KESATUAN PEKERJA - PEKERJA RANHILL SAJ SDN BHD (No. Pendaftaran : 911) Bangunan Ranhill SAJ Sdn. Bhd. Jalan Ibrahim , 84000 Muar, Johor. No Tel : 06-9526611 Faks : 06-9526610 e-mail : [email protected] MINIT MESYUARAT AGONG KALI KESEPULUH (10) LUAR BIASA PEKERJA-PEKERJA RANHILL SAJ SDN. BHD. Tempat : THE KATERINA HOTEL , BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM Tarikh : 13hb. November 2021 Masa : 9.45 Pagi 1. KEHADIRAN a. Batu Pahat - .... 56 Orang b. Kluang - ... 33 Orang c. Mersing - ... 14 Orang d. Kota Tinggi - ... 46 Orang e. Johor Bahru - ... 33 Orang f. Pontian - ... 21 Orang g. Muar - ... 43 Orang h. Segamat - ... 16 Orang i. Ibu Pejabat - .... 18 Orang j. Iskandar Puteri - .... 12 Orang k. Yong Peng - .... 19 Orang l. Kulai - .... 20 Orang m. Tangkak - .... 19 Orang n. Pasir Gudang - .... 15 Orang Jumlah - 365 Orang 2. BACAAN DOA Bacaan doa dipimpin oleh En. Azman Bin Abdullah 3. UCAPAN ALUAN OLEH PRESIDEN KESATUAN PEKERJA-PEKERJA RSAJ En. Abd Razak Bin Kardi Tuan Presiden mengucapkan rasa syukur kehadrat Allah S.W.T kerana RSAJ mampu untuk melaksanakan aktiviti yang tertangguh disebabkan oleh Covid-19. Covid19 ini bukan sahaja tersebar di Malaysia, malahan di seluruh dunia. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada para ahli kesatuan yang hadir pada pagi ini bagi menjayakan Mesyuarat Agung 3 tahun sekali Kesatuan PekerjaPekerja Ranhill SAJ kali ke-10 (Luar Biasa). Beliau juga mengucapkan selamat datang kepada jemputan VVIP selaku perasmi Mesyuarat Agong kali ini iaitu Tuan Pegawai Eksekutif Tn Haji Nor Ifuan Bin Mohd Nor serta Naib Pengerusi MTUC En Mat Tar serta Setiausaha Agung MTUC En Kamarul. Terima kasih juga wakil daripada Pihak Sumber Manusia En Rizal Bin Bachok serta Pn Azura Binti Zakaria kerana sudi meluangkan masa untuk sama-sama Tuan CEO dalam majlis perasmian Mesyuarat Agung kali ini.
KESATUAN PEKERJA - PEKERJA RANHILL SAJ SDN BHD (No. Pendaftaran : 911) Bangunan Ranhill SAJ Sdn. Bhd. Jalan Ibrahim , 84000 Muar, Johor. No Tel : 06-9526611 Faks : 06-9526610 e-mail : [email protected] Dalam ucapan ringkas ini beliau mengambil kesempatan memperingati warga kerja RSAJ yang terlibat dengan Covid-19, ada juga diantara anggota yang telah menghadap Ilahi akibat Covid-19. Beliau mohon semua yang hadir sama-sama sedekahkan alfatihah dan bertafakur sebentar . Beliau juga memaklumkan berkenaan pendemik ini , di mana pelbagai cabaran dan rintangan yang dihadapi bukan sahaja RSAJ malah seluruh dunia, dan saya amatlah bersyukur kerana tuan CEO masih tegap berdiri bersama RSAJ, dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil sekali lagi saya mengucapkan syukur kerana tiada seorang pun anggota RSAJ yang diberhentikan kerja. Tahniah juga kepada tuan CEO yang menyantuni anggota yang bekerja dibahagian operasi ketika pendemik ini, Hampir keseluruh daerah tuan CEO jelajah bagi menyampaikan sepatah dua kata semangat kepada anggota yang bekerja. Saya juga mengharapkan kerjasama dan berhubung baik dengan pihak pengurusan. Terima kasih juga sekali lagi kepada tuan CEO dan pihak Sumber Manusia yang sentiada prihatin dengan keadaan anggota yang ditimpa musibah. Wakil-wakil HR yang bertungkus-lumus