The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mat Harun Bin Saman, 2022-07-14 01:02:07

Buku Mesyuarat Agung Kali Ke3

Buku Mesyuarat Agung Kali Ke3

Pas Cawangan Taman Desa Mawar
Tanjong Karang (PPM09439)

Pas Cawangan Taman Desa Mawar
Tanjong Karang (PPM09439)

PAS/CAWPPM09439(1)2020-2021

9 Zulhijjah 1443H / 9 Julai 2022

Kepada
Semua Ahli PAS Cawangan Taman Desa Mawar

Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG PAS CAWANGAN TAMAN DESA MAWAR KALI KE-3

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat AJK PAS Cawangan Taman Desa Mawar telah
bermesyuarat pada 5 Julai 2022 dan memutuskan agar Mesyuarat Agung Cawangan dijalankan
berdasarkan Perlembagaan PAS mengikut ketetapan yang berikut :

Tarikh : 14 Julai 2022 bersamaan 14 Zuhijjah 1443
Hari : Khamis malam Jumaat
Masa : 9.30 malam
Tempat : BILIK MEDSOS / BILIK GERAKAN PAS TDM
: NO. 15, JALAN 3/15, TAMAN DESA MAWAR SG. YU,
: 45500 TANJONG KARANG

3. Mesyuarat Agung hendaklah dipastikan berjalan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP)
yang ditetapkan dan kaedah yang diputuskan oleh Jabatan Setiausaha PAS Pusat.

4. Segala kerjasama dan perhatian didahului dengan Jazakumullahu Khairan Kathira.

Sekian, Terima Kasih. Wassalam.

“ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN”

Yang Benar,

MAT HARUN BIN SAMAN
Ketua Cawangan
PAS Cawangan Taman Desa Mawar

1) s.k Fail
2) Yang Dipertua PAS Kawasan Tanjong Karang

Pas Cawangan Taman Desa Mawar
Tanjong Karang (PPM09439)

LAPORAN MESYUARAT AGUNG
PAS CAWANGAN TAMAN DESA MAWAR KALI KE-2

1) MESYUARAT AGUNG CAWANGAN TAMAN DESA MAWAR KALI KE-2

a) Tarikh : 14 Oktober 2021 [Khamis malam Jumaat]
b) Masa : 9.30 malam hingga 11.00 malam
c) Tempat : Kediaman Ustaz Mat Harun bin Saman
: No. 43 Jalan 2/13 Seksyen 2 Taman Desa Mawar Sg Yu,
: 45500 Tanjong Karang, Selangor.

2) KEHADIRAN Kehadiran
Ya
Bil. Nama Ya
1. Tn. Hj. Mohd Hassim bin Jayar Ya
2. Tn. Hj. Naseruddin bin Bakri Ya
3. Ustaz Mat Harun bin Saman Ya
4. Encik Mustain bin Saifuddin@Musaiful Ya
5. En. Zainuri bin Mat Taib Ya
6. En. Azhar bin Ahmad Ya
7. En. Wan Mohd Sharif bin Wan Abdullah Ya
8. En. Mohd Nasir bin Mat Noh Ya
9. En. Khairudin bin Emran Ya
10. Tn. Hj. Selamat bin Sidak Ya
11. En. Muhammad Naqib Hafizuddin bin Mat Harun Ya
12. Pn. Misnah binti Ngaimon Ya
13. Pn. Rosnani binti Samsuni Ya
14. Pn. Nor Aziah inti Zaini Ya
15. Cik Hanan Bahriah binti Mat Harun Ya
16. Cik Nadiah Najihah binti Mat Harun Ya
17. Cik Auni Munirah binti Mat Harun
18. Cik Noor Hafizzatul Izzah binti Mat Harun Ya

TURUT HADIR
19. Tn. Hj. Suhaimi bin Amnan

[Ketua Penerangan PAS Kawasan Tg. Karang]

Pas Cawangan Taman Desa Mawar
Tanjong Karang (PPM09439)

3] AGENDA MESYUARAT AGUNG PAS CAWANGAN TAMAN DESA MAWAR KALI KE-2

1) Ucapan Ketua Cawangan
2) Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Kali Pertama
3) Membentang dan menerima Laporan Aktiviti Tahun 2020
4) Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan [berakhir pada

Disember 2020]
5) Pembubaran AJK 2020/2021
6) Pelantikan AJK 2021/2022
7) Hal-hal lain / Membahaskan usul
8) Ucapan Penangguhan

