The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anakin5230, 2018-10-21 01:47:24

PERISTIWA PENTING RASULULAH SAW

PERISTIWA PENTING RASULULAH SAW

PERISTIWA
PENTING
DALAM
KEHIDUPAN

NABI
MUHAMMAD

SAW

SEBELUM KERASULAN NABI
MUHAMMAD SAW

UMUR TEMPOH PERISTIWA

Selepas • Dipelihara oleh Halimah Al-Sa’diah di
Kelahiran 2 Tahun perkampungan Bani Saad yang jauh

daripada unsur negatif.

2 – 4 tahun • Dada dibedah oleh Malaikat Jibril

4 – 6 tahun 2 Tahun • Tinggal bersama dengan ibu baginda.
• Ketika berumur 6 tahun, baginda

dibawa melawat kubur bapa baginda

di Madinah.
• Ibunya meninggal dunia di Abwa’

dalam perjalanan pulang ke Mekah

UMUR PERISTIWA
12 tahun
• Nabi Muhammad mengikut Abu Talib ke
20 tahun Syam. Dipertengahan jalan Abu Talib
mendapat nasihat daripada Bukhaira Ar Rahib
ketika di Bandar Busra sempadan Syam
supaya membawa pulang Nabi Muhammad
SAW ke Mekah kerana bimbang dibunuh oleh
orang Yahudi

• Baginda bersama-sama dengan bapa-bapa
saudara baginda menyaksikan Khilf Al Fhudul
iaitu perjanjian untuk membela orang yang
teraniaya dalam perniagaan.

• Baginda mengembala kambing bersama-sama
dengan saudara susuannya di perkampungan
Bani Saad kemudian di Mekah.

Iktibar :

Nabi Muhammad
SAW dididik oleh
Allah SWT dengan
kehidupan yang
mencabar sebagai
persediaan untuk
dilantik menjadi
rasul yang agung.

BERDAGANG KE SYAM

• Nabi Muhammad SAW berkecimpung dalam perniagaan di
luar kota Makkah al-Mukarramah.

• Berurus niaga dengan Khadijah seorang wanita Quraisy
yang sangat berharta dan berhati mulia.

• Membawa barang dagangan Saidatina Khadijah Ke Syam
dengan dibantu oleh Maisarah seorang pekerja lelaki
Saidatina Khadijah.

• Semasa berada di Syam, Nabi Muhammad SAW
menjalankan perniagaan dengan penuh jujur dan amanah.

• Akhirnya Nabi Muhammad SAW membawa pulang
keuntungan yang lumayan berkat ketekunan dan kemahiran
baginda.

Iktibar :

Sifat kemuliaan yang perlu
dicontohi daripada

peristiwa ini ialah Nabi
Muhammad SAW :

- Menunaikan amanah
- Mendapat kepercayaan

masyarakat
-Mempunyai Kerjaya

BERKAHWIN DENGAN SAIDATINA

KHADIJAH

• Sekembalinya Nabi Muhammad SAW pada kali kedua dari
Syam, Saidatina Khadijah mengambil keputusan untuk
berkahwin dengan baginda.

• Pengalaman beliau berurusan dengan Nabi Muhammad SAW
dan kemuliaan akhlak yang diceritakan oleh Maisarah sudah
cukup menjadikan hatinya terpikat dengan Nabi Muhammad
SAW.

• Saidatina Khadijah menghantar salah seorang kawan
rapatnya Nafsiah bt Munabih untuk menyatakan hasrat
tersebut kepada Nabi Muhammad SAW.

• Nabi Muhammad SAW menerima hasrat mulia tersebut dan
meminang Saidatina Khadijah melalui bapa saudaranya Abu
Talib.

• Hasil perkahwinan tersebut Nabi Muhammad SAW

Iktibar :

Antara akhlak mulia
Nabi Muhammad
SAW yang menarik
perhatian Saidatina

Khadijah
termasuklah :

- Jujur
- Menghormati

keluarga
-Menjaga adab dan

batas pergaulan

• Mekah dilanda banjir besar sehingga
meruntuhkan dinding Kaabah.

