1
2 PERKARA MUKA SURAT Aturcara Majlis 3 Kata Alu-Aluan Tuan Guru Besar 4 Kata Alu-Aluan YDP PIBG 5 Ahli JawatanKuasa PIBG Sesi 2023/2024 6 JawatanKuasa Pengelola Mesyuarat Agung 7 - 9 Agenda Mesyuarat Agung PIBG kali ke– 20 10 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 19 2023 11 - 18 Senarai Kehadiran Ibubapa dan Guru 19 - 22 Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2023/2024 23– 29 Penyata Kewangan PIBG SK Tunku Azizah 2023/2024 30 - 33 Usul 34 Penghargaan 35
3 MASA PERKARA 8.15 pagi Pendaftaran 9.00 pagi Ketibaan Perasmi Dan Tetamu Jemputan Ucapan Aluan Pengacara Majlis Bacaan Doa dan Penghayatan Hadis 40 Ucapan Puan Sharipah Hadibah Binti Habib Noh (Guru Besar SK Tunku Azizah) Taklimat 1 : Pentaksiran Bilik Darjah: Pn. Yusmarliza binti Yusof Taklimat 2 : Penggunaan Buku Teks Digital Dr. Zaini bin Jamaludin – Ketua Pegawai Operasi Yayasan Didik Negara Tayangan Multimedia Aktiviti PIBG Mesyuarat Agung Pibg Kali Ke– 20 Sk Tunku Azizah bermula Jamuan Bersurai
4 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamudulilah bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya kita dapat mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-20 ini secara bersemuka. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk hadir pada hari ini dan dengan berbesar hati mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG bagi sesi 2023/2024, En. Mohamad Yusnizam B. Mohamad Yusof, Naib Yang Dipertua PIBG, Encik Mohd Azmi Bin Abd Shukor, semua AJK PIBG, guru-guru dan ibu bapa yang memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi demi kejayaan sekolah. Tuan-tuan dan puan-puan, peranan PIBG amat penting dalam pembangunan sesebuah sekolah. Saya yakin dan percaya sekolah akan terus berdiri teguh dengan adanya sokongan padu daripada PIBG. Sikap cakna ibu bapa terhadap pembelajaran anak-anak akan melonjakkan lagi potensi mereka untuk mencapai kecemerlangan. Kejayaan seseorang murid sebenarnya tidak bergantung kepada guru semata-mata. Mata pisau yang tajam akan tumpul jika tidak diasah. Begitu juga dengan anak murid kita. Ilmu yang diperolehi di sekolah akan hilang sekiranya murid tidak membuat ulang kaji di rumah. Di sinilah letaknya peranan ibu bapa atau penjaga. Anda akan bertindak sebagai pendorong dan pemberi motivasi kepada anak-anak untuk melakukan yang terbaik. Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang sudi menghulurkan sumbangan kepada sekolah. Sumbangan yang diterima tidak kiralah sama ada dalam bentuk wang ringgit, tenaga dan idea amat kami hargai. Semoga ikatan dan jalinan ukhuwah yang tercipta ini dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih. SHARIPAH HADIBAH BINTI HABIB NOH GURU BESAR SK TUNKU AZIZAH Kata Alu-aluan Guru Besar
5 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, maka dapatlah kita berkumpul pada hari yang berbahagia ini bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke20. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua AJK PIBG yang telah bersama-sama menjayakan program– program yang dianjurkan. Terima kasih juga diucapkan kepada semua guru STAz yang bersunguh– sungguh mendidik anakanak kami. Jasa kalian amat kami hargai dan hanya Allah yang dapat membalasnya. Tuan-tuan dan puan-puan, Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua sekolah kerajaan bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru (IBG), yang diharapkan dapat membina kesefahamanan tentang tugas dan tanggungjawab bersama dan usaha dalam meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah. Saya berharap agar kita dapat mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat. PIBG juga mempunyai peranan ‘saling lengkap melengkapi’ terhadap fungsi Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah. Jadi, saya