The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tabikakemas rrm1, 2024-04-19 00:29:10

MESYUARAT AGUNG TBK KEMAS RRM PERMATANG BADAK 01/2024

mesyuarat agung 2024

- MESYUARAT AGUNG TABIKA KEMAS RRM PERMATANG BADAK 1 BAGI TAHUN 2024 TARIKH : 20 april 2024 HARI : sabtu MASA : 9.00 PAGI TEMPAT : TABIKA KEMAS RRM PERMATANG BADAK 1


ISI KANDUNGAN BIL PERKARA 1 ISI KANDUNGAN 2 ATURCARA MAJLIS & AGENDA MESYUARAT TABIKA KEMAS RRM PERMATANG BADAK 1 TAHUN 2024 3 MINIT MESYUARAT AGUNG TABIKA KEMAS RRM PERMATANG BADAK 1 TAHUN 2023 4 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN TABIKA KEMAS RRM PERMATANG BADAK 1 TAHUN 2023 5 PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN TABIKA KEMAS RRM PERMATANG BADAK 1 TAHUN 2024 6 PENYATA TAHUNAN TABIKA KEMAS RRM PERMATANG BADAK 1 BERAKHIR DISEMBER 2023


ATURCARA MAJLIS & AGENDA MESYUARAT AGUNG TABIKA KEMAS RRM PERMATANG BADAK 1 / 2024 MASA PERKARA 9.00 PAGI - KEHADIRAN IBUBAPA/ PENJAGA 9.30 PAGI - UCAPAN ALUAN OLEH PENGERUSI MAJLIS - UCAPAN PENGERUSI TABIKA KEMAS - UCAPAN DAN PERASMIAN OLEH PENGERUSI TABIKA 2023 - MESYUARAT AGUNG 2024 a) AGENDA 1 MELANTIK PENGERUSI SEMENTARA b) AGENDA 2 MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG 2023 c) AGENDA 3 MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN TAHUNAN TABIKA KEMAS BERAKHIR 31 DISEMBER 2023 d) AGENDA 4 MEMBUBARKAN AHLI JAWATANKUASA TABIKA KEMAS 2023 MEMILIH DAN MELANTIK AHLI JAWATANKUASA TABIKA KEMAS 2024 e) AGENDA 5 HAL- HAL LAIN f) AGENDA 6 UCAPAN PENANGGUHAN 12 T/HARI JAMUAN HARI RAYA DAN BERSURAI


1. UCAPAN PENGERUSI MAJLIS ( NOOR AINIE BINTI ABDULLAH) 1.1.Pengerusi majlis mengucapkan salam sejahtera dan terima kasih kepada ibu bapa dan pengerusi Tabika yang sudi meluangkan masa untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tabika KEMAS . 1.2.Pengerusi majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengerusi Tabika , AJK Tabika tahun 2023 dan kesemua ibu bapa yang sentiasa memberi komitmen dalam setiap aktiviti Tabika KEMAS 1.3.Pengerusi Majlis berharap agar mesyuarat dapat berjalan dengan lancar dan selesai mengikut masa yang ditetapkan. 1.4.Bagi memberkati majlis, pengerusi meminta semua yang hadir untuk membacakan surah AlFatihah dan kemudiannya mempersilakan Pengerusi Tabika untuk berucap. 2. UCAPAN PENGERUSI TABIKA KEMAS RRM PERMATANG BADAK 1 (EN. ARIFF BIN YAAKOP) 2.1.Beliau mengucapkan salam sejahtera kepada semua yang hadir dalam Mesyuarat Agung Tabika KEMAS kali ini. 2.2.Ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang prihatin kerana sudi meluangkan masa dan bersama- sama bertanggungjawab atas pendidikan anak- anak walaupun masih di Tabika. 2.3.Beliau mengharapkan sokongan daripada semua pihak untuk menjayakan aktiviti- aktiviti yang dirancang. 2.4.Beliau memaklumkan kepada semua ibu bapa yang hadir bahawa Tuan Pengerusi, En. Anasrullah tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan. 2.5.Harapan beliau semoga barisan AJK yang dilantik dapat memberi kerjasama dalam semua aktiviti yang akan dilaksanakan. Begitu juga dengan ibubapa agar dapat berganding bahu dan bekerjasama demi anak- anak dan Tabika. 3. MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUN 2022 3.1. Puan Noraini binti Yakob selaku setiausaha Tabika KEMAS RRM Permatang Badak 1 membentangkan minit menyuarat Agung Tahun 2022 3.2. Puan Suziela binti Chik menerima minit mesyuarat Agung dan disokong sebulat suara oleh ibu bapa.


4. MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA AKAUN TAHUNAN TABIKA BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 4.1. Puan Noor Ainie selaku Bendahari Tabika membentangkan penyata akaun Tahunan Tabika KEMAS RRM Permatang Badak 1 yang berakhir pada 31 Disember 2022. 4.2. En. Abdul Hadi menerima penyata akaun Tahunan Tabika dan disokong sebulat suara oleh ibubapa. 5. PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA TAHUN 2023/2024 1) Pengerusi : En. Ariff bin Yaakop 2) Naib Pengerusi : Pn. Mohamad Hamdan Bin Mat Samat 3) Bendahari : Pn. Noor Ainie binti Abdullah 4) Setiausaha : Pn. Nor’aini binti Yakob 5) AJK : Pn. Napisah binti Mat Tahar 6) AJK : En.Azrizal bin Zainal Abidin 7) AJK : Pn. Aqidatul Hayat binti Abdul Rahman 8) AJK : En. Zaki bin Mohamed 9) AJK : En. Nur Syaafi bin Md.Sis 10) AJK : Pn. Aina binti Omar 11) AJK : En. Nor Ikhzwan bin Abas 12) AJK : En. Mohd Zaidi bin Abdullah 13) AJK : Siti Nor Shahida Binti Ismail 14) Pemeriksa Kira – Kira (1) : En. Mohamad Azaha bin Abd. Aziz 15) Pemeriksa Kira- Kira (2) : Pn. Suziela binti Chik 6. HAL- HAL LAIN 6.1.GURU TABIKA 6.1.1.1. Penyediaan makanan di Tabika - Sebanyak 2 kali sehari iaitu sarapan pagi dan minum pagi mengikut menu yang ditetapkan oleh Jabatan KEMAS - Pihak Tabika boleh membuat tuntutan makanan setiap bulan sebanyak RM3 perkepala kanak- kanak mengikut bilangan yang didaftarkan didalam sistem SMPK. - Kanak- kanak diwajibkan makan sayur- sayuran dan buah- buahan serta air masak. 6.1.1.2. Buku rekod keluar masuk kanak- kanak - Meminta dan memohon semua ibubapa untuk menulis nama anak- anak masing- masing 6.1.1.3. Hari Potensi - KEMAS akan melaksanakan Hari Potensi bagi acara bakat. Penyertaan akan dipilih berdasarkan tahap pengusaan dan kelincahan kanak-kanak. Acara yang dipilih adalah Ustazah Junior (bercerita kisah Nabi). 6.1.1.4. Pembelajaran di Tabika - Bulan Mac hingga Mei merupakan kaedah pembelajaran yang menggunakan modul SALAM iaitu lebih kepada koordinasi mata dan tangan.


