1 SEKOLAH KEBANGSAAN PEROH 21800 AJIL,HULU TERENGGANU ( TBA 5022 ) E-MAIL : tba5022@ yahoo.com TEL : 09-6872253/251 FAX : 09-6872252 MINIT MESYUARAT JKS (BIL 1/2024) TARIKH : 6 MAC 2024 HARI : RABU MASA : 9.00 PAGI TEMPAT : BILIK MESYUARAT SK PEROH HADIR : 1. Cg. Mohd Zulmajdi bin Salleh(Pengerusi/ G. Besar ) 2. Cg. Azizah binti Ibrahim (GPK Pentadbiran) 3. Cg. Norzaidah Bt. Muhammad Nor(GPK HEM) 4. Cg. Zulkpli bin Zakaria (GPK.Kokurikulum) 5. Cg. Arif Bin Muhamad 6. Cg. Azlin Bin Adanan 7. Cg Hassan bin Kadir 8. Cg. Md Lapizi Bin Ab Lotib 9. Cg. Mohamad Nasaruddin Bin Sapiei 10. Cg. Mohd Radzi bin Aman 11. Cg. Alia Amalina Bt Mohd Tamidi 12. Cg Amisah bt Mat Ali 13. Cg. Bahariah Bt Lateh 14. Cg. Faridah Azlina binti Chik 15. Cg. Faridah Bt Taha 16. Cg. Noor Asimah Bt Mohd 17. Cg. Noraini bt Ahmad 18. Cg. Normaslina bt. Mohd Nor 19. Cg Norazilawati Bt Mamat 20. Cg. Nur Fadhilah bt Jusoh 21. Cg. Sanisah binti Mohd 22. Cg. Siti Nor Aizah Bt Harun 23. Cg. Siti Nur Syakirah Bt Ismail 24. Cg. Siti Zanariah binti Abdullah 25. Cg. Suhazana Bt Mohd Nor 26. Cg. Wan Fadhilah Bt Wan Abdul Rahman 27. Cg. Zainab Bt Othman 28. Cg. Zainun Bt Hamil 29. Cg. Zubaidah Bt Ibrahim@Mat Hassan
2 GURU TIDAK HADIR BERSEBAB : 1. Cg. Noraini bt Md Yunus - Umrah 1.0 AGENDA 1: UCAPAN PENGERUSI (GURU BESAR) 1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah. 1.2 Mengalu-alukan kehadiran semua guru ke Mesyuarat JKS kali pertama tahun 2024. 1.3 Memperkenalkan diri sebagai Guru Besar baharu di SK Peroh yang menggantikan Cikgu Norra Bt Mohd Basir. 1.4 Mengucapkan selamat datang kepada guru baharu iaitu Cikgu Mohd Radzi bin Aman dari IPGM Batu Rakit. 1.5 ABM terkini 2024 - Bilangan guru di SK Peroh adalah seramai 30 orang dan 6 orang anggota kumpulan pelaksana (AKP). 1.6 Guru perlu maklumkan kepada pihak pentadbir sekiranya terdapat kerosakan fasiliti di sekolah. 1.7 Taklimat Pengoperasian Sekolah Sesi Akademik 2024/2025: 1.7.1 Guru perlu melaksanakan tanggungjawab dan amanah akur janji sebagai penjawat awam dan seorang guru. 1.7.2 Sesi persekolahan bermula 10 Mac 2024 dan minggu pertama diisi dengan program yang bersesuaian. Ia bertujuan untuk mewujudkan suasana ceria, selamat, bermakna dan terancang. 1.7.3 Pelaksanaan Program / Aktiviti Minggu Pertama. -Tentatif pelaksanaan sebagaimana yang telah diberikan oleh GPK 1. 1.8 Sesi persekolahan 2024/2025 adalah selama 42 minggu dan mohon semua guru merancang sebaiknya aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam tempoh tersebut. 1.9 Waktu persekolahan bermula pukul 7.00 pagi sehingga 1.45 petang.
3 1.10 RMT bermula seperti biasa pada hari pertama persekolahan. 1.11 Murid memakai pakaian seragam sekolah untuk dua hari diikuti pakaian sukan selama dua hari dan sehari untuk pakaian kokurikulum. 1.12 Pakaian guru pada hari Ahad ialah tudung berwarna merah bagi guru perempuan dan kemeja putih serta bertali leher ungu bagi guru lelaki. Pemakaian baju batik pula adalah pada setiap hari Khamis. 1.13 Semua guru perlu mengisi buku keluar masuk sekolah sekiranya berkeperluan setelah mendapat kebenaran daripada pengurusan sekolah. 1.14 Semua warga SK Peroh diwajibkan mematuhi Peraturan-peraturan Pegawai Awam (kelakuan dan tatatertib) 1993 dan pekeliling-pekeliling terbaru. Tindakan : Makluman semua guru 2. AGENDA 2: PENGURUSAN KURIKULUM (PEN. KANAN PENTADBIRAN) 2.1 Membentangkan senarai Jawatankuasa Kurikulum mengikut Buku Taktikal Sekolah 2024 pada muka surat 70-79. 2.2 Semua guru diminta untuk mengambil maklum dengan jawatan-jawatan yang telah ditetapkan. 2.3 Semua penyelaras dan ketua panitia hendaklah sentiasa peka dengan perancangan dan tarikh mesyuarat yang telah dirancang dalam buku taktikal. 2.4 Pelaksanaan eRPH 2.4.1 Pautan eRPH pada tahun ini telah dikongsi kepada PPD bagi tujuan pemantauan. 2.4.2 Semua guru perlu menyediakan eRPH yang lengkap seperti mengemaskini tarikh, minggu, maklumat kehadiran murid dan refleksi sebelum membuat penghantaran. 2.4.3 eRPH perlu dihantar pada masa yang ditetapkan bagi mengelakkan kelewatan. 2.4.4 Semua maklumat dan profil guru hendaklah disiapkan 2 minggu dari tarikh mesyuarat JKS Bil 1/2024.
