The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

CADANGAN JAWAPAN MANDIRI MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CIKGU MAIZURA MUHAMMAD, 2021-08-11 21:57:34

CADANGAN JAWAPAN MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM BM

CADANGAN JAWAPAN MANDIRI MODUL MANDIRI BAHASA MELAYU SPM

1

SET 1

CADANGAN JAWAPAN

KERTAS 1 : BAHAGIAN A
Contoh jawapan pemahaman:

1. Kebanyakan sisa plastik akan berakhir di sungai dan laut.
2. Bahan buangan yang mengambil masa yang paling lama untuk dilupuskan ialah beg

pastik yang mengambil masa antara 20 hingga 1000 tahun.
3. Manusia lebih suka memilih untuk menggunakan beg plastik kerana harganya yang

murah, mudah didapati, tahan lebih lama berbanding kertas, kalis air, ringan , boleh
digunakan untuk pelbagai tujuan dan pelbagai saiz .
4. Kehidupan marin boleh mati melalui cara tertelan plastik atau penyedut minuman
plastik atau anggota badan diselaputi oleh bahan plastik.
5. Peranan pihak kerajaan dalam menangani pencemaran plastik ialah :
- Mengenakan bayaran terhadap penggunaan plastik.
- Menolak penggunaan plastik pakai buang.
- Menggunakan plastik yang boleh dikitar semula.
- Melancarkan kempen kesedaran kepada rakyat/kempen hindari plastik sekali

guna.
- Pengharaman ke atas import sisa plastik dari negara luar.
- Memasak makanan sendiri di rumah.

CONTOH JAWAPAN LENGKAP KARANGAN
Berdasarkan laporan daripada Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),

rakyat Malaysia menggunakan sekurang-kurangnya satu juta plastik pada setiap minit. Kita
juga dapat menyaksikan bahawa banyak hidupan marin seperti penyu mati akibat sisa plastik.
Implikasi seperti ini tidak seharusnya dipandang enteng oleh semua pihak. Persoalannya,
bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah pencemaran plastik di Malaysia?

Pelaksanaan program kitar semula merupakan salah satu langkah yang boleh
dilaksanakan dengan efisien. Contohnya masyarakat perlu disedarkan mengenai kepentingan
penggunaan tong kitar semula terutamanya tong berwarna jingga. Hal ini dikatakan demikian
kerana kategori sampah di dalam tong tersebut memerlukan jangka masa 20 hingga 1000
tahun untuk dilupuskan. Kesedaran yang tinggi terhadap kitar semula ini perlu disebarluaskan
menerusi media sosial melalui tanda pagar Jom Kitar Semula.

Berdasarkan huraian berkaitan langkah memanifestasikan keindahan alam sekitar,
jelaslah bahawa semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing agar matlamat
tersebut dapat direalisasikan. Marilah bersama-sama kita menyahut seruan kerajaan dalam
mengurangkan penggunaan plastik terutamanya penyedut minuman dan beg plastik.
Kesimpulannya, masyarakat perlu bertanggungjawab dalam meneruskan usaha kerajaan
agar negara kita bersih daripada pencemaran sebelum nasi menjadi bubur.

KERTAS 1 : BAHAGIAN B

Isi karangan :
1. Pemain industri pelancongan perlu menyesuaikan diri dengan normal baharu aktiviti
harian untuk memulihkan sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemic
Covid - 19.
2. Kerajaan memulihkan dan merancakkan sektor ini semula dengan memfokuskan
pelancongan domestik.
3. Kerajaan memperkenalkan Konsep ‘travel Bubbles’ untuk pelancongan wilayah
rentas negara.

2

Pemetaan rangka karangan:

PENDAHULUAN

Ayat tajuk Sektor pelancongan negara telah mengalami kejatuhan yang teruk sejak

1 pandemik Covid-19 melanda dunia.

Ayat tajuk Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengisytiharkan Covid-19

2 sebagai pandemik, iaitu wabak yang merebak ke seluruh dunia dengan

pantas sekali gus menjejaskan sektor pelancongan.

Ayat tajuk Apabila Covid-19 merebak dengan cepatnya, sektor pelancongan yang

3 menjadi sumber pendapatan utama negara terus lumpuh.

Ayat tajuk Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan pergerakan (PKP)

4 menyebabkan kemasukan pelancong dari luar disekat dan sekali gus

memberi impak kepada sektor pelancongan.

