KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
KSSM SPM
TAJUK : BAB 3 – PENYAMARAN
TINGKATAN : 4 DELTA
TARIKH : 29/7/2021 (KHAMIS)
MASA : 12.00 – 1.00 PTG
26 hari PdPR Bersama
CikguMai
STANDARD KANDUNGAN :
1.2 Mengenali dan memahami elemen sastera
2.2 Mengenal pasti dan membincangkan isu masyarakat dalam karya
yang dibaca
STANDARD PEMBELAJARAN :
1.2.4 Mengenali dan memahami prosa moden (novel)
i) Membaca, memahami dan menyatakan sinopsis
ii) Menerangkan tema dan persoalan
iii) Membincangkan watak dan perwatakan
2.2.2 Mengenal pasti dan membincangkan citra masyarakat dalam
karya dan menghubungkaitkannya dengan pembangunan masyarakat
yang harmonis
SINOPSIS
Bertahun-tahun 'Peristiwa Tubua' menjadi persoalan penduduk di
Ogonshoto tentang benarkah Presiden telah melakukan penyamaran dalam
peristiwa tersebut. Tubua ialah sebuah pekan pelabuhan di barat Gora-
Gora. Orang-orang Presiden telah mendapat restu untuk merancang
pembangunan pedalaman Ture. Kompleks hiburan dan perjudian akan
dibina. Sekumpulan penduduk pedalaman Tubua memprotes rancangan
Presiden. Mereka menubuhkan sebuah komiti yang menentukan tahap
serta kaedah-kaedah protes. Protes mereka dalam bentuk sepanduk-
sepanduk, bukan sahaja di pedalaman Tubua, malah di Tubua atau di
perahu-perahu nelayan.Protes memuncak pada hari Presiden berangkat
melakukan lawatan rasmi tiga minggu ke Guatemala, Brazil dan Peru.
Pada suatu petang seorang lelaki tua datang ke pedalaman Tubua. Lelaki tua
itu berbadan bongkok sabut,berjambang, misai janggut hampir menutupi
mukanya. Dia memakai cermin mata gelap. Dia mengatakan kedatanganya dari
Kuri kerana mendengar bantahan penduduk. Baginya nasib penduduk Tubua
lebih penting daripada ikan, sotong dan ketam. Di diajak bemalam di rumah
ketua protes.Dia disukai kerana sikapnya berani mengata presiden. Selepas
makan malam dia dijamu minuman seakan sake. Lelaki tua itu mengatakan
waktu dahulu turun temurun amalan berbincang dilakukan dalam
menyelesaikan masalah tetapi sekarang tidak diamalkan lagi. Cadangannya
supaya protes dihentikan supaya Tubua kembali aman.Namun jawapan anak
muda mereka bukan tidak mahu berbincang tetapi sekarang perbincangan
trsdisional telah berpindah ke Dewan Presiden yang tertutup sehingga jarang-
jarang keputusan dapat didengar. Kesan sake menyebabkan suara lelaki tua itu
berubah-rubah.
Lelaki tua itu seterusnya ingin tahu kesan dari pembangunan tersebut. Mengikut
tuan rumah kesan pembangunan tersebut rumah tangga dan keluarga akan
tunggang-terbalik, gondolan bukit-bukit, hakisan tanah dan merosakkan kolam air
panas semula jadi. Kawasan tadahan hujan juga akan musnah menyebabkan
Ogonshoto akan mengalami kekurangan air.
Keesokan hari lelaki tua itu mengepalai perarakan dengan penuh semangat
menuju Tubua. Menjelang malam mereka tiba di Tubua dan bermalam di sana.
Mereka meneruskan perarakan ke Tatamanu keesokan harinya. Pemuda dua
puluhan yang bersama lelaki tua mula menyedari perubahan pada lelaki tua itu.
Lelaki tua itu beberapa kali menepuk dahinya, mengusap jambangnya dan menoleh
ke belakang ke arah kumpulan ramai yang memekik memarahi presiden.
Perubahannya amat nyata ketika perarakan menghampiri simpang tiga.
Apabila jarak antara para demonstrasi dengan tentera lebih kurang 500 meter
lelaki tua berhenti dan memberi isyarat supaya berdiri di tempat masing-
masing. Lalu dia menapak 20 langkah ke hadapan kemudian tunduk berfikir.
Tiba-tiba lelaki tua meluru ke arah tentera sambil menjerit, "dari Kuri". Bom
asap bewarna kuning dilepaskan. Para demonstrasi bertempiaran lari
menyelamatkan diri. Akhirnya apabila bom asap hilang lelaki tua turut lenyap
entah ke mana. Malam itu lelaki yang pernah menjadi ketua protes merenung
bayangnya di cermin. Tatkala memandang cermin terbayang wajah lelaki tua
dari kuri itu sekiranya kaca mata ditanggalkan, janggut ,misai dan jambang
dicukur lalu dipakaikan sut, kemeja dan tali leher wajahnya menyerupai
Presiden.
Keesokan harinya teori penyamaran tersebar luas di Tubua. Namun
akhbar tunggal Ogonshotto menyangkalnya dengan mengatakan
presiden terus bertugas di pejabatnya empat jam selepas kembali
daripada Peru. Begitu juga minggu berikutnya beberapa orang
daripada Malagana, Aitu,Ture, Pukana dan Ruakita datang ke Tubua.
Sambil minum-minum di kedai kopi mereka bergaul dengan
penduduk tempatan lalu memberi pendapat bahawa penyamaran
Presiden itu karut kerana ada yang menyatakan terlibat menyambut
dan menghantar Presiden ke istana.
