The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-BOOK UNSUR-UNSUR ISLAM DALAM DRAMA NUR KASIH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by DTM 5A Amirul Hakimi, 2020-10-31 08:58:02

E-BOOK UNSUR-UNSUR ISLAM DALAM DRAMA NUR KASIH

E-BOOK UNSUR-UNSUR ISLAM DALAM DRAMA NUR KASIH

UNSUR-UNSUR ISLAM DALAM DRAMA TV BERSIRI : KAJIAN
TERHADAP DRAMA NUR KASIH

KOD KURSUS, : DUA 6022 - KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
NAMA KURSUS

NAMA CIK AS NUURIEN NAJMA BINTI AHMAD
PENSYARAH

NAMA AHLI SATISHWARAN A/L RAJESWARAN
KUMPULAN AMIRUL HAKIMI BIN AHMAD FADZIL
MUHAMMAD AMIN IKRAM BIN ROSLAM
NO.MATRIK MUHAMMAD ISMADI BIN MUHAMMAD NAZRI
33DTM18F1003
33DTM18F1017
33DTM18F1010
33DTM18F1009

KELAS DTM5A

1 | Pa ge

SENARAI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.1. PENDAHULUAN 3
4
1.2. OBJEKTIF 4
4-8
1.3. UNSUR-UNSUR ISLAM DALAM DRAMA NUR KASIH
9-10
1.3.1. ASPEK PENGISIAN
i) SKOP AKIDAH 10-11
ii) SKOP SYARIAH 12
iii) SKOP AKHLAK 12

1.3.2. ASPEK USLUB / GAYA PERSEMBAHAN
i) BIL HAL (USLUB/ GAYA PERSEMBAHAN DALAM
BENTUK PERBUATAN)
ii) BIL HAL (USLUB/ GAYA PERSEMBAHAN DALAM
BENTUK PERKATAAN)

1.3.3. ASPEK SINEMATOGRAFI

i) VISUAL SUASANA LATAR BELAKANG YANG DIPILIH
ii) VISUAL LATAR TEMPAT/LOKASI YANG DIPILIH

1.4. KESIMPULAN

1.5 RUJUKAN

2 | Pa ge

1.2. PENDAHULUAN

Dakwah pada era abad ke 21 ini adalah satu cabaran baru kepada semua lapisan pendakwah
moden. Fenomena kecelaruan masyarakat dalam mendekati Islam dan menghayatinya berlaku
di semua peringkat kehidupan manusia. Ini adalah satu dimensi dan anjakan paradigma baru
yang bersesuaian bagi menangani isu global dan nasional dalam membentuk, mendidik dan
memperkasakan umat Islam dalam menjadi teras pembangunan tamadun manusia selaras
dengan kehendak Islam ke arah mengembalikan semula kegemilangan tamadun umat Islam
suatu ketika dahulu. Paradigma baru yang diketengahkakan adalah uslub atau cara baru
penyebaran dakwah Islamiah yang selari dengan zaman serba canggih ini dan dengan
menggunakan segala peluang yang terbentang yang wujud dalam bidang apa sekalipun
terutamanya bidang teknologi maklumat yang berkaitan dengan media televisyen yang
mendominasi saluran maklumat masa kini.

Nur Kasih ialah sebuah drama bersiri Melayu yang mempunyai 26 episod yang di
tayangkan di saluran TV3 melalui Slot Zehra, setiap hari Jumaat pukul 9 malam mulai 29 Mei
hingga 27 November tahun 2009. Drama bersiri yang ditayangkan selama satu jam setiap
episod ini diarahkan oleh Kabir Bhatia dengan di bantu oleh Faisal Ishak. Bagi skrip drama
Nur Kasih ini telah dihasilkan oleh kerahan idea Mira Mustaffa iaitu isteri kepada pengarah
drama ini, Kabir Bhatia dengan dibantu oleh Mariana Hashim dan Maizura Mohd Ederis.
Drama bersiri terbitan Filmscape Sdn. Bhd. dan Viden Sdn. Bhd. ini dibintangi oleh Tiz Zaqyah
Razak sebagai Nur Amina binti Abu Bakar, Remy Ishak sebagai Adam bin Hassan, Fizz Fairuz
sebagai Aidil bin Hassan, Sharifah Sofia sebagai Katrina Anne Carlson, Ummi Nazeera
memegang watak sebagai Siti Sarah binti Abu Bakar dan Ayu Raudhah sebagai Aliya. Mereka
ini merupakan pelakon utama yang telah menjayakan drama Nur Kasih dengan memainkan
watak yang diamanahkan dengan baik disamping pelakon-pelakon pembantu yang lain. Drama
ini boleh ditonton di www.beritakini.net/watchmalaymoviefilm.htm.