menghantar barang keperluan harian kepada anggota serta ahli keluarga, walaupun berhadapan dengan risiko untuk berjangkit , tetapi usaha mereka wajarlah dihargai. Untuk ahli Kesatuan RSAJ banyakkan bersabar dalam menjalankan tugas. Sehingga saat ini, beliau memaklumkan tiada suara ahli yang tidak beliau utarakan kepada pihak CEO, pelbagai usaha yang telah beliau laksanakan demi mencapai hajat semua ahli . Akhir ucapan beliau bermohon agar kerjasama yang berpanjangan antara anggota dan pihak pengurusan. 4. UCAPAN TN HJ NOR IFUAN BIN MOHD NOR (PEGAWAI EKSEKUTIF RANHILL SAJ SDN. BHD.) Beliau mengucapkan salam dan kata-kata aluan serta memaklumkan ini adalah Mesyuarat Agung yang pertama kalinya beliau hadir .Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada AJK majlis dalam usaha menjayakan majlis tersebut. Pihak Pengurusan juga telah memberi yang terbaik kepada semua anggota antara program-program yang dilaksankan sepanjang 2019-2020 ialah : a) RSAJ melancarkan program umrah dimana program ini akan dilaksanakan seawal bulan Disember ini , program ini tertangguh berikutan pendemik yang melanda seluruh dunia. b) Porgram tuisyen untuk anak-anak anggota yang akan menghadapai peperiksaan besar antaranya UPSR,PMR SPM dan STPM selain tajaan biasiswa kepada anakanak anggota yang berkelayakan menyambung pengajian di salah sebuah Universiti di Singapura. c) Back to School , program ini disasarkan kepada anggota berkumpulan B40 dimana bantuan persekolahan anak-anak anggota ditaja oleh RSAJ. d) Belian Laptop dan Motosikal secara ansuran yang dikendalikan oleh pihak Koperasi SAJ yang mana ansuran tidak dikenakan sebarang caj. Beliau juga tidak menafikan tahun kewangan 2020-2021 tidak capai target memandangkan pendemik Covid-19 ini yang telah melumpuhkan sebahagian daripada operasi RSAJ , namun bagaimanapun sebagai utiliti yang menyalurkan bekalan air
KESATUAN PEKERJA - PEKERJA RANHILL SAJ SDN BHD (No. Pendaftaran : 911) Bangunan Ranhill SAJ Sdn. Bhd. Jalan Ibrahim , 84000 Muar, Johor. No Tel : 06-9526611 Faks : 06-9526610 e-mail : [email protected] bersih kepada seluruh negeri Johor beliau percaya anggota RSAJ akur dengan kehendak syarikat. Dalam pada itu beliau juga amat bangga RSAJ telah berjaya menghantar anggota RSAJ membantu negeri-negeri yang dilanda musibah, dengan menghantar tanker secara berperingkat-peringkat. Tuan CEO juga amat mementingkan kesihatan dan kesejahteraan pekerja dalam pasca Covid-19 ini dimana anggota level 3 juga pihak RSAJ telah mengeluarkan memo agar anggota dikuarantin. Ini bagi mengelakkan jangkitan yang lebih ramai. SOP yang diarahkan oleh KKM juga amatlah penting supaya semua anggota menjaganya. Bekalan vitamin C , oxymeter melalui program Tabung Amanah Perubatan juga antara inisiatif pihak pengurusan bagi menjaga kesejahteraan anggota. Beliau juga beranggapan bekalan yang diberikan dapatlah mengurangkan beban kepada anggota. Walaupun RSAJ mengalami RM130 juta kerugian, namun pihak pengurusan tidak memberhentikan pekerja, mengurangkan gaji dan sebagainya seperti syarikatsyarikat swasta yang lain. Anggota RSAJ adalah aset penting syarikat dimana kerjasama daripada semua pihak yang menjadikan RSAJ masih teguh berdiri ketika pendemik melanda. Beliau menyatajkan kesatuan RSAJ adalah yang terbaik yang telah menjadi perantaraan , mampu berbincang dengan pihak pengurusan dari segi pelbagai permasalahan yang mula timbul diantara wargakerja . Beliau juga mengisukan berkenaan tuntutan lebih masa yang masih tidak dapat diterima oleh anggota dimana perkara ini sepatutnya tidak berlaku tetapi beliau mohon pihak HR mengambiltindakan segera. Selain itu, berkenaa elaun anggota yang diarahkan ke luar negeri membantu negeri lain yang ditimpa musibah , HR akan memaklum berkenaan elaun khas yang anggota akan dapat. Dalam mengahdapai Pasca Covid-19 ini , beliau memaklumkan RSAJ sedang dalam memberi peluang kenaikan pangkat kepada anggota yang berkelayakan. Selain kelayakan anggota yang berpengaalaman juga akan didahulukan bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan kerana bersara atau yang telah menamatkan perkhidmatan. Isu yang paling hangat ketika ini , beliau meminta agar seluruh anggota bersyukur kerana masih lagi berkerja dan menerima gaji tepat pada masanya. Isu bonus beliau tidak memberi harapan yang tinggi berikutan keadaan semasa sekarang. Akhir sekali beliau dengan lafaz Bismilahirrahmanirahim merasmikan Mesyuarat Agung kali ke sepuluh (10) luar biasa. 5. AGENDA 1 Menerima perintah-perintah tetap Mesyuarat Agung Kali Ke-9. Pn. Rumaizah Binti Mohmod (001698) mencadangkan agar perintah- perintah tetap Mesyuarat Agung Kali ke-9 diterima dan disokong oleh En Nazaruddin Bin Ahmad (002184) Mesyuarat menerima serta meluluskan dengan sebulat suara.
KESATUAN PEKERJA - PEKERJA RANHILL SAJ SDN BHD (No. Pendaftaran : 911) Bangunan Ranhill SAJ Sdn. Bhd. Jalan Ibrahim , 84000 Muar, Johor. No Tel : 06-9526611 Faks : 06-9526610 e-mail : [email protected] 6. AGENDA 2 Menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-9. Setiausaha Kesatuan membentangkan penyata sebagaimana muka surat 11 hingga 19 En. Mohd Azmi Bin Azlan (002603) mencadangkan agar minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh En.Hisyamudin bin Abu Bakar (001269). Mesyuarat menerima minit mesyuarat kali ketujuh dengan sebulat suara. 7. AGENDA 3 Pembentangan Laporan Setiausaha. Setiausaha membentangkan laporan sebagaimana muka surat 20 hingga 24 En. Rahim Bin Azmi (002503) mencadangkan agar laporan setiausaha diterima dan disokong oleh En. Husnizam Bin Yusof (002123). Mesyuarat menerima Laporan Setiausaha sebulat suara. 8. AGENDA 4 Menerima dan meluluskan Penyata Akaun Kewangan Kesatuan Berakhir 31hb. Mac 2010. Bendahari membentangkan laporan sebagaimana muka surat 32 hingga 43 En. Kaviarasan A/L Devananthan (002574) mencadangkan agar laporan bendahari diterima dan disokong oleh En. Mohd Faizin Bin Mohd Azmi (002233). Mesyuarat menerima Laporan Kewangan sebulat suara. 9. AGENDA 5 Menerima dan meluluskan Anggaran pendapatan/perbelanjaan bagi tahun 2019/2021. Bendahari Kesatuan membentangkan Anggaran Pendapatan/Perbelanjaan En.Shahrul Efendi Bin Nordin (001569) mencadangkan agar anggaran pendapatan/perbelanjaan diterima dan disokong oleh En. Rymee Bin Abd Jalal (001801). Mesyuarat menerima dan meluluskan anggaran pendapatan/perbelanjaan sebulat suara.
