The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rak Digital PSS SK Kubu, 2021-06-02 21:14:17

Al-Bayan_SIRI-9-1

Al-Bayan_SIRI-9-1

42 AL-BAYAN - SIRI 9

Isikandungan

Mukadimah 3
Kronologi Isu 4
Prosedur Pengimportan Daging Beku ke Malaysia:
Bagaimana dan Siapa yang Terlibat? 7
8
u Pertama: Sebelum Mengimport 11
12
u Kedua: Semasa Mengimport 12
14
u Ketiga: Selepas Diimport
15
u Ringkasan Proses
16
Penjelasan Isu
u Mengapa kerajaan tidak mendedahkan senarai syarikat 16
daging yang terlibat? 16

u Adakah benar terdapat daging kuda, kanggaru dan khinzir 17
dalam daging lembu yang dicampurkan seperti yang didakwa?
18
u Bagaimanakah boleh terdapat logo halal pada daging-daging 19
yang dicampur?
19
u Benarkah kartel daging ini telah beroperasi lebih 40 tahun?
23
u Apakah tindakan yang diambil kerajaan kepada mereka yang 27
terlibat dalam sindiket ini? 33
39
u Apakah usaha kerajaan bagi memastikan perkara ini
tidak berulang?

Hukum-Hakam yang Berkaitan
u Hukum Memakan Daging yang Pada Asalnya Disangkakan
Halal, Kemudian Berlaku Syubhah

u Hukum Daging yang Dijual/Diberi oleh Seorang Muslim,
Tetapi Diragui Statusnya

u Isu Penyalahgunaan Logo Halal

u Status Produk Muslim yang Tiada Logo Halal

Penutup

...umat Islam yang
telah memakan
daging import

sebelum timbul isu
syubhah daging

import yang berlaku
baru-baru ini, maka
hukumnya adalah
dimaafkan. Perkara

ini berlandaskan
dalil-dalil syarak
yang memberikan
hukum berdasarkan
kepada keadaan

asalnya iaitu
halal sehingga
terdapat bukti yang
mengubahnya...

2 AL-BAYAN - SIRI 9

Mukadimah

Alhamdulillah segala puji dan
syukur dipanjatkan kepada Allah
SWT. Selawat dan salam kami ucapkan ke
atas junjungan besar Nabi Muhammad
SAW, para isteri dan keluarga Baginda,
para sahabat seterusnya golongan yang
mengikut jejak langkah Baginda sehingga
Hari Kiamat.

Setiap individu Muslim diperintahkan agar mencari dan
memakan makanan yang halal lagi baik. Hal ini jelas dinyatakan di
dalam firman Allah SWT dan juga sabda Nabi Muhammad SAW.
Firman Allah SWT:

‫يَا أَيُـَّها الَنّا ُس ُكلُوا ِم َّما فِي اْلَْر ِض َحَلًل طَِيّبًا‬

Maksudnya: “Wahai sekalian manusia, makanlah kamu
dari (hasil) yang terdapat di atas muka bumi (makanan)
yang halal lagi baik.”

Surah al-Baqarah )168(

AL-BAYAN - SIRI 9 3

Sekitar penghujung tahun 2020, masyarakat Islam Malaysia
digemparkan dengan suatu isu mengenai sindiket kartel daging
import haram yang melibatkan aktiviti pemalsuan pelabelan logo
halal. Berdasarkan laporan akhbar, syarikat pembekal terbabit telah
menggunakan dokumen palsu termasuklah borang Kastam, permit
import, sijil halal dan resit bayaran.1 Dan bagi tujuan mengaburi
mata pihak berkuasa tempatan pula, syarikat pembekal tersebut
turut mengimport daging daripada sumber yang sah dan halal pada
masa yang sama. Kesemua daging yang diimport kemudiannya
ditempatkan di dalam suatu tempat simpanan khas sebelum
dibungkus semula. Seterusnya, daging import tersebut dimasukkan
ke dalam sebuah kotak sebelum ditampal dengan logo halal palsu.2

Rentetan timbulnya isu ini, ia sedikit sebanyak telah
menimbulkan kegusaran dan kebimbangan dalam kalangan umat
Islam di Malaysia berhubung status halal daging-daging yang berada
di pasaran negara ketika ini. Justeru itu, dalam siri al-Bayan pada
kali ini, kami datangkan dengan tajuk Isu Kartel Daging Haram
dan Hukum Berkaitan. Mudah-mudahan ia dapat memberi satu
pencerahan dan manfaat kepada kita semua.

Kronologi Isu

K ami mulakan dengan mengemukakan kronologi isu kartel
seludup daging sejuk beku yang berlaku pada tahun 2020:

1 https://www.sinarharian.com.my/article/113228/LAPORAN-KHAS/Gudang-kartel-proses-daging-babi.
2 https://www.sinarharian.com.my/article/113375/LAPORAN-KHAS/Kartel-ciplak-tiga-jenama-daging-Australia.

4 AL-BAYAN - SIRI 9

42 AL-BAYAN - SIRI 9

23 November 2020: Akhbar Sinar Harian mendedahkan syarikat ejen
fret (freight forwarder) yang menguruskan proses import daging sejuk
beku halal mengambil jalan mudah dengan menyeludup daging sejuk
beku yang diragui status halalnya. Menurut sumber, rangkaian kartel
terbabit menyogok sejumlah wang kepada penguat kuasa yang menyelia
keluar masuk kontena di pelabuhan utama negara bagi membolehkan
daging dibawa ke gudang simpanan. Kartel turut menggunakan syarikat
proksi yang mengedarkan daging sejuk beku halal untuk mengaburi pihak
berkuasa, pemborong dan pasar raya. Aktivis Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan pula mengakui mempunyai maklumat
berhubung pengimportan daging sejuk beku.

24 November 2020: Pengarah Penguatkuasa
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal
Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Iskandar
Halim Sulaiman menyatakan pihaknya bersedia
menyiasat dakwaan terbabit di bawah Akta
Perihal Dagangan 2011.

25 November 2020: Pengarah Jabatan
Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia
(MAQIS), Saiful Yazan Alwi mencabar mana-mana
pihak yang ada maklumat berkaitan ketirisan
pegawai dan anggotanya agar melaporkan kepada
pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM).

1 Disember 2020: Serbuan dilakukan ke atas sebuah gudang kartel daging
sejuk beku di Taman Perindustrian Senai dan telah menemukan sejumlah
1,500 tan daging bernilai RM30 juta, pengurus gudang ditahan untuk
membantu siasatan. Gudang turut dikawal ketat 24 jam oleh anggota dan
pegawai penguat kuasa.