3 | Pa ge

1.2. OBJEKTIF

Kajian ini terdapat beberapa objektif kajian bagi memenuhi matlamat penyelidikan ini iaitu :

i. Mengenalpasti aspek pengisian dalam unsur-unsur islam dalam drama Nur Kasih.
ii. Menjelaskan skop-skop aspek pengisian dalam unsur-unsur islam dalam drama Nur

kasih.
iii. Mengenalpasti aspek uslub atau gaya persembahan dalam unsur-unsur islam dalam

drama Nur Kasih.
iv. Menjelaskan bentuk-bentuk aspek uslub atau gaya persembahan dalam unsur-unsur

islam dalam drama Nur Kasih.
v. Mengenalpasti aspek senematografi dalam unsur-unsur islam dalam drama Nur

Kasih.
vi. Mengenalpasti visual-visual aspek senematografi dalam unsur-unsur islam dalam

drama Nur Kasih.

1.3. UNSUR-UNSUR ISLAM DALAM DRAMA NUR KASIH

Dalam bab ini penulis membahagikan unsur-unsur Islam yang terkandung dalam drama
Nur Kasih kepada tiga aspek besar iaitu aspek pengisian, aspek uslub atau gaya persembahan
dan aspek sinematografi. Tiga aspek ini penulis pecahkan pula kepada beberapa bahagian kecil
lain supaya penulisan ini nampak lebih sistematik dan halus pengkajiannya serta mudah
difahami kerana mempunyai kronologi yang tersendiri.

1.3.1. ASPEK PENGISIAN

Aspek ini penulis membahagikan kepada tiga bahagian kecil yang lain mengikut asas
keutamaan dalam Islam atau tunjang kepada ilmu Islam iaitu skop akidah, skop syariah dan
skop akhlak.

Ketiga-tiga skop tersebut merupakan satu kesatuan yang tidak dapat dipisahkan antara
satu sama lain kerana ia merupakan antara rantaian intipati terpenting dalam Islam yang

4 | Pa ge

merangkumi semua perkara. Akidah digambarkan sebagai akar yang menjadi tunjang kukuh
kepada sepohon pokok yang tertegak diatas permukaan bumi ini. Sedangkan syariah pula
merupakan batang pokok yang berdiri tegak di atas tujangan akar yang kukuh. Manakala akhlak
pula diibaratkan seperti buah yang dihasilkan daripada proses kelangsungan akar dan batang
pokok.

i) SKOP AKIDAH
Akidah dari sudut bahasa berasal daripada Bahasa Arab iaitu ikatan, kata putus,
tetap, percaya, kukuh, pegangan, melekat dan keyakinan.106 Dari sudut istilah pula,
akidah ialah perkara-perkara yang wajib diyakini dengan hati, jiwa menjadi tenang
dengannya sehingga terjadi keyakinan yang utuh yang tidak bercampur dengan
keraguan dan kesangsian.

Drama Nur kasih tidak terlepas pandang dalam membuktikan kepentingan akidah
kepada masyarakat. Di sini penulis membentangkan beberapa contoh penting dan
jelas sebagai pembuktian kepada kepentingan dan keutamaan akidah yang cuba
disampaikan dalam drama ini.

Contoh 1 :
Adam : Look, I have everything that I have ever wanted. Kat, job, money.ButIdont
know, I…
Dave : Hey, I know how right up inside. You feel empty.
Adam : There‟s something missing in me, but i don‟t know what it is…
Dave : You don‟t know what it is. I know exactly what it is108

Ketika mana Adam sudah berjaya di Sydney dan mempunyai segalanya namun hati
masih terasa kosong dan seolah-olah ada sesuatu dia tidak ada lagi. Perkara yang
Adam tidak ada itu sebenarnya adalah akidah tauhid. Adam selama hidupnya dia
meninggalkan Islam. Hidupnya langsung tidak seperti seorang muslim dan terbukti
itu bukan fitrahnya kerana manusia perlu hidup dengan fitrah Islamnya untuk
memiliki hidup yang bahagia. Oleh itu, Adam tidak mendapat kebahagiaan hakiki

5 | Pa ge

kerana dia tidak mengikut fitrahnya yang sebenar iaitu hidup dalam panduan Islam.
Plot ini berlaku apabila Adam sedang berpesta bersama kawan-kawan sepejabat
meraikan kenaikan pangkatnya dengan arak. Di sinilah Adam mula merasa
kekosongan dalam jiwanya.

ii) SKOP SYARIAH
Syariah boleh diertikan sebagai ad-deen yang bermaksud satu cara hidup,

penyerahan dan ketundukan serta kepatuhan kepada suatu jalan yang terang. Oleh
itu, syariah merangkumi kedua-dua aspek iaitu aspek iman dan amal. Syariah
meliputi ibadah, sikap dan tindakan seseorang individu, peraturan-peraturan
kemasyarakatan dan undang-undang, sama ada ia bersangkut-paut dengan urusan
politik, ekonomi, kekeluargaan, jenayah ataupun sivil.

