1
2
3 PENILiAN TAHUN AKHiR 202 Sebuah penerbitan katalog bersempena Tiada bahagian atau bahagian dari buku ini boleh diubahsuai, disalin, diedarkan, dihantar semula, disiarkan, dipaparkan, diterbitkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindahkan, dijual atau dijual secara komersil dengan apa-apa cara tanpa persetujuan bertulis terlebih dahulu daripada Fakulti Animasi & Multimedia, ASWARA suntingan ILHAMHAMID MURAD 4 s ho w c a s e 202 PENILiAN TAHUN AKHiR
4 Penyunting & Rekaletak ILHAMHAMID ABDUL MURAD Penyelaras NURFARAH ALIYAH MOHD FAIZAL Ilustrasi & Rekaan Muka Depan ILHAMHAMID ABDUL MURAD MAZAYA MOHAMED Grafik MAZAYA MOHAMED Terima Kasih Prof. Ts. Dr. RUSLAN ABD RAHIM Ts. SITI NORAISYAH ABD RAHMAN RASFAN ABU BAKAR Ts. HUSNA ADLYNA SIDEK MOHAMAD FARHAN MOHAMAD FARIZ GHAZALI Dr. BAHIZAL ABU BAKAR NORA TAMBI Penilaian Tahun Akhir ataupun singkatannya PeTA merupakan sebuah projek akhir bagi setiap fakulti di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Untuk para siswa ambilan tahun 2021/2024, Fakulti Animasi dan Multimedia telah memutuskan untuk memilih ‘Kukur’ sebagai tema utama PeTA. Perkataan mudah dan rawak ini merupakan satu cabaran bagi para siswa diploma animasi untuk menghasilkan sebuah karya animasi yang kreatif serta membantu para siswa untuk berfikir secara luar kotak dan berimaginasi secara kritikal. Karya ini dihasilkan secara individu dan mengambil masa selama dua semester.
5 KETUA PROGRAM ANIMASI DEKAN KARYA PELAJAR POSTERS TERIMA KASIH 6 7 9 30 37
6 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya ingin mengucapkan sekalung tahniah buat pelajar jurusan Diploma Animasi kerana berjaya menganjurkan pameran PeTA 2024 yang bertemakan ‘Kukur Kelapa’. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh warga Fakulti Animasi & Multimedia di atas kejayaan menganjurkan pameran ini. Pada saya PeTA 2024 merupakan ruang penyediaan untuk mengasuh bakat buat para pelajar agar mereka lebih berketerampilan apabila memasuki fasa kerjaya kelak. Ini kerana semua ilmu yang dipelajari akan dipertontonkan kepada khalayak umum dan akan menguji keyakinan serta kreativiti buat semua pelajar. Sebagai sebuah institusi pengajian bertunjangkan seni adalah perlu untuk kita semua mengangkat nilai kebudayaan tempatan agar selaras dengan hasrat dan matlamat kerajaan dalam mempertingkatkan martabat kesenian negara. Apatah lagi animasi dilihat mampu untuk memartabatkan seni warisan tempatan ke tahap lebih tinggi, selain merupakan satu platform promosi bagi menarik pelancong berkunjung ke Malaysia. Justeru itu saya menyeru agar pelajar dapat terus berusaha gigih dalam dunia kerjaya pada masa akan datang di samping menerapkan nilainilai budaya tempatan dalam produksi animasi yang dihasilkan. Selamat Maju Jaya. Ts. En. Mohamad Farhan Mohamad Ketua Program Animasi Rektor ASWARA
7 Assalamualaikum. Tahniah diucapkan buat pelajar Diploma Animasi yang menjayakan pameran PeTA 2024. Tahniah juga diucapkan buat pensyarah yang sentiasa membimbing pelajar dalam menyelia projek tahun akhir ini. Sesunguhnya saya berharap agar pelajar terus berusaha untuk mempelbagaikan lagi kemahiran yang ada seperti mempertingkatkan kemahiran komunikasi, kemahiran ICT dan sebagainya agar dapat terus bersaing dalam dunia pekerjaan kelak dan memacu peningkatan produktiviti bagi pencapaian kerjaya yang lebih cemerlang. Selain itu diharapkan juga para pelajar akan terus proaktif menjulang khazanah seni budaya agar terus releven selari dengan perkembangan semasa sesuai dengan slogan Awara Melangkah Kehadapan Bersama Tradisi. Ts. Siti Noraisyah Abd Rahman Dekan Fakulti Animasi & Multimedia, ASWARA