menyeru agar kita semua memberikan komitmen yang tinggi bagi memastikan kecemerlangan STAz berterusan. Akhir kata,saya mewakili AJK PIBG berjanji akan terus memberi sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap sekolah demi memastikan kecemerlangan murid dapat ditingkatkan. Saya berdoa semoga segala perancangan PIBG dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Mudah– mudahan usaha kita diberkati oleh Allah Yang Maha Esa. Sekian, terima kasih. EN. MOHAMAD YUSNIZAM BIN MOHAMAD YUSOFF YANG DIPERTUA PIBG SK TUNKU AZIZAH Kata Alu-aluan Yang Dipertua PIBG
6 JAWATANKUASA PIBG SK TUNKU AZIZAH SESI 2023/2024 JAWATAN NAMA PENASIHAT PN. SHARIPAH HADIBAH BINTI HABIB NOH (GURU BESAR) PENGERUSI EN. MOHAMAD YUSNIZAM B. MOHAMAD YUSOFF (YDP) TIMBALAN PENGERUSI EN. MOHD AZMI B. ABD SHUKOR (NYDP) NAIB PENGERUSI EN. ABD. RAHMAT BIN JULIDIN (GPK PENTADBIRAN) EN. RUSLAN BIN HASHIM (GPK HEM) PN. MASLINA BINTI MAAN (GPK KOKO) PN. NOORAZMAHANI BINTI WAHID (GPK PEND KHAS) SETIAUSAHA EN. FAUZAN BIN ZAKARIA BENDAHARI PN. MAZZIATUL EMMA BINTI MOHD SALIM AJK PIBG EN. MUHAMMAD HAMKA BIN EMBONG EN. MOHD HAFIZIL IZUAN BIN MOHD NAZIR EN. ABDUL RAHMAN BIN ABDULLAH EN. ABDUL HADI BIN ROSLI PN. ZHARIFAH BINTI AHMAD PN. NOR HAFFIZA BINTI MD SALLEH PN. MARSIAH BINTI MOHAMMAD PN. FURZIANNE BINTI MOHD NAWAWI PN. NUR BAZILAH BINTI ISHAK EN. ZAHARI BIN OTHMAN PN. SITI NOOR BINTI MOHAMAD PN. NURUL ADILAH BINTI MOHAMAD PN. ASMA BINTI ABDULLAH PN. NANI BINTI ABDULLAH PEMERIKSA KIRAKIRA PN. NORMAIZAH BINTI MOKHTAR EN. MOHD SHAFI BIN BARI
7 JAWATANKUASA PENGELOLA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-20 JAWATANKUASA KERJA Sambutan dan Protokol Pendaftaran Pn. Sharipah Hadibah bt. Habib Noh (Guru Besar) En. Mohamad Yusnizam b. Mohamad Yusoff (YDP) En.Mohd Azmi b. Abd Shukor (NYDP) Semua Guru Penolong Kanan Pn. Zharifah bt. Ahmad (K) Pn. Aini bt. Ahmad Basri Pn. Rohaya bt. Abdul Manan Pn. Ana Asyida bt. Yusoff Pn. Fazlinda bt. Che Rani Pn. Asma bt. Abdullah Pn. Nooranizzan bt. Gosnon Pn.Noor Razleena bt. Mohamed @ Razlan Pn. Puteri Aini Sofiah bt. Megat Abdul Khalik Pn. Surita bt. Mohamad Juru Acara Majlis Bacaan Doa Datin Roziah bt. Shamsudin Pn. Nor Azlina bt. Zainal Abidin Ustaz Abd. Rahim b. Salleh Pencatat Minit Siaraya dan ICT Pn. Hassalmiza bt. Hassan Pn. Nurul Huda bt. Mohd Zahari Pn. Eni Malisa bt. Md Yusof En. Abdul Hadi b. Rosli (K) En. Mohd Asry b. Md Shah En. Fauzan b. Zakaria PENASIHAT : PN. SHARIPAH HADIBAH BINTI HABIB NOH (GURU BESAR) : EN. ABD. RAHMAT BIN JULIDIN (GPK PENTADBIRAN) EN. RUSLAN BIN HASHIM (GPK HEM) PN. MASLINA BINTI MAAN (GPK KOKO) PN. NOORAZMAHANI BINTI WAHID (GPK PEND KHAS) PENGERUSI : EN. MOHAMAD YUSNIZAM B. MOHAMAD YUSOFF (YDP) NAIB PENGERUSI : EN. MOHD AZMI B. ABD SHUKOR (NYDP) SETIAUSAHA : EN. FAUZAN BIN ZAKARIA BENDAHARI : PN. MAZZIATUL EMMA BINTI MOHD SALIM
8 Cenderahati dan Sijil Pn. Marsiah bt. Mohammad (K) Pn. Norafida bt. Mohamad Pn. Nor Hasnida bt. Mohd Subki Pn. Rosmaimi bt. Yusuf Pn. Chong Chin Wit Pn. Hartini bt. Abdul Hamid Pn. Najibah bt. Baharom Pn. Nurul Adilah bt. Ahmad Pn. Nani bt. Abdullah Pn. Patmawaty bt. Abdullah Jamuan Puan Nur Bazilah bt. Ishak (K) Pn. Latifah bt. Ayub Pn. Siti Noor bt. Mohamad Pn. Noor Al Saadah bt. Abdullah Pn. Norliza bt. Mohd Pn. Saadiah bt. Bahaman Pn. Nursuzilawati bt. Rahamat Pn. Siti Wan Amirah bt. Jamaludin Pn. Rozaimah bt. Said Pn. Zurinah bt. Abdul Latif Pn. Syahariah bt. Kassim Pn. Salawati bt. Mat Piah Persiapan Tempat En. Muhammad Hamka b. Embong (K) En. Abdul Rahman b. Abdullah En. Ahmad Zulhasri b. Halidan En. Muhammad Fazrizan b. Abdul Aziz En. Nik Kamaruzaman b. Nik Hussin En. Wan Mohammad Humaizi b. Wan Ahmad Khalil En. Zahari b. Othman En. Mohd Nizam b. Ishak En. Mohd Nur Firdaus b. Hassan Basri En. Mohamad Jamaluddin b. Abdul Rafar En. Mohd Nizam b. Abdul Halim Pekerja swasta
