AL-BAYAN - SIRI 8 39
Isikandungan
u Mukadimah 3
u Isu 1 – Hukum Penggunaan Vaksin 6
u Isu 2 – Penggunaan Vaksin daripada Sumber Haram 8
u Isu 3 – Vaksin dan Alasan Darurat 11
u Isu 4 – Kandungan Vaksin daripada Najis 15
u Isu 5 – Kaitan Vaksin dan Agenda Yahudi 18
u Isu 6 – Mengapa Vaksin Covid-19 Sangat Mudah
19
Ditemui 24
u Isu 7 – Sejauhmana Keberkesanan Vaksin Covid-19 25
u Isu 8 – Kesan Sampingan Penggunaan Vaksin
u Isu 9 – Dakwaan Vaksin Pfizer Penyebab Masalah 26
27
Ketidaksuburan 29
u Isu 10 – Data Berkaitan Penularan Virus Covid-19 31
u Isu 11 – Vaksin Tidak Boleh Menghentikan Kematian 32
u Isu 12 – Kes Jururawat Tiffany Dover 34
u Isu 13 – Dakwaan Vaksin mRNA Boleh Tertukar Genetik
u Isu 14 – Adakah Vaksin Benar-benar Selamat
u Penutup 38
AL-BAYAN - SIRI 8 1
Mesyuarat Khas
Jawatankuasa
Muzakarah MKI
Kali Ke-10 telah
memutuskan
bahawa hukum
penggunaan
vaksin COVID-19
adalah harus
dan ia wajib
diambil oleh
golongan yang
telah ditetapkan
oleh kerajaan
Malaysia.
2 AL-BAYAN - SIRI 8
MUKADIMAH
Alhamdulillah segala puji dan
syukur dipanjatkan kepada Allah
SWT. Selawat dan salam kami ucapkan ke
atas junjungan besar Nabi Muhammad
SAW, para isteri dan keluarga Baginda,
para sahabat seterusnya golongan yang
mengikut jejak langkah Baginda sehingga
Hari Kiamat.
Selepas diterbitkan majalah al-Bayan yang bertajuk Pengambilan
Vaksin Covid-19: Hukum dan Permasalahannya, kami merasa
terpanggil untuk merungkaikan permasalahan yang sentiasa
berlegar di ufuk minda dan khalayak masyarakat berkaitan isu
vaksin Covid-19. Justeru, kami membuat soal jawab atau QnA yang
menghimpunkan soalan-soalan yang lazim ditanya khususnya yang
berkaitan agama dan ditujukan kepada pihak berkuasa sama ada
kepada ashabus samahah para mufti dan ahli jawatankuasa fatwa.
AL-BAYAN - SIRI 8 3
Untuk itu, satu perbincangan dalam Muzakarah Khas Peringkat
Kebangsaan telah diadakan pada 24 Disember 2020 yang lalu.
Soalan-soalan telah dikumpul dan dikemukakan kepada mereka
untuk diberikan jawapan. Alhamdulillah, dalam majlis yang sama, ia
turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato’ Seri Dr.
Noor Hisham yang juga menyumbang idea serta maklumat dalam
mengemaskini jawapan-jawapan yang telah dikemukakan. Justeru,
kami namakan majalah al-Bayan ini dengan Isu dan Persoalan
Vaksin Covid-19: Inilah Jawapannya.
Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Semoga jawapan yang
Hisham bin Abdullah, dikemukakan ini boleh memandu
kita dalam memartabatkan
Ketua Pengarah Kesihatan kefahaman dengan lebih jelas,
seterusnya dapat membuat satu
keputusan yang tepat dalam isu
pengambilan vaksin Covid-19. Kami
mengambil kesempatan untuk
merakamkan ribuan terima kasih
kepada ashabus samahah para
mufti, ahli majlis fatwa kebangsaan
serta rakan-rakan para ulama’ yang
memberi sumbang saran serta
buah fikiran untuk merungkai
isu yang terkait dengan vaksin
Covid-19. Jazakumullahu khairal
jaza’.
Sekian, terima kasih.
4 AL-BAYAN - SIRI 8
Status terkini Covid-19 sehingga 3 Januari 2021.
AL-BAYAN - SIRI 8 5
Isu 1
Hukum Penggunaan Vaksin
Soalan: Apakah hukum penggunaan vaksin COVID-19 dan
bagaimanakah istinbat hukum berkaitan status halal vaksin
dilaksanakan?
Jawapan:
Hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus tetapi
diwajibkan kepada beberapa golongan tertentu yang telah
ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Hukum
ini berdasarkan maklumat yang ada sekarang, situasi semasa dan
keadaan setempat. Ia mungkin akan berubah pada masa akan
datang. Kaedah menyebut:
تغُيّر الَْفتـَْوى بِتغُيِّر الَّزَما ِن َوالْ َم َكا ِن َوالأَ ْحَوا ِل َوال ُظُّرو ِف
Maksudnya: “Fatwa boleh berubah dengan perubahan
masa, tempat, situasi dan keadaan.”
Begitu juga sebuah kaedah Fiqh yang lain menyebut:
َل يـُْن َكُر تغيـُّر اْلأَ ْح َكاِم بتغُيِّر اْلأَْزَما ِن
Maksudnya: Tidak diingkari berlakunya perubahan hukum
disebabkan perubahan masa.1
1 Syeikh Mustafa al-Zarqa’ berkata: Perkara ini (perubahan hukum disebabkan perubahan
masa) merupakan suatu perkara yang diperakukan, diterima pakai lagi thabit. Dan ia
merupakan sunnatullah dalam pensyariatan kepada hamba-hamba-Nya. Sesungguhnya ketika
bermulanya penciptaan manusia dan keadaan pada ketika itu dalam suasana kesempitan
6 AL-BAYAN - SIRI 8
Statistik dunia penyebaran Covid-19 sehingga 3 Januari 2021
disebabkan sedikitnya bilangan zuriat, Allah SWT membenarkan pernikahan seorang perempuan
dengan adik beradik lelakinya, serta memberikan keluasan dalam beberapa perkara. Hukum
tersebut kekal sehinggalah keturunan semakin banyak dan meluas, lalu perkahwinan antara adik
beradik kandung diharamkan pada ketika itu. (Lihat Syarah al-Qawa’id al-Fiqhiyyah, hlm. 227 - 228)
AL-BAYAN - SIRI 8 7
Isu 2
Penggunaan Vaksin daripada Sumber Haram
Soalan: Adakah Islam membenarkan penggunaan ubat atau
vaksin daripada sumber yang haram?
