KERTAS KERJA PROGRAM IHYA’ RAMADHAN,
BULAN DAKWAH PENDIDIKAN ISLAM DAN BULAN BAHASA ARAB
SK DESA TASIK, 57000 BANDAR TASIK SELATAN
KUALA LUMPUR
TAHUN 2020
1. PENDAHULUAN
Sesungguhnya Bulan Ramadhan merupakan bulan yang sentiasa dinantikan kerana ia dipenuhi dengan
keberkatan dan kerahmatan. Umat Islam seharusnya menerima kehadiran Ramadhan dengan penuh
kegembiraan dan berusaha merebut segala ganjaran yang dijanjikan kepada hambaNya yang berpuasa dan
melakukan amalan soleh. Ibadah puasa yang telah difardhukan ini mengandungi pelbagai rahsia dan hikmah yang
perlu diketahui agar kita berupaya menghayati dan melaksanakannya dengan penuh keikhlasan.
Gabungan beberapa program di bawah penganjuran Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab
seperti Program Bulan Dakwah , Ihya’ Ramadhan dan Bulan Bahasa Arab adalah merupakan satu program yang
perlu dilaksanakan di sekolah untuk memastikan aktiviti dakwah dilaksanakan dengan lebih bersepadu dan
berkesan dengan pengembelingan semua pihak. Antara tujuan lainnya pelaksanaan program ini adalah untuk
pemantapan sahsiah bagi meningkatkan kualiti dan nilai sahsiah serta kewibawaan murid dalam melaksana dan
memperteguhkan nilai-nilai rohani sebagai muslim. Gejala sosial yang berlaku dalam kalangan murid –murid Islam
hari ini memerlukan satu wadah yang boleh menarik minat mereka mendekati agama secara tidak langsung
melalui program seperti ini.
2. MATLAMAT
Menyemarakkan usaha dakwah diperingkat sekolah agar penghayatan aktiviti dakwah dan syiar Islam dapat
dihayati bersama.
3. OBJEKTIF
1. Berusaha secara bersama dalam menangani permasalahan ummah dalam membina hadharah.
2. Menggerakkan usaha dakwah secara bersepadu agar lebih berkesan dan menyeluruh.
3. Meneruskan usaha-usaha amar ma’ruf dan nahi mungkar.
4. Memberi kesedaran bahawa setiap orang adalah bertanggungjawab untuk berdakwah.
5. Menggambarkan Islam sebagai agama yang syumul.
4. SASARAN Semua murid beragama Islam SK Desa Tasik,
4.1 Guru-guru
4.2 Kakitangan sokongan
4.3
5. TARIKH PELAKSANAAN
Sepanjang Bulan Ramadhan 1441H.
6. TEMPAT
Secara di dalam talian atau online.
7. STRATEGI
7.1 Tadarus Al-Quran semua guru dan kakitangan SKDT.
7.2 Khatam Al-Quran Murid.
7.3 Program Road To Quran.
7.4 Kuiz bagi murid Tahun 1-6
7.5 Pertandingan Poster Bahasa Arab
7.6 Tazkirah Raamdhan secara dalam talian.
8. SUMBER KEWANGAN
8.1 Sekolah ( Kegiatan Agama )
8.2 Sumbangan Baitulmal
9. JAWATANKUASA PROGRAM
Pengerusi : En. Mazlan Bin Bahari ( Guru Besar )
Timbalan Pengerusi : Pn. Walliah binti Bahari ( GPK T&K )
Naib Pengerusi : Pn. Salmah binti Sulaiman ( GPK HEM )
Pn Kunavatiamal ( GPK Ko-kurikulum )
En. Muhammad Rizal bin Manaf ( GPK PPKI )
Penyelaras : Pn. Naelah binti Ramlee ( Ketua Panitia Pend. Islam )
Setiausaha : Pn. Hidayah Binti Zamri
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PERASMIAN BULAN DAKWAH DAN BAHASA ARAB :
Penyelaras Tadarus Al-Quran Guru : En. Muhammad Fuad Bin. Ahmad Tajuddin
Penyelaras Khatam Al-Quran Murid : Pn. Norzam Yanty Binti. Ahmad Mokhtar
Penyelarasa Road To Quran : Pn. Noor Rashidah Binti Noor Rashid
Penyelaras Kuiz : Pn. Siti Syafiqa Binti Saipol ( Tahun 1 )
: En. Muhammad Safry Bin Abdullah ( Tahun 2 )
: Pn. Noraini Binti Mahadi ( Tahun 3 )
: Pn. Naelah Binti Ramlee ( Tahun 4 )
: Pn. Khadijah Binti. Ab. Rahman ( Tahun 5 )
: Pn. Suraya Binti Adam ( Tahun 6 )
Penyelaras Poster Bahasa Arab : Pn. Nor Amiratasya Binti Karim
: Pn. Nor Islahiah Binti Mahamad Faudzi
: Pn. Nik Noorun Saadah Binti Nik Mat
: Pn Norhazlina Binti Radzuan
Penyelaras Tazkirah Ramadhan : En. Zainal Bin Ujang
: En. Muhammad Anuar Bin Ghazali
10. PENYELARAS AKTIVITI BULAN DAKWAH , IHYA’ RAMADHAN DAN BULAN BAHASA ARAB
AKTIVITI TARIKH / MASA TEMPAT PENYELARAS
TADARUS AL-QURAN GURU Sepanjang bulan Kediaman masing- En. Muhammad Fuad b.
& KAKITANGAN SKDT Ramadhan masing. Ahmad Tajuddin
( 24 April – 23 Mei )
KHATAM AL-QURAN MURID Kediaman masing- Pn. Norzam Yanty bt.
Sepanjang masing. Ahmad Mokhtar
Ramadhan bulan
( 24 April – 23 Mei ) Bimbingan ibubapa/
penjaga.
KUIZ PENDIDIKAN ISLAM Minggu Ke-2 hingga Kediaman masing-
Miggu Ke-4 masing.
( 4 Mei – 18 Mei ) Melalui group
Whatsapp kelas.
PERTANDINGAN POSTER Minggu Ke-2 hingga Kediaman masing- Semua Guru Bahasa
BAHASA ARAB Miggu Ke-4 masing. Arab
( 4 Mei – 18 Mei ) Melalui group
Whatsapp kelas.
Minggu Ke-2 hingga Kediaman masing- Pn. Rashidah bt. Rashid
ROAD TO QURAN akhir Ramadhan masing.
( 1 Mei– 23 Mei ) Bimbingan ibubapa/
penjaga.
Melalui group
Whatsapp kelas.
TAZKIRAH RAMADHAN Sepanjang bulan Melalui group En. Zainal Bin Ujang
Ramadhan
Whatsapp Rasmi En. Muhammad Anuar
Bin Ghazali
Guru dan kelas.
( 24 April – 23 Mei )