9 Persiapan Pentas Pn. Furzianne bt. Mohd Nawawi (K) Pn. Noraazliza bt. Zulkiply Pn. Nor Haffiza bt. Md Salleh Pn. Inabah bt. Mohamad Pn. Siti Fatimah bt. Ab Roni @ Sulaiman Pn. Tuan Emy Zulita bt. Tuan Zahari Pn. Sarina bt. Ayub @ Ismail Pn. Nooraini bt. Wahab Pn. Julieana bt. Harun Pn. Nor Hasmah bt. Zamri Pn. Eliza Ayuni bt. Zahari Buku Program (flip) Pn. Nora Hasifah bt. Mustaparudin (K) Pn. Afira bt. Mustafar Pn. Norazlin bt. Nor Shah Pn. Rohaya bt. Mat Zin Pn. Azliana bt. Abdul Aziz Pn. Nor Hakimah bt. Harun Pn. Noor Baiduri bt. Che Jaafar Pn. Yusmarliza bt. Yusof Cik Nur Syakirah bt. Abdul Samad Pn. Siti Sabarina bt. Md Salih Kiraan Undi En. Mohd Noor b. Ismail (K) En. Mohd Sufi b. Mohd Nawi Pn. Sharifah bt. Ismail Pn. Fauziah bt. Chola Kundil Kammad Juru Gambar, Persembahan Multimedia dan Kain Rentang En. Mohd Hafizil Izuan b. Mohmad Nazir (K) Pn. Intan Solehah bt. Mohd Jaya Mara En. Mohd Hanif b. Mohd Arif Pn. Norreza bt. Mohd Taha Pn. Syarifah Salwa bt. Syed Mad Damhuri
10 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-20 1. Ucapan Yang Dipertua PIBG SK Tunku Azizah 2. Ucapan Penasihat 3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-19, Tahun 2023 4. Perkara Berbangkit Dalam Minit Mesyuarat2023/2024 5. Membentang dan Mengesahkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Kali Ke-19, Tahun 2023/2024. 6. Membentang dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG SK Tunku Azizah 5.1 Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2023. 5.2 Penyata Kewangan Semasa 1Januari-Mei 2024. 7. Pembubaran dan Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024. 8. Membentang dan Membahaskan Usul. 9. Hal-Hal Lain. 10. Ucapan Penangguhan
11 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU AZIZAH KALI KE – 19 Tarikh : 24 Jun 2023 Hari : Sabtu Masa : 10.30 Pagi Tempat : Dewan Seri Nilam, SK Tunku Azizah Perasmi : NYDP PIBG Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah, Encik Mohamad Yusnizam Bin Mohamad Yusoff Kehadiran : 163 Orang 1.0 Agenda: UCAPAN PENGERUSI (YDP PIBG) 1.1 Pengerusi memaklumkan kehadiran pada mesyuarat kali ini seramai 163 orang. Jumlah ini adalah mencukupi untuk mesyuarat dijalankan. 1.2 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir bagi membincangkan hal-hal sekolah. 1.3 Pengerusi memaklumkan kepada ahli mesyuarat perkara-perkara berikut:- 1.3.1 Mesyuarat hari ini mengandungi 11 agenda yang perlu dibincangkan, 1.3.2 SKTA telah terpilih antara 100 buah sekolah di Negeri Pahang dalam Program ECO School dan telah berjaya dilaksanakan pelancaran peringkat Negeri yang berlangsung pada 13hb Jun 2023 dan mengucapkan tahniah kepada guru-guru dan semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Pelancaran tersebut, 1.3.3 Ibu bapa diingatkan bahawa dengan terpilihnya sebagai sekolah yang disenarai dalam Program Eco-School, beberapa perkara seperti pembungkus makanan, botol air mineral dan penyedut minuman adalah tidak dibenarkan lagi digunakan di kawasan sekolah dan meminta ibu bapa membekalkan anak-anak dengan botol tupperware. 1.3.4 Sekolah juga dibekalkan dengan beberapa produk lain sempena Program Eco-School tersebut seperti:- 1.3.4.1 Aquaponik set : Dikendalikan oleh PPKI SKTA 1.3.4.2 Drain Water Treatment : Kegunaan semula Air Hujan 1.3.4.3 Super Fruit Garden : Pokok Tin, Pokok Markisa & Lemon 1.3.4.4 Penuaian Air Hujan 1.3.5 Program ini memerlukan komitmen bersama antara pengurusan sekolah, guru-guru, pelajar-pelajar dan ibu bapa dalam menjayakan program ini terutama sumber dana awal bagi membolehkan semua aset yang diperolehi tersebut dapat menjana pendapatan untuk meneruskan program ini selama tiga (3) tahun ke hadapan.
12 2.0 UCAPAN PENASIHAT (PN. SHARIPAH HADIBAH BINTI HABIB NOH) Puan Guru Besar SKTA selaku Penasihat PIBG mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua ibu bapa dan penjaga yang dapat meluangkan masa untuk hadir bersama dalam Mesyuarat Agung PIBG SKTA Kali ke-19 ini. Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan dapat kita membincang dan mencapai kata sepakat dalam isu-isu berkaitan pelajar-pelajar di SKTA. Beliau mengemaskini beberapa perkara berkaitan SKTA, iaitu:- 2.1 Pihak sekolah akan mengadakan sesi PLC dengan guru bagi membincangkan tentang permasalahan murid-murid. Perjumpaan yang pertama adalah dengan guru tahun 1 yang telah diadakan pada 19 Jun 2023 dan telah mendapat maklum balas dari guru-guru berkenaan murid-murid 2023/2024. 2.2 Murid-murid yang berada di kelas DLP kurang faham arahan dalam Bahasa Inggeris dan pihak pengurusan memohon kerjasama daripada pihak ibu bapa yang mempunyai anak-anak di kelas DLP. 2.3 Terdapat 32 orang murid masih berada di konstruk 1 hingga 4. Program membaca (BCK) yang telah dijalankan dan meminta ibu bapa menghantar anak ke sekolah lebih awal iaitu 7.30 pagi bagi menjamin kelancaran program tersebut. 2.4 Sepanjang tempoh Program BCK dijalankan ada peningkatan pada murid-murid dari knstruk 1 tersebut ke peringkat yang lebih baik dan mana-mana pelajar yang masih belum dapat mencapai konstruk yang ditetapkan, pihak sekolah akan memanggil ibubapa pelajar tersebut untuk diadakan perbincangan lanjut. 2.5 Tiada lagi peperiksaan seperti sebelum ini dan para pelajar hanya akan menjalani PBD dan UASA serta hasil pemantauan yang dibuat data PBD adalah selari dengan keputusan UASA. 2.6 Ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua ibu bapa pelajar SKTA dan AJK PIBG yang telah banyak bersama dalam memberi sumbangan kepada pihak sekolah menjayakan program dan aktiviti yang dirancang bagi kemenjadian murid SKTA tidak kira dalam apa jua bidang samada dalam sukan dan akademik. 2.7 Pihak sekolah mempunyai satu projek khas iaitu membina dewan terbuka dengan anggaran nilai keseluruhan RM4 juta yang mana projek ini akan diusahasama pengumpulan dana bersama melalui Yayasan Didik Negara seperti yang dicadangkan oleh pihak SUSK Menteri Pendidikan yang hadir semasa Majlis Aprisiasi SKTA bulan Januari 2023 yang lalu. Tujuan kita bersama dengan Yayasan Didik Negara adalah bagi membolehkan penyumbang mendapat pelepasan cukai atas sumbangan yang mereka berikan bagi tujuan projek ini.
13 2.8 Menteri Pendidikan juga telah mengumumkan dana sebanyak RM150,000.00 untuk baik pulih bangunan sekolah semasa Majlis Aprisiasi SKTA bulan Januari 2023 yang lalu. Namun pihak sekolah masih menunggu pengesahan bayaran tersebut dari pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. 2.9 Tandas sekolah dibersihkan sebanyak 3 kali sehari tetapi murid menggunakan tandas sehingga waktu petang. Ini menyebabkan pada waktu tengah hari tandas telah berbau. Meminta kerjasama ibu bapa agar mengajar anak-anak cara menggunakan tandas awam dengan betul. 3.0 PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE -18 3.1 Setiausaha PIBG membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-18. Meminta ibu bapa membuka flip buku program. (muka surat 11-15) 3.2 Terdapat pembetulan pada ejaan nama (Pn. Shamseema binti Harun) dan salah ejaan (Pelantikan). 3.3 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-18 (Dengan pindaan) Cadangan menerima oleh : Pn. Shamseema binti Harun. Cadangan disokong oleh : Pn. Normaiza binti Mokhtar 4.0 PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN 4.1 Setiausaha PIBG membentangkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Tahun 2022/2023. Meminta ibu bapa merujuk flip buku program. (muka surat 19) 4.2 Encik Mohamad Yusnizam Bin Mohamad Yusoff (YDP) memaklumkan bahawa :- 4.2.1 Tandas OKU yang dinaiktaraf adalah melalui peruntukan yang diperolehi daripada JPN sebanyak RM50.000.00 dan dana kutipan daripada ibu bapa telah pihak pengurusan sekolah menaiktaraf 8 unit tandas dari tandas cangkung kepada tandas duduk. 4.2.2 PIBG telah mengemukakan permohonan peruntukan Kepada Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi bin Tan Sri Abd. Razak (Exco Pendidikan) sebanyak RM30,000.00 untuk menaik taraf baiki tandas.