Jawapan:
Dalam keadaan darurat, khususnya bagi menjaga nyawa pesakit,
Islam mengharuskan penggunaan ubat daripada sumber yang
haram. Walau bagaimanapun, ia adalah secara bersyarat dan
mengikut kadar yang telah ditetapkan.
Dalam isu ini, satu perkara yang perlu diperhatikan juga adalah
berkenaan konsep istihalah, iaitu teori perubahan jirim atau zat
sesuatu bahan kepada zat bahan yang lain di mana identiti asalnya
tidak lagi dapat dikenalpasti untuk dikaitkan dengan zat bahan yang
asal. (Lihat al-Muhalla, 7/418)
Dalam isu Istihalah ini, para ulama’ secara dasarnya telah
bersepakat untuk menerimanya sebagai satu proses atau alat
penyucian bahan bernajis. Namun dari sudut pemakaian proses
ini, sebahagian ulama’ ada yang memperluaskannya, manakala
sebahagian yang lain mengehadkan pemakaiannya kepada kes-
kes dan syarat tertentu sahaja. Perbezaan pandangan ini boleh
diringkaskan seperti berikut:
8 AL-BAYAN - SIRI 8
• Mazhab Hanafi, Maliki dan Ibn Hazm: Istihalah
merupakan salah satu proses yang membolehkan
sesuatu bahan yang najis menjadi suci sama ada terjadi
secara semulajadi ataupun melalui perantaraan iaitu
percampuran dengan bahan lain atau aktiviti lain seperti
pembakaran. Hujah mereka adalah bahawa zat asal
sesuatu benda itu telah berubah kepada bentuk atau
sifat lain.
• Mazhab Syafie dan Hanbali: Benda yang najis tidak
menjadi suci dengan berubah sifat benda tersebut. Bagi
mazhab Syafie, perubahan daripada sesuatu yang haram
kepada suci atau halal hanya berlaku dalam tiga perkara
sahaja:
i. Arak yang bertukar menjadi cuka secara
semulajadi,
ii. Kulit bangkai binatang selain anjing dan babi
menjadi suci apabila disamak dan;
iii. Sesuatu yang berubah menjadi binatang hidup
seperti bangkai berubah menjadi ulat kerana
terjadi suatu kehidupan baru.
Dalam fatwa dan ijtihad
semasa, kebanyakan fatwa-
fatwa ulama’ Timur Tengah
didapati menggunakan
pendapat mazhab Maliki dan
Hanafi dengan memperluaskan
penggunaan Istihalah.
AL-BAYAN - SIRI 8 9
Perkara ini boleh dilihat melalui keputusan Nadwah Pengurusan
Islam ke-8 dalam Ilmu Perubatan yang diadakan di Kuwait pada 22-
24 Mei 1995. Resolusi yang dicapai antara lain merumuskan:
Gelatin yang terbentuk daripada proses istihalah
daripada tulang binatang najis, kulit dan uratnya adalah
bersih dan halal dimakan.
Sabun yang dihasilkan melalui proses istihalah daripada
lemak khinzir ataupun bangkai binatang adalah bersih
dan harus digunakan.
Keju yang dihasilkan daripada rennet yang didapati
daripada bangkai haiwan yang halal dimakan adalah
bersih dan harus digunakan.
Alat-alat solek yang mengandungi lemak khinzir tidak
boleh digunakan, kecuali jika telah pasti berlaku proses
istihalah dan telah berlaku pertukaran ain atau zatnya.
Bahan makanan yang mengandungi lemak khinzir
sebagai bahan kandungannya dengan tidak berubah
zatnya seperti yang terdapat pada sesetengah keju,
minyak, mentega, dadih, biskut, coklat dan aiskrim
adalah haram dimakan.
• Rujuk al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 9/660-665
10 AL-BAYAN - SIRI 8
Dalam hal ini, ujian makmal diperlukan bagi memastikan apakah
proses istihalah itu benar-benar berlaku iaitu pertukaran ain atau
zat. Hal ini kerana pandangan mata kasar sahaja tidak mampu untuk
mengenalpasti apakah pertukaran zat dan ain bahan yang haram itu
benar-benar berlaku.
Isu 3
Vaksin dan Alasan Darurat
Soalan: Mengapa timbul isu Istihalah kepada ubat-ubatan
atau vaksin yang mengandungi enzim babi, janin atau lain-
lain bahan yang meragukan dengan menggunakan alasan
darurat?
Jawapan:
Ini adalah kerana bahan yang digunakan pada ketika itu adalah
yang paling sesuai dan terbukti efektif. Dalam masa yang sama belum
terdapat bahan daripada sumber yang dibenarkan oleh Syarak.
AL-BAYAN - SIRI 8 11
Syeikh al-Azhar, Prof. Dr. Ahmad Tayyib
melalui Hai’ah Kibar Ulama’ al-Azhar
telah menghuraikan dengan panjang
lebar berkenaan isu ini. Antara
lain mereka menyebut: Pendapat
dan fatwa oleh semua institusi
Fiqh moden telah mengemukakan
pandangan berkenaan dengan
keharusan memanfaatkan sebarang
bentuk yang terkait dengan sel manusia.
