SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
UNIT 2 : CUSTOM PAINTING(ARTWORK) USING AIR BRUSH
2.1 Air Brush Fundamental Skill
Cara mengendalikan airbrush amat bergantung kepada skill individu , walaubagaimana
pun teknik asas memegang dan mengendalikan airbrush dapat dilihat kepada
penenerangan seperti gambar – gambar dibawah .
2.1.1 Cara memegang dan mengawal pergerakan airbrush
Pegang airbrush seperti
memegang sebatang pen.
Pastikan jari telunjuk
berada diatas triger , ibu
jari dan jari hantu mengepit
hose connector barp.
Biarkan handle berada
dipangkal jari telunjuk
dengan selesa.
2.1.2 Kawalan triger airbrush ( jenis double action )
Apabila menekan triger kebawah , ianya akan membuka
injap angin masuk seterusnya bersedia untuk menolak cat
keluar dari airbrush .
Seterusnya apabila triger ditarik kebelakang sambil tekanan
diberikan keatasnya, maka akan menyebabkan jarum
bendalir bergerak kebelakang sekaligus membenarkan cat
keluar dari mangkuk cat melalui tip. Semakin banyak ia
ditarik , semakin banyak cat yang akan keluar.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 17 UNIT 2
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
2.1.3 Membuat titik ( dot )
Latihan pertama yang perlu dilakukan untuk memahirkan diri kepada
penggunaan airbrush adalah dengan membuat titik-titik . Semakin banyak titik
yang dapat dihasilkan dengan sekata semakin memberikan keyakinan untuk
melakukan bentuk latihan yang seterusnya.
2.1.4 Membuat garisan yang bersih (clean line)
Latihan kedua yang boleh dilakukan adalah dengan membuat garisan lurus .
Kemahiran ini menggabungkan kemahiran menggerakkan triger dan pergerakan
tangan secara lurus samada menegak ataupun mendatar.
Garisan mendatar Garisan menegak
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 18 UNIT 2
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
2.1.5 Garisan lurus memanjang ( Directional Line )
Ini adalah sinambungan dari aktiviti membuat garisan dimana triger ditekan dan
tangan digerakkan lebih jauh secara sekata ( stroke) .
2.1.6 Menjarakkan kedudukan AirBrush (Spray Height )
Kekurangan air brush adalah tidak direka dengan pelaras bentuk . Jadi apabila
anda mejarakkan kedudukan airbrush dari bendakerja secara automatik akan
menjadikan garisan serta titik yang dibuat menjadi besar . Semakin jauh semakin
besar dan kaburlah titik dan garisan tersebut.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 19 UNIT 2
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
2.1.7 Latihan membuat garisan melengkung (Flowing Curve)
Bila membuat latihan looped stroke sebegini,kawal tangan agar mudah bergerak
untuk mengelakkan ketebalan garisan yang tidak sama. Lengkungan secara
bersambung atau tidak bersambung seperti dua gambarajah dibawah dapat
membantu memahirkan pergerakan tangan didalam aktiviti lukisan sebenar.
2.1.8 Menulis dan membuat abjad atau nombor ( Writing - Lettering & number )
Latihan seterusnya adalah membuat tulisan secara bebas ( freehand )bagi
mempelbagaikan lagi kemahiran menggunakan airbrush . Latihan menulis huruf
alphabet dilihat sebagai mudah, tetapi ianya memerlukan konsentrasi atau fokus
untuk mengawal nisbah dan ketepatan huruf yang berhubungan dengan satu
sama lain
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 20 UNIT 2
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
2.2 Airbrush Painting Color Scheme
Pengetahuan Warna
warna utama (primary )
Campuran dua warna utama – untuk mendapatkan warna sekunder
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 21 UNIT 2
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
Campuran satu (1) warna utama dan satu (1) warna sekunder – untuk
mendapatkan warna-warna yang lain.( tertiary)
Warna putih pula adalah untuk memberikan tona yang cerah manakala warna
hitam memberikan tona yang gelap
Warna Lukisan yang elok menggunakan hanya empat (4) tona warna iaitu :
• gelap (dark)
• tona sederhana
• tona muda (light tone)
• terang (bright)
tona warna
1. Gelap 2.- Tona sederhana 3.- Tona muda 4.- Terang
Perspektif warna
• Warna-warna panas dan tona gelap menyebabkan benda-benda nampak
lebih dekat.
• Warna-warna sejuk dan tona muda menyebabkan benda-benda nampak
jauh.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 22 UNIT 2
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
Warna-warna panas
• mengandungi berlebihan merah
Warna-warna sejuk
• mengandungi berlebihan biru
Skim warna untuk lukisan airbrush
• Airbrush menghasilkan corak semburan lembut dan menawarkan pilihan
daripada tiga roda warna:
• Warna pertama disembur dengan warna terang dan diikuti dengan warna
gelap untuk skim multi cat warna
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 23 UNIT 2
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
Gubahan warna asas
Dalam lukisan/mural gubahan warna asas digunakan
• Monokrom
• Harmoni
• Komplimentari
• Kombinasi
Monokrom
• – hanya satu (1) warna (dengan tona tua dan muda) digunakan
Harmoni
• hanya warna-warna disebelah menyebelah dengan satu sama lain pada roda
warna digunakan
Komplimentari
• hanya warna-warna yang bertentangan pada roda warna digunakan.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 24 UNIT 2
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
Kombinasi
• kegunaan warna-warna dalam monokrom, harmoni, dan komplementari
digunakan dalam satu lukisan.
