NAMA PELAJAR :KHAIRUL NISA QAYUM BINTI KERIA ANGKA GILIRAN :2022042310058 KUMPULAN :PPISMP JUN 2022 BM SK3 KOD DAN NAMA KURSUS :BMMB 1144 KESANTUNAN BERBAHASA NAMA PENSYARAH :PUAN TAY YONG CHOO ENCIK PHILIP ANAK MICHAEL MEGGONG TARIKH HANTAR :28 JUN 2023 Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang
TUGASAN 2 BMMB 1144 KESANTUNAN BERBAHASA
SOALAN TUGASAN Secara individu anda dikehendaki mencipta sebuah e-book yang membincangkan isu-isu penggunaan bahasa yang kurang sopan dalam kalangan masyarakat di media sosial. Berikan justifikasi dan cadangkan cara-cara menangani isu kesantunan berbahasa ini agar masyarakat kita dikenali sebagai masyarakat yang mempunyai jati diri tinggi. KPPB (Idea Utama :Menerima Kepelbagaian Budaya)
1 DEFINISI KESANTUNAN BERBAHASA 2 CONTOH DAN JUSTIFIKASI PENGGUNAAN BAHASA YANG KURANG SOPAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT 4 ISU-ISU PENGGUNAAN BAHASA YANG KURANG SOPAN DI MEDIA SOSIAL 3 CARA MENANGANI ISU KESANTUNAN BERBAHASA ISI KANDUNGAN
DEFINISI KESANTUNAN BERBAHASA Bahasa merupakan medium yang digunakan ketika berkomunikasi. Semasa berkomunikasi aspek kesantunan harus juga dititik beratkan. Kesantunan bahasa ini merujuk nilai sopan, menggunakan perkataan yang sopan, halus dan indah. Kesantunan berbahasa didefinisikan sebagai adalah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan, dan rasa tersinggung daripada pendengar. (Asmah Haji Omar, 2006)
PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL SEBAGAI LAMAN KOMUNIKASI Berdasarkan kajian-kajian yang dilakukan, dapat disimpulkan bahawa media sosial seperti Instagram, Tiktok, Twitter, Facebook dan Snapchat menjadi pilihan masyarakat kini untuk berkomunikasi. Terdapat banyak isu penggunaan bahasa yang kurang sopan di media sosi pada masa kini. Namun dalam berkomunikasi di laman sosial ini masyarakat kadang kala melupakan aspek kesantunan ketika berkomunikasi.
ISU PENGGUNAAN BAHASA KESAT 1 3 2 4 PENGGUNAAN KATA GANTI NAMA DIRI YANG TIDAK SESUAI ISU PENGGUNAAN BAHASA ROJAK PENGGUNAAN GELARAN YANG TIDAK SOPAN ISU-ISU PENGGUNAAN BAHASA YANG KURANG SOPAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT
CONTOH ISU-ISU Sumber: Whatsapp Sumber: Twitter
CONTOH ISU-ISU Sumber: Whatsapp Sumber: Instagram
Penggunaan kata-kata kesat dalam komunikasi biasanya disebabkan oleh emosi seseorang yang tidak stabil. Perbualan yang terlalu mengikut emosi adalah tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan. Berdasarkan contoh di sebelah, individu tersebut berasa marah kerana rakannya tidak menepati masa untuk menghadiri temu janji yang telah ditetapkan. Individu tersebut berasa geram lalu menggunakan bahasa yang tidak sopan seperti sial,babi dan bodoh serta menghantar lebih banyak pesanan yang mengandungi kata-kata cacian dan makian. Contoh Isu Penggunaan Bahasa Kesat
Pengunaan kata-kata kesat semakin berleluasa di media sosal terutamnya dalam kalangan remaja. Penggunaan bahasa yang tidak sopan kadangkadang berpunca daripada pengaruh rakan sebaya dan juga media sosial yang lain. Penggunaan bahasa yang kurang sopan seperti penggunaan bahasa kesat tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian kerana kita sepatutnya bijak dalam mengawal emosi lebih-lebih lagi dalam media sosial kerana pengggunaan kata-kata yang kesat boleh mengguriskan hati orang lain. Sekiranya kita tidak dapat mengawal emosi dengan baik, maka kesantunan dalam komunikasi akan hilang. Kesannya, kita akan mudah untuk menuturkan kata-kata yang tidak sopan seperti carutan dan makian. Justifikasi
Penggunaan bahasa rojak juga semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat. Bahasa rojak didefinisikan sebagai campuran pelbagai bahasa dalam satu pertuturan. Misalnya, pencampuran bahasa kebangsaan dan juga Bahasa Inggeris. Berdasarkan contoh di sebelah, terdapat penggunaan bahasa rojak di media sosial Twitter. Individu tersebut menggunakan pencampuran bahasa rojak semasa mempromosikan jualan kopi. Penggunaan perkataan ' function ' , ' release tumbler ' yang merupakan perkataan Bahasa Inggeris telah dicampurkan dengan penggunaan Bahasa Melayu/ Contoh Isu Penggunaan Bahasa Rojak