AL-BAYAN - SIRI 9 5

2 Disember 2020: Anggota SPRM berkata, akses utama daging sejuk
dan Lembaga Hasil Dalam Negeri beku haram melalui Kelantan, Johor
(LHDN) menyita sebuah gudang di dan Sarawak. Jabatan Kemajuan Islam
Taman Perindustrian Senai. Malaysia (JAKIM) akan bekerjasama
memantau isu kartel daging haram
3 Disember 2020: Menteri di Jabatan dan penjualan daging sejuk beku di
Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Malaysia.
Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan,
pemantauan ketat perlu dilakukan 6 Disember 2020: Ketua Polis Johor,
bagi mengelakkan salahguna cop halal. Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay pula
Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander mengesahkan me-nerima tiga laporan
Nanta Linggi mengarah semua cawangan kes daging sejuk beku.
KPDNHEP di seluruh negara melakukan
pemeriksaan bersepadu dengan Jabatan 19 Disember 2020: Nama sebuah
Agama Islam terhadap produk daging syarikat tempatan disyaki terlibat kartel
sejuk beku. daging haram akan didedahkan selepas
proses pendakwaan minggu seterusnya,
4 Disember 2020: Pengarah menurut Timbalan Menteri Perdagangan
KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
mengesahkan bahawa sebanyak 30 pusat Datuk Rosol Wahid.
pengedaran ada kaitan dengan gudang
yang diserbu di Senai, Johor. Siasatan 21 Disember 2020: SPRM Johor
Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) membuka kertas siasatan berhubung
menemui resit penghantaran membawa kartel pemalsuan logo halal melibatkan
keluar organ dalaman iaitu perut babi dari daging import untuk pasaran Malaysia.
premis berkenaan bertarikh 5 November Siasatan mengikut Seksyen 16 dan
2020. seksyen 18 Akta SPRM 2009.

5 Disember 2020: Pengarah Jabatan 22 Disember 2020: KPDNHEP
Keselamatan Dalam Negeri dan menafikan kegiatan kartel daging halal
Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit palsu telah wujud di Malaysia sejak 40
Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar tahun lalu.

6 AL-BAYAN - SIRI 9

Dewan Negara membenarkan usul isu kartel daging haram dibahaskan. -

Foto Bernama

29 Disember 2020: Dewan Negara membenarkan usul isu kartel daging
haram dibahaskan. KPDNHEP menyatakan bahawa mereka bersetuju
supaya RCI ditubuhkan.3

Prosedur Pengimportan Daging
Beku ke Malaysia: Bagaimana
dan Siapa yang Terlibat?

S ebelum syarikat pengimport daging mengeksport daging beku
lembu atau kerbau ke Malaysia, beberapa peraturan dan garis
panduan perlu dipatuhi terlebih dahulu. Prosedur bagi pengimportan
daging ke Malaysia adalah seperti berikut:

3 https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=139752&jwsource=cl; https://www.astroawani.com/
video-malaysia/infografik-kronologi-kartel-daging-1883464

AL-BAYAN - SIRI 9 7

Pertama
Sebelum Mengimport

Syarikat pengimport daging hendaklah memastikan pusat
penyembelihan (abattoir) dan loji pemprosesan daging telah
diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Malaysia dan
JAKIM. Sebaik permohonan dibuat melalui laman sesawang JPV,
pihak JPV dan JAKIM akan melakukan audit pematuhan di lapangan
secara bersama di pusat penyembelihan atau loji luar negara yang
membuat permohonan tersebut. Pihak JPV akan membuat semakan
dari sudut kesihatan haiwan (tidak mempunyai penyakit dan
selamat untuk dimakan), keperluan sanitasi dan kebersihan pusat
penyembelihan manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
akan membuat semakan dari sudut Syariah. Audit tersebut juga
akan dibuat pada bila-bila masa dan sekiranya terdapat keperluan.

Dalam audit pematuhan ini, pihak JPV dan JAKIM akan
memastikan pusat penyembelihan atau loji pemprosesan luar
negara tersebut mematuhi standard dan prosedur berikut, iaitu:

8 AL-BAYAN - SIRI 9

• MS1500:2019 (Halal Food: General requirement –
Third Revision);

• Food Acts 1983 & Food Regulation 1985;

• Malaysian Protocol for Halal Meat and Poultry
Production; dan

• Implementation of Inspection Services at Foreign
Abattoir and Processing Plant for Export of Meat and
Products of Animal Origin to Malaysia.

Selepas diaudit dan pihak JPV dan JAKIM telah
memastikansegalakeperluan danprosedurdipatuhi,
barulah kelulusan pusat penyembelihan dan loji
pemprosesan akan diberikan oleh JPV. Pihak JPV
juga mengeluarkan senarai pusat penyembelihan
dan loji pemprosesan yang diberikan kelulusan di
laman sesawang JPV.

AL-BAYAN - SIRI 9 9

Setelah mendapat kelulusan Halal luar Negara yang diiktiraf
pusat penyembelihan dan oleh JAKIM. Bagi maksud ini,
loji pemprosesan, syarikat Badan Pensijilan Halal akan
pengimport daging hendaklah memastikan dan mengesahkan
memohon permit mengimport bahawa segala prosedur pe-
dengan Jabatan Perkhidmatan nyembelihan haiwan tersebut
Kuarantin dan Pemeriksaan dilakukan menurut kaedah yang
Malaysia (MAQIS), sebelum dibenarkan oleh syarak, serta
dibenarkan untuk mengimport segala proses berkaitan seperti
daging ke Malaysia. Peng- pengurusan daging sembelihan,
importan daging ke Malaysia penyimpanan, pembekuan,
hanya boleh dilakukan selepas pemindahan dan pengangkutan
pihak pengimport mendapat serta segala yang berkaitan
permit mengimport daging dengan pengurusan daging
daripada MAQIS. tersebut tidak bercampur dengan
daging lain yang diragui status
Syarikat pengimport daging halalnya. Badan Pensijilan Halal
juga hendaklah memastikan Luar Negara juga akan mengaudit
daging yang diimport telah dan melaporkan kepada JAKIM
mendapat pengesahan halal dari semasa ke semasa.
daripada Badan Pensijilan

10 AL-BAYAN - SIRI 9

Kedua

Semasa Mengimport

Semasa mengimport daging, pengimport
perlu mengemukakan bersama sijil kesihatan
daripada pihak berkuasa veterinar negara
mereka dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh
mengimport.

Pengimport juga hendaklah mengemukakan
kelulusan permit import daripada MAQIS sebelum
produk daging tersebut dibenarkan masuk ke
Malaysia. Selain itu, pengimport juga hendaklah
melampirkan bersama sijil pengesahan Halal
daripada Badan Pensijilan Halal luar Negara yang
diiktiraf oleh JAKIM untuk daging tersebut.

Daging yang diimport akan masuk ke Malaysia
melalui pintu masuk negara, sama ada melalui
pelabuhan atau lapangan terbang (bagi

penghantaran secara kargo). Semasa melalui pintu
masuk negara, daging tersebut akan diperiksa
oleh pihak MAQIS dan Jabatan Kastam
Diraja Malaysia. Segala permit kelulusan
mengimport serta dokumen berkaitan
akan diperiksa sebelum dilepaskan
keluar untuk masuk ke pasaran negara.

AL-BAYAN - SIRI 9 11

Ketiga
Selepas Mengimport
Selepas daging tersebut disahkan dan dilepaskan keluar oleh
MAQIS dan Kastam, daging tersebut akan dihantar ke pembekal
atau peraih daging di Malaysia yang diberi kebenaran mengimport
daging tersebut.
Daging tersebut akan dihantar oleh pembekal atau peraih
kepada penjual untuk dijual dalam pasaran Malaysia. Dalam proses
ini, pihak berkuasa yang mengawal selia penjualan daging tersebut
adalah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna (KPDNHEP).