Dalam skop syariah ini, penulis hanya membentangkan dua aspek, kerana dua
aspek ini yang paling jelas dan nyata ditonjolkan oleh drama Nur Kasih sepanjang
sirinya berlangsung. Dua aspek tersebut ialah:

a) Aspek ibadah
Berdasarkan analisis yang dibuat, penulis mendapati drama Nur Kasih
banyak menerapkan amalan ibadah dalam kandungan ceritanya.
Pembudayaan terhadap amalan-amalan ibadah seperti zikir, solat malam,
solat sunat dan ibadah lain ditonjolkan dengan sangat jelas. Selain itu, drama
ini juga dilihat cuba untuk menyampaikan kepada masyarakat tentang
konsep ibadah yang sebenar selain daripada solat, membaca alQuran dan
zikir.

Contoh 1 : Aidil kecil : Adam dah sembahyang ke belum? Adamkecil:Ayah
mana? Aidil kecil : Kenapa kau ni? Mengaji tak, sembahyang terlepas.

6 | Pa ge

Contoh 2 : Ketika Adam sudah insaf, dia mengqamatkan solat Maghrib
berjemaah mereka sekeluarga. Semua terkejut dengan perubahan Adam
kerana sebelum ini jika mereka sekeluarga solat berjemaah Adam tida k
pernah turut serta. Aidil menjadi imam ketika itu dan makmum
perempuannya adalah Nur Amina dan Hajah Khadijah. Solatberjemaahitu
diakhiri dengan doa.

b) Aspek sosial.
Terdapat beberapa plot yang dipaparkan dalam drama ini yang dapat
menunjukkan keperluan hidup bermasyarakat dan betapa harmoninya
kehidupan secara bermasyarakat tanpa mengira bangsa, agama, budaya
mahupun peringkat umur. Juga tidak lupa drama ini membawa konsep
bahawa manusia haruslah hidup secara bermasyarakat walau di mana pun
kita berada.

Contoh 1 : Suatu petang Aidil bermain bola sepak bersama dengan
beberapa orang kanak -kanak kecil di halaman rumahnya. Apabilaselesai
bermain, Aidil menasihati kanak -kanak tersebut supaya janganlupauntuk
menunaikan solat Maghrib.

iii) SKOP AKHLAK
Akhlak merupakan sesuatu yang amat penting kerana peranannya yang besar

dalam mengatur semua tingkahlaku manusia. Mungkin kita boleh katakan bahawa
semua tingkah laku manusia adalah selari dengan nilai atau sifat yang sebati di
dalam diri

Untuk menyempurnakan huraian dalam skop akhlak ini dan menjadikan ia lebih
mudah difahami, penulis membahagikan skop akhlak ini kepada tiga bahagian kecil
iaitu:

7 | Pa ge

a. Aspek sifat mahmudah.

Antara sifat-sifat mahmudah yang diterap dan ditonjolkan dalam drama
ini melalui watak-watak yang berjaya memainkan peranan masing-masing
ialah:

Contoh 1 :
Penumpang Keretapi : Ustaz ke? Aidil : Tak, saya bukan Ustaz. saya bukan tok
guru, Saya cuma penuntut ilmu Allah. Kenapa?
Penumpang Keretapi : Tolong tengokkan anak saya boleh? Aidil kemudian
menolong saudara itu mendiamkan anaknya yang tidak berhenti menangis
dengan membaca ayat suci al-Quran.
Aidil : Alhamdulillah..Diam dah baik dah.
Penumpang Keretapi : Terima kasih Ustaz..
Aidil : Saya Cuma baca ayat suci ja.. Semua orang boleh buat.

b. Aspek personaliti dan imej.