8
9 KARYA PELAJAR Setelah melalui pelbagai drama untuk menghasilkannya
10 Nor Sofea Athirah Binti Ishak yang berasal dari Selangor merupakan seorang pelajar jurusan animasi di ASWARA, Beliau kini sedang menamatkan Diploma di ASWARA dan akan menyabung di peringkat ijazah dalam bidang yang sama kelak. Mula ceburi bidang seni kartun sejak tadika. Mula berminat dalam bidang animasi selepas melihat ‘Your Name’ dan dia kini mula mendedahkan diri dalam pembuatan animasi 2D. Alyaa Irdina Safiah Binti Shahrum. Berasal dari Kedah. Berusia 20 tahun. Tidak lama lagi Alyaa akan menamatkan pengajian di ASWARA dan berhasrat untuk menyambung pengajian Ijazah di dalam bidang yang sama dia ceburi ketika Diploma. Alyaa mula ceburi bidang lukisan pada usia 5 tahun. Alyaa bercita-cita ingin menjadi Pensyarah di masa hadapan.
11 LATAR CERITA LARI! merupakan sebuan animasi pendek yang mengisahkan tentang seorang pencuri yang cuba mencuri kukur kelapa antik di sebuah muzium antik, namun kerana kecuaianya telah menyebabkan dia terperangkap dalam masalah apabila pengawal muzium tiba! ALYAA SOFEA Alyaa Irdina Safiah Binti Shahrum 21 tahun Pangsapuri Mawar, Kuala Lumpur hanaly_studioart (Instagram) [email protected] 017-4049061 Nor Sofea Athirah Binti Ishak 21 tahun Dengkil, Selangor melonnn_art (Instagram) [email protected] 013-3792478
12 PERIHAL merupakan sebuah projek 3D animasi Penilaian Akhir Tahun (PeTA). Projek animasi ini dihasilkan melalui perisian software Blender. Memandangkan remaja menjadi sasaran tontonan, projek ini banyak dipenuhi dengan lakonan suara dan ‘scene’ yang kelakar Secara ringkasnya, Animasi PERIHAL ini mengisahkan tentang watak utama mendapat tugasan secara tiba-tiba melalui surat semasa dia sedang berjalan. Apa yang tertara pada surat itu adalah tugasan, syarat dan sumpah. Tugasannya adalah perlu menyampaikan kukur kelapa itu kepada raja. Tetapi, semasa dalam perjalanan akan ada penghalang untuk menggagalkan lelaki itu berjaya menyampaikan kukur kelapa kepada raja. Jika dia gagal, maka dia akan disumpah menjadi tapir.
13 Muhammad Asyraf bin Zainal A’bidin 21 tahun Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur https://www.instagram.com/acapkun_/ [email protected] 018-2880153 ACAP Muhammad Asyraf bin Zainal A’bidin, dilahirkan di Selangor pada 17 Julai 2003. Asyraf ataupun nama panggilan ‘Acap’ merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik. Acap merupakan seorang ‘gamer’ dan meminati ‘sim racing’ kerana meminati perlumbaan ‘motorsport’. Pada awalnya, Acap tidak meminati bidang kesenian tetapi lebih kearah bidang muzik semasa zaman persekolahannya di SMK Seri Tasik. Apa yang membuatkan Acap minat kearah animasi ini? Ini jawapannya. Semasa berumur 17, ada seorang rakan sekelas yang suka melukis watak-watak animasi jepun. Acap selalu melihat dia melukis lalu mencuba untuk melukis ketika mempunyai masa kelapangan sama ada di sekolah ataupun di rumah. Acap turut menonton cara-cara untuk melukis dengan lebih baik di YouTube. Acap selalu menonton kartun jepun atau dikenali sebagai ‘anime’. Sejak itulah Acap minat dengan animasi dan ingin mempelajarinya. Acap pun mencari Universiti dan Kolej yang menawarkan kos animasi tetapi menginginkan kos perbelajaan yang murah. Maka bertemulah Acap dengan ASWARA. “Sometimes you gotta push the past away. So you can make a room for the future.”
