TASAWWUR ISLAM
KAMUS ISTILAH TASAWWUR ISLAM TING. 4
BIL ISTILAH PENGERTIAN
PELAJARAN 1: ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
1 Ad-din Islam adalan cara hidup yang lengkap merangkumi akidah, ibadah dan akhlak
2 Islam Sejahtera , selamat iaitu Taat patuh kepada Allah, meninggalkan larangannya,
sejahtera dan selamat
3 Iman Yakin, percaya iaitu Membenar dengan hati, ikrar dengan lisan dan beramal
dengan anggota badan terhadap segala perintah dan suruhan Allah SWT
4 Ihsan Berbuat kebaikan iaitu Kesungguhan dalam ibadat dan pekerjaan semata-
mata kerana Allah
5 Rukun Asas atau prinsip yang mendasari sesuatu
6 Mengucap dua Penyaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah SWT dan bersaksikan
kalimah Syahadah bahawa nabi Muhammad SAW merupakan utusan Allah SWT
7 Solat Fardu Ibadah yang mengandungi perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan
takbiratul ihram dan disudahi dengan salam
8 Zakat Ibadah dengan cara mengeluarkan harta tertentu pada kadar tertentu dengan
syarat-syarat tertentu
9 Puasa Ibadah dengan cara menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang
membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari beserta niat
10 Qada’ Sesuatu yang berlaku kepada makhluk Allah semasa hidup
11 Qadar Sesuatu hal yang telah ditentukan Allah yang akan berlaku kepada
makhlukNya
12 Salafussoleh Golongan umat islam generasi terdahulu yang hidup kurun pertama hingga
kurun ketiga hijrah
PELAJARAN 2 : AKIDAH MENURUT ISLAM
13 Akidah Keyakinan yang teguh terhadap kewujudan Allah, sifat-sifat yang sempurna
berdasarkan dalil aqli dan naqli
14 Nabi Lelaki pilihan Allah diberi wahyu dan tidak diperintah untuk
menyampaikannya
15 Rasul Lelaki pilihan Allah yang diberi wahyu dan diperintah untuk
menyampaikannya kepada orang lain
16 Perkara Ghaib Perkara yang tidak dapat dilihat dan tersembunyi serta tidak nampak pada
(Ghaibiyyah) pandangan mata kasar
17 Asma al-Husna Allah SWT memiliki nama-nama yang indah
18 Dalil Naqli Dalil yang bersumberkan Al-Quran dan Al-Sunnah
19 Dalil Aqli Dalil yang lahir daripada akal yang sejahtera
20 Tawakal Berserah kepada Allah SWT setelah berusaha dan berdoa
21 Mujahadah Berusaha bersungguh-sungguh melawan nafsu
22 Muhasabah Menilai dan melihat kekurangan diri
23 Taubat Menyesal dan tidak mengulangi kesilapan yang telah dilakukan
PELAJARAN 3: IBADAH MENURUT ISLAM
24 Ibadah Pengabdian kepada Allah melalui perbuatan, perkataan, pengakuan (3P) hati
ikhlas semata-mata kerana Allah yang berlandaskan syariat Allah SWT
25 Ibadah Khusus Semua amalan khusus yang disyariatkan oleh Allah SWT sama ada ibadat
fardu atau ibadat sunat
26 Ibadah Umum Semua amalan kebaikan yang disyariatkan oleh Allah SWT bagi
menghubungkan manusia dalam sesebuah masyarakat demi kebaikan dan
keharmonian hidup bersama
27 Fardu Ain Kewajipan individu atas sesuatu amalan yang dituntut secara tegas oleh
syarak ke atas setiap mukallaf
28 Fardu Kifayah Kewajipan secara kolektif atas sesuatu amalan oleh syarak ke atas seluruh
orang islam secara umum.Apabila sebahagian masyarakat melaksanakannya ,
maka sebahagian yang lain akan terlepas.
29 Ikhlas Ibadah yang dilakukan hanya kerana Allah SWT semata-mata dan
mengharapkan keredaanNya
30 Ittiba’ as-Sunnah Ibadah dilakukan sebagaimana yang disyariatkan oleh Allah SWT dan
(mengikut Sunnah) RasulNya
31 Asnaf Kelompok yang berhak menerima zakat iaitu asnaf
fakir,miskin,amil,mualaf,riqab,gharimin,fisabilillah,ibnu Sabil.
PELAJARAN 4 : KONSEP AKHLAK ISLAM
32 Akhlak Sifat yang tertanam dalam jiwa yang mendorong seseorang berbuat sesuatu
tanpa pertimbangan yang mendalam (spontan)
33 Akhlak Mahmudah Akhlak terpuji bersumberkan wahyu Al-Quran dan Al-Sunnah
34 Akhlak Mazmumah Akhlak terkeji yang dilarang oleh Al-Quran dan Al-Sunnah
35 Itsar Mengutamakan orang lain berbanding dirinya yang merupakan sifat tertinggi
dalam kemurahan hati.
