The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by salam, 2020-11-03 03:31:17

cvb10013

2.0 Cutting tools1

DPP C2(b)

Institut Kemahiran MARA
Kuching, Sarawak.

KUCHING

INFORMATION SHEET

PROGRAMME SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN (STB)
SESSION
CODE/COURSE JAN-JUN / JUL-DIS SEMESTER 1
LECTURER SHEET NO IS 02
CVB 10013-AUTOMOTIVE BODY
WELDING WEEK 2

MOHAMMAD SALAM BIN HASBI

TOPIC 2.0 CUTTING TOOLS, APPLICATIONS AND MAINTENANCE
SUB-TOPIC
2.1 HACKSAW
2.2 FILES
2.3 CHISELS

TOPIC Pelajar-pelajar mesti boleh:
LEARNING
OUTCOME 1. Mengenali gergaji besi, memasang mata gergaji besi
dengan betul dan mengetahui teknik menggergaji yang
betul.

2. Mengenal kikir dan kaedah penggunaan.
3. Mengenal pahat.

TUJUAN

Gergaji besi digunakan untuk memotong semua jenis logam kecuali keluli keras. Proses
pemotongan dengan gergaji akan membuang logam dengan jumlah yang sedikit dan
permukaan yang dipotong sedia untuk proses penyudah

1

DPP C2(b)

GERGAJI BESI TANGAN
BINAAN GERGAJI BESI

- KERANGKA – Terdapat dua jenis iaitu tetap dan
boleh laras

- PEMEGANG – Terdapat dua jenis iaitu lurus
dan pistol

- SKRU PENEGANG – Batang berbentuk segi
empat dan dikendalikan oleh nat sayap.
Dipasang pada pangkal kerangka. Berfungsi
untuk memegang dan melaras ketegangan mata
gergaji

- PIN – Digunakan untuk menetapkan mata gergaji

JENIS BINGKAI
Terdapat dua ( 2 ) jenis bingkai utama, iaitu :
i ) Bingkai Statik ( Fixed frame )
Hanya boleh memegang bilah gergaji yang sama saiz dengannya.

ii ) Bingkai boleh laras ( Adjustable frame )
Boleh diperolehi dalam jenis, iaitu :

a. Bingkai jenis sangkut
Pada bahagian bingkainya dibuat takuk secara berjarak untuk memudahkan pelarasan
apabila disesuaikan dengan panjang bilah mata gergaji.

2

DPP C2(b)

b. Bingkai jenis Tiub
Bingkainya boleh dilaras menerusi nat pelaras bingkai untuk disesuaikan dengan
panjang bilah gergaji.

JENIS MATA ( BILAH ) GERGAJI BESI
Dibahagikan kepada tiga ( 3 ) jenis utama :
i) All Hard Blade

Jenis ini dimana ia dikeraskan ( Hardened ) secara keseluruhannya. Diperbuat dari
logam keluli alat dan sesuai untuk memotong logam yang keras sifatnya seperti
Pancalogam, Besi Tuang dan sebagainya.
ii) Flexible blade ( Jenis Liuk )
Dikeraskan ( Hardened ) pada bahagian giginya sahaja dan sifatnya tidak mudah
patah. Pekerja yang kurang mahir digalakkan mengguna jenis ini.
iii ) High Carbon Steel
Dikeraskan keseluruhannya dan sesuai untuk memotong logam seperti Alloy, besi
Tuang dan lain lain.

3

DPP C2(b)

Gred Gigi
Gred gigi gergaji besi dikira bilangan gigi dalam satu inci (teeth per inchi ). Jika grednya
kasar bermakna bilangan dalam seinci adalah kurang dan sebaliknya pula. Kategori gred
gigi gergaji besi seperti berikut :

i) Kasar ( Coarse )
Bilangan gigi dalam seinci diantara 14 hingga 18 TPI dan sesuai untuk
memotong logam yang nipis.

ii) Halus ( Fine )
Bilangan gigi dalam seinci diantara 24 hingga 32 TPI dan sering digunakan
bagi memotong logam yang tebal.

