The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Al-Bayan-5-Seharian-Bersama-Rasullulah-SAW_FINAL1 zulkiflialbakri

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rak Digital PSS SK Kubu, 2021-05-24 06:25:00

Al-Bayan-5-Seharian-Bersama-Rasullulah-SAW_FINAL1 zulkiflialbakri

Al-Bayan-5-Seharian-Bersama-Rasullulah-SAW_FINAL1 zulkiflialbakri

SIRI 5

AL-BAYAN

Seharian

Bersama

Rasulullah
SAW

Oktober 2020 • Bil: 05/2020 1

AL-BAYAN - SIRI 5

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar srieddaankgsi
ulang mana-mana bahagian isi kandungan daripada
apa-apa jua bentuk dan cara sekalipun samada KETUA EDITOR
fotokopi, mekanikal, rakaman, elektronik atau cara- Dr. Mohd Aizam bin Mas'od
cara lain tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan
bertulis daripada PEJABAT MENTERI DI JABATAN EDITOR
PERDANA MENTERI (HAL-EHWAL AGAMA). Muhammad Mushfique bin Ahmad Ayoup
@ Ayub
22 AL-BAYAN - SIRI 5 Muhammad Fahmi Bin Rusli
Muhammad Farhan bin Mohd Hanapiah
Tengku Ibrahim Helmi bin Tengku
Mohammad
Muhammad Luqman bin Ahmad Tarmizi
Mohamad Ashraf bin Sulaiman
Abdul Rahman bin Abd Kodir

JURUGAMBAR
Mohd Akif bin Che Azhar

REKABENTUK GRAFIK
Yuzairy bin Mohd Ayub
Mohd Fariz Firdaus bin Abdul Talib

Diterbitkan oleh:
PEJABAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
(HAL EHWAL AGAMA)
Aras 10, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya
No.23 , Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia.
Tel: 03-88707000 / 03-88707071
Emel: [email protected]
Laman web: mira.gov.my/

Dicetak oleh:
PERCETAKAN WMAESTBAANHSSDDNNB.HBDHD. (819193-K)
2N6o,.J1a1l,aJnaDlaanuTdu, nKgP.eBrahka6ru,,Taman Tun Perak,
54033200 KCuhaelraasL,uSmeplaunr.gor.
T• eTel:l0:30-32-69918054964457,326•9F2a6k1s8:403-9105 6469
F• aEkms:el0:[email protected]

Isi kandungan

u Mukadimah 3

u Rasulullah SAW sebagai Qudwah dan Uswah 5

u Kepentingan Berpegang dengan Sunnah 10

u Definisi Sunnah 11

u Biografi Ringkas Rasulullah SAW 11
 Nama dan Kunyah Rasulullah SAW
12

 Tarikh Kelahiran dan Kewafatan Rasulullah SAW 12

 Ibu Rasulullah SAW 13

 Ibu Susuan Rasulullah SAW 13

 Isteri-Isteri Rasulullah SAW 13

 Anak-Anak Rasulullah SAW 14

u Sunnah-Sunnah Harian Rasulullah SAW 15

 Sunnah ketika Bangun daripada Tidur 15

 Sunnah apabila ke Tandas 18

 Sunnah sebelum Menunaikan Solat Fajar 19

 Sunnah selepas Menunaikan Solat Fajar 22

 Sunnah Solat Dhuha 23

 Sunnah Solat Rawatib (Muakkad) 24

 Sunnah dalam Mu’amalah dengan Manusia 27

 Sunnah ketika Makan 34

 Sunnah dalam Pakaian 37

 Sunnah ketika Ingin Tidur 39

u Sebahagian Zikir Amalan Rasulullah SAW 43

u Penutup 45

AL-BAYAN - SIRI 5 3

Penghayatan
sunnah dalam

kehidupan
masyarakat
Islam pada hari
ini sudah mula
berputik. Ini
kerana, banyak
perkara di dalam
urusan kehidupan
ini telah diajar
oleh Rasulullah

SAW.

