The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norazah03, 2022-03-31 13:42:35

buku program mesy pibg 2022

buku program mesy pibg 2022

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -25
SMK DATO, MOHD YUNOS SULAIMAN

TAHUN 2022

TARIKH
2 APRIL 2022 (SABTU)

MASA
8.30 PAGI

TEMPAT
SANGGAR DISKUSI,
SMK DATO’ MOHD YUNOS SULAIMAN

PLATFORM MAYA
GOOGLE MEET

BIL KANDUNGAN MUKA
SURAT
1. Notis mesyuarat agung PIBG kali ke - 25, tahun
2022 2

2. Minit mesyuarat agung kali ke - 24 3-7
3. Laporan kewangan berakhir 31 Disember 2021 8-9
4. Laporan kewangan berakhir 31 Mac 2022 10

1

2

MINIT MESYUARAT
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-24 TAHUN 2021/2022

Tarikh : 21 Mac 2021
Hari
Masa : Ahad
Tempat
Kehadiran : 2.00 petang

: Sanggar Diskusi, SMK Dato’ Mohd Yunos Sulaiman

: Ibu bapa/penjaga : 98 orang

Guru : 89 orang

Jumlah : 187 orang

1.0 Kata-kata Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi, Tn. Hj. Sulaiman bin Kimin mengucapkan terima kasih kepada semua guru
dan ibu bapa/penjaga yang menyertai mesyuarat.

2.0 Ucapan Tuan Pengetua

2.1 Tn Pengetua mengucapkan syukur dan terima kasih kepada ibu bapa/penjaga yang
menyertai Mesyuarat Agung PIBG SMKDMYS kali ke-24 secara Google Meet walaupun

terdapat banyak kekangan. Beliau menyatakan bahawa sekolah ini merupakan sekolah

pertama yang mengadakan mesyuarat secara google meet dengan mendapat kebenaran PPD.

2.2 Tn. Pengetua memulakan dengan memperkenalkan 11 orang barisan pentadbir sekolah
yang baru mulai sesi 2021 iaitu:

Bil Jawatan Nama Pentadbir
1 Pengetua Pn. Hjh. Andik Radhiah binti A Aziz
2 GPK Pentadbiran Pn. Hjh. Zulaiha binti Paikon
3 GPK Hal Ehwal Murid Pn. Rahayu binti Kamari
4 GPK Kokurikulum Tn. Hj. Shairul Azman bin Bahari
5 GPK Petang Pn. Loh Chong Eng
6 GPK Tingkatan Enam En. Nik Rosli bin Nik Soh
7 GPK Pendidikan Khas Pn. Nuraini binti Ladilla
8 GK Bidang Sains dan Matematik Pn. Molilitta binti Mian
9 GK Bidang Teknik dan Vokasional Pn. Yanti binti Ahmad
10 GK Bidang Bahasa
Pn. Mua’limah binti Idris
11 GK Bidang Sains Kemasyarakatan
Pn. Razilah binti Sukimi

2.3 Tn. Pengetua membentangkan enrolmen SMKDMYS yang terkini bagi tahun 2021 iaitu
seramai 1387 orang yang terdiri daripada 705 orang pelajar lelaki dan 682 orang pelajar
perempuan. Manakala enrolmen guru adalah seramai 121 orang iaitu 23 orang guru lelaki
dan 98 orang guru perempuan.

2.4 Tn. Pengetua membentangkan halatuju TS25 sekolah iaitu Guru Berkualiti Pemangkin
Kemenjadian Murid.

2.5 Tn. Pengetua membentangkan Program Intervensi Transformasi Sekolah (Pintas) TS25 yang
melibatkan semua guru dan ibu bapa. Sesi bersemuka yang bermula pada 4 April 2021
melibatkan 2 sesi, iaitu sesi pagi(Tingkatan 1, 4 dan 5) bermula pada jam 7.15 pagi,
Pendidikan Khas dan Tingkatan 6 bermula pada jam 7.45 pagi. Manakala sesi petang
(Peralihan, 2, dan 3) bermula pada jam 1.00 tengah hari. Jadual akan ada perubahan pada
bulan Ramadan)

3

2.6 Tuan Pengetua turut membentangkan cabaran 2021 akibat pandemik Covid 19,
antaranya ialah isu kehadiran PdPR yang tidak memberangsangkan. Seterusnya
berkaitan agihan buku teks, BKAP dan BAP secara pandu lalu masih ada yang belum
ambil. Pengetua mengharapkan ada kerjasama daripada ibu bapa. Tuan Pengetua
mengalu-alukan jika terdapat ibu bapa yang berhasrat menyumbang kepada sekolah
untuk manafaat pembangunan sekolah.

