The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ezah Ariff, 2019-12-23 01:18:42

TAKWIM SKSM 2020 / NORDIANA MOHD ALI

TAKWIM SKSM 2020 MODUL A

Kata Aluan Guru Besar

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi, Selawat dan Salam ke
atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan para sahabat baginda.
Syabas dan terima kasih kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Suka Menanti yang
telah pun bersiapsiaga untuk berkhidmat bagi menghadapi cabaran demi untuk
kesempurnaan sesi persekolahan 2020.
Marilah kita sama-sama menerima dan menghayati serta melaksanakan setiap intipati
yang terkandung dalam Buku Pengurusan ini. Fahamilah apa-apa yang tersirat dan
selamilah di sebalik yang tersirat. Semoga ianya dapat menjadi pemandu arah dan
menjadi landasan kerja buat kita sepanjang tahun 2020 ini. Ianya juga boleh dijadikan
sebagai pelan tindakan dalam menterjemahkan tugasan kita secara yang lebih efisyen
dan teratur.
Bersama niat dan tekad yang tulus ikhlas, kita juga berazam untuk mereka cipta sejarah
kegemilangan kita sendiri yang berfokuskan kepada visi dan misi yang telah kita sama-
sama ciptakan. Sikap jujur, amanah, bersungguh-sungguh, ‘komited’ dengan tugas, serta
pupukan semangat bekerja berpasukan dan bergerak kerana Allah adalah ciri-ciri
budaya kerja Islam yang bukan sahaja mendapat ganjaran di dunia lebih-lebih lagi di
akhirat. Rasa kesepunyaan dan kebertanggungjawaban dalam setiap pelaksanaan
program harus tersemat di hati setiap warga sekolah. Yakinlah kejayaan dan
kemenjadian murid nanti adalah milik kita bersama.
Haruslah kita sedar, kejayaan kita sentiasa ditunggu malahan ada yang terlalu
mengharapkan. Jika kita dapat memenuhi harapan ini, kita bukan sahaja mencipta
rekod kecemerlangan sekolah bahkan juga dapat kita tunaikan tanggunjawab yang
diamanahkan sebagai hamba Allah.
Akhir kata, marilah kita bersama-sama memberi komitmen sepenuhnya untuk
mengukir kecemerlangan sekolah bersesuaian dengan slogan sekolah,

“Sederap, Sepasukan, Menggapai Bintang”

-Kegembiraan, Kasih Sayang & Hormat Menghormati-
-Happiness. Love & Mutual Respect-

Selamat Bertugas Dengan Penuh Komitmen, Ikhlas dan Dedikasi”
“ PASTIKAN KECEMERLANGAN TAHUN 2020

LEBIH BAIK DARIPADA TAHUN 2019, In Shaa-Allah. ”
Sekian, terima kasih.
Salam hormat.

(CIKGU KAMARUZZAMAN BIN MEHAD)
Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Suka Menanti

1

SK Suka Menanti,
Jalan Suka Menanti, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Kod Sekolah : KBA2019/ No Tel : 04-7325280

Kegembiraan | Kasih sayang | Hormat-menghormati

Tarikh : 1 JANUARI 2020
Kepada :
Semua Guru Dan Staf Sokongan,
Sekolah Kebangsaan Suka Menanti,
05150 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Tuan/Puan,
Pelantikan Rasmi Tugas Dan Tangungjawab Tahun 2020

Perkara di atas dirujuk.
2. Saya selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Suka Menanti dengan rasminya melantik tuan/puan
menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti tersenarai di dalam BUKU PERANCANGAN
PENGURUSAN & TAKWIM 2020 berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020 . Sebarang perubahan tugas dan
tanggungjawab tuan/puan (jika ada) hanya berkuatkuasa setelah dimaklumkan secara bertulis.
3. Pihak pengurusan sekolah sangat yakin tuan/puan dapat menjalankan tugas dengan penuh
komitmen dan tanggngjawab serta mengamalkan sikap positif, inovatif dan kreatif bagi mempertingkatkan
professionalisme keguruan ketahap yang cemerlang. Tuan/puan juga diberi kuasa (empowerment)
mengurus dan melaksanakan tugas dan tangungjawab mengikut pekeliling-pekeling ikhtisas Kementerian
Pendidikan, Jabatan Pendidikan Kedah dan Pekeliling Guru Besar.
4. Pengurusan yang cemerlang melibatkan ‘Planning, Organizing, Leading, Controling (P.O.L.C)
yang cepat, tepat,berkualiti dan konsisten serta dikemaskinikan dengan Putaran Derning PDCA (Plan,
Do,Check, Act) bagi meningkatkan kualiti kerja kita. Semua tugas dan tanggungjawab ini akan menjadi
dasar penilaian prestasi tuan/puan diakhir tahun. Insyallah dengan berkat keikhlasan dan kejujuran
melaksanakan tugas dan tanggungjawab tuan/puan akan terus cemerlang.

Sekian. Terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan amanah,

………..................................
( EN KAMARUZZAMAN BIN MEHAD )
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Suka Menanti,
05150 Alor Setar, Kedah Darul Aman

2

 Kecemerlangan ilmu ke arah gemilang dan terbilang.
 Keunggulan kepimpinan dan pengurusan.
 Kemantapan sahsiah guru dan murid.
 Cinta akan negara dan agama.
 Menjalinkan hubungan baik dengan PIBG,NGO, komuniti dan

masyarakat setempat.
 Bersama berusaha kearah merealisasikan PPPM (gelombang kedua

2016-2020) dan halatuju PPD Kota Setar.

2. ISU UTAMA SEKOLAH

 Imej Sekolah Kebangsaan Suka Menanti.
 Patriotisme dan cinta akan negara.
 Kepimpinan dan murid bermaklumat.
 Kualiti akademik dalam peperiksaan awam.
 Persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif.
 Penglibatan dan kegiatan cergas dalam kokurikulum.
 Pembinaan insan dan sahsiah murid.
 Guru yang kompeten dan berkualiti.
 Kualiti semua mata pelajaran.
 PSS yang bermaklumat, mantap dan berkualiti.

3. KURIKULUM

 Penyeliaan dan pemantauan dalam urusan kurikulum
» Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum
» Mesyuarat Panitia
» Pemantapan Pengurusan PBS/PBD
» Pencerapan
» Pemeriksaan kerja bertulis murid

 Program intervensi dan pemulihan khas kepada murid yang lemah.
 Program peningkatan prestasi akademik dari Tahun 1 hingga Tahun 6
 Keputusan 70 % mencapai Tahap Penguasaan Minima dalam Pentaksiran

Sekolah Rendah 2020
 Peningkatan Pencapaian Menguasaan Tahap Minima dalamPentaksiran

Berasaskan Sekolah bagi tahun 1 hingga tahun 6.
 Mensifarkan masalah penguasaan numerasi dan literasi di Tahap Satu.
 Membudayakan PLC dan PAK 21.

3

4. KOKURIKULUM

 Penglibatan sekolah dalam kokurikulum sepanjang tahun.
 Penglibatan semua murid tahun tiga dan tahap dua dalam kegiatan

permainan, pasukan beruniform, persatuan dan kelab.
 Mengambil bahagian dalam acara tertentu sukan dan permainan,

pasukan beruniform di peringkat kawasan dan negeri seterusnya di
peringkat kebangsaan serta antarabangsa.
 Memastikan setiap murid mencapai tahap kesihatan dan kecergasan
fizikal mental dan sosial yang sempurna.
 Berusaha mencapai kecemerlangan dalam setiap pertandingan.

5. KECERIAAN, KOKURIKULUM, KESIHATAN DAN KESELAMATAN

 Bangunan dan kawasan sekolah serta persekitarannya
 Bilik darjah ( Bilik Darjah abad ke 21)
 Makmal Komputer
 Pusat sumber sekolah
 Kantin
 Bilik-bilik Selesa
 Bilik-bilik khas
 Setor dan lain-lain

6. PEMBANGUNAN INSAN, SAHSIAH DAN DISIPLIN MURID

 Sekolah bebas daripada masalah salah laku.
 Meminimumkan masalah disiplin murid.
 Murid beriman dan bertaqwa serta seimbang antara rohani dan

jasmani.
 Murid-murid beradab dan berakhlak mulia.
 Memastikan bantuan diberikan kepada murid-murid yang layak.
 Memastikan murid-murid berada dalam keadaan selamat, kondusif

dan harmoni.

7. PENGLIBATAN MENYELURUH

 Mewujudkan budaya kerja berpasukan.
 Sekolah sentiasa terurus.
 Kecemerlangan dalam semua bidang.
 Mewujudkan perasaan tanggungjawab serta empunya.

8. PENGURUSAN KEWANGAN

 Diurus dalam keadaan bersistem, kemas dan berkualiti.
 Ada sistem pemantauan.
 Ada surat penurunan kuasa.
 Penyata kewangan dan bajet sentiasa disediakan dengan lengkap.
 Akaun sekolah sentiasa ‘BERSIH’

4

9. TEKNOLOGI MAKLUMAT

 Barisan pentadbir, guru-guru, staf sokongan dan murid-murid menguasai
Teknologi Maklumat dan mahir dalam ICT.

 Melengkapkan sekolah dengan kemudahan-kemudahan teknologi
maklumat dari masa ke semasa.

 Memberi latihan kepada staf untuk menguasai teknologi maklumat dari
semasa ke semasa.

 Pembestarian sekolah (Google Classroom)

10. HARAPAN GURU BESAR

Sistem pengurusan sekolah yang kemas ,unggul dan efektif.
Barisan pentadbir dan guru-guru yang inovatif dan berfikiran positif.
Guru komited mengajar dan murid responsif belajar.
Guru berintegriti tinggi dan telus dalam melaksanakan Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD)
Peningkatan Pencapaian Menguasaan Tahap Minima dalam PSR dan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah meningkat.
Budaya dokumentasi dalam semua urusan.
Membudayakan PLC dan PAK 21 dalam PDPC
Persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan menarik.
Persaudaraan,kerja berpasukan dan permuafakatan dalam kalangan
kakitangan sekolah.
Hubungan yang mesra dengan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah
PIBG,Alumni, semua institusi dan agensi awam dan swasta.

Penerapan Elemen Dalam Pendidikan :

Kegembiraan, Kasih Sayang dan Hormat Menghormati
Happiness, Love and Mutual Respect

Things to ponder........
Guru Masa Depan Adalah Guru Yang Mendidik Dengan Cinta
Great Things Never Come From Comfort Zones’
Work Hard In Silence, Let Your Success Be Your Noise
‘Don’t Limit Your Challenge, Challenge Your Limit’

5

RUKUNNEGARA

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
MENDUKUNG CITA-CITA HENDAK :

Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya,
memelihara satu cara hidup demokratik, mencipta satu masyarakat yang adil
di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan
saksama, menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya

yang kaya dan berbagai corak, dan
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan

teknologi moden.

Maka kami, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan
usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip

yang berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

6

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN TONGGAK DUA BELAS

Pendidikan di Malaysia adalah satu  KESERONOKAN BEKERJA
usaha berterusan ke arah lebih  PENGARUH TELADAN
memperkembangkan lagi potensi  PENINGKATAN BAKAT
individu secara menyeluruh dan  KEUTAMAAN KESABARAN
 NIKMAT MENCIPTA
bersepadu untuk melahirkan insan yang  MENGHARGAI MASA
seimbang dan harmonis dari segi  KEBIJAKSANAAN
intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan BERKHIDMAT
kepatuhan kepada Tuhan.  KEWAJIPAN MENJALANKAN

Usaha ini adalah bertujuan melahirkan TUGAS
warganegara Malaysia yang berilmu  KETEKUNAN MEMBAWA
pengetahuan, berketrampilan,
KEJAYAAN
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan  KEMULIAAN
berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap KESEDERHANAAN
 KETINGGIAN PERIBADI
keharmonian dan kemakmuran  KEKUATAN SIFAT BAIK HATI
keluarga, masyarakat dan Negara.

TERAS PERKHIDMATAN CEMERLANG

 BERAZAM MENINGGIKAN MUTU PERKHIDMATAN
 BEKERJA DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB
 BERUSAHA MENGIKIS SIKAP MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
 BERKHIDMAT DENGAN PENUH MUHIBBAH DAN KEMESRAAN
 BEKERJA KE ARAH MEMAJUKAN PEMIKIRAN RAKYAT DAN

PEMBANGUNAN NEGARA
 BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN AGAMA

7

TAGLINE KPM

SEKOLAH RENDAH
KEBSAINREGSAAN

(STRONG IMPLEMENPTUATTIEONRSA, RAPID EXECUTIONS)

PERLAKSANAAN YAMNEGNMCAANPTAAIPT,ATRINADFAKAN YANG PANTAS
SEKOLAHEUTREROBILANG
MENJELANG 2015

(EXCELLENCE, THE ULTIMATE REACH OF AN ORGANIZATION)
SENTIASA BERUSAHA MENJADI YANG TERBAIK

VISI

“SPEENKIDNOISDLAIKANAHTNERRBDEERIDNKIDKUAALHITI
NKEGEABRANSEGJASHATAERNA”
PUTERA

MISI
MENCAPAI TARAF

“MEULNETSUTKARMIKMEAMENSMBSSEAEEMIKNNKSKGUETEOOEUHNBLLMNIJAAAEAKHPLSNAHEAPNTGNINERRPDSRGAOEIADBST2NIEIAIK0LDNNANA1ESAN5NGI HYGIANARDNAIGV”IBDEURBKAUGAILITI
PUTERA

KEGEMBIRAAN, KASIH SAYANG DAN HORMAT MENGHORMATI

HappinMesEsN, LCoAvPe A&I MTAuRtuAaFl Respect
KEY TO PSOESKITOIVLEALHEATRENRINBGILENAVNIRGONMENT

MENJELANG 2015

TAGLINE SK SUKA MENANTI
SEDERAP, SEPASUKAN MENGGAPAI BINTANG

8

Rujukan: JPK(P)……………

SURAT AKU JANJI

Saya, ……………………………………………. Kad Pengenalan No: …………….

Beralamat di Sekolah Kebangsaan Suka Menanti, Alor Setar, Kedah
dengan sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi peruntukan Peraturan – Peraturan Pegawai Awam
( Kelakuan dan Tatatertib ) 1993, Perintah – Perintah Am, pekeliling dan surat pekeliling serta apa –apa peraturan

dan arahan lain yang dikeluarkan dan dikuatkuasakan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang tempoh

perkhidmatan saya dengan Kerajaan. Maka dengan itu saya berjanji , sebagaimana yang dikehendaki di bawah
peraturan 4 Peraturan – Peraturan Pegawai Am ( Kelakuan dan Tatatertib ) 1993 bahawa saya :

(i) Akan sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong , Negara dan Kerajaan
(ii) Akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh – sungguh , cekap, jujur, amanah

dan bertanggungjawab;
(iii) Tidak akan membelakangan tugas awam demi kepentingan peribadi saya;
(iv) Tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi saya

bercanggah dengan tugas awam saya;
(v) Tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah bahawa saya

telah membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas rasmi saya sehingga
menjejaskan kegunaan saya sebagai pegawai awam ;
(vi) Tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai pegawai awam bagi faedah diri saya sendiri
(vii) Tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan atau mencemarkan nama
perkhidmatan awam ;
(viii) Tidak akan membawa atau cuba membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk
menyokong atau memajukan tuntutan saya atau tuntutan pegawai awam lain berhubung dengan
perkhidmatan awam ;
(ix) Tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar
perintah.

Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah melanggar Aku Janji ini, saya boleh
dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

………………………………….. ………………………………………..
(Tandatangan Pegawai) (Jawatan Pegawai)

Di hadapan saya,

…………………………………………….

(Tandatangan Ketua Jabatan )
Kamaruzzaman bin Mehad 641225-02-5891

(Nama dan No. Kad Pengenalan Ketua Jabatan )

9

TAKWIM PERSEKOLAHAN 2020

KUMPULAN A : Sekolah-sekolah di Negeri Johor, Kedah, Kelantan dan
Terengganu

PENGGAL MULA AKHIR JUMLAH MINGGU

PERSEKOLAHAN PERSEKOLAHAN HARI

01.01.2020 31.01.2020 19

01.02.2020 28.02.2020 20 11
1
01.03.2019 12.03.2020 10

JUMLAH HARI 49

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1

13.03.2020 21.03.2019 9

1 22.03.2020 31.03.2020 8

01.04.2020 30.04.2020 22

01.05.2020 21.05.2020 11 9

JUMLAH HARI 41
16
CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2

22.05.2020 06.06.2020

07.06.2020 30.06.2020 18 7
1
01.07.2020 23.07.2020 17

JUMLAH HARI 35

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2

24.07.2020 01.08.2020 9

2 02.08.2020 31.08.2020 19

01.09.2020 30.09.2020 21

01.10.2020 31.10.2020 20 16

01.11.2020 19.11.2020 11

JUMLAH HARI 71
42
CUTI AKHIR TAHUN 6

20.11.2020 31.12.2020

Jumlah hari persekolahan : 196 hari

Jumlah hari Cuti Penggal : 76 hari

10

HARI KELEPASAN AM 2020

BIL HARI KELEPASAN AM TARIKH HARI

1 Hari Keputeraan D.Y.M.M Sultan Kedah 21 Jun Ahad
Sabtu & Ahad
2 Tahun Baru Cina 25 & 26 Jan

3 Israk dan Mikraj 22 Mac Ahad

4 Hari Pekerja 1 Mei Jumaat

5 Awal Ramadan 24 April Jumaat

6 Hari Wesak 7 Mei Khamis

7 Hari Raya Aidilfitri 24 & 25 Mei Ahad & Isnin

8 Hari Raya Aidiladha 31 julai & Jumaat & Sabtu
9 Hari Kebangsaan 12 Ogos Isnin

31 Ogos

10 Awal Muharram 20 Ogos Khamis

11 Hari Keputeraan Seri Paduka Yang 6 Jun Sabtu
DiPertuan Agong 16 September Rabu

12 Hari Malaysia

13 Hari Deepavali 14 November Sabtu

Hari Keputeraan Nabi Muhammad 29 Oktober Khamis
14 S.A.W (MaulidurRasul)

15 Hari Krismas 25 Disember Jumaat

ANALISIS CUTI PERAYAAN 2020

CUTI PERAYAAN YANG DIPERUNTUKKAN OLEH KPM

CUTI CUTI PERAYAAN YANG

DIPERUNTUKKAN OLEH KPM

TAHUN BARU CINA 23.01.2020 (Khamis)
25.01.2020 (Sabtu) dan 26.01.2020 (Ahad) 27.01.2020 (Isnin)

HARI RAYA AIDIL FITRI 20.05.2020 (Rabu)
24.05.2020 (Ahad) dan 25.05.2020 (Isnin) 21.05.2020 (Khamis)

HARI DEEPAVALI 15.11.2020 (Ahad)
14.11.2020 (Sabtu) 16.11.2020 (Isnin)

11

BUDAYA KERJA SEKOLAH

1. Memahami dan menghayati
1.1.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
1.1.2 Falsafah, Matlamat dan Objektif Sekolah.

2. Memelihara dan mempertingkatkan Imej Sekolah, Jabatan dan
Kementerian Pelajaran setiap masa.

3. Mementingkan mutu dan kesan pendidikan.
4. Menentukan objektif setiap tugas.
5. Mengamalkan kerja secara bermesyuarat dan berpasukan.
6. Sentiasa bekerja dengan bersih, cekap dan amanah.
7. Mengamalkan sikap jujur, ikhlas, amanah serta adil.
8. Mengamalkan perkhidmatan penyayang.
9. Kepimpinan melalui teladan.
10. Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri.
11. Berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran.
12. Kerja adalah ibadah.

LIMA ASPIRASI SISTEM ENAM ASPIRASI MURID
PENDIDIKAN MALAYSIA
Setiap murid akan mempunyai….
1. AKSES : 100% enrolmen merentas
1.Kemahiran Memimpin
semua peringkat pendidikan daipada 2. Kemahiran Dwibahasa
prasekolah hingga menengah atas 3. Kemahiran Berfikir
menjelang tahun 2020 4. Pengetahuan
5. Etika dan Kerohanian
2. KUALITI : Negara dalam kelompok
6. Identiti Nasional
sepertiga teratas dalam pentaksiran
antarabangsa seperti TIMMS dan PISA A Negative Mind Will Never Give You A Positive
dalan tempoh 15 tahun. Live
Do Something Today That Your Future Self Will
3. EKUITI : 50% pengurangan dalam Thank You For
The Only Way To Do Great Work, Is To Love
jurang pencapaian(bandar, luar Bandar, What You Do
sosioekonomi, gender) menjelang
tahun 2020. 12

4. PERPADUAN : Sistem pendidikan

yang menawarkan perkongsian dan nilai
kepada kanak-kanak dengan menghargai
keperbagaian.

5. KECEKAPAN : Sistem yang

memaksimumkan keberhasilan murid
mengikut peruntukan sedia ada.

PIAGAM PELANGGAN

UDAYA KERJA SEKOLAH

Kami Warga Sekolah Kebangsaan Suka Menanti berikrar dan berazam akan
melaksanakan segala amanah untuk mempertingkatkan lagi potensi Intelek, Rohani
dan Emosi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan :

 Memastikan semua prasarana sekolah berada dalam keadaan baik dan
berfungsi sebelum sesi persekolahan bermula.

 Memastikan semua guru sentiasa bersama murid-murid sepanjang sesi
pengajaran dan pembelajaran.

 Semua guru berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan murid
yang tamat persekolahan telah menguasai 4M, Khatam Al-Quran serta
sifar disiplin (sahsiah terpuji).

 Memastikan setiap murid yang akan menyertai aktiviti kokurikulum dari
sekolah mendapat kebenaran ibu bapa / waris terlebih dahulu.

 Melaksanakan semua kerja mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh
KPM.

 Menguasai semua bidang tugas dan menguasai emosi serta menjaga
semua aspek kemanusiaan. Menawan hati dan jiwa manusia, menjadi guru
yang budiman dan bijaksana.

RENUNGAN BERSAMA
JADILAH MANUSIA YANG MEMANUSIAKAN MANUSIA

DILEMPAR KE LAUT MENJADI PULAU
DILEMPAR KE LANGIT MENJADI BINTANG

BERDIRI BAGAIKAN LILIN
REBAH UMPAMA JAMBATAN
HIDUPLAH BAGAIKAN POKOK
INGATLAH MATI ITU SATU KEBENARAN
JADIKAN HIDUP INI JAMBATAN

THE ROLE OF RELIGION IS TO REPLACE AN EMPTY HEART WITH AN OPEN HEART,
THE ROLE OF EDUCATION IS TO REPLACE AN EMPTY MIND WITH AN OPEN MIND.

13

FOKUS PENGURUSAN PENDIDIKAN

PANDUAN GURU UNTUK MENJANA KECEMERLANGAN
1. PENDAHULUAN

1.1 Setiap kita mempunyai tanggungjawab untuk meletakkan Sekolah Kebangsaan Suka Menanti
di tahap cemerlang, dihormati dan disegani.

1.2 Oleh itu setiap guru haruslah menjalankan tugas Kurikulum, Kokurikulum dan memantapkan
sahsiah murid dengan penuh iltizam, ikhlas dan kesedaran.

1.3 Setiap guru harus tahu mengenai visi dan misi sekolah sebagai institusi masyarakat.
1.4 Sehubungan itu, risalah ringkas ini diharap dapat menerangkan secara ringkas mengenai

pengurusan harian sekolah. Sekiranya guru menghadapi sebarang masalah, biasakanlah diri
berbincang dengan rakan-rakan dan selesaikan secara profesional. Ketua-ketua panitia, Guru
Kaunseling, Guru Penolong Kanan dan Guru Besar sendiri sentiasa sedia membantu. Polisi kita
adalah telus dan terbuka.
1.5 Pastikan guru-guru sentiasa merujuk kepada pekeliling-pekeliling Kementerian, Jabatan
Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Buku Panduan Tugas Sekolah, Buku Panduan
Pelajar, Prosedur-prosedur Kerja dan tatasusila Profesion Perguruan Malaysia agar kita
sentiasa berada di landasan yang betul.

2. SIKAP GURU
2.1 Guru harus mempunyai ‘high expectation’ terhadap setiap murid. Kita harus menganggap
bahawa murid kita itu mempunyai potensi untuk berjaya dalam banyak bidang. Terpulang
kepada guru untuk mencungkil potensi mereka.
2.2 Kita harus menyedari hakikat betapa pentingnya kurikulum tersirat ‘hidden curriculum’.
2.3 Kita adalah ‘role model’ untuk menjadi inspirasi dan ikutan anak didik kita. Apa yang kita
lakukan memberi impak/kesan kepada murid.
2.4 Nilai-nilai murni keagamaan, moral harus ditanam dengan serius dan istiqamah.
2.5 Semua murid berhak untuk dikenali, dilihat dan menjadi sebahagian daripada proses
pendidikan. Tidak ada murid yang dinafikan untuk menerima pendidikan. Pendidikan untuk
semua.

3. KEMAHIRAN GURU
3.1 Kita perlu menjadikan diri kita pakar bukan sahaja dalam subjek atau ‘content’ malah pakar
untuk menjadikan pelajar kita ‘leaners for life’ (mengajar atau mendidik).
3.2 Kita harus sentiasa mengamalkan TQM dengan sentiasa mencari jalan bagaimana untuk kita
menyampaikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara objektif dan berkesan. Sekiranya
seseorang pelajar itu tidak belajar kita perlu bertanya kenapa. Barangkali kita penyebabnya.
Oleh itu kita perlu membetul, menyusun dan mempelbagaikan kaedah, misalnya :-

14

3.2.1 Teknik bahasa merentas kurikulum.
3.2.2 Teknik P&P ‘brain storming’ STRUM/PPAS.
3.2.3 Teknik berasaskan ‘research’/Kajian Tindakan.
3.2.4
3.2.5 Teknik Putaran (ajar uji - ajar semula - ajar semula).
3.2.6 Teknik ‘peear-group’/rakan sebaya.
3.2.7 Penggunaan ABM yang menarik dan berkesan.
Pendekatan ‘Multiple Intelligent’ (MI).

4. PROFESINALISME GURU
4.1 Iklim
4.1.1 ‘High Expectation dan low stress’
- Best learning (Study Hard, Study Smart).
4.1.2 Suasana yang supportif/mendorong/kondutif
- Pujian untuk kejayaan.

4.2 Pengurusan
4.2.1 Memahami matlamat sekolah.
4.2.2 Mengetahui sistem disiplin dan mengajar secara berhemah dan berhikmah.
4.2.3 Menepati masa
4.2.4 Menyelesaikan tugas menepati waktu. Semua tugas yang diserahkan hendaklah
diambil tindakan dengan segera.
1.2.5 Dokumen/tugasan yang telah diambil tindakan. Hendaklah diserahkan kepada pejabat
untuk tindakan seterusnya. Sekiranya salinan diperlukan hendaklah difotokopi dan
difailkan.

4.3 Menyertai/menjalani kesemua program sekolah dan menjalankan kesemua aktiviti kokurikulum
dengan bermatlamat kejayaan cemerlang dan gemilang.

4.4 Penampilan
4.4.1 Cara pakaian yang kemas dan lengkap. Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani
dibenarkan memakai pakaian sukan (yang lengkap) sepanjang waktu persekolahan.
4.4.2 Kasut, tanda nama, tali leher dan pemakaian aksesori minimum.
4.4.3 Gaya komunikasi.
4.4.3.1 Bahasa ilmu, terang, mudah difahami.
4.4.3.2 Tiada slanggah/loghat kenegerian.
4.4.3.3 Lembut.
4.4.3.4 Tiada labeling.
4.4.4 Gaya berjalan mempamerkan keterampilan, kewibawaan dan keyakinan diri.

4.5 Kerahsiaan
Segala maklumat yang dibincangkan oleh/dengan pihak pengurusan sekolah adalah ditakrifkan
sebagai bahan rahsia. Perbincangan secara terbuka tidak dibenarkan di tempat-tempat umum
seperti kantin, tempat letak kereta, di tempat menunggu dan rehat dalam kawasan sekolah dan
kepada/dengan yang tidak berkenaan.

15

4.6 Etika Guru
4.6.1 Guru tidak dibenarkan sama sekali berniaga dalam waktu persekolahan seperti jualan
langsung, promosi barangan, insurans dan lain-lain. Tindakan akan diambil sekiranya
mengingkari arahan ini.
4.6.2 Guru tidak dibenarkan merokok di dalam kawasan sekolah.

5. TUGAS GURU
5.1 Guru Bertugas
5.1.1 Masa
Guru bertugas mestilah berada di kawasan sekolah untuk menyelia perjalanan
sekolah 15 minit lebih awal dan mengelolakan Perhimpunan Pagi (7.30pagi) dan
pergerakan murid (senyap dan tersusun).

5.1.2 Tugas

5.1.2.1 Pada waktu rehat, suasana di kantin dan peraturan-peraturan kantin hendaklah
dipastikan diikuti.Murid beratur (tertib, senyap dan tidak berebut-rebut) semasa
membeli makanan.

5.1.2.2 Baca doa makan dalam keadaan senyap dan tertib.
5.1.2.3 Masukkan pinggan, mangkuk, sudu garpu ke dalam tempat yang disediakan.
5.1.2.4 Pembuangan sampah oleh murid dikawal/sentiasa bersih dan ceria.
5.1.2.5 Rondaan kelas (murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas).

5.1.3 Bangunan

5.1.3.1 Pastikan bangunan, peralatan dan persekitaran sekolah dalam

keadaan selamat dan tidak mendatangkan bahaya yang boleh menyebabkan

kecederaan dan perkara-perkara yang tidak diingini. Lapor segera sekiranya

ada bahagian bangunan, peralatan dan lain-lain yang boleh mendatangkan

bahaya kepada pihak pengurusan.

5.1.3.2 Pastikan bangunan dan persekitaran bersih dan ceria (rondaan).

5.2 Guru Kelas

5.2.1. Rekod dan kemas kini butiran peribadi pelajar ke dalam buku jadual kedatangan, buku rekod
mengajar, rekod profil pelajar dan buku kemasukan sekolah.

5.2.2. Buku jadual kedatangan para pelajar hendaklah ditandakan pada waktu yang
pertama pada setiap hari belajar dan diserahkan ke pejabat sekolah selewat-lewatnya
jam 9.00 pagi.

5.2.3. Memastikan pelajar membawa surat daripada ibu bapa penjaga atau surat
doktor sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri di sekolah.

5.2.4. Bagi pelajar yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut dengan tiada memberi penjelasan
dan sebab yang munasabah, guru darjah hendaklah mengirimkan surat amaran ponteng
sekolah kepada penjaganya dengan satu salinan ke pejabat sekolah.

16

5.2.5. Sekiranya pelajar tidak hadir selama sebulan, namanya dikeluarkan dari buku jadual
kedatangan. Kes-kes ini hendaklah dirujukkan kepada PK HEM terlebih dahulu.

5.2.6. Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua darjah mengikut suara ramai
dalam kelas, membuat giliran bertugas, giliran kebersihan, alat tulis, perhiasan kelas, kerusi dan
meja berada dalam keadaan teratur dan menguruskan pertukaran pelajar.

5.2.7. Guru perlu mengeluarkan resit kepada pelajar dan merekodkannya ke dalam buku jadual
kedatangan dan buku yuran sekira ada berlaku sebarang kutipan wang daripada murid.

5.2.8. Menyerahkan kira-kira pungutan yuran pada masa yang ditetapkan pihak sekolah (Jika ada)
5.2.9. Menguruskan pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks kepada pelajar dan

memungut buku daripada pelajar yang hendak bertukar ke sekolah lain.
5.2.10. Membantu Guru Besar dalam pengurusan biasiswa, mengirim surat-surat jemputan kepada ibu

bapa, sijil berhenti sekolah dan surat akuan.
5.2.11. Mengisi butiran semua ujian dengan lengkap untuk dikaji dan dianalisis.
5.2.12 Mengambil, menyalin dan menyemak jadual waktu kelas masing-masing dan

memberitahu pelajar.
5.2.13. Bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar dalam kelasnya dan menanam semangat rajin,

tekun, dedikasi, berusaha dan kesedaran sivik.
5.2.14. Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru kepada guru PK HEM seperti

ketidakhadiran, ponteng yang berulang, kesulitan memungut yuran dan masalah disiplin lain.
5.2.15. Merekodkan butiran peribadi yang lengkap mengenai kemasukan pelajar baru dan mereka

yang berhenti dalam Jadual Kedatangan, Buku Rekod Mengajar dan Buku Daftar Kemasukan
Pelajar.
5.2.16. Bertanggungjawab terhadap keselamatan perabot dan kebersihan kelasnya.
5.2.17. Menyediakan senarai tugas bagi pelajar dalam kelasnya untuk tugas Pembersihan kelas
pada tiap-tiap hari persekolahan.
5.2.18. Memastikan papan kenyataan kelas ditampalkan dengan makalah-makalah,maklumat
dan berita- berita yang positif, membina dan terkini. Dalam tiap-tiap peperiksaan sekolah,
guru mata pelajaran harus memberi markah kepada guru-guru kelas.
5.2.19 Guru kelas hendaklah mencatatkan kehadiran pelajar-pelajar yang tidak hadir ke sekolah
mestilah menyerahkan surat / kenyataan bertulis daripada ibu bapa / penjaga atau surat akuan
doktor (Medical Certificate) kepada guru kelas apabila hadir semula ke sekolah.
a. Sebaik-baiknya ibu bapa / penjaga memaklumkan kepada pihak sekolah terlebih dahulu

akan ketidakhadiran anak masing-masing melalui telefon atau datang sendiri ke sekolah.
b. Pelajar-pelajar yang tidak hadir ke sekolah "secara berturut-turut" (tanpa kenyataan) akan

dikenakan tindakan seperti berikut:
i. Hari ke-3 - Amaran Pertama
ii. Hari ke-10 -Amaran Kedua

iii. Hari ke-17 - Amaran Terakhir
iv. Hari ke-31 - Pembuangan / Pemberhentian persekolahan

17

c. Pelajar-pelajar yang tidak hadir ke sekolah "secara tidak berturut-turut" (tanpa kenyataan)
akan dikenakan tindakan seperti berikut:
i. Hari ke-10 -Amaran Pertama
ii. Hari ke-20 - Amaran Kedua
iii. Hari ke-40 - Amaran Terakhir
iv. Hari ke-60 - Pembuangan / Pemberhentian Persekolahan

5.2.20 Surat-surat tentang tindakan tersebut di atas akan dikeluarkan oleh pihak sekolah kepada ibu
bapa / penjaga, iaitu surat amaran pertama, surat amaran kedua, surat amaran terakhir
(berdaftar akuan terima) dan surat pembuangan / pemberhentian persekolahan pelajar
(berdaftar akuan terima).

5.3. Pengurusan bilik darjah
5.3.1. Perkara-perkara yang perlu ada di dalam bilik darjah/kelas:
a. Satu salinan jadual waktu serta nama guru di bawah setiap mata pelajaran.
b. Di papan kenyataan – Satu salinan peraturan-peraturan sekolah, Satu salinan peraturan
kecemasan , carta mata pelajaran, Perkara-perkara lain yang difikirkan perlu contoh kalender.
c. Di meja Guru – Pelan kedudukan murid dalam kelas.
d. Di dinding – Cogan kata jelas , jam dinding.
e. Perkara-perkara lain:
- Jika hendak memasang langsir pastikan pemasangannya betul dan kemas
- Penyapu , bakul sampah , dan penadah sampah disusun dengan kemas dan teratur
di belakang kelas.
- Lain-lain yang difikirkan perlu untuk menambahkan keindahan dan keselesaan kelas.
5.3.2. Melantik ketua kelas dan penolongnya serta penubuhan j/kuasa kelas.
5.3.3. Menentukan bilangan kerusi/meja murid mencukupi untuk kelasnya.
5.3.4. Menentukan kebersihan kelas dijaga dengan sempurna.
5.3.5. Menentukan alat-alat pemadam , kayu pembaris , bakul sampah dan lain-lain dijaga dengan baik.
5.3.6. Menentukan kerusi/meja dan perkakas lain dalam kelas dijaga dengan sempurna oleh pelajar-
pelajar. Jika berlaku kerosakan/kehilangan, pelajar bertanggungjawab menggantikannya.
5.3.7. Memeriksa dan menentukan keseragaman pakaian dan kesihatan murid-murid seperti rambut ,
kuku , pakaian , gigi , kasut dan lencana nama.
5.3.8. Menyediakan borang berhenti sementara bagi guru-guru tahun 6 bagi tujuan mengeluarkan Sijil
Berhenti.
5.3.9. Menguruskan pemberian buku teks mengikut peraturan mengenainya.
5.3.10. Guru-guru kelas bertanggungjawab sepenuhnya atas kebersihan , keindahan dan keselesaan
bilik darjah.

18

5.4. Hal-hal lain
5.4.1. Memaklumkan dan menjelaskan kepada murid-murid tentang pemilihan kegiatan-kegiatan

kokurikulum dan sebarang arahan sekolah.
5.4.2. Mewujudkan suasana yang harmoni supaya tersemai rasa hormat menghormati antara murid

dengan guru dan murid dengan murid.
5.4.3. Menentukan pelajar-pelajar perempuan mempunyai adap sopan dan tingkah laku yang baik.
5.4.4. Mengetahui serba sedikit latar belakang murid-muridnya dan kegiatan luar mereka.

5.5 Guru Subjek

5.5.1. Galakkan sikap positif terhadap murid-murid anda.

5.5.2. Sentiasa bersiap sedia menghadapi kelas dengan matlamat yang jelas/gunakan ABM secara

berkesan.

 Menepati masa, riang, tegas dan adil.

 Murahkan pujian.

 ‘Class control’.

5.5.3. Selesaikan sendiri masalah disiplin yang melibatkan P&P subjek anda.

5.5.4. Kerja rumah harus diberi secara memadai bilangannya, konsisten dan perlu disemak segera

setiap masa.

6. PENGURUSAN TUGAS GURU
6.1 Rutin Harian
6.1.1 Waktu 7.30 pagi hingga 1.45 petang ialah waktu persekolahan rasmi.
6.1.2 Guru-guru dianggap mahir menguruskan masa tersebut secara optimum dan berkesan bagi
menjana ‘core bisness’.
6.1.3 Guru-guru diminta datang ke sekolah awal aitu sebelum 7.30 pagi. Masuk ke kelas masing-
masing tepat pada waktunya. Mereka yang lewat dikehendaki memberi pemakluman awal dan
jika gagal perlu memberi kenyataan bertulis kepada Guru Besar.
6.1.4 Perakam waktu hendaklah diketik sebaik sahaja sampai ke sekolah.
6.1.5 Guru-guru bertugas diwajibkan menjalankan perhimpunan setiap hari bersama pengawas
bertugas, untuk :-
i. Doa, ikrar, lagu
ii. Menyampaikan maklumat (ringkas dan tepat).
iii. Guru Besar/GPK akan menyampaikan nasihat mengikut giliran mingguan.
iv. Tindakan-tindakan disiplin/Peringatan terhadap pelanggaran disiplin.
6.1.6 Perakam waktu guru hendaklah diketik pada waktu balik.

19

6.2 Perhimpunan
6.2.1 Perhimpunan Mingguan Rasmi dianggap tonggak budaya sekolah. Ianya diadakan setiap
minggu iaitu pada hari Ahad (7.45 pagi – 8.15 pagi).
6.2.2 Perhimpunan sekolah dikendalikan oleh Guru Pengawas, Guru Bertugas dan Pengawas.
6.2.3 Ianya wajib dihadiri oleh semua murid dan guru. Sila lapor kepada Guru Besar sekiranya tidak
dapat bersama dalam perhimpunan tersebut.
6.2.4 Guru Bertugas bertanggungjawab memastikan :-
i. Semua persiapan untuk perhimpunan disediakan lebih awal.
ii. P.A Sistem, muzik iringan, pembaca doa, susuncara (pastikan ucapan Guru Besar pada
susunan yang terakhir)
iii. Semua guru wajib hadir.
iv. Merekodkan secara rasmi amanat Guru Besar, GPK dan Guru Besar.
v. Perhimpunan dikawal dengan lancar, senyap, masuk barisan awal, keluar dengan
senyap dan tersusun.
6.2.5 Semua murid dan guru sepatutnya mencatat amanat penting dari Guru Bertugas, GPK dan Guru
Besar dan maklumat-maklumat penting lainnya.

6.3 Cuti/Guru tidak hadir.

Mengikut Peraturan 23, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan)

2002 Bhg. III, ketidakhadiran termasuklah tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa pada masa dan

tempat pegawai dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas-tugasnya. Ketidakhadiran bertugas tanpa

cuti atau tanpa munasabah boleh menyebabkan seseorang pegawai dikenakan tindakan Tatatertib

mengikut Peraturan 24.

6.3.1 Cuti sakit dibenarkan dengan sokongan surat akuan doktor kerajaan/swasta
6.3.2 (tidak melebihi 2 hari).
6.3.3 Cuti Rehat Khas dibenarkan atas budi bicara/kebenaran Guru Besar (ia bukan menjadi suatu
6.3.4 hak pemohon).
6.3.5 Cuti Tanpa Rekod dan lain-lain seperti yang tertakluk dalam Perintah Am Bab C hendaklah
dibuat permohonan sekurang-kurangnya 7 hari dari tarikh cuti yang dipohon.
6.3.6 Pastikan guru-guru memaklumkan kepada Guru Besar atau GPK atau guru terdekat jika anda
6.3.7 sakit/kursus/bertugas di luar sekolah/kecemasan dengan SEGERA (telefon).
Pastikan tugas disediakan/diberi kepada anda. Setiap lembaran kerja atau tugasan murid
hendaklah diserahkan kepada GPK 1 untuk diserahkan kepada guru ganti berserta rekod
mengajar.
Sekiranya anda sakit, pastikan ada Sijil Sakit yang sah untuk diserahkan kepada Guru Besar.
Kebenaran Guru Besar hendaklah diperoleh jika guru ingin keluar dari kawasan sekolah untuk
sebarang tujuan dan perlu dicatat dalam Buku Keluar.

*** Sekiranya pegawai dikesan tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih
dahulu atau tanpa sebab 2 hari berturut-turut maka Ketua Jabatan hendaklah mengambil
tindakan dengan memberhentikan segala emolumen dengan serta-merta.

20

6.5 Pakaian Batik.
Pakaian batik – merujuk Surat JPA (S) TT.193/37/Jld. 4 (57) bertarikh 9 November 2004 menghendaki
semua pegawai awam memakai pakaian batik. Keputusan ini tidak terpakai kepada pegawai yang
dikehendaki memakai pakaian seragam.

7. TANGGUNGJAWAB/KOMITMEN GURU
7.1 Pentadbiran Kewangan
7.1.1 Pungutan Wang Keperluan Sekolah
Serah terus wang kepada Pembantu Tadbir. Jangan simpan. Isi resit untuk murid dengan segera
dan serah ke pejabat. Rekodkan pembayaran dalam buku kedatangan murid mengikut ruang
yang ditetapkan dengan betul.
7.1.2 Pembelian Keperluan P&P
Setiap pembelian keperluan untuk tujuan P&P panitia mata pelajaran, mestilah dibuat melalui
Ketua Panitia dan Guru Besar, GPK akan menentukan pesanan dan pembelian diluluskan
(bergantung kepada kewangan dan kemampuan).

7.2 Disiplin dan pergerakan murid.
7.2.1 Galakkan murid-murid supaya memikirkan ‘akibat’ dari melakukan sesuatu yang melanggar
peraturan/bertentangan. Ini akan menghindarkan mereka daripada dikenakan tindakan disiplin.
7.2.2 Semua murid bertanggungjawab menjaga kebersihan, keselesaan dan keselamatan bilik darjah
setiap masa. Guru yang mengajar waktu akhir setiap sesi mesti memastikan murid-murid
membersihkan dan mengemaskinikan kelas 5 minit sebelum balik.
7.2.3 Guru tidak dibenarkan menghukum, mendera, menggunakan kata-kata kasar, dan kesat kepada
murid. Segala masalah berkaitan hukuman hendaklah dirujuk kepada Guru Besar/ Guru
Penolong Kanan HEM dan GPK Ko-kurikulum.
7.2.4 Keselamatan murid sentiasa diberi keutamaan semasa berada dalam kawasan sekolah, bilik
pembelajaran dan bilik-bilik khas (Makmal Sains/RBT). Guru-guru hendaklah sentiasa berada
bersama-sama murid.
7.2.5 Guru-guru hendaklah sentiasa memberi ingatan dan teguran kepada murid supaya menjaga
keselamatan diri semasa di sekolah atau di luar sekolah terutama di atas jalan raya.
7.2.6 Murid yang dikenal pasti menghidap penyakit seperti semput/lelah, gila babi, jantung berlubang
(surat doktor/permohonan ibu bapa), tidak sempurna anggota hendaklah dikecualikan daripada
menyertai PJK/sukan. Jika terdapat murid sakit, guru bertugas hendaklah mengambil tindakan
sewajarnya.
7.2.7 Guru-guru tidak boleh membenarkan murid balik awal tanpa kebenaran Guru Besar.
7.2.8 Pergerakan murid semasa sedang belajar harus pada tahap minimum.
7.2.9 Sekiranya murid perlu keluar kerana arahan guru pastikan murid memakai ‘pas keluar’.
7.2.10 Guru hendaklah memastikan murid yang keluar ke tandas kerana ‘darurat’. Murid perempuan
dibenarkan ke tandas bersama kawan.

21

7.3 Rekod Kehadiran Murid.
7.3.1 Merujuk kepada SPI Bil 1 Tahun 2019, KPM telah memutuskan mulai tahun 2019, semua rekod
kehadiran murid di sekolah hendaklah direkodkan oleh guru kelas dengan menhggunakan
Sistem Kehadiran Murid.
7.3.2 Jika sekolah mengalami gangguan capaian internet, kehadiran murid perlu dicatat
menggunakan Borang Kehadiran Sementara. Kehadiran perlu dikemaskini ke dalam Sistem
Kehadiran Murid setelah capaian intrnet pulih seperti sediakala.
7.3.3 Guru kelas juga hendaklah mengemaskini kehadiran murid di dalam Sistem Kehadiran Murid
sebelum tamat sesi persekolahan hari berkenaan.
7.3.4 Analisis bulanan kehadiran murid setiap kelas perlu disemak, dicetak, disah dan difail pada hari
terakhir bagi setiap bulan.

7.4 Buku Rekod Persediaan Mengajar.
7.4.1 Ia merupakan dokumen penting sebagai ukuran tentang profesionalisme,mutu kerja serta taraf
seorang guru. Ia merupakan rekod rasmi berterusan P&P dan maklumat berkenaan pencapaian
serta kemajuan murid yang diajar.
7.4.2 Guru bertanggungjawab menyelia, menyusun, mengisi, serta merekodkan segala maklumat
berkaitan P&P yang diajar.
7.4.3 Maklumat asas seperti surat-surat Pekeliling Ikhtisas, tatasusila profesion, tugas-tugas guru dan
sukatan pelajaran. Peruntukan masa pengajaran mestilah diteliti dan difahami dengan jelas oleh
guru.
7.4.4 Butir-butir diri guru, jadual waktu, senarai tugas, takwim sekolah, senarai cuti, sasaran tahunan
P&P, rancangan tahunan, rancangan harian, rekod aktiviti guru/pencapaianperingkat (di sekolah
dan di luar), penggunaan buku rujukan, perbincangan profesional, ulasan penyeliaan serta
markah kemajuan dan pencapaian murid mestilah dilengkapkandengan kemas mengikut garis
panduan yang diberi.
7.4.5 Rancangan Kerja Tahunan mestilah disediakan mengikut minggu dalam takwim persekolahan
tahun semasa.
7.4.6 Buku Rekod Persediaan Mengajar hendaklah dihantar kepada Guru Besar/ GPK pada setiap
hari Khamis sebelum balik.
7.4.7 Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1999
Penyediaan rekod pengajaran dan pembelajaran.
- Rancangan pelajaran tahunan/DSKP/Rekod Penguasaan Murid dalam PBD
- Rancangan pelajaran harian.
- Hendaklah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta
apabila dikehendaki………….
**** Penalti :Guru tidak melebihi RM 5,000.00/3 bulan penjara/ kedua-duanya.
Guru Besar tidak melebihi RM 500.00/3 bulan penjara/ kedua-duanya.

22

7.5 Menghadiri mesyuarat.
7.5.1 Panggilan mesyuarat dilakukan dengan pengetahuan dan kebenaran pentadbiran
pemberitahuan/panggilan mesyuarat perlu diedarkan sekurang-kurangnya sehari sebelum
mesyuarat dijalankan supaya semua dapat membuat persediaan. Catatan
mesyuarat/kehadiran mesti dicatat.
7.5.2 Semua mesyuarat yang diadakan di peringkat Sekolah/PPD/JPN/Kementerian adalah wajib
dihadiri. Sekiranya ada sesuatu halangan/masalah, pengganti perlu dicari. Sila maklumkan
secara rasmi kepada Gurur Besar.
7.5.3 Semua keputusan mesyuarat di luar kawasan sekolah hendaklah dilaporkan kepada GPK/Guru
Besar dalam Minit Curai (format laporan disediakan).

7.6 Kursus-kursus profesionalisme.
7.6.1 Semua guru akan ditentukan mengikut keperluan apa jua kursus yang berkaitan dengan
profesion, yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan-jabatan, PPD yang berkaitan
dengannya. Semua dapatan kursus B wajib disebarluaskan kepada rakan sejawatan. Satu
salinan Minit Curai hendaklah diserahkan kepada Guru Besar.
7.6.2 Guru-guru digalakkan meningkatkan taraf profesionalisme masing-masing dengan
mengambil/mengikuti kursus-kursus lanjutan yang bersesuaian.

8. PENTADBIRAN
8.1. Pejabat Sekolah/Penggunaan Telefon/ Kemudahan.
8.1.1 Hanya untuk urusan rasmi.
8.1.2 Sila catat di dalam buku telefon setiap panggilan yang dibuat dan segala bayaran panggilan
hendaklah dibayar kepada pembantu tadbir.

Panduan menggunakan telefon bimbit di kalangan guru-guru dan kakitangan sekolah mengikut
Pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia KP(BS)B543/041/Jld.III(28) bertarikh
15 Januari 2004 seperti berikut :
Penggunaan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti sekolah yang lain seperti
semasa perhimpunan sekolah, mesyuarat, aktiviti kokurikulum, mengawas peperiksaan, dan
sebagainya adalah dilarang sama sekali.

8.2 Bilik Rehat Guru.
8.2.1 Bilik rehat Guru merupakan cermin guru, staf dan pentadbiran sekolah. Ianya harus
memperlihatkan budaya kemas, ceria, menampilkan keilmuan, senyap, efisien serta berfungsi
dengan cekap, tepat, telus dan tegar.
8.2.2 Kebersihan dan keceriaan Bilik Guru hendaklah sentiasa dijaga. Setiap guru hendaklah sentiasa
mempastikan susunan, kekemasan, keceriaan dan mengelakkan keadaan tidak terurus,
timbunan buku-buku latihan/kerja di atas meja.

23

8.3 Keselamatan/Pelawat.
8.3.1 Sekiranya guru-guru melihat/bersua seseorang yang tidak dikenali, beri salam, sila tanya nama
dan pengenalan pelawat tersebut dengan sopan santun dan hulurkan bantuan dengan mesra.
Iringi/tunjukkan mereka ke pejabat.
8.3.2 Semua pelawat diminta berurusan di pejabat terlebih dahulu untuk apa jua tujuan serta
melaporkan dan memperkenalkan diri. Semua pelawat akan diminta memakai tag ‘Pas Pelawat’
dan mengisi Buku Pelawat Am. Satu borang kebenaran masuk perlu diisi dan ditandatangani
oleh pihak pengurusan sekolah.
8.3.3 Murid-murid dilarang membawa keluarga/kawan-kawan dan orang luar masuk ke kelas tanpa
kebenaran pejabat/Guru Besar/GPK.
8.3.4 ‘Jurujual’ adalah dilarang sama sekali masuk ke Bilik Guru., lain-lain bilik di bangunan sekolah
tanpa kebenaran Guru Besar/GPK.

8.4. Kenyataan Media.
8.4.1 Guru-guru dan staf tidak dibenarkan sama sekali membuat sebarang kenyataan kepada media
mengenai apa jua perkara. Sila rujuk kepada Guru Besar.
8.4.2 Segala urusan surat mesyuarat perhubungan ke PPD/JPNJ/Kementerian Pelajaran mestilah
dibuat melalui dan salinan kepada Guru Besar atau mendapat kebenaran Guru Besar terlebih
dahulu.

9. PENUTUP
Risalah Panduan Guru/Staf ini merupakan dokumen rasmi yang perlu dibaca, diteliti, difahami, diikuti
dan dilaksanakan oleh semua warga SK Suka Menanti. Sila tandatangani akuan penerimaan.

24

10. SURAT PEKELILING IKHTISAS.

10.1 SPI Bil. 1/1972 Peraturan-Peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajar 1959 (Corporal

Punishment Guru Besar)

10.2 SPI Bi.l 5/1977 Tugas-Tugas Guru Dalam Cuti Penggal (Tidak Melebihi
10.3
10.4 Separuh)
10.5
10.6 SPI Bil. 3/1979 & Pakaian Guru Pendidikan Jasmani.
10.7
10.8 6/1985
10.9
10.10 SPI Bil. 4/1979 & Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah.
10.11
10.12 3/1985
10.13
10.14 SPI Bil. 3/1981 Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/ Waktu Luang (Free Period)
10.15
10.16 Oleh Guru-Guru. Waktu Tidak Mengajar Adalah Waktu Kerja

10.17 SPI Bil. 3/1983 & Pakaian Murid.
10.18
10.19 8/1985

SPI Bil. 4/1984 Perhimpunan Sekolah, Masa Dan Atur Cara, Bukan Tempat

Untuk Menjalankan Hukuman Memalukan.

SPI Bil. 5/1985 Rancangan Mencantikkan Dan Mengindahkan Sekolah.

SPI Bil. 8/1988 Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah.

SPI Bil. 12/1988 Larangan Menjalankan Jualan Terus Di Sekolah-Sekolah.

SPI Bil. 13/1988 Pendaftaran Murid/Pelajar Baru Dan Hari Pertama

Persekolahan.

SPI Bil. 1/1995 Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pendidikan jasmani Dan

Kokurikulum.

SPI Bil. 13/1998 Program Membina Minat Membaca.

SPI Bil. 8/1999 Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi Dan Balik

Sekolah.

SPI Bil. 12/1999 Penggunaan Buku Teks Dan Buku Latihan Aktiviti Yang

Diperakukan Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

SPI Bil. 3/1999 Penyediaan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran.
Rancangan Pelajaran Tahunan.
SPI Bil. 6/2000 Rancangan Pelajaran Harian.
SPI Bil. 4/2002 Hendaklah Diurus Dengan Sempurna Dan Dapat Dikemukakan
SPI Bil. 2/2003 Dengan Serta Merta Apabila Dikehendaki…..
*** Penalti : Guru Tidak Melebihi RM 5,000.00 / 3 Bulan
Penjara / Kedua-Duanya. Guru Besar Tidak Melebihi RM
500.00 / 3 Bulan Penjara/ Kedua-Duanya.
Menangani Masalah Keselamatan, Dadah Dan Gangster
Pelaksanaan Program Sekolah Selamat
Ke Arah Membudayakan Nilai Berterima Kasih

25

10.20 SPI Bil. 8/2007 Garis Panduan Pemakaian Pakaian Kokurikulum Di Hari
10.21 SPI Bil 7/2016 Persekolahan Dan Perhimpunan Bukan Kokurikulum
10.22 Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
10.23 SPI Bil. 8/2016 (Semakan 2017)
10.24 SPI Bil. 3/2008 Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan
SPI Bil. 3/1993 2017) Secara Berperingkat-Peringkat Mulai Tahun 2017
Mengundang Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah Dan
Penggunaan Premis Sekolah Oleh Pihak Sekolah
Pemakaian Tudung/ Mini Telekung Bagi Pelajar Perempuan

10.25 SPI Bil. 11/2011 Pemansuhan Bayaran Tambahan Persekolahan Di Sekolah
Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan

10.26 SPI Bil. 6/2016 Cuti Pada Hari Peperiksaan Awam Pentaksiran Pusat

10.27 SPI Bil. 3/2017 Garis Panduan Nilai Dan Etika Penggunaan Media Sosial Guru
10.28 SPI Bil. 1/2017 Dan Murid
Pemansuhan Kad Rekod Persekolahan

10.29 SPI Bil. 4/2008 Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah

Malaysia (SEGAK)

10.30 SPI Bil 2/2016 Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk

Murid Sekolah Malaysia (SEGAK)

10.31 SPI Bil 5/2016 Panduan Keselamatan Semasa Pengajaran Pendidikan

Jasmani Dan Kesihatan Serta Kegiatan kokurikulum Dan Sukan

Di Dalam Dan Di Luar Kawasan Sekolah

10.32 SPI Bil 1/2019 Panduan Pengurusan Rekod Sistem Kehadiran Murid Di

sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

10.33 SPI Bil 3/2019 SOP Penggunaan Kenderaan Sendiri Oleh Guru Untuk

Membawa Murid Bagi Urusan Rasmi KPM

10.34 SPI Bil 4/2017 Perbekalan Buku Teks kepada Guru Sekolah Rendah dan

Sekolah Menengah Di bawah Skim Pinjaman Buku Teks KPM

10.35 SPI Bil 7/2018 Pelantikan Guru Data Di Sekolah Kerajaan dan Sekolah

10.36 SPI Bil 1/2017 Bantuan Kerajaan KPM
Pemansuhan Kad Rekod Persekolahan (Pupil’s Cumulative

Record Card)

10.37 SPI Bil 10/2018 Pelaksanaan Pemakaian Kasut dan Stoking Berwarna Hitam

Oleh Murid Di Sekolah KPM

10.38 SPI Bil 4/1986 Panitia mata Pelajaran / Pengurusan Fail Panitia. Bertarikh 11

Januari 2019

10.39 SPI Bil 1/2018 Garis Panduan Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Sebagai

Sukarelawan Di dalam Kelas (SdK)

10.40 SPI Bil 5/2019 Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR)(Semakan 2017) Pendidikan Seni Visual dan KSSR

(Semakan 2017) Pendidikan Muzik Bagi Menggantikan Mata

Pelajaran Pendidikan Kesenian Mulai Tahun 2020

*** Sila rujuk link http://www.moe.gov.my/index.php/my/pekeliling/pekelilling-ikhtisas untuk merujuk surat-surat

pekeliling ikhtisas yang berkaitan bidang pendidikan.

Surat Siaran

1. KPM Bil 4 Tahun 2018: Pemansuhan Amalan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun Murid

Tahap 1 (Tahun 1,2 dan 3) Di Sekolah Rendah KPM Mulai Tahun 2019

2. LPM Bil 1/2014 : Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

3. SPAM Bil 1/2004 : Penggunaan Sistem Perakam Waktu Elektronik di bawah Agensi-Agensi Kerajaan

4. Surat Pekeliling Am Bil.11/1981: Sistem Pengunaan Kad Perakam Waktu (Punch Card) di Pejabat Kerajaan

26

ETIKA PERKHIDMATAN AWAM

Akan Sentiasa Taat Setia Kepada Yang Dipertuan Agong, Negara Dan Kerajaan
Contoh pelanggaran:

1. Bersubahat dengan musuh negara
2. Membocorkan rahsia kerajaan
3. Memburukkan serta memperkecilkan dasar kerajaan
4. Berlaun dalam ilem yang memburukkan kerajaan
Akan Sentiasa Melaksanakan Tugas Dengan Cermat, Bersungguh-Sungguh, Cekap, Jujur, Amanah, Dan
Bertanggungjawab
Contoh pelanggaran:
1.Kurang cekap atau kurang berusaha

a) gagal menguruskan penyata bank dan buku tunai dengan teratur
b) membuat bayaran tanpa disertakan dengan baucer, bil,resit dan invois
c) tidak berkebolehan dan terpaksa diarah sepanjang masa
2.Tidak jujur dan amanah
a) tidak melaporkan harta yang dimiliki olehnya atau ahli keluarga
b) membuat tuntutan palsu
c) tidak melaporkan hutang piutang yang berkaitan tugas guru
3.Tidak bertanggungjawab
a) menghasut pegawai lain supaya tidak bertugas dengan bersungguh-sungguh
b) bercuti semasa perkhidmatan amat diperlukan
c) tidak melaporkan kesalahan pegawai bawahannya yang berkaitan dengan tugas guru
Tidak Membelakangkan Tugas Awam Demi Kepentingan Peribadi
Contoh pelanggaran:
1. Menguruskan perniagaan atau pelaburan sendiri atau ahli keluarga dalam waktu pejabat
mengutamakan saudara-mara, rakan-rakan, atau orang yang rapat dengannya semasa menimbang
sesuatu permohonan
2. Menguruskan tender/sebut harga terdiri daripada saudara - maranya
3. Menggunakan waktu bekerja untuk urusan peribadi tanpa kebenaran ketua jabatan
Tidak Akan Berkelakuan Dengan Cara Yang Mungkin Menyebabkan Kepentingan Peribadi Bercanggah
Dengan Tugas Awam
Contoh pelanggaran:
1. Tidak mengelakkan dirinya daripada bergaul terlalu rapat dengan mereka yang jelas akan mendapat
keuntungan daripada tugas rasmiya
2. Tidak mengelak diri daripada menerima hadiah yang berharga daripada syarikat, ahli perniagaan atau
individu
3. Memproses, menimbang atau meluluskan sesuatu permohonan daripada ahli keluarganya

27

Tidak Berkelakuan Dengan Cara Yang Boleh Menimbulkan Syak Yang Munasabah Bahawa Pegawai
Telah Membiarkan Kepentingan Peribadinya Bercanggah Dengan Tugas Rasmi Sehingga Menjejaskan
Kegunaan Sebagai Penjawat Awam
Contoh pelanggaran:

1. 1.Tidak mengambil tindakan terhadap seseorang yang telah melanggar sesuatu peraturan dengan
tujuan mendapat ganjaran daripadanya

2. Berhutang dengan seorang lembaga pengarah yang syarikatnya ada memohon tanah untuk tapak kilang
di daerah yang berada di bawah petadbiran pegawai atau isteri pegawai adalah seorang ahli lembaga
pengarah syarikat tersebut

Tidak Akan Menggunakan Kedudukan Sebagai Penjawat Awam Sebagai Pegawai Awam Bagi Faedah
Diri Sendiri
Contoh pelanggaran :

1. menggunakan kenderaan jabatan sebagai kemudahan peribadi untuk pergi dan balik pejabat,
menhantar anak ke sekolah dan sebagainya

2. Menggunakan pengaruh kdudukan untuk mengubah lot tanah yang telah diluluskan kepada isterinya
sedangkan pegawai tidak diberi kuasa berbuat demikian

Tidak Akan Berkelakuan Dengan Cara Yang Boleh Memburuk Dan Mencemarkan Nama Perkhidmatan
Awam
Contoh pelanggaran :

1. Terlibat dengan penyalahgunaan dadah
2. Disabitkan atas kesalahan jenayah/mahkamah syariah
3. Berada dalam keterhutangan kewangan yang serius
4. Sengaja melengahkan kelulusan permohonan lesen daripada orang ramai
5. Bersikap kurang sopan seperti mabuk atau memarahi dan memaki orang ramai yang berurusan di

kaunter
Tidak Akan Membawa Sebarang Pengaruh Atau Tekanan Luar Untuk Menyokong Atau Memajukan
Tuntutan Diri Sendiri Atau Pegawai Lain Berhubung Dengan Perkhidmatan Awam
Contoh pelanggaran:

1. Meminta orang kenamaan untuk mnggunakan jasa baiknya mempengaruhi Lembaga Kenaikan Pangkat
2. Meminta bantuan ahli politik untuk menyokong permohonan bagi mendapatkan tanah kerajaan, rumah

atau jawatan
Tidak Ingkar Perintah Atau Berkelakuan Dengan Cara Yang Boleh Ditafsirkan Sebagai Ingkar Perintah
Contoh pelanggaran :

1. Membantah atau melawan pegawai atasan
2. Membawa keluar fail terperingkat jabatan tanpa kebenaran
3. Keluar negara atau urusan persendirian tanpa kelulusan
4. Mengambil bahagian aktif dalam politik tanpa kebenaran

28

Dasar Kurikulum Sekolah

SEKOLAH KEBANGSAAN SUKA MENANTI,
05150 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN.

1.0. LATAR BELAKANG
Kurikulum adalah ’core business’ bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini.
Penetapan dasar ini mengambil kira kehendak, keperluan dan matlamat Kementerian Pelajaran
Malaysia, aspirasi Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Setar serta
matlamat, hala tuju dan piagam pelanggan sekolah ini dan sebagai garis panduan kepada warga
Sekolah Kebangsaan Suka menanti dalam memberi khidmat yang berkualiti kepada semua murid yang
merupakan pelanggan. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru untuk mematuhi dasar-dasar yang
telah ditetapkan tanpa kompromi.

2.0. OBJEKTIF
Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan;
2.1. Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
2.2. Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.
2.3. Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Kementerian Pelajaran Malaysia,
Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dan Pejabat Pelajaran Daerah Kota Setar.

3.0 DASAR
3.1. Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem
dan dasar pendidikan kebangsaan.

3.2. Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian
Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dan Pejabat Pelajaran Daerah Kota
Setar.

3.3. Semua guru mesti dan bertanggungjawab mendapat maklumat terkini dalam pelbagai
cara yang sah dan beretika mengenai pendidikan dan kurikulum semasa untuk
mempastikan guru berada di dalam arus dan kehendak sistem pendidikan semasa agar
dapat memberi khidmat kepada setiap murid selaras dengan hak mereka sebagai
pelanggan.

3.4. Pada sebilangan masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya
program akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program
akademik hendaklah diberikan keutamaan.

4.0 MESYUARAT
4.1. Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat minimum 4 kali setahun mengikut standard
piawaian Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dan PPD
Kota Setar.

4.2. Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan.

4.3. Mesyuarat Panitia – minimum 4 kali setahun dan minit mesyuarat hendaklah siap
dan diedarkan kepada semua ahli dalam tempoh 14 hari bekerja dan difailkan ke dalam
fail panitia masing-masing.

4.4. Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan kepada semua guru minima 2 hari sebelum tarikh
mesyuarat dijalankan.

29

4.5. Kehadiran bagi setiap mesyuarat adalah wajib kecuali dengan pelepasan dan kebenaran Guru
Besar sahaja.

5.0 SISTEM FAIL
5.1. Jenis fail diselaraskan kepada “hard file” bersais 40mm.

5.2. Nama fail hendaklah dilabel secara melintang pada tetulang fail dan nombor rujukan fail
hendaklah dilabel pada kulit hadapan fail dibucu atas sebelah kanan dan nombor rujukan
fail hendaklah selaras dengan nombor dari buku daftar fail sekolah.

5.3. Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Penolong Kanan Pentadbiran.

5.4. Semua fail panitia diletakkan di bilik Penolong Kanan Pentadbiran / Bilik Mesyuarat, ketua
panitia hanya menyimpan salinan fail sebagai “desk copy”.

5.5. Pihak sekolah diberi kuasa untuk menentukan bilangan fail bagi setiap panitia.
Sebagai contoh setiap panitia mempunyai 7 fail (6 fail keras dan 1 fail putih) sebagaimana
berikut;
Fail 1. Fail Induk - Fail Rasmi / Fail Putih Pejabat
a. Surat menyurat
b. Minit mesyuarat panitia bersama surat iringan
Fail 2. Sukatan Pelajaran - Fail Folder / Kulit Keras
a. Sukatan Pelajaran
b. Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi (DSKP)
c. Rancangan Pelajaran Tahunan
d. Senarai buku rujukan guru/murid
e. Plan Akademik Negeri semasa
Fail 3. Fail Program Kecemerlangan - Fail Folder / Kulit Keras
a. Perancangan Strategik, Perancangan Taktikal dan Perancangan Operasi

b. Perancangan program Peningkatan Akademik

c. Perancangan Tahunan Program Kecemerlangan/ Panitia

Fail 4. Fail Pentaksiran dan Penilaian - Fail Folder / Kulit Keras
a. Analisis keputusan peperiksaan awam dan peringkat sekolah
b. Analisis pencapaian mata pelajaran dalam peperiksaan awam dan sekolah
c. Headcount
d. Postmortem / Audit Akademik

Fail 5. Fail Penyeliaan- Fail Folder / Kulit Keras
a. Jadual pencerapan
b. Laporan pencerapan P dan P oleh pencerap
c. Tindak ikut pencerapan

Fail 6. Fail Pemeriksaan Buku Rampaian - Fail Folder / Kulit Keras
a. Jadual pemeriksaan buku rampaian
b. Laporan pemeriksaan buku rampaian/buku kerja/buku nota

Fail 7. Fail Maklumat Guru Mata Pelajaran- Fail Folder / Kulit Keras
a. Maklumat peribadi guru
b. Jadual waktu mengajar guru
c. Carta organisasi panitia

6.0 MATA PELAJARAN YANG DILULUSKAN

6.1. Sistem KSSR :

Modul Teras Asas : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan

Islam, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

Sejarah, Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Modul Teras Tema : Dunia Seni Visual, Dunia Sains dan Teknologi dan Dunia

Muzik

Modul Elektif : Bahasa Arab.

6.2. Perhimpunan Rasmi (Ahad) adalah bukan mata pelajaran ajar. Kehadiran semua

guru semasa perhimpunan rasmi adalah wajib sehingga perhimpunan selesai

kecuali atas kebenaran Guru Besar.

30

7.0 SUKATAN PELAJARAN, DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PRESTASI
(DSKP) RANCANGAN TAHUNAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN SERTA
PENGURUSAN BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR
7.1. Sukatan Pelajaran dan DSKP terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia hendaklah diperoleh dan disimpan dalam fail panitia dan oleh
setiap guru.
7.2. Semua Rancangan Tahunan hendaklah disiapkan/lengkapkan tidak lewat dari 31
Januari tahun berkenaan.
7.3. Rancangan Tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar.
7.4. Rancangan Pelajaran Harian mengandungi sekurang-kurangnya 5 perkara asas;
i) Standard Pembelajaran/Tajuk
ii) Objektif pembelajaran
iii) Aktiviti
iv) Catatan PdP PAK 21/I-Think/EMK/Penilaian pembelajaran
v) Refleksi
7.5. Rekod Pengajaran Pembelajaran hendaklah dihantar setiap hari Khamis pada
setiap minggu tanpa gagal.
7.6. Semua guru mesti membawa buku rekod persediaan mengajar, rancangan
tahunan dan sukatan pelajaran setiap kali masuk ke kelas untuk tujuan pengajaran
dan pembelajaran
7.7 Rancangan Pengajaran Harian hendaklah disediakan walaupun guru menghadiri
kursus, perancangan yang disediakan akan djalankan oleh guru yang diarahkan
mengganti bagi kelas dan mata pelajaran tersebut.
7.8 Menghabiskan Sukatan;
i) Sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum peperiksaan akhir tahun bagi tahun
semasa.
ii) Tahun 6, minggu pertama bulan Mei bagi tahun semasa
7.9. Pendidikan Khas – kaedah pengajaran hendaklah kepada student centered /
berpusatkan murid berdasarkan keperluan murid khas itu sendiri.
7.10. Kelas Prasekolah – hendaklah diajar mengikut Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan

8.0 JADUAL WAKTU
8.1. Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut SPI KPM Bilangan 8 Tahun 2016
“Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) Secara
berperingkat- peringkat mulai tahun 2017”
8.2. Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan
sekolah dengan persetujuan mesyuarat kurikulum dan dilaksanakan diluar jadual
waktu rasmi.
8.3. Dasar pengagihan mata pelajaran – keutamaan kepada guru opsyen dan
kepakaran guru.
8.4. Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 28 waktu seminggu tidak
termasuk perhimpunan dan bergantung kepada pengisian waran layak bagi tahun
semasa.
8.5 Setiap guru mesti menandatangani buku Laporan Keberadaan Guru Di dalam Bilik
Darjah setelah selesai PdP untuk mematuhi Program Melindungi Masa Instruksional
(MMI).

9.0 GURU GANTI
9.1. Mana-mana guru yang CRK/ berkursus perlu merekod dan memaklumkan
kepada Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran atau Ketua Pembantu Tadbir serta
mencatat pada papan notis dan Buku Pergerakan Staf.
9.2. Guru yang dipanggil berkursus dengan surat panggilan diterima awal
digalakkan menjual waktu kepada guru-guru lain dengan membuat tawaran.
9.3. Mencari pengganti terlebih dahulu.
9.4. Menyediakan bahan untuk pengajaran guru ganti.
9.5. Menggantikan Pelajaran yang tertinggal pada masa lain.
9.6. Penyediaan Guru Ganti disediakan dan direkod oleh Penyelaras Jadual Waktu.

31

10.0 WAKTU PERSEKOLAHAN

i. Tahap 1 : 7.45 pagi hingga 1.15 petang.
Ahad – Selasa

Rabu & Khamis : 7.45 pagi hingga 12.45 petang

ii Tahap 2

Ahad : 7.45 pagi hingga 1.45 petang

Isnin, Selasa & Khamis : 7.45 pagi hingga 1.15 petang

Rabu : 7.45 pagi hingga 1.15 petang (PdpC seperti biasa)

: 1.15 petang hingga 2.15 petang (Aktiviti Kokurikulum)

* Waktu boleh berubah mengikut keperluan atau situasi semasa dan akta / pekeliling ikhtisas yang
berkuatkuasa semasa. Pelajar perlu berada di sekolah sebelum 7.30 pagi.

11.0 PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN/PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
11.1 UPSR dan PBD
11.1.1 Bagi murid di tahun 6 semua murid adalah berhak dan layak menduduki
UPSR mengikut jadual dan kertas soalan yang ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia.

11.1.2 Murid Tahun 1 hingga Tahun 6 dinilai melalui Pentaksiran Bilik Darjah oleh
guru mata Pelajaran menggunakan instrumen dan borang-borang yang
dikhususkan bagi setiap mata pelajaran. Tahap Penguasaan dan eviden
pentaksiran hendaklah difurus secara sistematik dan dapat ditunjukkan apabila
diminta oleh pihak berkenaan.

11.1.3 Pelaporan PBD dilaksanakan 2 kali setahun. Fasa pertama bulan Jun dan
Fasa kedua pada bulan Oktober tahun semasa.

11.2 Format Peperiksaan

11.2.1. JSU disediakan untuk menentukan standard pembelajaran dan aras kognitif

soalan yang hendak diuji.
11.2.2. Masa mengikut Kertas Sebenar Peperiksaan Awam.
11.2.3. Format – mengikut format soalan kertas peperiksaan awam.
11.2.4. Semua pengendalian mengikut Standard Peperiksaan Sebenar.

11.3 Jadual Pengawasan
11.3.1 Disediakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran & Setiausaha Peperiksaan
Dalaman.
11.3.2. Jadual pengawasan mengikut jadual peribadi.
11.3.3. Masa adalah mengikut keperluan peperiksaan awam.

11. 3 Rekod Markah
11.3.1. Markah peperiksaan direkodkan ke dalam Buku Persediaan Mengajar.
11.3.2. Markah peperiksaan dimasukkan ke dalam Sistem SAPS secara atas

talian mengikut tarikh yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia,
JPN Kedah atau PPD Kota Setar.
11.3.3 Slip keputusan atau Buku Rekod PKSR dilengkapkan dan diserahkan kepada
semua ibubapa murid bagi Peperiksaan Semester 1 dan 2.

32

11.4 Julat Markah/Gred/Catatan pencapaian UPSR

Jualat Markah Gred Catatan Pencapaian
80 - 100 A Cemerlang
65 - 79 B Baik
50 - 64 C Memuaskan
40 - 49 D Mencapai Tahap Minimum
0 - 39 E Belum Mencapai Tahap Minimum

11.5 Jadual Spesifikasi Ujian

11.5.1. Semua penyedia soalan ujian / peperiksaan penggal diminta menyediakan JSU
mengikut tahap kesukaran yang logik untuk para murid cemerlang.

11.5.2. JSU yang disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian pada ujian berikutnya.
11.5.3. Bagi soalan objektif – analisis Item mesti disediakan setiap kali selepas ujian

/ peperiksaan.
11.5.4. Semua soalan mesti disahkan oleh Ketua Panitia / Guru Kanan dan

Penolong Kanan Pentadbiran sebelum dicetak.

11.6 Post Mortem Untuk Peperiksaan
11.6.1. Post Mortem secara bertulis disediakan oleh Ketua Panitia setiap

kali keputusan Peperiksaan Pertengahan tahun, Percubaan PSR dan
Peperiksaan Akhir Tahun
11.6.2. Kekuatan dan kelemahan hendaklah dikenal pasti secara individu.
11.6.3. Setiap guru ada fail murid cemerlang dan murid kritikal untuk diambil
tindakan sewajarnya.
11.6.4. Maklumat terperinci murid berkenaan perlu disalurkan kepada PK1, HEM
dan Kaunselor Sekolah.

11.7. Pentaksiran Berasaskan Sekolah
11.7.1 Semua Ketua Panitia perlu memastikan perlaksanaan PBS mengikut kaedah

pentaksiran yang sesuai dan tempoh pelaksanaan yang ditetapkan.
11.7.2 Mana-mana murid yang berpindah perlu dipastikan fail PBS dibawa

bersama untuk mengelak masalah di sekolah baru murid berkenaan.
11.7.3 Dokumentasi berkaitan PBS hendaklah difailkan ke dalam fail berkaitan serta

boleh dikemukakan dengan serta merta apabila diminta oleh pencerap
dalaman atau dari JPN, PPD dan Jemaah Nazir untuk tujuan pencerapan
dan pemantauan tanpa gagal.
11.7.4 Isi kandungan fail berkaitan PBS adalah sebagaimana format dan
tatacara pengurusan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia
yang telah didedahkan kepada semua guru melalui kursus anjuran Jabatan
Pelajaran Negeri Kedah dan Pejabat Pelajaran Daerah Kota Setar serta melalui
kursus dalaman anjuran sekolah. Format atau tatacara pengendalian fail PBS
adalah sebagaimana yang telah didedahkan oleh Guru Besar (Format tersebut
boleh dimuat turun dari menu muat turun "Rupa & Isi Fail PBS).

12.0 PEMANTAUAN / PENCERAPAN
12.1. Pengajaran dan Pembelajaran
12.1.1. Pengajaran dan Pembelajaran Guru/ murid di bilik darjah akan dicerap 2 kali dalam
setahun secara rasmi.
12.1.2. Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar dan penolong-penolong Kanan.
12.1.3. Jadual Induk pencerapan akan dikeluarkan setiap tahun.
12.1.3. Guru dinasihat berbincang untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai
untuk dicerap.
12.1.4. Ketua-ketua Panitia juga digalakkan mencerap guru-guru di bawah panita masing-
masing.
12.1.5. Semua Penolong Kanan dan Guru Kanan / Ketua Panitia akan dicerap oleh Guru Besar.

33

12.2 Pengurusan Panitia
12.2.1. Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Ketua

Panitia Mata pelajaran berkenaan.
12.2.2. Penolong Kanan akan menyelia semua panitia 2 kali setahun.
12.2.3. Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak dari masa ke semasa dan

diletakkan di bilik Penolong Kanan Pentadbiran.
12.2.4. Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal,dan

Pelan Operasi.
12.2.5. Semua Panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan TOV, ETR

Kohort tertentu. Ini termasuk mengambil kira OTI dan headcount murid.
12.2.6. Ketua Panitia bertanggungjawab menyediakan Anggaran Belanjawan Tahunan

bagi tahun berikutnya.
12.2.7 Ketua Panitia perlu memastikan panitia di bawah mereka mbelanjakan peruntukan

PCG secara berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.

12.3 Bilik-bilik Khas
12.3.1. Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang
bertanggungjawab berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Sekolah.

12.3.2. Penyeliaan adalah seperti berikut;
- Surau
- Bengkel RBT
- Bilik Sains
- Makmal Komputer
- Bilik PSS/ABM
- Bilik SPBT
- Bilik Peralatan Pendidikan Jasmani
- Bilik Pemulihan Khas
- Bilik Kaunseling
- Bilik Kesihatan
-Surau
-Bilik Guru
-Bilik Muzik

12.3.3. Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa
mesti disediakan.

12.3.4. Arahan keselamatan, peraturan dan prosedur penggunaan perlu
dipaparkan dengan jelas bagi setiap bilik khas.

12.3.5. Bilik-bilik khas hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan yang kondusif,
selamat dan sesuai sebagai fungsi bagi setiap bilik khas itu sendiri.

12.4. Jawatankuasa Pemantauan (PKB)
12.4.1. Guru Besar.
12.4.2. Penolong Kanan Pentadbiran.
12.4.3. Penolong Kanan HEM.
12.4.4. Penolong Kanan Ko Kurikulum.

12.5. Penyeliaan Buku Latihan Murid
12.5.1. Tugasan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan 2 kali setahun

bagi memastikan penyemakan dilakukan secara konstruktif.
12.5.2. Semua guru akan menyerahkan secara rawak 10 buah buku dari setiap

kelas yang diajar untuk semakan jawatankuasa.

34

13.0. ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA
13.1 Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat

Kewangan Sekolah.
13.2. Setiap Panitia dikehendaki menyediakan anggaran perbelanjaan tahun berikutnya

dengan
mengisi Lampiran PK 14/1 bagi mengemukakan cadangan pembelian buku
dan peralatan bantu mengajar kepada Penolong Kanan Pentadbiran seminggu
sebelum cuti akhir tahun persekolahan semasa.
13.3. Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan
mesti mengikut Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.
13.4. 10 % peruntukan untuk tahun berkenaan perlu direzab untuk pembelian ABM bagi
kegunaan awal tahun.
13.5. Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang suwa
yang diturunkan.

14.0. BUKU TEKS, PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN
14.1 Buku teks yang dibekalkan dimaksimumkan penggunaannya.
14.2 Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun.
14.3 PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu P & P bagi mata pelajaran

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab bagi Program NILAM.
14.4 Bagi mata pelajaran selain dari bahasa dibenarkan masuk ke PSS dengan

tujuan pengajaran berfokus dan rujukan sekiranya telah dirancang di dalam Buku
Persediaan Mengajar dan Bilik PSS telah ditempah terlebih dahulu.
14.5 Kebenaran khas diberi waktu ketiadaan guru, guru ganti dibenarkan
membawa murid ke PSS untuk mencari maklumat atau menonton video
berkaitan pembelajaran tetapi
hendaklah secara terancang dan terkawal.
14.6 Program NILAM Pusat Sumber akan diselia sepenuhnya oleh guru-guru Bahasa.
14.7 Penyemakan buku NILAM murid dilakukan 2 kali setahun oleh guru Bahasa.
14.8 Jadual Penyemakan akan dikeluarkan oleh Guru Media atau Penyelaras PSS.
14.9 Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia.

15.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK
15.1 Semua program utama yang berlangsung dalam P & P dibuat
berdasarkan keperluan panitia.
15.2 Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik
yang bertunjang ke arah kecemerlangan murid.
15.3 Jawatankuasa Kecemerlangan akademik adalah nadi membantu semua
Panitia dalam
merancang dan melaksana program akademik.
15.4 Panitia diminta mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk program
akademik panitia.
15.5. Penglibatan semua Penolong Kanan dan Ketua Panitia adalah wajib
bagi penyelarasan Program Akademik.

16.0. PERKEMBANGAN STAF
16.1. Kursus Dalaman
16.1.1 Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas
kepada Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran apabila pulang
berkursus menggunakan format minit curai.

16.1.2. Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan
dan budi bicara Guru Besar dan Penolong Kanan apabila dirasakan perlu
atau atas arahan penganjur kursus.

16.1.3. Bahan edaran kursus adalah aset sekolah, guru menyimpan salinan untuk
keperluan sendiri dan guru lain.

35

16.2. Kursus Perkembangan Staf / Konsultasi
16.2.1 Dirancang mengikut permintaan guru berdasarkan keperluan kursus dalam

LNPT guru.
16.2.2 Lawatan ke sekolah yang cemerlang diadakan dalam kumpulan yang kecil

untuk mendapatkan maklumat dan perkongsian pintar.
16.2.3 Lawatan boleh diadakan oleh panitia.

16.3. Bahan-bahan Ilmiah Kursus
16.3.1. Diperbanyak untuk keperluan guru lain.
16.3.2. Disimpan untuk rujukan panitia

17.0 Professional Learning Community (PLC) / KAJIAN TINDAKAN
17.1 Semua Panitia mata pelajaran disarankan membuat satu kajian tindakan
setiap tahun.
17.2 Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke jabatan untuk
Penyertaan sekolah.

18.0 DASAR PENGGUNAAN KERTAS UNTUK P& P DAN PEPERIKSAAN
18.1. Guru-guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan dengan menggunakan
Font Century Gothic 10 bagi Tahap 1 dan Times New Roman 10 bagi Tahap 2 dan
set-up kertas left & right 1.5 dan top & bottom pada 1.5

18.2 Percetakan lembaran kerja dan kertas soalan menggunakan mesin fotostat
yang disewa/dihantar ke kedai fotostat.

19.0. TARGET PEPERIKSAAN AWAM DAN DALAMAN
19.1 Pentaksiran Bilik Darjah-semua murid mencapai Tahap Minima dalam setiap mata
pelajaran.

19.2 UPSR – mengikut unjuran yang telah ditetapkan oleh sekolah.

20.0. PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK
20.1 Meningkatkan penyertaan dalam pertandingan berbentuk akademik di
peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan.

20.2. Guru-guru dan murid juga digalakkan mengambil bahagian dalam
pertandingan yang dianjurkan oleh agensi-agensi luar ke arah memartabatkan
nama sekolah.

21.0. PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM
21.1. Penentuan dasar yang ditetapkan tidak akan berubah sehingga berlaku
keperluan pendidikan negara.

21.2. Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keputusan
pentadbir melalui mesyuarat pengurusan dan mesyuarat kurikulum.

36

37

38

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

1.0 Tujuan
Garis panduan ini bertujuan untuk memberi penjelasan tentang kaedah pelaksanaan
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) seiring dengan pemansuhan amalan peperiksaan
pertengahan tahun dan akhir tahun bagi murid Tahap I di semua sekolah rendah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai tahun 2019.

PBD merupakan kaedah pentaksiran yang bersifat autentik dan holistik, serta lebih
berfokus kepada perkembangan dan pembelajaran murid, dan bukan lagi berorientasikan
peperiksaan. PBD juga dapat mewujudkan budaya pembelajaran yang lebih
menyeronokkan dan bermakna.

Pemansuhan amalan peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun di Tahap I adalah
untuk membolehkan guru memberikan lebih penumpuan terhadap PdP yang dapat
membina karakter dan sahsiah murid dan amalan nilai rutin harian. Pelibatan ibu bapa juga
penting dalam usaha menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan bebas
tekanan kepada murid di peringkat awal usia persekolahan.

2.0 Tafsiran PBD Tahap I
PBD merupakan sebahagian daripada PdP di dalam bilik darjah dan dijalankan secara
berterusan. PBD secara sumatif dalam bentuk peperiksaan pertengahan dan akhir tahun
diganti dengan aktiviti pentaksiran berupa projek mudah, kuiz, permainan, main peranan
dan bercerita. Hasil kerja murid dinilai sebagai bahan pentaksiran yang dijalankan dalam
PdP

3.0 Objektif Pelaksanaan PBD
Pelaksanaan PBD bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang perkembangan dan
kemajuan pembelajaran, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid supaya tindakan
susulan yang sesuai sama ada untuk meningkatkan atau memperbaiki pembelajaran murid
dapat diambil secara serta-merta. Di samping itu, PBD dapat memberi maklum balas
tentang keberkesanan pengajaran guru

39

4.0 Aktiviti PdP Yang Melibatkan PBD
4.1 PBD dilaksanakan melalui aktiviti PdP yang berikut:
4.1.1 Projek Mudah
4.1.2 Bercerita
4.1.3 Permainan
4.1.4 Main Peranan
4.1.5 Kuiz

4.2 Guru mata pelajaran boleh berbincang dan merancang dengan guru mata pelajaran
lain untuk melaksanakan aktiviti PdP. Aktiviti boleh menggabungkan kandungan
daripada dua atau lebih mata pelajaran.

4.3 Guru juga boleh menjalankan PBD dalam bentuk aktiviti lain yang sesuai.

5.0 Kaedah Pelaksanaan PBD
PBD dilaksanakan dalam semua mata pelajaran dalam proses PdP harian dan secara
berterusan. PBD dilaksanakan secara formatif dan sumatif mengikut keupayaan dan
keperluan murid. Berikut adalah kaedah pelaksanaan PBD:
5.1 Merancang PdP dan kaedah pentaksiran dengan meneliti dan
memahami kandungan dalam DSKP.

5.2 Melaksanakan PBD untuk mengumpul maklumat melalui pelbagai kaedah
pentaksiran.

5.3 Membina instrumen PBD berasaskan keperluan dan pembelajaran murid
seperti:
5.3.1 Senarai semak
5.3.2 Soal-selidik
5.3.3 Lembaran kerja
5.3.4 Rekod berterusan
5.3.5 Skala kadar
5.3.6 Ujian (lisan/bertulis)

5.4 Merekod dan menganalisis penguasaan murid untuk tindakan susulan.
5.5 Melapor tahap penguasaan dan perkembangan murid sekurang-

kurangnya dua kali setahun.

6.0 Pelaksanaan Pemulihan
Murid Tahap I yang mempunyai kesukaran untuk menguasai kemahiran membaca, menulis dan
mengira dikenal pasti dan diberi pemulihan yang bersesuaian. Pihak sekolah diberi autonomi untuk
melaksanakan pemulihan mengikut kesesuaian di peringkat sekolah. Sekolah boleh menggunakan

40

instrumen yang bersesuaian seperti instrumen LINUS sedia ada atau senarai semak untuk
mengenal pasti tahap penguasaan murid.
7.0 Peranan Guru Dalam PBD

7.1 Guru menentukan objektif pembelajaran berdasarkan Standard Pembelajaran,
merancang dan membina instrumen PBD berdasarkan Standard Prestasi,
melaksanakan pentaksiran, merekod hasil pentaksiran, menganalisis maklumat
pentaksiran, membuat tindakan susulan dan melaporkan perkembangan
pembelajaran murid.

7.2 Guru hendaklah memastikan terdapat perkembangan dalam pembelajaran murid.
Setiap murid dibimbing untuk mencapai sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3.
Walaubagaimanapun, guru juga perlu membuat perancangan dan pelaksanaan untuk
memastikan pengembangan potensi semua murid bagi mencapai tahap optimum.

7.3 Guru mentaksir murid secara holistik berdasarkan aspek pengetahuan,
kemahiran dan nilai secara berterusan melalui pelbagai kaedah seperti
pemerhatian, latihan, respons murid secara lisan dan kerja projek. Guru
hendaklah menggalakkan murid melaksanakan pentaksiran rakan sebaya atau
secara kendiri.

7.4 Guru boleh menyimpan hasil kerja murid, dalam bentuk lembaran kerja, kertas ujian
atau buku latihan dan/atau dalam bentuk objek/maujud sebagai bahan bukti untuk
menunjukkan perkembangan penguasaan murid kepada pihak yang berkepentingan
seperti pentadbir dan ibu bapa.

7.5 Guru hendaklah sentiasa berbincang dengan rakan sejawat tentang
perkembangan dan kemajuan murid dalam pembelajaran serta kaedah PdP yang
sesuai untuk meningkatkan tahap penguasaan murid.

7.6 Guru menentukan Tahap Penguasaan murid berdasarkan pengetahuan,
pengalaman, tanggungjawab profesional guru dan hasil pentaksiran murid.

7.7 Guru menyediakan Pelaporan Tahap Penguasaan murid untuk dimaklumkan
kepada murid dan ibu bapa mengenai tahap pembelajaran murid untuk tindakan
susulan.

41

7.8 Guru perlu memberikan ulasan perkembangan murid seperti kemahiran, sikap
dan nilai pada ruangan ulasan guru dalam templat pelaporan untuk
menggambarkan profil murid secara menyeluruh.

8.0 Penyimpanan Rekod PBD
Rekod PBD yang telah disediakan boleh disimpan oleh guru dan pihak sekolah untuk
tujuan pelaporan atau tindakan susulan. Hasil kerja murid boleh disimpan dalam bentuk
digital, cetakan atau apa-apa bentuk yang bersesuaian untuk rujukan guru dan pihak
sekolah.

9.0 Penjaminan Kualiti PBD
Penjaminan kualiti PBD adalah tanggungjawab sekolah. Pentadbir perlu menjalankan
penjaminan kualiti di peringkat sekolah untuk memastikan kelancaran dan ketepatan
pelaksanaan pentaksiran dalam bilik darjah

10.0 Penutup
Guru boleh mendapat maklumat mengenai PBD dengan merujuk Panduan Pelaksanaan
Pentaksiran Bilik Darjah terbitan tahun 2018 yang boleh dimuat turun dari laman
sesawang Bahagian Pembangunan Kurikulum (http://bpk.moe.gov.my).
PBD merupakan proses berterusan dalam PdP yang bertujuan untuk melahirkan murid
secara holistik yang menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai ke arah kemenjadian
murid seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Keberkesanan
dan kejayaan pelaksanaan PBD adalah hasil daripada komitmen guru, sokongan dan
bimbingan semua pihak yang terlibat iaitu pihak pentadbir sekolah, PPD, JPN dan ibu
bapa.

42

PANDUAN PELAKSANAAN PENJAMINAN KUALITI PBS DI SEKOLAH

Penjaminan Kualiti Dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Penjaminan kualiti adalah piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis
panduan yang ditetapkan. Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PBS dilakukan melalui
PEMENTORAN, PEMANTAUAN, PENYELARASAN dan PENGESANAN oleh personel di peringkat
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) dan sekolah. Keempat-empat komponen ini dijalankan secara formal mengikut jadual
yang ditetapkan atau secara informal mengikut keperluan KPM/JPN/PPD/Sekolah.

Penjaminan kualiti merupakan elemen yang sangat penting yang perlu diitikberatkan terutama dalam
pelaksanaannya di sekolah. Oleh itu, berikut adalah panduan bagaimana pelaksanaan keempat-
empat elemen penjaminan kualiti yang boleh dijalankan di sekolah. Pelaksanaan penjaminan kualiti
di sekolah sehingga setakat ini adalah pada tahap yang lemah dan diharapkan dengan rencana
ringkas ini dapat memberikan sedikit gambaran kepada warga sekolah bagaimanakah
pengoperasian penjaminan kualiti boleh dilaksanakan.

PEMENTORAN
1. Sediakan Jadual Pelaksanaan / Takwim Pementoran untuk semua komponen PBS.
2. Pastikan setiap aktiviti dirancang dilaksanakan. Sentiasa berhubung dengan Setiausaha

LADAP.
3. Jadual Pelaksanaan dan Laporan Aktiviti Pementoran semua komponen PBS (cetakan)

diserahkan kepada Guru Kanan / Ketua Panitia dilantik untuk difailkan.
4. Guru Kanan yang memegang fail ini perlu mengingatkan serta bertanya apa-apa pelaporan

dari unit terlibat untuk dikumpulkan.

Jenis-Jenis Pementoran (Contoh)
1. Taklimat Oleh SU PBS Kepada Guru-Guru (UMUM PBS)
2. LADAP 7 Hari (UMUM PBS)
3. Taklimat Oleh Pengetua / Guru Besar Kepada Semua Guru (UMUM PBS)
4. Taklimat Oleh PK Kokurikulum (PAJSK)
5. Taklimat Oleh Kaunselor (PPSI)
6. Perbincangan Tidak Formal Antara Guru-Guru Berkaitan Dengan PdP, Kandungan Mata

Pelajaran, Pemetaan Mata Pelajaran, Modul Perekodan dDan Lain-Lain
7. Mesyuarat Contact Time, Mesyuarat Panitia Mata pelajaran.
8. Bimbingan Dan Bengkel Kepada Guru-Guru Berkaitan Instrumen, Penulisan Ringkasan Mata

Pelajaran.
9. Latihan Pemeriksaan Item Oleh Ketua Panitia Kepada Guru-Guru Mata Pelajaran Yang Lain
10. Bengkel Penyelarasan Skor Kepada Guru-Guru Mata Pelajaran.

PEMANTAUAN
1. Sediakan Jadual Pemantauan Bagi Semua Komponen PBS dan jenis pemantauan yang akan

Dibuat
2. Pastikan pelaksanaan pemantauan dijalankan
3. Pelaporan bercetak bagi jadual kerja dan aktiviti pemantauan setiap komponen PBS diserahkan

kepada Guru Kanan Atau Ketua Panitia dilantik untuk difailkan

43

4. Guru Kanan/Ketua Panitia yang memegang bahagian Ini bertindak sebagai orang yang
memastikan aktiviti yang dirancang dijalankan dan mengumpul pelaporan setiap komponen PBS
(Ingatkan Setiap Pemegang Komponen PBS Di Sekolah )

Jenis-Jenis Pemantauan (Contoh)
1. Pentaksiran Sekolah – Personel Pemantau – Pengetua, PK1, Guru Kanan, Ketua Panitia
A. Pemantauan PdP /Pencerapan Klinikal Guru
B. Pemantauan Buku Ringkasan Mengajar Guru/Modul Perekodan Manual Guru
C. Pemantauan Pengisian Prestasi Band Pelajar Di Komputer Khas
D. Pemantauan Buku Tulis/Buku Aktiviti/Instrumen Untuk Melihat Evidens

*** Semua Jenis Pemantauan di atas Ini boleh disekalikan dalam satu sesi pemantauan

Cadangan Instrumen Digunapakai : Standard 4 SKPMg2, Instrumen JNJK, Instrumen Daripada
SPA Atau Instrumen Yang Dibina Sendiri Oleh Sekolah

2. Pentaksiran Pusat (UPSR) - Personel Pemantau – LPM, JPN, PPD

3. Pentaksiran Aktiviti Sukan, Jasmani Dan Kokurikulum (PAJSK) - Personel Pemantau –
Pengetua / Guru Besar, Penolong Kanan Kokurikulum, Setiausaha Sukan dan mereka yang
dilantik.
a) Pemantauan Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum mengikut jadual pemantauan yang
ditetapkan Sekolah

b) Pemantauan Pelaksanaan Ujian Segak
*** Personel Pemantauan Dilantik Terlebih Dahulu
Cadangan Instrumen : Instrumen JNJK / Instrumen Bahagian Koku Dan Kesenian /
Dibina sendiri oleh sekolah

4. Psikometrik – Personel Pemantau – Pengetua / Guru Besar, Penolong Kanan Hem, Guru
Bimbingan Dan Kaunseling/ Kaunselor
a) Pentaksiran Psikometrik Tahun 6
Cadangan Instrumen : Instrumen JNJK / Instrumen BPSH / Dibina Sendiri Oleh Sekolah

PENYELARASAN
i. Sediakan Jadual Pelaksanaan / Takwim Penyelarasan Untuk Semua Komponen PBS.
Contoh : 2 Kali Setahun Berdasarkan Peperiksaan Pertengahan Tahun Dan Peperiksaan
Akhir Tahun.
ii. Pastikan Setiap Aktiviti Dirancang Dilaksanakan.
iii. Jadual Pelaksanaan Dan Laporan Aktiviti Penyelarasan Semua Komponen Pbs (Cetakan)
Diserahkan Kepada Guru Kanan / Ketua Panitia Dilantik Untuk difailkan.

iv. Guru Kanan/Ketua Panitia Yang Memegang Fail Ini Perlu Mengingatkan Serta Bertanya Apa-
apa Pelaporan Dari Unit Terlibat Untuk Dikumpulkan.

44

Jenis-Jenis Penyelarasan (Contoh)
1. Penyelarasan Tugasan Dibuat Untuk Semua Guru Dalam Satu Sekolah. Contoh : Mesyuarat
Jawatankuasa PBS Akan Menentukan Hala Tuju Dan Matlamat Sekolah Dalam Sesuatu
Dasar.
i. Keselarasan dalam penulisan buku ringkasan mengajar, bila perlu dihantar, dan
Kepada siapa perlu dihantar. (PS)
ii. Setiap guru perlu melengkapkan modul perekodan dengan kekerapan menanda
Prestasi murid samada dalam bentuk band/tahap penguasaan. (PS)
iii. Semua guru yang terlibat dalam PAJSK perlu melengkapkan pelaporan PAJSK dan
segak (PAJSK)
iv. Keselarasan dalam penentuan personel yang terlibat dalam pelaksanaan psikometrik
dll. (PPSI)

2. Penyelarasan skor dalam kalangan guru-guru mata pelajaran
(mohon bantuan sisc+, guru cemerlang, pemeriksa kertas dan mereka yang ada pengalaman
tentang penyemakan kertas dan pemberian skor ) jika sekolah tiada kemudahan personel ini.
Contoh : dibuat 2 kali setahun untuk kertas soalan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun
(perlu ada jadual) (PS)

Penyelarasan instrumen yang diguna pakai - dibina sendiri oleh guru, diambil daripada buku
aktiviti atau sumber internet dan lain-lain.
*** instrumen penyelarasan boleh menggunakan instrumen daripada PPD ,LP atau JNJK.

PENGESANAN
1. Sediakan jadual pengesanan bagi semua komponen pbs dan jenis pengesanan yang akan

dibuat
2. Pastikan pelaksanaan pengesanan dijalankan
3. Pelaporan bercetak bagi jadual kerja dan aktiviti pengesanan setiap komponen pbs diserahkan

kepada guru kanan atau ketua panitia dilantik untuk difailkan
4. Guru kanan/ketua panitia yang memegang bahagian ini bertindak sebagai orang yang

memastikan aktiviti yang dirancang dijalankan dan mengumpul pelaporan setiap komponen
PBS.

Jenis-jenis pengesanan (contoh)
1. Pengesanan terhadap instrumen yang digunapakai guru sebagai latihan bertulis di dalam

kelas.
2. Pengesanan terhadap kertas soalan peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir

tahun.
3. Pengesanan samada instrumen yang guru bina atau ambil daripada mana-mana sumber

berkeupayaan untuk mentaksir pelajar mengikut aras sebenar pembelajaran mereka.
4. Mengesan samada skor atau data yang guru masukkan samada ke dalam sistem online pajsk,

modul perekodan serta pelaporan psikometrik atau aptitud adalah sah dan valid serta
mematuhi garis panduan yang ditetapkan

45


Click to View FlipBook Version