The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dahliabintialias, 2021-09-08 04:36:18

KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT NORMA BAHARU TAHUN 2021

KERTAS KERJA KBS 2021

SEKOLAH KEBANGSAAN
MOHD SHAH

TRANSFORMASI SEKOLAH TS 25 1.0 KPM

KERTAS KERJA
KEM BESTARI SOLAT

NORMA BAHARU
TAHUN 2021

TARIKH:
13 & 14 SEPTEMBER 2021

HARI:
ISNIN & SELASA

MEDIUM:
GOOGLE MEET

TEMA:
“SOLAT SEMPURNA AKHLAK TERJAGA”

ANJURAN:
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

KERTAS KERJA

KEM BESTARI SOLAT
TAHUN 2021

SEKOLAH KEBANGSAAN MOHD SHAH, TRANSFORMASI SEKOLAH TS25 1.0 KPM
KAMPUNG BAHARU 13300 TASEK GELUGOR
SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG

=====================================================================

1. PENDAHULUAN

Solat merupakan asas utama dalam membentuk peribadi kehidupan seorang muslim yang sejati.
Solat merupakan rukun Islam yang kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim. Dengan kesedaran
betapa pentingnya solat maka pihak Japim telah memasukkan satu modul Bestari Solat di dalam modul
perlaksanaan program j-QAF. Selain itu, antara saranan dan kehendak yang telah diumumkan oleh Perdana
Menteri Malaysia selain daripada boleh membaca dan khatam Al- Quran di peringkat sekolah rendah,
beliau juga menyebut supaya murid-murid di sekolah rendah boleh menunaikan solat lima waktu sehari
semalam dengan sempurna dari segi perbuatan dan bacaan.

Maka, di atas inisiatif ini, pihak Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Mohd Shah
merancang untuk menganjurkan Kem Bestari Solat walaupun wabak penyakit COVID-19 belum reda. Oleh
yang demikian,guru & murid akan mengikuti setiap SOP yang telah disarankan oleh pihak kerajaan dan
pihak KKM .Program ini merupakan sebahagian daripada program j-QAF yang wajib dilaksanakan di setiap
sekolah yang terlibat. Secara khususnya, program ini dilaksanakan untuk memastikan setiap murid Muslim
Tahun 1 hingga Tahun 6 dapat mengambil wuduk dan menunaikan solat dengan sempurna dari segi
perbuatan, perkataan (bacaan), tertib, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Di samping itu, melalui
program ini juga diharap dapat membentuk akhlak yang mulia dan peribadi yang cemerlang di kalangan
murid.

2. MATLAMAT
Program Kem Bestari Solat Norma Baharu ini dilaksanakan bagi memastikan semua murid tahun 1
hingga 6 mendapat pendedahan serta mengaplikasikan ibadah solat dalam kehidupan seharian dengan
sempurna dari segi bacaan, rukun , ilmu pengetahuan dan penghayatan solat.

3. OBJEKTIF
 Menguasai bentuk-bentuk perbuatan wuduk serta bacaannya dengan betul dan sempurna.
 Menguasai bentuk bacaan dan perbuatan di dalam solat dengan betul, tertib dan sempurna.
 Merapatkan Ukhwah Islamiyah di kalangan pelajar, guru dan ibu bapa.
 Murid dapat melaksanakan dan menguasai solat jenazah bagi murid tahun 6.
 Murid dapat menguasai dan menghafaz surah – surah yang terpilih

4. TEMA
“SOLAT SEMPURNA AKHLAK TERJAGA”

5. PENYERTAAN / KUMPULAN SASARAN

Semua murid Islam SK MOHD SHAH ( Rujuk Lampiran 1 untuk senarai nama murid ).

BIL. TAHUN / KELAS JUMLAH
1. TAHUN 1 69
2. TAHUN 2 69
3. TAHUN 3 81
4. TAHUN 4 79
5. TAHUN 5 68
6. TAHUN 6 72
438
JUMLAH KESELURUHAN

6. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA KUANTITI HARGA JUMLAH
/UNIT

