The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nazzshaa, 2023-06-10 04:53:50

BUKU PROGRAM MESY. PIBG 2023

BUKU PROGRAM MESY. PIBG 2023

S A M TA N J O N G K A R A N G 4 5 5 0 0 TA N J O N G K A R A N G S E L A N G O R D A R U L E H S A N 11 JUN 2023 TARIKH MASA & TEMPAT 9:30 PAGI DEWAN IBNU RUSHD S A M T K T E K A D K E H A D A PA N PERASMI YBRS. TUAN MUHAMAD ZAHRI BIN SAMINGON (TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN SELANGOR)


SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA HALAMAN 1 Atur Cara Majlis 3 2 Kata Alu-aluan Pengetua SAM Tanjong Karang 4 3 Kata Alu-aluan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) 5 4 Agenda Mesyuarat Agung 6 5 Ahli Jawatankuasa Induk Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36 7 6 Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat kali ke36 8 - 9 7 Minit Mesyuarat Agung PIBG SAM Tanjong Karang kali ke-35 10 - 14 8 Laporan Aktiviti PIBG 2022/2023 15 9 Laporan Penyata Kewangan 16 - 19 10 Jawatankuasa PIBG SAM Tanjong Karang 2023/2024 20 11 Usul dan Cadangan 21 – 24 12 Lampiran • Usul Sumbangan PIBG Tahun 2023 • Pencapaian Murid SPM 2021 • Analisis Peperiksaan SPM Mengikut Mata Pelajaran • Analisis Peperiksaan SMA Mengikut Mata Pelajaran 25 - 33


ATUR CARA MAJLIS MASA PERKARA 9:00 pagi Pendaftaran / Sarapan 9:45 pagi Ketibaan Tetamu VIP 10:00 pagi Ucapan Pengerusi Majlis 10:10 pagi Nyanyian Lagu Negaraku 10:15 pagi Bacaan Doa 10:20 pagi Ucapan YDP PIBG 10:30 pagi Ucapan Pengetua 10:40 pagi Ucapan Perasmi 11:00 pagi Tontonan Video 11:10 pagi Jamuan Ringan / Cabutan Bertuah 11:30 pagi Mesyuarat Agung Bermula 1:00 tengah hari Dijangka Tamat Mesyuarat 1:30 tengah hari Rehat 2:00 petang Hari Terbuka Asrama 4:00 petang Bersurai 3


UCAPAN PENGETUA 4 KATA ALU- ALUAN TUAN PENGETUA SAM TANJONG KARANG Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh. Bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat bersama-sama berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36 bagi tahun 2023, Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang. Terima kasih saya ucapkan kepada ibu bapa yang dapat meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat Agung PIBG kali ini. Komitmen inilah yang dapat merealisasikan visi dan misi sekolah. Mesyuarat Agung PIBG merupakan medan terbaik untuk ibu bapa berkongsi idea dan pendapat yang bernas serta membincangkan isu-isu yang melibatkan keperluan, kehendak dan kebajikan murid di SAM Tanjong Karang. Mesyuarat ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada guruguru dan ibu bapa berunding antara satu sama lain dengan lebih terbuka. Hal ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan ibu bapa dan guru SAM Tanjong Karang. Diharapkan agar ikatan erat yang terbina antara ibu bapa dan guru ini dapat bersama-sama membantu sekolah untuk memastikan pencapaian akademik dan kokurikulum sekolah berada di tahap yang amat membanggakan selari dengan slogan sekolah SAMTK Tekad ke Hadapan. Terima kasih atas sokongan dan perhatian yang diberikan oleh semua pihak. Sekian. Tn. Haji Mustafa Kamal bin Dato’ Jamaluddin Pengetua, SAM Tanjong Karang