Al-Imam al- Akbar Syeikh Jika sekiranya penggunaan tersebut
al-Azhar, al-Syeikh Prof. boleh menghilangkan wabak corona
Dr. Ahmad Tayyib atau menjadi ubatan dengan apa
yang telah dilakukan oleh pakar-pakar dalam kajian mereka dan
terdapatnya darurat2 atau keperluan yang amat, ketika itu hukumnya
2 Firman Allah SWT:
فََم ِن ا ْضطَُّر غَيـَْر بَاٍغ َوَل َعاٍد فََل إِثْ َم َعلَْيِه إِ َّن الَلّهَ غَُفوٌر َّرِحي ٌم
Maksudnya: Maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak
mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu),
maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah al-Baqarah: 173)
Darurat menurut Syeikh Muhammad al-Zuhaili ketika membahas kaedah al-darurat tubih al-
manzurat (perkara darurat mengharuskan perkara yang dilarang) ialah: “Sampainya seseorang
kepada had peringkat yang jika dia tidak mengambil sesuatu yang dilarang maka akan menghasilkan
kebinasaan kepada diri orang yang terdesak itu, atau hampir kepada kebinasaan, seperti hilangnya
anggota, hilangnya pancaindera maka ini dianggap darurat daripada sudut Hukum Syarak.” (Rujuk
al-Qawaid al-Fiqhiyyah wa Tatbiqatiha fi al-Madzahib al-Arba`ah, 1/276)
Manakala takrif yang dipilih dalam Ma`lamah Zayed ialah: “Ia adalah hal keadaan di mana seseorang
manusia berada dalam dilema; jika dia tidak meraikan sesuatu (yakni melakukan sesuatu) nescaya
dia akan binasa atau ditakuti akan menghilangkan maslahat-maslahat bagi perkara-perkara yang
doruri.” Perkara yang doruri didefinisikan sebagai penjagaan agama, nyawa, akal, keturunan dan
harta. (Rujuk Ma`lamah Zayed li al-Qawaid al-Fiqhiyyah wa al-Usuliyyah (No. 258)
Namun begitu, kebenaran ini terhad pada perkara darurat itu sahaja. Ini bersesuaian dengan
kaedah Fiqh:
َما أُبِي َح لِل َّضُروَرِة يـَُق ِّد ُر بَِق َدِرَها
12 AL-BAYAN - SIRI 8
harus. Akan tetapi, persoalan ini hendaklah dirujuk kepada pakar
dan ahli ikhtisas daripada kalangan pakar perubatan, farmasi dan
pembuat ubat-ubatan yang dipercayai. Kami berdoa semoga Allah
mengangkat bala dan penyakit ini serta dimudahkan kami untuk
merawatnya di samping diberi hidayah kepada-Nya.3
Manakala Majlis Fatwa Kerajaan Emiriah Arab
Bersatu (UAE) pula menyatakan: Di antara
perkara yang membawa kepada hukum
wajib adalah ketika berlakunya wabak
penyakit yang berjangkit di mana ketika
itu rawatan adalah termasuk dalam
bab menghilangkan kemudaratan
yang menjadi tuntutan Syarak. Kami
menyatakan sebagaimana dalam fatwa
majlis bilangan 11 untuk tahun 2020
bahawa wajib menurut Syarak atas semua
puak atau kumpulan dalam masyarakat Ma’ali al-Allamah al-Syeikh
untuk beriltizam dengan sepenuhnya Abdullah bin Bayyah, Pengerusi
sebarang bentuk taklimat kesihatan Majlis Fatwa Kerajaan Emiriah
Arab Bersatu (UAE)
Maksudnya: “Apa yang diharuskan kerana darurat itu diharuskan mengikut kadar daruratnya
sahaja.” (Rujuk al-Asybah wa al-Nazha’ir oleh Imam al-Suyuti, hlm. 172)
Kaedah menyatakan:
الْ َمْي ُسوُر َل يَ ْسُق ُط بِالْ َم ْع ُسْوُر
Maksudnya: “Perkara yang mudah dilakukan tidak jatuh tuntutannya dengan perkara yang
sukar dilakukan.” (Rujuk al-Asybah wa al-Nazo`ir, hlm. 293)
Kami menutup perbincangan ini dengan ingatan dan nasihat Syeikh al-Maraghi: “Lafaz ‘sedang
dia tidak menginginkannya dan tidak melampaui batas’ disebutkan supaya manusia tidak
mentafsirkan keadaan ‘terpaksa’ dengan sewenang-wenangnya. Jika urusan untuk menetapkan
‘batasan’nya diserahkan kepada mereka. Dalam keadaan sebegini, boleh jadi ada yang menyangka
dirinya ‘terpaksa’ padahal sebenarnya ‘tidak’. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 1/332)
3 Surat Syeikh al-Azhar kepada YB Menteri di JPM (HEA) berkenaan fatwa COVID-19 bertarikh 22
Disember 2020.
AL-BAYAN - SIRI 8 13
dan peraturan yang dikeluarkan oleh pihak yang ditetapkan oleh
pemerintah seperti Kementerian Kesihatan. Ditambah lagi dengan
mengambil segala tindakan yang sewajarnya bagi menghalang
tersebarnya penyakit. Begitulah berkenaan dengan pengambilan
vaksin apabila diperintahkan secara jelas oleh badan berautoriti.
Kami memberi fatwa kepada umat Islam akan keharusan penggunaan
vaksin Covid-19 dan kami menyeru mereka untuk bekerjasama
dengan kerajaan dalam menjayakan pelaksanaan suntikan vaksin
dan menghormati segala langkah untuk memelihara dan penjagaan
sebagaimana kami menyeru mereka agar sentiasa kembali kepada
Allah dengan berdoa dan membanyakkan istighfar. Ini diharapkan
agar Allah kurniakan kepada seluruh umat dengan rahmat-Nya dan
mengangkat bala.4
Syeikh Prof. Dr. Muhammad al-Zuhaili
yang merupakan salah seorang anggota
Majma’ Fuqaha’ al-Syari’ah Amerika
ketika mengulas berkenaan dakwaan
terdapatnya sel-sel babi dalam
vaksin dan juga dakwaan vaksin
mengandungi sel janin yang gugur,
beliau berkata: Vaksin Pfizer dan
Moderna yang mana keduanya ini
akan terdapat di pasaran dalam masa
terdekat sama sekali tidak menggunakan
Syeikh Prof. unsur-unsur ini serta tidak terdapat
Dr. Muhammad al-Zuhaili
4 Surat Syeikh Abdullah bin Bayyah kepada YB Menteri di JPM (HEA) berkenaan fatwa COVID-19
bertarikh 21 Disember 2020. Badan Fatwa ini dipengerusikan oleh Ma’ali al-Allamah al-Syeikh
Abdullah bin Bayyah. Antara anggotanya adalah; Dr Umar al-Dar’ie, Dr Salim Muhammad al-Daubi,
Dr Abdullah Muhammad al-Ansari, Syeikh Ahmad Muhammad al-Syahi, Dr Ahmad al-Haddad,
Fadhilah Syammah Yusuf al-Zahiri, Dr Amani Lubis, Dr Hamzah Yusuf Hanson dan Dr Ibrahim Abid
al-‘Ali.
14 AL-BAYAN - SIRI 8
pada keduanya sesuatu yang mendatangkan syak akan kehalalan
keduanya daripada sudut ini. (Rujuk al-Fatwa al-Mufassalah al-
Sodirah min Majma’ Fuqaha’ al-Syari’ah fi Amrika)
Isu 4
Kandungan Vaksin daripada Najis
Soalan: Benarkah vaksin mengandungi bahan-bahan
semulajadi yang tidak sah (najis) atau dilarang untuk dimakan
dalam undang-undang Islam seperti berasaskan babi atau
telah diperlakukan dengan bahan-bahan tersebut dalam
proses pengeluaran. Contohnya vaksin yang berasaskan
inactivated vaccine menggunakan sel Vero (African Green
Monkey kidney cells) untuk pembiakan virus dan gelatin babi
digunakan sebagai penstabil?
