna akan cara menjaga kesihatan diri melalui ilmu tubuh badan manusia. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Memberikan pengetahuan yang lebih banyak mengenai istilah sains berkaitan perhubungan kortisol dengan beberapa masalah kesihatan. Ilmu ini boleh dimanfaatkan secara perkongsian semasa sesi pengajaran ataupun diselitkan sebagai pengetahuan umum murid-murid. Disediakan oleh, Disahkan oleh, SHARINA BINTI WEELTHA
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SK PASIR PUTEH Kod Sekolah: XBA 1035 1. Nama Guru SHARINA BINTI WEELTHA 2. Judul KITCHEN OF A GREAT MIDWEST 3. Bidang: KEMANUSIAAN 4. Tarikh Pembentangan 16 JUN 2022 5. Masa: 2:00 PTG- 3:00 PTG 6. Tempat Pembentangan BILIK GURU 7. Sinopsis : Buku ini mengisahkan akan perjalanan seorang wanita yang berusaha mengejar impian untuk menjadi seorang jurumasak.Buku ini sarat dengan pengajaran yang berimpak dan berguna untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran Buku ini memberikan panduan berguna melalui perkongsian cerita dan sekaligus memberi tunjuk ajar kepada guru novis agar berusaha dengan lebih gigih dalam memastikan kemenjadian seoarang murid. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Memberikan pengetahuan yang lebih banyak mengenai kerjaya jurumasak yang boleh digunakan dalam memberi penjelasan kepada murid-murid mengenai bidang kerja tersebut. Selain daripada itu,nilai moral dalam cerita ini juga dapat diaplikasikan dalam kehidupan agar murid sentiasa bersemangat dalam mengejar cita-cita. Disediakan oleh, Disahkan oleh, SHARINA BINTI WEELTHA
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SK PASIR PUTEH Kod Sekolah: XBA 1035 1. Nama Guru SHARINA BINTI WEELTHA 2. Judul CORTISOL CONNECTION 3. Bidang: KEMANUSIAAN 4. Tarikh Pembentangan 6 JUN 2022 5. Masa: 2:00 PTG- 3:00 PTG 6. Tempat Pembentangan BILIK GURU 7. Sinopsis : Buku ini berkisar mengenai maklumat dan teori sains akan bagaimana kortisol menyumbang kepada peningkatan berat bada, depresi,osteoporosis dan sebagainya. BUku ini juga meberikan input secara mendalam,haisl daripada kajian-kajian yang telah dijalankan. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran Buku ini memberikan panduan berguna akan cara menjaga kesihatan diri melalui ilmu tubuh badan manusia. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Memberikan pengetahuan yang lebih banyak mengenai istilah sains berkaitan perhubungan kortisol dengan beberapa masalah kesihatan. Ilmu ini boleh dimanfaatkan secara perkongsian semasa sesi pengajaran ataupun diselitkan sebagai pengetahuan umum murid-murid. Disediakan oleh, Disahkan oleh, SHARINA BINTI WEELTHA
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU (a) Nama : SAUYAH BTE LAJIM (b) Sektor / Unit/ Organisasi : SK PASIR PUTEH KENINGAU Bil. Perkara Catatan 1. Tajuk Buku: MEMBINA PERIBADI MUSLIM 2. Pengarang: ENGKU AHMAD ZAKI ENGKU ALWI 3. Tahun diterbitkan: 2005 4. Diterbitkan oleh: ALAF 21 SDN. BHD 5. Sinopsis Buku Yang Dibaca: (208 MUKA SURAT) Membina Peribadi Muslim adalah sebuah buku yang boleh dijadi panduan bagi setiap Muslim dalam menghiasi diri dengan akhlak yang mulia. Buku ini menyoroti beberapa konsep yang menjadi panduan serta bimbingan kepada umat Islam agar sentiasa melatih diri ke arah kehidupan yang diredhai. Zikir berupaya menjadi terapi kegundahan jiwa di samping menghembus ketenangan hati dalam mengharungi pentas kehidupan. Begitu juga dengan muhasabah diri sebagai pelengkap yang menjadi teras kecemerlangan dalam membentuk jati diri individu terbilang. Tiada yang lebih berharga pada diri seseorang Muslim itu melainkan akhlak yang terpuji kesan daripada didikan junjungan mulia Rasulullah s.a.w dalam jiwa umatnya. Sesungguhnya akhlak Rasulullah s.a.w itu adalah akhlak al-Quran. Sepatutnya, al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w yang gemilang dan cemerlang itu dijadikan sumber rujukan dalam menjejaki keterampilan akhlak yang luhur agar ia dapat mewarnai kehidupan manusia sejagat. Buku kecil ini sewajarnya dimiliki oleh semua lapisan masyarakat ke arah melahirkan generasi al-Quran yang unik. 6. Manfaat / pengajaran yang diperoleh daripada buku yang dibaca: 1. Menyarankan agar mengamalkan muhasabah diri setiap hari. 2. Islam menganjurkan zikir atau pembacaan Al-Quran sebagai cara dalam mencari ketenangan. 3. Selain memberikan pendidikan akademik, guru berperanan dalam pembentukan akhlak murid-murid maka guru perlu menunjukkan contoh. 4. Jika berdepan dengan apa jua situasi atau masalah, jangan terburu-buru dalam mencari jalan keluar umpama jika ada kes berlaku di sekolah maka guru perlu tenang dalam mengatasi dan menyelesaikannya. 7. Tandatangan:
(a) Nama : SAUYAH BTE LAJIM (b) Sektor / Unit/ Organisasi : SK PASIR PUTEH KENINGAU Bil. Perkara Catatan 1. Tajuk Buku: KELUAR DARI TEMPURUNG ; Pembentukan Diri Ke Arah Kecemerlangan 2. Pengarang: AHMAD FAIZAL MOHAMED YUSUP 3. Tahun diterbitkan: 2002 4. Diterbitkan oleh: Utusan Publications & Distributors SDN BHD 5. Sinopsis Buku Yang Dibaca: (176 MUKA SURAT) Buku ini secara umumnya ditujukan kepada golongan remaja dan mengajak kita keluar dari tempurung yang membelenggu diri kita tanpa kita sendiri sedari. Menurut penulis buku ini, bangsa melayu datang dari China Barat lebih seribu tahun dahulu dan mendiami seluruh Kepulauan Melayu dan kemudian menjadi bangsa-bangsa yang kita kenali sekarang. Pedagang-pedagang India yang berdagang ke sinilah yang telah membawa agama Islam ke Tanah Melayu dipercayai dibawa ke tanah melayu seawal kurun ke-13. Dia juga mempersoalkan sekiranya benar bangsa melayu berasal dari keturunan Cina sudah pastinya kita merupakan bangsa yang rajin atau mungkinkah kita merupakan bangsa Cina yang dibuang daerah kerana kemalasan? Apa yang ingin diperkatakan ialah dimanakah bermulanya keturunan melayu yang pemalas yang tidak mempunyai daya saing. Kebanyakan kita mahukan kerja yang kurang tetapi ganjaran yang banyak. Kebanyakan kita hanya tahu untuk membuang masa, berkhayal, merasai cukup dengan apa yang ada, menyalahkan takdir dan sebagainya. Menurut kata lagenda Hang Tuah "tak melayu hilang di dunia" mungkin akan hilang kebenarannya kerana globalisasi atau dalam erti kata lain dunia tanpa sempadan akan mengalahkan kita kerana sikap kita sendiri. Penulis juga menekankan, walaupun 93 peratus daripada rakyat di negara ini boleh membaca namun tidak ramai yang menggunakan ilmu yang ada ini ke tahap yang membanggakan. Wang yang diketepikan untuk ilmu pengetahuan tidak sampai pun 5% daripada pendapatan. Itupun digunakan untuk membeli akhbar harian. Ada pula yang sibuk mencari pengetahuan-pengetahuan sama ada dalam bidang keagamaan, kewangan, sosial dan banyak lagi. Buku-buku yang dibeli kebanyakannya berdasarkan bagaimana untuk mencari kebahagiaan hidup, menjadi cemerlang, ketenteraman jiwa, menjadi kaya dan sebagainya. Ini dilakukan dengan harapan dengan ilmu itu kita akan dapat mengubah cara hidup kita kepada yang lebih baik. Memang tidak dinafikan. Namun sebenarnya buku ini lebih menekankan kepada ilmu yang paling asas adalah kesedaran diri kita tentang segala kurnia yang ada pada diri kita sendiri yang seakan tersembunyi. Katanya, kita sering terperangkap memikirkan apa yang ada di luar sana yang boleh membawa kebaikan pada kita. Jarang kita memikirkan tentang kebaikan / kurnia yang diberikan Tuhan kepada setiap seorang daripada kita. Kurniaan yang dimaksudkan ini ialah kurniaan masa, tenaga, akal fikiran, pancaindera
dan anggota. Buku ini menghuraikan hal kurniaan tersebut, saranan akan cara penggunaannya ke tahap yang optima dengan lebih jelas menggunakan gaya bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Kesimpulannya buku ini sesuai untuk memberikan pengisian dan kesedaran yang mana sekiranya digunapakai boleh membawa kepada perubahan sikap ke arah kehidupan yang lebih baik. 6. Manfaat / pengajaran yang diperoleh daripada buku yang dibaca: 1. Menyarankan kita tidak leka dengan kesenangan sebaliknya harus berusaha untuk memajukan diri. 2. Menyarankan kita tidak membazirkan masa sebaliknya mengisi masa dengan kerja yang berfaedah. 3. Tidak boleh berada dalam zon selesa yang negatif sebaliknya terus meningkatkan diri dengan pelbagai bidang pengetahuan. 4. Guna masa yang terluang di sekolah untuk meningkatkan ilmu dalam bidang ICT lebih-lebih lagi dengan pembelajaran e-learning. 7. Tandatangan:
