DBF 2133 (GELAGAT ORGANISASI) TAJUK: MEMBUAT KEPUTUSAN, KONFLIK DAN RUNDINGAN NAMA : WAN NORFARAH BT WAN SHAHROL ANUDIN PROGRAM : PENGURUSAN PERNIAGAAN ( 1DBF) NAMA PENSYARAH : PN.HJH. FARIDAH BT MOHAMMAD
KONSEP MEMBUAT KEPUTUSAN, KONFLIK DAN RUNDINGAN Pembuatan keputusan adalah intipati pengurusan; semua pengurus ditugaskan membuat keputusan Konflik adalah pertikaian relasional di antara dua atau lebih pihak, di mana mereka yang terlibat menganggap ancaman Rundingan pula adalah proses di mana kumpulan yang mempunyai kepentingan yang bercanggah bertemu bersama
FAKTOR-FAKTOR MEMBUAT KEPUTUSAN Orang yang berbeza boleh membuat keputusan yang berbeza untuk masalah yang sama. PERBEZAAN INDIVIDU: ● Personaliti Adalah satu corak tingkah laku bertahan,tersusun dan tersendiri. ● Sikap adalah nilai , fikiran dan kecenderungan tingkah laku yang dipegang oleh seseorang KEKANGAN ORGANISASI: ● Penilaian prestasi Dalam pengurus membuat keputusan berdasarkan krriteria yang dinilai oleh pengurus atasan mereka ● Sistem ganjaran dalam pembuatan keputusan yang diambil oleh organisasi ● Peraturan undang-undang yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi dicipta sebagai garis panduan
PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN LANGKAH 1 • MENGENALPASTI PELUANG DAN MENDIAGNOSIS MASALAH LANGKAH 2 • MENJANA ALTERNATIF LANGKAH 3 LANGKAH 4 LANGKAH 5 LANGKAH 6 • MENILAI DAN MEMANTAU KEPUTUSAN • MENILAI ALTERNATIF • MEBUAT KEPUTUSAN • MELAKSANKAN KEPUTUSAN
LANGKAH 1 : MENGENALPASTI PELUANG DAN MENDIAGNOSIS MASALAH • Pembuatan keputusan berlaku sebagai satu respon kepada masalah. • Maka, pengurus perlu mengenalpasti masala apa yang perlu diselesaikan. • Pembuatan keputusan juga berlaku apabila terdapat peluang untuk pembangunan dan kemajuan organisasi. LANGKAH 2 : MENJANA ALTERNATIF • Setelah masalah telah didiagnosis dan peluang telah dikenal pasti, pengurus perlu memikirkan cara dan alternatif untuk menyelesaikan masalah dan merebut peluang . LANGKAH 3 : MENILAI ATERNATIF • Pada tahap ini pengurus telah mempunyai beberapa senarai alternatif yang lengkap, seterusnya pengurus perlu menilai semula semua alternatif yang telah disenaraikan. • Apabila perlu untuk menilai alternatif, pengurus perlu mengenal pasti nilai dan kecukupan setiap alternatif.
LANGKAH 4 : MEMBUAT KEPUTUSAN • Langkah ini di mana pembuatan keputusan dibuat. Pembuatan keputusan adalah bahagian yang penting di dalam kedudukan pengurusan. • Setelah membuat penilaian terhadap kelebihan dan kekurangan setiap alternatif, pengurus sudah boleh mengenal pasti alternatif mana yang terbaik. LANGKAH 5 : MELAKSANAKAN KEPUTUSAN • Setelah keputusan dibuat, langkah ini di mana pengurus melaksanakan keputusan dan beberapa perkara perlu diberi pertimbangan. LANGKAH 6 : MENILAI DAN MEMANTAU KEPUTUSAN • Langkah terakhir dalam proses pembuatan dan penilaian hasil. • Pengurus perlu menilai bagaimana dapatan keputusan. • Hasil penilaian adalah penting untuk mencari kepincangan dalam keputusan bagi membuat penambahbaikan pembuatan keputusan pada masa hadapan.