makna-makna warna
• Hijau – kesegaran, perasaan tenang, harapan, tumbuh-tumbuhan, kedinginan
• Biru - kesejukan, kejauhan
• Ungu – kesedihan, perasaan salah, perayaan
• Merah – tenaga, api,darah, perasaan meluap-luap
• Oren – api, perasaan meluap-luap, keriangan
• Kuning - emas, kekayaan,kegembiraan, cahaya
• Putih – kesucian, kebersihan, kesejukan, keadaan tak salah,keamanan
• Merah jambu – kasih sayang, kejelitaan
• Kelabu – kesedihan, perasaan mendukacitakan
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 25 UNIT 2
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
2.3 Stencil &Templete
2.3.1. Stencil
Stensil adalah sesuatu seperti acuan digunakan untuk cat sesuatu. Adalah cara
sempurna untuk cepat dan mudah menghias. Ia sering digunakan untuk mengecat
tulisan, angka dan objek. Stensil adalah sebahagian daripada imej yang dipotong.
Nama lain bagi stensil yang digunakan dalam airbrushing dikenali sebagai frisket .
Kelebihan utama stensil ialah ia boleh digunakan semula untuk berkali-kali dan cepat
menghasilkan huruf atau reka bentuk yang sama.
Dalam beberapa reka bentuk, ini dilakukan dengan menyambung pulau-pulau stensil
(island - sebahagian daripada bahan yang berada di dalam dipotong-keluar ‘lubang’
dalam stensil) ke bahagian lain stensil dengan jambatan (bridge - seksyen sempit
bahan yang tidak dipotong).
Rajah 1 : bahagian bridge dan island
Kelebihan utama stensil ialah ia boleh digunakan semula untuk berkali-kali dan cepat
menghasilkan huruf atau reka bentuk yang sama. Dalam konteks di mana stensil
digunakan ianya menjelaskan makna yang dimaksudkan dan memberikan gambaran
objek imej yang kompleks serta berguna untuk aplikasi apa jua lukisan.
Bahagian-bahagian Stensil
Ianya memerlukan jarak yang minima dari lubang dipotong-keluar dan sempadan, ianya
bukan khusus dari segi ukuran, ia lebih kepada jarak anda perlu mengira untuk
mengelakkan sebarang kebocoran di luar lubang dipotong-keluar
Rajah 2 : bahagian-bahagian stensil
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 26 UNIT 2
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
• Island (Pulau)
Island adalah bahagian bebas dalam lubang dipotong-keluar, oleh kerana
bentuknya tidak boleh terapung, jadi itulah sebabnya mereka perlu jambatan
(bridge).
• Bridge (jambatan)
Ini adalah pengikat atau sambungan dua atau lebih bahagian berkembar
(ligature) yang membuat pulau ini mungkin wujud pada lubang dipotong-keluar,
untuk mengetahui di mana untuk membuat sambungan ini boleh dilihat agak
sukar pada permulaan.
• Cut-out hole (lubang potong-keluar)
Ini adalah tempat di mana kita meletakkan pigmen, ianya perlu ditegangkankan
dan ditekankan pada permukaan bendakerja untuk mengelakkan kebocoran dan
mengaburkan.
Jenis-jenis Stensil
a. Stensil dinding
Untuk menghiasi dinding dan siling secara membuat berulang untuk
mendapatkan kesan corak dinding keseluruhan.
b. Stenciling tentera (Military stenciling)
Stensil telah digunakan dalam tentera dikebanyakan negara-negara selama
bertahun-tahun dan terus digunakan hari ini. Ia digunakan untuk menandakan
peralatan, kenderaan, catuan (rations) , papan tanda, topi keledar dan lain-lain
sebagai kaedah untuk mengenal pasti unit regimen.
c. Stensil Alphabet
Stensil dari jenis huruf dan gaya tulis yang berbeza, atau jenis font
Rajah 3 : contoh stensil alphabet
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 27 UNIT 2
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
d. Stensil Aerosol
Stensil Aerosol mempunyai banyak aplikasi praktikal dan konsep stensil
digunakan kerap dalam industri komersial, perumahan dan rekreasi industri
dan juga oleh tentera, kerajaan dan pengurusan infrastruktur.
Rajah 4 : contoh stensil aerosol
e. Lain-lain contohCSotennsitl oh-contoh stensil
Skull Stencil Patriatica Eagel
One Stencil
Potrait stencil
STENCILS - STRIPE
Fire Balz Stencil Stencil bubble Animal stencil
Rajah 7 : contoh stensil airbrush 37
HAMZAH CHE MAT
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 28 UNIT 2
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
2.3.2. Template
Template adalah bentuk, acuan, atau corak yang ditetapkan seperti plat nipis yang
digunakan sebagai panduan untuk membuat sesuatu atau hasil daripada pemotongan
stensil
Rajah 10 : Contoh template
Freehand Airbrush Template adalah aset kepada sesiapa yang menggunakan airbrush.
Template yang tahan pelarut (solvent proof), mudah dilentur atau melengkarinya
permukaan yang tidak sekata dan dibersihkan dengan pelarut tanpa rosak. Dengan
menggunakan bahan yang mudah diputar atau flip-flop untuk mencari bentuk
permukaan yang paling sesuai.Walau bagaimanapun anda menggunakan template ini,
anda pasti untuk mencipta sesuatu yang hebat.
Contoh-contoh TEMPLATE
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 29 UNIT 2
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
Sifat-sifat stencil & template
• Untuk digunakan berulangkali, ianya mestilah:
• kukuh selepas dikeluarkan dari permukaan bendakerja
• Mudah dilentur.