4 AL-BAYAN - SIRI 5

Mukadimah

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi
atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang
tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam
ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,
keluarga, sahabat dan mereka yang mengikut jejak
langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Akhir-akhir ini, kita melihat masyarakat sudah mula sedar akan
kepentingan sunnah di dalam kehidupan seharian mereka. Untuk
itu, penghayatan sunnah dalam kehidupan masyarakat Islam pada
hari ini sudah mula berputik. Ini kerana, banyak perkara di dalam
urusan kehidupan ini telah diajar oleh Rasulullah SAW. Bersempena
dengan kedatangan bulan Rabi’ al-Awwal ini yang merupakan
bulan kelahiran kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad SAW, majalah
al-Bayan pada siri kali ini akan membicarakan berkaitan “Seharian
Bersama Rasulullah SAW.”

AL-BAYAN - SIRI 5 5

Risalah ini, akan memuatkan 40 hadith atau sunnah yang bersifat
harian bersumberkan hadith-hadith yang sahih bermula daripada
Baginda SAW bangun daripada tidur sehingga Baginda kembali ke
tempat tidurnya.

Saya meminjam kata-kata Syeikh Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi,
katanya:

• Jika anda seorang pemuda, maka teladan yang paling
elok dan paling cantik bagimu adalah Nabi Muhammad
SAW.

• Jika anda telah mencapai umur tua, maka Baginda SAW
adalah contoh anda.

• Jika anda fakir dan miskin, maka Baginda SAW teladan
dan contoh bagi anda.

• Jika anda kaya, maka Baginda SAW imam anda.
• Jika anda berangkat untuk berperang, maka Baginda

SAW juga turut serta berperang.
• Jika kamu menginginkan perdamaian, maka Baginda

SAW akan memberikan kedamaian sebelum kamu
memintanya.
• Jika anda redha, maka Baginda SAW pun redha.
(Lihat Ma’rifah Rasulullah SAW, hlm. 52-53)

Semoga kita dapat menjadikan Rasulullah SAW sebagai suri
teladan kita di sepanjang hayat. Amin.

6 AL-BAYAN - SIRI 5

Rasulullah SAW sebagai
Qudwah dan Uswah

Sebagaimana yang kita ketahui, Rasulullah SAW merupakan contoh
ikutan yang terbaik sepertimana yang telah dijelaskan di dalam al-
Quran dan juga hadith Nabi SAW. Antaranya firman Allah SWT:

‫َوا ْ َل ْو َم‬ ‫اللَّـ َه‬ ‫يَ ْر ُجو‬ ‫َك َن‬ ‫لِّ َمن‬ ‫َح َس َن ٌة‬ ‫ُأ ْس َو ٌة‬ َّ ‫الَّ ْ َقل ْد ِخ َر َك َو َنَذ َلَك َر اُكل ْلمَّـ َِهف َك َرثِ ُيس ًراو ِل‬
‫اللـ ِه‬

Maksudnya: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri
Rasulullah itu contoh ikutan yang terbaik, iaitu bagi orang yang
sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik)
hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah
dengan sebanyaknya (dalam masa susah dan senang ).”

Surah al-Ahzab: (21)

Menurut al-Hafiz Ibn Kathir, ayat ini
merupakan asas yang penting dalam
berpegang dengan Rasulullah SAW
pada ucapan, perbuatan dan hal
keadaan Baginda SAW. [Lihat: Tafsir
Ibn Kathir, 6/391] Oleh sebab itu,
Baginda SAW menyeru umatnya agar
berpegang dengan sunnah-sunnah
yang ditinggalkan oleh Baginda
SAW. Di samping itu juga, Allah SWT
mengiktiraf Rasulullah SAW di dalam
kitab-Nya yang mulia bahawa Baginda
SAW mempunyai akhlak yang terpuji.

AL-BAYAN - SIRI 5 7

Firman Allah SWT:
‫َوإِنَّ َك لَ َع َ ٰل ُخلُ ٍق َع ِظي ٍم‬

Maksudnya: “Demi sesungguhnya, kamu (Rasulullah SAW)
mempunyai akhlak yang amat mulia.”

