The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitisalmah.gurusmkdbs, 2021-09-13 07:45:14

Pentaksiran Sumatif Pertengahan Tahun

Bahasa Melayu Tingkatan 3 Tahun 2021

NAMA : _____________________________ KELAS :________

SULIT
Bahasa Melayu
26 September 2021
1 ½ jam

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ BIJAYA SETIA
08000 SUNGAI PETANI KEDAH

PENTAKSIRAN SUMATIF PERTENGAHAN TAHUN
TAHUN 2021

BAHASA MELAYU
TINGKATAN 3

SECARA DALAM TALIAN
Satu jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi EMPAT bahagian, iaitu Bahagian A, Untuk Kegunaan Pemeriksa
Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D Bahagian Soalan Markah

A 20

2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian B 1
D. Bagi Bahagian C, pilih mana-mana soalan sama ada Soalan 1 atau 2
Soalan 2. 3
4
3. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan atau ceraian
soalan ditunjukkan dalam kurungan.

4. Murid mestilah menulis nombor soalan dan jawapan sahaja. 1
C2
5. Murid dikehendaki menjawab pada kertas jawapan bergaris dengan
tulisan tangan dengan meggunakan pen berwarna biru atau hitam. D1

6. Murid diberi tempoh selama 2 jam. Murid perlu menjawab soalan Jumlah

dalam tempoh 1 jam 30 minit sahaja. 30 minit lagi untuk semakan

jawapan dan UPLOAD skrip jawapan melalui pautan Google Form

yang akan diberikan.

_________________________________________________________________________________

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak

DI SEDIAKAN OLEH; DI SAHKAN OLEH:

SITI SALMAH OTHMAN

1

BAHAGIAN A
[20 MARKAH]
[Masa yang dicadangkan : 30 minit]

Solana 1 - 4
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 Biskut coklat di dalam tin itu ___________ kerana penutup balang tidak ditutup dengan rapat.

A lemau C lembut

B lembik D lembam

2 Samad berazam untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh selepas namanya _________

daripada senarai pemain bola tampar sekolahnya.

A dicicirkan C digugurkan

B diluruhkan D dilenyapkan

3 Pengetua mengakhiri majlis itu dengan menyampaikan ___________ pantun.

A sebaris C sepatah

B seuntai D sebentuk

4 ___________ di tengah sawah adalah untuk menghalau burung-burung daripada makan padi.

A Anak-anakan C Orang-orangan

B Hidup-hidupan D Bunga-bungaan

Soalan 5 - 6
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

5 I Kemarahan ibu tadi telah surut dalam sekelip mata.

II Selepas lima bulan bercerai, dia surut kepada bekas isterinya.

III Abu dan kawannya berjalan-jalan di tepi pantai ketika air laut sedang surut.

IV Apabila melihat air semakin naik, mereka surut beberapa langkah ke belakang.

A I dan Il sahaja C I, II dan III sahaja

B III dan IV sahaja D I, II, III dan IV

6 I Kedua-dua orang mangsa bot karam itu ditemui terhampar di tepi pantai Teluk Sisik.

II Lelaki itu terhampar di atas katil hospital kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.

III Shalini menegur adiknya kerana membiarkan buku latihan yang dibeli terhampar di atas

katil.

IV Azrul memuji kecantikan tikar yang terhampar di ruang tamu Hisyam.

A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja

B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

2

Soalan 7 - 8
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu
telah telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih
jawapan yang paling sesuai.

7 Murid-murid itu mengetahui yang peraturan sekolah mesti dipatuhi tetapi masih ada juga yang
A BC

sering melanggar peraturan sekolah. Tiada kesalahan.
D

8 Kamarul berlatih dengan bersungguh-sungguh bagi menghadapi kejohanan sukan tahunan
AB

supaya dia bercita-cita untuk menjadi olahragawan sekolah. Tiada kesalahan.
CD

Soalan 9 - 10
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan
bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada
kesalahan.

9 Cikgu Amira mengesali sikap beberapa orang muridnya yang tidak mementingkan pelajaran

demi masa depan mereka.

A bagi masa depan mereka C dalam masa depan mereka

B antara masa depan mereka D demi masa depan mereka

10 Negara yang bertamadun tinggi dan maju didiami oleh anggota masyarakat yang

berpengetahuan dan sentiasa meneroka pelbagai bidang ilmu pengetahuan

A anggota masyarakat diami C anggota masyarakat mendiami

B mendiami anggota masyarakat D didiami oleh anggota masyarakat

Soalan 11
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang
bercetak tebal.

