Aktiviti bidang
perkembangan
dan bidang
asuhan
ISI KANDUNGAN
TAJUK
1.PENDAHULUAN
2.BIDANG PERKEMBANGAN
I.PERKEMBANGAN SAHSIAH, SOSIOEMOSI DAN
KEROHANIAN
II.PERKEMBANGAN BAHASA, KOMUNIKASI DAN
LITERASI
III.PERKEMBANGAN AWAL MATEMATIK DAN
PEMIKIRAN LOGIK
IV.PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN
PERSEKITARAN
V.PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PSIKOMOTOR
VI.PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN ESTETIKA
3.BIDANG ASUHAN
I.KESELAMATAN KANAK-KANAK
II.PEMAKANAN SEIMBANG
III.AMALAN PENGASUHAN
IV. PENJAGAAN DAN LATIHAN URUS DIRI BAYI DAN
KANAK-KANAK
4.PENUTUP
1
PENDAHULUAN
E-book ini menerangkan tentang perincian
dalam bidang perkembangan dan bidang asuhan.
Perkembanganbermaksud perubahan kualitatif yang
tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat
dilihat dari sifat yang lebih awal. Perkembangan
dapat ditafsirkan sebagai perubahan dalam corak
biologi,kognitif dan sosioekonomi individu yang
bermula dari peringkat percambahan sehingga akhir
hayat.
Pembentukan secara fizikal adalah semasa janin
sehingga setelah lahir. Perkembangan kanak-kanak
pula merupakan bidang yang mengkaji tahap dan
potensi seseorang dari bayi sehingga dewasa.
Bidang ini muncul pada awal abad ke-20 tetapi hanya
cenderung kepada tingkah laku tidak normal sahaja.
Seterusnya, bidang ini semakin meluas dan
mendapat perhatian dengan adanya pelbagai teori
yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi. Teori-
teori yang dikemukakan oleh para ahli psikologi ini
melibatkan empat aspek yang utama iaitu
perkembangan kognitif,sosial,emosi dan fizikal.
Setiap aspek ini adalah perlu untuk dikaji dan
diketahui kerana melalui cara ini kita dapat lebih
memahami seseorang.
JENIS-JENIS
BIDANG
PERKEMBANGAN
PERKEMBANGAN SAHSIAH,
SOSIOEMOSI DAN KEROHANIAH
SAHSIAH
Bermaksud keperibadian. Sahsiah adalah
ciri-ciri dalaman seseorang yang unik dan
boleh dizahirkan dalam bentuk tingkah laku
dan cara berfikir.
Contoh: Sikap, Minat, Kepercayaan, Cita-cita
dan Nilai Murni
SOSIOEMOSI
Emosi akan wujud dalam hubungan sosial
dengan orang lain atau kesedaran sosial
dalam diri seseorang individu.
Contoh: Gembira, Sedih, Marah,
Bersyukur dan Murung
KEROHANIAN
Memupukan nilai murni keagamaan dalam
diri individu untuk membina kekuatan
dalaman. Kerohanian merangkumi aspek
seperti keyakinan kepada Tuhan, kepercayaan
kepada agama dan berbudi pekerti mulia.
Contoh: Jujur dan patuh arahan
2
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PERKEMBANGAN SAHSIAH, EMOSI
DAN SOSIAL KANAK-KANAK
FAKTOR KETURUNAN
Baka merujuk kepada ciri biologi atau gen yang
diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anak. Ia
menentukan persamaan antara ibu bapa dengan
anak-anaknya dari segi sifat, kebolehan, minat dan
kawalan emosi.
FAKTOR PERSEKITARAN
3
AKTIVITI PERKEMBANGAN
SAHSIAH, SOSIOEMOSI DAN
KEROHANIAN
1. MENGGALAKKAN ANAK-ANAK BERMAIN DI LUAR
Anak- anak dapat menyesuaikan diri di
persekitaran luar
2. MENERAPKAN AMALAN NILAI MURNI DAN KOMUNIKASI
DENGAN BAIK
Ibu bapa boleh menerapkan amalan seperti
bercakap dengan lemah lembut , mengucapkan
terima kasih dan memberikan reaksi dengan
senyuman.
