The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Cerita sempena Hari Guru, mengisahkan tentang kebaikan hati Cikgu Sara yang mengambil berat kesusahan anak muridnya.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ainismaira, 2025-03-09 17:17:27

Terima Kasih, Cikgu Sara! Oleh Ainismaira

Cerita sempena Hari Guru, mengisahkan tentang kebaikan hati Cikgu Sara yang mengambil berat kesusahan anak muridnya.

Keywords: Cerika kanak-kanak,kids story,Ainismaira,NILAM,Cerita kanak-kanak

TERIMA KASIH, CIKGU SARA!


TERIMA KASIH, CIKGU SARA! Hak Cipta © Ainismaira, 2025. Hak cipta terpelihara. Buku digital ini adalah PERCUMA dan boleh dikongsi untuk kegunaan peribadi. Dilarang mencetak untuk tujuan komersial atau memuatnaik semula tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta. Sila hubungi [email protected] untuk sebarang pertanyaan dan komen penambahbaikan. Terima kasih kerana sudi membaca. Ainismaira


TERIMA KASIH, CIKGU SARA!


Terima Kasih, Cikgu Sara! 1


Terima Kasih, Cikgu Sara! 2 Cikgu Sara ialah seorang guru muda yang penuh dedikasi. Cikgu Sara merupakan guru kelas tahun 1 Bestari. Dia mengajar dengan hati yang tulus, memastikan setiap muridnya diberi perhatian, terutama mereka yang memerlukan. Dengan senyuman manis dan kelembutan suaranya, Cikgu Sara menjadi kesayangan murid-murid di sekolah itu. Namun, dalam kelasnya, ada seorang murid yang sering menarik perhatiannya iaitu Amin.


Terima Kasih, Cikgu Sara! 3


Terima Kasih, Cikgu Sara! 4 Amin seorang kanak-kanak yang pendiam tetapi sangat rajin. Dia sering duduk di barisan belakang, menyembunyikan dirinya daripada perhatian rakanrakannya. Namun, Cikgu Sara tahu, di sebalik sikap pendiam itu, Amin adalah seorang anak yang kuat semangat dan bercita-cita tinggi, walaupun kehidupannya serba kekurangan.


Terima Kasih, Cikgu Sara! 5


Terima Kasih, Cikgu Sara! 6 Pada suatu pagi, Cikgu Sara memandang Amin dengan penuh perhatian ketika muridmuridnya beratur memasuki kelas. Walaupun Amin seorang yang rajin, ada sesuatu yang membuatkan Cikgu Sara bimbang. Kasut yang dipakainya kelihatan koyak di sana-sini, dan ia terlalu kecil untuk kakinya yang semakin membesar.


Terima Kasih, Cikgu Sara! 7


Terima Kasih, Cikgu Sara! 8 Setiap hari Cikgu Sara akan bertanya, “Awak okey, Amin?” Amin hanya tersenyum malu tanpa menjawab. Cikgu Sara tahu, dia tidak akan mendapat jawapan yang sebenar daripada Amin, yang selalu berusaha menyembunyikan kesusahan keluarganya. Namun, Cikgu Sara tidak dapat menahan rasa ingin tahu. Di dalam hati, dia bertekad untuk membantu Amin.


Terima Kasih, Cikgu Sara! 9


Terima Kasih, Cikgu Sara! 10 Beberapa hari kemudian, Cikgu Sara memutuskan untuk pergi ke rumah Amin. Dia ingin melihat dengan matanya sendiri keadaan keluarga itu. Pada waktu petang, setelah sesi persekolahan tamat, Cikgu Sara memandu kereta menuju ke sebuah kampung yang agak jauh dari rumahnya.


Terima Kasih, Cikgu Sara! 11


Terima Kasih, Cikgu Sara! 12 Rumah Amin terletak di sebuah kampung kecil. Ia bukanlah sebuah rumah yang besar, malah lebih mirip sebuah pondok kecil. Dindingnya hanya diperbuat daripada papan kayu yang sudah usang. Begitu juga dengan atapnya yang kelihatan bocor di beberapa tempat.


