HARI RAYA AIDILADHA
PSS SMK TAMAN MEDAN
Kandungan
• Hari Raya Aidiladha
• Ibadah Korban
• Ibadah Korban Dalam Norma
Baharu
• Kelebihan Bulan Zulhijjah
Hari Raya Aidiladha, Hari Raya
Korban atau Hari Raya Haji
merupakan perayaan yang
disambut umat Islam di
seluruh dunia.
Hari Raya Aidiladha
Aidiladha disambut pada
hari ke-10, ke-11, ke-12 dan ke-13
bulan Zulhijjah setiap tahun.
Bermula dengan Takbir
Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah,
diikuti dengan solat sunat
Aidiladha serta khutbah Aidiladha
di pagi 10 Zulhijjah, diikuti dengan
ibadah korban yang boleh
dilakukan bermula pada 10
Zulhijjah dan hari-hari Tasyrik
iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
• Aidiladha ialah perayaan • Selain itu, salah satu
yang istimewa kerana ia keistimewaan Aidiladha
merupakan hari untuk umat dan hari Tasyrik ialah ibadat
Islam mengingati korban. Ibadat korban ini
pengorbanan Nabi Ibrahim hanya boleh dilakukan
a.s dalam menunaikan pada empat hari bermula
perintah Allah dan waktu selepas Solat Sunat
kesabaran anaknya Nabi Aidiladha sehingga
Ismail a.s dalam memenuhi sebelum terbenam
perintah Allah SWT. matahari pada hari ke-13
Zulhijjah.
Pada hari raya, umat
Islam disunatkan memakai
pakaian cantik, bersih dan
memakai wangi-wangian. Pada
pagi Hari Raya Korban, umat
Islam disunatkan mandi sunat
Aidiladha, menunaikan solat
sunat Hari Raya sebanyak 2
rakaat dengan 7 takbir pada
rakaat pertama diikuti 5 takbir
pada rakaat kedua.
• Pada kebiasaannya solat sunat
Aidiladha dicepatkan sedikit
berbanding solat sunat Aidilfitri.
Hikmahnya adalah bagi
memberi lebih banyak masa
untuk penyembelihan korban.
Hikmah dilewatkan sedikit solat
sunat Aidilfitri adalah bagi
memberi peluang bagi mereka
yang belum membayar zakat
menunaikan kewajipan mereka
dan disunatkan makan dahulu
sebelum pergi ke masjid.
• Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah.
10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam Islam. Pada tarikh
tersebut umat Islam yang menunaikan haji telah meninggalkan
Padang Arafah yang merupakan kemuncak bagi ibadah haji. “Haji
itu wukuf di Padang Arafah.”
IBADAH
KORBAN
Apa itu ibadah korban?
• Ibadah ini merupakan
penyembelihan binatang
ternakan untuk
mendekatkan diri kepada
Allah Taala pada hari Raya
Haji dan 3 hari Tasyrik.
Hukum Ibadah Korban
Hukum asal Ibadah
Korban ialah sunat
muakkad,
tetapi ia menjadi
wajib jika seseorang
itu bernazar..
Syarat sah sembelihan
Syarat Umur Binatang Untuk Dijadikan Korban Secara Sah
• Unta – berumur 5 tahun dan ke atas
• Lembu/kerbau/kambing – 2 tahun dan ke atas
• Biri-biri/kibas – setahun ke atas atau gigi hadapan sudah
bersalin walaupun belum cukup umur setahun TETAPI
melebihi 6 bulan
Binatang yang tidak boleh
dijadikan korban
Binatang yang mempunyai kecacatan seperti:
• Tidak bertelinga atau terpotong telinga walau sedikit
• Binatang yang terlalu kurus dan kurang dagingnya
• Ekor dan lidahnya terpotong
• Tempang
• Bunting
• Buta
Tetapi SAH sekiranya kecacatan itu seperti:
• Tidak bertanduk
• Terbelah telinga
• Berlubang telinga tetapi tidak hilang daging
• Tertanggal sebahagian giginya
• Tidak mempunyai zakar
• Binatang yang dikasi
Fadhilat Ibadah
Korban
• Menebus dosa kecil
• Mendapat kebajikan (hasanah)
bagi setiap bulu binatang
korban
• Kedudukan mulia di sisi Allah
Taala
• Membentuk peribadi ikhlas,
bersyukur, belas kasihan dan
tolong menolong
• Menyembuh penyakit rohani
dan sosial
Siapa yang perlu
melakukan ibadah
korban?
Golongan yang
mempunyai lebihan harta
sebanyak nilaian harga
binatang korban daripada
keperluan dan keperluan
orang di bawah
tanggungannya.
Siapakah Yang
Dituntut Untuk
Korban?
• Islam
• Merdeka
• Aqil Baligh
• Bermukim atau
bermusafir
• Berkemampuan
Apakah pembahagian
daging korban yang afdal?
Ini bagi mereka yang melakukan korban
sunat:
• 1/3 untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin
• 1/3 untuk dimakan oleh pihak yang berkorban dan ahli
keluarganya
• 1/3 untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk
orang kaya atau jiran-jiran
IBADAH
KORBAN
dalam norma baharu
KELEBIHAN
BULAN
ZULHIJJAH
Daripada: PSS SMK TAMAN MEDAN & Panitia Pendidikan Islam