4
3. MELAYAN KANAK-KANAK DAN MEMBERIKAN
PERHATIAN DENGAN PENUH DENGAN KASIH
SAYANG
Kanak-kanak akan berasa disayangi
4. MEMBERI GALAKAN DAN PUJIAN
memberikan keyakinan diri
kepada kanak-kanak
5
Perkembangan
Bahasa,komunikasi dan
literasi awal.
Bahasa
Satu sistem bunyi, perkataan dan bentuk atau struktur
ayat yang digunakan manusia untuk berkomunikasi
Komunikasi
Satu bentuk hubungan untuk menyampaikan maklumat
2 bentuk komunikasi ; lisan dan bukan lisan
Literasi Awal
Kebolehan awal membaca dan menulis celik huruf
6
TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
FAKTORYANG MENGALAKKAN
1) Berinteraksi 2) Persekitaran 3) Interaksi
dengan kanak-kanak keluarga dalam keluarga
PERCAKAPAN KANAK-KANAK
(MOTHERESE)
Motherese ialah cara
percakapan ibu mengikut cara
sebutan bayi/kanak-kanak
Pertuturan bernada tinggi, ayat
pendek, berulang-ulang
7
PERINGKAT
PERKEMBANGAN
BAHASA
1. FONOLOGI 2. SEMANTIK
BUNYI BAHASA FAHAM MAKNA
3. TATABAHASA PERKATAAN
BENTUK/ STRUKTUR
4. PRAGMATIK
BAHASA GAYA BAHASA
INFO TAMBAHAN :
TEORI BEHAVIORISME
SETIAP KANAK-KANAK DILAHIRKAN
MEMPUNYAI KEUPAYAAN BERBAHASA
SECARA SEMULAJADI YANG DIKENALI
SEBAGAI LAD ( LANGUAGE ACQUISITION
DEVICE )
8
PERKEMBANGAN LITERASI AWAL
KONSEP LITERASI
• KEUPAYAAN MEMBACA DAN MENULIS ATAU
KEUPAYAAN MENGGUNAKAN BAHASA UNTUK
MEMBACA, MENULIS, MENDENGAR DAN
BERTUTUR
• LITERASI AWAL IALAH PEMBELAJARAN ATAU
PERLAKUAN MEMBACA DAN MENULIS
BERMULA SEJAK BAYI YANG MELIBATKAN
KEBOLEHAN MENDENGAR, BERCAKAP,
MEMBACA DAN MENULIS
KEPENTINGAN LITERASI
• 0-6 TAHUN USIA KRITIKAL TIADA PENDEDAHAN
LITERASI AWAL AKAN SUKAR BELAJAR BAHASA
PADA USIA SELANJUTNYA
• USIA INI ANAK MUDAH MENYERAP
PEMBELAJARAN DARI PERSEKITARANNYA
• UNTUK ATASI MASALAH BUTA HURUF
• UNTUK MELAHIRKAN MASYARAKATYANG
MINAT MEMBACA
9
KEMAHIRAN LITERASI AWAL
KEMAHIRAN KEMAHIRAN KEMAHIRAN
AWAL MENDENGAR AWAL
TULISAN DAN BACAAN
BERTUTUR
LATIHAN ASAS KEPADA AKTIVITI
PERGERAKAN MEMBACA DAN BERTERUSAN
TANGAN SUPAYA MENULIS ‘SHARED
BOLEH MENULIS READING’
DENGAN HUBUNGAN MENDORONG
SEMPURNA MESRA DAN MINAT SUKA
KASIH SAYANG KEPADA BUKU
LATIHAN SERTA PELUANG DAN BELAJAR
PERGERAKAN INTERAKSI BERKOMUNIKASI
MATA IKUT ARAH MENGALAKKAN
TULISAN KEMAHIRAN PERKENALKAN
NOMBOR,
LATIHAN GALAKKAN HURUF, WARNA
KOORDINASI MENDENGAR DAN BENTUK
TANGAN DAN DAN MENGAJUK
MATA UNTUK BUNYI MENYEDIAKAN
MENULIS SEKELILING PELUANG DAN
DENGAN BETUL PENGALAMAN
ELAKKAN SERONOK
KERTAS KOSONG DARIPADA SEMASA
KEPADA KERTAS BERCAKAP MEMBACA
BERGARISAN PELAT
