The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

6.7 Welding techniques

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by salam, 2020-11-11 19:48:01

cvb10013

6.7 Welding techniques

DPP C2(b)

Institut Kemahiran MARA
Kuching, Sarawak.

KUCHING

INFORMATION SHEET

PROGRAMME SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN (STB)
SESSION
CODE & COURSE JAN-JUN 2019 / JUL-DIS 2019 SEMESTER 1
LECTURER
TAB 1034 - BASIC FITTING AND OXY- SHEET NO IS 17
ACETYLENE WELDING

MOHAMMAD SALAM BIN HASBI WEEK 19

TOPIC 6.0 OXY-ACETYLENE WELDING
SUB-TOPIC
6.7 OXY-ACETYLENE WELDING PROCEDURES AND
TECHNIQUES

TOPIC Pelajar-pelajar mesti boleh:
LEARNING
OUTCOME 1. Kenal jenis- jenis api kimpalan.

2. Tahu mengimpal mengikut teknik dan prosedur yang betul.

PENERANGAN

Ada berbagai–bagai jenis proses pengimpalan yang terdapat pada masa ini, tetapi
proses pengimpalan yang biasa digunakan dalam kerja-kerja pembaikan badan
kenderaan ialah kimpalan gas Asetilena-Oksigen. Dalam kimpalan gas ini pengimpal
menjalankan kerja dengan cara mengawal dan mengarahkan haba kepada bahagian tepi
logam yang hendak disambung supaya bahagian tepi logam yang hendak disambung itu
menjadi lebur.Setelah ini terjadi ia menampalkan logam yang hendak ditambahnya itu
kepada limpah lebur pada logam itu. Haba lampau yang digunakan diperoleh daripada
pembakaran gas. Biasanya daripada pembakaran campuran gas asitilin dan
oksigen.Proses ini dinamakan kimpalan oksi-asetilena.kerja kimpalan jenis ini
memerlukan kemahiran melarasakan tekanan gas dengan menggunakan pengatur gas,
memilih saiz muncung penyumpit gas (nozzle), memilih saiz diameter logam penambah

1

DPP C2(b)

yang betul dan menyediakan bahagian tepi logam yang hendak dikimpal. Disamping itu
juga pengimpal perlu juga mahir menggerakan api dan logam penambah supaya dapat
menghasilkan sambungan yang baik.pengimpal gas juga dapat membuat kerja
pemotongan logam denga betul mengikut yang dikehendaki dan kerja pembuangan
logam lebihan dengan mengunakan api oksi-asetilena dengan bantuan tekanan oksigen
tambahan.

LANGKAH-LANGKAH PENYALAAN DAN MEMADAMKAN NYALAAN.

Sebelum menyalakan sumpitan api pada sumpitan api, pelarasan pada alator hendaklah
dibuat terlebih dahulu bergantung pada jenis serta ketebalan logam yang hendak
dikimpal. Dari segi teori pembakaran berlaku mengikut nisbah 1:2.5 iaitu 1 bahagian
asetilin dan 2.5 bahagian oksigen. Kebiasaannya pelarasan pada alator adalah mengikut
nisbah 1:1. Manakala 1.5 bahagian lagi diterima dari udara persekitaran. Ini adalah
amalan biasa untuk nyalaan cuali.

Berikut diterangkan satu persatu langkah-langkah pelarasan bagi nyalaan:
- Buka injap asetilina (merah) pada badan sumpitan lebih kurang ¼ pusingan.
- Gunakan pemetik api kimpalan untuk menyalakan sumpitan api.
- Laraskan nyalaan sehingga asap hitam berkurangan.
- Buka injap oksigen (biru) pada badan smpitan secara perlahan-lahan sehingga
kon dalam yang dempul berwarna kehijauan diperolehi.
Nota:

Nyalaan yang lain dilakukan adalah berasaskan nyalaan cuali. Bermakna
nyalaan cuali mesti perolehi terlebih dahulu. Kemudian dikuti dengan kaedah
dibawah:

- Untuk nyalaan pengoksidanan pula pelarasan gas oksigen dilebihkan sedikit
sehingga kon berwarna kebiruan yang tajam diperolehi.