Ringkasan Proses

Secara ringkasnya, pelaksanaan proses pengimportan daging
beku di Malaysia adalah melibatkan beberapa agensi kerajaan dari
dalam dan luar negara seperti berikut:

12 AL-BAYAN - SIRI 9

Sebelum Diimport

JPV dan JAKIM Bagi memberikan kelulusan pusat penyem-
belihan dan loji pemprosesan daging sebelum
MAQIS dibenarkan untuk diimport.

Badan Persijilan Bagi mengeluarkan permit mengimport
Halal Luar daging ke Malaysia.
Negara yang
Bagi mengeluarkan sijil halal produk.
diiktiraf JAKIM

Semasa Diimport

Pihak Berkuasa Bagi mengeluarkan sijil kesihatan daging yang
Veterinar Luar diimport.

Negara Pemeriksaan di pintu masuk negara bagi
memastikan segala prosedur dan dokumentasi
MAQIS dan dipatuhi.
Kastam

Selepas Dimport

KPDNHEP Bagi mengawalselia penjualan daging import
dalam pasaran negara.

AL-BAYAN - SIRI 9 13

Carta Aliran Proses Pengimportan Daging

Sebelum Diimport
• Pusat penyembelihan (abattoir) dan loji pemprosesan daging

telah diluluskan oleh JPV dan JAKIM
• Permit mengimport telah diperoleh daripada MAQIS
• Produk telah mendapat pengesahan halal daripada Badan

Pensijilan Halal luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM

Semasa Diimport
• Pengimport mengemukakan sijil kesihatan daripada pihak

berkuasa veterinar
• Pengimport mengemukakan permit import daripada MAQIS dan

sijil pengesahan halal dari badan persijilan halal yang diiktiraf
sebelum dibenarkan masuk ke Malaysia
• Daging import yang masuk ke Malaysia melalui pintu masuk
negara akan diperiksa oleh pihak MAQIS dan Kastam.

Selepas Diimport
• Daging dihantar ke pembekal atau peraih daging di Malaysia yang

diberi kebenaran mengimport daging
• Daging import dijual ke pasaran negara melalui penjual daging

dan akan dikawal selia oleh KPDNHEP

14 AL-BAYAN - SIRI 9

AL-BAYAN - SIRI 9 15

Penjelasan Isu

R entetan isu kartel penjualan daging ini, pada 29 November
2020, suatu usul tergempar berkenaan isu ini telah dibahaskan
di Dewan Negara. Usul tersebut telah dibentangkan oleh YB Senator
Asmak Husin dan dibahas oleh sembilan orang Senator, setelah
usul tersebut dibenarkan untuk dibahas oleh Yang Dipertua Dewan
Negara mengikut Peraturan Mesyuarat 17(1).

Pada sesi penggulungan, Timbalan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri

dan Hal Ehwal Pengguna, YB Datuk
Rosol Wahid yang mewakili Kerajaan
telah menjawab dan membetulkan
beberapa salah faham dan fakta di
sebalik isu ini. Kami nukilkan di sini
sebahagian daripada isu dan jawapan
yang telah dijelaskan, antaranya:

YB Datuk Rosol Wahid
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

16 AL-BAYAN - SIRI 9

Mengapa kerajaan tidak mendedahkan senarai syarikat
daging yang terlibat?

Menurut jawapan daripada beliau, siasatan mendapati
pihak kartel yang terlibat telah melakukan penipuan dalam proses
pembekalan daging import tersebut. Pihak kartel tersebut telah
mengimport daging dari luar, termasuk daging yang diberikan
kebenaran untuk diimport dan daging yang tidak mendapat
kebenaran serta diragui status halalnya yang dijual lebih murah.

Daging-daging tersebut telah dicampurkan, kemudian
dibungkus semula di Malaysia dengan menggunakan cop jenama
daging import yang popular dan mempunyai harga yang lebih
mahal. Dengan cara itu, pihak kartel akan mendapat untung
berganda kerana daging tersebut diperoleh dengan harga yang
murah, tetapi dijual kembali kepada penjual dengan harga yang
mahal. Oleh itu, terdapat unsur penipuan dan penganiayaan dalam
kes ini. Jika kerajaan mengumumkan nama syarikat yang dikatakan
terlibat, berkemungkinan akan berlaku penganiayaan kepada
syarikat pengimport yang cop jenamanya dipalsukan, serta akan
menjatuhkan reputasi serta perniagaan syarikat tersebut yang
sebenarnya merupakan mangsa. Siasatan harus dilakukan terlebih
dahulu sebelum kerajaan membuat sebarang pengumuman.

AL-BAYAN - SIRI 9 17

Adakah benar terdapat daging kuda, kanggaru dan khinzir
dalam daging lembu yang dicampurkan seperti yang didakwa?

Selepas serbuan dan rampasan dibuat oleh KPDNHEP, semua
daging yang dirampas telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk
menjalani pemeriksaan. Pemeriksaan mendapati tiada daging
selain lembu (sama ada daging kuda, kanggaru atau khinzir) yang
terdapat pada daging-daging tersebut. Walau bagaimanapun,
isunya kini adalah sama ada daging tersebut disembelih mengikut
syarak seperti yang digariskan oleh JAKIM.

Bagaimanakah boleh terdapat logo halal pada daging-daging
yang dicampur?

Semasa serbuan, pihak berkuasa telah menemui 24 unit cop
syarikat pengimport luar yang palsu serta cop halal palsu. Selain tu,
pihak berkuasa turut menemui 5000 keping stiker logo Halal JAKIM
yang dipalsukan, beserta 2 buah lori yang menggunakan logo Halal
JAKIM, dipercayai untuk membekalkan daging yang telah dicampur
dan dibungkus semula oleh mereka. Berdasarkan penemuan
tersebut, dipercayai pihak yang terlibat telah memalsukan cop
halal dan cop jenama syarikat pengimport, semata-mata untuk
menipu penjual daging.

Benarkah kartel daging ini telah beroperasi lebih 40 tahun?

Siasatan mendapati syarikat yang terlibat dalam isu penipuan
daging ini mula berdaftar dan beroperasi pada tahun 2014. Syarikat
tersebut juga hanya memperoleh permit membekal daging import

18 AL-BAYAN - SIRI 9

pada tahun 2017. Maka tiada sebarang bukti yang menunjukkan
sindiket kartel daging ini telah bertapak dan beroperasi selama 40
tahun.

Apakah tindakan yang diambil kerajaan kepada mereka yang
terlibat dalam sindiket ini?