PELAJARAN 5: PRINSIP PANDANGAN HIDUP ISLAM
36 Rabbaniyyah Ketuhanan, segala hukum, konsep, prinsip nilai dan peraturan dalam ajaran
islam adalah bersumberkan wahyu Allah
37 Syumuliyyah Lengkap, agama islam bersifat lengkap dan sempurna meliputi semua aspek
kehidupan di dunia dan akhirat
38 Alamiyyah Sarwajajat, islam agama yang sesuai bagi semua manusia, tempat dan zaman
39 Waqiiyyah Realiti, islam agama praktikal, mampu diamalkan oleh semua golongan
manusia
40 Thabat Tetap teguh, perkara yang tetap (qat’iiy) tidak boleh diubah dasar, prinsip
menurut islam
41 Murunah Luwes,anjal iaitu boleh berubah mengikut kesesuaian,namun masih tetap
pada prinsipnya
PELAJARAN 6 ; FITRAH KEJADIAN INSAN
42 Insan Makhluk ciptaan Allah yang mempunyai akal untuk beribadat kepadaNya dan
memakmurkan alam
43 Nutfah Percantuman sperma dan ovum dan disenyawakan di dalam rahim perempuan
44 Alaqah Percantuman nutfah yang menjadi segumpal darah
45 Mudghah Alaqah yang menjadi seketul daging
46 ‘Izam dan Lahm Daging membaluti tulang sehingga membentuk lembaga manusia yang
sempurna fizikalnya
47 Janin Fetus, Allah meniupkan roh ke dalam tubuh janin yang berumur empat bulan
48 Alam Roh Alam yang dirahsiakan oleh Allah
49 Roh Nyawa yang menyebabkan jasad hidup dan bergerak
50 Alam Rahim Alam manusia di dalam kandungan ibu
51 Alam Dunia Alam nyata yang didiami manusia
52 Alam Barzakh/ Alam pemisah antara alam dunia dan alam akhirat
Kubur
53 Alam Akhirat Alam yang kekal abadi setelah kiamat
54 Alam Musyahadah Alam nyata yang dapat ditanggapi oleh pancaindera dan akal
55 Alam Ghaib Alam yang tidak dapat ditanggapi oleh pancaindera dan akal.Kewujudannya
diketahui melalui penerangan al-Quran dan al-sunnah
PELAJARAN 7: TANGGUNGJAWAB SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAH ALLAH SWT
56 Manusia sebagai Manusia wajib mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT dengan mematuhi
Hamba Allah segala suruhanNya dan menjauhi segala laranganNya
57 Manusia sebagai Manusia wajib mentadbir dan memakmurkan bumi selari dengan kehendak
Khalifah Allah syariat
58 Madani Masyarakat dan generasi yang maju dari segi pemikiran, rohani dan
kebendaan
59 Amar Makruf Menyuruh kepada kebaikan
60 Nahi Mungkar Mencegah kejahatan
PELAJARAN 8: PERANAN WAHYU DAN AKAL
61 Wahyu Kalam Allah yang disampaikan kepada nabi dan rasul melalui perantaraan
malaikat Jibril as atau secara terus daripada Allah SWT
62 Akal Keupayaan berfikir yang dikurnia Allah kepada manusia untuk
membezakannya dengan haiwan
PELAJARAN 9: ASAS SISTEM SOSIAL ISLAM
63 Sistem Sosial Islam Sistem yang mengawal dan memberi panduan berkaitan cara manusia
berhubung antara satu sama lain
64 Al-Quran Kalam Allah kepada Rasulullah melalui malaikat Jibril untuk disampaikan
kepada manusia
65 Al-Sunnah Segala perkara yang disandarkan kepada nabi sama ada perbuatan,perkataan,
pengakuan sifat fizikal atau akhlak
66 Al-Ijmak Kesepakatan para ulama’ mengenai sesuatu hukum syarak berdasarkan Al-
Quran dan Al-Sunnah selepas kewafatan Rasulullah SAW
67 Al-Qias Menyamakan sesuatu hukum yang tiada nas (hukum cabang) dengan sesuatu
hukum yang ada nas (hukum asal) kerana ada persamaan illah (sebab)
68 Adab Tingkah laku sopan, berbudi bahasa, pekerti yang halus dan mulia
69 Etika Prinsip moral atau nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu
atau sesuatu kumpulan manusia
PELAJARAN 10: SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM
70 Keluarga Unit sosial yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau
pengambilan anak angkat.
PELAJARAN 11 : PRINSIP PERGAULAN MENURUT ISLAM
71 Pergaulan Komunikasi antara seseorang individu dengan individu lain berteraskan
syariat islam
72 Ta’aruf Saling mengenali dengan memberi salam ketika bertemu dan berkomunikasi
dengan sopan
73 Tafahum Saling memahami dengan saling nasihat menasihati dengan menjauhi sikap
adu domba
74 Ta’awun Saling bekerjasama dan tolong menolong ke arah kebaikan
75 Amanah Melaksanakan tanggungjawab mengikut prosedur serta tidak mempunyai
kepentingan peribadi
76 Bersangka baik Berfikiran positif terhadap semua pihak
77 Bekerjasama Melakukan sesuatu bersama-sama dan melakukan yang terbaik untuk
mencapai kejayaan
PELAJARAN 12: HIBURAN MENURUT ISLAM
78 Hiburan Sesuatu perkara yang dapat menghiburkan hati dan menggembirakan hati
seseorang selari dengan kehendak syarak
PELAJARAN 13: KESENIAN MENGIKUT ISLAM
79 Kesenian Islam Aktiviti seni atau hasil karya yang dicipta menggunakan bakat bagi
menzahirkan keindahan dan kehalusan yang menepati syarak
80 Estetika Cabang falsafah yang mengkaji keindahan cita rasa dan lain-lain