Surah al-Qalam: (4)

Syeikh Tahir Ibn Asyur dalam tafsirnya al-Tahrir wa al-Tanwir
berkata: “Sebagaimana Allah SWT menjadikan rasul-Nya SAW di atas
akhlak yang agung, dia juga menjadikan syariatnya supaya membawa
manusia dengan akhlak yang agung dalam kemuncak ketaatan.
Dengan ini, bertambah jelaslah makna tamakkun yang membawa
kepada huruf isti’la’, menggambarkan ketinggian pekerti serta nilai
akhlak yang agung, yang dimiliki oleh Baginda SAW sehingga ia juga
tamakkun dalam menyampaikan dakwah agamanya.”

Selain itu, terdapat banyak hadith yang menyeru agar kita
sentiasa berpegang dengan sunnah atau petunjuk daripada Nabi
SAW dalam kehidupan seharian kita. Antaranya:

8 AL-BAYAN - SIRI 5

• Daripada ‘Irbadh bin Sariyah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

،‫لَ َف َفاإِءِ َّنال َُّراَّك ِشبِ ِْدد ْي َعَنٍةالْ ََمض ْهلاَِدلَِّي ٌةْ َي َع ُّضوا َعلَ ْي َها بِالنَّ َوا ِج ِذ‬،ِ‫ََفوإَِعيَّلَا ْي ُك ُكْم ْم َوب ِ ُُسْمنََّدِثَات َِوت ُساْ َّنلأُِة ُام ْو ْلُر‬

Maksudnya: “Hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku
dan sunnah para khulafa’ al-Rasyidin yang mendapat petunjuk.
Gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham dan jangan kamu
mengikuti perkara-perkara (bid’ah) yang dibuat-buat, kerana
sesungguhnya semua perkara bid’ah itu adalah sesat.”

Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi (Imam al-Tirmidhi
menilai hadith ini sebagai hasan sahih)

Antara istifadah daripada hadith ini adalah wajibnya mengikut
sunnah Nabi SAW. Inilah jalan penyelamat iaitu dengan kembali
kepada sunnah Nabi SAW dan sunnah Khulafa’ al-Rasyidin. Baginda
SAW menamakan mereka sebagai Khulafa’ al-Rasyidin al-Mahdiyyin
yang memberi maksud ‘pengganti-pengganti yang pintar dan
mendapat petunjuk’ adalah kerana mereka merupakan bintang
ummah yang dididik secara langsung oleh Baginda SAW, serta

AL-BAYAN - SIRI 5 9

mereka banyak menghayati keperibadian Rasulullah SAW. Mereka
mengetahui akan kebenaran dan berhukum dengannya. Begitu
juga Allah hidayahkan mereka dengan kebenaran. Dalam hadith
di atas juga, perintah berpegang dengan sunnah Nabi dan khulafa’
al-Rasyidin dibahasakan dengan gigi taring atau geraham bagi
menunjukkan kesungguhan berpegang dengan petunjuk di atas.
(Lihat al-Kafi Syarah Hadith 40, hlm. 266)

• Daripada Anas bin Malik R.A, bahawa Rasulullah SAW
bersabda:

‫َف َم ْن َر ِغ َب َع ْن ُسنَّ ِت َفلَيْ َس ِم ِّن‬

Maksudnya: “Barang siapa yang berpaling daripada sunnahku,
maka dia bukanlah daripada kalanganku (umatku).”

[Riwayat al-Bukhari (5063)]

Al-Hafiz Ibn Hajar menjelaskan:

‫َعَغ ِْنيِالي َّ َف ْشلَ ْيءِ َا ْ ِسل ْعِم َِّران ُض‬ ‫ُتَطَق ِرابيِ َُقل ِاتلْ َفَو َْأر ََخضَذ َبوِا َلط َّر ِر ْغي َبَق ُةِة‬ َّ ‫ا َولالَّْط ُم ِرَريا َُقد ُة َم َ ْلن‬ ِ‫الَْع ُمْن َُرها ُإدِ َبِلال َُّغس َّْنيِ ِةه‬
‫اتَل َرِ َكت‬

