ANTOLOGI PUISI KANAK-KANAK
HARI RAYA AIDILFITRI
PENYELENGGARA
NAZREY NAZIM
2022
KANDUNGAN 1
2
PRAKATA 3
4
BAJU RAYAKU - Ahmad Qaid Danish bin Ahmad Idzfar 5
RAMADAN TERAKHIR – Nurkhairunnisa binti Roslan 6
KUIH RAYA - Muhammad Iqbal bin Sidek 7
MAAF ZAHIR DAN BATIN - Nur Irdina Safiya binti Zaihan 8
BAJU MELAYU - Muhammad Amsyar Hurairah bin Nor Hilman 9
BAJU MELAYU - Muhammad Irfan Haziq bin Muhd Khairudin 10
BAJU KURUNG - Nur Alya Safeyya binti Hanif 11
KUIH RAYA - Abdur Rahman bin Lazim 12
KUIH RAYAKU - Asma’ Sumaiyah Ahmad Rusydan 13
HARI RAYA - Nur Syarah Hamanie binti Muhamad Sabrul Hisam 14
HARI RAYA SUDAH TIBA - Amalia Husna binti Zul 15
SYAWAL MULIA - Nur Syifa binti Safrul Izzani 16
AIDILFITRI - Muhammad Haris Irsyad bin Mohd Firdaus 17
RENDANG IBU - Nur Nasreen binti Mohd Azri 18
KUIH RAYA - Muhammad Hadif Hidayat bin Mazli 19
TUDUNG RAYA - Ain Raihanah binti Abdul Ghani 20
PAKAIAN RAYA - Muhammad Aqil Danish bin Mohd Arwani 21
BAJU RAYA - Hajar binti Mohd Rahim 22
BUNGA RAYA- Nur Suffiya Aqiela binti Rody Ikramie 23
KUIH RAYA- Atifah Mahirah binti Ahmad Faizol 24
BAJU MELAYU - Muhammad Ammar Haziq bin Khairul Sazli
KUIH RAYA - Mikayla Ain Nur binti Agus
KUIH RAYA - Fatima Qasrina binti Mohd Nazri
SAMPUL DUIT RAYA - Auni Damia binti Mohd Radhi
BIODATA PENYELENGGARA
PRAKATA
Aspek seni bahasa merupakan komponen dalam Dokumen Standard Kurikulum
Pelajaran (DSKP) bahasa Melayu. Sejak di bangku sekolah rendah lagi, murid-murid
diajar oleh guru membaca dan memahami puisi moden mahupun tradisional dengan
pelbagai kaedah dan teknik. Oleh itu, puisi memang tidak asing lagi kepada murid-murid.
Antologi puisi kanak-kanak Hari Raya Aidilfitri merupakan hasil tugasan projek
internship selama sebulan di sekolah untuk semester akhir pengajian. Sebanyak 24 buah
puisi moden iaitu sajak ditampilkan dengan bahasa yang mudah, indah dan menarik
susunannya. Secara tidak langsung, peningkatan minat murid-murid dalam menulis
karya kreatif dapat dipupuk.
Tema puisi dalam buku ini mengkhususkan sambutan perayaan Aidilfitri.
Pemilihan tema bersesuaian dengan sambutan bulan Syawal yang sememangnya
dinantikan oleh murid-murid yang dekat dengan diri mereka. Kesannya, murid-murid
dapat meluahkan pengalaman, kenangan dan penghargaan terhadap budaya
masyarakat Melayu yang beragama Islam menyambut perayaan.
Di samping itu antologi ini juga turut memuatkan beberapa audio karya terpilih
untuk meningatkan minat dan mengapresiaskan karya yang telah berjaya ditulis. HGal ini
selaras aspe seni bahasa yang mengikut dokumen standard kurikulum pelajaran tahun 5.
Dengan ini, minat menulis dan mendeklamasikan puisi berjalan seiring dan seterusnya
dapat mengasah bakat yang terpendam dalam kalangan murid-murid di sekolah ini.
Ahir sekali, saya berharap agar buku antologi puisi kanak-kanak ini mampu
memenuhi kehendak tugasan projek internship saya pada semester ini sekaligus
menyumbangkan bahan dokumentasi murid kepada pihak sekolah sebagai sumber
pembacaan dan rujukan.
Nazrey Nazim
9 Mei 2022
BAJU RAYAKU
Baju rayaku
dipakai di hari raya
cantik dan baharu.
Apabila memakainya kelihatan
segak bergaya
dipuji oleh rakan-rakanku
dan juga keluargaku.