Ayat kata Persoalannya, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk
kunci merancakkan sektor pelancongan negara dalam tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan Pemulihan ( PKPP ) ini ?

ISI 1: Pemain industri pelancongan perlu menyesuaikan diri dengan normal
Isi baharu aktiviti harian untuk memulihkan sektor pelancongan yang terjejas
teruk akibat pandemik Covid-19.
Huraian
Kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Contoh (MOTAC), Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia (Tourism
Kesan Malaysia), Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia
Penegasan (MATTA), Malaysia Inbound Tourism Association (MITA), agensi kerjaan
negeri dan pihak berkuasa tempatan perlu bagi membangunkan industri ini
semula
Agensi tersebut perlu berganding bahu berusaha untuk mengadaptasikan
amalan baharu termasuk memahami perubahan dalam pemikiran
pelancong antarabangsa mahupun tempatan.
Pelancong dari luar yang memahami amalan baharu dan langkah-langkah
keselamatan yang diambil oleh pihak kerajaan akan dapat bersiar-siar di
negara kita dengan selamatnya.
Tegasnya, usaha ini sudah pasti akan merancakkan industri pelancongan
negara.

Isi 2: Kerajaan sewajarnya memulihkan dan merancakkan sektor ini semula
Isi dengan memfokuskan pelancongan domestik.

Huraian Sasaran kerajaan ialah pelancong tempatan disebabkan kebanyakan
Contoh negara di dunia dilanda oleh pandemik covid-19,
usaha untuk menarik perhatian pelancong tempatan diutamakan kerana
mereka sudah memahami prosedur operasi standard (SOP) tentang
pencegahan penularan Covid-19 seperti saranan Kementerian Kesihatan.
Rakyat bebas untuk melancong ke mana-mana destinasi tempatan kecuali
di kawasan merah dengan syarat SOP dipatuhi.

3

Kesan Dengan adanya kefahaman mengenai SOP yang ditetapkan sekurang-
kurangnya kebarangkalian penularan Covid-19 dalam kalangan pelancong
Penegasan domestik rendah jika mereka mengamalkan dan mematuhi semua SOP.
Isi 3: Melalui kerjasama antara rakyat dengan kerajaan, sektor pelancongan
negara akan kembali pulih.
Isi
Kerajaan memperkenalkan Konsep ‘travel Bubbles’ untuk pelancongan
wilayah rentas negara.

Huraian Konsep berkenaan mula diamalkan oleh beberapa buah negara Baltik di
Eropah Timur, Greece dan Cyprus.
Contoh Kerajaan mungkin dapat membenarkan kemasukan pelancong asing dari
Kesan negara yang kurang berisiko penularan Covid-19 serta negara yang
Penegasan mengamalkan SOP berkesan.
Pelancong yang datang dari negara yang bebas Covid-19 dibenarkan untuk
datang ke negara kita.
Usaha ini sekurang-kurangnya mampu menggalakkan kemasukan
pelancong asing dari negara yang kurang berisiko Covid-19 atau kawasan
hijau.
Dengan mengamalkan amalan baharu seperti penjarakan fizikal,
penggunaan penutup hidung dan mulut serta menjaga kebersihan diri,
ekonomi negara melalui sektor pelancongan dapat dihidupkan semula.

Kesimpulan Terdapat pelbagai strategi yang perlu dirancang untuk memajukan sektor
Ayat pelancongan di Malaysia semasa Covid-19 melanda.
rumusan isi Langkah-langkah tersebut perlu dilaksanakan dengan berhati-hati agar
Ayat negara kita bebas daripada penularan pandemik Covid-19.
cadangan Menerusi usaha secara bersepadu daripada pelbagai pihak yang telah
Ayat bekerjasama bagai aur dengan tebing sudah pasti akan memberi impak
harapan yang berkesan.
Pembangunan sektor pelancongan yang pesat juga akan mendorong
Rumusan kepada peningkatan ekonomi.
akhir

Karangan lengkap

Pelajar perlu menyalin semula frame rangka karangan dan memenuhkan ruang kosong
berdasarkan pemetaan rangka karangan. Kemudian karangan yang lengkap perlu disalin ke
dalam buku latihan.

KERANGKA KARANGAN B

PENGENALAN

P1. Pada hari ini isu ……………( ayat tajuk 1)…………………………..
P2. …..( ayat tajuk 2)…………………………………
P3. …. ( ayat tajuk 3)…………………………………
P4. … ( ayat tajuk 4)…………………………………
P5.Persoalannya, apakah…..…………(ayat kata
kunci) …….………………………………………?

4

PERENGGAN ISI PERTAMA

H1 Salah satu …………… (Ayat kata kunci) ……. Ialah / adalah………………………
(ISI 1) ………....................................................................................................................

H2 Hal ini dikatakan demikian kerana ……………………………………………………...
(mengapa? - sebab ) …………………................................................................... (AH)

H3 Sebagai contoh, ………………………………………………………………………. (AC)

H4 Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan ……………………………………………..
(kesan) ..………..................................................................................................... (AH)

H5 Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa ……………… (Isi 1 ) …………………
merupakan ………………………….. (ayat kata kunci ) …………………………….. (AP)

PERENGGAN ISI KEDUA

H1. Selain itu, …………………………….. (Ayat Kata Kunci ) ……………………… ialah /
adalah………………………………….. (ISI 2) ………..........................................................
……………………………………………………………………………………………..

H2 Hal ini dikatakan demikian kerana ………………………………………………………….
(mengapa? sebab) ………………………………………………………………………... (AH)

H3. Sebagai contoh, ………………………………………………………………………...(AC)

H4. Jika hal ini dilakukan pastilah akan…………………………(kesan).. ……....(AH)

H5. Jadi, jelaslah bahawa ……………………………………….. ( Isi 2 ) …………………….
merupakan ( ayat kata kunci )…………………………………………………………… (AP)

PERENGGAN ISI KETIGA

H1. Selain itu, …………………………………………………………………………………….
(Ayat Kata Kunci)……………………………………………………………………………….
ialah./.adalah .…………………………………… (ISI 3) ………..........................................

H2 Hal ini dikatakan demikian kerana ……………………………………………………….
(mengapa? sebab) …………………........................................................................ (AH)

H3. Sebagai contoh, ………………………………………………………………………...(AC)

H4. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan………………………………………………….
(kesan) .. ……............................................................................................................ (AH)

5

H5. Oleh itu, jelaslah bahawa ………………………………………………………….. (Isi
3) ………………………………………………………………………………………….
merupakan (ayat kata
kunci)…………………………………………………………………………… (AP)

PERENGGAN PENUTUP

K1. Kesimpulannya, ………………………………….( ayat rumusan isi ) …………………
K2 Oleh itu, ………………………………………… ( ayat cadangan )…………………….
K3 Harapannya, ……………………………………. ( ayat harapan )……………………….
K4 Oleh itu, …………………………………… (rumusan keseluruhan )……………………

KERTAS 2 : BAHAGIAN A

Soalan 1
1. sihat
2. cergas
3. menarik
4. cerdas

[1 kata – 1m]
[1 ayat – 1m]

[maks 3 kata]

[maks 3 ayat]

Soalan 2

1. Industri pelancongan sangat penting kepada negara kerana dapat memberi

pendapatan kepada negara melalui pertukaran wang asing.

2. Pendapatan melalui pelancongan membantu negara membangunkan ekonomi dan

fizikal negara.

3. Promosi memperkenalkan Malaysia diadakan di seluruh dunia agar menarik lebih

ramai pelancong ke negara ini.

[1 ayat – 2m]

Soalan 3

Petikan 1
i) Kebanyakkan - Kebanyakan
ii) Sebab - Kerana
iii) Rupabentuk - Rupa bentuk
iv) Bukan - Tidak
v) Penawaran - Pembelian
vi) Barang pelanggan terima - Barang diterima oleh pelanggan

Petikan 2
i) Setiap orang anak muda - Setiap anak muda
ii) Sambilewa - sambal lewa
iii) Benarlah - Tanda baca
iv) Menerima - menyerah
v) Utusan - keputusam
vi) Kami - kita
vii) Diperkotakkatilkan - diperkotak-katikkan

6

Soalan 4

Sesudah itu, orang siam pun datanglah, lalu berperang dengan orang Melaka. Sesudah

beberapa lamanya berperang, banyaklah rakyat siam yang mati, Melaka tidak kalah. Rakyat

siam pun pulanglah, sambil mereka pulang, semua rotan yang mengikat barang-barang

dicampakkan di hulu Muar.

[6 markah]

Soalan 5

i) Bagai mencurah air ke daun keladi

ii) Sudah terantuk baru terngadah

[1 peribahasa – 2m]

KERTAS 2 BAHAGIAN B : PEMAHAMAN

SOALAN 6: PETIKAN UMUM

i) Berdasarkan Bahan 2, maksud diberi sokongan ialah dihulur bantuan.

ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, persamaan pendidikan yang diberikan kepada Murid
Berkeperluan Khas (MBK) dengan individu autisme ialah sekolah pendidikan khas,
program pendidikan khas integrasi atau program pendidikan inklusif.

iii) Pada pendapat saya, Murid Berkeperluan Khas (MBK) perlu diberi perhatian yang lebih
berbanding murid biasa kerana MBK mempunyai kekurangan tertentu dan kemungkinan
mereka mempunyai bakat dalam bidang lain. Selain itu, MBK hanya menunjukkan minat
atau menyertai kumpulan jika dibantu atau terdesak.

iv) Sebagai rakan yang prihatin, tindakan yang harus saya ambil supaya adik rakan tidak
ketinggalan dalam pelajaran ialah memberitahu ibu bapanya supaya membawa kanak-
kanak tersebut ke hospital untuk dirawat atau disahkan masalah yang dihadapi oleh
doktor / pegawai perubatan supaya kanak-kanak tersebut boleh memohon kad Orang
Kelainan Upaya (OKU). Selain itu, ibu bapa perlu mendaftarkan kanak-kanak itu ke
sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas supaya mereka dapat diajar oleh guru-
guru yang mahir dalam bidang tersebut.

SOALAN 7: PETIKAN SASTERA

(i) Berdasarkan Bahan 1, maksud bertambahlah pusara ialah kian meningkat kematian.
(ii) Jasa pejuang kepada negara dalam Bahan 1 ialah para pejuang telah memerdekakan

negara daripada terus dijajah. Jasa pejuang dalam Bahan 2 ialah pejuang seperti Dato’

Onn Jaafar telah berjaya merencatkan rancangan Inggeris untuk menubuhkan
Malayan Union. Jasa pejuang dalam Bahan 3 ialah pejuang negara sanggup dibunuh
oleh penjajah Inggeris kerana dianggap derhaka demi mempertahankan tanah air.

(iii). Pada pendapat saya, ciri-ciri seorang pahlawan ialah mempunyai semangat juang
yang tinggi. Pahlawan perlu mempunyai kemahiran di medan pertempuran dan
sanggup berjuang bermati-matian untuk mempertahankan negara.

(iv) Pada pandangan saya, cara-cara yang wajar dilakukan oleh kerajaan sebagai tanda
mengingati jasa pahlawan adalah dengan menganugerahkan pingat kebesaran atau
ganjaran kepada para pahlawan sebagai tanda penghargaan atas jasa mereka. Selain
itu, pihak kerajaan harus mewara-warakan kepada umum sambutan Hari Pahlawan
pada setiap tahun untuk mengenang bakti pahlawan. Seterusnya, pihak kerajaan harus
menyediakan kediaman yang selesa kepada mereka yang telah bersara. Kerajaan juga
wajar memberikan bantuan dan sokongan kepada pahlawan negara yang masih ada
atau waris-waris mereka.

7

SOALAN 8 : NOVEL
Soalan (i)
Tugas rutin seseorang jururawat yang tidak perlu lagi dilaksanakan oleh Felicia ialah:
1. mengisi borang menyelenggarakan jururawat-jururawat muda bawah arahannya.
2. Memastikan mereka memandikan dan membersihkan para pesakit daripada segala

jenis najis atau darah.
3. Melakukan dressing
4. membalut luka pada mana-mana bahagian tubuh pesakit yang telah dibedah atau

mengalami kecederaan kecil.
5. Memeriksa tekanan darah
6. Melayan kerenah para pesakit dan ahli keluarga mereka

[Maksimum: 4 markah]
[Isi cukup: 4 isi]

Soalan (ii)
Berdasarkan novel Pantai Kasih karya Azimah Nordin watak utama ialah Doktor Raiha.
Perwatakannya ialah:
1. seorang yang bertanggungjawab. Sebagai contoh, dia menjalankan tugas sebagai

doktor bedah dengan penuh dedikasi dan mengikut etika kedoktoran.
2. Seorang yang penyayang. Sebagai contoh dia sangat menyayangi anaknya walaupun

anaknya itu menghidap Sindrom Down.
3. Seorang yang mengalami tekanan emosi. Sebagai contoh, dia dihantui oleh

kenangan silam yangmenyedihkan iaitu, anaknya meninggal dunia akibat terbakar.
4. Seorang yang bijaksana. Sebagai contoh dia bijak menangani peristiwa pemuda

kurang siuman yang menceroboh PRPK.
5. Seorang yang mempunyai rasa simpati dengan nasib orang lain. Sebagai contoh,

Dr Raiha amat bersimpati dengan nasib Uong Siron yang terpaksa menjalani
pembedahan buat kali yang keenam.