“Maksud sunnah di sini adalah jalan hidup
Baginda SAW, bukan 'sunnah' yang
bertentangan dengan 'fardhu'. Lafaz raghiba
(‫ ) َر ِغ َب‬pada hadith ini ertinya berpaling
daripada sesuatu menuju yang lain. Maksudnya,
sesiapa yang meninggalkan jalanku dan
mengambil jalan selainku, maka dia bukan
daripadaku. (Lihat Fath al-Bari, 9/105)

10 AL-BAYAN - SIRI 5

• Daripada ‘Amr bin ‘Auf al-Muzani R.A, bahawa Nabi SAW
bersabda:

‫َم ْن‬ ‫ِم ْث َل‬ ‫الأَ ْج ِر‬ ‫ِم َن‬ ‫َ ُل‬ ‫َفإِ َّن‬ ،‫َق ِم ْدْن ُأ ُأ ِم ُيج َتو ْرِت ِه َْبم ْع َ ِشد ْي ًئيا‬ ‫َأ ِم ْن ْن َي ْن ُسُقنَّ َِتص‬ ‫ُس َّن ًة‬ ‫إِ َنَّع ُهِم َ َلم بِْن َه َأا ْحِم َي ْان‬
‫َغ ْ ِي‬

Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang menghidupkan
sunnahku yang telah mati selepas kewafatanku, maka baginya
ganjaran (pahala) sepertimana orang yang mengamalkannya
tanpa mengurangi ganjaran mereka (yang mengamalkannya)
sedikit pun.”

Riwayat al-Tirmizi (2677)(Imam al-Tirmizi menilai
hadith ini sebagai hasan)

Syeikh al-Mubarakfuri menjelaskan bahawa maksud meng-
hidupkan di sini adalah dengan menzahirkan sunnah tersebut
dan menyebarkannya dengan kata-kata atau perbuatan. Atau
dia menghidupkannya kembali sunnah Baginda yang telah
ditinggalkan selepas kewafatan Baginda dengan cara mengerjakan
atau mendorong orang lain untuk mengetahuinya, maka baginya
ganjaran sepertimana orang yang mengamalkannya.” (Lihat Tuhfah
al-Ahwazi, 7/443)

Justeru, daripada kenyataan di atas,
difahami bahawa sunnah merupakan satu

jalan yang ditempuh atau dilalui dengan
berpandukan kepada Baginda SAW
dan juga para khalifah Baginda SAW
kerana mereka sama sekali tidak akan
melakukan perkara-perkara yang
menyelisihi sunnah atau petunjuk
Baginda SAW.

AL-BAYAN - SIRI 5 11

Kepentingan Berpegang
dengan Sunnah

Kami nukilkan di sini beberapa kata-kata tokoh ulama’, antaranya:
Pertama | Imam Ahmad berkata:

‫بِ ِه‬ ‫َع ِملْ ُت‬ ‫َو َق ْد‬ َّ ‫َو َسلَّ َم‬ ‫َعلَ ْي ِه‬ ‫الل ُه‬ ‫َص َّل‬ ‫النَّ ِ ِّب‬ ‫َع ِن‬ ‫َح ِدي ًثا‬ ‫َك َت ْب ُت‬ ‫َما‬
‫إِل‬

Maksudnya: “Tidak aku menulis (meriwayatkan) satu hadith
(sunnah) pun daripada Nabi SAW melainkan aku telah
mengamalkannya.”

Lihat: al-Jami’ li Akhlak al-Rawi, (1/144)

Kedua | Nafi’ berkata:

‫الل ُه‬ ‫َص َّل‬ ‫النَّ ِ ِّب‬ ‫َأثَ َر‬ ‫ا َّت َب َع‬ ‫إِ َذا‬ ‫َع ْن ُه‬ ‫َت َعا َل‬ ‫َر ِ َض الل ُه‬ ‫لَ َْعولَ َْني َِهظ َْرو ََستلَّإَِم َللَ ُقابْْل ِ َنت َُعه َمَذ َار‬
‫َ ْم ُن ْو ٌن‬

Maksudnya: “Sekiranya kamu melihat cara Ibn ‘Umar RA
berpegang dengan sunnah Nabi SAW, nescaya kamu akan berkata:
Dia seorang yang gila.”