KESATUAN PEKERJA - PEKERJA RANHILL SAJ SDN BHD (No. Pendaftaran : 911) Bangunan Ranhill SAJ Sdn. Bhd. Jalan Ibrahim , 84000 Muar, Johor. No Tel : 06-9526611 Faks : 06-9526610 e-mail : [email protected] 10. AGENDA 6 Memilih dan melantik: 6.1 Ahli jemaah Penimbangtara seramai 5 orang 6.2 Juruaudit Dalam seramai 2 orang 6.3 Juruaudit Luar 6.4 Pegawai Pemeriksa Undi seramai 5 orang 6.5 Pemegang Amanah En.Shahrul Afendi (001569) menyerahkan dan mencadangkan agar perkara 6.1 hingga 6.5 diberi mandat kepada Ahli Jawatankuasa Kesatuan yang akan datang dan disokong oleh En Alfian Bin Ishak (001902).. Mesyuarat sebulat suara menerima cadangan dan keputusan tersebut 6.1 Setiausaha mencadangkan senarai 5 jemaah ahli penimbangtara yang baru bagi menggantikan jemaah ahli penimbangtara yang lama:- 1. En Kamarul Baharin Bin Mansor 2. En Fakururazi Bin Idris 3. En Matkar Bin Siwang 4. En Mohd Khairi Bin Man 5. En Mohd Nasrul Rashid Bin Mohd Taha Mesyuarat sebulat suara menerima cadangan dan keputusan tersebut. 6.2 Setiausaha memaklumkan dan mencadangkan seramai 2 orang Juruaudit Dalam yang lepas diganti dengan Juruaudit yang baru berdekatan dengan Bendahari iaitu: 1. Pn. Siti Hasmrida Binti Mohmad Sallih (002134) 2. Pn. Intan@Sharifah Zaqiah Binti Mohd Yusof (001351) Mesyuarat sebulat suara menerima cadangan dan keputusan tersebut. 6.3 Setiausaha memaklumkan dan mencadangkan agar Juruaudit Luar yang lepas dilantik semula iaitu: Audit Firm : RIZDUAN JOHARI & CO (AF 1962) Auditor : HAJI RIZDUAN BIN JOHARI Address : No. G-54, 1-54 & 2-54, Jalan Pinang 52, Taman Daya, 81100, Johor Bahru, Johor. Mesyuarat sebulat suara menerima cadangan dan keputusan tersebut.
KESATUAN PEKERJA - PEKERJA RANHILL SAJ SDN BHD (No. Pendaftaran : 911) Bangunan Ranhill SAJ Sdn. Bhd. Jalan Ibrahim , 84000 Muar, Johor. No Tel : 06-9526611 Faks : 06-9526610 e-mail : [email protected] 6.4 Setiausaha memaklumkan dan mencadangkan seramai 3 orang Pegawai Pemeriksa Undi yang lepas dilantik semula kecuali En Kamarudin Bin Kapit dan En Mohd Ali Bin Ahmad digantikan dengan yang baru iaitu: 1. En Azlan Bin Abdulah 2. En Joan Mohd Rafee Bin Zainal 3. En Mohd Hanzalla Bin Mahadi 4. En Kamaruddin Bin Kapit 5. En Mohd Ali Bin Ahmad Memohon kepada mesyuarat agar mencadangkan 2 orang calon bagi menggantikan En. Kamaruddin Bin Kapit yang akan pencen pada bulan Disember 2021 & En. Mohd Ali Bin Ahmad yang telah meninggal dunia. En Mohd Hatta Bin Mohd Atan (001417) mencadangkan En. Suhaimi Bin Saibon (001580) dan En. Hisamudin Bin Abu Bakar (001269) bagi menggantikan Pegawai Pemeriksa Undi yang telah meninggal dunia dan bersara. Disokong oleh En Alfian Bin Ishak (001902). Mesyuarat sebulat suara menerima cadangan dan keputusan tersebut. 6.5 Setiausaha memaklumkan dan mencadangkan seramai 3 orang Pemegang Amanah yang lepas dilantik semula iaitu: 1. En Md Ismail Bin Hussin 2. En Mohd Ariffin Bin Darmin 3. En Mohd Hatta Bin Mohd Atan Mesyuarat sebulat suara menerima cadangan dan keputusan tersebut. 11. AGENDA 7 Membincangkan dan memutuskan usul-usul. 1. MENAIKKAN YURAN KESATUAN KEPADA RM 10.00 SEBULAN. Bagi memperkasakan dana kesatuan dalam menghadapi segala cabaran mendatang, saya mencadangkan agar yuran kesatuan dinaikkan kepada RM 10.00 sebulan. En Alfian Bin Ishak (001902) mencadangkan agar usul ini ditolak kerana yuran RM 6.00 sebulan ini adalah memadai. Mesyuarat sebulat suara menerima cadangan tersebut. Mesyuarat sebulat suara menerima cadangan dan keputusan tersebut untuk DITOLAK.
