The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KONSEP BANGSA IDAMAN MELALUI KONSEP 1 MALAYSIA

NAMA AHLI & NO MATRIK :
NUREEN NAZIRAH BINTI HASAN (22BS02015)
NUR ALIAH SOFIYA BINTI AZMI (22BT04015)
NURUL MARDHIAH BINTI ROSLI (22BT04016)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aliahsofiya02, 2023-03-19 12:04:06

KONSEP BANGSA IDAMAN MELALUI KONSEP 1 MALAYSIA

KONSEP BANGSA IDAMAN MELALUI KONSEP 1 MALAYSIA

NAMA AHLI & NO MATRIK :
NUREEN NAZIRAH BINTI HASAN (22BS02015)
NUR ALIAH SOFIYA BINTI AZMI (22BT04015)
NURUL MARDHIAH BINTI ROSLI (22BT04016)

Keywords: PENGHAYATAN & ETIKA PERADABAN SEM 1

NAMA NO MATRIK NUREEN NAZIRAH BINTI HASAN 22BS02015 NUR ALIAH SOFIYA BINTI AZMI 22BT04015 NURUL MARDHIAH BINTI ROSLI 22BT04016 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (MPU 3183) BANGSA IDAMAN MELALUI KONSEP 1 MALAYSIA DISEDIAKAN UNTUK: PUAN NOR AZLINA BINTI ENDUT I JAZAH SARJANA MUDA SYARIAH MUAMALAT, I JAZAH SARJANA MUDA MULTIMEDIA KREATIF (REKA BENTUK DIGITAL) SESI II 2022/2023


OBJEKTIF.......................................................................................................................................1 PENGENALAN...........................................................................................................................2-3 KONSEP NEGARA BANGSA.........................................................................................................4 SEJARAH BANGSA IDAMAN.......................................................................................................5 BANGSA IDAMAN SEBELUM MERDEKA....................................................................................6 BANGSA IDAMAN SELEPAS MERDEKA.....................................................................................7 BANGSA IDAMAN SELEPAS DEB...............................................................................................7 PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA MELALUI KONSEP 1 MALAYSIA......................8-12 - Bina Negara - Bina Bangsa - Penyertaan Rakyat PERISTIWA PENTING.................................................................................................................13 RUKUN NEGARA...................................................................................................................14-15 RUMUSAN...................................................................................................................................16 I S I K A N D U N G A N


Obj ektif Menghuraikan etika dan peradaban Malaysia dalam konteks pengalaman negara dan antarabangsa. Menjelaskan kelestarian etika dan peradaban dalam kepelbagaian negara dan bangsa. Menghuraikan perlembagaan sebagai asas etika dan peradaban di Malaysia. Menghuraikan matlamat perpaduan yang diidamkan. 1


Pembinaan negara bangsa merupakan suatu matlamat utama sesebuah negara dan boleh dianggap sebagai kemuncak kejayaan bagi sesebuah negara, pentadbiran dan penduduknya. Merujuk kepada Malaysia, proses awal pembinaan negara bangsa lebih tertumpu kepada keperluan politik. Usaha-usaha secara intensif bagi mencapai matlamat mula dilaksanakan selepas peristiwa 13 Mei 1969 khususnya menerusi rancangan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Matlamat yang lebih jelas pula hanya muncul ekoran pengenalan Wawasan 2020 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed pada tahun 1991. Pembinaan Negara Bangsa 03 / 10 Pengenalan 1 2


07 / 10 1 Malaysia umpamanya, merupakan antara agenda di bawah kepimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak untuk membentuk sebuah negara yang dikongsi bersama. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme, lingua franca, integrasi, kewarganegaraan dan demokrasi. Keupayaan membina sebuah negara bangsa merupakan kemuncak kejayaan sesebuah negara. Hal ini kerana tanpa perpaduan dan rasa kekitaan dalam masyarakat pelbagai kaum akan menyebabkan berlakunya ketidakstabilan politik. Pembinaan negara bangsa bagi sesebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan daripada pelbagai negara. Walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan dan pemimpin namun unsur-unsur penghalang kebanyakannya berakar umbikan sentimen perkauman masih mengempompongi sebahagian rakyat negara ini termasuklah pemimpin-pemimpin yang sepatutnya berperanan sebagai role model bagi mencapai matlamat tersebut. 3


suatu konsep atau bentuk kenegaraan yang memperoleh pengesahan politiknya dengan menjadi sebuah entiti berdaulat bagi satu-satu bangsa sebagai sebuah (unit) wilayah yang berdaulat. negara (atau negeri) ialah entiti politik dan geopolitik. Bangsa ialah entiti budaya atau etnik. Istilah 'negara bangsa' menandakan bahawa kedua-duanya (negara dan bangsa) sebagai sama, dan ini telah membezakannya dengan bentuk kenegaraan yang lain, yang telah wujud sebelumnya. Definisi Maksud Negara Maksud Bangsa 2 Apakah Konsep Negara Bangsa? 02 / 10 4