• Tidak mudah koyak.
• Tahan daripada minyak dan air.
CARA-CARA MENGHASILKAN AIRBRUSH STENCIL
Perkara Anda Perlu
• Imej untuk stenciling
• manila kad/stencil film
• Tracing paper
• masking tape
• permanent marker/pen/pensil
Bahan-bahan lebih mudah dibentuk seperti kertas, kadbod, plastik adalah lebih baik
untuk menggunakan teknik ini, tetapi bergantung kepada berapa kali anda mungkin
mahu menggunakannya, bahan yang lebih kukuh seperti helaian logam mungkin
lebih berguna.
Peralatan dan Bahan
Stencil Knifes Utility Knife general purpose Compass Cutter
Electric masking tape
Stencil Cutter
Cutting mats Tracing paper
Stencil film frisket film 51
HAMZAH CHE MAT
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 30 UNIT 2
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
Bahan (materials)
• Kad stensil, filem dan asetat adalah bahan yang terbaik untuk digunakan untuk
stensil kerana mereka direka khusus untuk tujuan tersebut.
• Dengan menggunakan pisau kraf sangat tajam, bahan-bahan ini dapat dipotong
dengan mudah dan lancar.
• Stensil boleh digunakan banyak kali tanpa kerosakan.
• Stensil plastik boleh dibasuh untuk pelbagai kegunaan.
• Faktor-faktor yang paling besar untuk mempertimbangkan apabila memilih bahan
stensil adalah kekuatan dan fleksibiliti.
• Sebagai contoh, jika anda mahu menggunakan stensil untuk melukis imej di
leher sempit botol kaca, anda perlu nipis, bahan fleksibel yang akan berada rata
pada permukaan melengkung.
• Anda perlu mempunyai tikar memotong untuk melindungi permukaan, pen
berkepala felt- halus, kertas sureh (tracing paper) dan pensil.
• Pita pelitup berguna untuk sementara memegang stensil di tempat semasa anda
memotongnya.
Langkah 2
Mencipta jambatan (bridge) untuk dijadikan stensil .
Langkah 3
Menanda garisan luar stensil
• Menanda garisan luar stensil (outline the stencil) dengan penanda hitam kekal
(black permanent marker ) untuk menggariskan tepi imej yang hendak digunakan
untuk memotong stensil.
• Menggariskan bahagian luar imej terlebih dahulu kemudian kepada bahagian
dalaman.
• warnakan kawasan yang hendak dipotong dengan penanda hitam dan warna
kuning untuk kawasan yang disimpan
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 31 UNIT 2
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
Langkah 4
Memotong-keluar stensil
• Mengenal pasti permukaan yang boleh anda gunakan sebagai meja kerja.
Permukaan meja kerja perlu rata dan tidak bergerak semasa memotong untuk
hasil yang terbaik. Gunakan tikar pemotongan (cutting mat) untuk mengelakkan
dari permukaan meja kerja tercalar.
• Mula memotong dari bahagian sudut atas imej dan bekerja mengikut arah jam,
bagi mereka yang kidal (lefthanded) mungkin mahu bekerja melawan arah jam
dengan menggunakan pisau pemotong kertas. Gunakan bilah mata pisau yang
tajam.
• Potong stensil dengan membuat garis-garis pendek mengikut setiap baris dan
keluk (curve). Hidupkan stencil film, bukan tangan anda.
• Untuk memotong garisan yang panjang, pisau hendaklah dipegang pada sudut
yang lebih rendah dan jauhkan bilah mata pisau dari anggota badan.
• Untuk memotong lurus, gunakan bantuan pembaris keluli.
• Pastikan stencil film berada dalam keadaan yang rapat dengan grafik.
• Mengekalkan tiga jari tangan bersentuhan dengan stencil film.
• Potong dengan teliti dan perlahan-lahan dengan tekanan yang sama
• membiarkan tangan anda stabil.
• Berhenti memotong sehingga seluruh stensil dipotong keluar
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 32 UNIT 2
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
Keselamatan stensil
• Pastikan kertas lakaran grafik dan stencil film berada dalam keadaan melekat dan
rapat.
• Gunakan pita pelekat pada setiap penjuru, dan menambah pada bahagian atas
dan bawah untuk memastikan ianya selamat.
• Jika anda ingin kaedah yang lebih selamat, gunakan semburan perekat (spray
adhesive). Biarkan ianya kering dan melekat selama 2 minit. Lipatkan satu stencil
film untuk mudah ditanggalkan
Cara Memegang Pisau
• Genggam pemegang pisau X-acto dengan keempat-empat jari, dan meletakkan
ibu jari di kolar apabila memotong.
• Pastikan bilah ini jauh dari badan anda, dan jangan memotong ke arah diri anda.
• Sentiasa menjaga keselamatan bagi mengelak dari terpotong jari atau tangan
semasa memegang bendakerja
• Untuk memotong jalur pada bahan/bendakerja, pegang pemegang dengan tiga
jari tangan sambil meletakkan jari telunjuk pada kolar. Potong bahan dengan
menarik ke belakang, manakala mengenakan tekanan dengan jari telunjuk.
• Bahan boleh dipotong dengan menekan atau dengan goyang bilah dan menolak
ke bawah
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 33 UNIT 2
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
2.4 Lace / Curtain Pattern
Penggunaan kain langsir atau alas meja yang lama sebagai pelitup (mask) boleh
menghasilkan kesan dekorasi (decoration effect) bila pelbagai warna disembur
keatasnya. Corak ini akan terhasil mengikut corak asal pada kain langsir atau kain alas
meja yang digunakan sebagai acuan apabila disembur dengan yang warnanya kontra.