11 "Saya akan bermain bola tampar bersama-sama rakan pada masa lapang kerana saya
suka bermain bola bukannya catur," kata Aiman.
A Aiman berkata bahawa selain catur, dia juga suka bermain bola tampar bersama-sama
rakannya jika ada masa lapang.
B Aiman berkata bahawa dia bukannya suka bola tampar sebaliknya dia suka bermain catur
bersama-sama rakannya pada masa lapang.
C Aiman berkata bahawa dia tidak suka bermain catur tetapi dia suka bermain bola tampar
bersama-sama rakannya pada masa lapang.
D Aiman berkata bahawa dia bukan sahaja suka bermain bola tampar malahan dia juga suka
bermain catur bersama-sama rakannya jika ada masa lapang.

3

Soalan 12
Pilih ayat-ayat yang betul.

12 I Bunyi yang terlalu bising itu membuatkan saya sakit kepala.

II Penggunaan kad kredit dalam kalangan masyarakat kini tidak terbatas.

III Hampir kesemua soalan-soalan yang dikemukakan dapat dijawab oleh murid.

IV "Mana pendapat kamu berkenaan dengan isu ponteng sekolah itu?" tanya Cikgu Nordin.

A I dan II sahaja B III dan IV sahaja

C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja

Soalan 13
Pilih peribahasa yang paling sesuai.

13 Hunafa selalu menceritakan keburukan ahli keluarganya, akhirnya dia juga yang mendapat
malu.
Peribahasa yang sesuai dengan situasi tersebut ialah
A membuka pekung di dada.
B tepuk dada tanyalah selera.
C marahkan nyamuk, kelambu dibakar.
D menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri.

Soalan 14 - 17 berdasarkan petikan cerpen di bawah.

"Tanah itu cuma sekeping."
"Sebab itu kita kena uruskan sebaik-baiknya."
"Ah! Nak uruskan macam mana? Jual sudah. Bahagi-bahagikan duit."
Hisyam menarik nafas dalam-dalam. Dia merenung wajah abangnya, Harun yang seperti
tidak kisah tentang persoalan tanah pusaka yang diperkatakan sekarang.
Memang senang kalau dijualkan sahaja tetapi dia tidak mahu jual. Kakaknya Halimah
juga tidak setuju tanah itu dijual. Lalu dia dan Halimah bersetuju tanah itu dibangunkan.
Di atas tanah itu boleh dibangunkan rumah kediaman mewah dalam bentuk kondo.
Pengurusan kondo itu boleh dilakukan dalam bentuk syarikat. Mereka boleh menubuhkan
syarikat itu. Tiga beradik membangunkan tanah pusaka. Ah! Sangat manis. Sangat mulia. Sejuk
ayah mereka dalam kubur. Itu sahaja pusaka peninggalan ayah mereka yang berharga di bandar
itu. Tanah pusaka diuruskan oleh syarikat keluarga.

Dipetik dan diubah suai daripada cerpen ‘Sekeping Tanah’, antologi Bintang Hati
Tingkatan 3. Kementerian Pendidikan Malaysia

14 Apakah yang hendak dilakukan oleh Harun terhadap tanah pusaka keluarganya?
A Menguruskan tanah itu dengan baik
B Menjual tanah itu
C Membangunkan tanah itu menjadi rumah kediaman mewah
D Menjadikan tanah itu sebagai kawasan perkuburan

4

15 Persoalan yang berikut terdapat dalam petikan cerpen, kecuali
A menghormati orang yang lebih tua.
B kerjasama untuk menjayakan projek usaha sama.
C masalah sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat bandar.
D kepentingan muafakat dalam membincangkan sesuatu isu bersama.

Tiga beradik membangunkan tanah pusaka.
Ah! Sangat manis.

16 Teknik penceritaan yang digunakan dalam petikan di atas ialah

A imbas muka C saspens.

B monolog D pemerian

17 Pilih pernyataan yang tidak benar berdasarkan petikan cerpen tersebut.
A Hisyam dan Halimah tidak mahu menjual tanah pusaka.
B Hisyam dan Harun bercadang ingin menubuhkan syarikat keluarga.
C Harun kelihatan tidak berminat untuk membincangkan hal tanah pusaka keluarga.
D Halimah ialah kakak Hisyam.

Soalan 18 – 20 berdasarkan sajak di bawah.

1 Tidak ada manusia lain Sajak Aku
di pantai ini
kecuali diriku. 5 Tidak terasa olehku
sentuhan angin ini
bertiup di mana-mana.