[Maksimum: 6 markah]
[Isi cukup: 2 isi]

8

BAHAGIAN C : RUMUSAN
PENULISAN RUMUSAN MENGGUNAKAN BINGKAI FOTEM

PENDAHULUAN
Rumusan membincangkan faktor-faktor berlakunya kemalangan jalan raya melibatkan penunggang
motosikal dan langkah-langkah mengatasinya.

BAHAN 1 (TEKS)

FOKUS 1 FOKUS 2
Faktor-faktor berlakunya kemalangan jalan raya Langkah-langkah mengatasi kemalangan
melibatkan penunggang motosikal motosikal

1. Sistem aliran trafik yang bercampur 1. Mewujudkan lebih banyak laluan
menyebabkan pengguna motosikal motosikal
terdedah dengan kenderaan lain
2. Memastikan penyelenggaraan yang baik
2. Dilanggar kenderaan lain bagi mengurangkan nahas maut
3. Masalah pencahayaan
4. Jalan raya tidak diselenggara dengan 3. Menjadikan bahu jalan khas bagi laluan
motosikal
baik
5. Jalan yang mengalami masalah turapan

BAHAN 2 (POSTER)

FOKUS 1 FOKUS 2

TIADA Langkah-langkah mengatasi kemalangan
motosikal

1. Pakai pakaian yang cerah
2. Elakkan menggunakan lorong

kecemasan
3. Beri isyarat semasa memasuki simpang
4. Lampu depan dan belakang sentiasa

berfungsi
5. Pastikan jarak yang selamat dengan

kenderaan di hadapan
6. Elakkan berkonvoi
7. Pakai jaket keselamatan yang

berpemantul cahaya
8. Sentiasa berhemah dan menghormati

pengguna yang lain
9. Pastikan motosikal diservis sebelum

memulakan perjalanan
10. Ikat topi keledar dengan ketat dan kemas

KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua pengguna jalan raya mestilah berhemah agar kemalangan maut dalam
kalangan penunggang motosikal dapat dielakkan.

9

RUMUSAN YANG LENGKAP
Rumusan membincangkan faktor-faktor berlakunya kemalangan jalan raya

melibatkan penunggang motosikal dan langkah-langkah mengatasinya
Faktor-faktor berlakunya kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motosikal

ialah sistem aliran trafik yang bercampur menyebabkan pengguna motosikal dlanggar oleh
kenderaan lain. Selain itu, masalah pencahayaan. Seterusnya jalan raya tidak diselenggara
dengan baik dan masalah turapan.

Antara langkah mengatasi kemalangan motosikal ialah mewujudkan lebih banyak
laluan motosikal dan mengelakkan menggunakan lorong kecemasan. Selain itu, memastikan
penyelenggaraan motosikal yang baik dan lampu sentiasa berfungsi. Di samping itu,
sentiasa berhemah dan menghormati pengguna yang lain. Seterusnya, pakai jaket
keselamatan yang berpemantul cahaya serta mengikat topi keledar dengan kemas

Kesimpulannya, semua pengguna jalan raya mestilah berhemah agar kemalangan
maut dalam kalangan penunggang motosikal dapat dielakkan.

( 114 patah perkataan)

SET 2

KERTAS 1 : BAHAGIAN B
Pendahuluan:

isu sukan tanah air - meniti di bibir-bibir masyarakat - menjadi lebih serius apabila
peminat mula mempersoalkan keupayaan jurulatih import - melatih barisan
pelapis negara - setanding dengan pelapis negara yang lain

Bahagian Isi Mempercayai kebolehan jurulatih tempatan
Isi 1 jurulatih tempatan mempunyai kemahiran yang setara - lebih
Apa baik daripada jurulatih import
pelantikan jurulatih - bukan dipilih secara sambil lewa -
Bagaimana/Mengapa menjalani latihan kejurulatihan di luar negara - mendapat sijil
jurulatih
Kesan kemahiran kejurulatihan itu akan diturunkan kepada pemain
tempatan - mewakili tanah air

Contoh nama Datuk Misbun Sidek sudah tidak asing lagi - arena
Penegas sukan badminton - berjaya melatih Datuk Lee Chong Wei -
menempa nama pada peringkat antarabangsa
memberi peluang kepada jurulatih tempatan - membuktikan
kemampuan - mengendalikan pemain atau pasukan