2.7 Tuan Pengetua turut membentangkan projek pembangunan YS yang telah selesai dan
yang sedang dibangunkan antaranya Bilik Sanggar Diskusi, Pembinaan Surau Ar-
Raudhah dan Studio Rakaman PdP. Kesemua pembangunan fizikal ini akan mmeberi
manfaat kepada warga sekolah, khususnya kepada pelajar. Tuan Pengetua turut
membentangkan perancangan pembangunan sekolah antaranya membina sebuah
dewan terbuka, menaik taraf padang, membina wakaf untuk pelajar dan mengecat
Blok C dan D. Untuk tujuan pembangunan YS, guru-guru turut memberikan
sumbangan dan jumlah terkumpul setakat ini ialah RM 8000.

2.8 Tuan Pengetua turut memaparkan perkongsian dari JPNJ iaitu Pendidikan Holistik 2.0.

2.9 Akhir sekali, Tuan Pengetua menyampaikan harapan beliau kepada ibu bapa/penjaga

untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak sekolah dalam membantu pihak

sekolah memaksimumkan kemenjadian murid dalam pelbagai aspek. Beliau

mengakhiri ucapan beliau dengan ucapan terima kasih sekali lagi kepada ibu
bapa/penjaga yang menyertai Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24 pada hari ini.

3.0 Pembentangan Minit Mesyuarat Agung yang lalu

3.1 YDP PIBG, Tn. Hj. Sulaiman membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 23
bagi tahun 2020.

3.2 En .Rozman bin Safie mencadangkan untuk disahkan.

3.3 Pn. Norhidayah binti Mohd Halel menyokong minit mesyuarat disahkan.

4.0 Laporan Tahunan PIBG 2020

4.1 YDP PIBG, membentangkan Laporan Tahunan PIBG Sesi 2020 sehingga 31.12.2020.
4.2 Pn. Halimatun Saadiah bt Ibrahim mencadangkan untuk disahkan.

4.3 Pn. Vijayalatchumi a/p Khrisnan menyokong.

5.0 Pembentangan Penyata Kewangan

5.1 Bendahari PIBG, Pn Hjh Misnah membentangkan Laporan Kewangan PIBG sesi 2020
sehingga 31.12.2020

5.2 En Rozman bin Safie mencadangkan untuk disahkan

5.3 Pn Loh Chong Eng menyokong.

6.0 Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa atas sumbangan tenaga

untuk menjayakan program dan aktiviti sekolah. Beliau mencadangkan En Rozman

sebagai Pengerusi Sementara bagi menyempurnakan sesi pemilihan Jawatankuasa

PIBG bagi sesi 2021/2020

6.2 Tuan Pengetua memaklumkan tentang bancian atas talian yang telah dijalankan dan
berkongsi data iaitu sebanyak 94.8 % dalam kalangan ibu bapa bersetuju penyandang
jawatan tertinggi dikekalkan . Beliau selanjutkan mencadangkan agar dikekalkan juga
ahli jawatankuasa lama yang aktif. Pn Halimatun Saadiah mohon berundur sebagai Naib
Yang Dipertua namun masih bersedia untuk kekal menjadi AJK bagi sidang berikutnya.
En Zaidi bin Ahmad dicalonkan oleh Tn. Hj. Sulaiman sebagai Naib Yang Dipertua dan
mendapat sokongan penuh.