Menggunakan kain langsir atau alas meja yang tenunannya tidak rapat bagi
membenarkan cat melaluinya untuk menghasilkan hiasan corak yang menarik.
Padanan warna yang bersesuian menambahserikan lagi corak ini.
Contoh kain langsir atau alas meja.
Selain daripada menggukan kain langsir atau kain alas meja, tugasan ini boleh
dilakukan dengan menggunakan stensil
Semburan hendaklah dilakukan dengan sudut tepat (90º) dengan permukaan
bendakerja pada tekanan angin rendah untuk mengelakkan kain langsir bergerak. Jika
menyembur pada permukaan yang tidak rata, pastikan kain langsir ini bersentuh rapat
dengan permukaan agar tiada kesan lebihan cat melepasinya mengakibat kawasan
berkenaan menjadi lebih gelap.
Warna pertama (first color) akan menghasilkan corak, manakala warna kedua (second
color) merupakan latar belakang. Pilihan warna mestilah kontra agar corak jelas dapat
dilihat
Prosedur biasa selepas siap membuat corak ialah menghasilkan kemasan cermin
(mirror finish).yang dilakukan dengan menyembur lapisan jernih ke atasnya dan
menggilap setelah ianya kering.
.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 34 UNIT 2
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
TUGASAN MENGHASILKAN CORAK KAIN LANGSIR
(LACE PATTERN DESIGN)
RALATAN
PERALATAN LAT
1. Low pressure touch up spray gun
2. Airbrush set
3. Airbrush Compressor Kit
4. Scissor
BAHAN
1. Sekeping panel berukuran 100 cm X 60 cm yang telah siap dicat
2. Pita pelitup
3. Kain langsir
4. Sehelai kain bersih
5. Penaggal wax
6. Cat
7. Thinner
8. Clearcoat
9. Polishing wax
ARAHAN :
Panel yang telah siap dicat hendaklah bersih dari segala kekotoran seperti kesan
minyak, wax dan lain-lain.
CARA-CARA ;
1. Lekapkan langsir atau renda sebagai acuan
pada permukaan panel.
2. Regangkan kain langsir atau renda tersebut
dalam keadaan yang sederhana.
3. Lekatkan pita pada belakang permukaan
bendakerja.
AN
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 35 UNIT 2
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
4. Semburkan cat ke atas kain langsir
menggunakan warna yang kontra dengan
warna latar belakang (background color) pada
panel. Cat warna yang digunakan mestilah
mempunyai daya tutup (opacity) dengan
maksima dua (2) lapisan.
5. Semburan hendaklah dilakukan dengan sudut
tepat (90º) pada permukaan dengan tekanan
angin yang rendah (5-8 psi) supaya kain
langsir tidak bergerak.
6. Pastikan kain langsir bersentuh rapat pada
permukaan ketika menyembur.
7. Padankan warna yang bersesuaian bagi
menambahkan lagi seri corak ini dengan
menyembur menggunakan airbrush.
8. Setelah selesai kerja menyembur dilakukan,
kain langsir ini perlu ditanggalkan serta merta
(as soon as possible) bagi mengelakkan dari
ianya melekat.
9. Tanggalkannya dengan cara mengangkat dan
bukannya menyeret untuk menggelakkan
corak tidak rosak.
10. Semburkan keseluruhan permukaan
bendakerja dengan kemasan lapisan jernih
11. Menggilap setelah ianya kering bagi
memberikan ianya kelihatan seperti cermin
(mirror finish).
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 36 UNIT 2
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
2.5 Pin Striping
Pinstriping adalah penggunaan jalur atau garisan cat yang halus atau bahan-bahan lain
umumnya untuk hiasan dan digunakan dalam pelbagai hiasan custom (variety of
custom applications). Pinstripes merupakan gaya mengecat pada permukaan yang
menegak, mendatar yang menekankan sifat atau ciri mural dan corak.Kemasan
pinstriping bersifat keperibadian seseorang, perniagaan atau kenderaan kelasik. Car
pinstriping digunakan pada kereta, trak dan juga kenderaan bermotor yang lain dan
ianya adalah cara yang mudah untuk menghias.
Rajah 1 – Contoh pinstriping
2.5.1 Tujuan pinstriping
Tujuan pinstriping ialah menambahnilai lengkungan (enhance the curves ) pada
permukaan, dan jalur dengan warna pelengkap (complementary color).
2.5.2 Sejarah
Sebelum kereta dihasilkan, pinstriping telah pun digunakan iaitu pada kereta
kuda corak personal dengan sentuhan cat yang menarik untuk menggambar
kepunyaan kepada pemiliknya. Car and truck pinstriping telahmengalami
perubahan dari tulisan tangan kepada teknologi komputer yang membolehkan
setiap orang melakukannya secara profesional.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 37 UNIT 2
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
2.5.3 Terdapat 3 jenis kaedah penggunaan Pinstriping
• Vinyl Stripe
- Stripes ini dicat menggunakan mesin
berkomputer sebelum penjualan
pertama kereta kepada awam.
- Secara mekanikalnya, kilang akan
memasang pinstriping kerana ianya
merupakan permintaan yang tinggi
oleh orang awam sebagai pilihan untuk
kereta baru.
contoh vinyl pinstriping
• Stencil Pinstriping
- Stencil pinstriping boleh digunakan
dengan rekabentuk dimana boleh
dicat menggunakan acuan.
