E-MAJALAH
PENGAJIAN ISLAM
MPU23012
SIRAH KHULAFA'
AR-RASYIDIN
Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab,
Uthman Bin Affan, Ali Bin Abi Thalib
CADERK GROUP
The ultimate experiences
Penulis oleh:
Muhamad Danyel Afiq Bin Hairul Basir
Muhammad Azam Bin Hanapi
Mohamad Nasrul Iman Bin Isa
Muhammad Ammar Irfan Bin Khairusysyakirin
Muhammad Syahilul Faizi Bin Bunander
Suntingan oleh:
Faris Hafizi Bin Mohd Hazeli
Diterbit oleh:
Politeknik Sultan Idris Shah,
Sungai Lang,
45100, Sungai Ayer Tawar,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-3280 6200
Fax; 03-3280 6400
Email: [email protected]
Laman Web: www,psis.edu.my
Hak Cipta (c) 2022 - Politeknik Sultan Idris Shah
Cetakan Pertama : 2022
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan cara sekalipun, sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin daripada
Politeknik Sultan Idris Shah.
Sirah Khulafa
Ar-Rasyidin
“Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang raja
atau pemimpin itu, nescaya dijadikan baginya pembantu
(menteri atau penasihat) yang benar dan ikhlas. Jika
pemimpin itu lupa atau leka, nescaya diberikan peringatan,
jika pemimpin itu mengingati, nescaya akan diberikan
pertolongan kepadanya. Sebaliknya jika Allah menghendaki
selain daripadanya (keburukan) kepada pemimpin itu,
nescaya dijadikan baginya pembantu yang jahat. Jika
pemimpin itu lupa dan lalai, nescaya tidak diberikan
peringatan, dan jika dia mengingati, nescaya tidak akan
diberikan pertolongan kepadanya.”
(Riwayat Abu Dawud 2932)
ISI KANDUNGAN
05 SIDANG EDITOR
06 AHLI KUMPULAN
07 PENDAHULUAN
08 BIODATA ABU BAKAR AS-SIDDIQ
09 SUMBANGAN ABU BAKAR
13 BIODATA UMAR AL-KHATTAB
14 SIFAT UMAR AL-KHATTAB
15 SUMBANGAN UMAR AL-KHATTAB
16 BIODATA UTHMAN IBN AFFAN
17 SUMBANGAN UTHMAN IBN AFFAN
18 BIODATA ALI IBN ABI THALIB
19 SUMBANGAN ALI IBN ABI THALIB
20 CERPEN
21 KESIMPULAN
22 RUJUKAN
PAGE 5 | SIDANG EDITOR
KETUA EDITOR E-FOLIO
PENGAJIAN ISLAM
FARIS HAFIZI
17DIB21D2069
Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kehadrat Allah SWT, kerana dengan
limpah rahmat-Nya E-Folio dapat disiapkan dengan jayanya. Syabas dan tahniah
diucapkan kepada semua ahli kumpulan atas kerjasama dan penat lelah kalian dalam
menjayakan majalah ini. Semoga usaha dan iltizam yang ditunjukkan beroleh ganjaran
yang sewajarnya daripada Allah SWT.
Pertama sekali, terima kasih kepada Ustazah Asma Binti Ibrahim yang telah
menjadi tulang belakang dalam pembikinan majalah ini. Berkat usaha dan tunjuk ajar
beliau yang tidak berbelah bagi bagi dapat kami menyiapkan majalah ini dengan
sebaiknya. Terima kasih juga saya ucapkan kepada ahli kumpulan saya kerana telah
memberikan kerjasama yang terbaik untuk dipaparkan didalam majalah ini. Terima
kasih juga kepada semua, tidak lupa kepada kekuatan utama saya iaitu ahli keluarga
saya yang saya kasihi selama ini atas sokongan dan dorongan yang diberikan.
