The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Roziana Nik, 2019-04-26 10:21:07

BUKU PRGM MAKA2019 26APRv4

BUKU PRGM MAKA2019 26APRv4

SMK TAMAN MEDAN
PETALING JAYA

7.30 pagi : Ketibaan dan pendaftaran para penerima anugerah
8.30 pagi dan ibu bapa

: Ketibaan Tokoh Perasmi
Yang Berhormat Puan Maria Chin Binti Abdullah
Ahli Parlimen Petaling Jaya

Persembahan Tarian Zapin
Guru Pembimbing: En. Wan Ahmad Nasrun Amir Hamzah
Bin Wan Mohammad
Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor

Bacaan doa

Ucapan alu-aluan Pengetua
Puan Khanah @ Rohanah Binti Mamat
Pengetua SMK Taman Medan

Ucapan YDP PIBG
Tuan Haji Johari Bin Maarop
Yang Dipertua PIBG SMK Taman Medan

Ucapan Tokoh Perasmi
Yang Berhormat Puan Maria Chin Binti Abdullah
Ahli Parlimen Petaling Jaya

Penyampaian hadiah, sijil penghargaan
dan cenderamata kepada
 Murid Terbaik Keseluruhan PT3 (2018)
 Murid Terbaik Keseluruhan SPM (2018)

Penyampaian Cenderamata kepada Perasmi

2
2

11.30 Persembahan Nasyid
pagi Guru Pembimbing: En. Zulkifle Bin Zainal

Persembahan Choral Speaking
Guru Pembimbing: Pn. Fatin Binti Rosli

Penyampaian hadiah, sijil penghargaan
dan cenderamata kepada:

 Murid Terbaik Peperiksaan Akhir Tahun 2018
(Tingkatan 1, 2, 2 PAV & 4)

 Murid Terbaik Program Nilam 2018
(Tingkatan 1, 2, 3, 4 & 5)

 Murid Cemerlang Mata Pelajaran PT3 (2018)
 Murid Cemerlang PT3 (2018)
 Murid Cemerlang Mata Pelajaran SPM (2018)
 Panitia Cemerlang PT3 (2018)
 Panitia Cemerlang SPM (2018)
 Murid Cemerlang SPM (2018)
 Murid Harapan Akademik 2019 (Sesi Petang & Pagi)
 Ketua Pengawas sekolah sesi 2018/2019
 Murid Sahsiah Terbaik (2019)

: Jamuan makan VIP & majlis bersurai

3

)

Assalamualaikum warahmatullahiwabaratuh, salam sejahtera, salam SMKTMku Hebat.
Terlebih dahulu marilah kita sama-sama panjatkan rasa kesyukuran kerana dengan

izin-Nya dapat kita berkumpul di majlis ini untuk meraikan kejayaan anak-anak kita semua.
Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kerana diberikan
kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam buku program sempena Majlis
Anugerah Kecemerlangan Akademik 2019 SMK Taman Medan. Saya ingin melahirkan rasa
kesyukuran kerana kita dapat bertemu dan berkumpul pada hari yang penuh bermakna ini.
Syabas dan tahniah kepada anak-anak pelajar yang telah berjaya. Semoga kejayaan pelajar
pada hari ini akan menjadi inspirasi kepada pelajar yang lain.