14 5.0 PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN 5.1 Bendahari membentangkan laporan kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2022 dan laporan kewangan semasa 1 Januari 2023 - Mei 2023. 5.2 Encik Mohamad Yusnizam Bin Mohamad Yusoff (YDP) memaklumkan bahawa:- 5.2.1 Dana kutipan pembesaran surau yang dijalankan sebelum ini tidak digunakan oleh kerana pihak SKTA telah mendapat peruntukan dari JPN. 5.2.2 Dana sumbangan untuk persiapan Majlis Apresiasi Pendidikan (MAP) ialah lebih dari RM54,000.00 5.3 Encik Wan Anuar bin Wan Muda meminta supaya pada ruangan wang keluar, dijumlahkan dahulu wang yang keluar tersebut dan dibuat penolakan untuk baki bawa ke hadapan. 5.4 Pengesahan Laporan Kewangan PIBG Tahun 2022/2023 (dengan pindaan) Cadangan oleh : Encik Wan Anuar bin Wan Muda Cadangan tersebut disokong oleh : Encik Anuar bin Abdul Aziz. 6.0 PEMBUBARAN DAN PELANTIKAN JAWATANKUASA PIBG BAGI TAHUN 2023/2024 6.1 Encik Mohammad Yusnizam Bin Mohamad Yusoff (YDP) memaklumkan bahawa pada kebiasaan pelantikan AJK PIBG diadakan setiap 2 tahun tetapi mengikut Perlembagaan Pertubuhan Ibu Bapa Guru (PIBG), Pembubaran dan Perlantikan perlu diadakan pada setiap tahun. 6.2 Encik Mohammad Yusnizam Bin Mohamad Yusoff (YDP) memaklumkan pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 dan menyerahkan majlis kepada pengerusi sementara iaitu Encik Abdul Rahmat Bin Julidin (GPK Pentadbiran) untuk mempengerusikan majlis. 6.3 Encik Abdul Rahmat Bin Julidin (GPK Pentadbiran) memaklumkan tentang pembubaran AJK PIBG akan dijalankan kecuali jika ada hadirin yang mencadangkan supaya barisan AJK PIBG dikekalkan. 6.4 Keputusan Mesyuarat sebulat suara melantik semula AJK PIBG dan dikekalkan seluruhnya bagi sesi 2023/2024 Cadangan oleh : Encik Anuar bin Abdul Aziz Disokong oleh : Encik Roslan bin Aziz.
15 7.0 PEMBENTANGAN USUL 7.1 Encik Mohamad Yusnizam Bin Mohamad Yusoff (YDP) memaklumkan bahawa PIBG menerima 11 usul daripada ibubapa dan didapati 10 daripada usul tersebut adalah berkaitan dengan tandas. Oleh yang demikian, AJK PIBG memberi kepada pihak pengurusan sekolah membuat penyelarasan tersebut di peringkat sekolah. 7.2 Encik Mohd Sufian bin Che Husin mengusulkan agar pungutan sumbangan PIBG dinaikkan dari RM100 kepada RM150 (RM50 untuk pembelajaran) bagi satu keluarga. Perbincangan : 7.2.1 Encik Anuar bin Abd. Aziz (Naib Pengerusi Muafakat PPKI) mencadangkan sumbangan sebanyak RM150 diteruskan (RM50 untuk PIBG) dan PPKI (RM200) termasuk keluarga yang mempunyai 12 orang anak di aliran perdana. 7.2.2 Encik Mazlan bin Ahmad mencadangkan supaya sumbangan PIBG dikekalkan RM100 kerana terdapat ibu bapa yang tidak berkemampuan. Sekiranya ada ibu bapa yang ingin menyumbang RM50 bolehlah berbuat demikian. 7.2.3 Puan Furzianne binti Mohd Nawawi mencadangkan kutipan sebanyak RM10 untuk kelas. Keputusan Mesyuarat : Mesyuarat sebulat suara menyokong dan bersetuju sumbangan PIBG bagi sesi 2023/2024 adalah sebanyak RM100.00 bagi setiap satu keluarga.
16 8.0 HAL-HAL LAIN 8.1 Kebersihan Tandas Puan Nurul Natasha Atikah binti Roslan mencadangkan agar setiap satu tandas diguna oleh 2 kelas sahaja seperti yang dilaksanakan di MGS Ipoh dan kelas yang terbabit akan membersihkan tandas tersebut. Maklumbalas Pengurusan Sekolah Puan Sharipah Hadibah binti Habib Noh (Guru Besar) memaklumkan bahawa kaedah tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan tandas serta murid SK Tunku Azizah terdiri daripada murid lelaki dan perempuan dan beliau mencadangkan supaya murid diajar untuk mencuci tandas. 8.2 Kemaskini Maklumat Pembelajaran Pelajar En Mohd Norfarhan mencadangkan agar mewujudkan ‘group whatsapp’ yang mana dengan ini ibu bapa dapat berkomunikasi antara mereka dan guru dapat memberi info berkaitan sukatan pelajaran yang mereka telah ajar secara mingguan. Maklumbalas Pengurusan Sekolah Pihak Pengurusan sekolah akan berbincang dengan guru-guru dari semasa ke semasa bag meningkatkan kualiti komunikasi antara guru dan ibu bapa. 8.3 Penggunaan E-Kupon di Kantin Sekolah Encik Mohamad Yusnizam Bin Mohamad Yusoff (YDP) memaklumkan bahawa penggunaan e-kupon akan dibincangkan sama ada boleh digunakan di kantin sekolah dan akan memanggil pihak berkaitan untuk membuat penerangan berkaitan perkara tersebut. 8.4 Sistem Penilaian Pelajar Puan Norhidayah binti Adnan meminta penjelasan tentang penilaian mata terkumpul untuk ke sekolah menengah dan mencadangkan pihak sekolah mengadakan taklimat berkaitan PAJSK bagi murid tahap 2. Maklumbalas Pengurusan Sekolah 8.4.1 Puan Sharipah Hadibah binti Habib Noh (Guru Besar) menjelaskan bahawa sumbangan dalam ko-kurikulum, murid boleh mengumpul mata bermula dati tahun 4 sehingga tahun 6. Murid juga boleh mengumpul mata melalui SSDM dan aktiviti yang mereka sertai. Bagi ibu bapa yang menghantar sendiri anak mereka untuk menyer tai aktiviti boleh memaklumkan kepada kepada guru kelas. 8.4.2 Puan Sharipah Hadibah binti Habib Noh (Guru Besar) memaklumkan bahawa hari pelaporan akan diadakan pada 14 September 2023.
