The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HAZIMAH, 2019-11-22 01:42:34

PERUBAHAN SEKSUAL

PANDUAN IBU BAPA

PANDUAN IBU BAPA
MENYANTUNI
PERUBAHAN
SEKSUAL &
REPRODUKTIF

REMAJA

Katakan’TIDAK’ kepada
hubungan SEKSUAL yang
TIDAK SIHAT &
TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

Realiti Semasa

Tahukah ANDA, hampir semua ANAK-ANAK kita
terdedah kepada UNSUR PORNOGRAFI apabila

aktif secara DIGITAL di era SIBER ini.

‘POP UP’ gambar atau video pornografi secara

tiba-tiba, apabila bermain ‘game’ atau di
iklankan bersama-sama web atau ‘apps’ yang
dilayari.
Video dan gambar pornografi yang di kongsi
melalui pelbagai jenis aplikasi;

melalui rakan yang dikenali, telefon ibu-bapa,
juga pemangsa yang berniat untuk ‘sexually
grooming’ ANAK-ANAK ANDA.

KEBANYAKAN ANAK-ANAK REMAJA SUDAH TAHU
TENTANG HUBUNGAN SEKSUAL SEBELUM

WAKTU YANG SEPATUTNYA, TANPA IBU-BAPA
MENYEDARI!!!

ia boleh

sebelum ‘Perbuatan2
menghampiri
Ketagihan
Pornografi ZINA’

ONANI ZINA Jenayah
Seksual

BERBICARA TENTANG
HUBUNGAN SEKSUAL

FASA REMAJA adalah fasa kemuncak
perubahan seksual secara fizikal, mental, emosi
dan fisiologi. Kehendak seksual ini berlaku
secara semulajadi bagi menyediakan tubuh
manusia untuk berkebolehan membiak.

IBU BAPA perlu membantu anak-anak REMAJA
anda, memahami perubahan ini. FAHAMI mereka
dan santuni mereka dengan panduan AGAMA.

JANGAN biarkan anak anda mendapat penjelasan
isu seksual daripada orang yang tidak boleh
dipercayai. Mereka mudah dimanipulasi. JADIKAN
DIRI ANDA SEBAGAI RUJUKAN UTAMA
DENGAN BERBICARA SECARA TERBUKA
TENTANG ISU INI.

BERCERITA TENTANG
TANGGUNGJAWAB PADA HUBUNGAN

SEKSUAL

HUBUNGAN SEKSUAL YANG SELAMAT
adalah dalam ikatan PERKAHWINAN yang
SAH. Tangggungjawab disebalik perkahwinan
yang menghalalkan hubungan seksual,
menjamin peranan SUAMI juga ISTERI malah
ke atas zuriat yang bakal diperolehi.

HUBUNGAN SEKSUAL MELALUI
PERNIKAHAN.
Menjamin ‘nasab’ dan keturunan.

HUBUNGAN SEKSUAL SIHAT & SELAMAT
seharusnya bersama pasangan yang dinikahi
sahaja, kerana ia menjamin ‘contact’ fizikal
dengan pasangan yang satu, tiada penularan
penyakit kelamin, juga HIV.

HUBUNGAN SEKSUAL SIHAT & SELAMAT
adalah pada usia yang matang dan sudah
berkemampuan menjalankan tanggungjawab
sebagai pasangan SUAMI mahupun ISTERI dari
segi FIZIKAL, EKONOMI, SOSIAL dan EMOSI.

IBU BAPA HARUS MENJELASKAN BAHAWA HUBUNGAN
SEKSUAL ITU BUKAN ATAS NAFSU SAHAJA TETAPI IA

DATANG DENGAN TANGGUNGJAWAB YANG BESAR!!!

JELASKAN KESAN DARIPADA
HUBUNGAN SEKSUAL BERISIKO

Salah satu cara penyebaran
VIRUS HIV adalah melalui
hubungan seksual berisiko
yang boleh mengakibatkan

AIDS

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, “Hendaklah mereka
menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang
demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui apa yang mereka perbuat.”
Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka
menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka
menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripada-
nya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya….”
(QS. An-Nur: 30-31)

Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di
Wanita IKRAM Perak DR
Dr Noraini Mat Husin
+60135307291


Click to View FlipBook Version