(a) Nama : SAUYAH BTE LAJIM (b) Sektor / Unit/ Organisasi : SK PASIR PUTEH KENINGAU Bil. Perkara Catatan 1. Tajuk Buku: KELUAR DARI TEMPURUNG 2 ; Pembentukan Diri Ke Arah Kecemerlangan 2. Pengarang: AHMAD FAIZAL MOHAMED YUSUP 3. Tahun diterbitkan: 2005 4. Diterbitkan oleh: Utusan Publications & Distributors SDN BHD 5. Sinopsis Buku Yang Dibaca: (167 MUKA SURAT) Kecemerlangan insan akan dapat dikecapi bila kita mempunyai sikap yang positif dan dapat menangani semua masalah yang mendatang dalam kehidupan dengan mudah dan tenang sejajar dengan objektif buku ini. Masalah sebenarnya merupakan bebanan atau halangan bagi kita mencapai kecemerlangan kehidupan jadi kita perlu mempersiapkan diri dengan ilmu yang kukuh bagi mengatasinya dengan cekap dan cepat. Kebanyakan buku motivasi yang ada ditulis oleh Pakar Motivasi Barat yang melihat isu motivasi ini sama ada dari sudut Sosiologi ataupun Psikologi. Pakar Motivasi tempatan pula ada yang mencakup ilmu dari bidang yang sama sambil menerapkan nilai-nilai murni Islam di dalamnya. Buku-buku motivasi yang ada juga secara asasnya mendedahkan kaedah menangani masalah yang diasaskan oleh sarjanasarjana Barat yang tidak berapa sesuai perlaksanaannya di negara ini. Pada masa yang sama ada juga yang menggunakan kaedah penyampaian dengan pengisian generasi terdahulu yang tak berapa sesuai untuk generasi kini kerana perubahan budaya yang telah berlaku. Buku ini mempunyai pelbagai pengisian dan sesuai untuk pembacaan umum juga remaja kerana pengarang menyajikan konsep-konsep mudah dalam isu menangani masalah seperti Konsep Puting Beliung, Konsep Perigi, Konsep Zon dan yang lainnya yang mudah difahami dan diaplikasi bersesuaian dengan keadaan dan kehendak semasa. Disamping itu juga ia padat dengan pengisian berbentuk inovasi pengembangan ilmu yang mampu mengasah minda pembaca untuk berfikir dari luar tempurung kebiasaan. 6. Manfaat/ pengajaran yang diperoleh daripada buku yang dibaca: 1. Menyarankan kita harus bersikap positif dalam menangani sebarang masalah. 2. Menyarankan kita perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai bidang ilmu bagi mencapai kecemerlangan. 3. Guru perlu bersikap positif dalam apa jua masalah dengan murid. 4. Guru perlu membangunkan minda murid dalam menghadapi sebarang masalah. 7. Tandatangan:
(a) Nama : SAUYAH BTE LAJIM (b) Sektor / Unit/ Organisasi : SK PASIR PUTEH KENINGAU Bil. Perkara Catatan 1. Tajuk Buku: MENGURUS DISPILIN PELAJAR 2. Pengarang: ABDULLAH SANI YAHAYA 3. Tahun diterbitkan: 2006 4. Diterbitkan oleh: PTS PROFESSIONAL 5. Sinopsis Buku Yang Dibaca: (244 MUKA SURAT) Buku ini membincangkan disiplin pelajar dan panduan untuk menanganinya. Kandungannya merujuk Laporan Kabinet 1979 apabila sebahagian besar syor itu, banyak tertumpu kepada persoalan disiplin pelajar. Selain itu, masalah disiplin dalam kalangan pelajar tidak akan berhenti dan selesai begitu sahaja, tetapi berkehendakkan kepada usaha berterusan bagi menjamin keutuhan individu remaja yang kental dan memacu negara ini ke era yang lebih gemilang. Disiplin bukan suatu sekatan, tetapi satu cara teratur dalam melaksanakan satu warisan budaya bangsa yang dapat dilanjutkan dengan pembaikan di sana sini. Apa yang membimbangkan ialah pengaruh mendatang yang tidak berjaya dijaring dan dijala oleh generasi muda hari ini.Gejala ini dikhutiri akan memberikan kesempatan kepada orang luar untuk menguasai minda anak watan kita. Buku ini menjelaskan tentang disiplin pelajar, pelbagai masalah disiplin, mengenal sahsiah individu, kesan-kesan sahsiah pelajar yang tidak formal, kepentingan interaksi pelajar, pelbagai salah laku pelajar, cara pembangunan generasi mendatang, disiplin dalam bilik darjah, sekolah kondusif, hubungan antara disiplin dengan sosio emosi, tingkah laku Devian, peranan bimbingan & kaunseling dan pembimbing rakan sebaya dalam menangani disiplin pelajar. Oleh itu, harapan dan impian semua pihak agar generasi pelajar ini dapat membesar menjadi orang yang baik, mempunyai imej bermoral tinggi, bersikap waja diri dan tidak melihat institusi sekolah sebagai tempat tahanan dan kongkongan. 6. Manfaat/ pengajaran yang diperoleh daripada buku yang dibaca: 1. Guru juga perlu tahu tahap dan jenis disiplin pelajarnya. Ini akan dapat membantu para guru menentukan kaedah paling sesuai yang akan digunakan dalam menangani masalah-masalah disiplin yang timbul. Oleh itu pendekatan kreatif perlu untuk mengekang permasalahan ini. 2. Guna masa yang terluang di sekolah meningkatkan ilmu dalam bidang kaunseling lebih-lebih lagi terhadap pembelajarn e-learning. 7. Tandatangan:
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SK PASIR PUTEH Kod Sekolah: XBA1035 1. Nama Guru SARINA BINTI SYARIFUDDIN 2. Judul TELL IT AGAIN! 2 3. Bidang: ELEKTIF 4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 6. Tempat Pembentangan 7. Sinopsis COMPILATION OF CHILDREN STORIES THAT CAN BES USED AS ACTIVITIES IN THE CLASSROOM. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran READING IS ONE OF THE MOST IMPORTANT SKILLS IN LEARING LANGUAGE. CHILDREN STORIES IS ONE OF THE READING MATERIALS THAT CAN ATTRACT THE KIDS’ INTEREST IN READING. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P THE STORIES CAN BE USED IN CLASSROOM AND ALL THE STORIES COME WITH INTERESTING ACTIVITIES THAT CAN BE CONDUCTED IN THE CLASSROOM. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ........................................................ ........................................................ (SARINA BINTI SYARIFUDDIN )
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SK PASIR PUTEH Kod Sekolah: XBA1035 1. Nama Guru SARINA BINTI SYARIFUDDIN 2. Judul ASSESSING YOUNG LEARNERS 3. Bidang: ELEKTIF 4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 6. Tempat Pembentangan 7. Sinopsis VARIOS WAYS TO ASSESS THE PUPILS PERFORMANCE IN THE CLASSROOM. THE BOOK ALSO SHOWS VARIOUS ACTIVITIES THAT CAN BE USED TO ASSESS THE PUPILS . 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran THERE ARE SO MANY WAYS AND ACTIVITIES THAT CAN BE USED TO ASSESS THE PUPILS AND CAN ALSO BE USED IN THE CLASSROOM BASED ASSESSMENT. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P THE ACTIVITIES CAN BE USED IN CBA. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ........................................................ ........................................................ (SARINA BINTI SYARIFUDDIN )
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SK PASIR PUTEH Kod Sekolah: XBA1035 1. Nama Guru SABARIAH BINTI IRWANSYAH 2. Judul AYAHKU 3. Bidang: 4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 6. Tempat Pembentangan 7. Sinopsis Buku ini menceritakan sejarah dakwah dan penyebaran agama Islam di Asia Tenggara khususnya di Indonesia dan Malaysia melalui kacamata susuk yang terkenal di alam penulisan dakwah dan sastera, HAMKA. Penceritaan yang menarik ini ditata dengan penuh kasih dari mata seorang anak yang melihat ayah dan susur galur mereka menegakkan agama Islam dan ranjau duri yang mereka tempuh dalam berdakwah. Sejarah yang dilalui dan diceritakan ini hasil dari pengalaman penulis dan cerita yang diakui oleh insan yang sezaman ayahnya (sahabat dan keluarga) sangat membantu mengesahkan cerita yang disambut mulut ke mulut. Turut diselitkan bagaimana zaman penjajahan dan bagaimana penduduk sekitar berjuang hanya untuk mengisi perut dengan hanya sebatang ubi kayu sehari untuk sekeluarga. Kesimpulannya, penulis banyak memberi sumbangan maklumat kepada perkembangan pendidikan, sejarah, sahsiah, penghargaan kepada individu dalam sebuah perjuangan yang memberi impak besar kepada masyarakat dan negara khasnya. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran 1. Sejarah mengenai dakwah agama Islam di Asia Tenggara (Indonesia dan Malaysia khasnya) di mata seorang insan yang dipercaya kerana akhlak dan peribadinya 2. Penyelidikan sangat diperlukan dalam menceritakan sesuatu sejarah dan fakta agar kebolehpercayaan tidak boleh digugat oleh sesiapapun 3. Jika kita tidak menghargai sejarah dan belajar dari sejarah, maka perjuangan mereka yang terdahulu sehingga nyawa dipertaruhkan adalah sia-sia 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P BERI PENGETAHUAN PADA ANAK MURID DAN RAKAN SEKERJA Disediakan oleh, Disahkan oleh, ........................................................ ........................................................ ( SABARIAH IRWANSYAH ) ( )