- Pembelajaran yang dilaksanakan mengikut jadual. Kelas PPI (Program Penghayatan Pendidikan Islam) telah bermula. Dilaksanakan selama 1 jam (12pm- 1pm/ Isnin hingga Khamis) - Guru tidak menyediakan kerja rumah kepada anak-anak. - Mewujudkan pembelajaran di luar kelas. 7. UCAPAN PENANGGUHAN 7.1.Pengerusi mengucapkan terima kasih kerana melantik beliau sebagai pengerusi Tabika dan berharap akan cuba sebaik mungkin diatas kepercayaan yang diberikan 7.2.Pengerusi mengharapkan jalinan baik antara guru dan ibubapa dan berharap dapat memberi komitmen dalam semua aktiviti yang dirancang. 7.3.Timbalan pengerusi mengucapkan terima kasih atas lantikan dan kepercayaan yang diberi. 7.4.Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.45 pagi. 7.5.Ibu bapa dijemput untuk bersama-sama menikmati juadah Hari raya. Disediakan oleh: Disemak oleh : ……………………………….. …………………………. (Nor’Aini binti Yakob) (En. Ariff bin Yaakop) Setiausaha Tabika KEMAS Pengerusi Tabika KEMAS RRM Permatang Badak 1 RRM Permatang Badak 1


LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN TABIKA KEMAS RRM PERMATANG BADAK 1 TAHUN 2023 BULAN PERKARA MAC Hari Penerangan konsep dan sesi pendaftaran kanak-kanak 2023 Minggu orientasi bersama kanak- kanak Tabika Pembelajaran menggunakan modul Salam (3 bulan) APRIL Sesi PDPC Program Jom Baca MEI Mesyuarat Agung Tabika Majlis Hari Raya Aidilfitri peringkat Tabika JUN Sambutan hari lahir kanak- kanak Bengkel keibubapaan dan pemakanan sihat Pertandingan mewarna Gotong royong kebersihan dan keceriaan Tabika Program Jom Baca JULAI Pemeriksaan gigi Pemeriksaan kesihatan Hari Terbuka siri 1 OGOS Hari Potensi Peringkat Parlimen Paya Besar Pemohonan Pendaftaran sesi 2024 SEPTEMBER Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Gugusan Permatang Badak OKTOBER Hari potensi kanak- kanak peringkat Zon Lawatan ke Dinosour Encounter Park Taman Teruntum Kuantan. NOVEMBER Pembelajaran secara PDPC DISEMBER Hari Terbuka siri 2 Perjumpaan AJK dan Ibubapa Sambutan Hari Lahir kanak-kanak JANUARI Sesi fotografi FEBRUARI Hari Apresiasi kanak-kanak Tabika Jamuan akhir tahun Kelas pengukuhan (kanak- kanak 6 tahun)


PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN BAGI SESI 2024 BULAN PERKARA MAC Hari Penerangan konsep dan sesi pendaftaran kanak-kanak 2024 Minggu orientasi bersama kanak- kanak Tabika Pembelajaran menggunakan modul Salam (3 bulan) APRIL Sesi PDPC Pemeriksaan gigi kanak-kanak Mesyuarat Agung Tabika Majlis Hari Raya Aidilfitri peringkat Tabika Program Jom Membaca MEI Latihan dan pemilihan kanak-kanak untuk Hari Potensi Tabika KEMAS Sesi PDPC JUN Sambutan hari lahir kanak- kanak Bengkel keibubapaan dan pemakanan sihat Gotong royong kebersihan dan keceriaan Tabika JULAI Pemeriksaan kesihatan Hari Terbuka siri 1 OGOS Hari Potensi Peringkat Parlimen Paya Besar Pemohonan Pendaftaran Kemasukan Sesi 2025 SEPTEMBER Sambutan Hari Kemerdekaan OKTOBER Hari potensi kanak- kanak peringkat Zon Lawatan Pendidikan NOVEMBER Sesi PDPC DISEMBER Hari Terbuka siri 2 Perjumpaan AJK dan Ibubapa Sambutan Hari Lahir kanak-kanak JANUARI Sesi fotografi Hari Apresiasi kanak-kanak Tabika Jamuan akhir tahun Kelas pengukuhan (kanak- kanak 6 tahun) FEBRUARI Persekolahan Sesi 2025


Click to View FlipBook Version