Kerajaan telah bertindak merampas semua daging yang

terlibat, serta membekukan aset syarikat yang diserbu. Nilai sitaan

tersebut dianggarkan bernilai hampir RM3 juta, termasuk nilai aset

syarikat sebanyak RM1 juta, nilai barang rampasan termasuk 2,428

kotak daging beku yang disita berharga RM738,640, dan 2 buah lori

yang disita bernilai RM1.03 juta. Syarikat tersebut juga akan didakwa

dengan berbagai kesalahan, pendakwaan pertama telah dijalankan

pada 30 Disember 2020 atas kesalahan memalsukan

logo perniagaan dan sijil halal. Pertuduhan-

pertuduhan bagi kesalahan yang lain akan

menyusul mengikut prosedur selepas selesai

siasatan.4 Menurut Menteri Pertanian dan

Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald

Kiandee pula, pemegang Permit Import (AP)

yang terbukti bersekongkol dengan kartel

daging import haram akan dikenakan tindakan

tegas termasuk digantung lesennya. Datuk Seri Dr.Ronald Kiandee
Menteri Pertanian dan Industri

Makanan

4 https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kartel-daging-haram-daging-babi-tidak-ditemui-siasatan-se-
dang-dijalankan-menteri-272196; https://www.sinarharian.com.my/article/115733/BERITA/Nasional/Gan-
tung-lesen-AP-jika-bersekongkol-dengan-kartel-daging-import-haram; https://www.astroawani.com/ber-
ita-malaysia/kartel-daging-apa-yang-kita-tahu-setakat-ini-275323

AL-BAYAN - SIRI 9 19

Apakah usaha kerajaan bagi memastikan perkara ini tidak
berulang?

Kerajaan melalui KPDNHEP telah menubuhkan Jawatankuasa
Perundangan dan Penguatkuasaan Halal, yang mana turut dianggotai
JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri bagi penguatkuasaan
halal di Malaysia dalam menangani isu cop halal palsu. Pada
masa yang sama, kerajaan juga telah bekerjasama dengan semua
agensi termasuk Kastam, MAQIS dan Veterinar bagi memantau isu
penipuan daging ini. Kerajaan turut menyokong penuh penubuhan
RCI bagi memastikan kes ini disiasat dengan lebih telus.

Perbincangan Meja Bulat
bersama Pengimport
dan Pengedar Daging
dan Produk Daging.
Turut hadir KPDNHEP,
DVS, MAQIS dan JKDM
serta pemegang taruh
dalam industri ini.

Selain itu, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal
Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, kerajaan juga
akan memperkenalkan kaedah pendigitalan bagi menambah
baik piawaian halal sesuatu produk di pasaran. Kaedah tersebut
merupakan sebahagian perkara yang dibincangkan dalam Prosedur
Operasi Standard (SOP) dan garis panduan halal produk termasuk
daging import. Langkah ini juga diyakini dapat mengelakkan
berlakunya penipuan label halal seperti didakwa berlaku dalam isu
kartel daging yang diimport.

20 AL-BAYAN - SIRI 9

Lawatan ke kilang menyimpan daging beku di Segambut oleh Menteri di
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad
Al-Bakri, pada 28 Disember 2021. - Foto NSTP/Fathil Asri

Hukum-Hakam yang Berkaitan

D ikemukakan juga di sini beberapa isu permasalahan hukum
yang berkait dengan isu yang dibincangkan ini. Antaranya:

Hukum Memakan Daging yang Pada Asalnya
Disangkakan Halal, Kemudian Berlaku Syubhah

Kami mulakan dengan firman Allah SWT:

ۡ‫َٰيۡأَيُـَّها ٱَلّ ِذي َن ءَاَمنُواْ ُكلُواْ ِمن طَِيّٰبَ ِت َما َرَزقۡنَٰ ُكم‬

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah
daripada benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami
berikan kepada kamu…”

Surah al-Baqarah )172(

AL-BAYAN - SIRI 9 21

Allah SWT memerintahkan kepada umatnya
untuk mencari sumber rezeki yang paling baik dan
halal. Setiap makanan yang dimakan akan menjadi
darah daging dalam diri seseorang. Hal ini kerana,
jika seseorang memakan makanan yang haram dan
syubhah maka hatinya akan menjadi gelap. Selain itu,
setiap daging yang tumbuh daripada perkara yang haram
nescaya azab neraka baginya. Oleh itu, benarlah sabda Nabi SAW:

‫ َوبـَيـْنـَُه َما ُم ْشتَبَِها ٌت َل يـَْعلَ ُم ُه َّن َكثِيٌر ِم َن‬،‫ َوإِ َّن الْ َحَراَم بـَِيّ ٌن‬،‫إِ َّن الْ َحَل َل بـَِيّ ٌن‬
‫ َوَم ْن َوقَ َع ِفي‬،‫ َوِعْر ِضِه‬،‫ فََم ِن اتَـَّقى ال ُّشبـَُها ِت ا ْستَبـَْرأَ لِ ِدينِِه‬،‫الَنّا ِس‬

‫ال ُّشبـَُها ِت َوقَ َع ِفي الْ َحَراِم‬

Maksudnya: “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang
haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara
yang syubhah (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang
banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhah bererti dia
telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan
siapa yang terjerumus dalam perkara syubhah, maka akan
terjerumus dalam perkara yang diharamkan.”

Riwayat Muslim )107(

Berkenaan isu di atas, pada asasnya, dalam isu pengambilan
makanan daripada daging haiwan sembelihan dan buruan, ulama
Syafi’iyyah seperti Imam Nawawi telah menyebutkan suatu kaedah
bahawa “hukum asal bagi daging haiwan sembelihan adalah haram”
melainkan dipastikan terlebih dahulu kesemua haiwan tersebut
telah menepati syarat sah sembelihan yang ditetapkan oleh Syarak.
(Rujuk Syarh Sahih Muslim, 13/116)

22 AL-BAYAN - SIRI 9

Dalam konteks di Malaysia, keyakinan pembeli sudah
terbina di atas kejelasan logo halal yang dikeluarkan oleh pihak
berautoriti seperti JAKIM dan pihak-pihak lain yang diiktiraf pada
bungkusan daging yang dibeli. Logo halal yang diletakkan pada
setiap pembungkus makanan sama ada makanan tersebut bersifat
mentah atau yang telah diproses amat membantu umat Islam dalam
memastikan status halal sesuatu produk makanan.

Hukum asal memakan daging import yang mempunyai logo
halal yang dikeluarkan oleh badan-badan yang berautoriti adalah
halal kerana ia telah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP)
pensijilan halal yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM). Hukum asal tersebut akan kekal sehingga terdapat
bukti atau dalil yang mengubah atau menukarkan keadaannya. Ini
berdasarkan kaedah fiqh yang telah ditetapkan oleh para ulama’
seperti yang disebut oleh Imam al-Suyuti:

‫اْلَ ْص ُل بـََقاءُ َما َكا َن َعلَى َما َكا َن‬

Maksudnya: “Pada dasarnya sesuatu hukum itu kekal
mengikut hukum asalnya.”

)Rujuk al-Asybah wa al-Nazoir, hlm. 72(

Kitab Syarh Sahih Muslim
dan al-Asybah wa al-Nazoir.