Semoga majalah yang diterbitkan ini dapat membuktikan kebangkitan,
kemajuan dan kecemerlangan yang meliputi akademik, kokurikulum mahupun sahsiah
pelajar Politeknik Sultan Idris Shah. Semoga semua penat lelah semua pihal yang
terlibat dalam pembikinan majalah ini diterima sebagai ibadah dan terus dalam
hitungan-Nya. Kami telah berusaha melakukan yang terbaik bagi memuaskan semua
pihak. Sungguhpun begitu, mungkin terdapat kekurangan dan kelemahan seiring
dengan sifat makhluk yang tidak dapat lari daripada sebarang kesilapan. Saya selaku
ketua editor, mewakili seluruh ahli kumpulan ingin memohon maaf atas segala
kepinangan yang ada. Sesungguhnya apa yang baik itu datang dari Allah SWT dan
yang buruk itu datang daripada kelemahan yang ada pada diri saya sendiri sebagai
manusia.
Semoga Allah SWT memberi kami kekuatan dan ketabahan bagi meneruskan
perjuangan kami dipersada ilmu. Hanya kepadaNya dipohon hidayah dan
keampunan. Semoga keberkatan akan muncul dan dinikmati, melihat Politeknik
Sultan Idris Shah salah satu institusi pendidikan yang unggul dari semua peringkat.
Amin.
Sekian dari saya,
FARIS HAFIZI BIN MOHD HAZELI
PAGE 6 | AHLI KUMPULAN
MUHAMMAD DANYEL AFIQ BIN MOHAMAD NASRUL IMAN BIN
HAIRUL BASIR ISA
17DIB21F2067 17DIB21F2065
MUHAMMAD SYAHILUL
FAIZI BIN BUNANDER
17DIB21F206
MUHAMMAD AZAM BIN HANAPI MUHAMMAD AMMAR IRFAN BIN
17DIB21F2045 KHAIRUSYSYAKIRIN
17DIB21F2059
Pendahuluan
Maksud Khalifah
Menurut Haji Dusuki Haji Ahmad, 1983, perkataan Khalifah atau khalifat (tunggal) atau Khulafa'
bermaksud pengganti iaitu pengganti Rasulullah SAW. Kemudiannya ia digunakan untuk jawatan
ketua umum dalam pentadbiran hal ehwal dunia dan agama menggantikan Rasulullah SAW.
Kedudukan dan taraf khalifah dari segi kuasanya adalah setaraf dengan Rasulullah SAW dan setiap
orang wajib mentaatinya.
Khulafa' Ar-Rasyidin
Khulafa' Ar-Rasyidin ialah gelaran yang diberikan kepada empat orang khalifah selepas kewafatan
Rasulullah SAW. Empat orang khalifah tersebut adalah :
Abu Bakar as-Siddiq
Umar al-Khattab
Uthman bin Affan
Ali Bin Abi Talib
Mereka berempat digelar Khulafa' Ar-Rasyidin kerana memerintah mengikut cara nabi Muhammad
SAW dalam setiap aspek pemerintahan. Mereka telah memerintah selama 29 tahun bermula tahun
11H (632M) hingga 40H (661M). Masing-masing mempunyai keperibadian dan cara perlantikan
sebagai khalifah yang berbeza.
Tamadun Islam Pada Zaman Khulafa' Ar-Rayidin
Tamadun Islam pada zaman Khulafa Ar-Rasyidin banyak memberikan sumbangan besar di dalam
perkembangan Islam di seluruh dunia dan menjaga kehormatan serta keagungan agama Islam di mata
dunia. Tamadun Islam pada zaman Khulafa Ar-Rasyidin sememangnya amat digeruni oleh tamadun-
tamadun lain seperti Rom dan Parsi kerana kekuatan dan keteguhan syiar Islam semasa waktu itu.
Zaman Khulafa Ar-Rasyidin berkembang dengan cara yang berbeza dan sumbangan yang berbeza
daripada setiap khalifah yang memerintah pada masa tertentu pada zaman pemerintahan mereka.
Corak kepimpinan dan pentadbiran yang digunapakai merupakan adil dan saksama terhadap semua
kaum pada zaman itu dan rakyat dapat hidup dengan aman dan tenteram.
SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ
BIODATA
Nama lengkapnya adalah Abdullah bin Utsman bin Amir bin Amru bin Ka'ab bin Sa'ad bin
Tayim bin Murrah bin Ka'ab bin Lu’ai bin Ghalib bin Fihrbin Malik al-Qurasy al-Taimy. Jika
diperhatikan garis keturunan Abu Bakar As-Siddiq maka bertemu dengan garis keturunan
Rasulullah SAW pada Murrah bin Ka'ab dan terus hingga ke atas.