Aku berasa gembira
mendapat pujian
baju rayaku cantik
dan berkualiti.
Jahitannya kemas dan rapi
selesa dipakai
berwarna merah
memang warna kesukaanku.
Aku bersyukur memiliki
baju raya baharu
tanda kasih sayang ibu kepadaku.
Ahmad Qaid Danish bin Ahmad Idzfar
1
RAMADAN TERAKHIR
Ramadan ini
yang datang menjengah kita kembali
membawa seribu kesucian
mengenang sejuta keberkatan
yang pasti hadiah dari Tuhan.
Hanya Ramadan ini
tersimpan rahsia dalam seribu bulan
yang menjanjikan berlipat ganda amalan
penantian penuh keimanan.
Sesungguhnya Ramadan ini
sebelum tibanya Syawal
mungkin terakhir buat kita
setiap amalan perlu kesungguhan
setiap ibadah lahir ketakwaan
setiap ganjaran menjadi rangsangan.
Nurkhairunnisa binti Roslan
2
KUIH RAYA
Makanan hari raya
dibeli oleh ibu
coraknya cantik
pelbagai warna
aneka rasa
memikat selera.
Kuih raya
makanan di hari raya
rasanya manis dan enak
murah dan banyak.
Kuih raya
disusun di dalam bekas
apabila habis
kuiisi kembali
diletakkan di atas meja
menjadi tarikan kepada tetamu.
Kuih raya
warisan bangsa yang tidak kulupa
walau setahun sekali dihidang
nilai tradisi tidak mungkin hilang.
Muhammad Iqbal bin Sidek
3
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Mohon ampun dan maaf
seandainya
terkasar bahasa
tersilap bicara
termarah tanpa sengaja
tertanya tanpa hala tuju.
Mohon ampun dan maaf
terpukul di mana-mana
terpekik di telinga
terpinjam harta benda
dan pelbagai kesalahan lagi
yang melukakan hati.
Semoga dimaafkan
murah rezeki selalu
agar panjang umur
berkekalan hidup bahagia.
Nur Irdina Safiya binti Zaihan
4
BAJU MELAYU
Pakaian baharu
dibeli oleh ayahku
berwarna kelabu.
Berbaju Melayu
bersongkok dan bersampin
ceria di pagi hari raya
sentiasa kelihatan
tampan dan menawan.
Berbaju Melayu
seisi keluarga
memori terindah
selalu diingati
meriahnya beraya bersama keluarga
walaupun hanya setahun sekali.
Muhammad Amsyar Hurairah bin Nor Hilman
5
BAJU MELAYU
Baju Melayu
baju rayaku
ditempah oleh ibu
berwarna biru.
Baju Melayu
baju rayaku
jahitannya kemas
mempunyai lima butang.
Baju Melayu
dipakai bersama samping
hatiku riang gembira
dapat bergambar bersama keluarga.
Muhammad Irfan Haziq bin Muhd Khairudin
6
BAJU KURUNG
Baju kurung
dibeli di pasar raya
jahitannya cantik dan rapi
pelbagai corak dan warna.
Baju kurung
pilihanku berwarna hijau
dipakai pada pagi hari raya
bersama seisi keluarga.
Baju kurung
pakaian tradisi bangsa kita
riang hatiku riang
bergambar bersama keluarga tercinta.
Nur Alya Safeyya binti Hanif
7
KUIH RAYA
Kuih raya dimasak
di dalam ketuhar
sedap dimakan
lengkap hari raya
dengan adanya kuih raya.
Kuih raya
pelbagai jenis
diletak di dalam balang
dibeli atau ditempah
tak kurang yang membuatnya sendiri.
Kuih raya pelbagai rasa
manis dan enak
diisi penuh sebalang
dihias cantik dan kemas
untuk dimakan bersama-sama keluarga
serta tetamu yang berkunjung
bertambah seri dan ceria hari raya.
Abdur Rahman bin Lazim
8
KUIH RAYA
Kuih raya
dibuat sendiri oleh ibu
mudah dan sedap rasanya.
Kuih raya
untuk dihidangkan di hari raya
makan bersama-sama keluarga.
Kuih raya
pelbagai bentuk dan warna
memikat selera
juadah pelengkap hari raya
hari yang istimewa
meriah sambutannya bersama keluarga.
Asma’ Sumaiyah Ahmad Rusydan
9
HARI RAYA
Ramadan telah berlalu
meninggalkan ingatan buatku
betapa banyaknya nikmat
kurniaan Allah.