● Mereka Melihat perkara secara berbeza ● Mereka mahu perkara yang berbeza ● Mereka mempunyai matlamat yang berbeza ● Mereka mempunyai berlainan cara pemikiran yang mana menggalakkan untuk bersetuju ● Mereka mempunyai ideologi dan falsafah yang berbeza ● Mereka mempunyai pendekatan yang berbeza ● Mereka mempunyai persenonaliti yang berbeza ● Mereka dalam kalangan status yang berbeza ● Mereka terpaengaruh oleh ketakutan, paksaan, keadilan atau dana KONFLIK OGANISASI KONFLIK ADALAH PERTIKAIAN RELASIONAL DI ANTARA DUA ATAU LEBIH PIHAK DIA MANA MEREKA AKAN DATANG DI PIHAK LAIN KETIDAKSEPAKATAN
PROSES KONFLIK Konflik laten Konflik anggapan Konflik berasa Konflik nyata Selepas konflik
LANGKAH 1 : KONFLIK LATEN Pada tahap ini, pada dasarnya tiada sebarang konflik yang timbul. Potensi kemunculan konflik wujud kerana sumber konflik yang telah dinyatakan sebelum ini. LANGKAH 2 : KONFLIK ANGGAPAN Pada tahap ini, mula timbul rasa negatif pada semua pihak. Pada kebiasaannya, setiap kumpulan mula rapat antara satu sama lain, wujud terma dan sikap “kita vs. mereka” dan menyalahkan kumpulan lain LANGKAH 4 : KONFLIK NYATA Pada tahap ini, apabila konflik telah menjadi nyata, setiap pihak yang terlibat mula memutuskan bagaimana untuk bereaksi dan berhadapan dengan konflik dengan cara menggagalkan matlamat yang ingin dicapai oleh pihak yang lain. Konflik nyata boleh wujud dalam pelbagai bentuk. LANGKAH 3 : KONFLIK BERASA Pada tahap ini, mula timbul rasa negatif pada semua pihak. Pada kebiasaannya, setiap kumpulan mula rapat antara satu sama lain, wujud terma dan sikap “kita vs. mereka” dan menyalahkan kumpulan lain apabila timbul sesuatu masalah. LANGKAH 5 : SELEPAS KONFLIK Setiap episod konflik meninggalkan kesan selepas konflik, iaitu kesan konflik. Ia melibatkan perasaan dan bagaimana mereka bereaksi pada episod konflik akan datang.
REAKSI KEPADA KONFLIK REAKSI KEPADA KONFLIK PERTELINGKAHAN PERUNDINGAN PENYELESAIAN MASALAH PERANCANGAN
PERTELINGKAHAN Pertelingkahan tidak membawa keuntungan, pendekatan yang memuaskan dalam menghadapi situasi konflik, ia melibatkan taktik, strategi, menyerang dan mempertahankan kedudukan, menang dan kalah, dan mendedahkan kelemahan. PERUNDINGAN Perundingan dibuat untuk mencari penyelesaian dengan pihak yang lain. - Perundingan berlaku dalam keadaan yang sedia ada dan tidak melibatkan sebarang penyelesaian masalah atau perancangan. PENYELESAIAN MASALAH Perancangan melibatkan percubaan supaya situasi konflik kembali normal. PERUNDINGAN -Perundingan dibuat untuk mencari penyelesaian dengan pihak yang lain. - Perundingan berlaku dalam keadaan yang sedia ada dan tidak melibatkan sebarang penyelesaian masalah atau perancangan.
DEFINISIKAN RUNDINGAN Rundingan didefinisikan sebagai satu proses di mana mereka yang terlibat di dalam konflikberjumpa untuk membuat tawaran, mengimbang tawaran dan konsesi Rundingan boleh mengambil pelbagai bentuk dari segi perunding yang terlatih bertindak bagi pihak organisasi atau kedudukan tertentu dalam keadaan formal kepada rundingan tidak formal antara sahabat
STRATEGI RUNDINGAN CIRI RUNDINGAN RUNDINGAN DISTRIBUTIVE (AGIHAN) RUNDINGAN INTEGRATIF KESEDIAAN SUMBER AMAUN YANG TETAP UNTUK DIAGIHKAN AMAUN YANG BOLEH DIUBAH UNTUK DIAGIHKAN MOTIVASI ASAS SAYA MENANG, ANDA KALAH SAYA MENANG, ANDA MENANG HUBUNGAN YANG JANGKA PANJANG DIFOKUSKAN JANGKA PENDEK
PROSES RUNDINGAN LANGKAH 1 : PERSEDIAAN DAN PERANCANGAN LANGKAH 2 : DEFINISI PERATURAN ASAS LANGKAH 3 : PENJELASAN DAN JUSTIFIKASI LANGKAH 4 : TAWAR-MENAWAR DAN PENYELESAIAN MASALAH LANGKAH 5 : PENUTUPAN DAN PELAKSANAAN
LANGKAH 1 : PERSEDIAAN DAN PERANCANGAN Sebelum proses rundingan bermula, pihak yang terlibat perlu mengumpulkan maklumat, seperti sifat konflik, sejarah yang membawa kepada rundingan ini LANGKAH 2 : DEFINISI PERATURAN ASAS prosedur rundingan ditakrifkan. Ini melibatkan penyataan secara terperinci, seperti siapa yang akan membuat rundingan, di mana rundingan akan diadakan, adakah terdapat kekangan masa, adakah terdapat limitasi isu yang akan dibincangkan, adakah apa -apa spesifik prosedur yang perlu dipatuhi dan sebagainya. LANGKAH 3 : PENJELASAN DAN JUSTIFIKASI Tahap ini lebih kepada memberi peluang untuk menyampaikan maklumat dan mendidik pihak lagi satu dengan menyediakan dokumen sokongan, jika ada .
LANGKAH 4 : TAWAR -MENAWAR DAN PENYELESAIAN MASALAH Pada tahap ini semua pihak terlibat mula mencapai kata sepakat yang terbaik. LANGKAH 5 : PENUTUPAN DAN PELAKSANAAN Setiap pihak secara formal telah bersetuju dan membangunkan prosedur untuk pelaksanaan dan pemantauan, jika perlu. Tahap ini memerlukan kontrak secara formal dan kadang -kadang cuma berakhir dengan berjabat salam
SEKIAN TERIMA KASIH