Lihat: Hilyah al-Awliya’, (1/310)

Ketiga | Al-Zuhri berkata:

‫َك َن َم ْن َم َض ِم ْن ُعلَ َمائِ َنا َي ُق ْولُ ْو َن إِ َّن ا ِل ْعتِ َصا َم بِال ُّس َّن ِة َنَا ٌة‬

Maksudnya: “Adapun para ulama kita yang terdahulu berkata:
Sesungguhnya berpegang (beramal) dengan sunnah merupakan
satu jalan yang selamat.”

Lihat: Hilyah al-Awliya’, (3/369)

12 AL-BAYAN - SIRI 5

Definisi Sunnah

Sunnah dari sudut bahasa adalah jalan atau kehidupan sama ada
ia bersifat terpuji atau sebaliknya. Adapun dari sudut istilah pula
terbahagi kepada dua antara definisi ahli hadith dan juga ahli usul:

Di sisi ahli Hadith | “Sunnah adalah setiap yang disandarkan kepada
Nabi SAW daripada perkataan, perbuatan, taqrir (persetujuan),
sifat khuluqiyyah (akhlak), sifat khalqiyyah (penciptaan) dan
kehidupan baginda SAW sama ada sebelum perutusan Baginda
SAW menjadi rasul.” [Lihat: Qawaid al-Tahdith, 61]

Di sisi ahli Usul | “Sunnah adalah setiap yang diambil daripada
Nabi SAW selain daripada al-Quran melalui perkataan, perbuatan
dan taqrir (persetujuan) Baginda SAW.”

Kesimpulannya | Ahli hadith dan ahli usul bersepakat mengatakan
bahawa sunnah adalah setiap perkara yang disandarkan kepada
Rasulullah SAW sama ada ia berbentuk percakapan, perbuatan
ataupun persetujuan daripada Nabi SAW.

Biografi Ringkas Rasulullah
SAW

Sebelum kami membicarakan berkaitan beberapa sunnah-
sunnah harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW, ada baiknya
sekiranya kita mengenali latar belakang junjungan yang mulia
ini secara ringkas. Kami menukilkan sebahagian biografi ringkas
ini daripada karya Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi yang bertajuk
“Mukhtasar Sirah Nabi SAW.”

AL-BAYAN - SIRI 5 13

Nama dan Kunyah Rasulullah SAW

Abu al-Qasim (Kunyah) Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abd al-
Muttalib bin Hasyim bin ‘Abd Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah
bin Ka’ab bin Lu’ay bin Ghalib bin al-Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah
bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudar bin Nizar bin Ma’ad bin ‘Adnan.

Tarikh Kelahiran dan Kewafatan Rasulullah SAW

Berkenaan hal ini, tahun kelahiran yang disepakati adalah Tahun
Gajah dan bulan yang disepakati adalah bulan Rabiul Awal. Namun,
ahli sejarah telah berselisih pendapat berkenaan tarikh kelahiran
Rasulullah SAW kepada beberapa pendapat. Antaranya:

• 12 Rabiul Awal pada Tahun Gajah, 531 M. Inilah
pendapat Ibn Ishak, al-Zahabi dan al-Tabari.

• 9 Rabiul Awal, bersamaan 20 April 571 M yang juga
tahun pertama serangan tentera bergajah. Pendapat
ini disokong oleh Syeikh Muhammad Sulaiman al-
Mansurfuri dan Ahli Falak terkenal, Mahmud Basha.
Begitu juga yang dinyatakan dalam Nur al-Yaqin.

• 2 Rabiul Awal. Inilah pendapat al-Waqidi.
• 8 Rabiul Awal. Ini berdasarkan pendapat dalam Sifat

al-Safwah. Ini juga pendapat Ibn Abdi al-Bar, Imam al-
Nawawi dan al-Baihaqi.

Adapun Baginda SAW wafat ketika berusia
63 tahun pada waktu Dhuha hari Isnin 12
Rabiul Awal.

14 AL-BAYAN - SIRI 5








































































Click to View FlipBook Version