Sebelum masuk Islam, Abu Bakar As-Siddiq bernama Abdul Ka'bah. Ketika ia masuk Islam
Rasulullah SAW mengganti namanya dengan Abdullah. Kemudian nama ini lebih dikenal
dalam berbagai periwayatan oleh ulama Ahlu Sunnah sebagai nama Abu Bakar As-Siddiq.
GELARAN
Melekatnya panggilan Abu Bakar al-Shiddiq serta beberapa gelar yang lain memiliki sebab
tertentu. Bahkan kemudian, gelar-gelar ini lebih populer dari nama aslinya. Sehingga
nama Abu Bakar As-Siddiq banyak ditemukan dalam berbagai periwayatan.
Ali al-Tanthawy menyebutkan bahwa panggilan Abu Bakar oleh bangsa Arab berasal dari
kata al-bakru yang berarti unta yang masih muda. Sedangkan bentuk plural dari kata ini
adalah bikarah. Jika seseorang dipangil dengan bakran, maka hal ini menunjukkan bahwa
orang tersebut merupakan sosok pemimpin.
Dari sini dapat dipahami bahwa digelarinya ia dengan Abu Bakar karena kedudukannya
yang terhormat di tengah bangsa Quraisy, baik terhormat dari segi nasab ataupun garis
keturunan begitu juga dari segi strata sosial karena ia merupakan seorang saudagar yang
kaya raya.
Kemudian, Abu Bakar digelari dengan beberapa gelar, yaitu Atiq dan As-Siddiq. Gelar Atiq
yang disandang oleh Abu bakar al-Shiddiq memiliki beberapa pendapat dikalangan ulama.
Sebagian mereka mengatakan bahwa disandang-kannya gelar tersebut karena wajahnya
yang atiq (cerah dan bersih). Ada pendapat yang mengatakan bahwa ia digelari dengan
Atiq karena garis keturunannya yang bersih dan tidak ada cacatnya. Ada pendapat yang
mengatakan bahwa ibunya tidak memiliki seorangpun anak laki-laki. Ketika Abu Bakar As-
Siddiq dilahirkan, ibunya menghadap ke Ka'bah dan berkata, “Ya Allah sesunggunya ini
adalah atiq (pembebasan) dari kematian, maka anugrahkanlah ia padaku”. Setelah kabilah
yang sangat terpandang kedudukannya dan juga sangat terhormat Abu Bakar As-Siddiq
besar, ia kemudian digelari dengan Atiq.
PAGE 9 | SUMBANGAN
Rasulullah SAW tidak
menyatakan dengan jelas
siapa khalifah yang akan
menggantikan baginda
selepas baginda wafat.
Oleh itu, pemilihan
Saidina Abu Bakar adalah
berdasarkan cadangan
daripada Saidina Umar al-
Khattab dan hasil
perbincangan sahabat-
sahabat besar dari
kalangan Muhajirin dan
Ansar di Saqifah Bani
Sa’edah.
MENGASASKAN Selepas selesai
INSTITUSI perbincangan di antara
KEKHALIFAHAN. sahabat-sahabat besar di
kalangan Muhajirin dan
ABU BAKAR AS-SIDDIQ Ansar, bai’ ah kepada
Saidina Abu Bakar telah
Sepanjang menjawat jawatan khalifah terdapat diadakan. Inilah bai’ah
beberapa sumbangan yang telah diberikan oleh pertama kepada Saidina
Khalifah pertama ini; Abu Bakar iaitu bai’ah
golongan pembesar
sahabat dari kalangan
Muhajirin dan Ansar.
Bai’ah ini kemudiannya
diikuti oleh bai’ah umat
Islam di masjid. Ini
menunjukkan bahawa
yang membuat pemilihan
khalifah ialah mereka yang
dimuliakan di kalangan
para ulama’ dan para
pemimpin yang
dinamakan sebagai ‘ahli
halli wal aqdi’ dan
pemilihan khalifah tidak
disyaratkan persetujuan
keseluruhan umat Islam.
E-MAJALAH MEMERANGI
GOLONGAN
PAGE 10 / SUMBANGAN MURTAD, MANI’ AL-
ZAKAT DAN NABI
P A L S U .Khalifah Abu Bakar telah membawa
beberapa sumbangan penting dalam
pentadbiran Kerajaan Islam Madinah.