Terima Kasih, Cikgu Sara! 13


Terima Kasih, Cikgu Sara! 14 Cikgu Sara mengetuk pintu dengan lembut. Tidak lama kemudian, ibu Amin, Puan Mariam, menyambutnya dengan senyuman mesra walaupun jelas ada kesedihan di matanya. “Cikgu Sara, terima kasih datang, ” kata Puan Mariam dengan nada rendah.


Terima Kasih, Cikgu Sara! 15


Terima Kasih, Cikgu Sara! 16 Cikgu Sara memandang sekeliling rumah itu dengan hati yang berat. Di dalam rumah yang sempit itu, hanya ada beberapa perabot lama yang hampir patah. Di suatu sudut, Amin sedang duduk di atas tikar lusuh sambil menatap buku sekolahnya. “Ini sahaja yang kami mampu, cikgu. Amin selalu cakap, dia tak nak cikgu tahu keadaan kami, ” kata Puan Mariam sambil menahan air mata.


Terima Kasih, Cikgu Sara! 17


Terima Kasih, Cikgu Sara! 18 Cikgu Sara hanya mengangguk dan menatap Amin. Dia begitu sebak melihat kerajinan dan kesungguhan Amin mengulangkaji pelajaran, walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan. “Cikgu… saya tak kisah kasut saya koyak. Saya cuma nak belajar macam kawan-kawan lain,” kata Amin dengan penuh kesungguhan. Cikgu Sara menelan air liur, menahan sebak yang tiba-tiba datang. Hatinya begitu tersentuh dengan ketabahan Amin, seorang kanak-kanak yang tidak pernah mengeluh tentang kesulitan hidupnya.


Terima Kasih, Cikgu Sara! 19


Terima Kasih, Cikgu Sara! 20 Beberapa hari kemudian, sempena Hari Guru, Cikgu Sara memutuskan untuk memberikan sesuatu yang istimewa kepada Amin. Ketika murid-murid lain memberi hadiah kepadanya, Cikgu Sara mengeluarkan sebuah kotak kecil dari begnya dan memanggil Amin ke hadapan.


Terima Kasih, Cikgu Sara! 21


Terima Kasih, Cikgu Sara! 22 “Amin, cikgu ada sesuatu untuk awak, ” kata Cikgu Sara dengan suara yang sedikit sebak. Amin kelihatan terkejut. Dia membuka kotak itu perlahan-lahan, dan di dalamnya ada sepasang kasut baru yang cantik dan sesuai dengan kakinya. “Ini untuk awak, Amin. Cikgu tahu, awak sangat rajin dan tidak pernah mengeluh. Awak juga seorang murid yang pintar. Ini adalah hadiah daripada cikgu untuk awak.”


Terima Kasih, Cikgu Sara! 23


Terima Kasih, Cikgu Sara! 24 Air mata Amin bergenang, dan akhirnya dia menangis terharu. “Terima kasih, cikgu. Hari ini Hari Guru, sepatutnya saya yang beri cikgu hadiah. Saya tak tahu macam mana nak balas kebaikan cikgu.” Amin memeluk Cikgu Sara Erat. “Tidak perlu balas apa-apa, Amin. Hadiah terbaik bagi cikgu adalah melihat awak berjaya dalam hidup. Kesusahan bukanlah penghalang.”


Terima Kasih, Cikgu Sara! 25


Terima Kasih, Cikgu Sara! 26 Pihak sekolah telah menyenaraikan nama Amin sebagai penerima bantuan persekolahan. Sejak hari itu, Cikgu Sara terus menjadi guru kesayangan semua murid di sekolah. Cikgu Sara memahami bahawa pengorbanan seorang guru bukan sahaja di dalam kelas, tetapi juga di luar kelas. Cikgu Sara menyedari bahawa menghargai murid bukan hanya dengan kata-kata, tetapi dengan tindakan yang ikhlas. Cikgu Sara juga bertekad untuk sentiasa membantu murid-murid yang memerlukan.


Terima Kasih, Cikgu Sara! 27 Pengajaran Kita mestilah mempunyai sikap yang suka membantu orang, kerana bantuan yang kecil mampu membawa perubahan besar dalam hidup seseorang.


Click to View FlipBook Version