Business Presentation 08 / 10 Se jarah Bangsa I daman Konsep negara-bangsa, atau nation (bangsa) - state (negara), moden tumbuh dan mekar di Eropah, khususnya di Eropah Barat. Di bekas tanah jajahan (India, Malaysia, Australia, USA, Kanada) wujud tiga keadaan : Ada Negara-bangsa (Brunei, MIB) Ada Bangsa tanpa Negara (BangsaMoro) Ada Negara tanpa Bangsa (Malaysia, Singapura, Indonesia) Negara tanpa Bangsa : sering terdapat dalam sesebuah negara berkenaan dan wujud persaingan beberapa rangka bangsa idaman. Peranan Kelompok Strategi, keoentingan menegak dan mendatar. 3 5


Bangsa I daman Sebe lum Me r d eka Berlakunya gerakan nasionalisme, masing-masing merancang untuk berjuang mendapatkan kemerdekaan dalam kerangka bangsa idaman masing-masing dalam aspek ekonomi, politik dan sosial. Tiga konsep yang dianjarkan oleh tiga kelompok iaitu konsep Melayu Raya yang digagaskan oleh pergerakan Kiri Melayu, konsep Negara Islam yang diperkenalkan oleh kelompok Islam dan konsep masyarakat majmuk yang dipimpin oleh orang Melayu. 4 6


Selepas negara ini mencapai kemerdekaan, wujud keinginan untuk melahirkan satu konsep kenegaraan yang kolektif atau identiti nasional sepunya. Antara bangsa idaman utama pascaa Merdeka 1957, Bangsa I daman Se l epas Me r d eka konsep Malaysia Malaysian dianjurkan oleh kelompok strategik iaitu Lee Kuan Yew pada awal 1960-an yang berada dalam persatuan Tanah Melayu dan akhir 1990 (pada era pemerintahan Dr. Mahathir Mohamad). Bangsa I daman Se l epas DEB Wawasan 2020 Bangsa idaman anjuran kerajaan pada era pemerintahan Mahathir Mohamad telah dipromosikan secara besar-besaran. Gagasan 1 Malaysia Bangsa idaman anjuran kerajaan pada era pemerintahan Najib Razak, telah dipromosikan secara besar-besaran. 5 6 7


Klinik 1 Malaysia Komputer Rakyat 1 Malaysia Komuniti WiFi 1 Malaysia Kedai Rakyat 1 Malaysia Bantuan Rakyat 1 Malaysia Perumahan Rakyat 1 Malaysia 1M4U Malaysia I N I S I A T I F 1 M A L A Y S I A


7.1 Bina Negara Proses Pembinaan Negara Bangsa Melalui Konsep 1 Malaysia 7 Konsep 1 Malaysia telah dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Najib Tun Abdul Razak. Konsep 1 Malaysia membawa inspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalinkan perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Matlamat 1 Malaysia adalah melahirkan sebuah negara bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama yang harus menganggap diri mereka sebagai satu keluarga besar dalam satu negara bangsa Malaysia, malah berfikir dan bertindak ke arah mencapai perpaduan yang jati antara berbilang kaum. Gagasan 1 Malaysia berhasrat mewujudkan sebuah kerajaan yang berpaksikan kepada hasrat 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. 8


Konsep 1 Malaysia telah dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Najib Tun Abdul Razak. Konsep 1 Malaysia membawa inspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalinkan perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan. 7.2 Bina Bangsa 9


7.3 Penyertaan Rakyat Perpaduan istilah umum biasa kita cakap dan dengar. Ia menjadi basahan perbualan harian dan ucapan dalam kalangan pemimpin politik. Ia istilah penting dalam pembinaan sebuah negara bangsa. Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysiaadalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan. 10


Pembinaan negara bangsa memerlukan kesatuan dan kesepaduan rakyat, apatah lagi dalam konteks keunikan Malaysia yang mempunyai rakyat berbilang kaum, agama dan budaya. Di sinilah pentingnya gagasan 'perpaduan dalam kepelbagaian'. Sebenarnya, penyertaan rakyat dalam pengggubalan dasar kerajaan tidak langsung mengambil alih peranan sistem demokrasi perwakilan yang diamalkan di negara ini. Malah, ia bertindak sebagai vitamin tambahan kepada sistem pentadbiran yang ada pada hari ini. Penyertaan rakyat, terutamanya membabitkan golongan belia iaitu aset penting negara sudah pasti membawa sinergi baharu dalam pembentukan dan pelaksanaan sesebuah negara membangun. Gagasan perpaduan rakyat membabitkan sejarah panjang dan berliku. Rakyat Malaysia pelbagai kaum perlu diperingatkan mengenai terbentuknya sistem dan struktur pemerintahan negara berasakan sistem Persekutuan, khususnya kesediaan dan pengorbanan Raja-Raja Melayu untuk melepaskan sebahagian besar kuasa yang ada pada baginda mulai 21 Januari 1948. 11