Sebagai peneraju SMK Taman Medan ,saya cukup bangga dengan pencapaian yang kita
peroleh dari aspek kurikulum dan kokurikulum. Hasrat dan harapan saya agar kata keramat
Disiplin Pertama, Akademik Utama, Kokurikulum Bitara sentiasa tersemat dalam
ingatan setiap warga SMK Taman Medan. Perkara yang perlu kita sedar, untuk mencapai
kecemerlangan tuntutan pengorbanan dari segi ruang masa, idea, tenaga, dan keikhlasan
setiap warga SMK Taman Medan amat diperlukan. Bukan mudah untuk kita mencapai
kecemerlangan, melainkan dengan usaha, kerjasama dan komitmen yang jitu. Hasilnya kita
dapat lihat pada hari ini, anak - anak yang berjaya diraikan dan diberikan pengiktirafan dan
penghargaan kerana menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik.
Bukan itu sahaja, jika kita lihat persekitaran sekolah yang sudah yang beransur-ansur berubah
wajah menjadi ceria, merupakan hasil gemblengan warga SMK Taman Medan. Komitmen
seperti inilah yang kita harapkan agar kecemerlangan terus kita kecapi dari semasa ke
semasa. Tidak ada jalan yang mudah untuk mengecapi kejayaan. Tidak ada kejayaan tanpa
usaha yang bersungguh-sungguh. Jadi semarakkan semangat dan daya juang untuk mencipta
kejayaan. Sesungguhnya usaha yang luar biasa akan membuahkan hasil yang luar biasa.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada
jawatankuasa kerja yang telah bertungkus lumus mengerah tenaga untuk memastikan majlis
ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang walaupun banyak kekangan yang terpaksa
diharungi. Hal ini jelas membuktikan bahawa pencapaian dan kecemerlangan anak-anak
murid menjadi keutamaan guru-guru di SMK Taman Medan ini. Apabila mereka berjaya,
guru-guru sangat gembira untuk meraikannya dalam majlis seperti ini sebagai tanda
penghargaan kepada anak-anak pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah.

Akhir kata, sekalung penghargaan turut diucapkan kepada PIBG dan ibu bapa kerana
tidak jemu-jemu membantu dari segi material dan sokongan moral hingga kita berjaya
menganjurkan majlis seumpama ini. Segala jasa dan budi baik tuan-tuan akan kami hargai.

Sekian , terima kasih.

4
4

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana menjemput
saya untuk merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik SMK Taman Medan,
bagi tahun 2018. Saya juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah yang
berjaya mengadakan program ini sebagai satu program tahunan di sekolah demi kepentingan
murid-murid. Walau apa pun nama program yang diberi untuk majlis seperti ini, yang pasti
Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik merupakan satu majlis khas untuk meraikan
pelajar-pelajar yang telah membuktikan kecemerlangan mereka dalam bidang akademik,
khususnya pada peringkat PT3 dan SPM. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada
pelajar-pelajar cemerlang sekolah ini.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak
pengurusan sekolah kerana telah menjemput saya untuk merasmikan majlis ini. Peluang
seumpama ini merupakan suatu ruang yang amat bermakna bagi saya untuk bertemu dengan
warga pendidik dan para pelajar dengan lebih dekat. Sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya,
saya berasa amat bangga atas kesungguhan dan kejayaan sekolah ini dalam pelbagai
program. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga pendidik
yang berusaha gigih mendidik para pelajar sehingga menjadi insan yang berguna walaupun
terdapat berbagai-bagai liku di hadapan.

Majlis pertemuan seumpama ini amat penting dalam usaha mewujudkan hubungan
yang erat antara warga sekolah termasuk pihak pentadbir, guru-guru, ibu bapa dan pelajar-
pelajar. Pengiktirafan yang diberi kepada seluruh warga sekolah, menjadi pemangkin kepada
warga sekolah ini untuk mencipta kejayaan dalam kecemerlangan sekolah seluruhnya. Hal
ini bersesuaian dengan kehendak dan matlamat pendidikan negara yang mahukan generasi
muda negara menjadi modal insan yang berwibawa, berpengetahuan, berkemahiran dan ber-
keterampilan.

Kita tidak mahu melahirkan ulat buku yang hanya cemerlang dari segi akademik,
tetapi sebaliknya mahukan generasi yang seimbang perkembangan dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelektual. Hal ini berlaku demikian kerana pembangunan modal insan ini perlu
dirancang dengan teliti agar segala bakat dan potensi pelajar dapat dibangunkan dengan
menyeluruh. SMK Taman Medan pasti mampu melahirkan generasi pewaris kepimpinan
negara yang memiliki idea yang dapat mencakupi pelbagai rutin kehidupan dan sifat kritis
serta kreatif.

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar

cemerlang. Tahniah juga kepada para guru yang tidak jemu menabur bakti dan kakitangan

sokongan sekolah yang sentiasa memberi kerjasama yang padu dalam merealisasi misi

sekolah di bawah kepimpinan Pengetua SMK Taman Medan, Pn. Rohanah Binti

Mamat. 5

Sekian, terima kasih.