4

6.3 Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022 yang dilantik dan disokong dengan sebulat
suara adalah seperti berikut:

Yang Dipertua PIBG Tn.Hj. Sulaiman bin Kimin
Naib Yang Dipertua En. Zaidi bin Ahmad
Setiausaha Cg. Haliza binti Tambi Chik
Naib Setiausaha Cg Nor Fauziah binti A Ghani
Bendahari Cg Hjh Misnah binti Salleh
Penolong bendahari Cg Rahaizan binti Elias
AJK Ibu bapa En Abdul Razak bin Abdul Wahab
Pn Suzana binti Abd Gani
AJK Guru Pn Noor Shaina binti Md Sarip
Pn Alicia Chin Ai Choo
Pemeriksa kira-kira Pn Halimaton Saadiah binti Ibrahim
Pn Vijayalatchumi a/p Krishnan
Pn Nor Hidaya binti Mohd Halel
Pn Noritah binti Rosdi
Pn Nurul Azwana binti Nordin
Pn Rosnina binti Ismail
En Mohd Nizam bin Buang
En Zainol Zaqwan
En Azmi

Cg Rahaizan binti Elias
Cg Rohani binti Hashim
Cg Noraini binti Masrom
Cg Asniza binti Sulaiman
Cg Norlela binti Zainuddin
Cg Asmah binti Hussin
Cg Zuraina binti Mohd Badri
Cg Mohd Nasir bin Ismail
Cg Norazah bt Ahmad
Cg Marduwati bt Amroji
Cg Nor Halawati bt Mohd Jamel
Cg Mohd Nazri bin Azis
Cg Mohd Yusop bin Ahmad
Cg Jamaliah binti Aris

7.0 Pembentangan usul dan cadangan
7.1 Pengerusi mesyuarat sementara menyerahkan semula tugas mempengerusikan
mesyuarat kepada Tn Hj Sulaiman untuk meneruskan agenda mesyuarat.

7.2 Beliau membentangkan usul yang pertama yang dicadangkan oleh Pn Masteah binti
Tukiman yang memcadangkan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah yang
bersesuaian dan juga mewujudkan group WhatsApp atau Telegram PIBG sekolah agar
ibu bapa maklum setiap aktiviti yang dijalankan untuk penglibatan ibu bapa. GPK
Pentadbiran, Cg Hjh Zulaiha memberi respon bahawa group pelajar dan guru tingkatan /
guru mata pelajaran yang sedia ada sentiasa aktif memaklumkan maklumat dari
sekolah dan ibu bapa boleh menyertai group tersebut.

7.3 YDP PIBG membentangkan usul yang kedua, daripada Pn Mazwin binti Ibrahim yang
mengusulkan supaya pihak sekolah sentiasa menjaga SOP untuk semua individu apabila
sekolah bersemuka dibuka. Puan pengetua memaklumkan bahawa pihak sekolah telah
bersedia dan sentiasa mengutamakan pematuhan SOP.

5

7.4 YDP PIBG membentangkan usul yang ketiga dari Pn Suzilah binti Basri yang mengusulkan
pembelajaran PdPR dibuat dalam bentuk aplikasi Google Meet atau Zoom. Namun
begitu, bagi pelajar yang tiada jaringan Internet, ambil keratan nota atau mesej dari
kumpulan whatsapp. Kehadiran pelajar pula perlu dimaklumkan kepada ibu bapa.
Respons dari GPK Pentadbiran ialah, pihak sekolah telah mengambil inisiatif
mengedarkan modul pandu lalu semasa sesi pemulangan dan pengambilan buku teks.
Berkaitan penggunaan aplikasi Google Meet, pihak sekolah maklum tentang kekangan
pelajar dari pelbagai segi untuk melaksanakan PdPR melalui kaedah tersebut. Namun
begitu, permasalahan timbul apabila penglibatan pelajar sangat rendah semasa sesi
PdPR meskipun kaedah yang lebih mesra pelajar dipelbagaikan.

7.5 Usul yang seterusnya ialah dari Pn Noor Halawati bt Mohd Jamel yang mengusulkan
penapis air minum di setiap blok untuk murid. GPK HEM- Cg Rahayu bt Kamari
memaklumkan bahawa pada peringkat awal pihak sekolah telahpun dapat menyediakan
penapis air di asrama hasil sumbangan ibu bapa dan guru-guru YS. Seterusnya, pada
masa akan datang penapis air akan disediakan di sekitar kawasan sekolah.

7.6 Usul yang seterusnya ialah dari En Mohd Fairuz bin Sekding yang mengusulkan untuk
diadakan papan tanda larangan memarkir kenderaan berat berikutan hadapan sekolah
sering menjadi tempat parkir lori-lori besar, mungkin mengakibatkan kerosakan
permukaan tar. Tn Pengetua memaklumkan bahawa pihak sekolah telah pun memasang
papan tanda larangan dan juga meminta pengawal keselamatan melarang perkara
tersebut berlaku, malangnya papan tanda juga telah dilanggar. Jadi inisiatif seterusnya
mungkin akan berbincang dengan pihak polis untuk solusi terbaik.