KESATUAN PEKERJA - PEKERJA RANHILL SAJ SDN BHD (No. Pendaftaran : 911) Bangunan Ranhill SAJ Sdn. Bhd. Jalan Ibrahim , 84000 Muar, Johor. No Tel : 06-9526611 Faks : 06-9526610 e-mail : [email protected] 11. AGENDA 7 Membincangkan dan memutuskan usul-usul. 2. JAWATAN PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN PERLU DILANTIK DI KALANGAN ORANG LUAR (BUKAN ANGGOTA RANHILL SAJ SDN BHD) Mencadangkan kepada pihak kesatuan untuk melantik orang luar yang bukan anggota Ranhiill SAJ Sdn Bhd sebagai Presiden dan Timbalan Presiden dalam menerajui kepimpinan. Tuan Pengacara majlis mencadangkan agar Usul ini ditolak berikutan pencadang dan penyokong bagi usul ini tidak hadir dalam mesyuarat kali ini untuk dibentang dan dibahasakan. Mesyuarat sebulat suara menerima cadangan dan keputusan tersebut untuk DITOLAK. 3. MENUBUHKAN KOPERASI KESATUAN PEKERJA-PEKERJA RANHILL SAJ SDN BHD Pihak jawatankuasa kesatuan ingin memohon kepada ahli-ahli untuk membuat satu kajian secara teperinci berkaitan penubuhan koperasi kesatuan sebagaimana yang ada dibeberapa kesatuan syaikat air di semenangjung Malaysia. En Alfian Bin Ishak (001902) merasakan usul ini harus diterima bagi memantapkan lagi serta menarik lagi ramai ahli menyertai kesatuan. Usul ini dicadangkan oleh En. Nazahar Bin Ngadimun (001797) dan disokong oleh Idayu Bte Sorjani (002034) En. Nazahar Bin Ngadimun (001797) mencadang untuk menerima usul tersebut dan disokong oleh Pn. Idayu Bte Sorjani (002034) dengan harapan semua barisan exco akan lebih efektif dalam menarik lebih ramai ahli di masa akan datang. Mesyuarat sebulat suara menerima cadangan dan keputusan tersebut. 12. AGENDA 8 Pengisytiharan Pembubaran Jawatankuasa Kerja Kesatuan Pekerja-pekerja Ranhill SAJ Sdn Bhd bagi tahun 2018-2020. Presiden dengan sukacita dan rasminya mengisytiharkan pembubaran kerusi Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Kesatuan Pekerja-pekerja Ranhill SAJ Sdn Bhd bagi tahun 2018- 2020 .