17 8.5 Keadaan Cuaca Panas Puan Norhasliza binti Mohd Zain meminta kebenaran supaya ibu bapa boleh masuk ke kawasan sekolah untuk mengambil anak kerana cuaca panas. Sokongan PIBG Encik Mohamad Yusnizam Bin Mohamad Yusoff (YDP) memaklumkan bahawa murid aliran perdana menggunakan pintu pagar A untuk pulang sementara murid pendidikan khas dan murid pra sekolah menggunakan pintu pagar B untuk pulang. Ibu bapa boleh mengambil anak mereka di pintu pagar A dan boleh menunggu di pondok yang telah disediakan. Maklumbalas Pengurusan Sekolah Puan Sharipah Hadibah binti Habib Noh (Guru Besar) menjelaskan bahawa ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah. Beliau juga memaklumkan akan memasang kanopi untuk ibu bapa menunggu sekiranya ada peruntukan. 8.6 ‘Water Station” Encik Mohd Aizuddin mencadangkan supaya menambah ‘water station’ terutama untuk tingkat 1 dan tingkat 2. Sokongan PIBG Encik Mohamad Yusnizam Bin Mohamad Yusoff (YDP) memaklumkan bahawa meyokong penuh cadangan ini dan akan diusahakan supaya setiap tingkat mempunyai 1 mesin coway serta memohon kerjasama pihak Ibubapa bagi menjayakan projek ini. Kita memerlukan 4 mesin baru bagi menjayakan projek ini dan akan berbincangn dengan Pengurusan Sekolah berkaitan kesesuaian tempat dan keselamatan pelajar. 8.7 Kesihatan Encik Anuar bin Abd. Aziz merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua guru-guru dan meminta guru-guru menjaga kesihatan diri agar dapat meneruskan kerjaya mendidik anak-anak SKTA.
18 8.8 Kesamarataan Peluang Pelajar Encik Wan Anuar bin Wan Muda berharap agar komitmen guru diteruskan, tidak memilih kasih terhadap murid supaya murid mendapat hak kesamarataan. Maklumbalas Pengurusan Sekolah Puan Sharipah Hadibah binti Habib Noh (Guru Besar) memaklumkan bahawa guru-guru menghantar buku murid untuk semakan oleh pihak pengurusan sekolah secara berkala dan setiap murid ada semakan buku tulis. Beliau juga memaklumkan bahawa PBD ada pemantauan dan pementoran secara terus oleh pengurusan sekolah serta pemantauan tersebut dipantau sendiri oleh beliau. 9.0 UCAPAN PENANGGUHAN 9.1 Encik Mohamad Yusnizam Bin Mohamad Yusoff (YDP) mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru yang menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-19 ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.16 tengah hari. Disediakan oleh, Disahkan oleh, (FAUZAN B. ZAKARIA) (MOHAMAD YUSNIZAM B.MOHAMAD YUSOFF) Setiausaha, Yang DiPertua, PIBG SK Tunku Azizah PIBG SK Tunku Azizah Kuantan. Kuantan
19 BIL NAMA BIL NAMA 1 NOOR AZREEN BINTI HARITH 28 INABAH BINTI MOHAMAD 2 SITI WAN AMIRAH BINTI JAMALUDIN 29 AHMAD SAMSULFADILAH BIN MD AYOB 3 PUTERI AINI SOFIAH BINTI MEGAT ABDUL KHALIK 30 SAADIAH BINTI BAHAMAN 4 ANIE FAUZIAH CHOLA KUMDIL KAMMAD 31 ZURINAH BINTI ABDUL LATIF 5 ROZIAH BINTI SHAMSUDDIN 32 MOHD NOOR BIN ISMAIL 6 YUSMARLIZA BINTI YUSOF 33 AFIRA BINTI MUSTAFAR 7 INTAN SOLEHAH BT MOHD JAYA MARA 34 RUSLAN BIN HASHIM 8 ANA ASYIDA BINTI YUSOFF 35 NOORANIZZAN BINTI GOSNON 9 NOR HASMAH BINTI ZAMRI 36 MOHD SAUFI BIN MOHD NAWI 10 MOHD ASRY BIN MD SHAH 37 NORAFIDA BINTI MOHAMAD 11 NOOR RAZLEENA BT MOHAMED @ RAZLAN 38 NORAAZLIZA BINTI ZULKIPLY 12 FURZIANNE BINTI MOHD NAWAWI 39 NANI