Jawapan:
Mungkin ada benarnya contoh tersebut. Walau bagaimanapun,
vaksin yang digunakan di Malaysia dan diwajibkan dalam jadual
imunisasi kebangsaan adalah suci dan tidak mengandungi unsur
yang diharamkan. Lebih-lebih lagi, dalam kebanyakan teknologi
pembuatan vaksin yang baharu seperti vaksin COVID-19 buatan
Pfizer and BioNTech, ia tidak mengambil sumber daripada
komponen haiwan, sebaliknya menggunakan mRNA gen sintetik
bagi merangsang pembinaan antibodi dalam tubuh manusia sebagai
pelindung daripada virus COVID-19.
AL-BAYAN - SIRI 8 15
Menurut satu kenyataan atau fatwa yang ditandatangani
oleh para cendekiawan daripada beberapa institusi Islam yang
berpengaruh di UK, mereka menyatakan bahawa vaksin Pfizer
BioNTech COVID-19 yang baru adalah halal kerana pemerintah
telah mengesahkan bahawa ia tidak mengandungi komponen asal
haiwan. Fatwa tersebut ditandatangani oleh ulama Deobandi Yusuf
Shabbir dan Mufti Shabbir Ahmad dari Darul Uloom Blackburn,
Mufti Muhammad Tahir dari Darul Uloom Bury, dan perunding NHS
Mawlana Kallingal Riyad.
Mereka berkata: “Kami telah menghubungi syarikat Pfizer
untuk meminta huraian bahan-bahan yang telah dikongsi dengan
kami. Ia juga boleh dirujuk di pautan ini.5 Pada mulanya, satu-
satunya bahan yang menjadi perhatian adalah kolesterol, kerana
ia boleh bersumber daripada lemak haiwan walaupun biasanya
ia bersumberkan daripada telur ayam. Kenyataan daripada pihak
kerajaan yang disebutkan sebelumnya menegaskan bahawa ia
tidak bersumber daripada lemak haiwan, dan oleh itu ia adalah
halal. Syarikat itu juga telah mengesahkannya dalam e-mel kepada
kami yang menyatakan: ‘Semua larutan yang digunakan dalam
COVID-19 mRna Vaccine BNT162b2 adalah sama ada daripada
sumber yang berasal daripada tumbuhan atau sintetik. Vaksin
tersebut tidak mengandungi komponen haiwan.’ Perlu dinyatakan
juga bahawa jawapan ini khusus untuk vaksin Pfizer BioNTech
Covid-19 berdasarkan bahannya sekarang, dan tidak semestinya
terpakai kepada vaksin lain yang akan datang.”6
5 https://assets.publishing.service.gov.uk/government/uploads/system/uploads/attachment_
data/file/943249/Information_for_UK_recipients.pdf
6 Rujuk https://5pillarsuk.com/2020/12/07/fatwa-pfizer-covid-19-vaccine-declared-halal/
16 AL-BAYAN - SIRI 8
Pfizer merupakan salah satu syarikat farmaseutikal terbesar di dunia dan
terlibat dalam membangunkan vaksin Covid-19.
AL-BAYAN - SIRI 8 17
Isu 5
Kaitan Vaksin dan Agenda Yahudi
Soalan: Benarkah wujud korelasi antara vaksin COVID-19
dengan agenda jahat Yahudi atau suatu teori konspirasi untuk
melemahkan umat Islam?
Jawapan:
Korelasi yang wujud hanyalah bersifat andaian semata-mata
dengan memetik jurnal-jurnal yang tidak berwibawa dan telah
dipertikai kredibilitinya.
Hakikatnya, negara Israel sendiri memberikan vaksin kepada
anak-anak mereka. Sekiranya vaksin itu satu konspirasi jahat untuk
melemahkan umat, kenapa mereka juga membenarkan anak-anak
mereka disuntik? Pemberian vaksin sebenarnya melepasi sempadan
18 AL-BAYAN - SIRI 8
konspirasi yang sengaja direka-reka, tetapi ianya penting bagi
menyelamatkan umat manusia daripada terus dihinggapi penyakit
berbahaya. Ini boleh dilihat pada jadual vaksin kepada anak-anak
orang Yahudi sendiri.7
Isu 6
Mengapa Vaksin Covid-19 Sangat Mudah Ditemui
Soalan: Mengapa begitu mudah vaksin COVID-19 ditemui
sedangkan pelbagai penyakit kronik seperti HIV dan AIDS
yang telah sekian lama wujud masih belum ada penawarnya?
Jawapan:
Wabak penularan COVID-19 adalah bersifat pandemik
yang melibatkan masyarakat awam secara umum. Kajian dan
pembangunan vaksin COVID-19 dilaksanakan oleh pelbagai pihak
dengan kesegeraan untuk menyelesaikan masalah pandemik ini.
Ianya berbeza dengan HIV dan AIDS yang sifat penularannya adalah
dalam kalangan pihak yang terlibat sahaja. Sebagai makluman,
penawar HIV dan AIDS sudah ditemui dan digunakan untuk merawat
pengidapnya.
Selain itu, penyakit COVID-19 yang disebabkan oleh virus SARS
CoV-2 ini juga mempunyai persamaan dengan virus SARS yang
7 https://www.health.gov.il/English/Topics/Vaccination/Pages/default.aspx ; Lihat juga https://
ms-my.facebook.com/drsuhazeli/posts/vaksin-agenda-yahudihakikat-sebenarnya-negara-israel-
sendiri-memberikan-vaksin-k/2150203405018971/
AL-BAYAN - SIRI 8 19
menjadi epidemik sekitar 2003. SARS menyebabkan kematian
sekitar 800 orang. Virus COVID-19 ini satu keluarga dengan virus
yang menyebabkan SARS dan MERS iaitu virus Coronaviridea. Virus
yang menyebabkan COVID-19, SARS dan MERS mempunyai satu
persamaan. Mereka mempunyai ‘spike protein’ berbentuk mahkota
atau crown di luar permukaan virus. Kerana itu dalam kumpulan ini
dinamakan Coronavirus kerana mahkota bermaksud korona dalam
bahasa Latin. Spike protein ini akan memegang reseptor ACE-2 di
dalam paru-paru dan merupakan jalan masuk virus ini ke dalam
badan manusia. Walaupun virus ini bermutasi, ia mempunyai
persamaan yang penting iaitu spike protein yang merupakan protein
penting yang merupakan laluan masuk (point of entry) dalam badan
manusia.