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SK PASIR PUTEH Kod Sekolah: XBA1035 1. Nama Guru SABARIAH BINTI IRWANSYAH 2. Judul PARENTING WITH HEART 3. Bidang: 4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 6. Tempat Pembentangan 7. Sinopsis Buku ini menceritakan bagaimana kita sebagai ibu bapa mendidik anak dari hati. Cerita ini sangat dekat dengan watak ibu bapa dan guru di sekolah. Bukan sahaja ilmu keibubapaan yang perlu dinaiktaraf, tetapi penghargaan kendiri dan empati yang meletakkan nilai dan kemahuan seorang anak yang dahagakan perhatian dan kasih dari ibu bapa. Penulis juga menekankan bahawa menghargai anak dengan pelbagai teknik dan mendidik anak dengan ilmu yang lebih banyak amat membantu. Kepekaan ibu bapa dalam mencari kekuatan seorang anak juga diperincikan penulis dengan beberapa tips. Kesimpulannya, setiap ibu bapa harus berdamai dengan keperluan dan kehendak anak-anak dengan mengutamakan kelestarian berkeluarga demi masa hadapan yang lebih baik. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran 1. Ibu bapa adalah guru pertama bagi anak, maka mereka harus mempunyai ilmu dalam bab keibubapaan 2. Setiap ibu bapa diuji dengan pelbagai karenah anak, terpulang pada kebijaksanaan dan ilmu yang ada di dada bagi menyelesaikan setiap cabaran itu. 3. Menjadi ibu bapa tidak memberi kita lesen mengongkong anak, tapi memberi peluang yang adil bagi anak-anak. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Anak murid adalah anak setiap guru, maka ilmu keibubapaan sangat penting dalam memanusiakan murid yang tersayang. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ........................................................ ........................................................ ( SABARIAH IRWANSYAH ) ( )
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SK PASIR PUTEH Kod Sekolah: XBA1035 1. Nama Guru SABARIAH BINTI IRWANSYAH 2. Judul INI SEKOLAH KITA 3. Bidang: 4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 6. Tempat Pembentangan 7. Sinopsis 3 orang penulis bergabung dalam menceritakan pengalaman mereka menjadi pendidik di TFTN For Syiria Irbid Jordan. Semua penulis adalah warga Malaysia yang menjadi sukarelawan di Jordan dalam bidang/lajnah pendidikan. Setiap penulis menulis dari hati bagaimana mereka berhadapan dengan murid yang kebanyakkannya mangsa perang. Kisah mereka yang sangat bersemangat dengan ilmu yang terhad, kedahagaan mereka dalam mengubah nasib melalui ilmu walaupun esok bom menanti membedil rumah mereka, bagaimana meraih percaya dari anak kecil yang ketakutan setiap hari kerana perang menanti. Semua kisah ini menuntun rasa hati penulis untuk bercerita dari hati ke hati,manusia asasnya mahu ilmu demi mengubah nasib. Tetapi halangan setiap kita adalah sangat berbeza dan kekuatan untuk menghadapi ujian juga tidak sama. Kesimpulannya, ada banyak anak-anak perang yang memerlukan guru, ilmu, buku, pensil, dan makan minum. Di Malaysia semua ada, tapi manja dan akhirnya pengharhgaan kepada ilmu dan akarnya hilang dek kerana nikmat yang dibuang begitu saja. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran 1. Ilmu dan guru adalah satu, hargailah walaupun dimedan perang 2. Keikhlasan menjadi pendidik diuji dengan ulah anak murid, sebagai seorang guru, maka haru cari penyelesaian bagi setiap cabaran itu. 3. Manusia mempunyai daya tahan yang berbeza, hargai dan usah dibandingkan dengan insan lain 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Kesedaran kepentingan ilmu dan pedagogi dalam memudahcara guru sebagai pendidik. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ........................................................ ........................................................ ( SABARIAH IRWANSYAH ) ( )
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SK PASIR PUTEH Kod Sekolah: XBA1035 1. Nama Guru SABARIAH BINTI IRWANSYAH 2. Judul PERANG MELAWAN MITOS 3. Bidang: 4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 6. Tempat Pembentangan 7. Sinopsis Penulis merupakan seorang doktor perubatan (MD), yang kini bertugas di Hospital Lahad Datu bahagian Kecemasan dan Trauma. Penulis kerap menulis mengenai ketidakadilan sosial, perubatan dan inspirasi kehidupan dalam beberapa buku beliau. Dalam buku ini, beliau merungkai sebanyak 194 mitos yang popular dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia, khasnya di Malaysia. Beliau berharap dengan adanya buku santai ini membantu masyarakat Malaysia mula mengamalkan ‘evidence based medicine’ dan tidak terus menerus membiarkan diri dalam belenggu kesesatan (perubatan). Antara mitos yang diulas adalah pantang larang semasa haid, selepas bersalin, gaya hidup (senaman dan makanan) yang mempengaruhi kehidupan seharian yang diwariskan turun temurun, dan banyak lagi kepercayaan orang tua-tua yang tidak berasa, masih lagi diamalkan sehinga kini. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran 1. Sudah tiba masanya kita melihat kembali releven kepercayaan orang dulu kepada kita, apakah betul atau tidak. 2. Bidang perubatan adalah ilmu yang luas, yang memerlukan penyelidikan dan pembangunan yang tiada pernah berhenti. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Membantu diri dan orang lain (rakan sekerja, ibu bapa dan anak murid) dalam bidang ilmu kesihatan dan kepercayaan yang lebih valid. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ........................................................ ........................................................ ( SABARIAH IRWANSYAH ) ( )
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SK PASIR PUTEH Kod Sekolah: XBA1035 1. Nama Guru ROHANI MADAN 2. Judul Mengurus Disiplin Pelajar 3. Bidang: Kaunseling 4. Pengarang Abdullah Sani Yahaya 5. Jumlah Muka surat: 244 6. Terbitan PTS Publications & Distributors sdn. bhd 7. Sinopsis Buku ini membincangkan tentang disiplin pelajar dan panduan untuk menanganinya. Kandungannya merujuk Laporan Kabinet 1979 apabila sebahagian besar syor itu, banyak tertumpu kepada persoalan disiplin pelajar. Selain itu, masalah disiplin dalam kalangan pelajar tidak akan berhenti dan selesai begitu sahaja, tetapi berkehendakkan kepada usaha berterusan bagi menjamin keutuhan individu remaja yang kental dan memacu negara ini ke era yang lebih gemilang. Disiplin bukan suatu sekatan, tetapi satu cara teratur dalam melaksanakan satu warisan budaya bangsa yang dapat dilanjutkan dengan pembaikan di sana sini. Apa yang membimbangkan ialah pengaruh mendatang yang tidak berjaya dijaring dan dijala oleh generasi muda hari ini.Gejala ini dikhutiri akan memberikan kesempatan kepada orang luar untuk menguasai minda anak watan kita. Buku ini menjelaskan tentang disiplin pelajar, pelbagai masalah disiplin, mengenal sahsiah individu, kesan-kesan sahsiah pelajar yang tidak formal, kepentingan interaksi pelajar, pelbagai salah laku pelajar, cara pembangunan generasi mendatang, disiplin dalam bilik darjah, sekolah kondusif, hubungan antara disiplin dengan sosio emosi, tingkah laku Devian, peranan bimbingan & kaunseling dan pembimbing rakan sebaya dalam menangani disiplin pelajar. Oleh itu, harapan dan impian semua pihak agar generasi pelajar ini dapat membesar menjadi orang yang baik, mempunyai imej bermoral tinggi, bersikap waja diri dan tidak melihat institusi sekolah sebagai tempat tahanan dan kongkongan. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran Buku ini menerangkan faktor mempengaruhi disiplin pelajar seperti cara asuhan dan didikan di rumah, sikap negatif ibu bapa terhadap pembelajaran, persekitaran tempat tinggal juga banyak membentuk perilaku pelajar, sikap guru yang tiada ketulenan sewaktu mengajar dan ketiadaan motivasi dalaman dalam diri pelajar berkenaan. Selain itu, permasalahan disiplin yang menjadi isu negara juga dibentangkan seperti ponteng sekolah, ponteng kelas, datang lewat, pakaian berfesyen dan selekeh, rambut tidak diurus dengan baik, merokok dan dadah. Permasalah ini berpunca dari diri pelajar itu sendiri, pengaruh rakan, pengaruh media, kurang kawalan ibu bapa, kurang kawalan pihak sekolah dan masyarakat yang tidak lagi memainkan peranannya Di samping itu, terdapat saranan untuk membaiki masalah ini seperti penerapan nilai dalam bilik darjah, pemupukan nilai d rumah, pemupukan nilai dalam kalangan rakan, pemupukan nilai di sekolah dan membudayai ilmu. Terdapat juga cadangan untuk memantapkan program Pembimbing Rakan Sebaya. Hanya rakan sebaya yang lebih arif dan dekat dengan rakan mereka.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah tabiat pelajar kepada sikap yang positif. Tugas guru sering berhadapan dengan pelajar yang banyak menimbulkan karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu, kandungan buku ini amat sesuai supaya permasalahan pelajar ini ditangani dengan berkhemah serta bijaksana. Guru perlu mengawal disiplin dengan bijak supaya tidak akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti melempang dan memukul pelajar. Para pelajar yang baik boleh digunakan untuk membimbing pelajar yang bermasalah ini dan walau apapun tindakan ingatlah guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya supaya dapat mengamalkan nilai-nilai yang baik. 10. Kesimpulan Konklusinya, semua pihak sama ada guru mahupun ibubapa perlu memainkan peranannya dengan lebih aktif, gigih, kerja keras, bersemangat , dan mengawal kemarahan dalam usaha menangani masalah disiplin ini. Pelajar adalah aset berharga yang perlu ditangani dengan bjaksana. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ........................................................ ........................................................ (ROHANI MADAN ) ( )
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SK PASIR PUTEH Kod Sekolah: XBA1035 1. Nama Guru ROHANI MADAN 2. Judul Berfikir dalam Bilik arjah 3. Bidang: Pedagogi 4. Pengarang Ainon Mohamad & Abdullah Hassan 5. Jumlah Muka surat: 163 6. Terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd 7. Sinopsis Buku ini merupakan hasil penyelidikan, ujian dan pengalaman pengarang sewaktu mengajar kanak-kanak berfikir. Dapatan pengarang, terdapat pelajar yang dianggap kurang cerdik sewaktu dibangku sekolah akhirnya membesar sebagai “taukeh”, tuan punya syarikat ataupun majikan kepada pelajar yang pintar sewaktu dibangku sekolah. Pengarang juga menjustifikasikan kepintaran itu kepada kepintaran belajar dan kepintaran berfikir. Ramai individu yang berjaya pada hari ini merupakan individu yang mahir berfikir. Pengarang juga mencadangkan cara-cara mengajar kemahiran berfikir dalam bilik darjah seperti menghidupkan suasana kelas, mengaplikasi pemikiran konvergen dan divergen, memuji murid, memberi ganjaran, guru menjadi pembimbing, mendorong kreativiti, jangan menjadi diktaktor, toleransi pada ambiguiti, berpersonaliti menarik, mempelbagai rangsangan dan mempelbagai teknik menyoal. Pengarang juga turut memperkenalkan teknik mengajar kemahiran berfikir menggunakan kaedah infusi iaitu kaedah yang dianjurkan oleh pihak kementerian. Setiap teknik-teknik yang dianjurkan disertakan contoh-contohnya sekali supaya para guru dapat memahami dan menggunakan teknik tersebut sewaktu mengajar. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran Buku ini perlu dimiliki oleh para guru sebagai bacaan tambahan yang mana kandungannya akan dapat membantu guru ketika berada dalam bilik darjah. Menerusinya kita akan faham tentang kepelbagaian kepintaran pelajar. Sebagai contoh terdapat pelajar yang pintar IQ, pintar matematik, kepintaran akademik, kepintaran praktikal, dan kepintaran EQ. Melalui pengetahuan ini kita boleh mengesan kepintaran para pelajar di dalam kelas. Oleh itu, potensi diri mereka akan dapat diketengahkan. Pengarang juga mencadangkan aktiviti yang perlu dilakukan oleh guru di dalam kelas. Guru kurang digalakkan mengeluarkan arahan seperti : “ Saya mahu.. “Kamu perlu... Soalan seperti itu terlalu berbentuk arahan yang mana akhirnya akan menenggelamkan kreativiti pelajar. Para guru digalakkan menyoal pelajar dengan soalan yang mencabar minda seperti: “ Bagaimana sekiranya.. “Apa yang perlu kita..... “ Sekiranya.....
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk guru gunakan di dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang berbagai-bagai ragam dan karenah. Guru juga perlu tahu tahap dan jenis kepintaran pelajarnya. Ini akan dapat membantu para guru menentukan kaedah paling sesuai yang akan digunakan sewaktu mengajar. Oleh itu pendekatan kreatif perlu untuk mengekang permasaalahan ini. Kita boleh menghayati cara Lukman Hakim dalam mendidik anak-anaknya. Lukman mengajak anaknya turun ke lapangan dengan menderai seekor keldai. Di akhir kembara mereka, Lukman menerangkan tentang sifat manusia yang akan sentiasa mencari kesalahan orang lain walau dalam apa jua situasinya.. 10. Kesimpulan Secara keseluruhannya, buku ini sesuai untuk bacaan semua guru kerana olahannya dipermudahkan dengan bahasa yang mudah dan sesuai untuk semua peringkat umur, ideanya tersusun,terdapat contoh-contoh yang kontemporari, dan dipersembahkan dalam bentuk yang ringkas tetapi padat. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ........................................................ ........................................................ (ROHANI MADAN ) ( )
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SK PASIR PUTEH Kod Sekolah: XBA1035 1. Nama Guru REPI BIN JUSTINE 2. Judul THE SECRET 3. Bidang: PEMBANGUNAN KENDIRI 4. Tarikh Pembentangan 15/8/2022 5. Masa: 10.10AM-11.10AM 6. Tempat Pembentangan PUSAT SUMBER SK PASIR PUTEH 7. Sinopsis Rahsianya adalah kisah tentang 24 guru yang berbeza bahawa petua Byrne untuk membantu anda menjalani kehidupan yang hanya anda impikan. Dengan Rahsia, Byrne menyatakan bahawa anda boleh, mempunyai, atau melakukan apa sahaja yang anda mahukan dan mengenali siapa anda sebenarnya. Di hampir semua pemikiran agama dan seperti yang disaksikan oleh beberapa pemikir terbesar pada zaman kita, undang-undang tarikan dikatakan sebagai undang-undang yang paling berkuasa di alam semesta. Ini adalah hukum yang dimulai pada awal waktu dan yang menentukan urutan hal-hal dalam alam semesta. Ia membentuk pengalaman hidup anda - dan ia berbuat demikian, Byrne percaya, melalui pemikiran anda. Dengan mengalihkan fikiran anda untuk memberi tumpuan kepada apa yang anda mahu, perasaan anda akhirnya akan mengesahkan bahawa kekerapan anda telah berubah kerana anda akan mula berasa baik. Dari sini, undangundang tarikan akan mengambil alih dan menunjukkan pemikiran ini sebagai realiti. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran Buku ini menunjukkan kepada kita bagaimana undang-undang tarikan berfungsi dalam situasi dan persekitaran yang berbeza. Kebanyakan cerita atau sampel yang digunakan Byren dalam bukunya lebih tertumpu pada kehidupan guru. Saya boleh cuba mengaitkan pengalaman ini dengan saya dan cuba menerapkan sebahagian daripadanya dalam diri saya. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Buku ini mengandungi banyak kaedah pengajaran yang boleh menjadi expore dan cuba. Saya telah mencuba beberapa teori dari buku ini dan mendapati hasilnya menarik. Saya akan mengesyorkan buku ini untuk rakan sekerja saya. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ........................................................ ........................................................ ( REPI BIN JUSTINE ) ( )