- pinstriping jenis ini mudah dibuat.
Commented [u1]:
• Hand Freestyle Pinstriping contoh stencil pinstiping
- Manakala pinstriping cara ini contoh hand freestyle pinstriping
disempurnakan oleh artis yang
berkemahiran dengan menggunakan UNIT 2
berus khas ('sword' shaped brushes).
Catyangdigunakan oleh majoriti
stripers ialah jenis enamel dengan cara
satu sentuhan (1 Shot).
- Kaedah ini agak sukar untuk dilakukan
tetapi kepakaran membuat pinstriping
jenis ini hanya boleh dilakukan
sekiranya banyak membuat latihan
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 38
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
2.5.4 Penggunaan Pinstriping Dalam Automotif
Automotive, bike shops, and do-it-yourself car and motorcycle mechanics
menggunakan cat pinstriping untuk menghasilkan pemilikan peribadi custom look
pada badan kenderaan dan parts.
• Motorsikal
• Pinstriping selalunya boleh dilihat pada custom motorcycles, seperti yang
dibangunkan olehChoppers Inc., Indian Larry, dan West Coast Choppers. Hiasan
menggunakan pinstriping pada motorcycles yang selalu dilihat pada hari ini telah
dipelopori oleh artist Kenny Howard, (aka Von Dutch) and Dean Jeffries, Dennis
"Gibb" Gibbish, Ed "Big Daddy" Roth.
• Pengasas Pinstriping ini ialah KustomKulture pada awal tahun 1950an, dan
dikenali sebagai "originators of modern pinstriping."
• Automobiles
• Dalam kerja-kerja badan kenderaan, pinstripes menggunakan vinyl tapeatau cat
yang halus. Versi tape ini akan melekat terus pada permukaan cat mengikut
corak yang dikehendaki.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 39 UNIT 2
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
2.6 Sign Writing
Adalah satu sistem menulis yang mana menggunakan simbol yang boleh dilihat
untuk menunjukkan bahasa isyarat (sign language) atau tanda-tanda yang
digunakan dalam bentuk tulisan, karaktor atau gambar abstrak untuk
melambangkan sesuatu atau untuk memberi amaran, isyarat, tanda dll.
Contoh-contoh signage
Night Safari
Contoh-contoh signage
2.6.1 Kegunaan Sign Writing
Tujuan Promosi dan pengiklanan
Huruf-huruf pada kenderaan adalah salah satu cara yang paling efektif kos
sebagai pengiklanan perniagaan kerana ramai orang sentiasa dapat
melihatnya.
Medium untuk memaklumkan kepada klien berkaitan perkhidmatan dan bagi
menarik minat mereka untuk menggunakan perkhidmatan itu.
Sumber info : menunjuk arah, tempat/lokasi, amaran, isyarat dan lain- lain.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 40 UNIT 2
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
2.6.2 Jenis- Jenis Sign Writing
Sebelum teknologi komputer diperkenalkan, pembuatan papantanda dilakukan
dengan tulisan tangan menggunakan berus dan cat oleh mereka yang
berkemahiran.
Traditional signwriting
Tradisional sign writing yang dilakukan oleh contoh Traditional signwriting
tangan sebagai alternatif kepada huruf vinil,
seperti pada panel kenderaan, papan
tanda, plat nama, banner, poster, dan lain-
lain .Menggunakan berus dan cat secara
one shot
SIGNS - Vinyl & Digital
Huruf vinil ini direka dan dicipta untuk
lori, kereta dan van.
contoh SIGNS - Vinyl & Digital
Airbrush signwriting
Papan tanda ini dihasilkan secara
freehand menggunakan airbrush dan
berus ke dinding di pub 08.
contoh Airbrush signwriting
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 41 UNIT 2
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
2.6.3 Katagori Signage
A-Boards
Frame signage - papan tanda Frame
Street front signage - Papan tanda depan jalan
Office/interior signage - Pejabat / papan tanda dalaman
Frontshop /outdoor signage –depan kedai/ papan tanda luar
Village Signage - kampung Papan tanda
Vehicle signage/Corporate signage - Papan tanda kenderaan / papan tanda
Korporat
Billboard Signs - Tanda-tanda papan iklan
2.6.4 Ciri - ciri Signage yang berkualiti
Jelas kelihatan
Warna yang menjadi tarikan
Tulisan yang hurufnya timbul
Berlogo
Corak dan rekabentuk unik dan kreatif
Logo yang menarik dan Penjenamaan adalah asas kepada mana-mana
perniagaan yang berjaya dan apabila pelanggan memerlukan perkhidmatan, imej
syarikat boleh membuat perbezaCaonndti aonhtarLaomgeoreka memilih diantara pesaing.
contoh-contoh logo
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 42 UNIT 2
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
2.7 Flame Design
Rekabentuk corak api asalnya diperkenalkan pada tahun 1920an, ianya dihiaskan
pada motosikal, kereta dan kapal terbang. Kemuncak popularitinya di era hot rod pada
tahun 1950an dan sehingga kini ianya masih mendapat tempat dihati peminat seni
airbrush . Pengecatan rekabentuk ini merupakan seni, sebahagiannya lahir dari bakat
(talent) dan selebihnya kebolehan latihan (learned skill). Ianya melibatkan pelarasan
bentuk seakan-akan kesan api (flame) yang dihasilkan oleh kebakaran (fire).
Rajah 1: Reabentuk corak api.
Tugasan ini boleh dilakukan dengan menggunakan stensil atau pita pelitup yang halus
(fine-line tape), penggunaan kelangsungan bahagian tepi luar yang melingkung
(utilizing rounded outer edges progressing) ke hujung yang tajam (point).