Rajah menunjukkkan kesesuian gred gergaji besi dengan jenis logam ketika memotong

Mengapa Gigi Gergaji Besi Disendeng Ke Kiri Dan Kanan
Gigi gergaji besi disendengkan ke kiri dan ke kanan adalah bertujuan :
1. Bagi memudahkan potongan supaya ia tidak tersepit.
2. Sebagai ruang supaya sisa potongan logam dapat dikeluarkan dengan selamat.
3. Melancarkan kerja menggergaji kerana ia menyedia ruang bagi pergerakan lejang.

4

DPP C2(b)

Sebab Sebab Bilah Gergaji Boleh Patah
1. Bilah gergaji tidak diikat dengan kuat / tegang
2. Gerakan lejang terlalu laju dengan tekanan ke atasnya kuat menyebabkan

keseimbangan badan tidak terkawal.
3. Memilih saiz gigi gergaji besi yang tidak sesuai dengan ketebalan logam dan ini

menyebabkan ia tersangkut / tersekat.
4. Bendakerja tidak diikat dengan kuat pada ragum dan ini menyebabkan ketidaktentuan

gerakan lejang.
5. Mengguna bilah gergaji baru ke atas kesan pemotongan lama dimana kesan

pemotongan lama agak sempit berbanding kesan yang akan diwujud oleh mata baru.
6. Mengena tekanan yang terlalu kuat ke atas bilah.
7. Teknik menggergaji tidak betul terutamanya kedudukan badan.
8. Memasang mata gergaji secara terbalik ( bahagian sendeng ke belakang ).

KAEDAH MEMASANG MATA GERGAJI BESI
- Ketika memasang mata gergaji kedalam kerangka, arahkan mata gergaji keluar
dari arah pemegang
- Laraskan ketegangan mata gergaji supaya tidak longgar atau terlalu tegang
- Mata gergaji akan senang patah Jika mata dipasang longgar

5

DPP C2(b)

TEKNIK MENGGERGAJI BAHAN KERJA
- Ikat benda kerja pada ragum dengan bahagian yang hendak dipotong
berhampiran dengan pengapit ragum bagi mencegah gegaran
- Pilih mata gergaji yang sesuai dengan bahan yang hendak dipotong
- Berdiri dengan selesa menghadap
- Bahan kerja dengan sebelah kaki menghala kehadapan supaya dapat membuat
ayunan yang panjang dan tetap
- Pegang mata gergaji dengan sebelah tangan pada pemegang dan sebelah lagi
pada kerangka hadapan
- Ketika mula memotong, letakan mata gergaji diatas benda kerja dan gunakan ibu
jari untuk menetapkan garisan dan mulakan dengan sambaran kebelakang.
- Tekan sedikit semasa ayunan kehadapan dan angkat sedikit semasa ayunan
kebelakang. Kelajuan hayunan semasa memotong adalah disekitar 40 kali seminit.

PENJAGAAN GERGAJI BESI
1. Selepas kerja menggergaji selesai, semua bahagian gergaji perlu dibersihkan.
2. Longgarkan sedikit bilah bagi mengurangkan regangan ke atas bilah.
3. Gergaji besi perlu disimpan di tempat yang selamat seperti almari dengan cara
menggantungnya.

6

DPP C2(b)

4. Ia juga perlu bebas dari alatan berat yang lain.

KIKIR
Kikir merupakan salah satu alat memotong dan sangat penting dalam Kejuruteraan
Logam.Selain dari fungsinya untuk memotong logam ia juga digunakan bagi
kerjamenipis serta melicinkan permukaan. Ia boleh digunakan ke atas semua jenis
logam kecuali logam yang telah dikeraskan.
FUNGSI
Ialah untuk memotong, merata dan melicinkan permukaan sesuatu bahan kerja. Proses
kerja ini dinamakan MENGIKIR

PENGKELASAN KIKIR
Dibahagikan kepada empat (4) bahagian.