Teori penyamaran tidak pernah luput daripada pemikiran lelaki ketua
protes kerana dia masih ingat percakapan lelaki tua semasa mabuk sake
lenggok bahasa Kurinya bercampur dengan lenggok bahasa yang agak baik
di Tatamanu.Juga lelaki tua itu tidak pernah menanggalkan kaca mata
hitamnya.
Ungkapan "dari Kuri" dari orang tua itu juga baginya merupakan kata-
kata rahsia apabila memerlukan pertolongan segera. Misteri penyamaran
tidak pernah terjawab kerana pentadbiran Presiden seperti tembok
istananya yang tebal. Mungkin sake yang keras dapat memaksa seseorang
bercakap benar.
PERSOALAN
1. Tentang benarkah Presiden melakukan penyamaran dalam ' peristiwa Tubua'.
Contoh; berbulan-bulan malah bertahun-tahun setelah peristiwa itu terjadi penduduk
Ogonshoto belum dapat menyelesaikan persoalan ini.
2. Tentang pembangunan yang mencemar alam sekitar dan keharmonian
keluarga. Contoh; Orang-orang Presiden mendapat restu membangunkan pedalaman
Tubua untuk dijadikan pusat pelancongan,kompleks hiburan dan perjudian.
Pembangunan akan menyebabkan gondolan, hakisan,pencemaran air dan keluarga
menjadi tunggang-terbalik kerana perjudian.
3. Tentang penentangan terhadap pembangunan. Contoh;Penduduk di pedalaman
Tubua mengadakan protes dan menubuhkan sebuah komiti yang menentukan tahap
serta kaedah- kaedah protes yang bukan sahaja demi penduduk Tubua dan Provinsi
Gora-Gora malah menjangkau penghuni Rai-Rapa dan Futu-Ata juga.
4. Tentang peranan media milik kerajaan. Contoh; Akhbar tunggal Ogonshoto
memainkan peranan dalam mengulas teori penyamaran dengan mengatakan Presiden
bertugas di pejabatnya empat jam selepas kembali dari Peru di mana berita ini
menyangkal penyamaran Presiden
PERWATAKAN
LELAKI TUA
1. Seorang yang berpakaian seperti nelayan Kuri.
2. Seorang yang berbadan bongkok sabut, berjambang, bermisai dan
janggutnya hampir menutup wajahnya.
3. Seorang yang berkaca mata gelap, yang murah, yang bisasnya dijual di
kaki lima kedai di Tatamanu.
4. Seorang yang perihatin. Contoh; Dia lebih pentingkan nasib penduduk-
penduduk Tubua daripada ikan, sotong dan ketam.
5. Seorang yang suka kepada perundingan dalam menyelesaikan masalah.
Contoh; Dia mengajak supaya protes dihentikan dan rundingan dijalankan supaya
Tubua tenang semula.
6. Seorang berperanan menjadi ketua demonstrasi. Contoh; Lelaki tua itu
mengepalai demonstrasi menuju Tatamanu.
7. Seorang yang bijaksana. Contoh; Bijak berbicara dengan tuan rumah dan
juga bijak melepaskan diri semasa demonstrasi.
8. Seorang yang berani. Contoh; berani mengepalai demonstrasi walaupun
sudah tua.
9. Seorang penyamar. Contoh; Lelaki tua itu sebenarnya penyamar
sebagimana yang digambarkan oleh ketua protes dan lelaki pertama.
GAMBARAN MASYARAKAT
1. Masyarakat menentang pembangunan. Contoh; Mereka menentang
pembangunan di Tubua dengan mengadakan protes dan menubuhkan komiti yang
menentukan tahap serta kaedah- kaedah protes yang bukan sahaja demi
penduduk Tubua dan Provinsi Gora-Gora malah menjangkau penghuni Rai-Rapa dan
Futu-Ata juga.
2. Masyarakat yang mencintai alam sekitar. Contoh; Mereka menentang
pembangunan yang akan menyebabkan gondolan, hakisan,dan pencemaran air.
3. Masyarakan yang mencintai keharmonian keluarga. Contoh; Kewujudan
rumah perjudian akan menyebabkan keluarga menjadi tunggang-terbalik.
4. Masyarakat yang menjalankan kegiatan ekonomi sebagai nelayan dan
berdagang kecil- kecilan.Contoh;Selepas peristiwa Tubua kembalilah mereka ke laut
menangkap ikan, berdagang kecil-kecilan di Tubua.
5. Masyarakat mesra melayan tetamu. Contoh; Kedatangan lelaki tua
disambut dengan mesra.
6. Masyarakat menghormati tetamu. Contoh lelaki tua diajak bermalam
di rumah ketua protes dan dijamu dengan hidangan makan malam dan minuman
sake.
7. Masyarakat nelayan yang terkenal dengan gelaran kaki botol. Contoh;
Ada peribahasa di sana yang bermaksud 'nelayan Kuri hanya dapat mengenal
jenis ikan ketika mabuk'.
8. Masyarakat yang tidak lagi mengamalkan adat turun-temurun. Contoh;
Sekarang tidak ada lagi perbincangan antara penduduk dalam menyelesaikan
masalah sebagaimana dulu mereka berkumpul di bawah pokok palma berbicang
mencari penyelesaian.
9. Masyarakat yang mudah diperdaya. Contoh; Kumpulan penentang telah
di perdayakan oleh orang tua yang sebenarnya penyamar.(Presiden)
TERIMA KASIH KERANA MENGHADIRI
KELAS PdPR CIKGU MAI HARI INI
SEMOGA KITA SEMUA BEROLEH MANFAAT DAN MENJADI INSAN YANG
CEMERLANG.