Tugasan pertama selepas perlantikannya
sebagai khalifah ialah memerangi
Gerakan ar-Riddah iaitu gerakan anti
kerajaan Islam yang terdiri daripada
golongan murtad, Mani’al-Zakat(enggan
membayar zakat) dan nabi palsu.
Golongan murtad terdiri daripada dua
golongan iaitu murtad terus keluar
daripada agama Islam dan murtad
kerana enggan membayar zakat(mani’al-
zakat). Golongan murtad yang keluar
daripada agama Islam ada yang menjadi
pengikut Musailamah al-Kazzab,
Tulaihah al-Asadi dan Al-Aswad Al-Anasi
yang masing-masing mendakwa diri
menjadi nabi da nada pula yang
mengikut orang munafikin yang
berpura-pura menyatakan keislaman
mereka kepada Rasulullah SAW tetapi
hati mereka sebenarnya belum
menerima Islam.
ABU BAKAR AS-SIDDIQ Golongan yang enggan membayar zakat
(mani’al-zakat) pula terdiri daripada
Pengikut-pengikut nabi palsu juga kebanyakannya mereka yang telah membayar zakat
mempunyai kepentingan yang lebih bersifat ‘asabiah pada zaman Rasulullah SAW tetapi
di mana mereka tidak mahu tunduk kepada selepas kewafatan Baginda mereka
pemerintahan Saidina Abu Bakar daripada kaum enggan membayar zakat kerana
Quraisy yang dikatakan cuba memonopoli kekuasaan kedegilan mereka dan juga kerana
di tanah arab. Walaupun mereka tahu kepalsuan nabi- kesilapan dalam mentafsir al-Qur’an di
nabi tersebut tetapi mereka tetap menjadi pengikut mana mereka beranggapan bahawa
untuk mendapatkan sokongan dan kekuatan zakat adalah cukai yang dikenakan oleh
melawan kaum Quraisy. Rasulullah SAW untuk membersihkan
dosa pembayar zakat sedangkan para
sahabat tidak boleh menghapuskan
dosa tersebut.
Memulakan Gerakan
Pengumpulan Al-Qur’an.
ABU BAKAR AS-SIDDIQ
Di antara sumbangan Khalifah Abu Bakar yang terbesar ialah usaha beliau untuk
mengumpul tulisan al-Qur’an dan menyalinnya semula. Idea pengumpulan al-Qur’an
ini dikemukakan oleh Saidina Umar kepada Saidina Abu Bakar setelah melihat lebih
daripada 70 orang penghafaz al-Qur’an yang syahid dalam gerakan memerangi orang-
orang murtad pengikut Musailamah al-Kazzab di Yamamah. Tugas pengumpulan
ayat-ayat al-Qur’an ini telah dipertanggungjawabkan kepada Zaid bin Thabit. Beliau
telah mengumpul ayat-ayat al-Qur’an yang ditulis di atas kepingan-kepingan tulang,
kepingan pelepah kurma, kepingan tanah liat serta hafazan para sahabat dan
menulisnya semula ke dalam beberapa jilid lembaran.
PAGE 16 | SUMBANGAN
PEMBAHAGIAN
WILAYAH
Khalifah Abu Bakar telah membahagikan negara Islam kepada
10 buah wilayah, iaitu Makkah, Taif, Yaman, Hadhramaut,
Khalwan, Zabid, al-Janad, Najran, Jarsh dan Bahrain. Di setiap
wilayah, dilantik seorang gabenor.
Dari aspek ketenteraan dan pertahanan, Khalifah Abu Bakar
telah menghantar angkatan tentera Islam yang diketuai oleh
Khalid al-Walid ke Iraq untuk menentang tentera Parsi dan
Usamah bin Zaid ke Ghassan untuk memerangi tentera Rom.
Kedua-dua ekpedisi ini telah mencapai kejayaan.
SAIDINA UMAR AL-KHATTAB
BIODATA
Nama Lengkap Umar adalah Umar bin Khattab Ibn Nufail Ibn Abd al-‘Uzza Ibn Riyah Ibn
Qurth Ibn Razah Ibn ‘Adiy Ibn Ka’ab Ibn Lu’aiy al-Qurasyiy al-‘Adawiy. Umar dilahirkan 13
tahun setelah tahun Gajah (tahun kelahiran Nabi Muhammad). Ini bererti Umar lebih
muda 13 tahun dari Nabi Muhammad SAW.