1. Panjang.
2. Bentuk.
3. Jenis potongan gigi.
4. Gred gigi.

Bahagian dan panjang kikir
Panjang kikir diukur dari hujung hingga ke bahunya.Ukuran panjang biasanya di

antara 100mm hingga 400 mm. Lihat rajah di bawah.

Bentuk Kikir.
Kikir boleh diperolehi dalam pelbagai bentuk dan jenis dan kebanyakkannya kikir
mempunyai gigi pada kedua dua muka serta tepinya. Bentuk atau jenis kikir yang sering
digunakan seperti kikir empat segi,kikir bulat,kikir belah rotan dan sebagainya.

7

DPP C2(b)

Jenis Potongan Gigi Kikir.
Terdapat empat (4) jenis potongan gigi utama.Iaitu:-
1. Gigi Selari – Sering digunakan untuk kerja penyudah dengan sudut potongan 55
hiingga 85 darjah.
2. Gigi Bersilang – Diguna bagi kerja am,dimana bahagian gigi junam dipotong
pada sudut 45 darjah,manakala gigi dongak dengan sudut 70 darjah.
3. Gigi Lengkung – Untuk mengikir logam yang lembut seperti aluminium yang
mana logam ini tidak melekat pada giginya.
4. Gigi Parut – Untuk membuang bahan-bahan lembut seperti timah serta
kayu.Kerana fizikal mata yang sedemikian boleh mempercepatkan kerja.

Gred Gigi Kikir.
Kasar atau halus gigi kikir bergantung kepada beberapa rapat gigi-giginya pada
permukaan kikir.Terdapat lima katagori kikir,iaitu:-

1. Paling kasar (Coarse)
2. Kasar (Bastard)
3. Medium (Sederhana)
4. Halus (Fine)
5. Paling halus (Extra Fine)

8

DPP C2(b)

Panjang kikir akan menentukan berapa banyak gigi yang terdapat pada permukaannya.
Jadual di bawah menunjukkan bilangan gigi kikir dalam satu sentimeter.

GRED PANJ

ANG

KIKIR

(MM)

100 150 200 250 300 350 400
7
KASAR 18 13 11 10 9 8 12
16
SEDERHANA 21 17 16 15 14 13

HALUS 30 24 22 20 19 18

Jadual:Bilangan gigi kikir pada kikir yang dikira pada jaraak 1cm.

Jenis-Jenis Kikir (Types Of File)

1. Kikir Pipih Tirus.

Banyak digunakan dalam kerja-kerja am.Gigi pada permukaan adalah bersilang
manakala bahagian tepinya berbentuk tirus. Terdapat pelbagai gred gigi bagi jenisnya
seperti gred kasar,sederhana dan halus.

2. Kikir Pipih Rata / Kasar.

Sering digunakan untuk kerja-kerja penyudah (Finishing) kerana salah satu bahagian
tepinya tidak bergigi (Dikenali dengan ‘tepi selamat’ – diguna semasa mengikir tepi
penjuru dalam) Juga terdidi daripada gred kasar dan halus.

9

DPP C2(b)

3. Kikir Belah Rotan.
Bentuknya separuh bulatan dan hujungnya tirus sedfikit.Pada bahagian permukaan
yang rata,giginya berbentuk wajik,manakala permukaan yang melengkung giginya
bersilang.Digunakan ke atas objek yang rata serta separuh bulat.Boleh diperolehi dalam
pelbagai gred gigi.

4. Kikir Bulat (Round File)
Bentuknya bulat dan tirus di hujungnya.Giginya berbentuk selari pada kebiasaannya dan
tidak bersilang diantaranaya. Juga boleh diperolehi dalam berbagai gred giginya dan
hanya digunakan untuk membesarkan lubang yang bulat.

