Seorang petani dan isterinya hidup gembira
di sebuah ladang kecil. Mereka menternak
angsa dan menjual telurnya di pasar. Mereka
tidak kaya tetapi gembira dengan hidup
mereka.
Pada suatu hari, datang seekor angsa
ke rumahnya. Keesokkan harinya, angsa
itu bertelur emas. Pasangan suami
isteri itu terkejut.
Tidak lama selepas itu, pasangan itu
menjadi semakin kaya. Tetapi mereka
tidak puas hati dengan hanya sebiji
telur emas sehari.
Petani itu berkata kepada isterinya,
“perut angsa itu mesti penuh dengan
telur emas”. “Kenapa perlu kita
tunggu untuk mendapatkan lebih
banyak emas, kita perlu membelah
badannya”, kata isteri petani itu.
Mereka pun membunuh angsa itu.
Mereka terkejut apabila mendapati
badannya sama seperti angsa-angsa
lain. Mereka tidak akan memperolehi
telur emas lagi!”
Nilai Murni:-
Sikap tamak merugikan diri sendiri
Terima Kasih.
Thaenmoli Subramaniam