10
CARA MEMPEROLEH KEMAHIRAN
LITERASI
PENDEDAHAN KEPADA PELBAGAI BAHAN DI
PERSEKITARAN SEPERTI TULISAN, IKLAN,
BUNYI DI TELEVISYEN DAN RADIO
DENGAN MELAKUKAN PELBAGAI AKTIVITI
SEPERTI BERCAKAP, BERMAIN, MENYANYI DAN
MENDENGAR CERITA
11
AKTIVITI LITERASI AWAL
MENGGULI DAN BERMAIN DENGAN DOH
MENGOYAKKAN KERTAS
MENGIKUT ARAH TERTENTU
MENGGUTAI MANIK
MENGENAL HURUF ABJAD
12
PERKEMBANGAN AWAL MATEMATIK
DAN PEMIKIRAN LOGIK
Membina konsep asas Matematik melalui proses
mengenal, membanding, menganggar, menyusun,
mengarang dan membeza bentuk (bentuk, saiz, jarak,
ukuran, ruang) membilang dan menggunakan nombor
serta menyelesaikan masalah.
KEMAHIRAN AWAL MATEMATIK
Konsep-konsep asas
melibatkan pengetahuan dan
kemahiran matematik, seperti
konsep : bentuk (shapes),
ruang dan kedudukan (space
and position), saiz, susunan,
urutan (seriation), one-to-one
correspondence, dan ukuran,
kuantiti, awal nombor dan
operasi nombor, jarak dan
masa
13
PEMIKIRAN LOGIK
Bermaksud pemikiran yang berasaskan penaakulan.
Pemikiran logik boleh diajar kepada kanak-kanak
melalui peringkat umur mereka, misalnya umur 1-2
tahun bagi peringkat ‘pra-logik’ (pre-logic), umur 2-3
tahun peringkat ‘awal’ logik asas’ (basic early logic),
dan umur 3-4 tahun peringkat ‘awal-logik’ (early
logic).
14
AKTIVITI PERKEMBANGAN
AWAL MATEMATIK DAN
PEMIKIRAN LOGIK
MELENGKAPKAN JIGSAW PUZZLE, MEMBUAT
PADANAN DAN MENYUSUN BLOK MENGIKUT
URUTAN KECIL KE BESAR
MENAMBAH DAN MENGIRA
BERMAIN ‘TIC-TAC-TOE’ (SYMBOLIC REPRESENTATION)
MEMBEZAKAN UKURAN 15
PERKEMBANGAN DERIA
DAN PEMAHAMAN
PERSEKITARAN
PANCAINDERA
1.DERIA PENGLIHATAN – MATA
Merupakan deria yang paling lemah berbanding
deria lain pada peringkat awal kelahiran bayi dan
memerlukan penglihatan untuk jarak yang dekat
sahaja.
Bayi mampu melihat dengan jelas pada jarak 8’’
hingga 12’’ iaitu jarak antara kepala bayi dan
kepala ibu ketika menyusunya.
Bayi paling suka melihat wajah manusia
berbanding dengan melihat objek.
16
2.DERIA PENDENGARAN – TELINGA
Cepat bertindakbalas dengan suara-suara di
sekelilinginya
Bayi suka mendengar suara manusia dan peka
kepada bunyi atau suara yang biasa didendarinya
Selain suka mendengar suara ibunya, bayi suka
mendengar bunyi muzik dan aluan yang lembut
dan tersusun seperti zikir.
3.DERIA BAU – HIDUNG
Bayi belajar mengenal bau melalui sesuatu
proses.
Bayi akan menggunakan pengalammanya
seperti apabila bayi telah biasa bau susu maka
bayi akan cepat mengenal bau susu yang
diminumnya selalu.
