The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

6.4&5 torch and tip

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by salam, 2020-11-11 01:46:27

cvb10013

6.4&5 torch and tip

DPP C2(b)

Institut Kemahiran MARA
Kuching, Sarawak.

KUCHING

INFORMATION SHEET

PROGRAMME SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN (STB)
SESSION
CODE & COURSE JAN-JUN 2019 / JUL-DIS 2019 SEMESTER 1
LECTURER SHEET NO IS 15
TAB 1034 - BASIC FITTING AND OXY-
ACETYLENE WELDING WEEK 17

MOHAMMAD SALAM BIN HASBI

TOPIC 6.0 OXY-ACETYLENE WELDING
SUB-TOPIC
6.4 TYPE AND USES OF WELDING TORCH
6.5 WELDING TIPS

TOPIC Pelajar-pelajar mesti boleh:
LEARNING
OUTCOME 1. Terangkan kegunaan muncung sumpitan
2. Terangkan jenis-jenis muncung sumpitan

PENERANGAN:
Sumpitan api kimpalan adalah alat yang digunakan untuk mengeluarkan nyalaan hasil
percampuran antara gas oksigen dan asetilina didalam ruang percampuran di dalam
badan sumpitan api berkenaan. Nyalaan oksi-asetilina itu dikawal oleh dua injap yang
terdapat dibadan sumpitan api. Injap-injap itu ialah injap oksigen dan injap asetilina.

Saiz muncung sumpitan api boleh didapati dalam berbagai saiz dan juga rekabentuk
yang berlainan. Nombor bagi saiz muncung sumpitan dicetak pada panglal muncung.
Muncung sumpitan juga boleh di dapati dalam berbagai rekabentuk dan jenama.

1

DPP C2(b)

BADAN SUMPITAN-API
Badan sumpitan api adalah sebahagian daripada kelengkapan dalam
pemasangan oksi-asetilina. Ianya berfunsi sebagai alat untuk mencampurkan gas
asetilina dan oksigen mengikut nisbah yang tertentu bagi menghasilkan jenis
nyalaan yang diperlukan.
JENIS-JENIS BADAN SUMPITAN-API

Terdapat dua jenis badan sumpitan-api yang digunakan, iaitu:
i.Badan sumpitan tekanan tinggi (Jenis tekanan seimbang)
ii. badan sumpitan tekanan rendah
1. BADAN SUMPITAN TEKANAN TINGGI
Badan sumpitan tekanan tinggi ini tidak boleh digunakan pada sistem logi tekanan
rendah kerana ianya hanya mempunyai satu ruang pencampur yang mampu
mencampurkan tekanan gas oksigen dengan gas asitilin yang dimampatkan dalam
tabung yang bertekanan tinggi sahaja. Pada bahagian kaki batang sumpitan ini ada
dilengkapkan dengan dua injap pengawas yang boleh mengawal atau
membahagikan tekanan gas oksigen dan asitilin yang mengalir ke batang sumpitan

2

DPP C2(b)

ini. Berbagai-bagai saiz muncung sumpitan ada disediakan untuk memberikan
nyalaan api yang sesuai untuk berbagai tebal logam yang akan disambung dengan
cara mengimpal.

Pelaras oksigen Salu masuk gas asetilina
Pelaras gas asetilina Ruang percampuran

Gas keluar

Penyambung ke
muncung sumpitan
Salur masuk oksigen

Rajah 7.7. Badan sumpitan-api tekanan seimbang

2. BATANG SUMPITAN TEKANAN RENDAH

Batang sumpitan jenis ini adalah sama seperti batang sumpitan tekanan tinggi tetapi
berbezanya ialah di mana pada tiap-tiap muncungnya ada dilengkapi dengan injektor.
Injektor-injektor ini mengambil peranan sebagai ruang pencampuran yang bertugas
sebagai mencampurkan gas oksigen dan asitilin dan ianya juga sebagai alat yang
membolehkan gas oksigen yang bertekanan tinggi itu dapat menarik sama mengalir
keluar gas asitilin bertekanan rendah yang dihasilkan oleh jana kuasa asitilin. Selain itu
peranan injaktor ini ialah untuk menghalang nyalaan balas yang mungkin berlaku
disebabkan oleh letup padam. Batang sumpitan ini adalah mahal dan ianya boleh

3

DPP C2(b)
digunakan dalam sistem tekanan tinggi dan juga dalam sistem tekanan rendah juga.

Ruang percampuran
Ruang percampuran
Arah gas keluar

Salur masuk oksigen

Rajah 7.8. Badan sumpitan-api jenis injektor

4

DPP C2(b)

EXERCISE
1. Namakan 2 jenis batang sumpitan yang biasa digunakan dalam kimpalan gas
oksigen dan asitilin ?
2. Apakah kegunaan injektor yang terdapat pada batang sumpitan tekanan rendah ?

REFERENCE
1. TEKNOLOGI AUTOMOTIF, MOHD BAHAMAN BIN MOHD RAJOLI.
2. MOTOR VEHICLE TECHNOLGY AND PRACTICAL WORK, J.A. DOLAN.

5

DPP C2(b)

3. AUTOMOTIVE SERVICE TECHNOLGY BOOK, CLIFFORD.

6


Click to View FlipBook Version