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SK PASIR PUTEH, KENINGAU Kod Sekolah: XBA1035 1. Nama Guru NORDIN KEMAD 2. Judul PSIKOLOGI DALAM PENGUCAPAN AWAM YANG DINAMIK DAN BERKESAN 3. Bidang: 4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 6. Tempat Pembentangan 7. Sinopsis Buku ini bukan hanya memuatkan tatacara bagaimana untuk menjadi seorang pengucap, tetapi seorang pengucap yang dinamik dan berkesan. Pembaca akan diberikan topik-topik bagi membentuk karakter, masalah pendengar, kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan, teknik dan gaya penyampaian serta kaedah menjawab semua permasalahan apabila berucapa di khalayak. Buku ini sesuai dijadikan rujukan kepada semua peringkat dari pelajar sehinggalah pengurus organisasi yang inginkan gaya penyampaian pengucapan yang benar-benar dinamik dan berkesan. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran Kita dapat mempelajari karakter seorang pengucap yang baik. Selain itu kita juga mengetahui kesilapan yang sering dilakukan oleh seorang pengucap. Melalui ini kita dapat memperbaiki cara kita melakukan pengucapan dengan dinamik dan berkesan. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Sebagai seorang JU Sains yang sering dipanggil memberi ceramah kepada murid mahupun guru, saya dapat mengaplikasikan karakter yang baik semasa memberi ceramah. Selain itu saya belajar kesilapan yang sering dilakukan oleh pengucap dan mengelakkan dari melakukan kesilapan yang sama. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ........................................................ ........................................................ ( NORDIN KEMAD. ) ( )
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: Kod Sekolah: 1. Nama Guru NUR LAILA AZWA BINTI ABDULLAH 2. Judul PSIKOLOGI ISLAMI 3. Bidang:BUKAN FIKSYEN 4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 6. Tempat Pembentangan 7. Sinopsis BUKU INI MEMBANDINGKAN ANTARA PSIKOLOGI MODEN DAN PSIKOLOGI ISLAM. TERDAPAT 2 BAHAGIAN UTAMA DALAM BUKU INI IAITU PADA BAHAGIAN PERTAMA MENCERITAKAN MENGENAI MASALAH YANG DIHADAPI OLEH UMAT ISLAM MANAKALA PADA BAHAGIAN KEDUA PULA, PENULIS CUBA UNTUK MENGUNGKAPKAN MENGENAI BEBERAPA KONSEP ATAU TEORI PSIKOLOGI YANG DIANGGAP MENYIMPANG DARI PANDANGAN ISLAM. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran TIDAK SEMUA KONSEP YANG DIGUNA PAKAI DALAM PSIKOLOGI MODEN DAPAT DITERIMA PAKAI DALAM PSIKOLOGI ISLAM. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P SAYA BOLEH MENGAMPLIKASIKANNYA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN SAYA AGAR MENJADI DIRI YANG LEBIH BAIK. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ............................................. ........................................................ (NUR LAILA AZWA ABDULLAH ) ( )
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: Kod Sekolah: 1. Nama Guru NUR LAILA AZWA BINTI ABDULLAH 2. Judul MENGURUS LATIHAN DAN KERJAYA 3. Bidang: BUKAN FIKSYEN 4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 6. Tempat Pembentangan 7. Sinopsis BUKU INI MEMBIMBING PEMBACA UNTUK BELAJAR BAGAIMANA MENGURUS LATIHAN DAN KERJAYA AGAR DAPAT MENINGKATKAN KESETIAAN PEKERJA DALAM BIDANG YANG DICEBURINYA. LATIHAN DAN KERJAYA ADALAH DUA FUNGSI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA YANG SALING BERKAITAN. LATIHAN DAPAT MEMASTIKAN PEKERJA ORGANISASI DIBEKALKAN DENGAN ILMU PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN YANG MENCUKUPI UNTUK MELAKSAANAKAN TANGGUNGJAWAB MEREKA. APABILA KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN DITINGKATKAN, PEKERJA MENJADI LEBIH YAKIN DAN KERJAYA MEREKA AKAN BERKEMBANG. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran MELALUI BUKU INI SAYA TELAH MENGETAHUI BAGAIMANA CARA UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN DALAM KERJAYA SAYA SEBAGAI SEORANG GURU PRASEKOLAH. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P SAYA BOLEH MENGAPLIKASIKAN ILMU YANG SAYA PELAJARI MELALUI BUKU INI DALAM ORGANISASI DENGAN CARI MENGENALPASTI CARA UNTUK MENINGKATKAN LAGI PRESTASI SAYA SEBAGAI SEORANG GURU. DALAM HAL INI, MEMBERI KERJASAMA KEPADA PENTADBIR JUGA PERLU DIAMBIL KIRA BAGI MEMASTIKAN SEGALA SESUATU YANG SAYA LAKUKAN AKAN BERJALAN LANCAR. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ........................................................ ........................................................ ( NUR LAILA AZWA BINTI ABDULLAH ) ( )
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU NAMA SEKOLAH : SK PASIR PUTEH, KENINGAU KOD SEKOLAH : XBA1035 1. Nama Guru KASMINI BINTI MASUNING @ RASIMIN 2. Judul PETUA MENDIDIK ANAK MENJADI INSAN POSITIF 3. Bidang : MOTIVASI 4. Tarikh Pembentangan 31 MAC 2022 5. Masa : 6. Tempat Pembentangan SK PASIR PUTEH, KENINGAU 7. Sinopsis Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang positif serta mengikut cara islam iaitu cemerlang di dunia dan di akhirat. Buku ini menyarankan dua pembahagian besar dalam proses menjadikan anak-anak positif iaitu pertama, latihan lahiriah yang merangkumi kognitif, psikomotor dan kerohanian. Kedua, merupakan aplikasi sosiologi yang dinamakan “Latih anak kemahiran bermasyarakat”. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran Buku ini mengajar pembaca bagaimana mendidik anak-anak menjadi insan yang positif. Nilai positif merupakan nilai dalam diri individu tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan. Manusia mampu mencapai cita-cita sebagaimana yang dicapai oleh minda di samping berpegang teguh dengan ajaran agama. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Buku ini banyak menyalurkan idea dan pendekatan dalam mendidik murid. Murid mengubah tabiat daripada negatif kepada positif. Di samping menyalurkan ilmu, guru-guru bertanggungjawab mendidik para pelajar dengan nilai keagamaan dan moral. Disediakan oleh, Disahkan oleh, KASMINI BINTI MASUNING @ RASIMIN EN. RAHISIN BIN NARION
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU NAMA SEKOLAH : SK PASIR PUTEH, KENINGAU KOD SEKOLAH : XBA1035 1. Nama Guru KASMINI BINTI MASUNING @ RASIMIN 2. Judul BICARALAH YANG BAIK 3. Bidang : LAIN-LAIN 4. Tarikh Pembentangan 31 MAC 2022 5. Masa : 6. Tempat Pembentangan SK PASIR PUTEH, KENINGAU 7. Sinopsis Buku ini membicarakan tentang bagaimana berbicara dengan baik. Menurut Ibnu Qayyim AlJauziah, gunakan mata dan telinga untuk melihat serta mendengar terlebih dahulu sebelum berkatakata. Jika tidak perlu, lebih baik diam sahaja. Kita juga hendaklah berbicara sekadar yang perlu kerana banyak bercakap dikhuatiri tidak memberi manfaat kepada pendengarnya seperti tin yang kosong nyaring bunyinya. Sepasang mata, telinga dan mulut adalah anugerah Allah SWT, maka gunakanlah amanah itu dengan sempurna. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran Buku ini mengajak pembaca agar menggunakan anugerah Allah iaitu mata, telinga dan mulut ke arah yang lebih baik. Kita perlulah berbicara apabila perlu dan sekiranya tidak, adalah lebih baik kita berdiam diri sahaja kerana ianya hanya akan mengundang fitnah dan dosa. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Sebagai guru, kita mestilah menggunakan bahasa yang sopan ketika berkomunikasi dengan murid di dalam kelas. Guru haruslah menunjukan contoh teladan yang baik kepada murid-murid agar mereka menjadi insan yang bertatasusila dan mengamalkan nilai-nilai murni. Disediakan oleh, Disahkan oleh, KASMINI BINTI MASUNING @ RASIMIN EN. RAHISIN BIN NARION
