The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fadzimy83, 2023-07-30 04:56:50

Pelaksanaan Program Minda Sihat

Pelaksanaan Program Minda Sihat

Pelaksanaan Program Minda Sihat 2023 / 2024 Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Seri Mulia


Program Minda Sihat Merujuk surat siaran KPM.600-17/1/22 Jld. 7 (45) Panduan Pelaksanaan Program Minda Sihat disediakan sebagai panduan untuk dilaksanakan dengan terancang, sistematik, dan berkesan. Usaha dan pengesanan awal dilaksanakan kepada SEMUA MURID melalui Program Minda Sihat bagi meningkatkan kesejahteraan sosioemosi serta mental yang baik dalam kalangan murid.


Program Minda Sihat dilaksanakan sebagai langkah pencegahan masalah emosi, memperkasa sosioemosi, menyokong kesejahteraan mental dan melaksanakan intervensi dalam membantu murid meningkatkan kemahiran gaya daya tindak dengan baik serta merujuk murid yang dikenal pasti kepada pihak yang bertanggungjawab dengan prosedur yang betul. "Minda Sihat: Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera" Pengenalan


Objektif Meningkatkan kesedaran kesejahteraan sosioemosi dan mental dalam kalangan murid. Meningkatkan keupayaan murid meregulasi emosi dan kemahiran gaya daya tindak dengan baik. Merujuk murid yang mengalami masalah emosi, psikologi dan mental kepada pihak yang bertanggungjawab dengan prosedur yang betul.


4 Pendekatan Utama Pencegahan Perkembangan Pemulihan Krisis


Pendekatan Pencegahan Mengenal pasti keperluan dan sebab masalah emosi murid berdasarkan dapatan senarai semak keperluan emosi murid Melaksanakan saringan minda sihat untuk pengesanan awal masalah emosi, psikologi dan mental murid. Mempromosikan aktiviti kesejahteraan emosi, gaya hidup sihat, dan teknik relaksasi, mindfulness dalam kalangan murid Membimbing murid menguruskan emosi dengan baik dengan meningkatkan kemahiran gaya daya tindak


Pendekatan Perkembangan Meningkatkan kemahiran meregulasi emosi melalui sesi bimbingan individu, kelompok dan latihan dalam kumpulan yang berterusan Meningkatkan keupayaan murid berfikir secara sihat, positif, rasional dan kreatif Meningkatkan kawalan diri, konsep kendiri positif, keyakinan diri dan daya tahan (resilien)


Pendekatan Pemulihan Melaksanakan intervensi minda sihat kepada murid yang dikenal pasti berada pada kategori krisis / khusus melalui proses saringan minda sihat 1 Melaksanakan sesi kaunseling / bimbingan secara berterusan dan berfokus bagi meningkatkan kemahiran mendapatkan bantuan serta kemahiran gaya daya tindak murid.


Pendekatan Krisis Mengenal pasti murid yang mengalami tanda-tanda awal kemurungan dan gangguan / kecelaruan mental Melaksanakan sesi kaunseling secara berterusan, sokongan emosi, konsultasi ibu / bapa / penjaga untuk menyokong kesejahteraan emosi dan mental murid bagi memastikan murid selamat, sihat dan kebajikan terjaga Mengenal pasti murid yang dikenal pasti berada pada kategori krisis melalui proses saringan minda sihat 1 dan 2


Pelaksanaan Program Minda Sihat Promosi Program Minda Sihat Intervensi Minda Sihat Saringan Minda Sihat Konsultasi Rujukan


Promosi Minda Sihat Sebaran Infografik Siaran Info Bercetak, Teknik Relaksasi 10B Aktiviti Mindfulness Ruangan Luahan Emosi Talian Sokongan Psikososial Sudut Minda Sihat Sesi bersama ibu/bapa


Saringan Minda Sihat Guru Bimbingan dan Kaunseling melaksanakan saringan minda sihat kepada SEMUA MURID menggunakan instrumen / soal selidik yang diberikan.


Intervensi Minda Sihat Murid yang dikenal pasti mempunyai isu berkaitan emosi, perlu mejalani intervensi menggunakan Modul Program Minda Sihat yang disediakan.


Konsultasi Melaksanakan konsultasi bersama-sama ibu/bapa/penjaga murid yang telah dikenal pasti bagi membincangkan tindak susul selanjutnya.


Rujukan Rujukan segera kepada klinik kesihatan bagi murid yang menunjukkan tindakan kecenderungan memudaratkan diri setelah tiada perubahan skor dalam penilaian krisis atau selepas saringan kali kedua


Saringan Minda Sihat 1 7 - 18 Ogos 2023 Semua murid adalah DIWAJIBKAN untuk menduduki saringan 1 minda sihat di sekolah di bawah bimbingan Guru Bimbingan dan Kaunseling.


Click to View FlipBook Version