- Untuk memperolehi nyalaan pertengahan (pengaban) lebihan asetilin diperlukan
sehingga nyalaan menjadi tiga lapisan.

Langkah-Langkah Memadamkan Nyalaan:

- Tutup injap oksigen pada badan sumpitan sepenuhnya. Dimana bekalan oksigen
akan terputus dengan ini serta merta nyalaan bertukar kepada nyalaan asetilina.

- Tutup injap asetilina badan badan sumpitan. Dengan ini nyalaan asetilina akan
terpadam.

- Seterusnya tutup injap silinder oksigen dan asetilina.
- Buka injap oksigen dan injap asetilina pada badan sumpitan separuh pusingan

atau lebih untuk melepaskan gas yang masih ada didalam alator dan hos kedua-
duanya dan biarkan jarum penunjuk tekanan pada alator kedua-dua silinder
menurun ke angka ‘0’.
- Selepas itu tutup semula injap-injap itu.
- Akhir sekali longgarkan injap pelarasan alator bagi kedua-dua silinder.

2

DPP C2(b)

LETUPADAM DAN NYALABALAS

Letupadam dan nyalabalas adalah merupakan letupan kecil yang kadangkala berlaku
ketika kerja mengimpal dijalankan.

Letupadam – adalah satu letupan kecil yang kadangkala berlaku pada hujung
sumpitan api ketika kerja mengimpal dijalankan.

Nyalabalas – adalah satu letupan kecil yang berlaku dihujung sumpitan api dan
diikuti dengan bunyi ‘hiss’ didalam badan sumpitan dan ekori pula dengan asap
hitam keluar pada muncung sumpitan.

Jika nyalabalas sempat berlaku hingga ke dalam hos (biasanya hos oksigen) ia akan
meninggallkan kesan karban dan kemungkinan hos akan pecah. Bahagian hos terbabit
perlu dipotong dan gas oksigen perlu di lepaskan untuk menghembus saki baki karban
yang tertinggal didalam hos terbabit.

Sebab-sebab berlakunya letupadam dan nyalabalas:
- Muncung sumpitan terlalu rapat atau menyentuh anduh kimpal.
- Muncung menjadi terlalu panas kerana terlalu lama mengimpal.
- Pelarasan nyalaan terlalu lemah atau rendah berbanding saiz muncung yang
digunakan.
- Muncung sumpitan api tidak diikat (skru) dengan rapi pada badan sumpitan.
- Lubang (orifice) muncung terlalu kotor.
- ‘Seat’ injap pelarasan telah rosak.

Cara-cara mengatasinya:
- Tutup serta -merta injap asetilina dan biarkan badan sumpitan dan muncung
sumpitan api menjadi sejuk sebelum kerja baikpulih dapat dilakukan.
- Jika nyalabalas sempat berlaku hingga ke dalam hos (biasanya hos oksigen) ia
akan meninggallkan kesan karban dan kemungkinan hos akan pecah. Bahagian
hos terbabit perlu dipotong dan gas oksigen perlu di lepaskan untuk menghembus
saki baki karban yang tertinggal didalam hos terbabit.
- Bagi mengelakkan muncung menjadi terlalu panas, sesekali perlulah muncung itu
dicelupkan ke dalam satu bekas air dan dilepaskan sedikit gas oksigen buat
beberapa ketika untuk menurunkan suhu muncung sumpitan api. jika dirasakan
mengimpal terlalu lama.

3

DPP C2(b)

TEKNIK MENGIMPAL OKSI-ASETILINA.

