The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

26 Hari PdpR bersama Cikgu Maizura Muhammad, SMK Bachok

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CIKGU MAIZURA MUHAMMAD, 2021-07-26 22:08:40

SAJAK SEKEPING KARTU KECIL

26 Hari PdpR bersama Cikgu Maizura Muhammad, SMK Bachok

KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF

SAJAK : SEKEPING KARTU KECIL

TINGKATAN : 5 DELTA
TARIKH : 27/7/2021 (SELASA)

MASA : 9.40 – 10.40 PG
SK : 1.2

SP : 1.2.2 (i), (ii), (iii), (vi), (vii)

26 HARI PdPR Bersama Cikgu Mai

ASPEK KAJIAN

• MAKSUD SETIAP RANGKAP
• TEMA
• PERSOALAN
• BENTUK PUISI
• NILAI
• PENGAJARAN

MAKSUD SAJAK :

Berdasarkan sajak SEKEPING KARTU KECIL karya Mohd Adid Ab Rahman, maksud bagi rangkap
pertama ialah penyajak menyangka bahawa kekasihnya telah melupakannya kerana mereka telah lama
berpisah.

Rangkap kedua pula penyajak menerima kad ucapan hari raya daripada kekasihnya.

Seterusnya maksud rangkap ketiga ialah memerihalkan bahawa kad tersebut telah menggembirakan
penyajak dan penyajak terkenang hubungan mereka pada masa lampau.

Maksud rangkap keempat ialah penyajak ingin berkunjung ke rumah sahabatnya pada hari raya nanti.
Namun, bukan sebagai kekasih tetapi sebagai sahabat. Penyajak meminta kekasihnya melayannya
sebagai sahabat.

TEMA

Berdasarkan sajak SEKEPING KARTU KECIL
karya Mohd Adid Ab Rahman,
Sajak tersebut ialah bertemakan
persahabatan.
Penyajak mengharapkan hubungan yang
terputus antara dia dengan kekasihnya akan
tetap berkekalan tetapi sebagai sahabat.

PERSOALAN Pertama, persoalan kesetiaan dalam memupuk persahabatan.
Contohnya,
ya,ingin sekali aku berkunjung ke rumahmu
bukan lagi sebagai kekasih seperti kelmarin.

Seterusnya, persoalan kasih sayang dalam keluarga. Contohnya,
dan tiga orang anak tercinta.

Selain itu, persoalan menyambut tetamu dengan baik. Contohnya,
sambutlah sebagaimana kebiasaan
engkau menyambut tetamu.

Di samping itu, persoalan pentingnya menerima ketentuan Tuhan.
Contohnya,
kuharap semoga engkau tidak terperanjat.

Akhir sekali, persoalan pentingnya menjalinkan hubungan
persaudaraan. Contohnya,
kiranya hubungan
persaudaraan kita
terus kukuh
kekal berpanjangan
sampai bila-bila.

BENTUK SAJAK

• Puisi ini berangkap iaitu ada 4 rangkap.

• Jumlah baris serangkap tidak sama iaitu antara 4 hingga 16 baris serangkap. Contohnya,

Rangkap 1 – 7 baris Rangkap 3 – 6 baris

Rangkap 2 – 4 baris Rangkap 4 – 16 baris

• Bilangan perkataan sebaris tidak sama iaitu 2 hingga 6 perkataan sebaris. Contohnya

hidup kembali – 2 patah perkataan
ya, ingin sekali aku berkunjung ke rumahmu – 6 patah perkataan

• Jumlah suku kata sebaris tidak sama iaitu 5 hingga 15 suku kata sebaris.

hi/dup/kem/ba/li – 5 suku kata
ya,/i/ngin/se/ka/li/a/ku/ber/kun/jung/ke/ru/mah/mu – 15 suku kata

• Rima akhir puisi ini tidak sama. Rangkap 3 - abcdbb
Rangkap 4 - abcbbbadecbcbfcd.
Rangkap 1 - abcdcec.
Rangkap 2 - abcc

• Kesimpulannya, puisi ini berbentuk bebas.

Contohnya, bilangan baris serangkap adalah tidak sama. Rangkap 1:7, Rangkap 2:4

NILAI

• nilai kasih sayang. Contohnya,
justeru sebagai saudara seagama bersama isteri
dan tiga orang anak tercinta.

• nilai keprihatinan. Contohnya,

Tadi aku disapa sekeping kartu kecil
di sana engkau catat ringkas
“Selamat lebaran Aidilfitri dan
maaf lahir batin”.

• nilai baik hati. Contohnya,
• Pada lebaran yang bersih nanti
• ya, ingin sekali aku berkunjung ke rumahmu.

• nilai setia kawan. Contohnya,

kiranya hubungan
persaudaraan kita
terus kukuh
kekal berkepanjangan
sampai bila-bila.

• nilai kesopanan. Contohnya,
kuharap semoga engkau tidak terperanjat
sambutlah sebagaimana kebiasaan
engkau menyambut tamu.

PENGAJARAN

• Kita hendaklah menyayangi keluarga kita. Contohnya,
justeru sebagai saudara seagama bersama isteri
dan tiga orang anak tercinta.

• Kita hendaklah menerima ketentuan. Contohnya,
kuharap semoga engkau tidak terperanjat.

• Kita hendaklah menjalinkan hubungan persaudaraan sesama manusia.
Contohnya,
kiranya hubungan
persaudaraan kita
terus kukuh
kekal berkepanjangan
sampai bila-bila.

• Janganlah kita lupa akan sahabat kita. Contohnya,
sungguh kupercaya
engkau lupa sudah
lantaran lama sekali tak jumpa!

• Kita hendaklah mempunyai sikap prihatin terhadap manusia. Contohnya,
tadi aku disapa sekerping kartu kecil
di sana engkau catat ringkas
“selamat lebaran Aidilfitri dan
maaf lahir batin”.

TUGASAN ANDA PADA HARI INI :

Berdasarkan puisi Jalur yang Tidak Pernah Terpadam,
huraikan bentuk puisi tersebut.

Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku latihan dan hantarkan
salinan gambar jawapan anda ke dalam google form yang
disediakan.

TERUSLAH MENJADI SAHABAT YANG BAIK…

Terima kasih kerana mengikuti
Kelas PdPR Cikgu Mai pada hari
ini.

Semoga kita semua beroleh
manfaat.
In Sha Allah…


Click to View FlipBook Version