Untukmu ayah dan ibu
untukmu guru yang kusanjungi
untukmu rakan yang sentiasa di sisi
kuucapkan terima kasih.
Selamat hari raya
kususun kata seikhlas hati
memohon ampun atas kesalahan
semoga terus terjalin hubungan
jalinan mesra penegak ummah.
Nur Syarah Hamanie binti Muhamad Sabrul Hisam
10
HARI RAYA SUDAH TIBA
Ramadan akan pergi
meninggalkan kita setelah habis bepuasa
adakah kita akan menemuinya lagi
apakah umur kita diziinkan berbaki
janganlah kita termasuk orang yang rugi.
Wahai semua insan
takbir berkumandang
bersiap sedia pulang ke desa
menyambut hari raya.
Hari raya sudah tiba
tiap waktu
tiap detik
pastinya amat berharga
hati gembira bersama keluarga dan sanak saudara
sedih terasa mengenangkan insan yang tiada.
Wahai semua insan
ikhlas berjabat tangan
meminta ampun maaf kepada semua
jernihkan sengketa
hari raya sudah tiba
beramah mesra, berbalas senyuman
dan tawa yang tidak dipaksa
marilah bersama mensyukuri nikmat lebaran.
Amalia Husna binti Zulpakar
11
SYAWAL MULIA
Bergema takbir di angkasa
Syawal mulia telah tiba
insan bersyukur kepada yang Esa
bersama-sama menyambut hari raya.
Pohon kemaafan doa restu
daripadamu ayah dan ibu
dengan seikhlas hati
anakmu insaf mengakui
segala kesalahan dimaafkan
menjanjikan kemuliaan insan.
Di pagi Syawal mulia
yang yatim dan miskin
yang kecil hidup susah
turut sama bergembira
walaupun hiba di pagi hari raya
bergembira menyambut bulan mulia.
Nur Syifa binti Safrul Izani
12
AIDILFITRI
Ramadan pantas berlalu
memberi ingatan buatku selalu
sekian lama kupinjam nikmat Tuhanku.
Buat ibu dan ayahku
buat barisan guru yang kusanjungi selalu
buat teman yang sentiasa menemaniku
hanya senyuman mampu kuberi.
Syawal yang menjengah
kususun mulut mulai petah
memohon ampun atas kerenah
moga terus tersemai mahabbah
jalinan mesra pengukuh ummah.
Ayuh
kita perkemas didikan Ramadan
moga dipertemukan tahun hadapan
tika itu
pasti akan kutunggu dengan penuh pengharapan.
Muhammad Haris Irsyad bin Mohd Firdaus
13
RENDANG IBU
Rendang ibu
dimasak ikhlas
enak rasanya
bagai tiada bandingan.
Rendang ibu
membuatnya amatlah lama
ayam dan daging menjadi bahan
dimakan bersama-sama ketupat.
Rendang ibu
dimakan seisi keluarga
di hari raya Aidilfitri
kenangan tersimpan kekal abadi
meriah sambutannya setahun sekali.
Nur Nasreen binti Mohd Azri
14
KUIH RAYA
Kuih raya
dibuat atau ditempah
ada pelbagai jenis
cantik bentuknya
sedap rasanya.
Kuih raya
dibuat oleh ibuku
dengan kesabaran
mengikut resipi lama dan baharu
tetap mempunyai keistimewaan.
Kuih raya
makan bersama rakan-rakan
hatiku riang gembira sekali
dapat berkumpul menyambut raya
tahun ini.
Muhammad Hadif Hidayat bin Mazli
15
TUDUNG RAYA
Tudung rayaku
berwarna biru
dibeli oleh ibuku.
Tudung rayaku
dipakai pada hari raya
cantik dan menawan.
Tudung rayaku
dipakai bersama-sama
anak tudung, pin dan jarum
hatiku ceria dan gembira
berhari raya bersama keluarga tercinta.
Ain Raihanah binti Abdul Ghani
16
PAKAIAN RAYA
Baju Melayu dan sampin
dipakai sempurna
indah digaya.
Songkok raya
baru aku peroleh
dipakai kemas di kepala
kelihatan menawan
pada hari raya.
Pakaian rayaku
baju Melayu, sampin dan songkok
segak aku memakainya
menarik ketika bergambar
bersama-sama seisi keluarga
kenangan indah tercipta.
Muhammad Aqil Danish bin Mohd Arwani
17
BAJU RAYA
Baju rayaku
dibeli oleh ibuku
berwarna biru
dipakai semasa hari raya.
Baju rayaku
kelihatan baharu dan kemas
indah digaya di sisi keluarga
juga ketika melawat saudara mara.