Kemunculan media baharu pada masa kini telah mempengaruhi cara masyarakat berkomunikasi.Disebabkan itu wujudlah penulisan bahasa yang pelbagai di garis masa (timeline) media sosial masing-masing di mana pengguna bebas untuk menonjolkan persepsi, pendapat dan budayanya mengikut kesefahaman bahasa mereka. Maka wujudlah istilah-istilah bahasa yang baru atau moden serta percampuran Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris yang dirojakkan bagi menerangkan sesuatu fenomena dan situasi. Namun demikian, penggunaan bahasa rojak ini akan mencemarkan dan merendahkan martabat Bahasa Melayu. Perkara ini akan menyukarkan lagi usaha pihak berkuasa merealisasikan cita-cita menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu yang bermutu tinggi. Justifikasi
Penggunaan kata ganti nama diri yang tidak sopan juga kerap diigunakan oleh segelintir masyarakat. Contohnya, menggunakan kata panggilan atau gelaran yang tidak sopan ketika berkomunikasi dengan orang lain. Berdasarkan perbualan di sebelah, penggunaan kata ganti nama diri ' ko ' kelihatan tidak sopan. Individu tersebut bahkan menghina dengan menggunakan ayat yang kasar ketika bersembang. Situasi ini jelas menunjukkan ketidaksantunan ketika berbahasa kerana menggunakan kata panggilan yang agak kasar ketika berkomunikasi. Contoh Isu Penggunaan Kata Ganti Nama Diri Yang Tidak Sesuai
Penggunaan kata ganti nama diri yang tidak sesuai berlaku mungkin kerana kebiasaan memanggil dengan panggilan begitu. Namun, perkara seperti ini perlu dititikberatkan kerana menampakkan kurang kesantunan dalam berbahasa sekaligus menampakkan seperti tidak beradab ketika berkomunikasi. Situasi ini jelas bertentangan dengan budaya masyarakat Melayu yang seharusnya mementingkan aspek kesantunan ketika berbahasa. Dalam hal ini, Inderawati Zahid (2012) menyatakan aspek kesantunan perlu dikekalkan dalam berhubungan supaya situasi bebas konflik terjadi. Oleh hal yang demikian, masyarakat perlu memahami dan menghayati dengan baik perkara-perkara yang menjadi larangan atau tabu bagi mengekalkan keharmonian dalam hubungan sesama anggota masyarakat. . Justifikasi
Penggunaan gelaran yang tidak sesuai tidak sepatutnya berlaku di laman sosial tersebut kerana boleh menyebabkan berlaku isu pergaduhan. Berdasarkan perbualan di sebut, kedua-dua individu tersebut menggunakan gelaran yang tidak sopan ketika bersembang seperti barua dan bangsat. Situasi ini jelas menunjukkan netizen mengabaikan aspek kesantunan berbahasa ketika berkomunikasi. Penggunaaan gelaran yang tidak sopan menunjukkan kurangnya rasa hormat dalam diri individu tersebut. Contoh Isu Penggunaan Gelaran Yang Tidak Sopan
Penggunaan gelaran yang tidak sopan berlaku mungkin kerana keakraban hubungan mereka. Namun, perkara seperti ini menunjukkan kurang nilai kesantunan berbahasa dalam diri mereka. Perkara seperti ini sewajarnya dielakkan supaya tidak berlarutan dan menjadi kebiasaan kepada diri kita kerana perkara yang dianggap remeh seperti ini menggunakan gelaran yang tidak sopan ini juga dapat menimbulkan pergaduhan. Hal ini kerana walaupun di laman sosial aspek kesantunan tetap dipentingkan semasa berinteraksi kerana kesantunan berbahasa bertujuan untuk menyelesakan orang lain, mengambil kira bukan sahaja situasi sosial tetapi juga kepentingan dan sensitiviti mereka (Cameroon, 2007). Oleh hal yang demikian, amala Justifikasi
1 Peranan Ibu Bapa 3 2 4 Peranan Media Massa Peranan Guru Peranan Kerajaan Cara Menangani Isu Kesantunan Berbahasa Isu kesantunan bahasa perlu diatasi bagi menjaga martabat Bahasa Melayu di negara kita. Oleh hal yang demikian, terdapat beberapa langkah-langkah yang dilakukan bagi mengelakkan isu ini berlarutan.