Drama Nur Kasih harus dipuji dalam aspek mengketengahkan
personaliti muslim ini. Kebanyakkan daripada watak utamanya diberikan
sebuah imej dan personaliti unggul sebagai seorang muslim. Alangkah
indahnya jika di alam realiti kehidupan manusia wujud personaliti yang
dimiliki watak-watak seperti dalam drama ini. Antara watak yang menonjol
dan konsisten dengan imej dan personaliti Islam ialah Aidil dan Nur Amina.
Selain mereka berdua juga terdapat watak lain yang juga kuat menonjolkan
personaliti Islam seperti Datin Munah, Dato‟ Afendi, Ustaz Hassan, Imam
Abu Bakar, Aliya dan juga Adam dan Katrina selepas keinsafan mereka.
Drama ini juga cuba menyampaikan kepada masyarakat bagaimana
personaliti Islam ini adalah suatu yang unggul dan mendapat perhatian
manusia lain.

8 | Pa ge

c. Aspek pembudayaan nilai-nilai Islam

Drama Nur Kasih yang telah menjadi subjek kajian penulis telah dapat
mengangkat martabat nilai Islam dalam penceritaannya yang mampu
memberi pemahaman yang sebenar kepada penonton tentang etika dan
moral yang perlu diamalkan dalam kelakuan seharian supaya ia menjadi
cerminan peribadi, akhlak dan budi pekerti seseorang yang bergelar muslim.

1.3.2. ASPEK USLUB / GAYA PERSEMBAHAN

Gaya persembahan isi bererti uslub dengan makna khas iaitu cara tentang isi atau mesej
dipersembahkan atau disampaikan kepada khalayak sasaran tanpa menyentuh sudut-sudut lain.
Asas kepada gaya persembahan isi ialah kepelbagaian persembahan dan bentuk isi yang
dikemukakan kepada khalayak sasaran. Ia dipersembahkan dalam bentuk yang menarik, tiada
kejemuan, diminati dan disukai oleh semua orang.

Penulis telahpun menganalisis dan membahagikan gaya persembahan isi kandungan
yang terdapat dalam drama bersiri Nur Kasih ini berdasarkan metode penyampaian dakwah
namun dalam skop drama. Bentuk yang akan diterangkan penulis ialah bil hal, bil lisan dan
sinematografi.

i) Bil Hal (Uslub/ Gaya Persembahan Dalam Bentuk Perbuatan)

Berhubung dengan drama Nur Kasih ini, gaya persembahan unsur-unsur Islam
melalui gaya persembahan ini dapat dilihat melalui watak-watak yang berperanan
dalam drama ini. Qudwah hasanah yang telah diterap dalam watak-wataknya
ditonjolkan dalam menyampaikan mesej kepada khalayak penonton. Berikut
merupakan perbandingan yang terdapat dalam drama Nur Kasih ini. Ia lebih
memberatkan perbandingan antara watak baik dan watak jahat supaya khalayak
masyarakat mengambil iktibar bahawa watak jahat tidak membawa keuntungan
kepada sesiapapun malah merugikan diri sendiri dan hidup tidak mencapai

9 | Pa ge

kebahagiaan sehingga akhirnya selagi mana seseorang itu masih berpegang dengan
sifat mazmumah
ii) Bil Lisan (Uslub/ Gaya Persembahan Dalam Bentuk Perkataan)

Cerita mempunyai keistimewaan yang tinggi kerana ia memberi pengetahuan
kepada kepada khalayak penonton tentang kehidupan manusia dengan gaya dan
bentuk yang disukai secara semula jadi (Muhammad Khair Ramadan, 1414H:
87).Sehubungan dengan itu, cerita yang disampaikan dalam drama Nur Kasih

10 | P a g e

semuanya adalah berkisarkan tentang sirah para nabi, rasul dan ahli keluarga
Baginda.

Contoh 1
Adam anak murid Nur Amina : Cerita dia macam mana?
Nur Amina : Cerita advanture. Cerita paling hebat!
Adam anak murid Nur Amina : Nak dengar..
Dania anak murid Nur Amina : Dania pun nak dengar juga
Nur Amina : Nak dengar juga? Ha, Hm, tapi dengar satu syarat. Lepasdengar
cerita tu janji dengan akak kita habis ngaji?
Nur Amina : Ok. Nabi Muhammad dilahirkan pada 12 Rabiul Awal Tahun
Gajah. Pada tahun tu juga Abrahah menyerang Kota Mekah untuk
menghancurkan Kaabah. Tetapi, Allah S.W.T telah menyelamatkan Kota
Mekah dan membinasakan tentera Abrahah.

1.3.3. ASPEK SINEMATOGRAFI

Sinematografi atau videografi merujuk kepada seni pengambaraan yang
memperlihatkan keupayaan dan kemahiran seseorang juru kamera drama atau video melalui
arah pengarahnya merakamkan syot-syot gambar yang berkualiti daripada aspek teknikal dan
bernilai daripada aspek seni fotografi sesuai dengan cerita yang ingin dipaparkan. Syot-syot
gambar yang dirakamkan bukan sahaja bernilai malah mempunyai makna dan erti secara
tersurat dan tersirat serta mengikut kehendak nahu dan bahasa drama yang baik.