UCAPAN YDP PIBG 5 Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36 bagi tahun 2023 di SAM Tanjong Karang. Sekalung tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Ahli Jawatankuasa PIBG dan guru-guru SAM Tanjong Karang telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG bagi tahun ini. Begitu juga kepada para ibu bapa dan penjaga sekalian, Jutaan terima kasih saya ucapkan kerana tuan-tuan dan puan-puan dapat meluangkan masa untuk hadir ke Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini. Sesungguhnya, kehadiran ibu bapa sekalian menunjukkan bahawa tuan-tuan dan puan-puan mempunyai komitmen yang tinggi dan rasa kebertanggungjawaban untuk merealisasikan visi dan misi yang dihasratkan oleh pihak sekolah. Di samping itu, Mesyuarat Agung ini juga merupakan medan terbaik untuk semua ibu bapa berkongsi idea dan melontarkan pendapat yang bernas demi melonjakkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum khususnya bagi anak-anak SAM Tanjong Karang. Akhir bicara, besarlah harapan saya agar kesepakatan melalui mesyuarat sebegini dapat membantu kita untuk memastikan program yang dirancang akan berjaya, selain turut memperkasakan lagi keakraban dan rangkaian kerjasama strategik antara kita semua bak kata peribahasa, “ Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.” Di samping itu, sebagai ibu bapa, hargailah jasa dan pengorbanan guru-guru sekolah ini dan sekiranya terdapat masalah berkaitan anak-anak berbincanglah dengan penuh berhemah, santun, dan bijaksana. Mudah-mudahan mesyuarat kali ini berjalan dengan lancar dan beroleh keberkatan daripada Allah S.W.T. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatu Encik Mohd Zamri bin Kahar YDP PIBG 2022/2023, SAM Tanjong Karang


AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI-36 1. Ucapan Pengerusi (YDP) 2. Pelantikan Pengerusi Sementara mesyuarat 3. Pengerusi Sementara memulakan Mesyuarat 4. Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat tahun 2022 5. Perkara-perkara berbangkit 6. Pembentangan dan pengesahan Penyata Kewangan berakhir 31.12.2022 7. Pembubaran AJK PIBG 2022/2023 8. Pelantikan dan pemilihan AJK PIBG 2023/2024 9. Cadangan / Usul 10. Ucapan penangguhan 11. Bersurai 6


AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 Penasihat : Tn. Haji Mustafa Kamal bin Dato’ Haji Jamaludin Pengerusi : En. Mohd Zamri bin Kahar Naib Pengerusi : En. Kamarulzaman bin Mohd Pati Setiausaha : En. Mohammad Fathil bin Maskuri Bendahari : Cik Nur Syahira binti Fuzai AJK Ibu Bapa : En. Fauzi bin Yusof : Pn. Azilah binti Malek : Pn. Siti Aisyah binti Husin : En. Sulaiman bin Jayus : En. Hasrul Nizam AJK Guru : En. Fauzi bin Md Rawi : En. Nor Wahid bin Munjar : En. Mustakim bin Taifor : En. Jumadi bin Rimon : Pn. Noraini bin Ahmad : Pn. Supiah binti Jari Juruaudit 1 : Pn. Nor Hayati binti Ismail Juruaudit 2 : Pn. Norliza binti Sanusi 7


JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36 PENASIHAT : TN HAJI MUSTAFA KAMAL BIN DATO’ HAJI JAMALUDIN (PENGETUA) PENGERUSI : EN. MOHD ZAMRI BIN KAHAR (YDP PIBG) TIMBALAN PENGERUSI : EN. KAMARUZAMAN BIN MOHD PATI (NAIB YDP PIBG) SETIAUSAHA : EN. MOHAMMAD FATHIL BIN MASKURI BENDAHARI : CIK NUR SYAHIRA BINTI FUZAI AHLI JAWATANKUASA PENYAMBUT TETAMU PENDAFTARAN En. Nor Haizan bin Said Cik Amira Adibah binti Hairudin Pn. Azlina binti Salleh En. Ahmad Shahir bin Shafie Pn. Aisah binti Harun Pn. Siti Zubaidah Hilwa binti Khalid En. Abdul Rahman bin Amran Pn. Azizah binti Abu En. Zuhairin bin Maknon Pn. Nurhayati bnti Ismail En. Saiful Huzairin bin Mat Radzi Pn. Nurus Saadah binti Sabran SIARAYA Pn. Siti Asilah binti Muhajir En Ahmad Shahir bin Safie Semua AJK PIBG JEMPUTAN: PERASMI, PIBG, IBU BAPA JURUACARA Pn. Atikah binti Azman En. Mohammad Fathil bin Maskuri CENDERAMATA PERASMI DAN AJK PIBG BACAAN DOA Pn. Supiah binti Jari En. Ahmad Zihni Wafiy bin Mujamek JAMUAN VIP/ PIBG KAIN RENTANG / BANNER Pn. Qodzariah binti Mustari En. Azizi bin Mat Daud Pn. Zarina binti Zabidi En. Abd Manaf bin Salleh BROSUR / BUKU PROGRAM CABUTAN BERTUAH (JIKA ADA) Cik Nazihah binti Shaari Pn. Rafidah binti Shafuan Pn. Hartini binti Sadikoon Pn. Siti Rusiah binti Basri 8


AHLI JAWATANKUASA MERUMUS USUL/ CADANGAN IBU BAPA TEMPAT LETAK KERETA DAN DISIPLIN SU PIBG En. Kamaruzaman bin Khalid Pentadbir En. Nasrodin bin Hashim PIBG Pengawal Keselamatan KUTIPAN DERMA / TABUNG SURAU / PEMBANGUNAN FIZIKAL SEKOLAH MEJA HADIAH / MEJA MESYUARAT Datin Maimon binti Daud Pn. Jamaliah binti Kamarudin Pn. Asmawati binti Aziz Munir Pn. Fauziah Farhani binti Bakhair KERUSI TETAMU / KERTAS IBU BAPA PERSIAPAN PENTAS JAMUAN IBU BAPA / GURU En. Idris bin Bohari Pn. Mawanni binti Engtemin En. Yazid bin Muhamad Noh Pn. Marini binti Yusoff En. Muhamad Rosli bin Abu Bakar En. Dzulkifli bin Marjunid En. Sallehuddin bin Tahir Cik Noor Hidayah binti Mudasir Pn. Sa’adah binti Abu En. Mohd Ariffaie bin Abd Aziz Pn. Suraya binti Sulong Pn. Mawanni binti Engtemin Pn. Nurul Hidayu binti Azizul Pn. Marini binti Yusoff TAYANGAN MULTIMEDIA MENGEMAS / KEBERSIHAN Pn. Suriana binti Hashim En. Azmeer bin Othman Pn. Syazwani binit Rizuan En. Ezmudin bin Rais PENCATAT UCAPAN DAN MINIT MESYUARAT PIBG PENYEDIA TEKS UCAPAN Pn. Rosleena binti Sahit Pn. Amirah binti Saud Pn. Mimi Natasha Alia binti Mohd Marzuki Pn. Norwahidah binti Mohd Munjar PENGIRA UNDI / PENCATAT UNDI JURUFOTO / DOKUMENTASI / LAPORAN En. Nor Wahid bin Mohd Munjar En. Jumadi bin Rimon Pn. Mustazzila binti Mustakhim Pn. Rohana binti Tukimun Pn. Nooraziana binti Mustapha Pn. Mislehah binti Mainon 9


MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-35 Tarikh : 27 Mei 2022 Hari : Jumaat Masa : 5:00 petang Tempat : Dewan Ibnu Rushd Perasmi : YB Tan Sri Noh bin Haji Omar (Ahli Parlimen Kawasan Tanjong Karang) Kehadiran : 222 orang AGENDA MESYUARAT 1. UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG 1.1 YDP membentangkan projek Digital SMART TV dengan memaklumkan pemasangan televisyen telah berjaya diletakkan di 15 buah kelas, manakala 10 kelas masih belum dipasangkan. 1.2 YDP mengucapkan tahniah kepada warga pendidik dan murid-murid atas kecemerlangan SPM 2021, yang mana dilihat sebagai cabaran yang besar dengan berlakunya pandemik Covid yang menyukarkan lagi proses Pendidikan yang lebih efisien. 1.3 YDP mengucapkan juga tahniah kepada pihak pentadbiran sekolah kerana menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang tahun 20210- 2022. 1.4 YDP memohon kepada pihak JAIS agar mengutamakan anak-anak Selangor untuk diberi sumbangan dan penempatan di sekolah-sekolah agama sekitar Selangor khusunya SAMTK. 1.5 YDP menyatakan hasrat memohon kepada YB Tan Sri Noh untuk menyumbang kepada projek penaik tarafan bilik guru perempuan yang sudah menjejak usia 20 tahun tanpa sebarang penambaikan dilakukan. 2. UCAPAN DARIPADA PENASIHAT 2.1 Memberikan kata kata aluan dan penghormatan kepada barisan tetamu VIP yang hadir juga ucapan terima kasih kepada para hadirin khususnya ibubapa dan penjaga yang berkelapangan untuk hadir pada mesyuarat kali ini. 2.2 Berkongsi 3 masalah utama yang berlaku di sekolah iaitu pemendapan tanah yang berlaku di semua banggunan. Perkara ini akan sentiasa diambil tindakan dari semasa ke semasa untuk keselesaan dan keselamatan sekolah yang lebih baik. Masalah kedua adalah berkenaan dengan anai anai. Perkara ini telah diambil tindakan dengan melaporkan kepada pihak JAIS dan bantuan juga telah diterima. Masalah yang terakhir adalah berkenaan burung merpati yang bersarang di atas bumbung asrama. Tindakan telah diambil namun tidak dapat diatasi sepenuhnya. Perancangan yang lebih rapi akan dirancang. 10


2.3 Memberitahu banyak usaha yang sedang dilakukan untuk mencantikkan kawasan sekolah bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif. 2.4 Memaklumkan bahawa sekolah telah menerima bantuan dari YB Tan Sri Noh Omar sebanyak RM 50000 pada tahun lepas dan wang tersebut telah digunakan dengan membuat laluan pintas bagi memudahkan ibu bapa dan guru keluar ke jalan besar. 2.5 Memberi cadangan untuk menaiktaraf setiap bilik darjah kepada smart classroom jika sekolah menerima lagi bantuan pada tahun ini. Sebanyak 15 buah Smart TV telah dipasang yang berukuran 50–52 inch hasil sumbangan alumni SAMTK. Tapak perkhemahan juga akan dinaik taraf untuk kemudahan aktiviti kokurikulum pelajar. 2.6 Berkongsi pencapaian kecemerlangan SPM 2021 pelajar SAMTK yang membanggakan walaupun 3 hari sebelum peperiksaan bermula, terdapat calon calon yang terpaksa dipindahkan ke MAEPS, Serdang kerana dijangkiti Covid-19. 2.7 Berkongsi pencapaian kokurikulum tahun 2021 di mana SAMTK mendapat johan keseluruhan dalam Festival Ksesenian Islam peringkat daerah Kuala Selangor dan Mahrajan Lughawi wal Qurani. Dari sudut pengurusan sekolah, SAMTK telah mendapat Anugerah Pengurusan dan Pembangunan Sahsiah Terpuji, Gemilang Peringkat Kebangsaan Tahun 2021. 2.8 Menutup ucapan dengan mengucapkan terima kasih kepada pihak YB Tan Sri Noh kerana berkelapangan untuk hadir bagi merasmikan Mesyuarat Agung pada kali ini, juga ribuan terima kasih buat ibu bapa yang hadir pada mesyuarat kali ini. 3. UCAPAN PERASMIAN YB TAN SRI NOH BIN HAJI OMAR 3.1 YB mengucapkan ucapan selamat hari raya dan setinggi-tinggi terima kasih kepada pegawai PPD, JAIS, pengetua, para guru dan ibu bapa yang hadir bekerjasama untuk membincangkan beberapa perkara demi kecemerlangan sekolah & pelajar-pelajar SAMTK. 3.2 YB meluahkan rasa syukur atas peluang yang diberikan untuk berhimpun menjalankan mesyuarat bersama-sama secara bersemuka selepas 2 tahun negara dilanda pandemik Covid yang banyak membataskan pergerakan untuk menjalankan perhimpunan yang besar. 3.3 YB menekankan kepentingan pendidikan dalam pembangunan masyarakat, terutamanya kepada pelajar-pelajar yang tinggal di luar bandar. 3.4 YB yang merupakan mantan guru dan SU PIBG ketika pernah berkhidmat sebagai seorang guru dahulu memaklumkan bahawa beliau memahami masalah dan situasi yang guru hadapi dalam dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah. 3.5 YB mengambil berat dan menunjukkan rasa prihatin terhadap masalah penambahbaikan bilik guru dan surau. 3.6 YB menzahirkan harapan kepada PIBG untuk memainkan peranan penting dalam mewujudkan pelbagai usaha bagi memohon sumbangan dana daripada tokoh korporat dan alumni, serta menjalankan pelbagai program untuk meningkatkan lagi dana sekolah demi kecemerlangan bersama. 11


3.7 YB memaklumkan bahawa beliau telah menghadiahkan sebuah van kepada pihak sekolah untuk kegunaan warga SAMTK. 3.8 YB menekankan untuk memberi keutamaan kepada anak-anak Tanjong Karang yang melepasi syarat kelayakan untuk memasuki SAMTK. 3.9 YB menegaskan kepada guru untuk menanam semangat pendidik dalam diri guru-guru demi kecemerlangan pelajar. 3.10 YB mengucapkan sekalung tahniah kepada koperasi SAMTK kerana koperasi merupakan kedua terbaik anatara 10 koperasi dalam peringkat daerah. 3.11 YB menyokong usul untuk meneruskan lagi dan menaik taraf projek pemasangan “Smart TV” di setiap kelas. 3.12 YB Tan Sri Noh telah bersetuju untuk menyumbang sebanyak RM 10,000 kepada pihak PIBG, RM 3,000 dihadiahkan kepada kelab guru, dan RM 100,000 diberikan kepda pihak sekolah untuk menaik taraf prasarana. 3.13 Dengan lafaz bismillah Tan Sri Noh merasmikan mesyuarat agung tahunan PIBG kali ke-35. 4. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 4.1 En. Mohammad Fathil bin Maskuri membentangkan minit mesyuarat agung PIBG bagi tahun 2021/2022. 4.2 Pengesahan minit oleh: Pencadang : Pn. Mislehah binti Mainon Disokong : Pn. Mazlina binti Ibrahim 5. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN PENYATA AKTIVITI TAHUNAN 2021/2022 5.1 En. Mohammad Fathil bin Maskuri membentang penyata tahunan PIBG bagi tahun 2021/2022 . 5.2 Penyata kewangan aktiviti tahunan 2021/2022 merujuk buku program halaman 17. Pengesahan penyata oleh: Pencadang : Pn. Mislehah binti Mainon Disokong : Pn. Mazlina binti Ibrahim 6. PEMBENTANGAN LAPORAN PENYATA KEWANGAN BERAKHIR 31.12.2021 6.1 En. Mohd Ariffaie bin Abd Aziz membentang laporan penyata kewangan berakhir 31.12.2021. 6.2 Laporan penyata kewangan berakhir 31.12.2021 merujuk buku program halaman 18 - 21. Pengesahan laporan oleh: Pencadang : En. AsrulNizam bin Zainal Abidin Disokong : En. Ridhuan bin Asad 12


7. PERKARA- PERKARA BERBANGKIT 7.1 Cadangan untuk Mesyuarat PIBG akan datang diadakan pada hari Sabtu dan Ahad bagi meningkatkan kehadiran dan penglibatan ibu bapa. Respon: Semua ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju dan cadangan akan dipertimbangkan. 7.2 Cadangan untuk membuat rombakan semula pembukaan pagar A & B untuk melancarkan laluan trafik dan mengelakkan kesesakan di hadapan sekolah. Respon: Cadangan akan cuba untuk dipertimbangkan. Terdapat masalah kesesakan di dalam kawasan sekolah seperti pertembungan dengan kereta guru terutamanya apabila ada ibu bapa yang menyinggah dan meletak kereta terlalu lama. 7.3 Cadangan meminta untuk melepaskan pelajar pulang lebih awal dan dikecualikan daripada bersolat di sekolah kerana terdapat ibu bapa yang mempunyai kekangan waktu untuk menunggu. Respon: Cadangan masih dalam pertimbangan. Akan cuba diluluskan jika terdapat permintaan. Perkara ini tidak akan dibuka kepada semua pelajar. 7.4 Cadangan meminta untuk bas di bawah pengurusan koperasi mengambil insurans bagi meningkatkan keselamatan para pelajar. Respon: semua pelajar sudah dilindungi oleh insurans sepanjang waktu. Bas di bawah pengurusan koperasi memang sudah ada insurans sebelum mula beroperasi. 7.5 Cadangan meminta untuk mengguna perangkap serangga bagi mengatasi masalah semut Charlie yang banyak di asrama. Respon: Perangkap sudah dipasang namun tiada sebarang perubahan. Pihak pengurusan asrama telah mengambil inisiatif menyembur racun dan mengambil masa selama tujuh hari untuk benar-benar lupus. Masalah ini berlaku secara bemusim dan datangnya dari sawah padi. 7.6 Cadangan daripada bendahari PIBG meminta supaya setiap kali bayaran yuran PIBG dilaksanakan, perlu disertakan sekali resit pembayaran dan resit perlu dihantar kepada bendahari PIBG sahaja. Hai ini bagi mengelakkan sebarang kesalahan ketika tujuan perekodan. Terdapat masalah seperti bayaran sudah dilunaskan namun tiada bukti pembayaran mengakibatkan pelajar terbabit masih dikira berhutang dengan pihak sekolah. 7.7 Rujuk perkara berbangkit yang lain di buku Mesyuarat Agung PIBG kali 35 ms 23-25. 8. PEMBUBARAN AJK PIBG 2020/2021 8.1 En. Zamri bin Kahar YDP PIBG membubarkan AJK PIBG 2020/2021. 8.2 Semua AJK lama secara rasmi dibubarkan. 13


9. PELANTIKAN AJK PIBG BAHARU 2022/2023 9.1 En. Muhd Fathil bin Maskuri mencadangkan Pengetua sebagai pengerusi sementara mesyuarat . 9.2 Usul mencadangkan untuk melantik semula AJK PIBG yang baharu. Cadangan : Majoriti 9.3 En. Adib meminta untuk digugurkan daripada senarai AJK PIBG kerana anaknya sudah tamat pengajiannya di SAM Tanjong Karang. 9.4 En. Hasmuni tidak bersetuju untuk dikekalkan atas kekangan untuk hadir ke mesyuarat kerana jarak rumah yang jauh dari sekolah. Beliau mencadangkan En. Kamaruzaman sebagai Naib YDP dan cadangan ditutup. 9.5 Pn. Juliani juga menarik diri daripada senarai AJK. YDP mencadangkan Pn. Azilah binti Malek sebagai ganti dan cadangan seterusnya ditutup. 9.6 En. Fathil mencadangan En. Sulaiman Jayus untuk menggantikan En. Hasmuni dan cadangan ditutup. 9.7 YDP mencadangkan En. Asrulnizam untuk menggantikan Ustaz Mohamed bin Jaafar. 9.8 Pengerusi mengesahkan lantikan semua AJK yang baharu. 9.9 Pelantikan YDP PIBG dikekalkan dengan sokongan majoriti. 10. UCAPAN PENANGGUHAN 10.1 En. Adib bin Mustakim ( Mantan NYDP ) NYDP mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi peluang menjadi NYDP di sekolah lama beliau selama 10 tahun, dan ucapan tahniah atas usaha warga sekolah dan ibu bapa dalam memajukan dan meningkatkan prestasi kecemerlangan SAMTK. Beliau juga menyeru agar ibu bapa untuk memberi kerjasama yang lebih utuh dan melibatkan diri dengan menghadiri mesyurat dan program-program sekolah untuk menyumbang dalam membangunkan modal insan di SAMTK. 10.2 En. Mohd Zamri bin Kahar (YDP PIBG) YDP mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang sudi hadir bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ini. Berterima kasih kepada semua ibu bapa kerana masih memberi kepercayaan kepada beliau untuk terus menerajui kepimpinan PIBG bagi tempoh setahun lagi. Beliau juga menyeru akan ibu bapa dan penjaga terus memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada semua program yang telah dilaksanakan dan bakal dilaksanakan. Beliau menyeru agar peranan PIBG semakin diperkuat bagi memastikan kebajikan pelajar dapat dipertingkatkan. 11. PENANGGUHAN MESYUARAT 11.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6:10 petang dengan bacaan tasbih kafarah dan surah al-Asr. Minit disediakan oleh: …………………………… (MOHAMMAD FATHIL BIN MASKURI) 14


LAPORAN AKTIVITI PIBG 2022 / 2023 MESYUARAT AJK PIBG TAHUN 2022/2023 BIL TARIKH PERKARA TEMPAT KEHADIRAN 1 8.6.2022 Mesyuarat AJK kali-1 2022/2023 Google Meet 13 / 16 2 23.9.2022 Mesyuarat AJK kali-2 2022/2023 D’Kelulut Café 11 / 16 3 19.1.2023 Mesyuarat AJK kali ke-3 2022/2023 Bilik Mesyuarat 9 / 16 4 25.5.2023 Mesyuarat AJK kali ke-4 2022/2023 Google Meet 13 / 16 AKTIVITI PIBG SEPANJANG 2022/2023 BIL AKTIVITI CATATAN 1. Program Ibadah Korban 2. Program Ziarah kasih AJK PIBG 3. Program Ziarah Kasih Pelajar 4. Program Ziarah kasih AKP 5. Program Perkampungan Ilmu SMA 6. Program Perkampungan Ilmu SPM 7. Aktiviti Selepas Peperiksaan ting 1,2 dan 3 8. Program Sambutan Khatam Al-Quran 9. Program Sumbangan Asnaf / Anak Yatim 10. Program Sambutan Hari Raya 11. Program Sambutan Hari Guru 12. Program Persaraan Guru Guru 13. Program Perkhemahan Pelajar 14. Program Free Meal (Pemberian Makanan Percuma) 15. Program Infak Kipas Gergasi 15


LAPORAN PENYATA KEWANGAN 16


LAPORAN PENYATA KEWANGAN 17


LAPORAN PENYATA KEWANGAN 18


LAPORAN PENYATA KEWANGAN 19


JAWATANKUASA PIBG SAM TANJONG KARANG 2023/2024 Penasihat PIBG Tn. Hj. Mustafa Kamal bin Dato’ Jamaludin Yang Dipertua PIBG Naib Yang Dipertua PIBG Setiausaha PIBG En. Mohammad Fathil bin Maskuri Bendahari PIBG Cik Nur Syahira binti Fuzai Ahli Jawatankuasa AJK ( Ibu Bapa) AJK ( Ibu Bapa) AJK ( Ibu Bapa) AJK ( Ibu Bapa) AJK ( Ibu Bapa) Ahli Jawatankuasa AJK (Guru) En. Nor Wahid bin Munjar AJK (Guru) En. Mustakim bin Taifor AJK (Guru) En. Jumadi bin Rimon AJK (Guru) Pn. Noraini bin Ahmad AJK (Guru) Pn. Supiah binti Jari Juruaudit 1 Pn. Nor Hayati binti Ismail Juruaudit 2 20


USUL DAN CADANGAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36 BIL. USUL / CADANGAN CATATAN 1. LANTAI KELAS BERLUBANG PERLU PEMBAIKAN AKAN DIBAIKPULIH BERDASARKAN PERUNTUKAN YANG AKAN DIBERI. 2. TAMBAHKAN KIPAS DISURAU KERANA CUACA TERLALU PANAS TELAH DITAMBAH SEBANYAK 10 KIPAS BERDIRI 3. PEMASANGAN LOKER BESI BAGI PELAJAR ASRAMA ASRAMA MENYEDIAKAN LOCKER BESI 4. PEMBAIKAN BUMBUNG SUSUR GAJAH DI SEMUA LALUAN, BANYAK BERLUBANG PERMOHONAN TELAH DIBUAT DAN HANYA MENUNGGU PERUNTUKAN 5. PERBAIKI PINTU TANDAS ASRAMA DAN SEKOLAH SENTIASA DIBAIKPULIH DARI SEMASA KE SEMASA 6. MURID PEREMPUAN DIBENARKAN PULANG AWAL PADA HARI JUMAAT KERANA SEBAHAGIAN PENJAGA PERLU MENGAMBIL ANAK LAIN DI SEKOLAH LAIN YANG JAUH TERTAKLUK KEPADA PERUNTUKAN BMA 7. MEMBUKA GERAI /KANTIN PADA HARI CUTI BAGI KEMUDAHAN IBUBAPA DAN ANAK-ANAK MEMBELI MAKANAN TAMBAHAN KANTIN MEMANG DIBUKA DARI HARI ISNIN SEHINGGA SABTU MASALAH PENYAKIT KULIT / KAYAP YANG BANYAK DI ASRAMA PIHAK SEKOLAH SENTIASA MENITIKBERATKAN SOAL KEBERSIHAN-PEST KONTROL 21


USUL DAN CADANGAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36 BIL. USUL / CADANGAN CATATAN 8. PENAMBAHAN KIPAS BAGI PELAJAR ASRAMA (KATIL BAWAH) SEDANG DILAKUKAN SECARA BERKALA MENERAPKAN SESI MENGHAFAL AL-QURAN SEPANJANG BERADAN DI SAMTK SEKOLAH TELAH MEMBUDAYAKAN BACAAN AL-QURAN SETIAP KALI SEBELUM PDP 9. PENDINGIN HAWA DIDEWAN PERLU DISELENGGARAN DENGAN BAIK DAN BERJADUAL DISELENGGARA SECARA BERKALA 10. TIADA IMPROVEMENT DI KANTIN,MAKANAN SELALU TIDAK CUKUP,KUIH-MUIH SEDIKIT SEBANYAK PERBINCANGAN TELAH DILAKUKAN DENGAN PIHAK PENGUSAHA KANTIN UNTUK PENAMBAHBAIKAN 11. PEMASANGAN KARPET DISURAU KURANG SESUAIKESUKARAN DALAM OPERASI PEMBERSIHAN 12. PENAMBAHAN KIPAS DI KELAS KELAS.IBU BAPA BOLEH MEMBERI DANA UNTUK TUJUAN ITU SUMBANGAN DARI IBU BAPA SANGAT-SANGAT DIALU-ALUKAN PERBANYAKKAN PERMAINAN INDOOR GAME BAGI MENGGANTIKAN PERMAINAN OUTDOOR. AKAN DIAMBIL TINDAKAN MENGIKUT KEPERLUAN SEMASA 22