BINTI ABDULLAH 13 ABD RAHMAT BIN JULIDIN 40 NOOR AL SAADAH BINTI ABDULLAH 14 TENGKU RAHIMAH BINTI TENGKU MAHAMOD 41 MAZZIATUL EMMA BT MOHD SALIM 15 ROZAIMAH BINTI SAID 42 IDA HAYANI BINTI MOHAMED IDRIS 16 SYAHARIAH BINTI KASSIM 43 NAZRUL SYAHRIL BIN SALLEH 17 LATIFAH AYUB 44 NOR HAFIZAH BT JAMALUDIN 18 PATMAWATY BINTI ABDULLAH 45 MUHAMAD HAFIZAN BURHAN 19 ZAHARI OTHMAN 46 MUHAMAD SUPIAN BIN CHE HUSIN 20 NOORAINI BINTI WAHAB 47 FAUZAN BIN ZAKARIA 21 NAJIBAH BINTI BAHAROM 48 MOHD SAIDI BIN AHMAD 22 MOHD KHAIRUL JASRI BIN SALLEH 49 HASSALMIZA BINTI HASSAN 23 MOHAMAD YUSNIZAM BIN MOHAMAD YUSOFF 50 NOOR YUSMIZA BT.JUSOH 24 NURSUZILAWATI BT RAHAMAT 51 ZHARIFAH BINTI AHMAD 25 SALAWATI BINTI MAT PIAH 52 SHARIPAH HADIBAH BINTI HABIB NOH 26 SITI FATIMAH BT AB RONI @ SULAIMAN 53 AZLIANA BINTI ABD AZIZ 27 NURUL HUDA BINTI MOHD ZAHARI 54 SAMSIAH BT HJ WAHAB SENARAI KEHADIRAN IBU BAPA DAN GURU
20 BIL NAMA BIL NAMA 55 AMIRUL BIN ABAS 80 WAN ANUAR BIN WAN MUDA 56 MASLINA BINTI MAAN 81 ROSLAN BIN AZIZ 57 NOOR HIDAYAH BINTI ADNAN 82 AMINUDDIN BIN MOHAMAD 58 ZAIFUL AZLY BIN ZAIDAN 83 KU MUHAMMAD NA’IM BIN KU KHALIF 59 SHAFIQAH MOHD AKHIR 84 MUHAMMAD IKMAL ADHAM BIN MUHAMMAD KHAIRI 60 MUHD AZAMLIZAN BIN MUHAMAD WAI LADIN 85 AHMAD FIKRI BIN SULAIMAN 61 NURUL ZURIANA BINTI MUHATAR 86 AHMAD FARID BIN MOHAMAD 62 NURUL NADIA BINTI OTHMAN 87 AMEIR HISYAM BIN AWANG 63 MOHD KARIMI BIN BAKAR 88 ABDUL HALIM BIN HAMZAH 64 NOR AZMAH BINTI DOLLAH 89 ROSLAN BIN AZIZ 65 NOORUL ILYANI MAHMAD 90 MOHD AZMI BIN ABDULLAH 66 ZAINUL AMIN B. JAMIL 91 JUHANA BT AMIRUUDIN 67 YUGENDREN A/L PERUMAL 92 SH. SAFINAH SYED AHMAD 68 NOR HASNIDA BINTI MOHD SUBKI 93 TENGKU ELIANA TUAN KAMARUZAMAN 69 FAKRUL HISHAM BIN MUHAMMAD 94 MOHD AZMI BIN ABDULLAH 70 SUHAIZA ANIS BT WAHIDDIN 95 SAZLIYANI ALIAS 71 MAZLAN BIN AHMAD 96 MOHD FAIZAL BIN RAZALI 72 RAMANNY DORAIRAJU 97 NADIRA BINTI AB AZIZ 73 MOHAMAD NASRUL BIN HANAPIAH 98 MUHAMMAD NUR FIRDAUS 74 MOHAMMAD KHAIRUL FADHLI BIN ISMAIL 99 YOHANA SHAFIRA BINTI SHARUDDIN 75 MOHD HAFIZIL IZUAN BIN MOHMAD NAZIR 100 ROSMALINI BINTI AB MANAF 76 RAMANNY DORAIRAJU 101 HARTINI MANSOR 77 MOHD RIZAL BIN REDZUAN 102 NURUL ADILAH BINTI AHMAD 78 NURQAMISAH BINTI MOHD GHAZALI 103 NOR LIANA NAJIRAH BINTI MOHAMAD 79 ANUAR BIN ABDUL AZIZ 104 NURFATMA AMIRAH NADIRAH BT RAHIM SENARAI KEHADIRAN IBU BAPA DAN GURU
21 BIL NAMA BIL NAMA 105 JUWITA BINTI JAMALUDIN 127 MOHD SYAHIZAN BIN SHAHABANI 106 SAMSEEMA BINTI HARUN 128 NURUL IZZATI KAMARUDIN 107 MOHD AHSANUDDIN BIN AZMI 129 NORAZZEANTY BINTI RAZALI 108 JULIEANA HARUN 130 MOHD NIZAM BIN ABDUL HALIM 109 SYED RIDZUAN BIN SYED RAINUDDIN 131 NOORAZMAHANI BT WAHED 110 SHARIPAH BT ISMAIL 132 SURITA BINTI MOHHAMAD 111 SITI NOOR BINTI MOHAMAD 133 BUNNIE SYARUL ANNE 112 NUR SAUFI AHMAD 134 MARSIAH MOHAMAD 113 AFENDI BIN SUHIB 135 MUHAMMAD AIZUDDIN BIN MAT LAZIM 114 ROSMAIMI BT YUSUF 136 ABDULLALPARIHI MOKHTAR 115 AZIZAH MOHD ALIAS 137 MOHD HANIF BIN MOHD ARIF 116 MOHD KHALIL BIN JAMALUDIN 138 NOOR BAIDURI BINTI CHE JAFFAR 117 NOR AISHAH BINTI MOHD NASIR 139 NOORMAIZAH BINTI MOKHTAT 118 MUSFIRAH BINTI ABDUL HADI 140 NUR SHAFIRA BINTI HALIKODIM 119 MUHAMAD FARID BIN MD ROSELAN 141 MOHD.FARIZ BIN MUSA 120 ABDUL RAHMAN BIN ABAS 142 ARMAN FAIZUL BIN MANSOR 121 RUZAILY BINTI ZAINUDIN 143 NORA HASIFAH BINTI MUSTAPARUDIN 122 NURUL NATASHA ATIQAH BINTI ROSLAN 144 WIDYA ABD WAHAB 123 YUGENDREN A/L PERUMAL 145 FAUZIYATON BINTI HAMZAH 124 MOHAMAD HAMIZEY BIN MAT TAIB 146 BADRUL HISHAM BIN AB GHANI 125 EMELIANI BINTI MOHAMMED 147 AHMAD ZULHASRI BIN HALIDAN 126 NORAFIDAH BY MOHD DAHALAN 148 AHMAD FIRDAUS BIN AHMAD SHUKRI SENARAI KEHADIRAN IBU BAPA DAN GURU