Peristiwa ini menandakan bermulanya pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan negeri. Rakyat tidak perlu mempertikaikan kandungan Perlembagaan Persekutuan yang dituntaskan berdasarkan muafakat dalam kalangan pemimpin.Sejak negara mencapai kemerdekaan, proses pembinaan negara bangsa berjalan baik. Namun, sekali-sekala terdapat elemen dan episod perkauman yang mencetuskan ketidakstabilan. Tuntutan dan perjuangan setiap kaum misalnya mencetuskan perdebatan hangat. Kemuncaknya, berlaku apabila terjadi tragedi 13 Mei 1969, yang sepatutnya menjadi pengajaran berguna buat seluruh rakyat Malaysia.Gagasan perpaduan dan integrasi bertambah luas dengan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963. Di sinilah kesepaduan sosial dan perpaduan nasional menjadi tema pembinaan negara bangsa. Bagi mengukuhkan ideologi negara, kerajaan wajar membuat pendaan Perlembagaan dengan memasukkan Rukun Negara ke dalam Perlembagaan Persekutuan. Jika ini dilaksanakan, ia menuntut seluruh rakyat Malaysia menghayati dan mengamalkan kandungan Rukun Negara. 12


Tragedi berdarah 13 Mei 1969 merupakan satu detik hitam dalam lipatan sejarah negara. Usaha pembentukan gagasan Malaysia pada tahun 1963 bermatlamat kearah pembinaan sebuah negara bangsa namun terbantut kerana akibat peristiwa ini. Pertelingkahan kaum yang terjadi ini telah mengakibatkan negara telah kehilangan banyak nyawa dan juga kerugian harta benda. Ia berkait rapat dengan Pilihanraya Umum 1969 dan merupakan puncak manifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia. Dalam pilihanraya pada tahun tersebut, banyak isu sensitif telah dibangkitkan dan ditimbulkan seperti bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Dalam pilihanraya tahun 1969, Parti Perikatan gagal memperoleh dua per tiga dalam Dewan Rakyat manakala Parti Gerakan dan DAP yang berjaya memperolehi sebanyak 25 kerusi telah mengadakan perarakan di Kuala Lumpur sambil menghina bangsa Melayu. Pe r istiwa Penting 7.1 Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969 7 13


Rukun Negara Bahawasanya negara kita Malaysia, mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. 8 14


Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan kesusilaan Prinsip-prinsip Rukun Negara dapat dilihat seperti yang berikut : Rukun Negara dicipta ekoran daripada rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah menyedarkan pihak kerajaan bahawa perpaduan kaum dan integrasi nasional di Malaysia merupakan suatu masalah yang sudah lama terpendam. Rukun Negara bertujuan mewujudkan perpaduan antara kaum melalui amalan unsur-unsur kemanusiaan sejagat seperti kepercayaan kepada Tuhan, kedaulatan undangundang dan pemupukan sifat-sifat keperibadian yang tinggi. 15


Rumusan Secara Keseluruhannya, konsep pembinaan negara bangsa adalah sesuatu yang melibatkan proses yang panjang. Namun begitu, walaupun ia merupakan proses yang sukar, pembinaan negara bangsa amat penting dalam ssebuah negara masyarakat majmuk seperti di Malaysia. Pembinaan negara bangsa yang mantap memerlukan penyertaan menyeluruh dari setiap anggota masyarakat dan jentera kerajaan. 16


Rujukan Abdul Rahman Embong.(2001). Negara Bangsa: Proses dan Perbahasan. Bangi, Selangor D.E.: Penerbit UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia). Mohammad Redzuan Othman. (2006). Sejarah Pembinaan Negara Bangsa: Siri Khas Sastera dan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Penerbit UM (Universiti Malaya). Ibrahim Ali. 2019. "1Malaysia: Perspektif Generasi Kemerdekaan". Kertas kerja dibentangkan pada Seminar Kebangsaan 1Malaysia, yang diselenggarakan oleh Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM (Universiti Sains Malaysia) di Putrajaya pada 11 Ogos. Shamsul Amri Baharuddin. 2011. Kesepaduan dalam kepelbagaian perpaduan di Malaysia sebagai work-inprogress. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Wan Mohd Nor Wan Daud. 2011. Budaya ilmu dan gagasan 1Malaysia: membina Negara maju dan bahagia. Kuala Lumpur: Akademi Kenegaraan Biro Tata Negara. Mohd Yusof Othman. 2017. Pendekatan wasatiyyah: ke arah pembangunan yang lestari. Dlm. Mushaddah Hasbullah & Mohd Asri Abdullah. Wasatiyyah: pemacu peradaban negara. Hlm. 17-44. Putrajaya: Jabatan Perdana Menteri.


KASIH! TERIMA


Click to View FlipBook Version