The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitinurfaizahawang000, 2021-12-09 02:31:14

BULAN

BULAN

TAJUK : PENCIPTAAN ALAM SEMESTA DALAM ALQURAN
PENSYARAH : PUAN NAIMAH BINTI GHAZALI

AHLI KUMPULAN :

FATIN FARHANAH BINTI MOHD ARIFFIN 14DSB20F2007
TENGKU SYAKIRAH BTE T.ZULKIFLY 14DSB20F2008
SITI NUR FAIZAH BINTI AWANG 14DSB20F2009
NURIZZAH HUSNA BINTI MOHD KADIR 14DSB20F2024

MAKSUD BULAN

◦ Bulan (Jawi: ‫ بولن‬,kata sifat berkaitan: qamari dari Bahasa Arab: ‫قمر‬qamar,
"bulan") merujuk kepada satu atau lebih jisim yang beredar mengelilingi sebuah
planet yang bersaiz lebih besar daripadanya, dan jisim-jisim ini pula bergerak
mengedari bintang.

◦ Bulan yang beredar mengelilingi Bumi ialah sebuah satelit semula jadi dan
kelima terbesar dalam Sistem Suria berdasarkan saiz relatifnya berbanding
primernya. Bulan hanya bersaiz satu per empat daripada saiz dan beredar
mengelilingi Bumi setiap 27.3 hari, pada jarak purata 384,400 kilometer di bawah
tarikan graviti Bumi.

◦ Bulan adalah satu-satunya satelit bumi dan tidak mempunyai sumber cahaya
sendiri, cahaya yang terdapat pada bulan sebenarnya berasal dari pantulan
cahaya Matahari. Di bulan tidak ada udara ataupun air dan permukaan bulan
terdapat banyak kawah kawah yang terhasil disebabkan oleh hentaman komet
atau asteroid. Apabila tiadanya udara dan air di bulan menyebabkan tidak
adanya pengikisan yang menyebabkan kawah-kawah di bulan dan kawah-kawah
berusia jutaan tahun itu masih utuh. Di antara kawah terbesar di bulan adalah
Copernicus dengan diameter 90 kilometer dan kedalaman 30 kilometer. Jarak
antara bumi dan bulan rata-rata 384.403 km iaitu sekitar 30 kali diameter Bumi.

FASA FASA BULAN

◦ Fasa bulan merujuk kepada keadaan bulan yang terang yang dilihat oleh pencerap, terutama dari bumi. Fasa
bulan berubah secara kitaran apabila bulan mengelilingi bumi, mengikut perubahan kedudukan bumi, bulan
dan matahari. Separuh dari permukaan bulan sentiasa diterangi matahari (kecuali ketika gerhana bulan), dan
terang tetapi bahagian yang diterangi itu boleh kelihatan dari 100% (bulan mengambang) hingga 0% (anak
bulan atau bulan gelap). Sempadan antara hemisfera yang diterangi dan tidak diterangi dipanggil penamat.

GERHANA GERHANA MATAHARI ANULUS

◦ Gerhana (Jawi: ‫ ݢرهان‬,pinjaman Bahasa Sanskrit: ग्रहण grahaṇa [1][2]:72) merupakan
kejadian astronomi yang berlaku apabila satu objek astronomi bergerak ke dalam bayang
objek astronomi yang lain.

◦ Gerhana juga boleh dibahagikan kepada:
◦ gerhana penuh
◦ gerhana separa
◦ gerhana anulus

◦ Gerhana penuh berlaku apabila sumber cahaya dilindungi sepenuhnya oleh sesuatu objek
astronomi. Gerhana separa pula berlaku bila cuma sebahagian daripada objek tersebut
dilindungi. Gerhana anulus pula merupakan sejenis gerhana penuh di mana satu lingkaran
halus dapat diperhatikan di sekeliling objek tersebut.

◦ Gerhana mungkin tidak berlaku setiap tahun, dan mungkin pula beberapa kali setahun.
Namun gerhana penuh adalah jarang dan hanya dapat disaksikan pada suatu tempat di
bumi.

