The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noorakmal, 2021-07-18 05:15:49

HARI RAYA AIDILADHA 2021

E PAMERAN BERTEMA PSS SMKTM

Keywords: PSS SMKTM

HARI RAYA AIDILADHA

PSS SMK TAMAN MEDAN

Kandungan

• Hari Raya Aidiladha
• Ibadah Korban
• Ibadah Korban Dalam Norma

Baharu
• Kelebihan Bulan Zulhijjah

Hari Raya Aidiladha, Hari Raya
Korban atau Hari Raya Haji
merupakan perayaan yang
disambut umat Islam di
seluruh dunia.

Hari Raya Aidiladha

Aidiladha disambut pada
hari ke-10, ke-11, ke-12 dan ke-13
bulan Zulhijjah setiap tahun.

Bermula dengan Takbir
Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah,
diikuti dengan solat sunat
Aidiladha serta khutbah Aidiladha
di pagi 10 Zulhijjah, diikuti dengan
ibadah korban yang boleh
dilakukan sama ada 10, 11, 12 atau
siang 13 Zulhijjah, semua waktu ini
dipanggil Hari Tasyrik.

• Aidiladha ialah perayaan • Selain itu, salah satu

yang istimewa kerana ia keistimewaan Aidiladha

merupakan hari untuk umat dan hari Tasyrik ialah ibadat

Islam mengingati korban. Ibadat korban ini

pengorbanan Nabi Ibrahim hanya boleh dilakukan

a.s dalam menunaikan pada empat hari bermula

perintah Allah dan waktu selepas khatib

kesabaran anaknya Nabi menyampaikan khutbah

Ismail a.s dalam memenuhi Aidiladha sehingga

perintah Allah SWT. sebelum tenggelam

matahari pada hari ke-13

Zulhijjah.

Korban bermaksud
menjalankan perintah

agama atau taat
kepada perintah Allah

kerana ingin
mendekatkan diri

kepada-Nya.

Pada hari raya, umat
Islam disunatkan mengenakan
pakaian cantik, bersih dan
mengenakan wangi-wangian. Pada
pagi Hari Raya Korban, umat
Islam menunaikan sembahyang
sunat Hari Raya sebanyak 2
rakaat dengan 7 takbir pada
rakaat pertama diikuti 5 takbir
pada rakaat kedua.

• Pada kebiasaannya solat sunat

Aidiladha dicepatkan sedikit

berbanding solat sunat Aidilfitri.

Hikmahnya adalah bagi

memberi lebih banyak masa

untuk penyembelihan

korban.Hikmah dilewatkan

sedikit solat sunat Aidilfitri

adalah bagi memberi peluang

bagi mereka yang belum

membayar zakat menunaikan

kewajipan mereka dan

disunatkan makan dahulu

sebelum pergi ke masjid.

• Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah.
10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam kerana
Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan
diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar
bandar Mekah

IBADAH
KORBAN

Apa itu ibadah korban?

• Ibadah ini merupakan

penyembelihan binatang

ternakan untuk

mendekatkan diri kepada

Allah Taala pada hari Raya

Haji dan 3 hari Tasyrik.

Syarat sah sembelihan

Syarat Umur Binatang Untuk Dijadikan Korban Secara Sah
• Unta – berumur 5 tahun masuk ke 6 tahun
• Lembu/kerbau/kambing – 2 tahun masuk ke 3 tahun
• Biri-biri/kibas – setahun masuk 2 tahun atau gigi hadapan

sudah bersalin walaupun belum cukup umur TETAPI
melebihi 6 bulan

Binatang yang tidak boleh
dijadikan korban

Binatang yang mempunyai kecacatan seperti:

• Tidak bertelinga atau terpotong telinga walau sedikit
• Ekor dan lidahnya terpotong
• Binatang yang kurus dan kurang dagingnya
• Buta
• Tempang
• Bunting

Tetapi SAH sekiranya kecacatan itu seperti:

• Tidak bertanduk
• Patah tanduk

• Terbelah telinga
• Berlubang telinga tetapi tidak hilang daging

• Dilahirkan tidak berekor
• Tertanggal sebahagian giginya

• Tidak mempunyai zakar
• Binatang yang dikebiri

Fadhilat Ibadah
Korban

• Menebus dosa kecil
• Mendapat kebajikan (hasanah)

bagi setiap bulu binatang
korban
• Kedudukan mulia di sisi Allah
Taala
• Membentuk peribadi ikhlas,
bersyukur, belas kasihan dan
tolong menolong
• Menyembuh penyakit rohani
dan sosial

Siapa yang perlu
melakukan ibadah
korban?

Golongan yang
mempunyai lebihan harta
sebanyak nilaian harga
binatang korban daripada
keperluan dan keperluan
orang di bawah
tanggungannya.

Siapakah Yang
Dituntut Untuk
Korban?

• Islam
• Merdeka
• Aqil Baligh
• Bermukim atau

bermusafir
• Berkemampuan

Apakah pembahagian
daging korban yang afdal?

Ini bagi mereka yang melakukan korban
sunat:

• 1/3 untuk dimakan oleh pihak yang berkorban dan ahli
keluarganya

• 1/3 untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin
• 1/3 untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk

orang kaya atau jiran-jiran

IBADAH
KORBAN

dalam norma baharu



KELEBIHAN
BULAN

ZULHIJJAH







Daripada: PSS SMK TAMAN MEDAN & Panitia Pendidikan Islam


Click to View FlipBook Version