KERAJAAN
KHULAFA’ AR-RASYIDIN
4 KHALIFAH TERKENAL
KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ
KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB
KHALIFAH UTHMAN BIN ‘AFFAN
KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB
KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ
BIODATA TOKOH
Nama: Abdullah bin Abi Khulafah.
Tarikh lahir: 2 tahun selepas kelahiran
Rasulullah.
Keturunan: Bani Tamim.
Gelaran: As-Siddiq (membenarkan
segala perbuatan dan percakapan Rasul
SAW).
Tarikh wafat: 13H (memerintah 2 tahun).
CARA PEMILIHAN KHALIFAH ABU BAKAR
Berlaku perselisihan pendapat antara
Ansar dan Muhajirin selepas kewafatan
Rasul SAW .
Peristiwa itu berlaku di Saqifah Bani
Sai’dah.
Setelah berbincang, Abu Bakar telah
mencadangkan Umar dan Ubaidah.
Mereka menolak dan Umar telah
membaiah Saidina Abu Bakar
POLISI PENTADBIRAN KHALIFAH ABU BAKAR
Memerangi golongan yang murtad, nabi palsu dan
golongan yang enggan membayar zakat kerana
beliau berijtihad bahawa orang yang mengengkari
kewajipan bayar zakat adalah dikira menafikan
rukun Islam.
Menggerakkan semula tentera Usamah bin Zaid
untuk memerangi penduduk Ghassan yang telah
membunuh utusan Rasul SAW kerana
berpendapat beliau tidak patut merubah bendera
yang telah diikat oleh Rasul SAW.
Beliau melantik pengganti khalifah untuk tidak
menimbulkan perselisihan selepas kewafatannya.
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR
Mendaulatkan kerajaan Islam dari
ancaman golongan murtad, nabi
palsu dan golongan tidak
membayar zakat .
Membebaskan negeri-negeri di
bawah naungan Rom dan Parsi.
Mengumpulkan tulisan al-Quran.
KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB
BIODATA KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB
Umar bin Al-Khatab bin Naufal.
Tarikh lahir: 584M (13 tahun selepas
kelahiran Rasul SAW).
Keturunan: Bani A’di, Quraisy.
Tarikh perlantikan: Selasa 22 jamadil
awal tahun 13H.
Tempoh perkhidmatan: 10 tahun 6 bulan
Tarikh wafat: Zulhijjah tahun 23H (usia
63 tahun).
Gelaran: Al-Farok (pemisah antara yang
hak dan yang batil).
CARA PEMILIHAN
KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB
Dipilih oleh Abu Bakar ketika
beliau sedang sakit.
Beliau telah meminta pandangan
ramai tentang pemilihan tersebut.
Wasiat tentang perlantikan tersebut
telah ditulis oleh Saidina Usman
bin Affan.
POLISI PENTADBIRAN
KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB
Menyusun semula pentadbiran tanah
yang di bawah penguasaan Islam, di
mana tanah ini dimasukkan sebagai
harta negara.
Tentera Islam tidak lagi mendapat harta
ghanimah sebagaimana lazimnya.
Beliau tidak membenarkan para sahabat
keluar atau meninggalkan kota Madinah
melainkan dengan keizinannya.
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB
Menyusun pentadbiran majlis syura.
Menunbuhkan beberapa jabatan untuk
melicinkan pentadbiran negara seperti
”dewan al-jundi” dan ”dewan al-kharaj”.
Menyusun undang-undang tanah
negara.
Mengisytiharkan kalendar mengikut
tahun hijrah.
Menubuhkan pasukan tentera laut dan
polis.
KHALIFAH UTHMAN BIN ‘AFFAN
Biodata
Nama: Usman bin Affan bin Al-Aus bin Umayyah
Tarikh lahir:576M (6 tahun selepas tahun Gajah)
Keturunan: Bani Umayyah
Tarikh perlantikan: 23H (644M)
Tempoh perkhidmatan: 12 tahun
Tarikh wafat: 18 zulhijjah 35H (dibunuh oleh
pemberontak ketika sedang membaca al-Quran)
Gelaran: Zu Nurain (yang punya dua cahaya
kerana mengahwini 2 orang puteri Rasul SAW
Cara Pemilihan
Ketika sedang sakit, Saidina Umar telah
mencalonkan 6 orang sahabat untuk
menggantikan tempat beliau
Mereka ialah Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib,
Talhah bin Ubaidah, Zubair bin Al-Awwam, Saad
bin Abi Waqas dan Abdul Rahman bin Auf
Talhah, Zubair dan Saad menarik diri
Abdul Rahman bin Auf pula memilih untuk
menjadi pemegang amanah di mana beliau telah
menemui orang ramai dan meminta mereka
memilih calon yang sesuai
Saidina Uthman terpilih dan orang ramai
membaiahnya
Polisi Pentadbiran
Memberi peluang kepada para sahabat yang
ingin berjuang dan menyebarkan pengaruh
islam
Mereka tidak dilarang dari meninggalkan kota
Madinah
Melonggarkan syarat penggunaan harta
baitulmal
Menetapkan al-Quran dibaca mengikut lahjah
Quris
Kebanyakkan gabenor dilantik dari kalangan
Bani Umayyah yang berkelayakan
Sumbangan Tokoh
Menyumbangkan harta dan kekayaan
untuk pertahankan islam
Mengumpul dan membukukan al-
Quran dalam satu naskah (Mashaf
Usmani)
Membesarkan angkatan tentera laut
dan darat yang membawa kepada
perluasan kuasa islam
KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB
Biodata
Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib
Tarikh lahir: 601M (10 tahun sebelum nabi menjadi
rasul)
Keturunan: Bani Hasyim
Tempoh perkhimatan: 4 tahun
Tarikh wafat: 17 Ramadhan 41H (655M)
Sebab kematian: Dibunuh oleh Abdul Rahman bin
Muljan di Kufah
Gelaran: Abu Hasaan dan Abu Thurab
Merupakan kanak-kanak pertama memeluk islam
Didoakan karamah Allahu wajhah bermaksud
orang yang dimuliakan wajahnya oleh Allah
kerana tidak pernah menyembah berhala
Negara hura hara selepas
kewafatan Saidina Usman
Pihak pemberontak telah meminta
beliau menjadi khalifah
Beliau menerima memandangkan
keadaan negara kian meruncing
Orang ramai membaiah beliau
Menukar pegawai - pegawai
berketurunan bani Umayyah
termasuk Muawiah
Meneruskan majlis tahkim walaupun
mendapat tentangan dari puak
Khawarij