AL-BAYAN - SIRI 9 23

Namun begitu, berdasarkan isu daging import yang berlaku,
sekiranya pengguna sudah memakan daging yang pada asalnya
diyakini halal kemudian diragui status halalnya kerana kemungkinan
dipalsukan logo halalnya, maka hukum memakan daging tersebut
dimaafkan kerana dilakukan secara tidak sengaja. Ini berpandukan
kepada firman Allah SWT:

‫َولَْي َس َعلَْي ُك ْم ُجنَا ٌح فِي َما أَ ْخطَأْتُم بِِه َولَـٰ ِكن َّما تـََع َّم َد ْت قـُلُوبُ ُك ْم ۚ َوَكا َن‬
‫الَلّـهُ غَُفوًرا َّرِحي ًما‬

Maksudnya: “Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam
perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira
berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati
kamu melakukannya. Dan (ingatlah Allah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani.”

Surah al-Ahzab )5(

Dalam ayat yang lain, Allah SWT juga mengajarkan sebuah doa
agar diampunkan segala tindak tanduk yang dilakukan secara tidak
sengaja melalui firman-Nya:

‫َربَـّنَا َل تـَُؤا ِخ ْذنَا إِن َنّ ِسينَا أَْو أَ ْخطَأْنَا‬

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau
mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.”

Surah al-Baqarah )286(

24 AL-BAYAN - SIRI 9

Imam al-Nawawi dalam kitab al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab
(8/450) menyebutkan sebuah hadith masyhur:

‫ُرِف َع َع ْن أَُّمتِ ْي ال َخطَأُ َوالِنّ ْسيَا ُن َوَما ا ْستُ ْك ِرُهْوا َعلَْيِه‬

Maksudnya: “Telah diangkat (diampunkan) dalam kalangan
umatku yang tersalah, terlupa dan dipaksa.” [Imam al-Nawawi
menghukum hadith ini sebagai sahih]

Justeru, berdasarkan perbincangan di atas, umat Islam
yang telah memakan daging import sebelum timbul isu syubhah
daging import yang berlaku baru-baru ini, maka hukumnya
adalah dimaafkan. Perkara ini berlandaskan dalil-dalil syarak yang
memberikan hukum berdasarkan kepada keadaan asalnya iaitu
halal sehingga terdapat bukti yang mengubahnya dan memberikan
keuzuran dan keringanan dalam perkara yang tidak disengajakan
dengan syarat penelitian melalui logo halal pada paket pembungkus
sudah dilakukan terlebih dahulu.5

Hukum Daging yang Dijual/Diberi oleh
Seorang Muslim, Tetapi Diragui Statusnya

Berkenaan hal ini, ada dijelaskan di dalam sebuah hadith Nabi
SAW berkenaan daging yang diberikan atau dihidangkan oleh
seorang Muslim, namun diragui serta tidak diketahui status halal
dan haramnya. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada
Saidatina Aisyah R.Anha, Nabi SAW ditanya:

5 Rujuk Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-538: Hukum Memakan Daging Yang Disangkakan Halal Kemudian Berlaku Syub-
hah.https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4641-irsyad-al-fatwa-siri-ke-538-hu-
kum-memakan-daging-yang-disangkakan-halal-kemudian-berlaku-syubhah

AL-BAYAN - SIRI 9 25

‫قَالُوا يَا َر ُسوَل الَلِّه إِ َّن َها ُهنَا أَقـَْواًما َح ِدي ٌث َع ْه ُد ُه ْم بِ ِشْرٍك يَأْتُونَا‬
‫ قَا َل‬-‫ أَفـَنَأْ ُك ُل ِمنـَْها؟‬- ‫بِلُ ْح َما ٍن َل نَ ْدِري يَ ْذُكُرو َن ا ْس َم الَلِّه َعلَيـَْها أَْم َل‬

‫اذُْكُروا أَنـْتُ ْم ا ْس َم الَلِّه َوُكلُوا‬

Maksudnya: Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah!
Sesungguhnya di sini (Madinah) terdapat kaum-kaum yang
baru sahaja (meninggalkan) kesyirikan (baru menganut Islam)
yang membawa kepada kami daging yang kami tidak tahu
mereka menyebut nama Allah atau tidak ke atasnya (semasa
sembelihan). Adakah kami boleh memakannya? Nabi SAW
bersabda: “Kamu sebutlah nama Allah dan makanlah.”

Riwayat al-Bukhari )7398(; Abu Daud )2829(;
al-Nasa’ie dalam al-Sunan al-Kubra )7661(; Ibn
Majah )3174(

Daripada hadith ini, dapat difahami bahawa daging tersebut
diizinkan oleh Nabi SAW untuk dimakan serta kita disunatkan untuk
membaca bismillah semasa memakannya.

Dalam menjelaskan hadith di atas, disebut di dalam kitab
Syarah Sunan Abi Daud:

‫ يدل على أنه ل يلزم السؤال أو أن الإنسان‬،])‫ [(سموا الله وكلوا‬:‫قوله‬
‫ل يسأل هل ذكر اسم الله أو لم يذكر؟ ولو فتح هذا الباب فيمكن أن‬
‫ هل الذابح ممن يحل ذبحه أو ل؟ وهل ذبح بآلة يصح الذبح بها‬:‫يسأل‬
‫ ول يصار إلى‬،‫ والصل هو السلمة‬،‫أو ل؟ فتأتي أسئلة ل حاجة إليها‬

26 AL-BAYAN - SIRI 9

‫ ولهذا أجاب النبي صلى الله‬،‫التشدد والإتيان بأسئلة ل حاجة إليها‬

‫ وهو أنهم يأكلون هم ويسمون‬،‫عليه وسلم بالجواب الفصل في ذلك‬

،‫عند أكلهم‬

“Hadith ini menunjukkan bahawa tidak wajib bertanya
atau seseorang tidak perlu bertanya apakah disebut nama
Allah atau tidak? Jika dibuka pintu ini, maka kemudian akan
ditanya pula: “Apakah penyembelih itu memenuhi syarat
atau tidak? Apakah dia menggunakan alat sembelihan yang
sah atau tidak? Maka akan muncul soalan-soalan yang tidak
perlu sedangkan asalnya ia selamat (iaitu daging daripada
orang Muslim). Maka tidak perlu untuk bersusah-payah
dan bertanya soalan-soalan yang tidak ada keperluan. Oleh
itu, Nabi SAW menjawab dengan jawapan yang jelas dalam
hal ini, iaitu mereka boleh makan dan membaca bismillah
semasa makan.” (Rujuk Syarh Sunan Abi Dawud li al-
‘Abbad, 18/333)

Dalam sebuah riwayat yang lain pula ada menyebutkan bahawa
ketika Rasulullah SAW bersama para sahabatnya mereka dihadiah-
kan seekor kambing bakar oleh seorang wanita Yahudi. Baginda
pun memakannya tanpa was-was atau memperincikannya terlebih
dahulu kedudukan daging tersebut walaupun pada daging tersebut
sebenarnya mengandungi racun. Riwayat atau kisah ini menjadi dalil
bahawa tidak disunnahkan untuk terlalu memperincikan pemberian
ahli kitab yang berupa hasil sembelihannya sebelum memakannya.

