Jom Belajar Istinjak! Pendidikan Islam Tahun 2
Kawan-kawan tahu tak istinjak tu apa? Menyucikan diri daripada najis sama ada selepas membuang air kecil ataupun air besar. Istinjak jugak boleh dimaksudkan sebagai menghilangkan najis yang keluar daripada qubul atau dubur dengan menggunakan air mutlak atau benda-benda yang kesat. Istinjak
Jom kenal hukumhukum istinjak ! HUKUM ISTINJAK WAJIB : Jika dengan sebab membuang air kecil atau air besar, ataupun keluar benda yang najis dalam keadaan basah seperti darah dan sebagainya. SUNAT : Jika sesuatu yang keluar daripada kemaluan adalah benda najis yang tidak mengotorkan seperti ulat. HARUS : Disebabkan keluar peluh di bahagian punggung.
ALAT-ALAT BERISTINJAK SELAIN Kain bersih DARIPADA AIR Daun kering Kulit kayu Batu Kertas Tisu
Eh, kawan-kawan tahu tak kenapa istinjak itu penting? Dapat mengerjakan ibadat kepada Allah SWT dengan khusyuk Dapat mengelakkan diri kita dipandang jijik oleh orang lain Dapat memastikan badan kita berada dalam keadaan sihat dan bersih supaya tidak dijangkiti oleh pelbagai penyakit Kepentingan Istinjak
Berdoa sebelum masuk tandas Dilarang bercakap tanpa keperluan atau menjawab salam ketika membuang hajat Beristinjak menggunakan tangan kiri Tidak membaca al-Quran atau menyebut nama Allah secara kuat Tidak membawa alQuran atau bahan yang bertulis nama Allah Berdoa selepas keluar dari tandas ADAB-ADAB ISTINJAK!
Sekarang dah faham kan istinjak tu apa? Itu sahaja kelas kita hari ini. Sekian terima kasih!