20 AL-BAYAN - SIRI 8
Untuk itu, vaksin COVID-19 mudah ditemui berdasarkan faktor-
faktor yang berikut:
• Genom sequencing atau maklumat genetik virus ini mula
dilaporkan dalam jurnal saintifik pada bulan Februari
2020. Ini membolehkan saintis di seluruh dunia bekerja
untuk mengenal pasti protein penting untuk pembuatan
vaksin dan ubat.
• Saintis sebelum ini telah menjalankan kajian bertahun-
tahun lamanya untuk menghasilkan vaksin SARS dan
MERS. Jadi asas pembuatan vaksin Coronavirus ini bukan
baru. Dengan maklumat genetik virus COVID-19 yang
dikongsi oleh penyelidik China, membolehkan saintis
seluruh dunia bekerja menghasilkan vaksin COVID-19.
• Berbanding SARS dan MERS, kadar jangkitan COVID-19
lebih tinggi. Walaupun kadar kematiannya lebih rendah
berbanding SARS dan MERS, disebabkan ia cepat
merebak, maka kadar kematian pun tinggi. Maka banyak
dana diberikan dan proses birokrasi dipermudahkan.8
8 Rujukan: Wu, F., Zhao, S., Yu, B. et al. A new coronavirus associated with human respiratory
disease in China. Nature 579, 265–269 (2020); Jiang S, He Y, Liu S. SARS vaccine development.
Emerg Infect Dis. 11, 1018-1020 (2005). Lihat: https://www.facebook.com/inisainsbeb/photos/a.
617105781982014/1316992535326665/?type=3&source=48
AL-BAYAN - SIRI 8 21
Dalam pembangunan vaksin Covid-19 ini, daripada calon vaksin
aktif yang telah disahkan, 56 (72%) sedang dibangunkan oleh
syarikat-syarikat pemaju vaksin yang terkenal. Manakala 22 (28%)
lagi daripada projek yang diterajui oleh sektor akademik, awam
dan organisasi bukan berkeuntungan lain. Sebilangan besar aktiviti
perkembangan vaksin Covid-19 adalah di Amerika Utara, dengan 36
(46%) pemaju calon vaksin aktif yang disahkan berbanding dengan
14 (18%) di China, 14 (18%) di Asia (tidak termasuk China) dan
Australia, dan 14 (18%) di Eropah.9
Setakat yang disenaraikan, telah banyak makmal dan kajian yang
menjalankan usaha membangunkan vaksin Covid-19 ini. Antaranya:
• BioNTech (Jerman)10 /Fosun Pharma/Pfizer RNA (US) 11
• Moderna12 / NIAID RNA (US)
• Johnson & Johnson Non-Replicating Viral Vector (US)
• Novavax Protein Subunit (US)
• AstraZeneca13 / University of Oxford Non-Replicating
9 Lihat http://covid19.kk.usm.my/index.php/artikel/bacaan-umum/95-covid-19-calon-vaksin-
yang-telah-memasuki-fasa-klinikal
10 BioNTech SE (Biopharmaceutical New Technologies) ialah sebuah syarikat bioteknologi Jerman
yang berpangkalan di Mainz yang membangunkan dan menghasilkan imunoterapi aktif untuk
rawatan penyakit. (wikipedia.org-BioNTech)
11 Pfizer Inc. merupakan sebuah syarikat farmaseutikal Amerika yang beribu pejabat di Bandar
Raya New York, dengan ibu pejabat penyelidikannya terletak di Groton, Connecticut. Pfizer ialah
salah satu syarikat farmaseutikal terbesar di dunia. (wikipedia.org-Pfizer)
12 Moderna, Inc. ialah syarikat bioteknologi yang berpangkalan di Cambridge, Massachusetts,
dengan berfokus pada penemuan dan pembangunan ubat-ubatan berdasarkan RNA duta (mRNA).
Syarikat ini mencipta mRNA sintetik yang dapat disuntikkan ke tubuh pesakit untuk membantu
pesakit membuat terapi sendiri. (wikipedia.org-Moderna)
13 AstraZeneca plc ialah syarikat farmaseutikal dan biofarmaseutikal multinasional Anglo-Sweden.
Pada tahun 2013, ia memindahkan ibu pejabatnya ke Cambridge, United Kingdom. (wikipedia.
org-AstraZeneca)
22 AL-BAYAN - SIRI 8
Viral Vector (UK)
• Sinovac Inactivated (China)14
• Sinopharm - Wuhan Institute of Biological Products
Inactivated (China)
• Sinopharm - Beijing Institute of Biological Products
Inactivated (China)
• CanSino Biological Inc. Non-Replicating Viral Vector
(China)
• Anhui Zhifei - Longcom Protein (China)
• Bharat Biotech Inactivated (India)
• Gamaleya Research Institute Non-Replicating Viral
Vector (Russia)15
• Medicago Inc. Plant-derived virus-like particles (Canada)
14 Sinovac Biotech Ltd. ialah sebuah syarikat biofarmasi yang berfokus pada penyelidikan,
pembangunan, pembuatan dan pengkomersialan vaksin-vaksin yang mencegah penyakit
berjangkit manusia. Syarikat ini beribu pejabat di Beijing, China. (wikipedia.org-Sinovac_Biotech)
15 Institut Penyelidikan Epidemiologi dan Mikrobiologi Gamaleya ialah sebuah institut penyelidikan
kedoktoran Rusia yang beribu pejabat di Moscow.
AL-BAYAN - SIRI 8 23
Isu 7
Sejauhmana Keberkesanan Vaksin Covid-19
Soalan: Sejauhmanakah keberkesanan vaksin COVID-19
kerana enam daripada beberapa orang yang telah diuji
dilaporkan maut selepas menerima vaksin dalam peringkat
ujian?
Jawapan:
Walaupun terdapat enam kematian, namun empat daripadanya
adalah daripada kumpulan placebo (kumpulan yang tidak menerima
vaksin COVID-19) dan dua daripadanya disebabkan oleh masalah
jantung dan atherosclerosis.