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Dengan rendah diri, saya mengucapkan
syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dapat meluahkan
kata-kata pembuka bicara sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik.

Anugerah yang diberikan pada hari ini merupakan penghargaan pihak sekolah
kepada para pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pembelajaran
pada tahun ini. Tahap pencapaian yang ditunjukkan sudah tentu boleh menjadi contoh
serta ikutan kepada para pelajar lain untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka
pada masa akan datang. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam
menjayakan majlis ini.

Adalah diharapkan agar penghargaan berbentuk hadiah dan sijil ini akan terus
membakar semangat untuk pencapaian yang lebih baik lagi pada masa hadapan. Setiap
keringat yang dicurahkan, akan kami cuba untuk membalasnya walaupun sedikit agar
menjadi penaik semangat murid-murid lain dan juga guru-guru khasnya. Kejayaan
murid-murid juga merupakan kejayaan kita bersama-sama. Saya amat berbangga dapat
menjadi sebahagian daripada pasukan di sekolah ini. Hal ini amat bermakna kerana
melaluinya, pihak sekolah dapat memberikan khidmat bakti kepada masyarakat sekitar
khasnya dan warganegara Malaysia amnya dalam usaha mendidik anak bangsa agar
menjadi anggota masyarakat yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Saya berharap ibu bapa bersama-sama berganding bahu demi mencapai
matlamat dan objektif SMK Taman Medan dalam mendidik anak-anak kita mencapai
kejayaan kerana adat periuk berkerak, adat lesung berdedak iaitu setiap usaha
memerlukan ketabahan dan kerajinan. Sesungguhnya kita harus sedar bahawa dalam
usaha menuju ke puncak, banyak laluan sukar yang perlu ditempuhi. Pepatah Melayu
selalu mengingatkan kita, “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”, “Hendak seribu
daya, tak hendak seribu dalih”, “Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya.” Oleh itu para hadirin sekalian, marilah kita sama-sama berganding bahu untuk
mencipta kejayaan demi kejayaan buat anak-anak kita.

Syabas kepada pelajar-pelajar dan ibu bapa yang mencapai kejayaan yang
cemerlang. Semoga kecemerlangan ini menjadi kesinambungan kejayaan-kejayaan yang
bakal dicapai pada masa akan datang. Pada saya, kejayaan anak-anak tuan-tuan dan
puan-puan merupakan satu anugerah kepada pihak sekolah dan ganjaran buat tuan-tuan
dan puan-puan sebagai ibu bapa mereka. Syabas sekali lagi.
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.

6
6

Pengerusi : Pn. Khanah @ Rohanah Binti Mamat
Naib Pengerusi : En. Peer Mohamed Bin Mohd Kassim
Naib Pengerusi : En. Azman Bin Sulaiman
Naib Pengerusi : Pn. Azura Binti Ismail
Penyelaras Bahagian A : Dr. Abdul Rashid Bin Abdul Sitra
Penyelaras Bahagian B : Pn. Hanizah Binti Che Amat
Penyelaras Bahagian C : Pn. Loo Pin Ngoh
Penyelaras Bahagian D : En. Nasri Bin Samri
Setiausaha Peperiksaan : Pn. Norazlina Binti Abu Bakar
Setiausaha Kurikulum : Dr. How Shwu Pyng
Pen. Setiausaha : Pn. Hafizah Binti Tajul Rahim
Bendahari : Pn. Sakinah Binti Basiran
Pengurus Majlis : 1) Dr. How Shwu Pyng
2) Pn. Hafizah Binti Tajul Rahim

7

BAHAGIAN A
PENYELARAS : DR. ABDUL RASHID BIN ABDUL SITRA

A.(1) AJK JEMPUTAN VIP/PERASMI A.(2) AJK JEMPUTAN PENERIMA
ANUGERAH & IBU BAPA
Pn.Mariani Binti Ishak (K)
Pn. Hjh. Suri Hani Binti Ismail Pn. Hjh Rohani Binti Muda (K)
Pn. Lee Har Wai
Pn. Mastura bt. Embi
Pn. Nur Haniza Binti A. Bakar
Pn. Nurul Atikah Binti Mohd. Ghazali