22 BIL NAMA 149 ARMAN FAIZUL BIN MANSOR 150 NORA HASIFAH BINTI MUSTAPARUDIN 151 WIDYA ABD WAHAB 152 FAUZIYATON BINTI HAMZAH 153 BADRUL HISHAM BIN AB GHANI 154 AHMAD ZULHASRI BIN HALIDAN 155 AHMAD FIRDAUS BIN AHMAD SHUKRI 156 SHAFINAH UMAMAH BINTI ABDUL MUTALIB 157 NORREZA BT MOHD TAHA 158 AMIRUL HAKIM BIN MOHD ZAIN AL RASHIDI 159 FARA NINA BT FAISAL MOHAMED 160 MOHD NORFARHAN BIN MOHD MUSTAFA 161 NOR ADILA BINTI SAID 162 SHARIPAH BINTI SHAFIE 163 ROSLINDA HAYATI BT ISMAIL SENARAI KEHADIRAN IBU BAPA DAN GURU
23 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG TAHUN Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Sukacita, saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa PIBG SK Tunku Azizah dengan ini membentangkan BIL AKTIVITI TARIKH CATATAN 1 Kejohanan Olahraga Tahunan 2023 10 September 2023 2 STAz Fun Run 2023 24 Ogos 2023 3 Gotong– royong MADANI 17 Ogos 2023 4 Penapis Air COWAY 5 Menghias Bilik Gerakan 6 Pembelian Rostrum 7 Bakul Ramadan dan Syawal 5 April 224 8 Majlis Apresiasi Pendidikan (MAP) 2023 19 Mei 2024
24 Bagi pihak PIBG Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah, saya mengucapkan jutaan terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan dan mendoakan agar PIBG STAZ sentiasa seiring dan sejalan dengan pihak sekolah untuk mengekalkan dan meningkatkan prestasi sekolah. Disediakan oleh: Fauzan bin Zakaria, Setiausaha, PIBG SK Tunku Azizah. BIL AKTIVITI TARIKH CATATAN 9 Cenderahati kepada guru yang mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 21 Mei 2024 10 Majlis Graduasi & Hari Lahir Pendidikan Khas 11 Sambutan Bulan Kesedaran Autisme Pendidikan Khas 22 April 2024 12 Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas MSSD Kuantan 18 Julai 2023
25
26
27
28
29
30
31 Disediakan oleh : Disahkan oleh: Mazziatul Emma binti Mohd Salim Mohamad Yusnizam bin Mohamad Yusoff Bendahari PIBG Yang Dipertua PIBG PIBG SK TUNKU AZIZAH PIBG SK TUNKU AZIZAH Disemak oleh: Muhd Syafi bin Abd Bari Pemeriksa Kira-kira PIBG SK TUNKU AZIZAH
32
33 Disediakan oleh : Disahkan oleh: Mazziatul Emma binti Mohd Salim Mohamad Yusnizam bin Mohamad Yusoff Bendahari PIBG Yang Dipertua PIBG PIBG SK TUNKU AZIZAH PIBG SK TUNKU AZIZAH Disemak oleh: Muhd Syafi bin Abd Bari Pemeriksa Kira-kira PIBG SK TUNKU AZIZAH
34 TIADA
35 Penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke – 19 ini : Yang Dipertua PIBG STAz Naib Yang Dipertua PIBG STAz Ahli jawatankuasa PIBG STAz sesi 2023 / 2024 Guru Besar STAz Guru-guru Penolong Kanan Guru-guru dan Kakitangan STAz Ibu Bapa/ penjaga murid-murid STAz serta semua pihak yang memberi kerjasama serta sumbangan secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. “SEGALA JASA BAIK DAN SUMBANGAN TUAN/PUAN HANYA ALLAH YANG DAPAT MEMBALASNYA “ TERIMA KASIH
36