• Qabilah arab berpakat untuk membaik pulih
Kaabah.

• Nabi Muhammad SAW turut serta dalam
pembinaan tersebut.

• Apabila tiba masa untuk meletakkan semula
Hajarul Aswad di penjuru Kaabah, berlaku
perebutan antara ketua Qabilah sehingga
hampir berlaku pertumpahan darah.

• Akhirnya Abu Umaiyyah Al Makhzumi seorang
yang dihormati dalam kalangan Qabilah arab
mengajukan cadangan yang diterima sebulat
suara.

• Mereka bersedia menerima keputusan orang
pertama yang masuk ke pintu Syaibah ketika
itu.

• Dengar takdir Allah SWT orang pertama yang
memasukinya ialah Nabi Muhammad SAW.

• Semua melihat nabi masuk ke masjid dan
berkata “ Dialah As Sidiq Al Amin(Orang yang
benar lagi amanah)

• Nabi Muhammad SAW menghamparkan
Ridda’ (selindang) baginda kemudian
meletakkan Hajarul Aswad di tengah-
tengahnya.

• Baginda meminta ketua-ketua kabilah
memegang hujung ridak tersebut dan
membawanya beramai-ramai ke penjuru
Kaabah.

• Lalu baginda mengambil Hajarul Aswad dan
meletakkannya di tempat asal.

• Majlis tersebut berjalan dengan lancar dan
semua yang hadir berpuas hati.

Iktibar :

Pengajaran yang dapat
diambil daripada kisah

ini ialah Nabi
Muhammad SAW :

- Bersifar tawaduk
-Turut serta dalam
aktiviti kemasyarakatan
- Menerima amanah
dengan tanggugjawab

- Mendamaikan
kehidupan masyarakat

SELEPAS KERASULAN NABI
MUHAMMAD SAW

• Era kerasulan Nabi Muhammad SAW bermula
ketika baginda berumur 40 tahun.

• Baginda suka bersendirian di Gua Hira untuk
beribadat dan memikirkan cara untuk
menyelamatkan aqidah umat daripada
kesesatan,

• Pada suatu hari dalam bulan Ramadhan
baginda didatangi malaikat Jibril dan memeluk
erat baginda 3 kali dan menyuruh baginda
membaca.

• Setiap kali Jibril menyuruh baginda membaca,
baginda menjawab “Saya tidak tahu
membaca”

• Akhirnya Jibril mengajar baginda wahyu yang
pertama : Surah al-Alaq (Sila baca)

• Setelah Nabi Muhammad SAW menerima
perintah Allah SWT untuk menyampaikah
dakwah, baginda menjalankan tugas dakwah
dengan gigih dan sabar

• Dakwah yang disampaikan oleh baginda
mendapat sambutan daripada masyarakat
arab terutama hamba abdi dan golongan yang
lemah

• Namun begitu, ada juga yang menentang Nabi
Muhammad SAW.

Iktibar :

Pengajaran yang dapat
diambil daripada kisah

ini ialah Nabi
Muhammad SAW :

- Tidak suka dengan
kesesatan masyarakat

-Beribadah dan
bermunajat

- Bersabar dan
istiqamah

menymapaikan dakwah

• Saidatina Khadijah sentiasa mempertahankan
dakwah Nabi Muhammad SAW.

• Bapa saudara baginda Abu Talib membela
Nabi Muhammad SAW walaupun beliau tidak
masuk Islam.

• Kematian mereka berdua menyebabkan Nabi
Muhammad SAW berdukacita.

• Kedukaan baginda terubat apabila baginda di
bawa mengembara menyaksikan tanda-tanda
kebesaran Allah dalam peristiwa Israk dan
Mikraj.