2 Kususur pasir panjang 6 Bahkan aku tidak tahu
sambil kubayangkan kulit kerang dan ru
aku ini Adam. pernah wujud di sini.

3 Hari inilah aku tercipta 7 Tuhan
dan pertama kali melihat aku percaya Kau Pencipta
laut, langit dan pohon. kerana aku baru ada.

4 Kelmarin aku belum ada Rosli K. Matari
tidak terdengar olehku Antologi Kuingin Berterima Kasih,
bunyi ombak itu. 2014

18 Berdasarkan rangkap pertama, penyajak merasakan dirinya
A manusia yang paling bertuah.
B insan yang terpilih berada di pantai.
C satu-satunya manusia yang berada di pantai.
D membayangkan manusia yang bertuah berada di pantai.

5

19 Nikmat yang dirasai di pantai menyebabkan penyajak mengakui
A kewujudan Tuhan.
B kepentingan keindahan alam.
C keistimewaan tinggal di pantai.
D keistimewaan hasil ciptaan Tuhan.
dan pertama kali melihat
laut, langit, dan pohon

20 Berdasarkan keseluruhan sajak, mengapakah penjayak mengatakan dia baru pertama kali
melihat laut, langit, dan pohon di pantai itu?
A Penyajak tidak pernah pergi ke mana-mana pantai sebelum ini.
B Penyajak membayangkan dirinya sebagai Adam yang baru diciptakan.
C Penyajak merasakan dirinya baru dilahirkan ke dunia ini.
D Penyajak baru dapat melihat keadaan di pantai itu.

6

BAHAGIAN B
[20 MARKAH]
[Masa yang dicadangkan : 25 minit]

1 Dalam iklan di bawah, terdapat lima kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis
ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin iklan itu
semula.

Pertandingan Bolasepak Daerah Barat Daya

Tarikh : 28 February 2021
Masa : 10:00 pagi hingga 5:00 petang
Tempat : Padang Awam Kongsi, Balik Pulau

Katagori :  Hadiah : Tempat pertama – RM2000
 Bawah 19 tahun Tempat kedua – RM1500
 Bawah 23 tahun Tempat ketiga – RM1000
 Veteran (umur 50an)
 Hadiah berbentuk hemper turut disediakan kepada
penonton yang bertuah

Borang penyertaan hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 15 Januari 2021.
Sila hubungi Encik Rosli bin Sulaiman melalui talian 03-89893773 untuk mendapatkan maklumat
lanjut.

(i) ____________________________
(ii) ____________________________
(iii)____________________________
(iv)____________________________
(v) ____________________________

[5 markah]

2 Tentukan jenis-jenis ayat di bawah sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah atau
ayat seruan.

(i) Tak usah kita bergaduh sesama adik-beradik.
______________________________________________________________________

(ii) Sungai Pahang merupakan sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia.
_______________________________________________________________________
[2 markah]

7

3 Gabungkan ayat-ayat tunggal berikut supaya menjadi ayat majmuk.
(i) a) Sulaiman tersepak akan seketul batu.
b) Sulaiman tersembam ke tanah.
____________________________________________________________________
(ii) a) Wanita itu pengsan.
b) Wanita itu mendapat tahu bahawa anaknya kemalangan.
____________________________________________________________________
(iii) a) Saya membaca majalah itu.
b) Majalah itu dibeli di kedai.
____________________________________________________________________
[3 markah]

4 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji.
(i) Novel Pelari Muda, karya Ghazali Ngah Azia
(ii) Novel Jalan ke Puncak, Juri Durabi
(iii) Novel Justeru Impian di Jaring, karya Zaid Akhtar
Berdasarkan novel yang telah anda kaji, jelaskan tiga nilai kemanusiaan yang terdapat dalam
novel tersebut. Kemukakan contoh peristiwa yang sesuai.
[10 markah]

8

BAHAGIAN C
[15 MARKAH]
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]

Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2.

Soalan 1 : Ringkasan

Baca petikan di bawah dengan teliti berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang
cara-cara mengurus tekanan dalam kalangan remaja. Panjangnya ringkasan anda hendaklah
tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan.
Tekanan merupakan masalah yang sering dialami oleh semua lapisan masyarakat tidak kira golongan
muda mahupun golongan tua. Masalah tekanan boleh memberikan impak kesihatan kepada diri jika
tidak ditangani dengan cara yang betul.