Baju rayaku
cantik dan menawan
riang bergambar bersama teman
berkunjung ke rumah jiran setaman.
Baju rayaku
dipakai dari pagi sehingga malam
kenangan yang indah
Aidilfitri yang meriah
tersimpan kukuh dalam ingatan.
Hajar binti Mohd Rahim
18
BUNGA RAYA
Bunga raya
berkembang tidak kira musim
dipetik gadis
betapa cantiknya ciptaan Tuhan.
Bunga raya
berkembang mekar
diminati ramai
warnanya merah kelihatan.
Bunga raya sama warnanya
dengan baju rayaku
kuletakkan bunga raya di telinga
bergambar sedondon
kenangan manis kekal abadi.
Nur Suffiya Aqiela binti Rody Ikramie
19
KUIH RAYA
Kuih raya
dibuat oleh ibuku
diisi kemas di dalam balang
kususun rapi di atas meja.
Kuih raya
pelbagai jenis
sedap dimakan
bersama-sama kawan-kawan.
Kuih raya
makan bersama-sama keluarga
meriahnya Aidilfitri setahun sekali
nikmat daripada Tuhan
sentiasa aku syukuri.
Atifah Mahirah binti Ahmad Faizol
20
BAJU MELAYU
Baju Melayu
ditempah oleh ibu
berwarna biru
tidak sabar aku menunggu.
Baju Melayu
dipakai di hari raya
dipakai satu keluarga
warnanya serupa.
Baju Melayu
sungguh cantik di pagi raya
selesa dipakai
dapat bergambar
bersama keluarga tercinta.
Saat yang kutunggu
hari raya disambut dengan gembira
anugerah daripada Allah yang Maha Esa.
Muhammad Ammar Haziq bin Khairul Sazli
21
KUIH RAYA
Kuih raya
sedap dimakan
diletakkan di dalam bekas
kemas sekali.
Kuih raya
yang dibuat oleh ibu
kuletakkan di atas meja
untuk dijamu oleh tetamu
berasa gembira
berkongsi rasa.
Apabila habis kuisi semula
dengan kuih berbeza
hari raya hari yang istimewa
sangat meriah
kenangan pun terakam indah.
Mikhayla An Nur binti Agus
22
KUIH RAYA
Pelbagai jenis
kuih raya
dibuat oleh ibu
enak rasanya.
Kuih raya
dimasukkan ke dalam balang
disusun di atas meja
hidangan kepada tetamu yang datang.
Kuih raya
makan bersama seisi keluarga
menikmatinya sambil berbual
bersama-sama tetamu
mesra dan gembira bertemu.
Fatima Qasrina binti Mohd Nazri
23
SAMPUL DUIT RAYA
Sampul duit raya
pelbagai warna dan jenis
dibeli di kedai runcit.
Di dalamnya berisi duit
duit pemberian ibu
adik juga mendapat satu.
Mencari duit raya
bersama-sama rakan-rakan
di kawasan kejiranan.
Pulang dengan gembira
menerima sampul duit raya
berisi duit
tanda ikhlasnya hati yang memberi
duit tabunganku bertambah lagi.
Auni Damia binti Mohd Radhi
24
BIODATA PENYELENGGARA
NAZREY NAZIM dilahirkan pada 1 April 1999 di Johor Bahru. Penyelenggara
dibesarkan dan bersekolah di Endau, Mersing, Johor. Kini, beliau merupakan guru
pelatih tahun akhir pengkhususan Bahasa Melayu di Institut Pendidikan Guru Kampus
Dato’ Razali Ismail, Terengganu. Beliau juga sedang menjalani internship di SK Gong
Badak, Kuala Nerus, Terengganu. Beliau meminati bidang penulisan puisi dan cerpen.
Beliau pernah memenangi peserta terbaik lelaki Program Pembinaan Bakat Tunas
Remaja 1 Malaysia peringkat negeri Johor pada tahun 2016. Kejayaan lain ialah pernah
memenangi Johan Pertandingan Menulis Puisi Manifestasi Jiwa Merdeka peringkat IPG
tahun 2020 dan 2021. Karya-karyanya pernah diterbitkan dalam Antologi Puisi Aksara
Doa Buat Palestin (2018), Antologi Cerpen Kanak-Kanak Pelangi di Sebalik Gerimis
(2021), Antologi Munajat Untuk Palestin (2021), Antologi Semarak Merdeka Tanah Air
(2021) dan Antologi Puisi Iman Mengguyur Selaut Syukur (2022).
25
26