KESATUAN PEKERJA - PEKERJA RANHILL SAJ SDN BHD (No. Pendaftaran : 911) Bangunan Ranhill SAJ Sdn. Bhd. Jalan Ibrahim , 84000 Muar, Johor. No Tel : 06-9526611 Faks : 06-9526610 e-mail : [email protected] 13. AGENDA 9 Pengisytiharan Pemilihan Jawatankuasa Kerja Kesatuan bagi tahun 2020-2023. PEMILIHAN PEGAWAI-PEGAWAI KESATUAN PEKERJA RANHILL SAJ SDN. BHD BAGI TAHUN 2021/2023 DI MESYUARAT AGUNG KALI KE-10 (LUAR BIASA) PADA 13HB. NOVEMBER 2021 (SABTU) BIL PENOLONG SETIAUSAHA UNDI DIPEROLEHI KEPUTUSAN 1 JULIA BIN JOHAR 803 MENANG 2 AHMAD ARIF BIN HELMI 221 KALAH BIL BENDAHARI UNDI DIPEROLEHI KEPUTUSAN 1 ABDUL MUBIN BIN ABDUL MUIN MENANG TANPA BERTANDING - BIL PENOLONG BENDAHARI UNDI DIPEROLEHI KEPUTUSAN 1 SYED BADIUZAMAN BIN SYED OMAR MENANG TANPA BERTANDING - BIL PRESIDEN UNDI DIPEROLEHI KEPUTUSAN 1 MOHD NAZRI BIN MD YUSOF 725 MENANG 2 ABDUL RAZAK BIN KARDI 300 KALAH BIL NAIB PRESIDEN UNDI DIPEROLEHI KEPUTUSAN 1 ISMADI BIN ISA 667 MENANG 2 ZULKFLEE BIN MOHD FATHIL 340 KALAH BIL SETIAUSAHA UNDI DIPEROLEHI KEPUTUSAN 1 EZHARUDIN BIN DAUD MENANG TANPA BERTANDING -
KESATUAN PEKERJA - PEKERJA RANHILL SAJ SDN BHD (No. Pendaftaran : 911) Bangunan Ranhill SAJ Sdn. Bhd. Jalan Ibrahim , 84000 Muar, Johor. No Tel : 06-9526611 Faks : 06-9526610 e-mail : [email protected] 13. AGENDA 9 Pengisytiharan Pemilihan Jawatankuasa Kerja Kesatuan bagi tahun 2020-2023. PEMILIHAN PEGAWAI-PEGAWAI KESATUAN PEKERJA RANHILL SAJ SDN. BHD BAGI TAHUN 2021/2023 DI MESYUARAT AGUNG KALI KE-10 (LUAR BIASA) PADA 13HB. NOVEMBER 2021 (SABTU) BIL AHLI JAWATANKUASA UNDI DIPEROLEHI KEPUTUSAN 1 ABDUL LATIF BIN ARSHAD 1098 MENANG 2 ISLIZAM BIN SUHADI 1089 MENANG 3 NORESMADI BIN MARIMIN 977 MENANG 4 MOHD ADHAM BIN ABDULLAH 947 MENANG 5 IBRAHIM BIN ISMAIL 886 MENANG 6 SAMSUL AMRI BIN MOHD ADAM 863 MENANG 7 NURUL AIN BINTI S NAIM 849 MENANG 8 MOHD RIDZUAN BIN MAT NOH 762 MENANG 9 NAZARUDIN BIN AHMAD 692 KALAH 10 NAZAHAR BIN NGADIMUN 610 KALAH 11 SUHAIDA BINTI RAMLI 555 KALAH 12 KAVIARASAN A/L DEVANANTHAN 505 KALAH
KESATUAN PEKERJA - PEKERJA RANHILL SAJ SDN BHD (No. Pendaftaran : 911) Bangunan Ranhill SAJ Sdn. Bhd. Jalan Ibrahim , 84000 Muar, Johor. No Tel : 06-9526611 Faks : 06-9526610 e-mail : [email protected] 14. AGENDA 10 Ucapan Penangguhan dan hal-hal lain i. En. Shahrul Afendi Bin Nordin (001569) Mengucapkan tahniah kepada kepimpinan yang baru, semoga kepimpinan kali ini dapat bekerjasama dengan Jabatan Sumber Manusia untuk menarik minat anggota menjadi ahli kesatuan. Ribuan terima kasih juga atas komitmen yang amat tinggi dalam menjalankan tanggunggjawab secara berkumpulan. Beliau mengatakan barisan exco adalah di antara orang yang hebat dalam meneruskan perjuangan anggota dalam membeli nasib ahli-ahli kesatuan khasnya dan anggota Ranhill SAJ amnya. Disediakan oleh: Disahkan oleh: …….…………………………… ………………………………… (Ezharudin Bin Daud) (Mohd Nazri Bin Md Yusof) Setiausaha Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Kesatuan Pekerja-Pekerja Ranhill SAJ Sdn Bhd Ranhill SAJ Sdn Bhd