Semakin bertambah usianya , deria bau bayi
akan menjadi semakin tajam.
17
4. DERIA RASA – MULUT & LIDAH
Perkemabangan deria rasa banyak
dipengaruhi oleh deria bau bayi
Lebih suka rasa manis berbanding rasa yang
lain.
Perubahan mimik muka menunjukkan bayi
dapat membezakan rasa.
5. DERIA SENTUH – KULIT
Bayi sangat peka kepada sentuhan yang
lembut dan mesra.
Bayi telah mula bertindakbalas terhadap
sentuhan sejak dari lahir lagi.
Bayi menjadi tenang dengan sentuhan yang
mesra dan lembut.
18
PEMAHAMAN PERSEKITARAN
Kenapa begitu penting bagi memastikan
setiap anak belajar menjadi SURVIVOR?
Mempunyai keupayaan menguruskan diri adalah
ESSENTIAL atau keperluan yang sangat penting
untuk anak-anak. Seorang anak yang tahu
menguruskan dirinya akan mudah bergaul
dengan orang dan tahu untuk mempertahankan
diri
CONTOH AKTIVITI ;
Kebolehan makan sendiri
1) Kanak-kanak duduk di kerusi makan , memegang
makanan menggunakan jari dan memasukan
makanan ke dalam mulut.
2) Kanak-kanak sudah mula meggunakan sudu untuk
makan.
3) Kanak-kanak boleh mengunyah makanan dengan
mulut tertutup
19
Keupayaan bersiap diri
1) Kanak-kanak sudah boleh duduk/berdiri untuk
dipakaikan pakaian.
2) Kanak juga boleh menanggal baju/seluar, stokin.
3) Kanak-kanak boleh menanggalkan kasut yang
bertali.
Kemahiran penjagaan diri
1) Kanak-kanak sudah boleh memberus gigi.
2) Kanak-kanak sudah boleh mencuci tangan dan
mengeringkan tangan dengan bantuan pendidik
pengasuh.
20
PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN
PSIKOMOTOR
PERKEMBANGAN FIZIKAL
Perkembangan biasa yang dilalui oleh setiap
manusia ialah peringkat pralahir fizikal dan
psikomotor, sosial dan juga emosi.
Perkembangan fizikal kanak-kanak sejak lahir
sehingga 6 tahun adalah tahap tumbesaran yg
sangat penting
Ia melibatkan perubahan berat badan, ketinggian,
saiz badan, rangka badan, tulang dan gigi
DARI LAHIR 2-6 TAHUN 7-12 TAHUN
– 2 TAHUN
o Berlaku o Otot mula o Kanak-kanak
perkembangan berkembang sudah mula
dengan cepat tetapi masih melakukan aktiviti
belum sempurna lasak dan
o Pergerakan mencabar
otot sudah o Keupayaan agak
mula dikawal terbatas untuk o Kanak-kanak
melakukan perempuan lebih
o Mula berlari aktiviti-aktiviti tertarik pada
dan melompat tertentu aktiviti yang
bersifat lemah
lembut dan
keperempuanan
21
12-15 TAHUN 15-20 TAHUN
o Kanak-kanak lelaki o Remaja lelaki lebih
mencapai baligh yang utamakan saiz badan
turut merubah bentuk yang tegap
badan mereka
o Remaja perempuan
o Kanak-kanak perempuan lebih utamakan berat
didatangi haid badan, ketinggian dan
kecantikkan diri
o Otot yang kuat
membolehkan mereka
terlibat dalam aktiviti
sukan di sekolah
22
PERKEMBANGAN PSIKOMOTOR
Pembesaran kanak-kanak yang
berumur di antara 3 - 6 tahun adalah
merupakan peringkat pembesaran
yang pantas terutamanya dalam
perkembangan psikomotor
Psikomotor terbahagi kepada dua
kemahiran iaitu kemahiran moto
kasar dan kemahiran moto halus
Kemahiran moto kasar melibatkan
otot besar. Sebagai contoh aktiviti
ialah berlari, melompat, menari dan
sebagainya
Kemahiran moto halus pula
melibatkan otot kecil iaitu aktiviti
yang dilakukan ialah melukis,
mewarna, menulis dan sebagainya
23
CONTOH AKTIVITI ;
2 TAHUN
MEMEGANG OBJEK BESAR MEMEGANG OBJEK KECIL
3 TAHUN
MELAMBUNG BOLA MENUNGGAL BASIKAL 3 RODA
24
4 TAHUN
BERLARI MENURUN DAN MENAIKI
TANGGA
5 TAHUN
MEMAKAI KASUT RODA MENULIS
HURUF/PERKATAAN
YANG MUDAH
25
PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN
ESTETIKA
APA ITU KREATIVITI ?