4] MINIT MESYUARAT AGUNG PAS CAWANGAN TAMAN DESA MAWAR KALI KE-2

1) Ucapan Ketua Cawangan [Ustaz Mat Harun bin Saman]
1.1 Ucapan salam dan bacaan Alfatihah.
1.2 Mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir terutama kepada Tn. Hj.
Suhaimi bin Amnan [Ketua Penerangan PAS Kawasan Tg. Karang] yang turut
hadir ke mesyuarat agung kali ini.
1.3 Menyatakan Mesyuarat Agung Pas Cawangan Taman Desa Mawar kali ini adalah
kali Ke-2. Manakala kali yang pertama untuk tahun lepas adalah ‘on paper’
sahaja kerana situasi PKP.
1.4 Ketua Cawangan /Pengerusi Mesyuarat menyatakan :-
1.4.1 Bilangan ahli PAS Cawangan Taman Desa Mawar seramai 38 orang.
1.4.2 Menyatakan AJK Pas Cawangan TDM [rujuk perkara 6]

2) Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Kali Pertama
2.1 Pengerusi menyatakan bahawa Mesyuarat Agung Kali Pertama 2020 adalah ‘on-
paper’ sahaja memandangkan situasi PKP ketika itu. Oleh itu tiada MInit
Mesyuarat untuk dibentang dan di terima pada mesyuarat agung kali ini.

3) Membentang dan menerima Laporan Aktiviti Tahun 2020
3.1 Pengerusi membentangkan Laporan Aktiviti Tahun 2020 iaitu :-
3.1.1 Menyampaikan Bantuan Makanan Asas kepada keluarga yang terkesan
akibat Covid 19.
3.1.2 Menyampaikan bantuan raya kepada penduduk yang kurang mampu.
3.1.3 Mengendalikan Program Ziarah Medic bagi warga taman yang terpilih.

4) Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan

Pas Cawangan Taman Desa Mawar
Tanjong Karang (PPM09439)

1.1 En. Azhar bin Ahmad mewakili Bendahari menyatakan jumlah wang yang ada di
dalam tabung PAS Cawangan Taman Desa Mawar adalah berjumlah RM 420.00

5) Membahaskan Usul-usul
1.1 Tiada usul.

6) Pembubaran AJK 2020/2021
1.1 Pengerusi dengan rasminya membubarkan AJK PAS Cawangan Taman Desa
Mawar bagi sesi 2020/2021.
a] PENGERUSI TETAP
Tuan Haji Mohd Hassim bin Jayar

b] TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Tuan Haji Naseruddin bin Bakri

c] KETUA CAWANGAN
Ustaz Mat Harun bin Saman

d] TIMBALAN KETUA CAWANGAN
Encik Mustain bin Saifuddin@Musaiful

e] SETIAUSAHA
Encik Zainuri bin Mat Taib

f] BENDAHARI
Encik Badrunnahar bin Mohd Sahit

g] AHLI JAWATANKUASA KECIL
Encik Azhar bin Ahmad
Encik Azis bin Riman
Encik Khairudin bin Emran
Encik Abdul Rahman bin Bachik

h] KETUA PEMUDA
Encik Wan Mohd Sharif bin Wan Abdullah

i] KETUA MUSLIMAT
Puan Rosnani binti Samsuni

1.2 Pengerusi meneruskan agenda mesyuarat agung dan mohon ahli mesyuarat
melantik AJK PAS Cawangan Taman Desa Mawar sesi 2021/2022.

7) Pelantikan AJK 2021/2022
7.1 En. Mohd Nasir bin Mat Noh mencadangkan AJK yang lama dikekalkan.
En. Wan Mohd Sharif bin Wan Abdullah menyokong dan diikuti sokongan
sebulat suara ahli mesyuarat.
7.2 Tn. Hj. Suhaimi bin Amnan [Ketua Penerangan PAS Kawasan Tanjong Karang]

Pas Cawangan Taman Desa Mawar
Tanjong Karang (PPM09439)

mencadangkan AJK ditambah 4 orang lagi. Ahi mesyuarat menyokong sebulat
suara. Mesyuarat melantik ahli yang berikut sebagai AJK Kecil.

1] Tn. Hj. Naseruddin bin Bakri
2] Tn. Hj. Sabri bin Abdullah
3] Tn. Hj. Selamat bin Sidak
3] Puan Nor Aziah binti Zaini
Memandangkan Tn. Hj. Naseruddin bin Bakri diantik sebagai AJK Kecil maka
jawatan Timbalan Pengerusi Tetap yang disandang oleh beliau dimansuhkan.

