The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

COVER INOVASI DAM [Autosaved]

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anakin5230, 2018-11-20 10:37:56

INOVASI D'i-SIRAH

COVER INOVASI DAM [Autosaved]

PERMAINAN ABAD 21

D’ i-SIRAH

Permainan interaktif
bagi semua pelajar Islam
dan sesiapa yang berminat

dengan
Sirah Nabawiyyah

Permainan dengan penggunaan Kod QR dan Kod Zappar

D’ i-SIRAH

 Belajar sambil berhibur PERMAINAN
 Pembelajaran dua hala DENGAN
 Memupuk minat belajar tentang
PENGGUNAAN
Sirah Nabawiyyah APLIKASI
 Permainan M-Learning
 Semua pelajar Islam dan sesiapa KOD QR DAN KOD
ZAPPAR
sahaja yang ingin mempelajari bab
Sirah

ABSTRAK

Kajian mendapati ramai dari kalangan murid Islam tidak dapat menguasai bab Sirah Nabawiyyah dalam
sukatan KSSM Pendidikan Islam menengah rendah kerana dengan alasan banyak fakta, susah untuk
diingati dan cepat bosan.Atas dasar ini, inovasi permainan D’i-SIRAH diperkenalkan kepada murid
untuk membantu mereka menguasai isi pelajaran seterusnya memahami cerita tentang kehidupan
Nabi,keluarga baginda serta para sahabat menerusi konsep yang menyeronokkan iaitu pendekatan
“didik hibur” (Edutainment) dan berpusatkan murid (student centered).

Inovasi ini merupakan satu permainan gabungan dari DAM ULAR dan SAIDINA yang dikenali D’i-SIRAH
iaitu dari perkataan “ D -DAM, i- INTERAKTIF dan SIRAH- SIRAH NABAWIYYAH” . Papan permainan yang
dicipta berkonsepkan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) dengan menerapkan elemen 4K 1N dan TMK
sebagai sokongan utama dalam pembelajaran murid. Gabungan antara aplikasi QR Code dan Zappar
Code dalam permainan ini dapat menarik minat murid sekaligus meningkatkan kefahaman mereka
dengan tajuk Sirah.Penggunaan gadget dalam permainan ini menyebabkan ia lebih menyeronokkan dan
tidak bosan.Justeru itu, diharap agar inovasi dalam permainan ini dapat membantu proses
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang lebih menarik.

OBJEKTIF

 Membantu meningkatkan kefahaman dan
keupayaan pelajar tentang Sirah Nabawiyyah dan
Khulafa’ Ar Rasyidin dalam Pdpc dengan lebih
menarik dalam sukatan KSSM peringkat menengah
rendah.

 Dapat menarik minat pelajar untuk mengulangkaji
dengan mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan terutamanya bab Sirah dan
Tamadun Islam.

 Sebagai bahan bantu mengajar yang interaktif dan
menarik untuk kegunaan guru-guru sebagai aktiviti
pengukuhan dalam Pdpc.

KEASLIAN

Bahan yang dibina daripada bahan-bahan terpakai

KEBOLEHGUNAAN

 Sesuai untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

 Sesuai dilaksanakan sewaktu aktiviti Kokurikulum -
Persatuan Agama Islam atau persatuan lain sebagai
aktiviti pengukuhan / pengayaan.

 Sesuai dimainkan oleh pelajar sekolah rendah dan
menengah.

 Sesuai kepada sesiapa sahaja yang ingin meluaskan
serta menambah pengetahuan tentang Sirah
Nabawiyyah.

PENGKOMERSIALAN

 Inovasi ini telah disebarluaskan ke sekolah-sekolah
berdekatan dan juga juga didapati sesuai dan boleh
disebarluaskan untuk tatapan umum kerana:

 Inovasi yang dibangunkan ini memenuhi kehendak
pasaran khususnya umat Islam untuk mendalami tentang
Sirah Nabawiyah dan Khulafa’ Ar Rasyidin dengan lebih
efektif.

 Permainan D’i-SIRAH adalah permainan interaktif yang
kurang berada di pasaran sekaligus mendidik minda dan
jiwa sambil bermain serta mendapat pahala



SEKOLAH-SEKOLAH BERDEKATAN

1.SMA ASSAIYIDAH KHADIJAH
2.SR AGAMA JAIM MERLIMAU UTARA
3.PELAJAR MEN.ATAS SMK DANG ANUM


Click to View FlipBook Version