Sedangkan Ibunya bernama Hantamah binti Hasyim bin Mughiroh bin Abdullah bin Umar
bin Makhzum. Nasab Umar bertemu dengan nasab Nabi Muhammad SAW pada Ka’ab
Ibn Luay. Umar berasal dari kalangan keluarga terpandang suku ‘Adiy yang termasuk
rumpun Quraisy. Umar memiliki kecerdasan yang luar biasa, bahkan dikatakan mampu
memprakirakan hal-hal yang akan terjadi pada masa yang akan datang. Umar menjadi
orang yang dipilih sebagai duta dari kabilahnya pada masa Jahiliyyah. Jika terjadi
perselisihan di antara para kabilah, maka Umar lah orang yang diutus untuk melerai dan
mendamaikan. Hal ini menandakan bahwa Umar memiliki kecerdasan,
Meskipun memiliki keturunan dan nasab serta kedudukan yang terhormat di keluarganya,
tetapi pada masa jahiliyyah Umar radhiyallahu‘anhu dikenal memiliki sifat yang kejam,
bengis, dan suka minum minuman keras. Pada masa jahiliyyah dia menikahi banyak
wanita, dan memiliki anak yang banyak. Akan tetapi sebagian besar isterinya tersebut
meninggal dunia. Diantara anak-anaknya yang menonjol adalah Abdullah bin Umar dan
Ummul Mukminin Hafshah.
Anak-anaknya yang lain adalah Fathimah, ‘Ashim, Abdurrahman al-Akbar, Abdurrahman
al-Ausath, dan Abdurrahman al-Ashghar. Setelah menjadi khalifah , Umar juga menikah
dengan Ummu Kultsum putri Ali bin Abi Thalib, dan Fatimah az-Zahra saudara Hasan
SIFAT
Umar Al-Khattab
Adil Berfikiran
Terbuka
-Pastikan kebaiikan
rakyat terpelihara -Sedia untuk ditegur
-Sentiasa meninjau oleh Rasulullah
sendiri keadaan - Menerima pendapat
rakyatnya sahabatnya
-Menghormati
keputusan masyarakat
Cekap Tegas
-Menubuhkan Majlis -Menaganti
Syura dan beberapa kepimpinan Khalid Bin
jabatan baharu Al-Walid
- Membahagikan -Menjadi Panglima
wilayah islam kepada Angkatan Tentera
beberapa bahagian Islam semasa Perang
pentadbiran Imamah
UMAR AL-KHATTAB
SUMBANGAN
Pentadbiran wilayah
Beliau telah membahagikan wilayah Islam kepada beberapa bahagian dan melantik pegawai
yang bertugas, iaitu gabenor, setiausaha dan ketua-ketua jabatan.Pegawai yang dilantik akan
diperiksa harta dan keperibadiannya untuk mengelakkan berlaku salah guna kuasa.Setiap tahun,
pegawai itu akan datang ke Makkah untuk membuat laporan.
Pentadbiran tanah
Tanah-tanah yang dikuasai oleh tentera Islam dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:tanah sawafi-
tanah tidak bertuan yang ditadbir oleh pemegang-pemegang amanah yang dilantik daripada
golongan ahl al-Ayyam, iaitu golongan peneroka (ahl al-fay). Tanah ini tidak boleh dibeli atau
dimiliki oleh sesiapa bagi mengelakkan berlakunya perpecahan dalam kalangan umat
Islam.Tanah dhimmah-tanah bertuan yang ditadbir oleh pemiliknya.
Membentuk Majlis Syura
Majlis Syura, iaitu lembaga atau majlis perundangan negara yang tertinggi telah ditubuhkan oleh
Khalifah Umar bin al-Khattab.Antara tanggungjawab majlis tersebut adalah menentukan polisi
negara yang berkaitan dengan hubungan luar dan pemerintahan negara.Majlis Syura juga
membincangkan masalah tentang politik, sosial dan keselamatan.Majlis Syura terbahagi kepada
dua bahagian, iaitu Majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am. Majlis Syura Tertinggi
dianggotai oleh Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf, Ali bin Abi Talib, Zaid bin Thabit,
Muadh bin Jabal dan Saad bin Abi Waqqas.