Percampuran warna (blending of colours) dari merah ke kuning memberikan kesan
secara realistik. Untuk menyerlahkan lagi corak api, sama ada di bahagian luar atau
sempadan (outline or border) atau pada ‘point’ ‘boleh dibuat tindihan untuk
mendapatkan kesan tiga dimensi (third dimension effect). Ianya boleh dilakukan dengan
cara menyembur cat warna yang kontra seperti warna hitam atau menampal pita hiasan
menggunakan teknik penjaluran
rounded outer edges
point
Rajah 2 : bahagian corak api
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 43 UNIT 2
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
Jenis-jenis corak api
1. Realistic Flames (True Fire)
Stencil real flame
Commented [u2]:
2. Tribal flame
Stencil - tribal flame
3. Classic flame (Hot Rod Flames)
Stencil - classic flame
4. Old school flame
Stencil - old school flame
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 44 UNIT 2
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
TUGASAN MENGHASILKAN LUKISAN API
( hot rod by frisket )
PERALATAN LAT
Art Knife
Airbrush set
Airbrush Compressor Kit
Scissor
BAHAN
Sekeping panel (siap dicat hitam) / mounting Board ( hitam ) 100 cm X 60 cm
Pita pelitup
Sticker / frisket paper
Sehelai kain bersih
Penaggal wax
Cat
Thinner
Clearcoat
ARAHAN :
Panel yang telah siap dicat hendaklah bersih dari segala kekotoran seperti kesan
minyak, wax dan lain-lain. Jika menggunakan mounting board hanya perlu lap
dengan kain bersih sahaja.
CARA-CARA ;
Potong kertas sticker / frisket bersamaan
saiz bendakerja
Lekapkan kertas sticker / frisket pada
bendakerja
Gunakan squeje / plastic applicator untuk
menghilangkan gelembung udara yang
terperangkap.
Lukis corak api diatas kertas tekap .
Seimbangkan corak api agar ia kelihatan
menarik.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 45 UNIT 2
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
AN
Potong corak api dengan berhati-hati
dengan menggunakan art knife .
Buang bahagian dalam yang sudah
dipotong hingga mendedahkan panel /
bendakerja.
Mulakan menyembur dengan warna merah
disekeliling gambar atau corak api .
Tebalkan bahagian tepi sempadan api.
Dibahagian dalam api juga dikenakan
sedikit warna merah .
Semburkan warna kuning pada bahagian
dalam api secara sekata.
Setelah siap , kopek kertas sticker / alihkan
frisket daripada bendakerja .
Sembur lapisan jernih untuk memberikan
kesan yang lebih menarik.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 46 UNIT 2
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
2.8 Mural
Mural adalah setiap karya seni dicat atau disapu terus pada dinding, siling atau
permukaan besar yang kekal. Lukisan mural ini biasanya berskala besar dan
menceritakan tentang suatu keadaan , gambaran , pemandangan dan dengan motif
tertentu yang kadangkala hanya dapat diterjemahkan oleh pelukis itu sahaja.
Satu ciri yang membezakan lukisan mural adalah bahwa unsur-unsur ruang seni bina
(architectural elements) yang diberikan secara harmonis dimasukkan ke dalam gambar.
Di zaman prasejarah(paleolitik ) lagi manusia sudah melukis seperti di Gua Chauvet di
Ardèche Selatan Perancis sekitar 30,000 Sebelum Masehi. Banyak mural purba masih
kekal dalam makam Mesir (sekitar 3150 SM), Istana Minoan (zaman Neopalatial III,
1700-1600 SM) dan di Pompeii (sekitar 100 SM - 79 M).
Teknik 1 : Teknik Mural Bersejarah (Historical mural techniques)
Pengecatan Fresco – dari perkataan Itali iaitu affresco bermaksud segar , menjelaskan
kaedah dimana cat yang digunakan adalah pigmen dari campuran seperti telur
(tempera), gam atau minyak untuk lukisan tetap untuk waktu yang lama sehingga
berabad-abad dalam warna-warna segar dan cemerlang .
Lukisan kuno di Istana Diraja Syria pada abad ke-18 SM
Teknik 2 : Teknik mural moden (Modern mural techniques)
Pakar pelukis mural menggunakan pelbagai media seperti badan kenderaan, gentian
kaca (fiber glass), kemeja T dan lain-lain dengan pelbagai corak dan reka bentuk.
Menggunakan pelbagai jenis bahan seperti cat minyak, emulsi atau cat akrilik sama ada
secara berus, penggelek ,aerosol atau airbrush. Pelanggan akan sering meminta gaya
tertentu dan pelukis boleh menyesuaikan diri dengan teknik yang sesuai.
Setelah selesai membuat mural, lapisan jernih akan disembur ke atas permukaan mural
sebagai pelindung kepada sinaran ultra-violet yang merosakan permukaan dan tahan
lebih lama.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 47 UNIT 2
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian untuk membuat mural
1. Kegunaan Warna
• Adakah warna-warna yang digunakan sesuai dan berkesan untuk tujuan
gubahan
• Rujuk kepada pengetahuan warna.
2. Lukisan
• Adakah lukisan terkawal dan ekspresi. Adakah ia menunjukkan kefahaman
mengenali bentuk, kadar banding dan teliti.
3. Gubahan
• Adakah kedudukan bentuk atau ruang menunjukkan irama (rhythm). Adakah
latarbelakangnya dilukis dengan lengkap?