DISEBALIK GERHANA BULAN SEPARA

◦ Ini merupakan gerhana bulan separa paling lama sejak 1440. Gerhana bulan separa kali ini juga dikenali sebagai blood moon.
◦ Blood moon adalah gelaran diberikan untuk fenomena gerhana bulan penuh yang berlaku ketika posisi Bumi terletak tepat

antara matahari dan bulan sehingga bayang bumi menutupi bulan.
◦ Ini bermaksud, gerhana bulan kali ini akan menjadi blood moon separa dengan warna kemerahan dapat dilihat pada permukaan

bulan. Dianggarkan hampir 99.1 peratus bulan akan terlindung dari Bumi.
◦ Keseluruhan proses itu kemudiannya menjadi terbalik apabila bulan meluncur keluar dari bayang-bayang dan meneruskan

perjalanannya yang tidak berkesudahan mengelilingi planet.
◦ Fenomena merah itu dikenali sebagai 'Penyebaran Rayleigh', di mana gelombang cahaya biru yang lebih pendek dari matahari

diserakkan oleh zarah di atmosfera bumi.
◦ Gelombang cahaya merah yang lebih panjang dapat melalui zarah berkenaan dengan mudah.
◦ Menurut saintis angkasa lepas, pemerhati langit di bahagian itu akan menikmati pemandangan bebas awan, bulan sedikit malap

mulai jam 0602 GMT (sekitar jam 2 petang waktu Malaysia) hari ini ketika ia memasuki penumbra bumi iaitu bayang luar.
◦ Keajaiban itu dapat disaksikan di seluruh Amerika Utara, sebahagian Amerika Selatan, Polynesia, Australia dan timur laut Asia.
◦ Sesiapa yang ingin menyaksikan gerhana bulan ini tidak memerlukan peralatan khas kerana teropong, teleskop atau mata kasar

sudah cukup selagi cuaca dalam keadaan baik.

CARA PEREDARAN BULAN

◦ Dalam Surah Yasin, ayat 39, Allah telah berfirman yang bermaksud, “Dan bulan pula Kami takdirkan beredar
melalui berbagai-bagai peringkat hingga ke akhir peredarannya kelihatan kembalinya ke peringkat awal seperti
tandan yang kering”.

◦ Bulan mengambil masa 271⅓ hari (27 hari 8 jam) untuk melengkapkan satu pusingan mengelilingi bumi.

HIKMAH ALLAH MENCIPTAKAN BULAN DI LANGIT:

◦ Artikel kali ini adalah lanjutan dari pembahasan kami dalam faedah tafsir surat Al Mulk. Namun pembahasan ini
akan melebar sampai pembahasan ramalan bintang dan zodiak dalam ilmu astrologi. Semoga bermanfaat.

◦ Allah Ta’ala berfirman,

‫ُث َّم ا ْر ِجعِ ا ْلبَ َص َر َك َّرتَ ْي ِن‬ ‫نَ)ا‬3‫لِتَلَر َّىشيَاِم ِطْني ُفِن ُُ َووََ ٍرْْ ََ( ْد‬ ‫َف َوا ْر َج ِجَع ْلعِ َناا ْل َهبَا َص ُر َر ُجوَه ًم ْال‬ ‫تَ) َر َولَى َقفِْد َزييَّ َّناَخ ْلال ِق َّسال َم َّرا َءْح ا َمل ُّدِن ْنيَ ِام ْبِن َمتَ َفَصاا ُبوِي ٍت َح‬4‫َح ِطبَا ِس ًقيا ٌر َم(ا‬ ٍ‫الَّ ِذي َخلَ َق َس ْب َع َس َم َوات‬
)5( ‫لَ ُُ ْم َْ َذا ََ ال َّس ِعي ِر‬ ‫يَ ْن َقلِ ْب إِلَ ْي َك ا ْلبَ َص ُر َخا ِس ًئا َو ُه َو‬

◦ “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis, kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang
Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang
tidak seimbang?” Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan
tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itu pun dalam keadaan payah. Sesungguhnya Kami telah
menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang dan Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar
setan, dan Kami sediakan bagi mereka siksa neraka yang menyala-nyala.” (QS. Al Mulk: 3-5)

VIDEO PROSES TERBENTUKNYA BULAN:

https://youtu.be/z295EmqaaJ8

TEORI BARAT DAN ISLAM

◦ Sejarah mencatatkan Ibnu Al-Haytham adalah ilmuwan Islam yang menjadi perintis mengutarakan teori bulan
memantulkan cahaya matahari secara sekata pada abad ke-10 Masihi. Sebelum itu, manusia mempunyai pelbagai
persepsi tentang cahaya bulan, terutamanya apabila melibatkan fenomena gerhana dan bulan purnama.