Mengasaskan al-Diwan
Al-Diwan ialah daftar atau buku catatan.Diwujudkan untuk mencatatkan nama-nama tentera
dan keluarga mereka serta jumlah sara hidup masing-masing.Bayaran sara hidup dibuat
berdasarkan jasa seseorang terhadap Islam, terutama semasa proses peluasan wilayah.
Mengasaskan Takwim Hijrah
Beliau menjadikan tahun Hijrah Rasulullah s.a.w ke Yathrib (Madinah) sebagai tarikh permulaan
perkiraan kalendar bagi umat Islam.Pengenalan takwim Hijrah memudahkan catatan peristiwa-
peristiwa selepasnya.Takwim ini memudahkan umat Islam mengingati sesuatu peristiwa dan
membuat catatan mengenainya.
SAIDINA UTHMAN IBN AFFAN
BIODATA
Uthman bin Affan (Arab: )عثمان بن عفانatau nama panjang beliau adalah Uthman bin
Affan Abi al-Ash bin Umaiyyah merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW.
Ketika beliau menjadi khalifah, berlaku pertelingkahan dalam kalangan umat Islam
mengenai cara bacaan al-Quran. Disebabkan oleh itu Uthman bin Affan telah meminjam
suhuf, (kumpulan penulisan al-Quran daripada Hafsa. Selepas itu Uthman bin Affan telah
memerintahkan empat orang sahabat untuk menyalin semula al-Quran dalam bentuk
yang sempurna yang dikenali sebagai Mushaf Uthman. Salinan Mushaf Uthman tersebut
dihantar ke seluruh pusat jajahan bagi menggantikan salinan-salinan yang lain.
BIOGRAFI
Saidina Uthman (23h-w35h/643-w655m) dilahirkan di dalam sebuah keluarga Quraisy
yang kaya di Makkahbeberapa tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad SAW. Beliau
ialah salah seorang daripada orang yang pertama sekali memeluk Islam dan amat dikenali
kerana sifat dermawannya kepada orang yang susah. Beliau juga berhijrah ke Habsyah
dan kemudian penghijrahan dari Makkah ke Madinah. Keturunan Saidina Uthman ialah
ayahnya Affan bin Abul 'Ash bin Umaiyah bin Abd Syam bin Abdul Manaf bin Qusay bin
Kilab bin Luai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin AnNadr bin Kinanah bin Khuzaimah bin
Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Adnan. Emak beliau Arwa bin Kariz bin Habib
bin Abd Syam bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Luai bin Ghalib bin Fihr bin Malik
bin AnNadr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin
Adnan. Arwa, ibunya pula adalah anak saudara Rasulullah SAW iaitu AlBaidha binti Abdul
Muttalib. Arwa melahirkan Saidina Uthman dan Amnah. Kemudian setelah kewafatan
Affan, Arwa berkahwin dengan Uqbah bin Abu Mu'it dan melahirkan tiga orang anak:
1.AlWalid bin Uqbah
2.Khalid bin Uqbah
3.'Amru bin Uqbah
4.Ummi Kulthum bin Uqbah
PAGE 17 • SUMBANGAN
KEMAJUAN
TAMADUN DI
ZAMAN
UTHMAN IBN AFFAN
Semasa pemerintahan Khalifah Uthman tidak
banyak perubahan yang dapat dilakukan.
Kebanyakan perkara yang dilakukan mengikut
apa yang di tinggalkan oleh Khalifah
sebelumnya. Walau bagaimanapun sumbangan
yang paling besar adalah beliau telah
melakukan perubahan dengan melaksanakan
sistem penulisan al-quran yang lebih
sistematik.
Beliau telah melaksanakan sistem ini kerana
disebabkan pada masa itu ramai orang islam
iaitu terdiri daripada penghafal-penghafal al-
quran telah berpindah ke negeri yang baru
dibuka oleh orang-orang islam seperti di Mesir,
Syria, Iraq, Armenia dan Azerbaijan. Oleh itu
timbul masalah dalam pembacaan dan sebutan
al-quran sebagaimana yang disebut oleh
Huzaifah al-Yaman seorang pegawai tentera
islam di Armenia kepada Khalifah di Madinah.