A.(3) AJK PENYAMBUT VIP/PERASMI A.(4) AJK PENYAMBUT TETAMU IBU
BAPA & BEKAS MURID
Pn. Azura Binti Ismail (K)
Pn. Khanah @ Rohanah Binti Mamat Pn. Siti Sarah Binti Mohd Rosli (K)
En. Peer Mohamed Bin Mohd Kassim Pn. Rohana Binti Mat Nudin
En. Azman Bin Sulaiman Pn. Che Nor Hazlina Binti Che Hamzah
Pengawas SMK Taman Medan
A.(5) AJK PEMILIHAN PENERIMA
ANUGERAH CEMERLANG A.(6) AJK PENGUMPULAN MAKLUMAT &
BIODATA PENERIMA ANUGERAH KHAS
En. Peer Mohamed Bin Mohd Kassim (K)
En. Azman Bin Sulaiman Pn. Norazlina Binti Abu Bakar (K)
Pn. Azura Binti Ismail Pn. Munirah Binti Yunos
Pn. Hanizah Binti Che Amat Pn. Ng Kar Lai
Pn. Loo Pin Ngoh Pn. Narimah Binti Ahmad Laili
En. Nasri Bin Samri Pn. Prema A/P Kerisnan @ Balakrishnan

A.(7) AJK TEKS UCAPAN & SEKAPUR SIREH

Pn. Sarini Binti Abdul Ghani (K)
En. Abdul Alim Bin Sok Abdul Gaffoor
Pn. Hasani Binti Hassan

8
8

BAHAGIAN B
PENYELARAS : PN. HANIZAH BINTI CHE AMAT

B.(1) AJK PERSIAPAN PENTAS & BACKDROP B.(2) AJK MENGEMAS PENTAS

Pn. Norhabsah Binti Sukaimi (K) Pn. Ranichandriga A/P Sadasivam (K)
Pn. Faznin Binti Aziz Pn. Wan Noridah Binti Wan Jusoh
Pn. Farahiyah Binti Ab. Aziz Pn. Nik Khairunnisa Binti Nik Ya’acob
Pn. Zamzuriyani Binti Ab. Hamid Cik Soon Kheng Kheng
Pn. Noor Akmal Binti Ab Lah
Pn. Nurul ‘Ain Binti Ibrahim
Pn. Jaminah Binti Mat Zin

B.(3) AJK PERSIAPAN & MENGEMAS B.(4) AJK KEBERSIHAN & KECERIAAN
DEWAN
En. Naveenan A/L Nalathamby (K)
En. Mohd Nazib Bin Manap (K) En. Chandran A/L Arumugam
En. Muhamad Hafiq Bin Fauzi En. Suhaimi Bin Ab Hamid
En. Agilandeswaran A/L Gopal
En. Aslan Bin Azman
En. Yap Seng Nyan

B. (5) AJK DISIPLIN B.(6) AJK JAMUAN VIP, IBU BAPA & MURID

Cik Nurul Azimah Binti Mazalan (K) En. Afizal Bin Md Sahir (K)
Pn. Siti Norazami Binti Mohd Ariffin Pn. Norazyyanti Binti Mohamed Ariff
En. Muhammad Iqbal Bin Ahmad Nasir Pn. Roslin Binti Hj. Sadon
Pn. Nordalila Hazirah Binti Mohammad
Cik Nor Ajita Binti Itar
Pn. Wazir Amirah Binti Mohamad Fuad
Murid PAV SMK Taman Medan

9

BAHAGIAN C
PENYELARAS : PN. LOO PIN NGOH

C.(1) AJK MEDIA, SIARAYA & DOA C.(2) JURU ACARA MAJLIS

En. Muhd. Ashraf Bin Kamarulzaman (K) Pn. Rohana Binti Mat Isa (K)
En. Zulkifle Bin Zainal En. Wan Shahrazuddin Bin Wan Abdul Razak
AJK Kelab Media