AL-BAYAN - SIRI 9 27

Berdasarkan hadith yang disebut di atas, tidak berdosa bagi
seseorang yang memakan daging haiwan sembelihan yang pada
zahirnya halal, meskipun dia tidak pasti berkenaan status halalnya
yang sebenar. Hal ini sama dengan situasi daging yang dihidang atau
dijual oleh seorang Muslim walaupun status sebenar daging tersebut
tidak diketahui secara pasti. Memadailah dengan penzahiran
keislaman seseorang, maka kita tidak dituntut untuk bertanya
mengenai kehalalan daging tersebut dengan lebih terperinci kecuali
wujud bukti yang jelas dan meyakinkan bahawa daging itu adalah
tidak halal.

Justeru, hukumnya adalah halal bagi setiap makanan yang
diberi jaminan halal oleh mana-mana pihak yang dipercayai
berdasarkan kaedah umum daripada hadith yang dijelaskan. Kita
juga boleh untuk berpandu atau berpegang kepada mana-mana
logo halal yang dikendalikan oleh umat Islam sebagai tanda halal.

Tinjauan ke premis susulan isu keyakinan status halal daging dan produk daging import.
Ramly Food Processing Sdn. Bhd adalah salah satu syarikat pengimport daging dan
produk daging sejuk beku serta pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Syarikat ini
mematuhi sepenuhnya prosedur pensijilan halal dan undang-undang yang dikuatkuasa.

28 AL-BAYAN - SIRI 9

Isu Penyalahgunaan Logo Halal

Logo halal merupakan simbol penting dalam kalangan masyarakat
Islam di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia amnya. Logo ini
menjadi piawaian oleh para pengguna dalam menentukan halalnya
sesuatu makanan. Isu halal merupakan isu sensitif bagi pengguna
Muslim di Malaysia. Oleh itu, pengawalan, pemantauan dan
penyeliaan/penjagaan khas telah dikuatkuasakan dengan melantik
beberapa badan bertanggungjawab menjaganya. Antara badan
yang terlibat adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Umum mengetahui, bahawa pihak yang
paling bertanggungjawab dan berautoriti serta
mempunyai kuasa mengeluarkan logo halal
di Malaysia ialah Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM). Walaupun kewujudan
logo ini merupakan satu perkembangan
positif bagi umat Islam di Malaysia, namun
senario ini menyebabkan masyarakat
menyerahkan urusan penentuan halal
kepada pihak JAKIM secara menyeluruh
lantas menunjukkan bahawa tahap
pengetahuan dan kemahiran dalam menentukan
halal sesuatu produk itu adalah masih rendah dalam
kalangan masyarakat.

Lantaran itu, antara cabaran yang dihadapi industri halal di
Malaysia ialah isu penggunaan logo halal dalam kalangan peniaga
serta tahap kebergantungan masyarakat yang tinggi terhadap logo
halal sehingga mengurangkan sensitiviti dan pengetahuan mereka

AL-BAYAN - SIRI 9 29

terhadap isu ini. Ditambah yang berlaku adalah pemalsuan
pula dengan kewujudan logo, menggunakan logo halal
sesetengah pihak yang cuba yang tidak diiktiraf, penggunaan
mengambil kesempatan ini logo tamat tempoh dan
dengan menyalahgunakan dan beberapa penyalahgunaan lain.
memalsukan logo halal. Kesimpulannya, faktor ekonomi
dilihat menjadi asas kepada
Industri halal Malaysia permasalahan yang timbul.7
dikejutkan dengan beberapa siri
pemalsuan logo halal. Sebagai Oleh yang demikian, hal yang
contoh; memasarkan produk ingin diketengahkan di dalam
kacang tanah dan makanan bahagian ini adalah berikutan
ringan menggunakan logo halal isu penyalahgunaan logo halal,
tanpa kelulusan di Chemor,6 dan lebih memfokuskan kepada
menggunakan logo halal Jabatan mereka yang memalsukan logo
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) halal bagi mengaburi mata
di Merlimau secara haram, pelanggan dan memperdaya
memproses bebola ikan di Jalan pihak berkuasa seterusnya ber-
Pinang Tunggal dan dikesan tujuan meraih keuntungan dan
menggunakan logo dan sijil halal menarik pelanggan. Secara
yang tidak diiktiraf oleh Jabatan dasarnya, perbuatan memalsu-
Kemajuan Islam Malaysia kan logo halal adalah dilarang
(JAKIM) serta banyak lagi. sama sekali dan jelas menyalahi
undang-undang dan prosedur
Berdasarkan sumber akhbar pensijilan halal yang dikeluarkan
yangdiperolehi, penyalahgunaan pihak kerajaan. Di samping itu,
logo halal dikenalpasti dalam ia juga bercanggah dengan Akta
beberapa bentuk. Antara Perihal Dagangan (APD) 2011
bentuk penyalahgunaan logo iaitu sebuah akta umum yang

6 https://www.hmetro.com.my/mutakh- 7 http://ejournals.ukm.my/islamiyyat/article/
ir/2018/07/362256/kacang-snek-dengan-logo-halal- download/40727/10655, laman web diakses pada
palsu-metrotv, laman web diakses pada 13/1/2021. 13/1/2021.

30 AL-BAYAN - SIRI 9

digunakan untuk menjaga kepentingan halal di Malaysia. Sebarang
kesalahan melabelkan sesuatu barangan atau perkhidmatan sebagai
halal sedangkan ia adalah sebaliknya dikira menyalahi akta ini kerana
memperihalkan sesuatu barangan/perkhidmatan dengan tidak
benar.8 Hal ini ada jelas disebut di dalam Perintah Perihal Dagangan
(Takrif Halal) 2011.9

Bukan itu sahaja, penyalahgunaan logo halal ini juga
merupakan satu kesalahan dalam agama kerana ia merupakan satu
unsur penipuan. Ini kerana mereka memperdaya masyarakat Islam
dengan meletakkan logo halal pada barangan yang jelas bercanggah
dengan syarak. Islam amat melarang daripada perbuatan menipu
seperti ini. Sabda Rasulullah SAW:

‫َم ْن غَ َّشنَا فـَلَْي َس ِمَنّا‬ (kaum

Maksudnya: “Sesiapa yang memperdaya kami

muslimin) maka dia bukan daripada kalangan kami.”

Riwayat Muslim )101(, Abu Daud )3452(

Imam al-Khattabi berkata, lafaz “bukan daripada kalangan
kami” bermaksud bukan ikutan dan juga pegangan umat Muhammad
yakni siapa yang menipu atau mengkhianati saudaranya maka dia
telah meninggalkan ajaran dan sunnah Rasulullah SAW. Sabda
Rasulullah SAW lagi:

8 https://umexpert.um.edu.my/public_view.php?type=publication&row=NDQzNzQ%3D, laman web diakses
pada 13/1/2021.
9 http://www.federalgazette.agc.gov.my/outputp/pua_20111230_P.U.%20(A)%20430-perintah%20peri-
hal%20dagangan%20(takrif%20halal)%202011.pdf, laman web diakses pada 13/1/2021.