10

Isi 2 Sudah masak dengan corak, budaya dan taktikal atlet atau
Apa pemain Malaysia
dapat memahami - tahap dan kemahiran atlet atau pemain
Bagaimana/Mengapa tempatan - sesi latihan pada setiap hari
berdasarkan pengalaman sewaktu mewakili negara - mampu
Kesan mengesan kelemahan barisan pelapis - memperbaiki mutu
Contoh sukan tanah air - setaraf dengan atlet sukan luar negara
Kesimpulan dapat membentuk pasukan yang mantap - setaraf dengan
pasukan yang gah di mata dunia
Zainal Abidin Hassan - bekas pemain bola sepak
kebangsaan - beralih angin menjadi jurulatih sukan negara
memiliki pemahaman luas mengenai bola sepak tempatan -
tahu taktikal mengikut keperluan untuk menang

Isi 3 Mudah berkomunikasi dengan atlet atau pemain
Apa penggunaan bahasa Melayu - atlet atau pemain dapat
memahami arahan - isyarat permainan yang diberikan oleh
Bagaimana/Mengapa jurulatih - sesi latihan atau pertandingan
Kesan mudah berkomunikasi antara satu sama lain - bahasa Melayu
telah sebati dengan kehidupan ahli sukan tempatan
Contoh dapat menjelaskan idea dengan jelasnya - pemain dapat
menerapkannya dalam perlawanan yang sebenarnya
Penegas jurulatih hoki kebangsaan memberikan arahan dalam bahasa
Melayu - untuk melakukan serangan - bertahan dalam
permainan
komunikasi yang lancar - membantu jurulatih menyampaikan
arahan kepada anak didiknya dengan lebih berkesan lagi

Isi 4 Lebih memahami situasi yang dihadapi oleh atlet atau pemain
Apa jurulatih tempatan memiliki pengalaman yang luas - kelebihan
mengetahui selok- belok permainan
Bagaimana/Mengapa lebih memahami kehendak - keperluan - masalah vang
Kesan membelenggu anak didik
dapat mengesan dengan kadar segera - atlet atau pemain
Contoh menghadapi tekanan - emosi mahupun fizikal
jurulatih bola sepak Cheng Hoe - tidak berdepan masalah untuk
Kesimpulan menghimpunkan pemain terbaik - mengharungi temasya bola
sepak terbesar di Asia Tenggara
lebih mengetahui - siapakah yang lebih layak - menggalas
tanggungjawab yang berat

BAHAGIAN PENUTUP

penutup banyak kejayaan digapai - membuktikan kreadibiliti - tidak ragu-
ragu - memberi kepercayaan dan peluang kemahiran - disalurkan
kepada pemain muda

ungkapan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi - sudah terang lagi
bersuluh - bagai aur dengan tebing - membuka mata

11

KERTAS 2 BAHAGIAN A

Soalan 1
1. Lampu-lampu
2. Gelap-gelita

Soalan 2
1. Perjalanan dari Bandar Baru Bangi ke Pulau Pinang yang dikenali juga Pulau Mutiara

kali ini sungguh lancar sekali.
Sungguh lancar sekali perjalanan dari Bandar Baru Bangi ke Pulau Pinang yang
dikenali juga Pulau Mutiara kali ini.
2. Perjalanan agak jauh tetapi tidak membosankan
tetapi tidak membosankan perjalanan agak jauh
3. Tatkala memasuki bandar raya Pulau Pinang, lagu Boria Pulau Pinang diputarkan.
Lagu Boria Pulau Pinang diputarkan tatkala memasuki bandar raya Pulau Pinang

[jawapan lain diterima]
Soalan 3
1. Pekej – pakej
2. Prodok – produk
3. Eko-pelancongan – ekopelancongan
4. Kekayaan – kaya
5. Beribu – beribu-ribu
6. Unit – unik
7. Para pelancong-pelancong – para pelancong
8. Terpesona – terpesona oleh
9. Pandangan – pemandangan
10. Perlu ditanggung oleh kita – perlu kita tanggung
11. Agar supaya – agar / supaya
12. Berulang-ulang – berulang
13. Spesis – spesies