Aspek sinematografi ini juga saling berkaitan dengan „aspek seni penyuntingan‟. Kalau
sinematografi merujuk kepada bagaimana gambar-gambar „ditangkap‟ atau dirakamkan untuk
mendapatkan syot-syot yang terbaik dan bermutu, seni penyuntingan pula adalah kaedah
bagaimana membuang, mengadun, menyambung dan menyatukan visual atau syot-syot yang
berlainan kepada suatu urutan gambar yang baik dan sesuai dengan mutu kesinambungan,
mempunyai mutu seni, bermakna dan berkesan kepada tontonan khalayak mengikut
pendekatan atau teori-teori penyuntingan yang tertentu. Seni penyuntingan yang baik dan

11 | P a g e

sistematik bukan sahaja dapat menghidupkan suasana yang ingin disampaikan oleh sesebuah
drama malah dapat memberikan kesan dan makna kepada khalayak yang menontonnya.Sebuah
drama yang baik adalah drama yang dapat memberikan paparan visual yang sopan selaras
dengan nilai budaya dan agama dan menepati konsep seni yang sebenar.

Pada pendapat penulis, drama Nur Kasih berjaya memainkan peranan sinematografi
dengan baik walaupun bukan secara keseluruhannya. Aspek sinematografi yang dipaparkan
sangat menepati nahu dan bahasa drama ini dengan baik. Ianya selaras dari semua aspek
terutamanya dari aspek naratif

i) Visual suasana latar belakang yang dipilih

Menurut analisis yang dilakukan penulis, drama Nur Kasih ini telah
memaparkan beberapa syot visual terhadap sesuatu plot yang mempunyai unsur-unsur

Islam yang membawa mesej tertentu yang sesuai dengan naratif yang dibawanya.

ii) Visual latar tempat/lokasi yang dipilih

Tempat atau lokasi yang menjadi pilihan bagi pengambaraan drama ini lebih
menjurus ke arah tempat-tempat yang mempunyai nilai Islamik yang tersendiri yang
mana ianya bersesuaian dan menepati naratif drama ini dalam menyampaikan unsur -
unsur Islam kepada khalayak penonton. Drama ini membawa penonton menikmati view
Islamic di tempat-tempat yang terpilih bagi plot-plot tertentu.

12 | P a g e

1.4. KESIMPULAN

Berdasarkan kepada penerangan dan penjelasan di atas tentang unsur-unsur Islam yang
wujud di dalam drama bersiri Nur Kasih ini, penulis menyimpulkan bahawa konsep drama Nur
Kasih sebagai drama berunsur Islam sudah terbukti walaupun ia bukan merupakan drama Islam
namun boleh dikategorikan sebagai drama berunsur Islam kerana isi kandungannya yang sarat
dengan unsur Islam. Bahkan unsur-unsur Islam yang diketengahkan dalam drama ini
mencakupi seluruh ruang lingkup kehidupan seorang muslim. Walaupun bukan setiap watak
yang berperanan itu sempurna sebagai seorang muslim namun apabila digabungkan sifat
watak-watak tersebut dan dinilai melalui metode yang penulis gunakan, ia sebenarnya saling
lengkap melengkapi untuk menghasilkan sebuah drama bertemakan Islam. Unsur-unsur yang
dipaparkan merupakan balikan asal kehidupan masyarakat Islam sebenar di Malaysia ini dan
ia bertujuan sebagai panduan iktibar kepada khalayak penonton supaya memuhasabah diri
kembali dengan melihat, menilai dan memerhati setiap watak baik dan jahat yang dipaparkan

dan merealisasikan segala unsur Islam yang dibentangkan ke dalam kehidupan seharian.

1.5 RUJUKAN

i) Analisis Elemen Patuh Syariah dalam Filem Nur Kasih the Movie
https://www.researchgate.net/publicat ion/324110308_Ana lis is_E lemen_Patuh_Syar iah_da la
m_Filem_Nur_Kasih_The_Movie_2011_Berdasarkan_Teori_Filem_Ar-
Risalah_Nur_Kasih_The_Movie_2011_An_Analysis_of_SyariahCompliant_Elements_Based
_on_Ar-Risalah_Film_Theory ii)Unsur-unsur Islam dalam drama TV bersiri : kajian terhadap
drama Nur Kasih / Nabilah binti Mohd Razif http://studentsrepo.um.edu.my/5310/

13 | P a g e

14 | P a g e


Click to View FlipBook Version