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SK. Pasir Puteh, Keningau, Sabah Kod Sekolah: XBA 1035 1. Nama Guru JOE SAMAT 2. Judul PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI 3. Bidang: PENDIDIKAN 4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 6. Tempat Pembentangan 7. Sinopsis Buku yang ini mengandungi 85 muka surat termasuk glosari menerangkan tentang konsep pembelajaran akses kendiri atau ringkasnya PAK. Ia terbahagi kepada 5 bab utama iaitu pengenalan, konsep PAK, Pusat PAK, Bahan PAK dan Persediaan Murid. Buku ini juga menerangkan konsep apa itu PAK iaitu satu program yang membolehkan murid belajar secara kendiri melalui penggunaan bahan pembelajaran. Pusat PAK pula ialah di sebuah bilik khas yang menyimpan bahan-bahan pembelajaran yang disusun secara teratur. Seterusnya buku ini menerangkan tentang bahan-bahan PAK yang sesuai untuk murid seperti bahan bercetak, bukan bercetak, bahan multimedia, hasilan murid dan boneka. Bab terakhir buku ini menerangkan tentang kesediaan murid iaitu penggunaan pusat PAK secara aktif dan efektif secara berdikari tanpa bantuan guru. Antara tujuan persediaan murid ialah menghasilkan murid berdisiplin yang proaktif, akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran 1. Pembelajaran Akses Kendiri banyak memudahkan tugas guru selain dapat mendidik murid lebih berdikari mencari maklumat. 2. Murid lebih berdikari dan kreatif 3. Guru sebagai pemudah cara dapat memberikan banyak masa untuk memberikan bimbingan dan tunjuk ajar 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P 1. Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah. Guru tidak terlalu memberikan banyak input. 2. Murid dilatih untuk mendapatkan maklumat sendiri dari sumber yang disediakan menjadikan mereka lebih cerdas dan bersemangat Disediakan oleh, Disahkan oleh, ........................................................ ........................................................ ( JOE SAMAT ) ( )
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SK PASIR PUTEH Kod Sekolah: XBA1035 1. Nama Guru HAINI BINTI JASMIN 2. Judul Mengurus Disiplin Pelajar 3. Bidang: Kaunseling 4. Pengarang Abdullah Sani Yahaya 5. Jumlah Muka surat: 244 6. Terbitan PTS Publications & Distributors sdn. bhd 7. Sinopsis Buku ini membincangkan tentang disiplin pelajar dan panduan untuk menanganinya. Kandungannya merujuk Laporan Kabinet 1979 apabila sebahagian besar syor itu, banyak tertumpu kepada persoalan disiplin pelajar. Selain itu, masalah disiplin dalam kalangan pelajar tidak akan berhenti dan selesai begitu sahaja, tetapi berkehendakkan kepada usaha berterusan bagi menjamin keutuhan individu remaja yang kental dan memacu negara ini ke era yang lebih gemilang. Disiplin bukan suatu sekatan, tetapi satu cara teratur dalam melaksanakan satu warisan budaya bangsa yang dapat dilanjutkan dengan pembaikan di sana sini. Apa yang membimbangkan ialah pengaruh mendatang yang tidak berjaya dijaring dan dijala oleh generasi muda hari ini.Gejala ini dikhutiri akan memberikan kesempatan kepada orang luar untuk menguasai minda anak watan kita. Buku ini menjelaskan tentang disiplin pelajar, pelbagai masalah disiplin, mengenal sahsiah individu, kesan-kesan sahsiah pelajar yang tidak formal, kepentingan interaksi pelajar, pelbagai salah laku pelajar, cara pembangunan generasi mendatang, disiplin dalam bilik darjah, sekolah kondusif, hubungan antara disiplin dengan sosio emosi, tingkah laku Devian, peranan bimbingan & kaunseling dan pembimbing rakan sebaya dalam menangani disiplin pelajar. Oleh itu, harapan dan impian semua pihak agar generasi pelajar ini dapat membesar menjadi orang yang baik, mempunyai imej bermoral tinggi, bersikap waja diri dan tidak melihat institusi sekolah sebagai tempat tahanan dan kongkongan. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran Buku ini menerangkan faktor mempengaruhi disiplin pelajar seperti cara asuhan dan didikan di rumah, sikap negatif ibu bapa terhadap pembelajaran, persekitaran tempat tinggal juga banyak membentuk perilaku pelajar, sikap guru yang tiada ketulenan sewaktu mengajar dan ketiadaan motivasi dalaman dalam diri pelajar berkenaan. Selain itu, permasalahan disiplin yang menjadi isu negara juga dibentangkan seperti ponteng sekolah, ponteng kelas, datang lewat, pakaian berfesyen dan selekeh, rambut tidak diurus dengan baik, merokok dan dadah. Permasalah ini berpunca dari diri pelajar itu sendiri, pengaruh rakan, pengaruh media, kurang kawalan ibu bapa, kurang kawalan pihak sekolah dan masyarakat yang tidak lagi memainkan peranannya Di samping itu, terdapat saranan untuk membaiki masalah ini seperti penerapan nilai dalam bilik darjah, pemupukan nilai d rumah, pemupukan nilai dalam kalangan rakan, pemupukan nilai di sekolah dan membudayai ilmu. Terdapat juga cadangan untuk memantapkan program Pembimbing Rakan Sebaya. Hanya rakan sebaya yang lebih arif dan dekat dengan rakan mereka.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah tabiat pelajar kepada sikap yang positif. Tugas guru sering berhadapan dengan pelajar yang banyak menimbulkan karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu, kandungan buku ini amat sesuai supaya permasalahan pelajar ini ditangani dengan berkhemah serta bijaksana. Guru perlu mengawal disiplin dengan bijak supaya tidak akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti melempang dan memukul pelajar. Para pelajar yang baik boleh digunakan untuk membimbing pelajar yang bermasalah ini dan walau apapun tindakan ingatlah guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya supaya dapat mengamalkan nilai-nilai yang baik. 10. Kesimpulan Konklusinya, semua pihak sama ada guru mahupun ibubapa perlu memainkan peranannya dengan lebih aktif, gigih, kerja keras, bersemangat , dan mengawal kemarahan dalam usaha menangani masalah disiplin ini. Pelajar adalah aset berharga yang perlu ditangani dengan bjaksana. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ........................................................ ........................................................ (HAINI JASMIN ) ( )
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SK PASIR PUTEH Kod Sekolah: XBA1035 1. Nama Guru HAINI BINTI JASMIN 2. Judul Berfikir dalam Bilik arjah 3. Bidang: Pedagogi 4. Pengarang Ainon Mohamad & Abdullah Hassan 5. Jumlah Muka surat: 163 6. Terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd 7. Sinopsis Buku ini merupakan hasil penyelidikan, ujian dan pengalaman pengarang sewaktu mengajar kanak-kanak berfikir. Dapatan pengarang, terdapat pelajar yang dianggap kurang cerdik sewaktu dibangku sekolah akhirnya membesar sebagai “taukeh”, tuan punya syarikat ataupun majikan kepada pelajar yang pintar sewaktu dibangku sekolah. Pengarang juga menjustifikasikan kepintaran itu kepada kepintaran belajar dan kepintaran berfikir. Ramai individu yang berjaya pada hari ini merupakan individu yang mahir berfikir. Pengarang juga mencadangkan cara-cara mengajar kemahiran berfikir dalam bilik darjah seperti menghidupkan suasana kelas, mengaplikasi pemikiran konvergen dan divergen, memuji murid, memberi ganjaran, guru menjadi pembimbing, mendorong kreativiti, jangan menjadi diktaktor, toleransi pada ambiguiti, berpersonaliti menarik, mempelbagai rangsangan dan mempelbagai teknik menyoal. Pengarang juga turut memperkenalkan teknik mengajar kemahiran berfikir menggunakan kaedah infusi iaitu kaedah yang dianjurkan oleh pihak kementerian. Setiap teknik-teknik yang dianjurkan disertakan contoh-contohnya sekali supaya para guru dapat memahami dan menggunakan teknik tersebut sewaktu mengajar. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran Buku ini perlu dimiliki oleh para guru sebagai bacaan tambahan yang mana kandungannya akan dapat membantu guru ketika berada dalam bilik darjah. Menerusinya kita akan faham tentang kepelbagaian kepintaran pelajar. Sebagai contoh terdapat pelajar yang pintar IQ, pintar matematik, kepintaran akademik, kepintaran praktikal, dan kepintaran EQ. Melalui pengetahuan ini kita boleh mengesan kepintaran para pelajar di dalam kelas. Oleh itu, potensi diri mereka akan dapat diketengahkan. Pengarang juga mencadangkan aktiviti yang perlu dilakukan oleh guru di dalam kelas. Guru kurang digalakkan mengeluarkan arahan seperti : “ Saya mahu.. “Kamu perlu... Soalan seperti itu terlalu berbentuk arahan yang mana akhirnya akan menenggelamkan kreativiti pelajar. Para guru digalakkan menyoal pelajar dengan soalan yang mencabar minda seperti: “ Bagaimana sekiranya.. “Apa yang perlu kita..... “ Sekiranya.....