14 AM MIRUL Mohamad Ilhamhamid Bin Abdul Murad 25 tahun Mutiara Rini, Skudai, Johor Bahru mhdilhamid (Instagram) [email protected] 018-2588409 Amirul Hadif Danish Bin Azaharudin 21 tahun Puchong, Selangor https://www.instagram.com/difnish/ [email protected] 018-9899506 Mohamad Ilhamhamid Bin Abdul Murad nama diberi, dilahirkan di Batu Pahat, Johor 27 ogos 1999. Mempunyai Diploma dalam bidang IT Networking pada tahun 2019 sehingga lah pada tahun 2021 Am dapat kesempatan sambung pembelajaran untuk ke peringkat Ijazah di ASWARA. Tetapi Am sambung belajar sebagai Diploma Animasi atas sebab tertentu. #startfromzerotohero Amirul Hadif Danish Bin Azaharuddin, dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor pada 24 November 2003. Minat dalam dunia animasi ini muncul pada usia yang awal selepas melihat dunia animasi di Malaysia sedang berkembang tetapi minat ini lebih mendalam ketika berada di sekolah menengah disebabkan terpengaruh dengan kandungan media sosial seperti Youtube. Permulaan dari situ, banyak mencuba mempelajari pelbagai cara untuk mengembangkan lagi bakat dalam dunia animasi. Selepas mendapat sijil SPM Amirul bertekad untuk menceburi bidang animasi dengan memasuki ASWARA. #justdoit Mohamad Ilhamhamid Bin Abdul Murad nama diberi, dilahirkan di Batu Pahat, Johor 27 ogos 1999. Mempunyai Diploma dalam bidang IT Networking pada tahun 2019 sehingga lah pada tahun 2021 Am dapat kesempatan sambung pembelajaran untuk ke peringkat Ijazah di ASWARA. Tetapi Am sambung belajar sebagai Diploma Animasi atas sebab tertentu. #startfromzerotohero Amirul Hadif Danish Bin Azaharuddin, dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor pada 24 November 2003. Minat dalam dunia animasi ini muncul pada usia yang awal selepas melihat dunia animasi di Malaysia sedang berkembang tetapi minat ini lebih mendalam ketika berada di sekolah menengah disebabkan terpengaruh dengan kandungan media sosial seperti Youtube. Permulaan dari situ, banyak mencuba mempelajari pelbagai cara untuk mengembangkan lagi bakat dalam dunia animasi. Selepas mendapat sijil SPM Amirul bertekad untuk menceburi bidang animasi dengan memasuki ASWARA. #justdoit
15 MAKUKA Cerita ini beranimasikan dalam bentuk 3D, cerita ini pula mengisahkan seorang Chef yang bernama Muqry bersama dengan cermin matanya yang mempunyai teknologi tinggi bernama A.L.I (Artificial Linguistic Intercomp) Ingin mencari resepi kuih-muih neneknya selepas melihat gambar keluarga yang ada berkait rapat dengan kukur kelapa di rumah arwah neneknya.
16 Imaginasi mengisahkan tentang dua orang kanak-kanak, Hadi dan Khaira, cuba menggunakan imaginasi mereka untuk menggambarkan apa itu kukur kelapa sebagai tugasan daripada guru kelas mereka.