Oleh yang demikian beliau telah memerintahkan
Zaid bin Thabit, Abid bin al-As, Abdullah bin
Zubayr dan Abdul Rahman bin al-Harith supaya
membukukan al-quran dan menyalinkan
berpandukan kepada bacaan-bacaan pembaca
yang terkenal. Sebanyak 6 salinan telah
dikirimkan ke Mekah, Basrah, Kufah dan Syria.
Manakala terdapat dua buah lagi telah disimpan
oleh beliau di Madinah, tujuanya adalah satu
untuk kegunaan negara manakala satu lagi
untuk kegunaan Khalifah.
SAIDINA ALI IBN ABI TALIB
BIODATA
Saidina Ali ibn Abi Talib (Bahasa Arab: 1[ ]علي بن أبي طالبnama Sebenarnya ialah ('Ali bin
Abi Thalib bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdul Manaf); 13 Rejab, 22 atau 16 SH – 21
Ramadan, 40 H; 20 September 601 atau 17 Julai 607 – 31 Januari 661 Masihi)) ialah
sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w. selepas mengahwini puteri Rasulullah SAW.
iaitu Fatimah Az-Zahra. Beliau merupakan Khulafa al-Rasyidin yang keempat, memerintah
dari tahun 656 hingga 661 Masihi. Penganut Syiah mengganggap beliau sebagai Imam
pertama dan waris sahselepas Rasulullah SAW.
KEWAFATAN NABI MUHAMMAD SAW
Semasa Sayyidina Ali sedang mempersiapkan jenazah Nabi Muhammad s.a.w. untuk
dikebumikan dan melakukan upacara pengkebumiannya pada tahun 632 masihi,
sekumpulan kecil orang Muslim bertemu di Saqifah. Di sana, Sayyidina Umar berjanji setia
kepada Sayyidina Abu Bakar, yang kemudiannya mengambil alih kekuasaan politik.
Perhimpunan di Saqifah telah mempertikaikan bahawa Rasulullah telah menetapkan
Sayyidina Ali sebagai penggantinya.
Walaupun begitu, isu penggantian kepada Nabi Muhammad s.a.w. menyebabkan umat
Islam berpecah menjadi dua kumpulan, Sunni dan Syiah. Sunni menegaskan bahawa
walaupun Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah melantik pengganti, Sayyidina Abu Bakar
dipilih sebagai khalifah pertama. Sunni mengiktiraf empat khalifah pertama sebagai
penerus Nabi Muhammad. Syiah percaya bahawa Nabi Muhammad s.a.w. secara terang-
terangan menamakan Sayyidina Ali sebagai penggantinya di Ghadir Khumm dan
kepemimpinan Muslim adalah miliknya oleh perintah Tuhan, dan juga merupakan waris
sah Rasulullah s.a.w. Bagaimanapun, Sayyidina Ali tidak berubah fikiran ketika akhirnya
beliau setia kepada Sayyidina Abu Bakar dan kemudian kepada Sayyidina Umar dan
Sayyidina Uthman, tetapi telah melakukannya demi kesatuan Islam, pada masa yang sama
jelas bahawa umat Islam telah berpaling darinya. Sayyidina Ali juga percaya bahawa beliau
dapat memenuhi peranan Imam tanpa berperang.
KEMAJUAN Beliau sentiasa berfikiran terbuka dalam
TAMADUN DI menerima pendapat dan cadangan orang
ZAMAN lain dan mengambil berat terhadap
masyarakat sekeliling dan memberi
ALI IBN THALIB bantuan sekiranya terdapat orang islam
yang di dalam kesusahan. Beliau juga
Pemerintahan beliau masih mengikut mengambil berat tentang masyarakat yang
dasar-dasar pemerintahan terdahulu di bukan beragama islam. Namun begitu,
mana beliau juga dilantik mengikut sistem semasa pemerintahan Khalifah Ali,
syura. Semasa pemerintahan Khalifah Ali perluasan kawasan terhenti berikutan
tidak banyak yang dapat dilakukan kerana negara kurang aman kerana pembunuhan
pada masa itu beliau sibuk menghapuskan Saidina Uthman bin Affan.
pemberontakan yang timbul.