4 2.5 Cuti Sakit dan CRK 2.5.1 Permohonan CRK perlu melalui guru besar terlebih dahulu. Maklumkan lebih awal kepada GPK1 sekiranya cuti sakit atau CRK bagi memudahkan urusan relief. 2.5.2 Keberadaan guru bagi menghadiri taklimat, mesyuarat atau kursus juga perlu dimaklumkan kepada GPK 1. Tindakan : Semua guru 2.6 Guru Bertugas Mingguan 2.6.1 Guru bertugas perlu berada 15 minit lebih awal sebelum perhimpuan mingguan bermula. 2.6.2 Guru bertugas perlu berada berdekatan murid yang mengacara majlis bagi membantu kelancaran majlis. 2.6.3 Jadual bertugas mingguan guru boleh dirujuk dalam buku taktikal . Tindakan : Semua guru bertugas 3. AGENDA 3 : TRANSISI TAHUN 1 (PENYELARAS TRANSISI) 3.1 Program ini akan dilaksanakan selama 4 minggu bagi murid Tahun Satu mulai minggu pertama persekolahan. 3.2 Terdapat 2 Fasa Transisi iaitu : a) Fasa Penyesuaian (2 minggu) b) Fasa Kesediaan (2 minggu) 3.3 Program ini bertujuan untuk memastikan murid-murid bersedia sepenuhnya untuk mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah . 3.4 Guru mata pelajaran masuk ke kelas mengikut jadual masing-masing dan menggunakan modul yang telah dibekalkan. 3.5 Memaklumkan jumlah terkini murid tahun 1 sesi 2024 adalah seperti berikut : Murid Lelaki : 23 orang Murid Perempuan : 11 orang Makluman : Semua Guru Tahun 1
5 4. AGENDA 4 : JADUAL WAKTU 4.1 Jadual Waktu bagi sesi 2024 akan diagihkan kepada semua guru pada minggu kedua. 4.2 Semua guru kelas diminta memuat naik jadual waktu tersebut dalam kumpulan Whatsapp kelas masing-masing sebagai makluman kepada ibu bapa dan murid. Makluman : Semua Guru 5. AGENDA 5 : PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPC) 5.1 Semua guru diharap dapat menjalankan PdPC mengikut DSKP yang telah ditetapkan oleh BPK (Bahagian Pembangunan Kurikulum). 5.2 Jadual pencerapan dan penyemakan buku murid telah disediakan dan pencerapan akan dijalankan oleh Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum. (Rujuk Buku Taktikal Muka surat 48-50) Tindakan: Makluman Semua Guru 6. AGENDA 6 : PANITIA MATA PELAJARAN 6.1 Ketua panitia diminta untuk memilih tarikh untuk Mesyuarat Panitia kali pertama. 6.2 Pemilihan setiausaha panitia dipilih oleh ketua panitia semasa mesyuarat kali pertama nanti. Tindakan : Semua Ketua Panitia 7. AGENDA 7: PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) 7.1 Slip laporan PBD Akhir Tahun 2023 perlu diserahkan kepada murid dan satu salinan laporan juga perlu dimasukkan ke dalam fail PBD murid masing-masing. Tindakan : Guru Kelas
6 8. AGENDA 8 : HAL-HAL LAIN 8.1 Cikgu Faridah Azlina memberi taklimat ringkas tentatif hari pendaftaran dan pembelian keperluan murid di kedai sekolah. 8.2 Cikgu Noraini Ahmad mencadangkan diberikan hadiah kepada murid yang datang awal pada hari pertama persekolahan. 8.3 Cikgu Asimah memaklumkan tapak eRPH telah dimasukkan ke dalam “drive” semua guru. 8.4 PK Hem memaklumkan perubahan kedudukan kelas 2024/25. 8.5 Guru besar mengucapkan terima kasih kepada guru yang telah selesai mendaftar sistem PADU. Tindakan: Makluman Semua Guru 9. AGENDA 9: HAL-HAL LAIN Penerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir dalam mesyuarat kali ini. Mesyuarat ditangguhkan jam 2.00 petang dan diakhiri dengan bacaan surah Al-Asr. Disediakan oleh : Disahkan oleh : (NOOR ASIMAH BT MOHD) (AZIZAH BT IBRAHIM) Setiausaha Kurikulum Penolong Kanan Pentadbiran SK Peroh. Sk Peroh.