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk guru gunakan di dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang berbagai-bagai ragam dan karenah. Guru juga perlu tahu tahap dan jenis kepintaran pelajarnya. Ini akan dapat membantu para guru menentukan kaedah paling sesuai yang akan digunakan sewaktu mengajar. Oleh itu pendekatan kreatif perlu untuk mengekang permasaalahan ini. Kita boleh menghayati cara Lukman Hakim dalam mendidik anak-anaknya. Lukman mengajak anaknya turun ke lapangan dengan menderai seekor keldai. Di akhir kembara mereka, Lukman menerangkan tentang sifat manusia yang akan sentiasa mencari kesalahan orang lain walau dalam apa jua situasinya.. 10. Kesimpulan Secara keseluruhannya, buku ini sesuai untuk bacaan semua guru kerana olahannya dipermudahkan dengan bahasa yang mudah dan sesuai untuk semua peringkat umur, ideanya tersusun,terdapat contoh-contoh yang kontemporari, dan dipersembahkan dalam bentuk yang ringkas tetapi padat. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ........................................................ ........................................................ (HAINI BINTI JASMIN) ( )
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SK Pasir Puteh, Keningau Kod Sekolah: XBA1305 1. Nama Guru Mohammad Faizal Bin Abin 2. Judul Bagaimana Memenangi Hati Kawan dan Mempengaruhi Orang Lain 3. Bidang: 4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 6. Tempat Pembentangan 7. Sinopsis Buku ini mengandungi nasihat dan panduan untuk mengubah nasib diri dalam kehidupan profesional dan peribadi. Buku ini banyak berkongsi tentang kejayaan hidup kebanyakan golongan yang terkenal di dunia seperti Bob Hoover, juruterbang ujian terkenal, John Dewey, ahli falsafah Amerika yang terkenal, Abraham Lincoln, Presiden Amerika yang ke-16 dan banyak lagi. Selain menceritakan tentang kisah-kisah kejayaan golongan-golongan yang terkenal ini, buku ini mengaitkan kejayaan mereka dengan ciri-ciri dan sikap mereka dalam kehidupan yang membolehkan mereka berjaya mengubah nasib diri mereka menjadi orang yang berjaya. Antara ciri dan sikap mereka ialah sentiasa memenangi hati kawan dan bijak mempengaruhi orang sekeliling mereka dengan cara mereka yang tersendiri. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran Sebagai seorang individu yang ingin berjaya dalam kehidupan profesional dan peribadi, nilai dan pengajaran dalam buku ini perlulah dicontohi. Kita perlu bijak menerapkan ciri dan sikap yang sesuai yang boleh memenangi hati kawan dan mempengaruhi orang lain agar kita sentiasa mendapat sokongan dalam apa jua yang ingin dilakukan. Kita perlu tahu teknik-teknik asas menangani manusia untuk menjadi seorang pemimpin. Kita perlu tahu perkara yang perlu dilakukan supaya orang lain menyukai diri kita. Kita perlu tahu bagaimana memikat orang lain untuk mengikuti cara pemikiran kita. Selain itu, sekiranya kita menjadi seorang pemimpin, kita perlu tahu bagaimana mengubah sikap orang lain tanpa menyinggung atau membangkitkan kemarahan mereka. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Nasihat dan panduan yang terkandung dalam buku ini dapat membantu seorang guru untuk meningkatkan lagi profesionalnya. Guru amat penting untuk menguasai kemahiran memenangi hati dan mempengaruhi orang lain. Hal ini kerana kerjaya seorang guru adalah sentiasa dikelilingi oleh murid-murid yang ramai yang perlu dididik dengan bijak dan berdedikasi agar mereka mudah menerima ilmu dan seterusnya dapat mengubah nasib untuk berjaya dalam kehidupan mereka. Nasihat dan panduan buku ini semestinya amat membantu guru dalam memastikan matlamat dan objektifnya dapat dicapai dengan baik. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ........................................................ ........................................................ (Mohammad Faizal bin Abin ) ( )
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SK PASIR PUTEH KENINGAU Kod Sekolah: XBA1035 1. Nama Guru ELSIE J GOLIT 2. Judul Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar 3. Bidang: Pendidikan 4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 6. Tempat Pembentangan 7. Sinopsis Buku ini memaparkan beberapa perkara yang berkaitan dengan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Dalam buku ini juga telah meneroka tentang pembelajaran yang berkaitan dengan masalah-masalah yang menghalang proses pembelajaran. Buku ini juga membincangkan cara menangani masalah pembelajaran serta meneroka keperluan kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran. Secara keseluruhannya, buku ini telah memberikan maklumat yang diperlukan oleh guru-guru terutama guru pendidikan khas. Pelbagai ilmu pengetahuan yang dapat diperolehi daripada bahan bacaan ini iaitu menangani masalah kanak-kanak seperti kanak-kanak disleksia, lemah keseluruhan pembelajaran, lambat mengingat semula, sukar mengikut arahan, lemah kemahiran kognitif dan sebagainya. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran Melalui pembacaan buku ini, saya dapat mengetahui lebih dalam tentang pelbagai masalah pembelajaran yang dihadapi oleh kanak-kanak yang bermasalah. Selain itu, pelbagai tip-tip yang boleh digunakan dan diamalkan bagi menghadapi kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P 1. Dapat mengetahui cara-cara menangani masalah pembelajaran bagi murid yang berkeperluan khas. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ........................................................ ........................................................ ( ELSIE J GOLIT ) ( ) Elsie
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SK PASIR PUTEH KENINGAU Kod Sekolah: XBA 1035 1. Nama Guru ELSIE J GOLIT 2. Judul MALACA HAS FALLEN 3. Bidang: SEJARAH 4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 6. Tempat Pembentangan 7. Sinopsis Buku ini menceritakan asal usul bangsa Melayu, jati diri orang Melayu, adat berpakaian dan sosioekonomi orang Melayu ketika zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, zaman kegemilangan kerajaan Melayu Melaka, fakta-fakta dan watak-watak yang terlibat semasa kejatuhan Melaka di tangan penjajah Portugis. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran 1. Memberikan pengetahuan sejarah berkaitan zaman kegemilangan Melayu Melaka dan kejatuhan Melaka. 2. Memberikan pengajaran disebalik Melaka ditangan Portugis. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P 1. Memberikan pengetahuan sejarah berkaitan bangsa dan negara 2. Memberikan semangat jati diri dan kenegaraan serta kesatuan Disediakan oleh, Disahkan oleh, .................................................... ....................................................... ( ELSIE J GOLIT ) ( ) Elsie
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SK PASIR PUTEH, KENINGAU Kod Sekolah: XBA1035 1. Nama Guru DORIS ELIN 2. Judul INTERVENSI TERAPI CARA KERJA DALAM PENDIDIKAN KHAS 3. Bidang: 4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 6. Tempat Pembentangan 7. Sinopsis BUKU INI MERUPAKAN SOROTAN DUA BIDANG BERBEZA IAITU PENDIDIKAN KHAS DALAM KONTEKS PENDIDIKAN DAN TERAPI CARA KERJA DALAM KONTEKS REHABILITASI. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran MEMBERI PENYELESAIAN MASALAH GURU PENDIDIKAN KHAS DALAM MENERAPKAN UNSUR TERAPI DALAM PROSES PDP. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P BOLEH MEMBERI PENGETAHUAN PADA MURID Disediakan oleh, Disahkan oleh, ........................................................ ........................................................ ( DORIS ELIN ) ( )
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SK PASIR PUTEH, KENINGAU Kod Sekolah: XBA1035 1. Nama Guru DORIS ELIN 2. Judul 1001 FAKTA SUPER SAINTIFIK DI DUNIA. 3. Bidang: 4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 6. Tempat Pembentangan 7. Sinopsis BUKU INI MENGANDUNGI BANYAK FAKTA SAINS YANG MENARIK UNTUK DIKETAHUI, DAN MENJAWAB SEGALA RASA INGIN TAHU TENTANG SAINS. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran BUKU INI DAPAT MENGASAH MINDA. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P BOLEH MEMBERI PENGETAHUAN PADA MURID Disediakan oleh, Disahkan oleh, ........................................................ ........................................................ ( DORIS ELIN ) ( )
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SK PASIR PUTEH, KENINGAU Kod Sekolah: XBA1035 1. Nama Guru DORIS ELIN 2. Judul 1001 FAKTA LUAR BIASA DI DUNIA. 3. Bidang: 4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 6. Tempat Pembentangan 7. Sinopsis BUKU INI MEMUDAHKAN MENGINGATI JUMLAH YANG BEGITU BANYAK, KEBANYAKAN ORANG SELALU MENGGUNAKAN ANGKA 1001 SEBAGAI PENANDANYA. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran BUKU INI DISUSUN DENGAN KOMBINASI UNIK DARI PENGETAHUAN SERBA PERTAMA DITAMBAH PULA DENGAN TOP 1001 HAL-HAL UNIK. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P BOLEH MEMBERI PENGETAHUAN PADA MURID Disediakan oleh, Disahkan oleh, ........................................................ ........................................................ ( DORIS ELIN ) ( )
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SK PASIR PUTEH, KENINGAU Kod Sekolah: XBA1035 1. Nama Guru DORIS ELIN 2. Judul 1001 FAKTA EKOSISTEM TERUNIK DI DUNIA. 3. Bidang: 4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 6. Tempat Pembentangan 7. Sinopsis BUKU INI MENGANDUNGI PELBAGAI FAKTA DAN ILMU PENGETAHUAN YANG SANGAT MENGAGUMKAN DI DUNIA. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran BUKU INI DAPAT MENJAWAB SEGALA YANG ANDA TIDAK TAHU TENTANG FAKTA-FAKTA YANG MUNGKIN DI LUAR JANGKAAN KITA. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P BOLEH MEMBERI PENGETAHUAN PADA MURID Disediakan oleh, Disahkan oleh, ........................................................ ........................................................ ( DORIS ELIN ) ( )