Dalam satu keputusan fatwa yang dikeluarkan oleh Majma’
Fuqaha’ al-Shari’ah, Amerika di mana salah seorang anggotanya
adalah Syeikh Dr. Muhammad al-Zuhaili, antara lain menyebut:
“Berkenaan dengan isu suntikan vaksin Covid-19, kami telah
mendapat pandangan daripada para doktor Muslim yang thiqah
bahawa suntikan tersebut telah melalui dan telah diterima oleh
badan perubatan yang telah membuat ujikaji melebihi daripada
40,000 jiwa, sedangkan tiada gejala dalam tempoh dua bulan. Ini
lebih daripada memadai bilangan untuk ujian berdasarkan kajian
terdahulu.”16 Justeru, mereka mengeluarkan keputusan bahawa
menggunakan dan mengambil suntikan vaksin Covid-19 adalah harus
atau sunat, manakala kepada yang terlibat secara langsung (barisan
hadapan/frontliner) hukumnya adalah wajib untuk maslahat umum.
16 Surat Dr. Muhammad al-Zuhaily kepada YB Menteri di JPM (HEA) berkenaan fatwa COVID-19
bertarikh 20 Disember 2020. Beliau merupakan salah seorang anggota Majma’ ini.
24 AL-BAYAN - SIRI 8
Petugas barisan hadapan khususnya pasukan perubatan sentiasa
berdepan pelbagai cabaran getir dalam merawat pesakit Covid-19
Isu 8
Kesan Sampingan Penggunaan Vaksin
Soalan: Bagaimana jika terdapat kesan sampingan setelah
pelalian dijalankan dan terdapat potensi hubungan vaksinasi
dengan perkembangan autisme, bell’s palsy, dan lain-lain?
Jawapan:
Kesan sampingan atau adverse event boleh dilaporkan kepada
pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan kajian terperinci akan
dibuat untuk mengetahui sebab sebenar yang meliputi faktor-faktor
yang mempengaruhi kesan sampingan itu berlaku.
AL-BAYAN - SIRI 8 25
Dalam proses pembangunan
vaksin, ujian-ujian
klinikal telah dijalankan
untuk menentukan
tahap keselamatan dan
keberkesanan vaksin-vaksin
yang sedang dibangunkan.
Jika terdapat kesan sampingan yang teruk (severe adverse
effect), maka vaksin tersebut tidak akan diluluskan. Sebagai contoh,
vaksin yang dihasilkan oleh University of Queensland yang telah
menghasilkan antibody untuk HIV, telah diberhentikan.
Oleh itu, vaksin yang telah lulus ujian klinikal fasa 3, dan mendapat
kelulusan NPRA, kebiasaannya adalah selamat untuk diambil dan
berkesan untuk melindungi daripada penyakit Covid-19. 17
Isu 9
Dakwaan Vaksin Pfizer Penyebab Masalah Ketidaksuburan
Soalan: Benarkah vaksin Pfizer BioNtech boleh menyebabkan
masalah ketidaksuburan atau kemandulan?
Jawapan:
Tiada pembuktian bahawa Vaksin Pfizer BioNtech boleh
menyebabkan masalah ketidaksuburan. Kajian yang terperinci akan
dijalankan oleh pihak NPRA sebelum vaksin tersebut akan diterima
dan didaftarkan untuk digunakan di Malaysia.
17 Dokumen daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
26 AL-BAYAN - SIRI 8
Isu 10
Data Berkaitan Penularan Virus Covid-19
Soalan: Adakah terdapat dapatan data yang tepat melalui
penyelidikan secara akademik berkaitan penularan dan
jangkitan virus COVID-19 sehingga SOP masjid dikaji semula
dan masjid dapat dibuka seperti biasa?
Jawapan:
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia ada menjalankan
penyelidikan ini di mana kadar kebolehjangkitan semasa iaitu R.O. =
4 iaitu seorang yang dijangkiti boleh menyebabkan seorang yang lain
dijangkiti. Data ini sentiasa dikemaskini setiap hari bagi memastikan
penularan wabak terkawal dan SOP juga sentiasa dikemaskini
dari semasa ke semasa mengikut graf lengkung penularan wabak
COVID-19.
National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) atau Bahagian
Regulatori Farmasi Negara
AL-BAYAN - SIRI 8 27
Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham dalam sidang media harian sentiasa
berkongsi kemas kini data-data terbaru berkaitan Covid-19 bagi
memastikan penularan wabak terkawal.
Selain itu, hal ini juga berdasarkan pertimbangan sekiranya
terdapat pesakit Covid-19 yang tidak mempunyai sebarang simptom
(asympthomatic) namun boleh menjangkiti orang lain dengan kadar
yang sama dengan pesakit yang bersimptom. Maka penetapan
S.O.P yang diputuskan adalah setelah mengambil kira pendapat
dan pandangan daripada pelbagai pihak, khususnya Kementerian
Kesihatan Malaysia dalam usaha mengekang penularan wabak
penyakit berjangkit ini.
28 AL-BAYAN - SIRI 8
Isu 11
Vaksin Tidak Boleh Menghentikan Kematian
Soalan: Terdapat kenyataan bahawa vaksin COVID-19 tidak
boleh menghentikan kematian ribuan orang pun pada musim
pandemik ini sehingga beberapa bulan mendatang seperti di
negara Amerika. Justeru ada yang menganggap bahawa tiada
faedah untuk ambil vaksin Covid-19 ini. Mohon komentar.
Jawapan:
Pertamanya, kita amat perlu berikhtiar sepertimana nas hadith
agar merawat dan mencari jalan rawatan. Antaranya melalui
penggunaan vaksin Covid-19. Justeru, selepas berikhtiar, maka
bukanlah tugas kita untuk menentukan mati atau hidup.
Komentar daripada Dr. Suhazeli menyebut:
Banyak kali sudah kita jelaskan bahawa
imunisasi itu adalah untuk mencegah.
Konsep pencegahan itu telah diketahui
umum dan bertujuan bagi melindungi
kita daripada dijangkiti kuman
merbahaya secara khusus. Hal ini
perlu difahami agar tidak terkeliru.
Sekiranya seseorang telah pakai tali
keledar, tidak bermakna dia tidak mati
atau cedera akibat kemalangan? Sudah
tentu ikhtiar lain wajib dilakukan bagi Dr. Suhazeli bin Abdullah
mengelakkan berlakunya kemalangan.
AL-BAYAN - SIRI 8 29
Antaranya adalah dengan mengikut peraturan jalan raya, memandu
secara berhemah dan tidak memandu secara melulu. Bahkan jika
kita termasuk dalam orang yang taat peraturan sekali pun, risikonya
tetap ada. Mungkin kita pula dilanggar oleh orang lain.
