KERJA KURSUS
SEJARAH .
PERMAINAN
TRADISIONAL -
CONGKAK .
(KAUM MELAYU)
NAMA : NUR IRDINA
SYAFINAZ BINTI
NORAZMI .
KELAS : 3 MAKMUR .
~ ISI KANDUNGAN .
BIL KANDUNGAN MUKA SURAT
1. OBJEKTIF KAJIAN 1
2. KAEDAH KAJIAN 2-3
3. LATAR BELAKANG 4-6
PERKEMBANGAN 7-8
4. PERMAINAN
CONGKAK
5. RUMUSAN 9
6. SUMBER RUJUKAN 10
~ OBJEKTIF KAJIAN .
Kerja Khusus Sejarah ini dijalankan
untuk memenuhi beberapa objektif.
Objektif am ialah mencari dan
mengumpul fakta sejarah daripada
sumber yang sahih dan mempelajari
cara mengelas , menganalisis ,
mentafsir, mensintesis , merumus dan
merekod fakta sejarah dengan betul .
Objektif khusus bertujuan mengenali
warisan seni permainan tradisional
masyarakat Malaysia dengan lebih
mendalam serta mengetahui tentang
latar belakang permainan congkak serta
tujuan dimainkan dan lain-lain .
Objektif lain ialah menyemai semangat
patriotik dan nilai-nilai murni di
kalangan murid .
~ KAEDAH KAJIAN .
Saya telah menggunakan beberapa
kaedah kajian dalam kajian Sejarah ini .
a)temu ramah .
Saya telah menemu ramah FILZA
NATASHA yang merupakan pakar
dalam permainan tradisional untuk
mendapatkan maklumat.Beliau dengan
sukacitanya memberikan banyak
informasi terutamanya latar belakang
congkak yang sangat berguna .
b)melayari internet .
Saya juga melayari internet untuk
memperoleh maklumat tentang
permainan congkak.Bahan yang
terdapat dalam laman web telah saya
cetakkan sebagai lampiran.Saya
merujuk sumber-sumber lain untuk
memastikan kesahihannya. sumber-
sumber lain untuk memastikan
kesahihannya .
c)analisis dokumen untuk mendapat
data .
Saya menganalisis buku-buku ilmiah,
majalah , dan surat khabar untuk
mendapatkan data mengenai
congkak.Penyelidikan itu dibuat di
perpustakaan sekolah saya dan
perpustakaan Alor Gajah.Data-data
telah ditafsir sebelum diolah dalam
kerja khusus.
~ LATAR BELAKANG .
- Terdapat beberapa kajian mendapati
congkak berasal dari benua Afrika atau
Arab. Bagaimanapun, bukti tertua yang
dijumpai oleh cari gali
purba menjumpai kepingan batu
kapur yang mempunyai dua liang selari
bertarikh semenjak 5000 hingga 7000
SM di masa kini Jordan.
Dari Timur Tengah, permainan ini
tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke
Asia melalui pedagang-pedagang Arab.
Di Asia Tenggara, congkak mungkin
berkembang
dari Melaka memandangkan negeri ini
merupakan pusat perdagangan pada
waktu dahulu. Nama "congkak"
dipercayai berasal dari
perkataan Bahasa Melayu "congak"
yang bermaksud pengiraan mental.
Selain orang Melayu, keturunan
peranakan India dan Baba Melaka turut
meminati permainan Congkak.
Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean
juga bermain congkak. Congkak
dipercayai sampai ke sana melalui
perdagangan hamba. Di sana, congkak
dikenali sebagaiwarri atau awari. Di
Indonesia, congkak dikenali dengan
nama congklak, di Filipina, sungka.
Pada zaman dahulu,
golongan istana bermain congkak
dengan menggunakan papan congkak
yang berukir mewah, sementara di
kalangan rakyat jelata, ia sekadar
dimainkan dengan mengorek lubang di
dalam tanah. Pada hari ini, congkak
dimainkan di seluruh dunia.
Congkak begitu popular dan diminati
sehingga peminat-peminatnya mencipta
pelbagai laman web di internet. Dalam
laman-laman web ini disenaraikan
pelbagai maklumat tentang congkak
dalam budaya dan bangsa di seluruh
dunia. Terdapat juga permainan
congkak dalam talian.
Contoh congkak
~ PERKEMBANGAN
PERMAINAN CONGKAK .
- Permainan ini masih diteruskan
hingga sekarang. Nilai dan Potensinya
bagi Perkembangan Kognitif Anak ini
dilatarbelakangi oleh ketertarikan
penulis terhadap permainan tradisional
yang merupakan warisan nenek
moyang. Interpretasi yang penulis
lakukan berupaya menggali nilai dan
potensi yang terdapat dalam permainan
Congkak dalam hubungannya dengan
bidang psikologi khususnya
perkembangan anak. Penelitian
terhadap permainan tradisional sebagai
salah satu bentuk folklor Nusantara
secara interdisipliner terhadap ilmu
psikologi ini mengungkapkan bahwa
permainan Congkak sebagai permainan
tradisional yang berkembang di banyak
daerah di Nusantara ini memiliki
berbagai nilai dan memiliki potensi
dalam memengaruhi perkembangan
anak khususnya pada aspek kognitif.
~ RUMUSAN .
- kajian mengenai permainan tradisional
congkak adalah saya dapat menambah
pengetahuan dan juga ianya juga
mempamerkan banyak nilai murni iaitu
sifat kesabaran . Contohnya, kesabaran
ketika bermain untuk menunggu
giliran . Seterusnya , nilai kejujuran
iaitu jujur ketika menikam guli . Akhir
sekali,sifat keikhlasan dalam
permainan .
- SUMBER RUJUKAN .
- internet :
1) ms.wikipedia.org
2) Reka.usm.my
3) www.scrib.com
- ilmu pengetahuan .
- temu ramah dengan FILZA
NATASHA ( pakar dalam permainan
tradisional ) .
TAMAT !
TERIMA KASIH .