C.(3) AJK KAIN RENTANG C.(4) AJK LALU LINTAS

En. Azizi Hasrulnizam Bin Abdul Rahim (K) En. Saravanakumaran A/L Venkitaraman (K)
En. Mohd Johari Bin Don En. Mohamad Farid Bin Saari
Pengawas SMK Taman Medan En. Muhamad Shazlin Fareez Bin Elaluddin
Ahli-ahli Kor Kadet Polis (KKP)
SMK Taman Medan

C.(5) AJK PERSEMBAHAN C.(6) AJK BUKU PROGRAM

Pn. Simah Binti Serat (K) Cik Roziana Binti Nik (K)
Pn. Fatin Binti Rosli Pn. Zahariah Binti Abdullah
En. Wan Ahmad Nasrun Amir Hamzah Pn. Norhaliza Binti Ismail
Bin Wan Mohammad Pn. Shelida Binti Mohd Saleh

10
10

BAHAGIAN D
PENYELARAS : EN. NASRI BIN SAMRI

D.(1) AJK HADIAH & CENDERAMATA D.(2) AJK PENYEDIAAN SIJIL

Pn. Nurnizaha Binti Mukhtar (K) Pn.Siti Zaleha Binti Ismail (K)
Pn. Sharifah Zamzarina Binti Pn. Nurul Izzati Binti Ab Rahman
Tengku Atek Pn. Norhazlina Binti Abd Hamid
Pn. Shanthi Devi A/P Ramayah Pn. Sardrin AK Ahang
Pn. Zarini Binti Hassan Pn. Khairunazwa Binti Abd Samad
Pn. Ramlah Binti Shamsuddin En. Darwis Bin Hj . Yappa

D.(3) AJK PENYAMPAIAN HADIAH D.(4) AJK PENDAFTARAN
PENERIMA HADIAH & IBU BAPA &
Pn. Noraziah Binti Mohd Zin (K) PENYUSUNAN PENERIMA HADIAH
Pn. Zunaidah Binti M. Ami
Pn. Ruhaida Binti Mohd Ariffim Pn. Felisa @ Felisia Dominic (K)
Pn. Zaiemah Al Asywaq Binti Ahmad Pn. Nursyazwanee Binti Mohamad Rodi
Pn. Ranjini A/P M. Doraisingam Pn. Siti Fatimah Binti Suhaimee
Pn. Kaswina A/P Ratakrishnan Pn. Nur Raihan Binti Jabar
Pn. Mastura Binti Ibrahim
D.(5) AJK FOTOGRAFI Pn. Norreen Binti Ali
Cik Nor Siti Haffiza Binti Zulkifeli
Pn.Norkamariah Binti Hj. Md Baharin (K) Pengawas SMK Taman Medan
Pn. Siti Hajar Binti Mohamad Johari
Ahli-ahli Kelab Fotografi D.(6) AJK KOMPANG &
BUNGA MANGGAR

Pn. Rohana Binti Mat Isa (K)
Pasukan Kompang SMK Taman Medan

11

MURID TERBAIK KESELURUHAN PT3 (2018)
HERNEY BINTI MUSTAKIM (3 KRK)

MURID TERBAIK KESELURUHAN SPM (2018)
ALIRAN SASTERA
MUHAMMAD AKMAL BIN MARZUKI (5 CEKAL)
ALIRAN SAINS
NUR NIHAYATUL HUSNA BINTI ABU BAKAR SIDEK (5 AMANAH)

12
12

MURID TERBAIK SETIAP KELAS DALAM PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
TINGKATAN 1 (2018)

TINGKATAN 1 KRK
SITI NATASHA AIZA BINTI JAMALUDIN
TINGKATAN 1 AMANAH
NUR AINAA BINTI ROSLI
TINGKATAN 1 BAKTI
NURUL AIN BINTI ABDUL HALIM
TINGKATAN 1 CEKAL
ISMA MAISARAH BINTI SYAHRIZAL
TINGKATAN 1 DAMAI
AISHAH ALIA BINTI ROZAINI
TINGKATAN 1 GIGIH
NUR AFIFAH BINTI YAHYA
TINGKATAN 1 HORMAT
MUHAMMAD FARIS SAIFULLAH BIN FAZLI
TINGKATAN 1 IKHLAS
NURUL SHAHIRA BINTI ZULL