1. MODUL KBS TAHAP 1 219 RM 3.00 RM 657.00

2. MODUL KBS TAHAP 2 219 RM 4.00 RM 876.00

3. HADIAH PERTANDINGAN 200 RM 7.00 RM 1,400.00

4. FAIL MURID 12 RM 10.00 RM 120.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 3,053.00

7. JAWATANKUASA PROGRAM
Rujuk Lampiran 2

8. TENTATIF / MODUL
Rujuk Lampiran 3

9. PENUTUP

Kem Bestari Solat adalah sebahagian daripada program j-QAF yang wajib dilaksanakan. Diharapkan
perlaksanaan Kem Bestari Solat ini memberi kesan positif kepada murid dalam meningkatkan kemahiran,
kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan perkara fardhu ain dalam kehidupan seharian
mereka. Akhirnya, semoga segala gerak kerja yang dilaksanakan mendapat keredhaan dan keberkatan
Allah S.W.T.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………................. ……………………………………..
(DAHLIA BINTI ALIAS) ( EN. ABDUL LATIF BIN MOHD SHARIFF)
Penyelaras Kem Bestari Solat Ketua Panitia Pendidikan Islam

Disahkan oleh,

…………………………………
( PN. AINI NAJWA BINTI OTHMAN )
Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Mohd Shah.

Lampiran 2

Penasihat JAWATANKUASA PROGRAM KEM BESTARI SOLAT
NORMA BAHARU 2021
Pengerusi
: En. Azmar bin Yahaya
Setiausaha ( Guru Besar )
: Pn. Aini Najwa binti Othman
Bendahari ( Penolong Kanan Pentadbiran )
Penyelaras Program : En. Abdul Latif bin Mohd Shariff
( Ketua Panitia Pendidikan Islam )
: Pn. Saadiah Kamar @ Khalid
: Pn. Dahlia binti Alias

Jawatankuasa Pelaksana / Fasilitator :
Semua guru Pendidikan Islam & Bahasa Arab

Moderator ( Sesi Google Meet ):
Tahap 1 : En. Abdul Latif bin Mohd Shariff
Tahap 2 : En. Mohd Rodzi bin Mahmud

Penyediaan Modul / Kuiz
Pn. Raziah binti Yasak
(Jurulatih Utama ( KBS ) SPI JPNPP

AJK TEKNIKAL / MULTIMEDIA ( SLIDE )
Pn. Zaharah binti Md Rodzee
Pn. Dahlia binti Alias

AJK Hadiah
Pn. Saadiah binti Kamar@Khalid
Pn. Latifah binti Mohd Bukhori
Pn. Khadijah binti Yahya

Pendaftaran
Cik Dini Nasrihah binti Che Hussin
Cik Anis Shahirah binti Ikhwandi

Lampiran 3
TENTATIF / MODUL ( sesi Google Meet )

TAHUN PELAKSANAAN AKTIVITI TINDAKAN

TAHUN  AMALI WUDHU’ *fasilitator: sesi google
1, 2 & 3  AMALI PERLAKUAN SOLAT meet tahap 1.
ISNIN  AMALI BACAAN ( NIAT SOLAT )
13.9.2021  AMALI SOLAT ( BACAAN ) *fasilitator: sesi google
meet tahap 2.
TAHUN  DOA IFTITAH
4, 5 & 6  RUKUK,IKTIDAL,SUJUD
SELASA  DUDUK ANTARA DUA SUJUD
14.9.2021  AMALI SOLAT ( BACAAN )
 TAHIYYAT AKHIR
 QUNUT

 AMALI SOLAT ( TAMBAHAN )
 SYARAT WAJIB SOLAT
 SYARAT SAH SOLAT
 AZAN
 IQAMAH
 SUJUD SAHWI

 TAYAMMUM
 SOLAT BERJEMAAH
 SOLAT JENAZAH

 LAFAZ DAN NIAT
 CARA SOLAT
 KEDUDUKAN IMAM DAN MAKMUM
 TAKBIR KEDUA ( SELAWAT )
 TAKBIR KETIGA ( DOA )
 TAKBIR KEEMPAT ( DOA DAN SALAM )

AKTIVITI PROGRAM KEM BESTARI SOLAT

TAHAP 1  Sesi Google Meet (ISNIN / 13

SEPTEMBER 2021)
 KUIZ ( Google Form & Wordwall )
 PERTANDINGAN VIDEO TERBAIK

Amali Solat

Amali Wudhu’

*video terbaik akan terpilih ke peringkat

negeri

TAHAP 2  Sesi Google Meet ( SELASA / 14

SEPTEMBER 2021)
 KUIZ ( Google Form & Wordwall )
 PERTANDINGAN VIDEO TERBAIK

Amali Solat

Amali Wudhu’

*video terbaik akan terpilih ke peringkat

negeri


Click to View FlipBook Version