AL-BAYAN - SIRI 9 31

‫ َوإِ َّن الَّر ُج َل‬،‫ َوإِ َّن البَِّر يـَْه ِدي إِلَى ال َجَنِّة‬،‫إِ َّن ال ِّص ْد َق يـَْه ِدي إِلَى البِِّر‬
‫ َوإِ َّن‬،‫ َوإِ َّن ال َك ِذ َب يـَْه ِدي إِلَى الُف ُجوِر‬.‫لَيَ ْص ُد ُق َحَتّى يَ ُكو َن ِص ِّديًقا‬
‫ َوإِ َّن الَّر ُج َل لَيَ ْك ِذ ُب َحَتّى يُ ْكتَ َب ِعْن َد الَلِّه َك َّذابًا‬،‫الُف ُجوَر يـَْه ِدي إِلَى الَنّاِر‬

Maksudnya: “Sesungguhnya kejujuran akan membimbing
pada kebaikan, dan kebaikan itu akan membimbing ke syurga,
sesungguhnya jika seseorang yang sentiasa berlaku jujur maka
ia akan dicatat sebagai orang yang jujur. Dan sesungguhnya
kedustaan itu akan membawa kepada kejahatan, dan
sesungguhnya kejahatan itu akan mengiringi ke neraka. Dan
sesungguhnya jika seseorang yang selalu berdusta maka
akan dicatat baginya sebagai seorang pendusta.”

Riwayat al-Bukhari )6094( dan
Muslim )2607(

Imam al-Nawawi menghuraikan hadith ini bahawa ia
merupakan satu galakan bagi setiap insan untuk bersifat dengan
sifat benar dan melaziminya, serta larangan daripada berdusta
dan juga bersikap bermudah-mudah dengannya, kerana jika terlalu
bermudah-mudah dengan sifat menipu ini, maka lama-kelamaan
ianya akan terbiasa. (Rujuk al-Minhaj Syarh Sahih Muslim 16/160)

Justeru itu, perbuatan memalsukan logo halal atau
menyalahgunakan logo halal yang mempunyai unsur penipuan ini
amatlah ditegah.

32 AL-BAYAN - SIRI 9

Status Produk Muslim yang Tiada Logo Halal

K ebiasaannya, masyarakat Islam Malaysia akan melihat logo
halal yang dikeluarkan oleh badan berautoriti seperti JAKIM
pada barangan runcit dan sebagainya untuk memastikan status halal
haram barangan tersebut. Namun, terdapat beberapa perusahaan
atau industri kecil yang tidak mempunyai logo halal pada barangan
runcit mereka. Oleh yang demikian, bagaimana halnya dengan
produk-produk Muslim yang tiada status halal ini? Adakah kita boleh
mengambilnya atau membelinya?

Dalam Islam setiap perkara yang halal mahupun haram telah
ditetapkan dalam nas-nas syarak. Hal ini telah dinyatakan dalam

AL-BAYAN - SIRI 9 33

sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Nu’man bin Basyir bahawa
Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda:

‫ وإ َّن ال َحراَم بـَِيّ ٌن‬،‫إ َّن ال َحل َل بـَِيّ ٌن‬

Maksudnya: Sesungguhnya perkara yang halal itu sudah
dijelaskan dan perkara yang haram itu pun jelas.

Riwayat al-Bukhari )52(

Selain itu, pengguna muslim dituntut untuk memilih makanan
yang memenuhi dua kriteria iaitu halal dan baik, hal ini berdasarkan
firman Allah SWT:

‫يَا أَيُـَّها الَنّا ُس ُكلُوا ِم َّما ِفي اْلَْر ِض َحَلًل طَِيّبًا‬

Maksudnya: “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa
yang ada di bumi yang halal lagi baik.”

Surah al-Baqarah )168(

Syeikh al-Sa’di telah mengulas ayat ini dengan mengatakan
bahawa ianya ditujukan kepada seluruh manusia sama ada orang-
orang beriman ataupun kafir, supaya memakan apa yang ada di atas
muka bumi ini, yang terdiri daripada biji-bijian, buah-buahan dan
binatang-binatang yang telah dihalalkan buat mereka mengambilnya
(memakan dan mengambil manfaat daripadanya), bukan dengan
cara merampasnya, atau mencuri atau dengan hasil muamalat
(jual beli) yang diharamkan atau perkara-perkara yang diharamkan.
Manakala toyyiban pula ialah bukan daripada perkara yang buruk
(kotor dan jijik) seperti bangkai, darah, daging khinzir dan lain-lain.
Ayat ini adalah merupakan dalil bahawa hukum asal bagi sesuatu

34 AL-BAYAN - SIRI 9

perkara itu (untuk dimakan dan
diambil manfaatnya) adalah harus.
(Rujuk Tafsir as-Sa’di, 1/80)

Perlu diketahui bahawa semua

produk IKS Muslim yang tiada logo

halal (JAKIM) tidak boleh dianggap

tidak halal mahupun haram. Hal ini

kerana status halal tertakluk pada pada

bahan-bahan yang digunakan serta

teknik penyediaan yang menepati

Kitab Tafsir as-Sa’di. syarak. Produk makanan umat Islam
mestilah daripada sumber bahan mentah

yang halal lagi suci. Sebaliknya, sumber bahan mentah daripada

haiwan haram mahupun haiwan yang tidak disembelih mengikut

hukum syarak, maka jelaslah produk makanan tersebut daripada

sumber yang haram. Sehubungan itu, pengguna Muslim perlu bijak

dalam membuat penelitian terhadap bahan-bahan yang dibeli sama

ada bebas daripada unsur haram mahupun sebaliknya.

Memang tidak dapat dinafikan, pengguna Muslim mempunyai
satu hak untuk memilih barangan yang bermutu, berkualiti dan
lebih-lebih lagi memilih produk yang terdapat logo halal daripada
JAKIM. Sehubungan itu, kami berpendapat bahawa pengguna
Muslim perlu berpegang pada prinsip yakini produk Muslim IKS
halal sekiranya telah jelas produk tersebut bebas daripada unsur
haram serta teknik penyediaan yang menepati kehendak syarak.
Panduan tersebut terbina atas dasar kaedah fiqh berikut:

AL-BAYAN - SIRI 9 35

‫الْيَِقي ُن َل يـَُزوُل بِال َّش ِّك‬

Maksudnya: “Keyakinan tidak terluput dengan syak.”

Namun, sekiranya ragu-ragu terhadap sebarang produk
makanan Muslim yang tiada logo halal yang diiktiraf mahupun
melihat cara penyediaan yang tidak menepati kehendak syarak
seperti penyediaan makanan daripada telur ayam yang tidak
dibasuh dan dikhuatiri masih melekat najis padanya, maka perlu
ditinggalkan. Panduan tersebut terbina berdasarkan hadith berikut:

Daripada al-Hasan bin Ali R.Anhuma, Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda:

ٌ‫َد ْع َما يَِريبُ َك إِلَى َما لَ يَِريبُ َك فَِإ َّن ال ِّص ْد َق طَُمأْنِينَةٌ َوإِ َّن الْ َك ِذ َب ِريبَة‬

Maksudnya: “Tinggallah apa yang menjadi keraguan
kepadamu kepada yang tidak meragukan. Maka sesungguhnya
kebenaran itu adalah satu ketenangan dan sesungguhnya
dusta itu adalah satu keraguan.”