Jika kita telah pakai topi keledar, tidak semestinya kita boleh
langgar sesuka hati bonet lori sebagai contoh. Begitulah juga
dengan apa-apa penyakit berjangkit khususnya COVID-19 sekarang.
Walaupun terdapat vaksin nanti, kita tetap perlu menjaga SOP yang
ditetapkan. Kecualilah terdapat satu kajian baharu, andai sekiranya
sudah divaksinkan, kita bebas tanpa perlu memakai mask di tempat
padat dan sebagainya. Semuanya itu perlu dibuktikan melalui sains.
Vaksin ialah ikhtiar yang juga bukan bahan ajaib, di mana hari ini
suntik, esok terus kebal. Tidak. Tetapi amat penting keberkesanan
dan keselamatan yang optima bagi menghindarkan diri kita
daripada dijangkiti. Oleh itu kajian dan pemantauan berterusan
perlu dilakukan. Jika terkena juga, semua itu urusan Allah jua. Kita
tidak boleh menafikan dan Qadar Allah SWT.
30 AL-BAYAN - SIRI 8
Kenyataan yang mengatakan vaksin COVID-19 tidak boleh
menghentikan kematian ribuan rakyatnya pada musim pandemik
ini sehingga beberapa bulan mendatang. Saya setuju. Jika kita lihat
kepada kes positif di US sudah melebihi 18.8 juta (sehingga 26
Disember 2020, kes telah meningkat kepada 19.2 juta) dan kadar
kematian adalah 1.8%. Lihat pula kes yang masih di dalam rawatan
kritikal, lebih 28 ribu. Potensi untuk ramai lagi mati sebulan dua lagi
adalah tinggi. Oleh yang demikian, vaksin hadir bagi satu kaedah
ikhtiar untuk mengelakkan rakyat yang masih hidup untuk dilindungi
daripada serangan wabak COVID-19.
Isu 12
Kes Jururawat Tiffany Dover
Soalan: Bagaimana dengan kes kesan sampingan yang
dilaporkan selepas suntikan vaksin iaitu apabila Tiffany
Dover, seorang jururawat yang pengsan setelah suntikan
vaksin Pfizer? Sehingga ada cerita tersebar bahawa beliau
sudah mati akibat suntikan vaksin tersebut.
Jawapan:
Satu kes yang berlaku bukanlah mewakili keseluruhan kes. Ini
kerana berdasarkan iktibar secara ramai ataupun ghalib.
Kenyataan rasmi daripada Hospital yang terlibat dalam kajian
pemberian vaksin COVID-19 itu jelas menyatakan Tiffany Dover sihat
dan masih hidup. Perlu difahami bahawa kajian vaksin COVID-19
AL-BAYAN - SIRI 8 31
ini masih lagi dalam fasa ke-3. Segala kemungkinan sama ada baik
atau buruk akan ditentukan setelah kajian diteruskan ke atas ramai
lagi manusia. Jika banyak kesan buruk sudah pasti pihak berkuasa
yang memantau tidak akan meluluskannya kepada kegunaan awam.
Semuanya mengikut protokol, garis panduan dan etika yang ketat.
Segala keputusan akhir kajian nanti akan dimaklumkan secara telus.
Isu 13
Dakwaan Vaksin mRNA Boleh Tertukar Genetik
Soalan: Benarkah Vaksin mRNA itu berbahaya? Dan benarkah
ia akan menyebabkan tertukarnya genetik seseorang?
Jawapan:
Suka dinyatakan di sini bahawa para ulama’ sepakat supaya
sesuatu masalah hendaklah dirujuk kepada ahlinya atau ahli ikhtisas
yang menjadi pakar dalam bahagiannya. Begitulah firman Allah SWT:
فَا ْسأَلُوا أَْه َل ال ِّذْك ِر إِن ُكنتُ ْم َل تـَْعلَ ُمو َن
Maksudnya: “Maka bertanyalah kepada orang yang
mempunyai pengetahuan (tentang sesuatu perkara) jika
kamu tidak mengetahui”
(Surah al-Nahl: 43)
Ayat ini walaupun dinyatakan oleh ramai mufassirin seperti Ibn
Kathir, al-Maraghi dan lain-lain di mana tafsiran ahl al-zikr dengan
ahli kitab tetapi kaedah menyebut “Ibrah diambil daripada lafaz
32 AL-BAYAN - SIRI 8
yang umum, bukan dengan sebab yang khusus diturunkan satu-
satu ayat.” Justeru, tafsiran ahli al-zikr (orang yang mempunyai
pengetahuan) dalam konteks ini adalah merujuk kepada orang yang
berilmu serta profesional dalam bidangnya dan berautoriti dalam
pendapatnya. Dalam hal ini Kementerian Kesihatan Malaysia serta
pakarnya menjadi rujukan buat kita.
Dalam menjawab isu di atas, kami
merujuk kepada jawapan Prof. Dr.
Norazmi Mohd Nor, pakar imunologi
USM. Beliau menyatakan bahawa
dakwaan mengenai mRNA akan
menyebabkan bertukarnya genetik
seseorang adalah tidak benar sama
sekali. Ini kerana apabila mRNA
masuk ke dalam sel, maka ia akan
berada di dalam compartment sel yang
berlainan daripada genetik. Kedudukan Prof. Dr. Norazmi Mohd Nor,
DNA adalah berada di dalam nucleus. Pakar Imunologi, USM
Manakala mRNA ini tidak akan masuk
pun ke tengah sel tersebut. Oleh itu, tidak akan ada pertemuan
antara mRNA dan DNA dan ia sama sekali tidak akan mengganggu
sistem genetik.
Yang kedua, perkara yang menyebabkan syarikat Pfizer perlu
membawa mRNA ini ke dalam sejuk beku adalah kerana ia sangat
sensitif. Ia fragile dan tidak boleh tahan lama. Vaksin mRna ini akan
ada dalam badan kita tetapi dalam jangka masa yang singkat sahaja
dan kemudian akan dihapuskan. Oleh itu, hal ini tidak perlu kita
risaukan.
AL-BAYAN - SIRI 8 33
Namun, perkara ini tetap perlu kepada bukti saintifik. Disebabkan
itu, perlu ada fasa 1, 2 dan 3. Apabila sudah keluar result fasa ke-3,
saya sendiri ingin melihatnya dan ada persoalan-persoalan saintifik
yang ingin saya dapatkan jawapannya daripada finding oleh syarikat
Pfizer itu nanti. Setakat ini, saya tidak nampak ada masalah sebagai
seorang saintis.