Peranan Ibu Bapa Ibu bapa merupakan individu yang paling rapat dengan anak-anak. Oleh hal yang demikian, ibu bapa memainkan peranan yang sangat besar dalam menangani isu kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat. Menggunakan bahasa yang sopan dan teratur dengan anak supaya kesantunan bahasa dapat dikekalkan. Contoh: Menggunakan tutur kata yang lembut dan halus ketika berbicara dengan mereka. iIbu bapa memantau penggunaan media sosial bagi memastikan anak-anak tidak melayari laman web yang tidak senonoh kerana pengaruh media sosial dapat memberikan impak negatif terhadap nilai kesantunan berbahasa. Ibu bapa menghadkan masa penggunaan media sosial seperti Facebook, Whatsapp, Twitter dan Instagram. Ibu bapa mempunyai akses untuk mengawal tempoh penggunaanya supaya anak-anak tidak leka dengan media sosial. Bahasa yang sopan Membuat Pemantauan Menghadkan masa
PERANAN GURU Menganjurkan kempenkempen cintai bahasa Pelajar mengetahui kepentingan nilai kesantunan dalam berbahasa. Pelajar mempunyai kesedaran dan memupuk sikap cakna mengenai kesantunan berbahasa . Menyedarkan para pelajar tentang pentingnya penggunaan bahasa agar mereka tidak menyalahgunakan bahasa dari segi pertuturan dan penulisan sama ada ketika formal atau tidak formal. Penggunaan bahasa Guru mempratikkan penggunaan bahasa yang betul ketika di sekolah. Contoh: Tidak menggunakan bahasa rojak dan bahasa yang kesat yang mungkin boleh menyebabkan hilang kesantunan dalam komunikasi.
Peranan Kerajaan Pihak kerajaan harus memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah ini yang disebabkan oleh keruntuhan kesantunan dan budi bahasa. Menguatkuasakan undangundang. Contoh: Individu yang melakukan penyalahgunaan media sosial seperti menggunakan kata-kata kesat akan dikenakan tindakan undnag-undang. PIhak kerajaan bekerjasama dengan perkhidmatan media. Contohnya, menyekat pengguna yang mengabaikan kesantunan berbahasa bagi emmastikan tiada konflik yang berlaku di media sosial. Pihak kerajaan tidak memberi muka kepada individu yang mengabaikan kesantunan berbahasa. Hal ini kerana, pengabaian kesantunan berbahasa boleh menyebabkan pergaduhan yang mungkin akan mencemarkan nama negara. Undangundang Kerjasama Tidak berkompromi
PERANAN MASYARAKAT Tidak mementingkan diri Memaklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku berita-berita di media sosial yang meragukan. Contohnya, berita yang berkaitan dengan institusi diraja. Masyarakat juga boleh memberikan teguran kepada rakan-rakan yang suka menggunakan katakata kesat ketika berkomunikasi. Contoh: Menasihati dengan lembut supaya mereka mudah untuk menerima teguran kita. Melatih diri Masyarakat perlu bijak melatih diri untuk mengawal emosi ketika berkomunikasi supaya tidak berlaku penggunaan kata-kata yang kasar . Contoh: Tidak membuat siaran di media sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram ketika sedang marah .
Penggunaan bahasa dan konsep kesopanan dan kesantunan bahasa perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Penggunaan media sosial yang semakin berleluasa kini membimbangkan jika berlakunya pengaabaian kesantunan berbahasa dalam diri masyarakat. Oleh itu sebagai masyarakat Malaysia kita perlulah melakukan sesuatu supaya gejala ketidaksantunan ini dapat sekurang -kurang dibendung dan dikawal. Maka, semua pihak mestilah memainkan peranan masing-masing bagi menjaga nilai kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat. Kesimpulan
Rujukan Ahmad, A. A., Yahya, M. A., Hashim, N., & Mahmor, N. A. (2016). Kesantunan bahasa semasa berkomunikasi di laman sosial. Asmah Haji Omar. (2006). Setia dan santun bahasa. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kamus Dewan (edisi ketiga). 2002. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Hani, Azianura, et al. BULI SIBER: KETIDAKSANTUNAN BAHASA DAN ETIKA MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA MALAYSIA (Cyberbullying in Malaysia: Understanding Youngsters’ Ethics and Impoliteness Strategies in Social Media). Vol. 16, no. 6, pp. 1823–884, journalarticle.ukm.my/19990/1/34307-107038-1-SM.pdf. Hidayah Shafiee, et al. “PENGARUH BAHASA ROJAK DI MEDIA BAHARU TERHADAP BAHASA KEBANGSAAN the INFLUENCE of BAHASA ROJAK in NEW...” ResearchGate, Global Academic Excellence (M) Sdn Bhd, 11 July 2019, www.researchgate.net/publication/334457804_PENGARUH_BAHASA_ROJAK_DI_MEDIA_BAHARU_TERHADAP_BAHASA_KEB ANGSAAN_THE_INFLUENCE_OF_BAHASA_ROJAK_IN_NEW_MEDIA_TOWARDS_THE_NATIONAL_LANGUAGE. Kamus Dewan (edisi ketiga). 2002. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka