1
2
UMNO CAW TMN PELANGI FLORA JAYA
BHG SRI GADING
______________________________________________________________________________________
Ruj Kami : UCTPFJ/01/2022
Tarikh : 26 Ogos 2022
Semua Ahli
UMNO Cawangan Taman Pelangi Flora Jaya
Bahagian Sri Gading
Tuan/Puan/Saudara/Saudari
NOTIS PERSIDANGAN TAHUNAN UMNO CAW TMN PELANGI FLORA JAYA TAHUN 2022
Merujuk perkara diatas.
2. Dengan hormatnya saya diarahkan untuk memaklumkan bahawa mengikut CERAIAN 6.4
PERATURAN PERSIDANGAN bahawa Persidangan Tahunan UMNO Cawangan akan diadakan
sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh : 04 September 2022 (AHAD)
Masa : 8.30 malam(Wanita)
9:00 malam (Cawangan)
Tempat : Balai Raya Taman Pelangi Jln Pelangi 3 Batu Pahat, Johor.
3. Tuan/Puan/Saudara/Saudari sebagai Ahli UMNO Cawangan ini adalah dengan hormatnya
dijemput hadir menurut FASAL 6.1.3 PERLEMBAGAAN UMNO dan PERATURAN PERSIDANGAN 8.1.
Sila bawa NOTIS semasa hadir.
4. Segala usul secara bertulis hendaklah sampai ke urusetia Cawangan sebelum persidangan.
5. kerjasama Tuan / Puan / Saudara / Saudari melapangkan masa hadir ke persidangan sangat
dihargai agar persidangan ini dapat dijalankan dengan sempurna dan selamat.
Sekian, terima kasih.
“BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT”
ABD. YAZID BIN ITHNIN
Setiausaha
UMNO Caw. Taman Pelangi Flora Jaya
sk:Ketua Umno Caw. Tmn Pelangi Flora Jaya
3
KERTAS PERSIDANGAN BIL1/2020-2021
PERINGATAN PERSIDANGAN TAHUN 2021
1. Tarikh : 13 November 2021 (Sabtu)
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Balai Raya Taman Pelangi ,Batu Pahat.
2. Jumlah Ahli Berdaftar : 56 orang
Jumlah Hadir : 16 orang
Agenda Mesyuarat
1. Bacaan Umulkitab oleh semua ahli.
2. Nyanyian Lagu Umno Bersatu dan Lagu Wanita.
3.Melantik Pengerusi Sementara
Pn Azmedah bt Soodin melantik Pn Rosyati bt Mahat
Disokong sebulat suara.
4. Pengerusi sementara mengumumkan jumlah ahli yang hadir seramai 16/56 orang.
5. Ucapan Ketua Pergerakan Wanita Umno Cawangan.
Puan Azmedah mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada ahli yang sudi hadir pada
persidangan Pergerakan Wanita Umno Cawangan.
Beliau rasa terharu dan bangga kepada ahli yang hadir dalam persidangan itu bagi melaksanakan
tanggungjawap kepada parti.Walaupun sekarang ini parti kita telah kalah ,memandangkan semangat
juang ada kita hadir pada hari ini,Syabas kepada ahli kerana masih lagi setia kepada parti keramat
ini.Semoga dengan semangat ini dapat kita memperkuatkan lagi parti.Beliau juga memohon daripada
ahli supaya sama – sama member idea- idea yang bernas untuk memperbaiki lagi aktiviti Per.Wanita
Umno Caw.Berharap jaga pada masa akan datang ramai – ramai hadir ke persidangan tahunan.
Akhir kata beliau memohon member kerjasama kepada parti dan menyokong kepimpinan
cawangan.Beliau juga mengingatkan kepada ahli-ahli supaya mendaftar ahli Umno kepda anak-anak
yang telah cukup umurnya. Ingatkan dan selalu menerangkan kepada anak- anak muda khususnya anak
– anak sendiri tetap perjuangan UMNO yang sebenarnya. Jangan mereka asyik leka dengan
kehidupanyang sedang menbangun ini. Jangan mudah terperdaya dengan hasutan dari pihak lain.