Kreativiti ialah kebolehan atau keupayaan untuk
mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu
yang baru atau dalam bentuk baru dan asli
APA ITU ESTETIKA ?
Estetika adalah penghayatan atau apresiasi
terhadap keindahan, kecantikan, keunikan
sesuatu benda atau ciptaan
26
BIDANG KREATIVITI DAN ESTETIKA
27
Aktiviti Perkembangan Kreativiti dan
Estetika :
Membentuk Garisan- Garisan ialah cantuman dari
satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-
jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat
mencipta rupa, corak, ruang dan gerakan dalam seni
visual.
Membentuk- Bentuk lazimnya merujuk kepada
struktur jisim dan isi padu. Terdapat dua jenis bentuk
iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk dapat
dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan
kraf tradisi.
Jalinan- Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat
pada permukaan sesuatu objek.
Warna- Mewarna sesuatu gambar ataupun lukisan
yang disediakan untuk kanak-kanak
28
JENIS-JENIS
BIDANG
ASUHAN
KESELAMATAN KANAK-KANAK
Pendidik bertanggungjawab memastikan setiap
pergerakan kanak-kanak diawasi dan mereka
berada dalam keadaan yang selamat
Jauhkan dari segala bentuk bahaya seperti
gunting,pisau dan sebagainya
Memandangkan TASKA sebagai sebuah institusi
yang mempunyai sejumlah kanak-kanak, maka
suasananya amatlah berbeza daripada rumah
mereka.
Setiap ruang yang disediakan hendaklah
mempunyai ciri-ciri keselamatan yang sudah
ditetapkan sama ada oleh pihak pengurusan
TASKA atau agensi yang terlibat dengan
pendaftaran sesebuah TASKA
29
ANTARA KESELAMATAN FIZIKAL
KANAK-KANAK DI TASKA
PINTU MASUK Sentiasa ditutup dan
dikunci supaya kanak-
kanak dan orang asing
tidak mudah keluar dan
masuk dari bangunan
RUANG PEMBELAJARAN Peralatan dan perabot yang
digunakan hendaklah tidak
dibuat daripada bahan yang
membahayakan kanak-kanak
seperti meja atau almari yang
diperbuat daripada kaca dan
hiasan bunga hendaklah dari
jenis yang tidak beracun.
RUANG MAKAN Peralatan makan
dibasuh dan
dikeringkan setiap kali
selepas digunakan.
30
TANDAS Pintu tandas sentiasa
ditutup dan lantai
tandas dilap hingga
kering.
DAPUR Meletakkan pagar atau
pintu keselamatan dan
peralatan elektrik
ditempatkan jauh dari
kanak-kanak.Selain itu,
Gas perlu sentiasa ditutup
setiap kali digunakan
PERSEKITARAN Rumput selalu dipotong,
LUAR tiada haiwan atau
serangga merbahaya,
tiada air bertakung yang
membiak nyamuk, dan
lain-lain.
31
PEMAKANAN SEIMBANG
Tabiat pemakanan yang sihat adalah penting,
bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi semua
peringkat usia.
Anak anda memerlukan nutrien yang betul untuk
kekal sihat dan kuat. Ia juga membantu mereka
untuk membesar dengan ceria.