USUL DAN CADANGAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36 BIL. USUL / CADANGAN CATATAN 13. MENGKAJI SEMULA ATAU MEMBATALKAN PREP WAKTU PETANG UNTUK MENGURANGKAN PELAJAR MENGANTUK, FOKUS PADA KELAS PREP MALAM. WAKTU PREP DISEDIAKAN SEBAGAI SATU LATIHAN UNTUK MURID MENGISI WAKTU PEMBELAJARAN TERANCANG 14. ADAKAN LEBIH CERAMAH UNTUK TINGKATKAN KENYAKINAN DIRI. SEDIAKAN HANDSOAP UNTUK TANDAS ASRAMA DAN SEKOLAH SERTA SURAU UBK SENTIASA MENGAMBIL CAKNA DALAM HAL-HAL BERKAITAN DENGAN MOTIVASI 15. MEMPERBANYAKKAN KELAS TAMBAHAN UNTUK BAHASA ARAB DAN TERAS KELAS INSENTIF DAN KELAS TAMBAHAN ASRAMA SUDAH DIJALANKAN 16. MEMBENARKAN PENJAGA MENGAMBIL ANAK SETIAP HARI DIHADAPAN SURAU SECARA PANDU LALU KERANA KAWASAN DI HADAPAN PONDOK JAGA TERLALU KECIL DAN AMAT MERBAHAYA. TIADA PERATURAN YANG MEMBENARKAN PERKARA ITU KECUALI HUJAN 17. ASINGKAN ANTARA PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN KETIKA PREP SIANG DAN MALAM DAN BANGUNAN BERASINGAN WAKTU PREP DIASINGKAN MENGIKUT KELAS UNTUK MEMUDAHKAN PENGAWASAN 23


USUL DAN CADANGAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36 BIL. USUL / CADANGAN CATATAN 18. HARI MENCERIAKAN ASRAMA ANAK-ANAK BERSAMA IBU BAPA DALAM PERANCANGAN PIHAK PENGURUSAN ASRAMA 19. CADANGAN ADAKAN MUAFAKAT PIBG PROJEK PENDINGIN HAWA DAN PERMAIDANI DI SURAU DANA KIPAS GERGASI TELAH MENCUKUPI DAN HANYA MENUNGGU KELULUSAN JKR UNTUK PEMASANGAN 20. MESIN AIR COWAY KURANG DIASRAMA.KUTIP DANA UNTUK MENYEDIAKAN LEBIH BANYAK MESIN AIR DI ASRAMA DISEDAIKAN MESIN AIR ALKAIN 21. PEMASANGAN JARING HALUS UNTUK MENGELAKKAN SERANGGA MASUK TIDAK DAPAT DIBUAT KERANA MENYUKARKAN PROSES PEMBERSIHAN 24


LAMPIRAN 25


26


27


28 S A M T A N J O N G K A R A N G 4 5 5 0 0 T A N J O N G K A R A N G S E L A N G O R D A R U L E H S A N PENCAPAIAN PEPERIKSAAN SPM 2021 BIL. NAMA PENCAPAIAN 1. MOHAMMAD ADHA BIN YOSNIZUL 9A 2. NURAIN SHAZIERA BINTI ABD GHANI 9A 3. MEGA NURSHAHIRAH BINTI MOHD KHAZRIN 8A 4. NUR SYUHADA BINTI MOHD SALIM 8A 5. ARINAH NADIAH BINTI MOHD SAMSURI 7A 6. SURIA SHUKRIAH BINTI ISMAIL 7A 7. NURUL ARIFAH BINTI ABD MURAD 7A 8. NURUL IZNI IZANI BINTI JUMALI 7A 9. ZUHAYRA NASRIN BINTI ZULKIFLI 7A 10. DANISA IZZARIN BINTI SENIN 6A 11. MUHAMMAD HIJJAZ AIMAN BIN AHMAD HIJAZI 6A 12. NUR DINA NADIRAH BINTI MISNI 6A 13. NUR IZZAH AISYA BINTI SOLEHAN 6A 14. KHADIJAH BINTI ROSMAN 6A


29


30


31


32


33


Click to View FlipBook Version