◦ Hampir kesemua ilmuwan zaman kuno mengandaikan bulan memiliki cahayanya sendiri. Ketika zaman pencerapan
angkasa masih di peringkat awal, manusia percaya, bumi adalah pusat angkasa, manakala bulan dan matahari bergerak
mengorbit bumi untuk menghasilkan suasana siang dan malam. Teori tersebut turut diselang seli dengan beberapa
mitos lain mengenai bulan.

◦ Orang-orang India zaman dahulu misalnya percaya, apabila bulan tidak bercahaya, bakteria-bakteria di atmosfera akan
menjadi aktif. Disebabkan itu, mereka dilarang untuk makan atau memasak ketika fenomena tersebut berlangsung.
Makanan-makanan yang telah terhidang juga perlu dibuang kerana dikhuatiri tercemar.

◦ Masyarakat China kuno pula beranggapan fenomena gerhana bulan mempunyai kaitan dengan seekor naga langit
yang telah menelannya. Justeru, setiap kali gerhana berlaku, mereka akan membakar mercun untuk menakut-nakutkan
sang naga. Kepercayaan ini wujud sehingga abad ke-19 dan ia turut dikongsi oleh suku orang asli Amerika.

◦ Pada tahun 840 Masihi, dikhabarkan Raja Louis dari Perancis juga telah meninggal dunia ketika menyaksikan
fenomena gerhana bulan yang berlangsung selama lima minit. Beliau mati disebabkan histeria kerana terlalu
takut cahaya bulan tidak lagi akan menyinari bumi pada waktu malam.

◦ Ketika ilmuwan Islam sudah mencapai kemajuan dalam ilmu astronomi, masyarakat di Eropah dan kebanyakan
bahagian lain di dunia masih lagi mempercayai bulan mengeluarkan cahayanya sendiri. Menjelang zaman
pertengahan, wacana tentang bulan mula berubah.

◦ Kebanyakan ilmuwan pada ketika itu beranggapan bulan hanyalah satu objek berbentuk bulat sekata dan
memantulkan cahaya. Tetapi pendapat ini masih belum diterima sepenuhnya kerana tidak mempunyai bukti
yang kukuh.

◦ Pada 1609, Galileo Galilei menjadi orang pertama menyatakan bulan adalah objek lunar. Teori tersebut
dikemukakan setelah beliau melakukan pencerapan dengan bantuan teleskop. Sehinggalah pada 20 Julai
1969, ketika mana Neil Armstrong menjadi orang pertama menjejakkan kaki ke bulan, misteri ini berjaya
diungkai secara sahih.

FUNGSI BULAN DI LANGIT

◦ Masyarakat Islam di serata dunia berpandukan kepada bulan untuk kalendar hijrah dan juga melihat pada
anak bulan untuk menentukan tarikh mula berpuasa dan perayaan.

◦ Gravitasi bulan membantu memperlambat rotasi bumi dari sehari enam jam lebih awal menjadi 24 jam.
◦ Fungsi satelit (bulan) secara tidak langsung bagi planet induk adalah melindungi planet induk dari

hentaman benda langit seperti komet dan asteroid.
◦ Tarikan graviti bulan juga menyebabkan terjadinya kejadian air pasang surut di bumi. Graviti bulan juga

membantu penyesuaian perubahan musim daripada cuaca yang ekstrem dan aktiviti-aktiviti kehidupan
yang terganggu kerana siang dan malam yang pendek.

RUMUSAN

◦ Setelah menjalankan kerja ini,kami dapat memahami dengan lebih mendalam tentang proses kejadian bulan
dan bintang menurut Al Qran .Kami mengetahui bahawa tiada manusia yang boleh mengatasi kekuasaan Allah
S.W.T .Kami juga mempelajari bahawa setiap yang diciptakan oleh Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

◦ Kita sebagai manusia sepatutnya bersyukur dan mengakui bahawa tiada yang mampu mengatasi kekuasaan
Allah .Walaupun kita berkuasa di dunia ,tapi kita tidak akan mampu melawanya kerana kekuasaan kita hanyalah
setakat manusia .

Wallahu A’lam.

REFERENCE

◦ https://youtu.be/z295EmqaaJ8
◦ http://prosesbulandanbintangpkt.blogspot.com/2017/01/pensyarah-puan.html
◦ https://utusantv.com/2021/08/13/ini-cara-allah-membuktikan-keajaiban-ciptaan-nya-melalui-bulan-dan-

matahari/


Click to View FlipBook Version