4. Tafsiran
• Adakah ianya menunjukkan keindividuan dengan menggunakan gaya lukisan
yang kreatif?
5. Keaslian
• Adakah tema, teknik lukisan, campuran warna-warna dan lain-lain lagi berbeza
dari lain?
Panduan Melukis Mural
lukis latar belakang
jangan ada tempat yang luas dalam lukisan
lukis dengan lebih teliti
lukis orang-orang besar dan bertautan/bertindih (overlapping)
lukis orang-orang yang bergerak dan berekspresi
menggunakan warna-warna yang bersesuaian.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 48 UNIT 2
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
MENGHASILKAN MURAL DIATAS KERTAS MAHJONG
( greyscale by stencil & templete )
PERALATAN LAT
Art Knife
Airbrush set
Airbrush Compressor Kit
Scissor
BAHAN
Sehelai kertas mahjong
Pita pelitup
Manila kad / stencils
Sehelai kain bersih
Cat
Thinner
ARAHAN :
Sediakan sehelai kertas mahjung keatas drawing board/stand.Bancuh cat hitam
secukupnya .
CARA-CARA ;
Potong kertas manila kad untuk membentuk
acuan gunung
Bentangkan manila kad yang telah dipotong
Jika tiada manila kad boleh juga
menggunakan sebarang kertas yang tebal ,
kotak atau bahan yang difikirkan sesuai .
penggunakan bahan-bahan terbuang(recycle)
juga amat digalakkan.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 49 UNIT 2
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
Lekapkan kertas manila kad pada kertas
mahjong
Letakkan disudut bahagian atas kertas
mahjong
Mulakan menyembur pada sempadan kertas
manila kad yang membentuk acuan gunung
dan dengan kreativiti wujudkan garisan rabung
gunung tersebut.
Alih ataupun ubah kedudukan acuan untuk
mendapatkan gambaran gunung yang berlapis-
lapis
Warnakan ataupun gelapkan bahagian sisi
gunung untuk menampakkan permatang
gunung yang berlapis-lapis.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 50 UNIT 2
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
Gunakan penutup spray can atau sebarang
auan berbentuk sfera untuk menghasilkan corak
bulan ataupun matahari.
Letak ditengah-tengah antara dua puncak
gunung dan sembur disekeliling acuan secara
perlahan-lahan.
Dengan kaedah yang sama , buat corak pokok
diatas manila kad dengan kaedah yang sama
seperti diatas.
Letakkan gambar pokok ditengah-tengah
lukisan anda untuk menampakkan lukisan yang
lebih kreatif.
Masukkan seberapa banyak gambar pokok
supaya ia kelihatan sangat menarik ditengah-
tengah lukisan mural anda.
Untuk aktiviti yang lebih mencabar anda boleh
cuba masukkan warna merah , biru , atau oren
bagi menampakkan suasana senja, pagi atau
malam.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 51 UNIT 2
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
2.9 Skull
Lukisan tengkorak ( skull ) adalah antara yang paling popular dikalangan penggemar
lukisan angin. Ini kerana pengaruh yang amat kuat dalam kehidupan seharian walaupun
ianya boleh membawa maksud kematian , ketakutan , sedih , dan ada juga
menggambarkan ia sebagai kasar dan berani ( brutal ) .
Didalam penghasilan lukisan jenis ini , terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan
samada teknik melukis gambar tengkorak (skull) secara bebas (freehand )
menggunakan acuan (template) daripada kertas frisket/stencil ataupun gabungan
teknik kedua - duanya.
Langkah membuat lukisan SKULL dengan gabungan stencil dan freehand adalah
seperti berikut:-
Memilih corak/bentuk atau gambar tengkorak yang
dikehendaki melalui internet, majalah dan
sebagainya.
Mencetak gambar atau gunakan gambar tersebut
sebagai template
Jika memilih untuk lukisan tengkorak seperti ini sila
buat didalam dua Salinan .
Stensil yang pertama adalah untuk bahagian luar /
garisan bentuk muka tengkorak . Stensil yang kedua
adalah untuk bahagian mata, hidung dan gigi.
Memotong gambar tengkorak untuk dijadikan
templete
Memindah corak templete atau melukis
menggunakan templete keatas bendakerja.
Letakkan pemberat diatas template dibahagian mata
(island) dan bahagian atas serta kaki template,
Dengan hanya menggunakan satu warna yang
kontra dari latar belakang, gambar tengkorak akan
lebih mudah menonjol
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 52 UNIT 2
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
Mula-mula pindahkan bentuk muka tengkorak
keatas kertas lukisan / bendakerja sembur
dibahagian dalam stensil yang sudah dipotong
dengan warna yang berlawanan dengan latar
belakang.
Setelah itu dengan menggunakan stencil yang kedua
pindahkan bentuk bahagian mata , hidung dan gigi
Gunakan kemahiran membezakan tona warna untuk
mewarnai lukisan skull jika ianya mahukan
kelihatan lebih menarik.
Perhalusi setiap garis utama sehingga
menampakkan bilah gigi , hidung serta ruangan mata
tengkorak
Jika mempunyai masa yang panjang boleh sahaja
membuat latar belakang yang lebih dramatik serta
menarik bagi memberi nilai tambah kepada hasil
kerja .
Akhir sekali sembur lapisan jernih ( top coat ) keatas
bendakerja.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 53 UNIT 2
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
2.10 Water Droplet
Menggambarkan imej titisan air yang jatuh pada permukaan dinding , lantai dan
sebagainya. Imej titisan air ini dapat dihasilkan samada dengan menggunakan kaedah
melukis dan satu kaedah lagi dengan menggunakan titisan air sebenar , sebagai cara
pintas untuk mendapatkan kesan air dengan mudah dan cepat.