8) Hal-hal lain
8.1 YURAN TAHUNAN DAN SUMBANGAN AHLI
Mesyuarat telah menetapkan :-
a] Yuran Tahunan Ahli PAS Caw. Taman Desa Mawar sebanyak RM 5.00.
b] Jumah Sumbangan Bulanan Ahli adalah sebanyak RM 10.00.

8.2 PEMEGANG AKAUN
Mesyuarat telah menetapkan :-
a] pemegang akaun PAS Cawangan Taman Desa Mawar adalah seramai 3 [tiga]
a] orang iaitu Pengerusi Tetap [Tuan Haji Mohd Hassim bin Jayar], Setiausaha
a] [En. Zainuri bin Mat Taib] dan Bendahari, [En. Badrunnahar bin Mohd Sahit].

8.3 AKTIVITI PAS CAWANGAN TAMAN DESA MAWAR
a] aktiviti PAS Cawangan Taman Desa Mawar dicadangkan diadakan secara
a] berkala. Ia boleh diadakan sebulan sekali memandangkan jumlah asnaf yang
a] ramai iaitu seramai 42 orang.

8.4 MUSLIMAT PAS CAWANGAN TAMAN DESA MAWAR
Pengerusi mesyuarat menyatakan :-
a] Ketua Muslimat PAS Cawangan Taman Desa Mawar iaitu Puan Rosnani binti
a] Samsuni memerlukan bantuan muslimat untuk menjalankan aktiviti.

8.5 WAKIL PAS CAWANGAN TDM KE MESYUARAT AGUNG KAW. TG. KARANG
Mesyuarat menetapkan wakil PAS cawangan untuk menghadiri Mesyuarat
Agung PAS Kaw. Tg. Karang [17 Oktober 2021 [10 Rabiul Awal 1443H] ialah :-
a] Ustaz Mat Harun bin Saman
b] Tn. Hj. Selamat bin Sidak
c] En. Azhar bin Ahmad
d] Tn. Hj. Naseruddin bin Bakri
e] Encik Wan Wan Mohd Sharif bin Wan Abdullah

8.6 PENGURUSAN JENAZAH TAMAN DESA MAWAR

Pas Cawangan Taman Desa Mawar
Tanjong Karang (PPM09439)

Pengerusi mesyuarat berharap :-
a] pengurusan jenazah bagi penduduk Taman Desa Mawar dapat diuruskan
a] oleh penduduk taman ini sendiri.

9) Ucapan Penangguhan
9.1 Tn. Hj. Suhaimi bin Amnan [Ketua Penerangan PAS Kawasan Tg. Karang]
menyampaikan ucapan penangguhan.
9.1.1 Mengucapkan tahniah kepada AJK PAS Cawangan Taman Desa Mawar
yang baru dilantik. Berharap AJK PAS dapat membangunkan PAS
Cawangan Taman Desa Mawar pada masa akan datang.
9.1.2 Menyatakan cawangan-cawangan PAS yang ada merupakan kekuatan
kepada PAS Kawasan Tanjong Karang dan berharap AJK cawangan dapat
menggerakkan jentera, pemuda dan muslimat dengan lebih giat lagi.
9.1.3 Menyatakan usrah dan tujuan serta kepentingannya :-
Usrah - kelompok manusia yang beriman dengan Islam dan berusaha
tolong-menolong sesama sendiri untuk memahami dan menghayati
Islam; berusaha mempertingkatkan ilmu dan amal, dan menghindari
maksiat dan permusuhan.
Tujuan usrah pula ialah menghubungkan diri dengan Allah, merapatkan
ukhuwah, kejiranan, memelihara dan menghubungkan diri sesama
manusia dan alam, mendalami fardu ain dan membimbing generasi
muda dalam ibadah Islam.
9.1.4 Berharap PAS cawangan taman ini dapat melakukan ziarah kematian
sekiranya ada kematian penduduk taman ini dengan menghulurkan
sumbangan kepada waris atau keluarga simati.

Tn. Hj. Suhaimi bin Amnan [Ketua Penerangan PAS Kawasan Tg. Karang] menyampaikan
sijil keahlian kepada ahli yang hadir.

Mesyuarat Agung PAS Cawangan Taman Desa Mawar ditangguhan pada jam 11.00 malam.

Dicatat dan disediakan oleh, Disahkan oleh,

ZAINURI BIN MAT TAIB MAT HARUN BIN SAMAN
Setiausaha Ketua Cawangan

Pas Cawangan Taman Desa Mawar Pas Cawangan Taman Desa Mawar


Click to View FlipBook Version