17 Najhan Mizati binti Mohd Ismail berasal dari Johor. Menyambung pengajian di Kolej Komuniti Teluk Intan selama 2 tahun lalu mengambil Diploma Animasi di ASWARA. Aktiviti kegemaran di masa lapang adalah bermain permainan video. Bercita - cita untuk menghasilkan permainan video sendiri. Selama 5 tahun mempelajari bidang animasi, Najhan menunjukkan forte dalam 3D environment, character modeling, tekstur, serta UV mapping. “Try and error , if cannot just eyeball it” adalah prinsip kehidupan yang dipegang kuat Najhan. Dina Nabilah Allyah binti Saifullizan berasal dari Selangor. Dia memulakan pembelajaran dalam bidang seni animasi pada usia 18 tahun dengan melanjutkan pengajian di ASWARA, Kuala Lumpur. Di sini, Dina mengambil Diploma Animasi di mana dia didedahkan tentang proses animasi 2D & 3D dilakukan selama 3 tahun termasuk dengan latihan industri. Dina telah lama menunjukkan minatnya dalam bidang seni dan lukisan sejak kecil lagi. Dia memperkembangkan lagi bakatnya dengan membaik pulihkan lukisannya dan mempelajari perkara-perkara baharu. Bagi Dina moto hidupnya adalah ‘Get up no matter how many time you fall.’ Dina Nabilah Allyah Binti Saifullizan 21 tahun Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor https://www.instagram.com/dna.nid/ [email protected] 018-2635911 Najhan Mizati Mohd Ismail 24 tahun Mutiara Rini, Skudai, Johor https://my.linkedin.com/in /najhan-mizati-7b1342293 [email protected] 018-7861703 DINA NAJHAN
18 LATAR CERITA Cerita ini mengisahkan tentang keluarga Arjuna yang bahagia yang tinggal di suatu kerajaan. Akan tetapi, hutan yang berdekatan dengan rumah mereka telah terbakar dan telah bergerak ke rumah mereka. Api yang marak telah menyebabkan rumah mereka terbakar dan ketika mereka ingin menyelamatkan diri, Arjuna telah cedera di bahagian telinganya, menyebabkan sebelah telinganya terbakar dan cedera parah. Beberapa tahun sudah berlalu, Arjuna telah membesar dengan mempunyai satu telinga sahaja. Pada suatu hari, Arjuna pergi ke bandar untuk mencari kerja di papan kerja dan terlihat satu iklan tentang Kukur Kelapa Ajaib. Dia teruja akan melihat iklan tersebut dengan mengharapkan Kukur Kelapa Ajaib itu akan memakbulkan permintaannya iaitu dengan menyembuhkan telinganya semula. AISYAH Aisyah Binti Mohamad Nazri 22 tahun Kuala Lumpur www.linkedin.com/in/aisyah-nazri-4a9b9728b https://www.instagram.com/moomsieart/ [email protected] 011-53472071
19 Berasal dari Ipoh, Perak. Aisyah Binti Mohamad Nazri memulakan perjalanannya dalam bidang seni lukis pada usia 16 tahun ketika berada di Sekolah Menengah Raja Chulan (SMKRC) Ipoh, Perak. Di sini Aisyah mengambil kos Sijil Pelajaran Malaysia yang bersubjek Pendidikan Seni Visual dan Reka Cipta di mana dia didedahkan cara-cara bagaimana lukisan halus dihasilkan dan bagaimana rekaan dihasilkan selama hampir 2 tahun. Sewaktu belajar di sini, Aisyah juga telah menghasilkan kotak kek untuk subjek Pendidikan Seni Visual dari proses awal, termasuklah daripada idea awal, reka bentuk, mewarna dan melipat. Bagi subjek Reka Cipta pula, Aisyah juga telah menghasilkan tong sampah dari proses awal, termasuklah idea awal, reka bentuk, mewarna dan membuat kerja bengkel. Pada tahun 2020, Aisyah membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke ASWARA di Kuala Lumpur. Kursus yang diambil adalah Diploma Animasi untuk menyambung ilmu yang diperoleh sebelumnya. Sejak dari kecil, Aisyah telah menujukkan minatnya dalam bidang seni dan lukisan. Karya ini merupakan hasil pembelajaran serta segala usaha, kesabaran dan ketekunan sepanjang pengajian Aisyah di ASWARA.
20 Aiman bin Amrul, dilahirkan di Alor Star, Kedah pada 23 March 2003. Minat dalam dunia animasi ini muncul pada usia yang awal selepas melihat dunia animasi di Malaysia sedang berkembang tetapi minat ini lebih mendalam ketika berada di sekolah menengah disebabkan terpengaruh dengan kandungan media sosial seperti Youtube. Permulaan dari situ banyak mencuba mempelajari pelbagai cara untuk mengembangkan lagi bakat dalam dunia animasi. Selepas mendapat sijil SPM Aiman bertekad untuk menceburi bidang animasi dengan memasuki ASWARA.