7.7 Usul yang seterusnya ialah dari En Abdul Razak bin Abdul Wahab yang memohon pihak
PIBG berbincang dengan bas Perbadanan Johor untuk menyediakan jadual bas mengikut
masa masuk dan keluar sekolah kerana pelajar selalu lewat disebabkan jadual bas yang
tidak sesuai dengan waktu persekolahan dan pelajar selalu didenda kerana hadir lewat.
Pihak PIBG dan pihak sekolah akan membawa usul ini ke peringkat seterusnya.

7.8 Usul berikutnya adalah daripada En Jamaluddin bin Jumaat yang mengusulkan untuk
penapis air yang digunakan oleh pelajar diselenggara atau diselenggara 3 kali setahun.
Pengetua memaklumkan bahawa pihak sekolah sudah ada penapis air Hijrah dan akan
memanggil pihak berkenaan untuk menyelenggara penapis air dan memerlukan dana
dari PIBG untuk tujuan tersebut.

7.9 Seterusnya usul yang dibawa oleh Pn Rosila bt Kadir yang mengusulkan untuk
pengurangan duit sumbangan PIBG kerana tidak semua ibu bapa berkemampuan. Pihak
sekolah memaklumkan bahawa sumbangan PIBG RM100 adalah sangat rasional dan
berpatutan dan duit tersebut digunakan untuk membantu pihak sekolah untuk
pembangunan anak-anak pelajar . Sumbangan tersebut juga boleh dibayar secara
ansuran. Berdasarkan penelitian, pihak ibu bapa yang kurang berkemampuan inilah
kebanyakannya antara yang terawal membayar yuran tersebut. Pn Suzana menyatakan
bahawa bayaran PIBG ini telah berpatutan malahan lagi boleh dibayar secara ansuran.
Ustazah Noor Halawati (Guru Kebajikan Murid) memaklumkan, bagi mereka yang betul
-betul tidak mampu boleh berurusan dengan pihak sekolah bagi meringankan urusan
membayar sumbangan PIBG dan yuran-yuran lain dari dana yang diambil dari tabung
kebajikan sekolah. Pihak kebajikan sekolah akan cuba berbincang dan membantu
pelajar-pelajar yang betul-betul tidak berkemampuan.

8.0 Hal-Hal Lain
8.1 En Rozman membentangkan tentang surau Ar-Raudhah yang sedang dalam pembinaan.
Alumni menjadi nadi penggerak , Tuan Pengetua sebagai pembimbing dan pihak PIBG
sebagai pihak yang diberi amanah. Semua jawatan kuasa telah bermesyuarat dan
berbincang bagi melaksanakan pembinaan surau ini. En Rozman membentangkan
tentang fasa-fasa pembinaan surau dan memperkenalkan ahli Alumni yang turut serta
secara langsung dalam usaha pembinaan surau Ar-Raudhah.

6

9.0 Ucapan Penangguhan
Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa/penjaga

9.1 kerana bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24. Harapan beliau
agar ibu bapa/penjaga dapat memberi sokongan dan kerjasama yang sepenuhnya
kepada AJK dan guru-guru untuk melicinkan pentadbiran seterusnya meningkatkan
kecemerlangan sekolah.

9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

Disediakan oleh,

……………………………………………
(HALIZA BINTI TAMBI CHIK)
Setiausaha PIBG,
SMK Dato’ Mohd Yunos Sulaiman

Disahkan oleh,

………………………………………………
(HJ. SULAIMAN BIN KIMIN)
Yang Dipertua PIBG,
SMK Dato’ Mohd Yunos Sulaiman

7

Penyata Kewangan PIBG SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiaman
[ Sumbangan ibu bapa/Penjaga]
Berakhir Pada 31 Disember 2021