Soalan 4

Kertala Sari pun masuk ke dalam kota.
Dia melihat terlalu ramai orang sedang berkawal lengkap dengan senjata
Kertala Sari pun membaca kitab atau pustakanya lalu berjalan menuju ke arah orang ramai itu.
Kertala Sari menuju ke rumah orang kaya.
Dia mencuri harta yang berharga lalu dibawa pulang sementara isteri orang kaya itu
dicabulinya.
Kertala Sari pun kembali ke tempatnya

Soalan 5

i. Usaha tangga kejayaan = di mana ada kemahuan, di situ ada jalan /kalau tidak
dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

ii. Melepaskan batok di tangga = hangat-hangat tahi ayam
iii. Seperti mencurah air ke daun keladi = membuang garam ke laut/ seperti hujan

jatuh ke pasir

12

KERTAS 2 : BAHAGIAN B
SOALAN 6: PETIKAN UMUM

i) Berdasarkan Bahan 2, maksud persepsi cendekiawan ialah tanggapan bijak pandai
ii) Persamaan berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2

- sebagai lambing keagungan warisan bangsa dan negara tercinta
- untuk mengisi masa lapang
Perbezaan berdasarkan Bahan 1
- untuk melatih kekuatan fizikal dan mental mereka ketika bermain
- untuk memupuk semangat berpasukan
Perbezaan berdasarkan Bahan 2
- dapat menghidupkan kesuburan norma kehidupan murni, mematangkan

pemikiran dan membijakkan otak untuk berfkir secara kritis dan kreatif.
iii) Halangan-halangan untuk mempertahankan tradisional di negara kita pada hari ini:

- persaingan daripada permainan teknologi moden yang canggih
- sikap generasi muda yang menganggap permainan tradisional ketinggalan zaman
- permainan tradisioanal dimainkan di kawasan tertentu sahaja
- permainan tradisional hanya diketengahkan untuk tontonan pelancong asing
iv) Usaha-usaha untuk menyuburkan kembali permainan tradisional dalam kalangan remaja:
- menceritakan kepada mereka keseronokan bermain permainan tradisional
- akan memujuk kawan-kawan menghidupkan kembali permainan tradisional
- mengajak mereka bermain permainan tradisional pada masa lapang
- menukar permainan teknologi moden kepada permainan tradisional

SOALAN 7: PETIKAN SASTERA

(i) Berdasarkan Bahan 2, maksud lambang kemegahan ialah simbol/tanda kemasyhuran.

(ii) Kesan –kesan kemusnahan alam sekitar yang disebabkab oleh kegiatan manusia:
- pencemaran udara dan pencemaran air
- kepupusan flora dan fauna
- kepupusan haiwan liar
- kemusnahan hutan

(iii). Usaha-usaha untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekita:
- menggalakan menjual barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga
barang terpakai
- menyiarkan kempen mencintai alam sekitar dalam televisyen dan radio
- mengenakan hukuman yang berat kepada individu atau organisasi yang didapati
bersalah membuat pencemaran alam sekitar
- memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada murid-murid sekolah.

(iv) Tindakan-tindakan saya untuk mengatasi masalah pembuangan sampah oleh peserta
perkhemahan:
- menegur peserta-peserta perkhemahan tersebut secara berhemah.
- menasihati mereka agar membuang sampah tersebut secara betul
- mengajak semua peserta untuk gotong-royong selepas tamat aktiviti
perkhemahan
- melaporkan kepada guru yang bertugas untuk dikenakan tindakan yang tegas

13

SOALAN 8 : NOVEL

Soalan (i)
Ciri-ciri fizikal yang dimiliki oleh Nuruf Hafsa:
7. sedehana tinggi
8. susuk tubuhnya tidak terlalu kurus
9. tidak pula berisi
10. saiz tubuhnya sedang-sedang sahaja
11. matanya berbentuk nipis tetapi irisnya besar
12. kulitnya sawo matang

[Maksimum: 4 markah]
[Isi cukup: 4 isi]

Soalan (ii)
Peristiwa yang dapat memberikan kesedaran kepada pembaca:
6. Peristiwa Muhammad Taufik yang minta aayahnya membeli 50 hektar tanah sepanjang

Kampung Sungai Kuantan dan memagari tanah tersebut untuk memelihara populasi
kelip-kelip yang kian pupus akibat peningkatan kecerahan langit.
Peristiwa ini menimbulkan kesedaran kepada pembaca tentang sama-sama
bertanggungjawab untuk menjaga kelestarian alam sekitar.
7. Peristiwa Puan Maryam yang memaksa Muhammad Taufik pulang ke Otago kerana
bimbang akan keselamatan anaknya.
Peristiwa ini menimbulkan kesedaran kepada pembaca tentang kasih sayang ibu
bapa terhadap anaknya tidak terbatas walaupun mereka tinggal berjauhan.

