The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wardinafatihah5, 2021-09-28 20:28:21

AKTIVITI BIDANG PERKEMBANGAN DAN SAHSIAH

Perkembangan sahsiah

Perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian.

Objektif pembelajaran:
-Menyatakan definisi sahsiah, sosio-emosi dan kerohanian
-Menyenaraikan aktiviti yang menggalakkan perkembangan sahsiah, sosio-emosi dan nilai kerohanian
mengikut peringkat umur kanak-kanak di TASKA.
-Menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sahsiah, emosi dan sosial
kanak-kanak.
- Menjelaskan kepentingan perkhidmatan asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak ke atas
perkembangan sahsiah, sosio-emosi dan kerohanian.

Pengenalan kepada Perkembangan sahsiah, sosio-emosi dan kerohanian
1. Sahsiah
2. Sosio-emosi
3. Kerohanian

Definisi :
Sahsiah
Bermaksud keperibadian. Sahsiah adalah ciri-ciri dalaman seseorang yang unik dan boleh dizahirkan
dalam bentuk tingkah laku dan cara berfikir.
Contoh: Sikap, Minat, Kepercayaan, Cita-cita dan Nilai Murni

Sosio-emosi
Emosi yang wujud dalam hubungan sosial dengan orang lain. Emosi wujud kerana mempunyai
kesedaran sosial dalam diri seseorang individu.
Contoh: Gembira, Sedih, Marah, Bersyukur dan Murung

Kerohanian
Pemupukan nilai murni keagamaan dalam diri individu untuk membina kekuatan dalaman.
Kerohanian merangkumi aspek seperti keyakinan kepada Tuhan, kepercayaan kepada agama,
kemantapan jiwa nurani, penghayatan nilai murni dan norma masyarakat, beretika dan bermoral
tinggi dan berbudi pekerti mulia. Rohani setiap individu merupakan penentu moral sosial masyarakat
itu dan penetapan undang-undang.
Contoh: Jujur dan patuh arahan

Contoh aktiviti perkembangan sahsiah, sosio-emosi dan nilai kerohanian
 0-6 Bulan
 6-12 Bulan
 1-2 Tahun
 2-3 Tahun
 3-4 Tahun

Faktor yang mempengaruhi perkembangan sahsiah, emosi dan sosial kanak-kanak
FAKTOR KETURUNAN
Baka merujuk kepada ciri biologi atau gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anak. Ia
menentukan persamaan antara ibu bapa dengan anak-anaknya dari segi sifat, kebolehan, minat dan
kawalan emosi.

FAKTOR PERSEKITARAN
(peta I-thinks)
Faktor perkembangan sahsiah, emosi dan sosial
1. Kebudayaan dan Kepercayaan Masyarakat.
2. Keluarga
3. Rakan sebaya
4. Guru dan sekolah
5. Status Sosio ekonomi
6. Pusat Ibadat
7. Pengaruh Media
8. Sumber Teknologi

Bidang Perkembangan :PERKEMBANGAN SAHSIAH,SOSIOEMOSI DAN KEROHANIAN.
Umur:Lingkungan 2 tahun
Tajuk:Mari main masak-masak
Pengetahuan sedia ada:Kanak-kanak sudah boleh bermain sendirian.
Objektif:1)Kanak-kanak boleh bermain dalam kumpulan kecil.(PSSEKR)

2) Kanak-kanak boleh berbual sesama mereka ketika bermain bersama.(PBKLA)
3) Kanak-kanak boleh tahu bahan dan peralatan yang digunakan ketika
memasak.(PAMPL)
Tempat/Ruang :Ruang dapur
Bahan :Set peralatan memasak(boleh dibeli atau buat sendiri)
Kotak saiz sederhana untuk letak set memasak mainan.
Langkah pelaksanaan:1) Ibu bapa membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti.

2) Ibu bapa letakkan semua set peralatan memasak mainan dalam kotak rahsia
dan minta kanak-kanak teka apa yang ada di dalam kotak tersebut.

3) Ibu bapa beritahu kanak-kanak jika hendak bermain permainan yang ada
dalam kotak rahsia tersebut,mesti berjanji untuk bermain bersama-sama.
4) Ibu bapa kemudiannya bertanya dahulu kepada kanak-kanak beberapa
soalan
“Siapa pernah lihat mama memasak di rumah?
“Mama masak apa”
“Siapa nak main masak-masak?”
5) Ibu bapa beritahu pada kanak-kanak jika hendak masak perlukan peralatan
seperti yang ada dalam kotak rahsia tersebut.
6) Ibu bapa minta kanak-kanak buka kotak rahsia dan keluarkan bahan
permainan dari kotak tersebut.
7) Ibu bapa minta kanak-kanak main masak-masak dalam kumpulan kecil
bersama-sama.
8) Ibubapa biarkan dan galakkan kanak-kanak main bersama.
9) Ibubapa juga galakkan kanak-kanak untuk berbual ketika sedang bermain
masak-masak bersama-sama.
10) Ibubapa beri pujian bila kanak-kanak boleh main bersama-sama.
11) Ibubapa beri galakan lagi dan biarkan kanak-kanak terus bermain.
12) Ibubapa akhiri aktiviti dengan meminta kanak-kanak masukkan semula
bahan permainan ke dalam kotak.
13) Ibubapa ucapkan terima kasih kepada kanak-kanak.
Perhatian :1)Pastikan kanak-kanak sihat untuk jalankan aktiviti.
2) Pastikan persekitaran tempat aktiviti selamat.
3) Pastikan bahan yang digunakan sesuai dan juga selamat.


Click to View FlipBook Version