5.Kikir Segiempat Sama.
Banyak digunakan ke atas objek berbentuk segiempat sama seperti mengikir
lurah @ alur bagi objek berkenaan.Gred giginya disediakan dari jenis kasar
hingga halus.

10

DPP C2(b)
6.Kikir Segitiga.
Diguna bagi mengikir sudut-sudut tajam disamping untuk membersih penjuru
yang bersudut.Kebanyakan giginya adalah bersilang.

7.Kikir Bentuk Pisau.
Bagi menajam mata gergaji dan mata alat yang lain. Kikir ini sesuai digunakan
kerana bentuknya sama dengan pisau dengan sudut 15 darjah.

8.Kikir Jarum (Neadle file)
Biasanyaterdapat dalam satu set yang mengandungi 4 hinmgga 12 kikir.
Kegunaannya lebih tertumpu kepada kerja-kerja yang kecil.Banyak digunakan
oleh tukang pembuat jam dan pembuat acuan.Terdapat dalam tiga (3) saiz iaitu
100mm,140mm dan 160mm.

11

DPP C2(b)

.

Kaedah mengikir.

1.Mengikir Berat.

Teknik ini dilakukan dengan tujuan untuk memotong logam dengan cepat dimana
tekanan yang dikenakan ke atas kikir adalah kuat.

2.Mengikir Ringan.
Dilakukan pada peringkat pertengahan mengikir dengan tujuan untuk menipiskan
permukaan logam.

3.Mengikir Layang.
Dilakukan semasa kerja penyudah dengan tujuan merata serta melicinkan permukaan
logam.Tekanan yang dikenakan ke atas kikir juga ringan.

12

DPP C2(b)

TEKNIK MENGIKIR
Terdapat 2 teknik mengikir benda kerja iaitu

1- Mengikir lurus
Teknik ini kikir digerakan melintang pada benda kerja. Teknik ini dapat
membuang logam dengan lebih cepat

2- Mengikir sehala
Kikir dipegang dengan ibu jari pada bahagianhujung dan pangkal. Kikir ditolak
dan ditariksamarata disepanjang benda kerja bagi menghasilkan penyudah yang
licin dan rata.

Kedudukan Kikir Semasa Mengikir Dan Tekanan Ke Atas Kikir.
Pergerakan kikir semasa mengikir amatlah penting dan ianya perlu dilakukan secara

berkaedah.Rajah di bawah menunjukkan pergerakan kikir ke depan dan belakang secara
susunan. Ini penting bagi memperolehi tahap kerataan yang sama.

13

DPP C2(b)

Setiap kerja mengikir yang dilakukan,tekanan yang dikenakan ke atas kikir mestilah
seragam. Ini bermaksud tekanan pada bahagian hujung kikir (tangan kiri) dengan
tekanan pada bahagian hulu (tangan kanan) mestilah sama. Tujuannya supaya
permukaan kikir menyentuh rapat permukaan logam dalam keadaan rata (tidak
sendeng).

LANGKAH - LANGKAH MENGIKIR
Mengikir dengan kaedah yang betul adalah perlu bagi menghasilkan mutu kerja yang
baik dan tepat.

1. Bahan kerja yang hendakdikikir hendaklah di apit dengan sempurna pada
ragum.

2. Ketinggian bahan kerja yang diapit hendaklah sesuai dengan kedudukan
muka ragum.

3. Gunakan pelapik pada ragum bagi memastikan bahan kerja tidak calar atau
rosak.

14

DPP C2(b)

4. Berdiri dengan selesa dengan menghadap bahan kerja dengan jarak yang
sesuai.

5. Kaki kiri sedikit kehadapan dan menyerong kearah ragum.

15

DPP C2(b)

6. Kedudukan ragum mestilah rata dan ketinggiannya adalah diparas yang sesuai
7. Sebelah tangan memegang hulu kikir menakala sebelah lagi memegang hujung

kikir.

