MINIT MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPERASI
KOPERASI SMK ASTANA KUANTAN BERHAD
BILANGAN 3 SESI 2021
Tarikh : 15 November 2021
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Astana
Kehadiran :
1. Puan Hajah Shabariah binti Mohamed Zakwan (Pengerusi)
2. Tuan Haji Nor Azlan bin Mohamad Shukur (Tim. Pengerusi)
3. Puan Nur ‘Alia binti Abdullah (Pengurus)
4. Puan Surianiza binti Kasim (Setiausaha)
5. Puan Nor Faizah binti Othman (Bendahari)
6. Puan Norlizati binti Mansor (JK Kebersihan dan Keceriaan)
7. Encik Sahdan bin Mokhtar (JK Promosi dan Jualan)
8. Puan Norhayati binti Mamat (JK Pengurusan Stok)
1.0 Ucapan Alu- Aluan Pengerusi
1.1 Timbalan Pengerusi memulakan ucapan dengan memberi salam dan mengalu-alukan
kehadiran semua Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang hadir pada mesyuarat kali ini.
1.2 Timbalan pengerusi mengucapkan ucapan terima kasih atas kehadiran semua ALK dan
memaklumkan akan kelewatan tuan pengerusi hadir dalam mesyuarat kali ini.
1.3 Timbalan pengerusi berharap agar perjalanan mesyuarat pada kali ini berjalan dengan lancar.
Tindakan : Makluman
2.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Bilangan 2 Sesi 2021
2.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat bilangan 2 untuk disahkan.
2.2 Cadangan : Puan Norhayati binti Mamat
Disokong : Puan Norlizati binti Mansor
Tindakan: Makluman
3.0 Perkara Berbangkit
- Tiada Perkara Berbangkit
4.0 Laporan Bendahari
Puan Nor Faizah binti Othman selaku bendahari memaklumkan jumlah jualan buku dan batik kepada
pelajar bermula bulan Januari hingga November adalah sebanyak RM10465. Manakala baki di bank
sehingga 14 November 2021 adalah RM14246.55 dan jumlah hutang koperasi daripada semua
pembekal adalah sebanyak RM18391.17.
Tindakan: Makluman
5.0 Laporan Pengurus
5.1 Pengurus memaklumkan bahawa baju batik korporat pelajar Tingkatan 6 (Semester 1) mestilah
diagihkan dengan kadar segera supaya bayaran kepada pembekal boleh dibuat secepat
mungkin.
5.2 Pengurus mencadangkan koperasi menyediakan cenderamata ‘mug’ supaya pihak sekolah
boleh menggunakan ‘mug’ tersebut sebagai cendaramata pihak sekolah kepada pelawat yang
berkunjung ke SMK Astana.
5.3 Pengurus juga mencadangkan agar pihak sekolah menguar-uarkan kepada semua guru untuk
memasukkan hadiah berisi hamper alat tulis dalam setiap kertas kerja pertandingan agar boleh
disediakan oleh pihak koperasi sekaligus membantu meningkatkan pendapatan koperasi.
Tindakan: Makluman
6.0 Hal-hal lain
6.1 ALK bersetuju Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SMK Astana Kuantan Berhad Kali ke-15
diadakan pada 26 November 2021, jam 8 pagi bertempat di Bilik PAFA. Mesyuarat Agung
Tahunan ini hanya akan membentangkan draf kewangan berikutan laporan kewangan berakhir
31 Disember 2020 belum siap diaudit oleh pihak SKM. Senarai jawatankuasa pengelola
mesyuarat agung akan diedarkan dengan kadar segera.
6.2 Encik Mohd Sahdan bin Mokhtar mencadangkan agar kutipan sumbangan dalam kalangan ALK
guru untuk tujuan keceriaan koperasi sekolah dilaksanakan. Kutipan sumbangan adalah
bertujuan untuk membeli peralatan mengecat dan sedikit bayaran upah kepada tukang cat.
Cadangan gotong royong diadakan adalah sepanjang cuti penggal kedua ini.
7.0 Ucapan Penangguhan
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ALK guru kerana sudi meluangkan masa untuk
menghadiri mesyuarat ALK Koperasi bilangan 3 pada petang ini. Mesyuarat ditangguhkan pada
pukul 3.10 petang.
Disediakan oleh: Disahkan oleh:
………………………….. ………………………….
(PUAN SURIANIZA BINTI KASIM) (PUAN HAJAH SHABARIAH BT MOHAMED ZAKWAN)
Setiausaha Pengerusi
Koperasi SMK Astana Kuantan Berhad Koperasi SMK Astana Kuantan Berhad