Pemakanan sihat untuk kanak-kanak turut
berperanan membentuk asas amalan pemakanan
sihat
32
Apakah nutrien yang diperlukan oleh kanak-
kanak ?
Cara mudah untuk memastikan bahawa kanak-kanak
mendapat nutrien yang mereka perlukan adalah dengan
memilih makanan sihat dan berkhasiat setiap hari.
Sebaiknya pilih protein tanpa lemak dari sumber seperti ayam,
kekacang, makanan laut dan bijirin. Untuk bijirin, pilihlah
makanan bijirin penuh seperti roti, bijirin, dan pasta yang
tinggi serat.
Sarankan anak untuk mengambil lebih banyak hidangan
buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
PERINGATAN ;
Tetapi ingat, bagi kanak-kanak kecil di
bawah usia 2 tahun, berikan susu penuh
krim.
33
Tabiat pemakanan sihat
Secara amnya, kebanyakan anak berusia 2
hingga 3 tahun memerlukan pengambilan
kira-kira 1,000 hingga 1,400 kalori setiap hari
Berikut cara mengagihkan kalori dalam rancangan
pemakanan sihat untuk kanak-kanak ;
1)Kumpulan bijirin
Anak perlu mengambil kira-kira 85 hingga 142
gram bijirin setiap hari, yang terbaik adalah
separuh daripadanya gandum penuh.
2)Kumpulan sayuran.
Seperti individu dewasa, kanak-kanak
memerlukan pelbagai jenis sayuran termasuk
sayuran berdaun hijau, berwarna oren atau
merah, seperti brokoli dan ubi keledek. Kumpulan
buah
Tekankan pengambilan buah daripada jus.
Galakkan pemakanan sihat untuk kanak-kanak
dengan memberikan mereka buah oren, tembikai
dan strawberi.
34
3) Kumpulan Tenusu
Susu penuh krim disyorkan untuk anak dibawah 2 tahun
Manakala untuk kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas ,
mereka mempunyai pilihan sama ada rendah lemak,
tinggi kalsium seperti soya, yogurt dan keju
4) Kumpulan Protein
Untuk tabiat pemakanan yang sihat, kanak-kanak
perlu mengambil protein pada kadar 57 hingga
113 gram sehari
Campurkan makanan protein dengan daging
tanpa lemak, ayam, makanan laut, telur, produk
soya dan kekacang
35
AMALAN PENGASUHAN
1. Adil kepada semua kanak-kanak
Contohnya apabila memberi pujian
kepada kanak-kanak, pengasuh perlu
beri pujian kepada semua kanak-kanak.
Elakkan sama sekali sikap pilih kasih.
2.Memberi sentuhan dan belaian
Tunjukkan rasa kasih dan sayang kepada anak-
anak yang sememangnya fitrah mereka
inginkan belaian dan sentuhan daripada orang
yang mengasuhnya dan kanak-kanak di TASKA
akan mudah rapat dan mesra denga pengasuh.
3. Menghormati hak dan pilihan kanak-
kanak.
Berikan anak-anak pilihan untuk memilih sesuatu
yang disukainya. Jangan memaksa anak-anak
melakukan sesuatu yang dia tidak mahu buat.
Beri galakan dan dorongan bukan memaksa.
4. Menunjukkan empati kepada kanak-kanak
Menunjukkan empati atau prihatin dan minat
dengan apa yang kanak2 buat atau ingin katakan.
Kanak-kanak akan merasa diri mereka diberi
perhatian dan dihargai oleh pengasuh.