Nabi Muhammad Dalam perjalanan, Baginda menjadi
SAW dibawa pada baginda ditunjukkan imam solat kepada
waktu malam dari para nabi di Masjid
Masjidil Haram ke dengan pelbagai
gambaran yang akan Al Aqsa
Masjidil berlaku kepada umat
Aqsa Palestin Baginda di bawa
baginda Mikraj merentas 7
Baginda turun ke
Mekah sebelum Baginda lapisan langit
menghadap Allah sehingga ke
Subuh dan SWT dan menerima Sidaratul Muntaha
menceritakan kefarduan solat
pengalaman baginda
kepada penduduk

Mekah

Iktibar

Kisah ini memberikan iktibar bahawa
Nabi SAW :

- menjalani Israk dan Mikraj dengan
ruh dan jasad

- Rasul terakhir yang membawa ajaran
tauhid seperti ajaran para rasul
sebelum baginda

- Menerima kefardhuan solat secara
terus daripada Allah sebagai ibadat

yang paling utama

• Orang kafir Mekah bertindak menghalang

dakwah Nabi Muhammad SAW dengan
pelbagai cara.
• Ada yang disiksa dan dibunuh.
• Allah memerintahkan Nabi untuk berhijrah
bersama-sama dengan para sahabat ke
Madinah .
• Peristiwa ini berlaku pada 13 tahun selepas
kerasulan baginda.

• Nabi menyahut perintah tersebut mengharungi
pelbagai halangan untuk berhijrah ke Madinah
bersama-sama dengan Saidina Abu Bakar

• Dengan perancangan yang rapi, mereka berjaya
tiba ke Madinah dengan selamat.

• Sebelum itu, baginda singgah di Baqi’ dan
membina masjid yang pertama di sana.

• Di Madinah, Nabi SAW membina pemerintahan
yang berteraskan wahyu.

• Baginda membina masjid Nabawi
mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar
,menggubal Piagam Madinah sebagai asas
pembentukan negara.

• Dalam membentuk tamadun yang unggul,
Nabi Muhammad SAW menghadapi tentangan
musuh yang cuba mengugat keamanan
Madinah.

• Nabi bersama-sama dengan kaum Muhajirin
dan Ansar mempertahankan Madinah
daripada serangan musuh dengan semangat
juang yang hebat.

• Antara peperangan yang dipimpin oleh Nabi
SAW termasuklah peperangan Badar, Uhud,
Khaibar, Pembukaan Mekah dan Hunain

PEPERANGAN ZAMAN
RASULULLAH SAW

82 peperangan

GHUZWAH SARIYYAH

• Pasukan tentera yang • Peperangan yang tidak
dipimpin oleh Rasulullah disertai oleh Nabi dan
saw sendiri baginda melantik
ketua(Amir) untuk
• 28 peperangan memimpin peperangan

• 54 peperangan

Iktibar

Pengajaran yang dapat diambil
daripada peristiwa ini :

- Nabi sanggup berkorban demi
menegakkan agama Allah SWT.
- Baginda menyampaikan Islam
dengan sempurna dan penuh amanah.
- Baginda membentuk pemerintahan
yang adil berteraskanv wahyu.
-Negara Islam menjadi model Negara

Islam terbaik.

• Setelah sempurna menjalankan tugas sebagai
rasul, pada waktu Dhuha hari Isnin 12 Rabiul
Awwal, tahun 11 Hijrah, di rumah Saidatina
Aisyah , Nabi SAW dijemput kembali menemui
Pencipta-Nya.

• Berita duka kewafatan Nabi SAW Kekasih Allah
SWT ini menggemparkan penduduk Madinah.

• Jasad baginda yang mulia dimakamkan di
rumah Saidatina Aisyah.



Iktibar

- Nabi Muhammad
diutuskan oleh Allah
SWT untuk memimpin
manusia ke jalan yang

benar.
- kehidupan baginda

dipenuhi dengan
perjuangan dan
pengorbanan demi
ketinggian agama Islam.

-

• Membina masyarakat bersatu
padu mempertahankan negara.

• Menjadikan masjid sebagai
pusat pemerintahan dan pusat
kemasyarakatan disamping
tempat beribadat.

• Membentuk umat yang patuh
dan sanggup berkorban demi
kesucian Islam

• Menjadikan Madinah sebagai
negara terunggul dan menjadi
contoh tamadun yang gemilang
sehingga dikenali sebagai Al
Madinatul Munaw warahYang
bererti “Kota Bercahaya”


Click to View FlipBook Version