Terdapat dua teknik mengimpal yang biasa diamalkan oleh jurukimpal iaitu :
1. Teknik ke hadapan (forehand)
2. Teknik mengundur (backhand).

Teknik Ke hadapan.
Dalam mengimpal teknik ke hadapan muncung sumpitan api dicondongkan 70-60
ke kanan lalu muncung digerakan dari kanan ke kiri.

Teknik Mengundur.
Muncung sumpitan api di condongkan 40 - 50 ke kanan lalu ianya digerakan dari
kiri ke kanan.

Nota:
Bagi kedua-dua teknik di atas logam penambah dicondongkan 30-40 ke kiri dan
digerakan sama arah mengikut pergerakan muncung sumpitan.

Rod penambah

Sumpitan api

Kon nyalaan

Arah kimpal

60-70

30-40

3.0mm

TEKNIK MENGIMPAL KE HADAPAN

Teknik Mengimpal Ke hadapan adalah teknik mengimpal yang bergerak dari kanan ke
kiri. Pergerakannya lebih mudah lebih mudah untuk dikawal kerana anduh kimpalnya
bersaiz kecil. Sesuai untuk mengimpal paip walaupun ketebalannya melebihi 3.0 mm.

4

DPP C2(b)

Rod penambah

Sumpitan api

Arah kimpal

30- 40

40-50 3.0mm
Rajah 8.2

TEKNIK MENGIMPAL MENGUNDUR (KE KANAN)

Teknik mengimpal mengundur adalah teknik mengimpal yang bergerak ari kiri ke kanan.
Rod penambah bergerak mengikut arah pergerakan sumpitan api. Menghasilkan leburan
yang lebih baik kerana kon nyalaan tertumpu terus ke arah anduh kimpal. Pengunaan
rod penambah juga dapat dikurangkan. Ketelusan yang lebih baik dan juga kelajuan
mengimpal yang lebih pantas dapat dilakukan.

KELEBIHAN TEKNIK MENGUNDUR DAN TEKNIK KE HADAPAN

TEKNIK MENGUNDUR TEKNIK KE HADAPAN

- mengimpal lebih cepat . -mengimpal keluli lembut

-kurang menggunakan rod pepenambah -mengimpal besi tuang

- -nyalaan tertumpu terus kearah anduh - logam bukan feras

al . - ketelusan yang dalam. (aluminium,loyang,gangsa ,tembaga).

-mudah mengawal gerakan kimpal.

-sesuai untuk mengimpal paip.

- untuk plat yang lebih tebal

5

DPP C2(b)
Pengawalan kelajuan,jarak dan sudut mengimpal

Kelajuan, jarak dan sudut mengimpal boleh mempengaruhi mutu sesuatu kimpalan.
Ia akan mempengaruhi ketelusan, penembusan dan juga mutu sambungan yang
dibuat, Ketebalan plat logam serta jenis logam perlu juga diambilkira dalam
menentukan kelajuan,jarak dan sudut mengimpal.

(EXCESS ACETTYLENE FEATHER) ASITILIN
BERLEBIHAN

(OUTER ENVELOPE FLAME) SEMPUL API
BHG LUAR

(SWEATING SURFACE
)PERMUKAAN
KELIHATAN BERPELUH

JENIS API DAN KEDUDUKAN NOZZEL KETIKA MEMBUAT KERJA HARD
SURFACING

6

DPP C2(b)

EXERCISE
1. Berikan 3 jenis api kimpalan yang biasa digunakan.
2. Berikan maksud istilah di bawah :
a) Letup Padam
b) Nyala balas

REFERENCE
1. TEKNOLOGI AUTOMOTIF, MOHD BAHAMAN BIN MOHD RAJOLI.
2. MOTOR VEHICLE TECHNOLGY AND PRACTICAL WORK, J.A. DOLAN.
3. AUTOMOTIVE SERVICE TECHNOLGY BOOK, CLIFFORD.

7

DPP C2(b)

8


Click to View FlipBook Version