36
5. Ikhlas dan bertimbang rasa
Mengasuh anak-anak megikut cara dan SOP yang
betul menunjukkan bahawa pengasuh ikhlas dalam
kerjanya mengasuh dan mendidik anak-anak di
TASKA. Sentiasa bertimbang rasa dalam
menggendalikan pelbagai kerenah dan ragam kanak-
kanak yang pelbagai di TASKA
6. Tidak melabel dan menghukum kanak-kanak
Jangan melabel kanak-kanak dengan perkataan-
perkataan yang tidak baik untuk mengambarkan sikap
kanak-kanak. Ini mungkin akan menyebabkan pengasuh
sendiri yang mewujudkan emosi negatif dalam diri
mereka serta mempunyai keyakinan diri yang rendah
7. Menghormati kepercayaan dan cara hidup kanak-kanak.
Kanak-kanak di TASKA tentu terdiri dari perlbagai kaum, agama,
kepercyaan dan latarbelakang kehidupan. Pengasuh perlu
belajar menghormati cara hidup kanak-kanak berdasarkan
latarbelakang keluarga mereka. Contoh jika kanak-kanak
berbangsa cina makan dengan sudu, biarkan mereka makan
seperti amalan seharian mereka di rumah.
37
PENJAGAAN DAN LATIHAN URUS
DIRI BAYI DAN KANAK-KANAK
√ Mengajar anak-anak supaya berdikari sejak mereka
dalam usia 3 tahun malah tidak perlu tunggu sampai
mereka capai ke umur 7 atau lebih daripada umur.
√ Setiap ibu bapa perlulah memainkan peranan masing-
masing dalam mendidik anak-anak mereka supaya
mereka dapat membuat setiap perkara tanpa
dibandingkan dengan orang lain.
√ Ibu bapa mengalakkan kanak-kanak dibawah umur 4
tahun mendapat asuhan
√ Penjaga perlu menyediakan kemudahan infrastruktur
yang membolehkan pencapaian hasil pembelajaran
yang berfaedah
√ Kanak-kanak perlu menjalankan pemeriksaan kesihatan
secara berkala oleh pegawai perubatan
√ Ibu bapa perlulah memberi perhatian terhadap kanak-
kanak dari segi emosi agar dapat mengetahui
perkembangan kanak-kanak tersebut
38
CONTOH AKTIVITI
PENGURUSAN DIRI KANAK-
KANAK
~ Melalui aktiviti rutin kanak-
kanak dilatih mengurus diri
seperti makan, mandi,
gosok gigi, memakai
pakaian, menyediakan alat
permainan dan mengemas
peralatan selepas aktiviti
~ Aktiviti ini merupakan
kemahiran asas hidup yang
diperlukan oleh seorang
kanak-kanak untuk dapat
hidup secara berdikari
~ Selain itu, dapat membina
daya ketahanan dan jati
diri kanak-kanak
39
PENUTUP
Secara keseluruhannya, bidang perkembangan
dan bidang asuhan adalah berlandaskan
kurikulum PERMATA. Kurikulum PERMATA dibina
sebagai teras untuk memperkembangkan potensi
individual kanak-kanak sebagai modal insan
berkualiti tinggi melalui Pendidikan awal kanak-
kanak. Sejak lahir lagi kanak-kanak sudah boleh
diasuh dan dididik bagi mengembangkan sahsiah,
potensi dan kecerdasan mereka agar dapat
menguasai kemahiran berkomunikasi, awal
literasi, awal matematik, pemikiran logik dan
pengetahuan asas tentang dunia persekitaran
seterusnya kemahiran mengurus diri dan amalan
nilai murni agar menjadi individu yang bersahsiah
mulia dan dapat menyesuaikan diri dengan
kemajuan negara dan persekitaran pelbagai
budaya. Oleh itu, diharapkan bahawa E-book ini
dapat memberi manfaat kepada ibu bapa dan
masyarakat di luar sana tentang bidang
perkembangan dan bidang asuhan terhadap
kanak-kanak. Namun bidang perkembangan ini
bergantung kepada situasi kanak-kanak dalam
membentuk keperibadian kanak-kanak.
40
DISEDIAKAN OLEH ;
1)WARDINA FATIHAH AQILAH BINTI MOHD FADIL
(E20211029117)
2)NUR ATHIRAH BINTI MOHD AZARUDIN
(E20211029113)
3)NUR ALYA SYAFIQAH BINTI AMBAK (E20211029126)
4)THAARSEENI A/P MURTHI (E20211029137)
5) MUHAMMAD NUBLAN HAKIMI BIN HISHAMUDDIN
(E20182023347)
41