4
6. Ucapan Wakil Bahagian Pergerakan Wanita Umno
Pn. Ramlah bt Hassan wakil Per.Wanito Umno Bahagian mengucapkan selamat bersidang kepada ahli
Ucapan tahniah dan syabas kepada Per, Wanita Umno Caw. kerana dapat hadir pada Persidangan
Tahunan.Sampaikan salam daripada Pn Anim bt Munadam semoga selamat menjalankan persidangan
cawangan.
Beliau juga menyatakan kepada ahli supaya terus member i sokongan kepada parti.Semangat cintakan
parti mesti ada di dalam sanubari dan terus berjuang demi agama ,bangsa dan Negara.Kita hendaklah
bersatu hati demi parti dengan memberi semangat kepada semua ahli serta berdiri teguh bersama –
sama Barisan Nasional..
Beliau juga mengingatkan kepada semua dalam penambahan ahli.Galakkan daripada anak – anak
semua.Daftarkan segera ahli – ahli baharu,supaya kita beroleh kemenangan di PRU 15.
Beliau juga mengingatkan ahli supaya menjaga diri dan anak – anak kita di masa pendemik ini ,Jaga
kesihatan dan patuhi SOP yang telah ditetapkan.
. Akhir kata berharap semua ahli memikul tanggungjawab dan memberikan kerjasama kepada
Pergerakan Wanita cawangan masing – masing.
7. Membentangkan kertas – kertas persidangan.
7.1 Pn Rosyati bt Mahat – Pen. Setiausaha Per. Wanita Umno Cawangan membentang Peringatan
Persidangan Pergerakan Wanita Umno cawangan bagi tahun 2020 - 2021
7.2 Pn Rosyati bt Mahat – Wakil Pen. Setiausaha Per. Wanita Umno Cawangan membentang Penyata
Tahunan Persidangan Pergerakan Wanita Umno cawangan bagi tahun 2020 - 2021
7.3 Pn Rosyati bt Mahat – Wakil Bendahari Per. Wanita Umno Cawangan membentang Penyata
Kewangan Persidangan Pergerakan Wanita Umno Cawangan berakhir pada 31 Disember 2021.
8. Memilih dua (2) orang wakil ke mesyurat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian
sebagaimana Fasal 14.2.4 Perlembagaan UMNO.
Pn.Azmedah mencadangkan Pn.Rohaidh bt Sandar dan Pn Mariana bt Ismail - sokong dengan sebulat
suara
10. Membahas usul.
Tiada usul yang dibahaskan
5
11.Ucapan pernangguhan
11.1 Pn. Mariana menyatakan kita hendaklah bersatu demi parti dan memperkuatkan lagi parti dengan
mencari ahli – ahli baru di kalangan anak – anak kita.Selain itu kita hendaklah member sokongan kepada
cawangan kita sendiri.Berilah sokongan padu dan kita semua hendaklah bangkit setelah keputusan tidak
memihak kepada parti kita UMNO.
11.2 Pn Azmedah berharap semua ahli memberikan komitmen yang baik kepada cawangan , memberi
kerjasama sesame ahli supaya parti kita tetap teguh dan janganlah kita berpecah belah.
12. Persidangan ditangguhkan pada jam 9.10 malam.
Disediakan oleh Disahkan oleh
………………………………………………. …………………………………………….
PN ROSYATI BINTI MAHAT PN ROSYATI BT MAHAT
Pen. Setiausaha Pengerusi Sementara
Per.Wanita Umno Cawangan Per.Wanita Umno Cawangan
6
KERTAS PERSIDANGAN BIL 2/2020-2021
PENYATA TAHUNAN 2020-2021
SIJIL PENDAFTRAN BIL..