Penerimaan Jumlah Perbelanjaan Jumlah
31917.1 Januari
Baki Buku Tunai 31.12.2020 1.00
Januari 0
2000.00
Sumbangan PIBG 0.00 CPF
500.00
Februari 6800.00 Februari 2.00
Sumbangan PIBG 900.00 Pendawaian dan pemasangan soket di
kelas 0.50
Mac Dana Surau - belanja runcit 502.50
Sumbangan PIBG Sukarelawan BSMM 507.00
Majlis Aspresiasi Ting 6 Kohot 2020 595.00
April CPF
Sumbangan PIBG 1.50
600.00 Mac
Mei 6300.00 CPF 2104.00
Sumbangan PIBG 1250.00 Bayaran Unifi PSS (6 bulan) 111.00
2645.00 Hadiah guru bersara (3 orang)
Jun 2000.00 cenderamata ajk PIBG 2019/2020 3150.00
Sumbangan PIBG CPF 1000.00

Julai April 1.00
Sumbangan PIBG Kurma Jualan Amal
Peralatan membungkus kurma 0.00
Ogos Upah menebang pokok
Sumbangan PIBG Pro. motivasi & kerjaya 0.00
CPF
September 3920.00
Sumbangan PIBG Mei 2000.00
0.00
Oktober 1.00
Sumbangan PIBG Jun 2570.00

November 100.00 Julai 418.75
Sumbangan PIBG 700.00
Majlis Apresiasi SPM 2020 0.50
Disember
Sumbangan PIBG Megecat blok C dan D
CPF
Majlis Apresiasi STPM 2020 (saguhati
pelajar cemerlang)

Unifi PSS (Ogos - Dis 2020)
10050.00

Ogos
CPF

8

Penerimaan Jumlah Perbelanjaan Jumlah
Septenber
JUMLAH KECIL 0.00
JUMLAH BESAR Oktober
0.00
November
0.00
Disember
Saguhati MySTEP 2021 1450.00

Majlis Anugerah Kokurikulum dan Bakat 2180.00
Murid 2021 275.00
Sarapan pelajar 500.00
Menampung elaun warden asrama 950.00
Peralatan kokurikulum 470.00
100.00
Cenderamata persaraan Cg Mohd Tahar 1.50
Yaman dan Cg. Ngatijah Jasemo
Cat tapak logo sekolah
CPF

31345.00 JUMLAH BELANJA 25312.25
63262.10 BAKI
JUMLAH BESAR 37949.85
63262.10

Disediakan oleh, Disemak oleh,

MISNAH BINTI SALLEH …………………………………
Bendahari PIBG, ( JAMALIAH BINTI ARIS)
SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman Pekan Pemeriksa Kira-kira 1
Nanas
………………………………………
( MASTILAH BINTI OTHMAN )
Pemeriksa Kira-kira 2

Disahkan oleh,

…………………………………………
(TN. HJ. SULAIMAN BIN KIMIN)
YDP PIBG
SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman Pekan
Nanas

9

Penyata Kewangan PIBG SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiaman
[Sumbangan Ibu Bapa/Penjaga]
Berakhir Pada 31 Mac 2022

Penerimaan Jumlah Perbelanjaan Jumlah
Baki Buku Tunai 31.12.2021 37949.85 Januari
0.00
Januari 400.00 Februari
Sumbangan PIBG 0.50
6700.00 Mac
Februari 12086.00 150.00
Sumbangan PIBG Bengkel Pengajian Perniagaan SPM 200.00
Bengkel Seni Visual STPM 100.00
Mac 502.50
Sumbangan PIBG Bengkel Ekonomi STPM 329.00
Bil Unifi PSS (Jan - Jun) 790.00
Makan pelajar 'Test Run' PT3 1601.00
Prog latihan atlet SUKMA
Sarapan/makan calon SPM 60.00
bertutur/mendengar BI 300.00

Cop PIBG 50.00
Bayaran guru MyStep (2 orang) 3800.00
Buku tunai PIBG (2 buah)
Jualan amal kurma

JUMLAH KECIL 19186.00 JUMLAH BELANJA 7883.00
JUMLAH BESAR 57135.85
BAKI 49252.85
Disediakan oleh, JUMLAH BESAR 57135.85

Disemak oleh,

MISNAH BINTI SALLEH …………………………………
Bendahari PIBG, ( JAMALIAH BINTI ARIS)
SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman Pekan Nanas Pemeriksa Kira-kira 1

………………………………………
( MASTILAH BINTI OTHMAN )
Pemeriksa Kira-kira 2

Disahkan oleh,

…………………………………………
(TN. HJ. SULAIMAN BIN KIMIN)
YDP PIBG
SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman Pekan
Nanas

10


Click to View FlipBook Version