21 AIMAN Aiman Bin Amrul 21 tahun Jalan Putra, Pangkalan udara subang, Selangor https://www.instagram.com/__aimnnnnnn/ [email protected] 013-31571762 LATAR CERITA Animasi pendek ini mengisahkan tentang seorang perempuan yang ingin mencuri semua kukur sakti yang ada pada dunia tersebut dengan mengumpulnya dan menjadikan ia sebagai sebuah koleksi. Namun, setiap kukur sakti akan akan dikawal atau dijaga oleh seorang penjaga. Jadi, apakah pencuri tersebut berjaya untuk mencurinya ataupun sebaliknya penjaga yang berjaya untuk menghalangnya.
22 Mazaya Binti Mohamed berasal dari Selangor yang kini menetap di Seremban, Negeri Sembilan bersama ibubapanya. Mazaya merupakan anak ke-8 dari 9 adik beradik dan mempunyai minat melukis sejak kecil lagi. Dengan dorongan ibubapa terutamanya ayahnya yang mempunyai darah seni, lebih menggalakkan Mazaya pergi ke arah seni. Mazaya juga seorang peminat kucing yang tegar. Mazaya bersekolah di SMK Puteri Seremban iaitu sekolah semua pelajarnya perempuan. Walaupun dia mengambil aliran Sains di sekolah, Mazaya tetap mengambil subjek Pendidikan Seni sebagai subjek tambahan. Pada tahun 2021 selepas SPM, Mazaya terus melanjutkan pelajarannya di ASWARA, Kuala Lumpur. Kursus yang diambil adalah Diploma Animasi untuk mendapatkan ilmu baru dan mahu cabar diri.
23 LATAR CERITA Kukur Laga merupakan projek animasi 2D Penilaian Tahun Akhir (PeTA). Animasi ini mengisahkan tentang Seekor kucing bernama Anora sedang nyenyak tidur pada waktu malam. Dia tiba-tiba terjaga akan bunyi misteri seperti kukur berlaga dari dalam almarinya. Dia mula memanggil dan mengadu pada refleksinya sendiri yang berlainan personaliti bernama Nor yang dianggap sebagai rakannya di dalam cermin. Selepas perbalahan mereka dua tentang bunyi kukur itu, Anora cadang untuk buka almarinya untuk melihat sendiri. MAZAYA Mazaya Binti Mohamed 21 tahun Seremban, Negeri Sembilan. https://www.instagram.com/mzy_meow27 [email protected] 013-6724023
24 Latar belakang: Luqman Hakim Ismail memulakan perjalananya dalam bidang Animasi dan Multimedia pada tahun 2020, akan tetapi, Luqman menceburi bidang seni visual dari tahun 2013, pada usia 13 tahun. Luqman awalnya memilih untuk memperkuatkan ilmunya dalam bidang seni halus. setelah beliau mempertimbangkan jalan hidup beliau, Luqman memilih untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang Animasi dan Multimedia di ASWARA. “Come to the edge” adalah puisi Inggeris yang dipegang teguh oleh Luqman yang bermaksud “getting out of our comfort zone, to do things we thought impossible before, and to take wings.” Luqman Hakim Ismail 22 tahun Kuala Lumpur www.linkedin.com/in/luqman-hakim-12852816a [email protected] 011-21477701 LUQMAN
25 Kuda Sakti adalah rekaan Luqman yang menceritakan tentang Aariz seorang remaja yang meluakan cuti sekolahnya dia rumah neneknya. Suatu pagi, Aariz diminta untuk mengambil kukur kelapa yang barada di dalam loteng rumah oleh neneknya. Karya ini adalah direka dari hasil pembelajarannya selama 3 tahun di ASWARA
26 LATAR CERITA Seorang pemuda bernama Fakhri sedang memarut kelapa menggunakan kukur kelapa milik ibunya. Secara tiba-tiba, mata kukur itu jatuh ke lantai dan menyebabkan Fakhri panik kerana dia tahu ibu akan memarahinya. Fakhri kemudian keluar rumahnya, dalam keadaan sedih dan risau, dia berjalan tanpa arah tujuan hingga la dia terjumpa sebuah mesin yang berupa ‘vending machine’. Tetapi ‘vending machine’ ini bukan sebarang ‘vending machine’. Di dalamnya terdapat beberapa jenis kukur kelapa! Dalam keadaan terdesak, tanpa berfikir panjang, Fakhri terus membeli sebuah kukur kelapa dari mesin itu. Namun, Fakhri menghadapi masalah besar iaitu kukur kelapa itu ter-
27 Nurfarah Aliyah Bt Mohd Faizal 21 tahun Nilai Impian, Nilai, Negeri Sembilan https://www.behance.net/nurfaramohdfa [email protected] 014-6328197 FARAH Nurfarah Aliyah, berasal dari Pulau Pinang, menceburi dalam bidang animasi pada usia 19 tahun. Farah telah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam Diploma Animasi di ASWARA, Kuala Lumpur. Farah tidak mempunyai pengalaman dalam bidang ini dah hanya mempunyai bakat dalam melukis secara tradisional namun Farah ingin mencuba perkara baharu dan mencabar dirinya.