Contoh lukisan titisan air contoh teknik kesan khas titisan Air
Lukisan titisan air
Dihasilkan dengan menggunakan templete dan memerlukan kemahiran bermain sudut
cahaya supaya nampak seperti titisan air sebenar . Melukis corak ini sudah semestinya
memerlukan beberapa template yang berlainan saiz bagi menggambarkan beberapa
tompok titisan air diatas sesuatu permukaan . Untuk menghasilkan titisan yang banyak
adalah hampir mustahil dan rumit . Namun dengan ketekunan yang tinggi , lukisan
titisan air seperti digambarajah dapat dihasilkan.
Teknik kesan khas titisan air (water droplet effect )
Teknik titisan ini lebih popular dan sangat natural , dimana kesan-kesan titisan air
sebenar yang dititiskan akan tercetak dengan sendirinya diatas bendakerja . Beberapa
langkah kerja perlu diikuti untuk mendapatkan kesan titisan air yang jelas , terang dan
bentuk titisan yang menarik.
Beberapa persediaan harus dibuat untuk menjadikan water droplet effect ini benar-
benar berkesan antaranya bilik / studio airbrush yang sempurna , suhu yang sesuai
serta masa yang diperuntukkan .
Kerapkali pelajar gagal menyiapkan tugasan yang dikira mudah ini kerana tiada
persediaan yang secukupnya yang mana akhirnya kesan khas ini tidak menjadi , yang
tinggal hanya tompok-tompok yng kusam yang mencacatkan lagi hasil seni anda.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 54 UNIT 2
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
Cara-cara membuat water droplet effect .
Sediakan bancuhan warna yang diperlukan ( hitam
dan putih )
Pastikan bendakerja sudah disembur dengan cat
( base coat )
Sediakan juga water spray bottle / sponge dan air
paip
Sembur air dengan menggunakan spray bottle
secara perlahan dan kawal jumlah air yang jatuh
supaya tidak terlalu banyak dan halus. Boleh juga
menjatuhkan air dengan tangan tetapi kesan air
kebiasaanya tidak sekata.
Sembur cat hitam dengan kecondongan 35 – 45
darjah daripada permukaan keatas titisan air
tersebut . Sembur perlahan-lahan dengan tekanan
angin yang minima.
Tekanan angin yang kuat dan pergerakan yang laju
hanya akan menyebabkan titisan air bergerak dan
warna gelap yang tidak sekata.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 55 UNIT 2
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
Sembur pula warna putih dari arah yang berlawanan
dengan teknik dan kaedah yang sama seperti tadi.
Warna putih ini mewakili cahaya atau melengkapkan
permainan tona warna kepada titisan air tadi.
Masukkan bendakerja secepat mungkin kedalam
oven atau jemur dibawah terik panas matahari . Ini
bertujuan untuk mengeringkan titisan air .
Setelah kering , jangan sesekali menyentuh corak
yang terhasil kerana ia pasti akan merosakan corak
tersebut.
Sembur lapisan jernih untuk menaikkan seri
sekaligus memberi perlindungan kepada kesan
titisan air tersebut .
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 56 UNIT 2
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
Penilaian Kendiri
1. Apakah maksud drawing a clean line?
2. Bagaimana pergerakan tangan untuk menghasilkan directional line ?
3. Latihan Flowing Curve pula adalah bertujuan untuk……………………?
4. Warna asas adalah terdiri dari tiga warna iaitu…...................................?
5. Berikan dua contoh warna campuran warna pertama dengan warna kedua ?
6. Warna panas adalah terdiri daripada warna ……………………………………………
Manakala warna sejuk terdiri dari warna ………………………………………………..
7. Warna Hitam dan Putih berfungsi untuk ………………………………………………..
8. Warna harmony membawa maksud warna yang……………………………………….
9. Stencil adalah alat membantu ……………………………….
10. Pembuatan stencil boleh dihasilkan dari pelbagai jenis bahan, antaranya
………………….dan……………………..
11. Apakah ciri-ciri bahan yang diperlukan untuk dijadikan stencil ataupun template?
12. Curtain Painting adalah aktiviti memindahkan ………………………langsir
kepada………………………..!
13. Selain dari curtain , apakah bahan lain yang sesuai dan boleh dilakukan aktiviti
pemindahan corak ini?
14. Pin striping bermaksud
15. Pin striping secara manual terbahagi kepada dua iaitu dengan menggunakan
…………………… dan ………………………………
16. Apakah bentuk signwriting yang kamu ketahui?
17. Bentuk corak api yang telah dipelajari adalah ……………………………………………
18. Lukisan mural didalam airbrush boleh diilhamkan dari …………………………………
19. Kenapakah lukisan tengkorak dipilih kedalam sukatan pelajaran modul ini?
20. Water droplet adalah ………………………………………………………………………..
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 57 UNIT 2
SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN
CUSTOM PANTING
________________________________________________________________________________________________________
Bibliography:
1. Professional Automotive Paint Refinishng ;Steve Rendle; Haynes Publishing
2000
2. Kosmoski’s New Kustom Painting Secrets ; Jon Kosmoski ; Wolfgang
Publications Inc 2012
References
• -X-ACTO Website By David Claerr, eHow Contributor
• Airbrush Painting Techniques – Judy Martin
• www. : [email protected]
• Iwata airbrush manual instruction
• http://www.ehow.com/how
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 58 UNIT 2