Isu 14
Adakah Vaksin Benar-benar Selamat?
Soalan: Adakah vaksin ini benar-benar selamat? Ada sejarah
yang boleh dijadikan rujukan?
Jawapan:
Jenis ubatan atau vaksin adalah salah satu bentuk ikhtiar manusia
dalam merawat. Penyembuh hakiki adalah Allah. Isu selamat atau
tidak ini juga perlu dilihat kepada banyak faktor-faktor.
Saya meminjam jawapan daripada sahabat saya Dr Suhazeli, kata
beliau: Saya setuju vaksin itu bukan 100% sempurna. Malah tiada
satu pun rawatan atas muka bumi ini yang 100% sempurna. Itulah
namanya ikhtiar. Manusia diberi akal oleh Tuhan untuk menggali
dan mengkaji, mana yang terbaik untuk kemaslahatan ummah. Jadi
kajilah dengan disiplin ilmu bukannya mencari kepentingan peribadi
atau kelompok yang songsang. Hasil ketidaksempurnaan itulah
kita sebagai manusia wajib terus mengkaji dan melakukan ujikaji
sehingga sampai ke tahap yang optima.
34 AL-BAYAN - SIRI 8
Oleh demikian, jika ada yang mendakwa ubat moden termasuk
vaksin mempunyai kesan sampingan, ya, saya setuju. Tiada penafian.
Sebab itulah badan berautoriti wajib memantau. Akhirnya terus
menjalankan sesuatu penguji kajian supaya mencari jalan yang paling
minima risikonya. Kita lihat dari segi keselamatan dan keberkesanan
sesuatu vaksin, bagaimana ia dapat mengelakkan kesan sampingan
yang serius atau kesan jangkamasa panjang.
AEFI memang wujud, sejarah pembangunan vaksin sejak 200
tahun tidak sunyi dari kesan sampingan ini. Namun seluruh dunia
masih terus menggunakan vaksin sebagai langkah pencegahan.
Kenapa? Kerana ia satu kaedah yang ampuh setakat ini bagi
mencegah daripada penyakit berbahaya.
Maksudnya juga, vaksin telah menjadi satu titik
sejarah dalam merawat penyakit yang sebelum
ini penyebab berjuta kematian. Kejayaan
pengambilan vaksin itu diteruskan walaupun
terdapat sedikit kesan sampingan.
Para saintis yang mengkaji pembangunan vaksin sentiasa
memperbaiki keselamatan dan keberkesanan vaksin. Jika kita
perhatikan kajian kejayaan vaksin BCG contohnya pada tahun 1921.
Pada peringkat awal kajian BCG diberikan melalui mulut. Asas
vaksin tersebut yang diambil dari pesakit Tuberkulosis (TB). Kanak-
kanak tersebut adalah anak kepada si ibu yang mati akibat TB, dan
nenek beliau pun dijangkiti TB. Tetapi inilah “risk and benefit” yang
ditanggung oleh kanak-kanak tersebut dan pengkaji. Setelah tiga
tahun anak itu diberikan vaksin BCG, beliau selamat tidak dijangkiti
TB dan tidak mati.
AL-BAYAN - SIRI 8 35
Melihat kepada kejayaan pertama ini, data telah dicerap dari
tahun 1921 - 1927, 969 kanak-kanak lagi dijalankan ujikaji. Didapati
jumlah yang mati daripada ujikaji tersebut:
• 3.9% (Beri Vaksin - mati)
• 32.6% (Tidak Vaksin – mati akibat TB)
Sekiranya kajian di atas berlaku pada zaman ini, sudah pasti
akan gegak gempitalah seluruh pendokong antivaksin dan teori
konspirasi. Menuduh vaksin membunuh bayi dalam kajian. Walhal,
mereka melihat hanya sebelah mata. Bayi yang mati lebih ramai
akibat dijangkiti penyakit TB tidak pula dipertikaikan!
36 AL-BAYAN - SIRI 8
Bukalah mata, lapangkan dada dan bacalah sejarah. Zaman
berubah, teknologi sudah canggih, pembangunan keberkesanan dan
keselamatan vaksin terus pesat dijalankan. Kita boleh melihat sendiri
dalam dunia sekarang pun bayi-bayi selamat setelah diberikan BCG.
Setiap tahun setengah juta dos BCG diberikan di negara kita, tiada
seorang pun mati akibat vaksin.
Kesan sampingan yang tidak berbahaya seperti ruam, sakit pada
tempat suntikan, parut, kemerah-merahan kulit adalah sesuatu yang
boleh berlaku. Namun ia tidak boleh ditakuti sehingga kita lebih
takutkan vaksin berbanding penyakit TB selaput otak (Tb Meningitis)
dan Tb Milliary itu sendiri. Umpamanya kita lebih takutkan lipan
yang merayap atas jalanraya berbanding dengan lori yang sedang
laju ingin melanggar kita.
AL-BAYAN - SIRI 8 37
PENUTUP
Alhamdulillah dalam melakukan
kemaskini isu-isu yang terkait
dengan vaksin Covid-19 dan salah
fahamnya, kami cuba merungkainya
berdasarkan fakta serta maklumat
daripada para ahli ikhtisas yang
berkepakaran dalam bidang tersebut.
Sekalung tahniah kepada mereka yang
terbabit dan jutaan terima kasih atas
idea dan fikrah yang baik.
Isu seperti suntikan vaksin Covid-19 ini menjadi popular dan
hangat kerana ia adalah isu baharu yang sentiasa memberi kesan
kepada pemikiran rakyat dan ramai pihak. Apabila keraguan telah
menguasai kita, maka keyakinan akan hilang sedangkan kaedah
menyebut: “Tinggalkanlah yang ragu-ragu kepada yang tidak ragu.”
Untuk itu, hendaklah kita selesaikan isu ragu ini terlebih dahulu
supaya tiada lagi perasaan tersebut dan syubhahnya.
Kami berdoa kepada Allah SWT, semoga Allah kurniakan kepada
kita kesihatan yang baik serta selamat daripada sebarang penyakit,
diberikan keamanan, keharmonian, taufik dan hidayah dalam kita
meneruskan sisa-sisa kehidupan. Begitu juga, semoga Allah SWT
mengangkat wabak pandemik Covid-19 ini dan menjadikannya
berlalu pergi serta digantikan dengan sinar kesihatan yang terbaik
untuk seluruh masyarakat di Malaysia dan juga dunia. Amin.
38 AL-BAYAN - SIRI 8
40 AL-BAYAN - SIRI 8