Pemberontakan ini timbul kerana ada Antara polisi pentadbiran Khalifah Ali bin
pihak-pihak tertentu yang mahukan beliau Abi Talib ialah beliau menukarkan
menghukum mereka yang terlibat dalam pegawai-pegawai lantikan Khalifah
pembunuhan Khalifah Uthman. Uthman yang berketurunan Umayah
dengan pegawai-pegawai baru termasuk
Beliau masih meneruskan cara Muawiyah bin Abu Suffian ( gabenor Syam
pemerintahan yang dilakukan oleh ). Beliau juga meneruskan Majlis Tahkim
pemimpin yang terdahulu. pemerintahan walaupun mendapat tentangan daripada
beliau masih berpegang teguh kepada al- golongan Khawarij. Kesimpulannya, jasa
quran dan al-sunnah dimana perkara- Khalifah Ali bin Abi Talib ialah menerima
perkara yang dilaksanakan adalah tidak jawatan ini dalam keadaan negara huru-
mengikut pandangan diri sendiri tetapi hara.
menerima pandangan orang lain melalui
sahabat –sahabat ataupun pandangan
masyarakat islam.
SUMBANGAN | PAGE 19
Pantun
Pemimpin yang berwibawa:-
Hijau menguning padi di sawah
Tunduk berisi bagai nak rebah
Pendirian kukuh tidak goyah
Menghadap cabaran tidak gelabah
Sajak
PEMIMPIN KITA...
Pemimpin kita...
Jelas kelihatannya..
Sesekali cuba untuk menaikkan nama..
Walau dengan pelbagai cara..
Pemimpin kita..
Tidak sama seperti dahulu..
Janji dipegang, amanah dijulang..
Tatkala meniti peredaran zaman.. Seringkali kita melihat,
mendengar..
Pemimpin yang masih alpa, masih leka dengan dunia
mereka.
Wahai pemimpin kita..
Tiada guna disanjung di dunia..
Sesudah mati tiada ke mana..
Sedarlah.. Insaflah..
Sesungguhnya..
Kebenaran di sebalik segala tragedi yang menimpa..
Hanya berselindung di sebalik hakikat...
Kabur diselubungi mitos-mitos palsu.
Lihatlah..
Dengan penipuan, dengan kekejaman...
KESIMPULAN
Khalifah mempunyai tanggungjawab yang besar yang
diamanahkan oleh rakyat terhadapnya. Oleh itu, seseorang
khalifah yang hendak dipilih sepatutnya memiliki keupayaan dan
kemampuan dalam pelbagai aspek terutamanya keagamaan dan
kemahiran dalam mentadbir.
Pelantikan khalifah-khalifah dalam Khulafa Ar Rasyidin berlaku
secar demokrasi. Pemilihan dilakukan oleh umat Islam dalam
majlis yang dikenali sebagai Majlis Syura yang ahli-ahlinya terdiri
daripada para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. dan ketua-ketua
kaum.
Pelantikan khalifah tanpa berdasarkan kelayakan akan
memusnahkan dan menghancurkan sesebuah kerajaan dan akan
menyebabkan timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat.
Pemerintahan Khulafa Ar Rasyidin telah banyak memberi
sumbangan kepada tamadun Islam serta meluaskan wilayah
Islam.
Selepas pemerintahan Khulafa Ar Rasyidin, sistem pemerintahan
Islam telah bertukar daripada sistem syura kepda warisan, namun
begitu, sistem berkhalifah masih kekal hingga ke zaman Turki
Uthmaniyyah. Antara kerajaan yang memerintah zaman itu ialah
kerajaan Bani Umaiyah, kerajaan Abbasiyah, kerajaan Turki
Uthmaniyah dan diikuti oleh kerajaan Islam di India, China dan
Nusantara.
RUJUKAN
HTTPS://REPOSITORY.
UIN-
SUSKA.AC.ID/7186/3/B
AB%20II.PDF
HTTP://ISLAMKHULAF
A.BLOGSPOT.COM
HTTP://AHMADYAAKO
B.BLOGSPOT.COM/201
7/01/SUMBANGAN-
KHALIFAH-UMAR-AL-
KHATTAB.HTML
HTTP://REPOSITORY.U
IN-
SUSKA.AC.ID/5719/3/B
AB%20II.PDF
HTTPS://MS.WIKIPEDI
A.ORG/WIKI/UTHMAN
_BIN_AFFAN
HTTPS://MS.WIKIPEDI
A.ORG/WIKI/ALI_BIN_
ABI_TALIB