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SK PASIR PUTEH Kod Sekolah: XBA1035 1. Nama Guru CONNIE PIUS 2. Judul THE POWER OF POSITIVE THINKING By: Dr. Norman Vincent Peale 3. Bidang: MOTVASI 4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 6. Tempat Pembentangan 7. Sinopsis This book is written to suggest techniques and to give examples which demonstrate that you do not need to be defeated by anything, that you can have peace of mind, improved health, and a never-ceasing flow of energy. In short, that your life can be full of joy and satisfaction. Altogether too many people are defeated by the everyday problems of life. You can permit obstacles to control your mind to the point where they are uppermost and thus become dominating factors in your thought pattern. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran Tips on how to eliminate that most devastating handicap – self-doubt. Free yourself from worry, stress, and resentment through the power of positive thinking. Learn how to succeed in business, prosper in relatonships, and thrive in life – no matter what the odds! 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P I can experience an amazing improvement within myself. I can modify or change the circumstances in which I now live, assuming control over them rather than continuing to be directed over them. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ........................................................ ........................................................ ( CONNIE PIUS ) ( )
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SK PASIR PUTEH , KENINGAU Kod Sekolah: XBA1035 1. Nama Guru ENCHE AHMAD BIN CHE NGAH 2. Judul Kapsul Pemahaman Bahasa Malaysia 3. Bidang: Bahasa 4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 6. Tempat Pembentangan 7. Sinopsis Merupakan sebuah buku yang mengandungi bahan ilmiah. Sesuai untuk murid dan guru sebagai rujukan tentang mata pelajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah. Buku ini mengandungi kemahiran bahasa bab kefahaman yang lengkap beserta contoh-contoh soalan peperiksaan dengan baik. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran Membantu meluaskan pengetahuan dan pemahaman dalam aspek tatabahasa dan kefahaman. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Sebagai sumber rujukan guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran agar penyampaian ilmiah dapat dilaksana dengan lebih tepat dan komprehensif. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ........................................................ ........................................................ (ENCHE AHMAD BIN CHE NGAH ) ( EN. RAHISIN BIN NARION )
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SK PASIR PUTEH , KENINGAU Kod Sekolah: XBA 1035 1. Nama Guru ENCHE AHMAD BIN CHE NGAH 2. Judul 1001 Fakta Ekosistem Terunik Dunia 3. Bidang: Sains 4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 6. Tempat Pembentangan 7. Sinopsis Memaparkan fakta ekosistem yang unik dan mengagumkan di dunia. Kombinasi unik dari pengetahuan teknologi kitar semula dan mesra alam serta sampah yang tidak terurai. Turut menyajikan fakta aksi –aksi ekstrem di dunia. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran Memperkaya pengetahuan dalam bidang teknologi dan aksi ekstrem di dunia. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Memahami dan berkongsi kefahaman tentang kemajuan teknologi dan fakta mengenai sampah yang tidak terurai yang membawa bencana kepada kehidupan dan alam sekitar. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ........................................................ ........................................................ (ENCHE AHMAD CHE NGAH ) (EN.RAHISIN BIN NARION )
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SK PASIR PUTEH , KENINGAU Kod Sekolah: XBA1035 1. Nama Guru ENCHE AHMAD BIN CHE NGAH 2. Judul 1001 Fakta super saintifik Dunia 3. Bidang: Sains 4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 6. Tempat Pembentangan 7. Sinopsis Membawa karya dan informasi istimewa dengan perspektif tersendiri, berinspirasi dan berwibawa tentang alam sains secara menyeluruh dan menarik. Turut menawarkan fakta yang jelas untuk pengatahuan murid dan umum. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran Pengayaan ilmu tentang fakta alam ghaib, fakta kajian sains terhadap unsur dan bahan, alam semesta, haiwan dan manusia. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Menyalur pengetahuan dan inspirasi kepada pembaca tentang bahaya ubatan moden kepada otak dan menjawab 1001 persoalan berkait alam dan kehidupan. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ........................................................ ........................................................ (ENCHE AHMAD BIN CHE NGAH ) (EN. RAHISIN BIN NARION )
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SK PASIR PUTEH , KENINGAU Kod Sekolah: XBA1035 1. Nama Guru ENCHE AHMAD BIN CHE NGAH 2. Judul 1001 Fakta Aneh Yang Terkenal Dunia 3. Bidang: Sains 4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 6. Tempat Pembentangan 7. Sinopsis Menawarkan fakta luar biasa dan aneh yang merangkumi pelbagai aspek seperti alam manusia, alam haiwan, alam tumbuhan, fenomena cuaca, fakta angkasa lepas dan penemuan sejarah yang terunik. Turut memaparkan fakta robotik dan tempat-tempat yang paling menakjubkan. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran Pengayaan informasi secara menyeluruh dan menarik yang terdapat di serata dunia yang merangkumi semua prospek ilmiah. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Digunakan sebagai unsur teka teki dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang seraca tidak langsung menggalakkan murid untuk membaca buku. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ........................................................ ........................................................ (ENCHE AHMAD BIN CHE NGAH ) (EN. RAHISIN BIN NARION )
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SK PASIR PUTEH, KENINGAU Kod Sekolah: XBA1035P 1. Nama Guru Betty Rustin 2. Judul Intervensi Terapi cara kerja dalam PendidikanKhas. 3. Bidang: 4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 6. Tempat Pembentangan 7. Sinopsis Buku ini merupakan sorotan dua bidang berbeza iaitu pendidikan khas dalam konteks pendidikan dan terapi cara kerja dalam konteks rehabilitasi.Kedua-dua bidang ini sebenarnya amat dekat dengan murid berkeperluan khas dan perlu untu kbergerak seiring. Keberkesanan intervensi terapa cara kerja diuji dan terbukti kebekesanannya melalui pengukuran instrumen stadard yang dialihbahasakan. Buku ini juga merungkai gabungan teori pembelajaran seperti Teori Piaget dan Vygotsky sebagai asas dalam pelaksanaan PdP dan rehablilitasi terapi. Penghasilan buku ini telah meneroka bidang yang baharu yakni mengintegrasikan teknik intervensi terapi ke dalam kurikulum pendidikan khas dalam PdP. Sekaligus, ia memberi alternatif modul kepada penyelesaian masalah guru pendidikan khas dalam menerapkan unsur terapi dalam proses PdP. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran Memberikan alternatif modul kepada penyelesaian masalah guru pendidikan khas dalam menerapkan unsur terapi dalam proses PdP. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Memberi pengetahuan kepada murid. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ........................................................ ........................................................ ( BETTY RUSTIN ) ( )
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SK PASIR PUTEH, KENINGAU Kod Sekolah: XBA1035 1. Nama Guru Betty Rustin 2. Judul Buku Fakta yntuk pelajar.1001 Fakta Ekosistem Terunik di Dunia. 3. Bidang: 4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 6. Tempat Pembentangan 7. Sinopsis Memaparkan fakta ekosistem yang unik dan mengagumkan di dunia. Kombinasi unik dari pengetahuan teknologi kitar semula dan mesra alam serta sampah yang tidak terurai. Turut menyajikan fakta aksi-aksi ekstrem di dunia. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran Dapat pengetahuan tentang teknologi kitar semula dan mesra alam serta sampah yang tidak dapat terurai seperti plastik,bungkusan makanan dansisa-sisa toksik. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Memberi pengetahuan kepada murid. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ........................................................ ........................................................ ( BETTY RUSTIN ) ( )
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SK PASIR PUTEH, KENINGAU Kod Sekolah: XBA1035 1. Nama Guru Betty Rustin 2. Judul Buku Fakta untuk Pelajar.1001 Fakta Aneh yang Terkenal di dunia. 3. Bidang: 4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 6. Tempat Pembentangan 7. Sinopsis Buku ini akan menjawab segala persoalan anda tentang fakta-fakta pengetahuan yang mengagumkan di dunia. Anda juga tidak akan bosan membacanya kerana disertakan dengan gambar berwarna yang menarik. Dengan ini, anda akan lebih memahami serta dapat menambahkan pengetahuan.Anda ingin tahu sapakah manusia yang paling berat di dunia. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran Dapat mengenal dunia melalui buku. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Memberi pengetahuan kepada murid. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ........................................................ ........................................................ ( BETTY RUSTIN ) ( )
Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SK PASIR PUTEH, KENINGAU Kod Sekolah: XBA1035 1. Nama Guru Betty Rustin 2. Judul Buku Fakta untuk Pelajar. 1001 Fakta luar biasa di dunia. 3. Bidang: 4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 6. Tempat Pembentangan 7. Sinopsis Buku 1001 Fakta luar biasa ini memberikan banyak informasi yang belum pernah anda ketahui. Buku ini membuka wawasan pengetahuan anda tentang sejarah logo dan kenderaan pertama mengikut jenis yang terkenal kereta pertama buatan Malaysia, serba pertama di dunia maya, serba pertama di luar angkasa,binatang yang unik, benda-benda pertama di dunia dan banyak lagi. 8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran Dapat pengetahuan tentang sejarah logo dan kenderaan pertama buatan di Malaysia. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Memberi pengetahuan kepada murid. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ........................................................ ........................................................ ( BETTY RUSTIN ) ( )