ALAMAT CAWANGAN : TAMAN PELANGI FLORA JAYA
BAHAGIAN : SRI GADING
JUMLAH AHLI : 53 ORANG
1.SENARAI AHLI JAWATANKUASA PER.WANITA UMNO TAMAN PELANGI FLORA JAYA 2020– 2021
PENGERUSI TETAP :-
TIMB.PENGERUSI TETAP :-
KETUA : PN. AZMEDAH BT SOODIN
NAIB KETUA : PN. NORIZAN BT LATIB
PEN. SETIAUSAHA : PN ROSYATI BT MAHAT
PEN. BENDAHARI : PN. SITI ANIZAH BT TASMON
KETUA PENERANGAN : PN. KAMSINAH BT SUMAGAT
2. JAWATANKUASA
1. Pn Mariana bt Ismail
2. Pn Norhayati bt Hisyam
3. Pn Rahayu bt Ab. Rahim
4. Pn Salmah bt Wahid
5. Pn Kamsinah bt Sumagat
6. Pn Siti Anizah bt Tasmon
7. Pn Zanariah bt Ismail
3. JAWATANKUASA YANG DILANTIK
1. Hjh Rohana bt Abd Wahab
2. Pn Sariah bt Parman
4. PEMERIKSA KIRA – KIRA
Pemeriksa kira – kira cawangan
7
5. MESYUARAT AHLIJAWATANKUASA
1.23 Jun. 2022
2.24 Ogos.2022
6. AKTIVITI YANG DIJALANKAN
1. Gotong royong memasak Aidil Fitri untuk ahli UMNO
2. Mengikuti program Cawangan – memberi sumbangan kepada ahli terkesan dalam pkp.
3. Gotong royong mengecat tembok di hadapan Taman Pelangi.
4. Pertandingan kibarkan jalur gemilang
.
Disediakan oleh
……………………………………………….
(PN. ROSYATI BINTI MAHAT)
PEN. SETIAUSAHA
PER.WANITA UMNO CAW.TAMAN PELANGI FLORAJAYA
8
KERTAS PERSIDANGAN BIL 3/2020-2021
PENYATA KEWANGAN PER.WANITA UMNO CAWANGAN
TMN PELANGI FLORA JAYA BERAKHIR PADA 31.12.2021
BIL WANG MASUK RM BIL WANG KELUAR RM
1. Mesyuarat/majlis RM100
1. Baki dibawa RM0.00
tahun lepas
2. Sumbangan Rm100 2. Baki RM0.00
Ketua cawangan
3. JUMLAH RM100 RM100
DIsediakan oleh: Disahkan oleh:
…………………………………….. ………………………………………….
(SITI ANIZAH BT TASMON) (AZMEDAH BT SOODIN)
PEN. BENDAHARI PER.CAWANGAN KETUA WANITA
Kami telah memeriksa Penyata kewangan di atas dengan sokongan dokumen – dokumen pendapatan
dan perbelanjaan dan kami dapati ianya telah disempurnakan benar dan betul.
(ABD SAMAT BIN AMIN) (KAMSINAH BINTI SUMAGAT)
Pemeriksa kira – kira 1 Pemeriksa kira – kira 2
9
MAJU WANITA UMNO
BERSEDIA BERJUANG
KAMI WANITA UMNO
BERSETIA BERJASA
UNTUK NUSA DAN BANGSA
SENTIASA BERKHIDMAT
MENYUMBANGKAN TENAGA
MEMBANGUNKAN NEGARA
YANG MAJU DAN MERDEKA
MENGEKALKAN PERPADUAN
ITULAH AZAM WANITA
MARILAH BERJUANG UNTUK NEGARA
SENTIASA BERKHIDMAT
UNTUK RAKYAT YANG MAKMUR
MENYUMBANGKAN TENAGA
MAJU WANITA UMNO
10