Masalah kemurungan juga berpunca daripada tekanan jiwa yang tidak diurus atau dirawat
dengan baik. Oleh itu, tindakan utama dalam mengurus tekanan ialah remaja harus mendekatkan diri
kepada Tuhan, iaitu melalui ibadah. Bukan itu sahaja, remaja perlu mempunyai wawasan diri dan
matlamat hidup. Dengan cara ini, mereka akan lebih tabah ketika menghadapi sebarang masalah yang
melanda dalam usaha untuk mencapai wawasan atau matlamat tersebut. Golongan remaja juga perlu
meluangkan lebih banyak masa bersama-sama keluarga dan perlu bijak memilih rakan. Dengan ini,
mereka akan dapat meluahkan masalah yang terbuku di hati kepada orang yang betul-betul dapat
membantu mereka untuk menyelesaikan masalah bukannya menambah kerumitan masalah.

Ibu bapa pula perlu rapat dengan anak-anak supaya mereka dapat mengenal pasti perubahan
sikap anak-anak. Anak-anak yang murung, suka menyendiri, suka menyalahkan orang lain serta
cenderung melakukan sesuatu di luar kawalan selalunya mengalami tekanan. Lakukanlah aktiviti
bersama-sama keluarga dan pada masa yang sama cuba kenali rakan-rakan mereka kerana melalui
rakanlah anak-anak akan lebih dikenali. Ibu bapa juga perlu menentukan bahawa anak-anak mereka
mempunyai hala tuju yang betul. Mereka perlu terlibat dalam perancangan masa hadapan anak mereka.
Selain itu, kaedah pendidikan secara berterusan merupakan cara yang terbaik untuk membentuk
peribadi anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja masih memerlukan bimbingan dalam
mencari identiti diri.

9

Soalan 2 : Rumusan

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang
panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan bahawa 20 peratus remaja yang
mengalami masalah kesihatan tekanan mental tidak mendapatkan rawatan awal. Masalah
ini turut berlarutan apabila ramai remaja yang terlibat dalam aktiviti tidak sihat seperti
penyalahgunaan dadah dan alkohol.

Selain itu, masalah tekanan mental dalam kalangan remaja berlaku apabila mereka tidak
berupaya untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Remaja yang mengalami tekanan mental
sering menunjukkan tanda-tanda seperti keliru akan peranan dan tanggungjawab diri selain
merasakan diri disalah erti dan dipersalahkan. Mereka juga berasa bahawa mereka dilayan
secara tidak adil, kesunyian, sukar memahami emosi dan membuat keputusan. Berdasarkan
kajian, gejala bunuh diri di negara maju seperti di Amerika Syarikat menjadi punca kematian
yang ketiga tertinggi dalam kalangan remaja. Majoriti remaja yang terjebak dalam gejala bunuh
diri memiliki latar belakang keluarga yang bermasalah. Mereka juga tidak diberikan peluang
untuk meluahkan perasaan, pandangan atau masalah sebaliknya hanya memendam perasaan.
Apabila perasaan ini tidak dapat dikawal, mereka cenderung untuk menunjukkan tingkah laku
negatif.

Masalah tekanan mental dalam kalangan remaja juga berlaku disebabkan oleh kegagalan
dalam peperiksaan dan keputusan dalam peperiksaan tidak seperti yang diharapkan. Rentetan
daripada perkara ini, mereka mengambil keputusan tidak waras dengan membunuh diri.
Selain itu, cara dan gaya hidup yang semakin mencabar dan mementingkan materialistik juga
menyebabkan remaja terpaksa membesar lebih cepat dari masanya. Tekanan mental juga
boleh berlaku apabila kaum keluarga tidak mampu untuk memenuhi keperluan dan kehendak
kewangan remaja dalam arus pembangunan yang memaksa keluarga mengeluarkan belanja
besar seperti pakaian sekolah, buku rujukan dan yuran kolej.

Kesihatan emosi setiap insan berkait rapat dengan kesihatan mentalnya. Dalam hal ini,
remaja perlu sedar bahawa kesihatan mental merupakan aset yang berharga dan mereka perlu
berusaha untuk menjaga kesihatan mental dengan sebaik-baiknya.

10

BAHAGIAN D
[15 MARKAH]
[Masa yang dicadangkan : 15 minit]
Karangan Respon Terhad
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50
hingga 80 patah perkataan.
ISU ALAM SEKITAR
pencemaran alam sekitar - banyak faktor - pembebasan asap kenderaan dan kawasan
perindustrian - udara tercemar - penebangan hutan yang tidak terkawal - bencana alam
sikap masyarakat - membuang sampah sarap ke dalam sungai - air sungai menjadi kotor
- banyak hidupan air musnah - membendung masalah ini segera sebelum terlambat

- KERTAS SOALAN TAMAT -

11


Click to View FlipBook Version