[Maksimum: 6 markah]
[Isi cukup: 2 isi]

( jawapan lain yang relevan dengan soalan boleh diterima)

14

SOALAN 9 : RUMUSAN

Contoh Jawapan Penulisan RUMUSAN menggunakan Bingkai FOTEM

Pendahuluan
Rumusan membincangkan cara-cara menghasilkan cuka air kelapa matang dan manfaat-
manfaatnya.

Bahan 1(teks)

Fokus 1 Fokus 2

Cara-cara menghasilkan cuka air kelapa Manfaat-manfaat/Faedah-

matang faedah/Kelebihan

Isi : Isi:

1. .Air kelapa matang (air kelapa tua) 1.Tinggi kandungan antioksidan,tiada

ditapis dengan menggunakan kain kasa. bahan pengawet,tiada bahan pewarna

2.Air kelapa matang akan sintetik dan tidak toksik.

ditapis,dimaniskan dengan gula,dipasteur 2.Berpotensi untuk bertindak sebagai agen

sebelum diinokulasikan dengan terapeutik untuk mengawal berat badan.

mikroorganisma. 3.Menurunkan lemak dan kolestrol pada

3. Fermentasi pertama,gula kepada etanol tikus.

oleh yis (Saccharomycescereviasiae)

4. Fermentasi kedua diikuti dengan

pengoksidaan etanol kepada asid asetik

oleh mikroorganisma bakteria asid

asetik(Acetobacter acetii).

5.Proses fermentasi cuka mengambil masa

antara 30 hingga 90 hari.

Bahan 2 (Grafik)

Fokus 1 Fokus 2
Cara-cara menghasilkan cuka air kelapa
matang TIADA
Isi:
1.Air kelapa matang (air kelapa tua)
ditapis dengan menggunakan kain kasa.
2.Gula ditambah sehingga larutan
mencapai brix 14ᵒ.
3. Air kelapa yang telah dipasteur
dimasukkan ke dalam balang kaca yang
sesuai dan disejukkan pada suhu bilik
4.Inokulasi dengan 10% yis
(Saccharomyees cereviasiae).Balang
ditutup dengan kain dan diikat dengan
kemasnya.
5.Bahan yang telah diinokulasi dieramkan
pada suhu bilik selama 7-10 hari.

15

6.Bahan diinokulasi lagi dengan 10%
bakteria Acetobacter acetii (di dalam
balang yang sama)

Kesimpulan:
Kesimpulannya, semua pihak perlu menyokong penghasilan cuka air kelapa matang
(pihak bertanggungjawab) agar masyarakat mendapat manfaatnya. (usaha/cadangan +
fokus 1) agar (SUKA)

Contoh RUMUSAN lengkap
Rumusan membincangkan cara memproses cuka air kelapa matang (fokus 1) dan

manfaatnya. ( Fokus 2)
Cara-caranya ialah air kelapa matang ditapis menggunakan kain kasa (cara 1). Di

samping itu, air tersebut ditapis,dimaniskan dengan gula,dipasteur sebelum diinokulasikan
dengan mikroorganisma( cara 2). Seterusnya, proses fermentasi gula kepada etanol oleh yis
(Saccharomycescereviasiae) dilakukan (cara 3). Selain itu, fermentasi kedua dengan
pengoksidaan etanol kepada asid asetik oleh mikroorganisma bakteria asid asetik
(Acetobacter acetii)(cara 4).

Antara manfaatnya (fokus 2) adalah tinggi kandungan antioksidan, tiada bahan
pengawet,tiada bahan pewarna sintetik dan tidak toksik (manfaat 1). Manfaat seterusnya
adalah berpotensi sebagai agen terapeutik untuk mengawal berat badan (manfaat 2).
Selain itu, cuka dapat menurunkan lemak dan kolestrol pada tikus (manfaat 3) dan
digunakan sebagai makanan tambahan untuk kesihatan diri (manfaat 4).

Kesimpulannya, semua pihak perlu menyokong penghasilan cuka air kelapa matang
(pihak bertanggungjawab) agar masyarakat mendapat manfaatnya. (usaha/cadangan +
tema fokus 1) +agar +(SUKA)

( 118 patah perkataan )

16


Click to View FlipBook Version