28 Nur Zafirah binti Fadzilah 22 tahun Shah Alam, Selangor https://www.instagram.com/bluedayz_illus/ [email protected] 019-5748318 ZAF Nur Zafirah binti Fadzilah atau lebih dikenali sebagai Zaf adalah seorang yang berminat melukis dan menyukai menonton animasi semenjak dari kecil. Semenjak dari tadika hingga ke sekolah menengah, dia sering mendapat keputusan yang bagus untuk seni. Dia juga sering menyertai pertandingan berkaitan dengan seni ketika berada di sekolah.Sebagai seorang yang berimaginasi tinggi, dia suka meluahkan imaginasinya melalui lukisan. Dengan ingin meluahkan imaginasinya dengan lebih jelas, dia memilih untuk menyertai bidang animasi di Aswara. Dia juga mengambil bidang animasi untuk memberikan sebuah ‘edutainment’ iaitu hiburan dan edukasi dalam bentuk
29 LATAR CERITA Parut Kelukur menceritakan tentang kisah Afra melihat neneknya sedang menggunakan barang yang tak pernah dilihatnya ketika pulang ke kampung. Walaupun telah menolak tawaran neneknya untuk mencuba mengunakannya, dia telah dimarahi oleh ibunya. Namun selepas Afra mencuba untuk mengunakannya berlakunya sebuah perkara yang tak diingini.Projek animasi 2D ini dibuat dengan menggunakan gaya seni seperti Wan Animation. Animasi ini telah dihasilkan dengan menggunakan perisian Toon Boom Harmony.
30 POSTER keypose sahaja tidak cukup kalau tidak cakna silhuetnya
31
32
33
34
35
36
37 Bukan mudah mengharungi jalan berliku yang sangat mencabar sehingga ada segelintir yang hampir berputus asa. Bersyukur juga kami Pandemik tidak berlaku semasa kami berada di semester yang terakhir jadi proses pembelajaran lebih senang untuk di fahami ketika di dalam kelas. Namun begitu kami cekal dan tabah menghadapinya demi menyempurnakan segala tugasan dan cita-cita serta harapan keluarga. Tempoh 3 tahun bersama pensyarah yang tidak jemu mencurah ilmu dan nasihat, banyak mematangkan kami dalam dunia animasi. Sumbangan yang tidak ternilai ini akan kami praktikkan di alam pekerjaan agar mampu menyinari masa hadapan. Jasa para pensyarah tidak akan kami lupakan dan akan sentiasa dikenang sampai bila-bila. Kami doakan agar pensyarah diberikan kesejahteraan untuk terus mendidik anak bangsa mencapai impian yang gemilang. Terima Kasih :3 Dengan kesyukuran Tuhan yang Maha-Esa, kami telah dapat menyempurnakan projek akhir yang diberikan dan dapat menyempurnakan mengikut masa yang diberiikan dengan baik. Dalam kesempatan ini saya Nurfarah Aliyah Mohd Faizal mewakili kepada seluruh pelajar kelas iaitu rakan-rakan animasi tahun 2021/2024 mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada para pensyarah, Tiada kata seindah bahasa untuk menggambarkan betapa tingginya penghargaan kami terhadap jasa pensyarah. Tapi ku percaya semua telah tertulis ilmu diberi takkan dipersiakan Dan di suatu masa di hari yang indah akan ku ciptakan nama dan kau terima
38 ITU SAHAJA