13

MURID TERBAIK SETIAP KELAS DALAM PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
TINGKATAN 2 (2018)

TINGKATAN 2 KRK
NUR AYU SYAZWANA BINTI RUSLI
TINGKATAN 2 AMANAH
AIENNAZIRA BINTI MOHD SAKIZAN
TINGKATAN 2 BAKTI
NURAINI AFIQAH BINTI SHAMSUL AZUAN
TINGKATAN 2 CEKAL
NURIZZATI HUSNA BINTI MASKURI
TINGKATAN 2 DAMAI
NURIN SOFIYA BINTI MOKHTAR
TINGKATAN 2 GIGIH
WAN NOR ALIAH HUMAIRA BINTI WAN KOHAIMIN
TINGKATAN 2 HORMAT
AARON PHILIP A/L KRISHNAN
TINGKATAN 2 IKHLAS
FARAH ELLY NATASHA BINTI ARBA'AIN
TINGKATAN 2 PAV
ANIS BATRISIA BINTI ABDUL MANAF

14
14

MURID TERBAIK SETIAP KELAS DALAM PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
TINGKATAN 4 (2018)

TINGKATAN 4 AMANAH
NUR KHAYRIN AMALIN BT AZAMI PARIDZA
TINGKATAN 4 BAKTI
NURUL HANIS BINTI MOHD NOR
TINGKATAN 4 CEKAL
NUR ALIFAH IRDINA BT. NORHALIM
TINGKATAN 4 DAMAI
AMIR NUR RASHID BIN MOHD YUSOFF
TINGKATAN 4 GIGIH
FARRA NADHIRAH BINTI MOHD RAFDI
TINGKATAN 4 HORMAT
NURUL ADILAH SAFIAH BT. MOHD FAIZAL
TINGKATAN 4 IKHLAS
SITI NURULNABILA BT ZAHARI
TINGKATAN 4 JUJUR
MUHAMMAD FIRDAUS B ABD MALIK
TINGKATAN 4 LUHUR
MOHAMMAD NA'IM BIN MOHAMMAD ROSLI

15

MURID TERBAIK PROGRAM NILAM (2018)
TINGKATAN 1
ZAM ANIS ZULAIKHA BINTI ZAMZURI (1 KRK)
TINGKATAN 2
SHARIFAH AMYLIA SOFIA BINTI SYED KHAIRUL NIZAM (2 BAKTI)
TINGKATAN 3
NUR HAZRINNA BINTI OMAR (3 DAMAI)
TINGKATAN 4
NORSOLEHA BT MOHD AZIZ (4 GIGIH)
TINGKATAN 5
NUR HIDAYAH BINTI MASDIM (5 AMANAH)

16
16

MURID CEMERLANG MATA PELAJARAN PT3 (2018)

BAHASA MELAYU
NURUL FARISHA BINTI ZULKIFLI (3 AMANAH)
SEJARAH
NUR ALIA FARISYA BINTI SALMAN (3 AMANAH)
GEOGRAFI
AMIR IRFAN SYAZANI BIN MAZLAN (3 KRK)
KHB-PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN
HERNEY BINTI MUSTAKIM (3 KRK)
PENDIDIKAN ISLAM
SITI ADLINA BINTI HASSAN (3 KRK)
BAHASA TAMIL
SRI MATHI A/P VISVANATHAN (3 DAMAI)

MURID CEMERLANG PT3 (2018)

5A

1. HERNEY BINTI MUSTAKIM (3 KRK)

17

MURID CEMERLANG MATA PELAJARAN SPM (2018)

BAHASA MELAYU
NUR FATIN NADZIRAH BINTI ABD HALIM (5 CEKAL)

BAHASA INGGERIS, MATEMATIK
MOHAMAD AMIR BIN ARIFFIN (5 AMANAH)

PENDIDIKAN ISLAM
IZZAH ATIRAH BINTI ZAKRI (5 GIGIH)

SEJARAH
MOHAMAD KHAIRUL A'KIL BIN ADRI (5 CEKAL)