8. Tolak kikir dengan hayunan panjang secara pelahan dan tetap

9. Hayunan kehadapan hendaklah ditekan sedikit yang mana pemotongan hanya

dibuat selari sahaja

10. Semasa hayunan kebelakang, kikir hendaklah diangkat sedikit bagi mencegah

kikir daripada tumpul.

11. Semasa proses mengikir pastikan kikir tidak terkena pada ragum bagi

menghindar mata kiki daripada rosak.

12. Uji kerataan dan ketepatan benda kerja

sepanjang masa dengan menggunakan

sesiku L atau alat pengukur yang sesuai.

16

DPP C2(b)

Langkah keselamatan Semasa Mengikir.
1.Pilih kikir yang sesuai dengan kerja yang hendak dilakukan.
2.Kikir hendaklah dipegang dengan betul dan kuat.
3.Bendakerja hendaklah diikat dengan betul dan kuat.
4.Kedudukan badan semasa mengikir mestilah betul iaitu bersudut 60 darjah dengan
benda kerja.
5.Kikir mesti bebas dari kesan minyak.
6.Jangan membuang habuk logam dengan menggunakan tangan.

Penjagaan Kikir.
1. Selepas kerja mengikir,kikir hendaklah dibersihkan dengan ‘File Brush’ dan ‘File
Card’ terutama di bahagian celah giginya.
2. Semasa menyimpan kikir hendaklah diasingkan dari alatan keras yang lain
kerana ia boleh merosakkan giginya sekiranya bertindih.
3. Jangan sesekali kikir dijadikan penukul untuk menukul benda lain.
4. Sebaiknya kikir hendaklah digantung dan disimpan dengan selamat.

PAHAT
Ditempa daripada keluli karbon bermutu tinggi dan dikeraskan. Bahagian mata
ditajamkan dengan sudut disekitar 60° bagi tujuan memotong bahan kerja am.

a- JENIS PAHAT
Terdapat beberapa jenis pahat yang digunakan didalam bengkel Automotif
 Pahat Mata Rata
Untuk meracik permukaan rata, memotong kepingan logam
 Pahat Mata Anjung

17

DPP C2(b)

Memotong bahagian yang agak sempit
 Pahat Mata Inai

Memotong alur berbentuk V
 Pahat Mata Bulat

Meracik penjuru bahan kerja atau alur bulat

b- KAEDAH MEMAHAT

- Bediri dibahagian tepi benda kerja
- Pegang bahagian tengah pahat dengan kemas
- Buat ayunan tukul melewati bahu dengan pergerakan tangan mudah
- Ketuk kepala pahat tepat dengan tukul
- Pastikan mata pemotong sempurna
- Potong sedikit demi sedikit dalam satu masa bagi memanjangkan hayat mata

pahat
- Potong benda kerja daripada tepi ke tengah

18

c- KESELAMATAN DPP C2(b)

MEMAHAT SEMASA
semasa memahat
- Gunakan gogal menggunakan mata
- Elakkan yang tumpul

pahat yang rosak
- Asah mata pahat

EXERCISE
1. Namakan bahagian binaan gergaji besi ?
2. Berapakah kelajuan hayunan semasa memotong ?
3. Apakah fungsi kikir?
4. Namakan jenis-jenis pahat yang anda ketahui
5. Apakah alat keselamatan yang digunakan semasa kerja-kerja memahat
sedang dijalankan ?

19

DPP C2(b)

REFERENCE
1. TEKNOLOGI AUTOMOTIF, MOHD BAHAMAN BIN MOHD RAJOLI.
2. MOTOR VEHICLE TECHNOLGY AND PRACTICAL WORK, J.A. DOLAN.
3. AUTOMOTIVE SERVICE TECHNOLGY BOOK, CLIFFORD.

20


Click to View FlipBook Version