Selain itu, kami turut sarankan kepada semua pihak pengusaha
Muslim IKS untuk membuat permohonan persijilan halal. Pengusaha
Muslim juga perlu peka bagi memastikan rantaian produk halal itu
suci lagi berkualiti, dengan meneliti setiap proses pengeluaran,
penyediaan, pengendalian, penyimpanan pemprosesan, pem-
bungkusan sehinggalah penghantaran produk agar tidak tercemar
daripada najis dan tidak membahayakan pengguna. Hal tersebut
memudahkan lagi urusan mendapatkan sijil halal sekaligus dapat

36 AL-BAYAN - SIRI 9

memberikan keyakinan kepada pengguna Muslim dengan adanya
logo halal daripada JAKIM. Bahkan, satu taklifan bagi pengusaha
Muslim untuk menyediakan produk yang halal lagi suci kepada
masyarakat Islam. Hal ini kerana pengusaha Muslim lebih jelas serta
faham terhadap perkara yang telah diharamkan dalam Islam.

‫اْلَ ْص ُل بـََرا َءةُ ال ِّذَّمِة‬

Maksudnya: “Asal seseorang bebas daripada sebarang
tanggungan.”

Berdasarkan kaedah ini, asalnya pengusaha Muslim itu
dianggap bebas daripada sebarang perkara yang haram dan najis
kecuali terdapat bukti sebaliknya. Seterusnya, pengusaha produk
Muslim perlu terus memasarkan produk-produk yang terdapat logo
halal yang diiktiraf oleh JAKIM. Implikasinya, barangan yang terdapat
logo halal akan terus menjadi pilihan utama untuk kegunaan
seharian para pengguna Muslim.

Tuntasnya, produk Muslim IKS ini adalah halal sekiranya kita
meyakini produk tersebut bebas daripada unsur haram. Namun,
sekiranya kita berasa ragu-ragu terhadap sebarang produk IKS
mahupun melihat sendiri teknik penyediaan yang terjejas dengan
najis maka ianya perlu ditinggalkan. Walaubagaimanapun, kami
turut menasihati semua pihak pengusaha produk Muslim supaya
segera memohon persijilan halal (JAKIM). Hal tersebut memberi
keyakinan kepada pengguna Muslim untuk mencari produk yang
terdapat logo halal tanpa syak dan ragu-ragu. Selain itu, membeli
produk Muslim merupakan tanggungjawab umat Islam selain
dapat membantu sesama Islam selagi mempunyai pilihan. Hal ini
bersesuaian dengan firman-Nya:

AL-BAYAN - SIRI 9 37

‫َوال ُمؤِمنُو َن َوال ُمؤِمنَا ُت بـَْع َض ُه ْم أَْولِيَاءُ بـَْع ٍض‬

Maksudnya: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan
perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya
yang lain.”

Surah al-Taubah )71(

‫َوتـََعاَونُوا َعلَى الْبِّر َوالتـّْقَوى َوَل تـََعاَونُوا َعلَى اْلِإثِْم َوالْعُ ْدَوا ِن‬

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk
membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu
bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan
pencerobohan.”

Surah al-Maidah )2(

Konsep ta‘awun (tolong-menolong) merupakan perkara asas
dalam agama Islam termasuklah membantu memperkasakan
ekonomi umat Islam. Tambahan pula, sekiranya pengusaha Muslim
menyediakan produk-produk makanan yang halal lagi suci, maka
mereka telah melaksanakan tuntutan fardhu kifayah selain dapat
melunaskan zakat perniagaan kepada asnaf-asnaf yang layak.

Kami turut sarankan bagi mendapatkan penjelasan isu-isu
halal, sebaiknya merujuk pada badan yang berautoriti iaitu Bahagian
Halal (JAKIM). 10

10 Rujuk Irsyad al-Fatwa Siri ke-441: Produk Muslim yang Tiada Status Halal [muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fat-
wa/irsyad-fatwa-umum/4272-irsyad-al-fatwa-siri-ke-441-produk-muslim-yang-tiada-status-halal]

38 AL-BAYAN - SIRI 9

Aplikasi Verify Halal dan aplikasi SmartHalal ialah aplikasi yang membolehkan pengguna
menyemak status produk halal makanan & minuman, premis makanan, rumah sembelih,
bahan habis pakai, kesihatan, kosmetik & produk farmaseutikal dan perkhidmatan
logistik yang disahkan halal oleh Persijilan Halal Malaysia.

Penutup

P eristiwa yang berlaku pada akhir tahun lepas 2020 berkenaan
dengan isu daging import memberi semangat kepada kami
untuk terus memperkasakan halal JAKIM melalui kerjasama dan
langkah-langkah serta tindakan yang akan diambil.

Antara tindakan yang sedang dan akan dilaksanakan adalah:

• Perbincanganisuyangberkaitdenganhalaltelahdilakukan
dan dalam masa terdekat Prosedur Operasi Standard
(SOP) dan garis panduan halal akan dilancarkan.

• Kerajaan akan memperkenalkan kaedah pendigitalan
bagi menambah baik piawaian halal sesuatu produk di
pasaran. Kaedah tersebut merupakan sebahagian perkara
yang dibincangkan dalam prosedur operasi standard
(SOP) dan garis panduan halal produk termasuk daging
import. Langkah ini juga diyakini dapat mengelakkan

AL-BAYAN - SIRI 9 39

berlakunya penipuan label halal seperti didakwa berlaku
dalam isu kartel daging yang diimport.

• Kami akan memperkenalkan sistem QR Code dengan
kerjasama industri yang berpengalaman dalam masa
yang terdekat ini. Ini juga akan menjadikannya lebih telus
serta mudah diakses oleh semua pihak.

• Kerajaan akan meminda akta berkaitan pensijilan
halal bagi mengelakkan berlaku pertindihan selain
memperkemas undang-undang sedia ada.

• Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersedia
mempererat lagi jalinan kerjasama dengan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) khususnya dalam
audit yang dilaksanakan terhadap loji penyembelihan
di luar negara sebelum diberi kebenaran mengeksport
daging ke negara ini.

Kami berusaha dengan seupaya mungkin untuk meningkatkan
lagi kedudukan industri halal dengan lebih baik dan berjaya. Usaha
yang akan dilakukan secara bersepadu bersama semua kakitangan
dan kementerian diharap dapat menatijahkan satu sistem yang
terkehadapan serta selamat daripada sebarang manipulasi dan
penipuan. Kami berdoa kepada Allah, semoga usaha ini menatijahkan
hasil yang terbaik. Amin.

Kami akhiri dengan doa:

ً‫ َو َع َملً ُمتـََقَبّل‬، ‫ َوِرْزقًا طَِيّبًا‬، ‫الَلُّه َّم إِِنّي أَ ْسأَلُ َك ِعْل ًما نَاِفًعا‬

Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang
bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”

40 AL-BAYAN - SIRI 9

AL-BAYAN - SIRI 9 41


Click to View FlipBook Version