SAINS
MUHAMMAD AKMAL BIN MARZUKI (5 CEKAL)

GEOGRAFI
MUHAMMAD FARHAN BIN SURATMAN (5 DAMAI)

PENDIDIKAN SENI VISUAL
SITI SARAH BINTI MOHAMAD ZABIR (5 GIGIH)

PERTANIAN, PRINSIP PERAKAUNAN
NUR AAISHAH FATIHAH BINTI AYOB AHMAD (5 BAKTI)

EKONOMI
HANIZA BINTI MAHURI AKBAR (5 CEKAL)

TASAWWUR ISLAM
NUR HIDAYAH BINTI MASDIM (5 AMANAH)

18
18

PANITIA CEMERLANG PT3 (2018) - PENINGKATAN PERATUS
TERTINGGI

KHB-TEKNIKAL
1. PN. HANIZAH BINTI CHE AMAT
2. DR. HOW SHWU PYNG
3. PN. ZUNAIDAH BINTI M.AMI

PANITIA CEMERLANG PT3 (2018) - KELULUSAN 100%

KHB-PERTANIAN
1. PN. RUHAIDA BINTI MOHD ARIFFIM

KHB-PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN
1. PN. MASTURA BINTI EMBI
2. PN. ZUNAIDAH BINTI M.AMI

PANITIA CEMERLANG PT3 (2018) - LONJAKAN 10% KE ATAS

KHB-TEKNIKAL
1. PN. HANIZAH BINTI CHE AMAT
2. DR. HOW SHWU PYNG
3. PN. ZUNAIDAH BINTI M.AMI

19

PANITIA CEMERLANG SPM (2018) - PENINGKATAN PERATUS
TERTINGGI

EKONOMI
1. PN. RANICHANDRIGA A/P SADASIVAM

PANITIA CEMERLANG SPM (2018) - KELULUSAN 100%

SAINS RUMAH TANGGA
1. PN SYAMSIDA BINTI AYUB @ ISMAIL
2. PN. NOR JUMAAH BINTI WASIKON

BIOLOGI
1. PN NORAZLINA BINTI ABU BAKAR
2. EN MOHAMAD ASRUL NIZAM BIN AHMED SHABRI

BAHASA TAMIL
1. EN SARAVANAKUMARAN A/L VENKITARAMAN

PANITIA CEMERLANG SPM (2018) -LONJAKAN 10% KE ATAS

PENDIDIKAN MORAL
1. EN. NAVEENAN A/L NALATHAMBY

EKONOMI
1. PN. RANICHANDRIGA A/P SADASIVAM

20
20

MURID CEMERLANG SPM (2018)

5A
4. NUR NIHAYATUL HUSNA BINTI ABU BAKAR SIDEK (5 AMANAH)
3. NUR FARAHAZIRA BINTI ABDUL AZIZ (5 BAKTI)
2. IZZAH ATIRAH BINTI ZAKRI (5 GIGIH)
1. MUHAMMAD AKMAL BIN MARZUKI (5 CEKAL)
6A
1. HANIZA BINTI MAHURI AKBAR (5 CEKAL)
7A
1. NUR AAISHAH FATIHAH BINTI AYOB AHMAD (5 BAKTI)

MURID HARAPAN AKADEMIK (2019)

SESI PETANG
NUR AYU SYAZWANA BINTI RUSLI (3 KRK)
SESI PAGI
FARRA NADHIRAH BINTI MOHD RAFDI (5 GIGIH)

PENERIMA ANUGERAH KHAS (2019)

MURID SAHSIAH TERBAIK 2019
NUR AIN SYAFIKA BINTI MOHD ZAHID (5 AMANAH)
KETUA PENGAWAS SESI 2018/2019
NURSHUHADAH BINTI MOHAMED ROSLI (5 AMANAH)

21

Yang Berhormat Pn. Maria Chin binti Abdullah
Ahli Parlimen Petaling Jaya
PIBG SMK Taman Medan
Semua guru dan staf SMK Taman Medan
Semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung untuk
menjayakan majlis ini.

22
22


Click to View FlipBook Version