PROJEK INOVASI PERMAINAN STACKING CUP SEBAGAI KAEDAH MENGENAL NILAI NOMBOR BAGI MURID
BERKEPERLUAN KHAS
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KIDURONG
P.O.BOX 2078, 97011 BINTULU,
SARAWAK
PERMAINAN STACKING CUP SEBAGAI KAEDAH MENGENAL NILAI
NOMBOR BAGI MURID BERKEPERLUAN KHAS
FOKUS BIDANG PENDIDIKAN KHAS
SASARAN
SUBJEK MURID PENDIDIKAN KHAS ( KEFUNGSIAN
GURU RENDAH)
SEKOLAH
MATEMATIK
SHIRLING WONG
SHIRLING WONG DAN JOYNER LALENG METHEW
SMK KIDURONG, BINTULU 1
PROJEK INOVASI PERMAINAN STACKING CUP SEBAGAI KAEDAH MENGENAL NILAI NOMBOR BAGI MURID
BERKEPERLUAN KHAS
ISI KANDUNGAN
LAPORAN INOVASI
BIL KANDUNGAN MUKA
SURAT
1.0 KATEGORI PERTANDINGAN
2.0 TAJUK INOVASI 3 -5
3.0 SINOPSIS INOVASI 6
4.0 OBJEKTIF INOVASI 6
5.0 KUMPULAN SASARAN 6-7
6.0 LATAR BELAKANG INOVASI 6-7
ISU / MASALAH YANG DITANGANI OLEH 7-10
7.0 11-12
INOVASI 13-14
HURAIAN INOVASI 15-19
20-21
Bahan Yang Digunakan Untuk 22-28
8.1 Menghasilkan Inovasi
8.2 Cara Inovasi Digunakan 28-29
8.3 Kos Bagi Menghasilkan Inovasi
29
Keberkesanan Inovasi Kepada Pengajaran
Dan Pembelajaran 30
31
8.4 8.4.1 Kaedah penilaian pelaksanaan inovasi: 32-35
8.0 a. Pemerhatian
b. Soal selidik ibu bapa / penjaga MBK
Potensi Untuk Disebarluaskan Kepada Pihak
8.5
Lain
Keterangan Lain Yang Berkaitan
Faedah Pelaksanaan Inovasi:
i. Kos
8.6 ii. Penjimatan Masa
iii. Peningkatan Hasil Kerja MBK
iv. Tahap Kepuasan Hati Pelanggan
v. Meningkatkan Psikomotor
8.7 Kesimpulan
9.0 RUJUKAN
LAMPIRAN
2
PROJEK INOVASI PERMAINAN STACKING CUP SEBAGAI KAEDAH MENGENAL NILAI NOMBOR BAGI MURID
BERKEPERLUAN KHAS
Lampiran A
PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF
2021
MAKLUMAT CALON
Kategori Pertandingan (tandakan dalam kotak berkenaan di bawah) :
Individu Prasekolah Individu Rendah
Individu Menengah
Kumpulan √
(Nota : Bagi penyertaan kumpulan, setiap ahli hendaklah mengisi borang secara
berasingan dan nyatakan ketua kumpulan)
No. KP : 850802-13-5902
Nama Calon : SHIRLING WONG Jantina : PEREMPUAN
(KETUA KUMPULAN)
Alamat Sekolah :
SMK KIDURONG,
PETI SURAT 2078, JALAN TANJUNG KIDURONG,
97011 BINTULU, SARAWAK.
No. Telefon Sekolah : 086-254225
No. Telefon Bimbit : 012-8537331
No. Faks : 086-254228
E-mel : [email protected]
Jawatan Di Sekolah : 1. Penolong Kanan Pendidikan Khas
2. Guru Inovasi Pendidikan Khas
3. Penyelaras Kiosk KidSS Bakery Pendidikan Khas
Kelulusan Akademik Tertinggi : Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Dalam
Pendidikan (Pendidikan Khas)
Tahun / Institusi : 2009 / Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Kelulusan Ikhtisas : Tiada
Tahun / Institusi : Tiada
Tajuk Inovasi : Permainan Stacking Cup sebagai Kaedah
Mengenal Nilai Nombor bagi Murid Berkeperluan Khas
3
PROJEK INOVASI PERMAINAN STACKING CUP SEBAGAI KAEDAH MENGENAL NILAI NOMBOR BAGI MURID
BERKEPERLUAN KHAS
Lampiran A
PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF
2021
MAKLUMAT CALON
Kategori Pertandingan (tandakan dalam kotak berkenaan di bawah) :
Individu Prasekolah Individu Rendah
Individu Menengah
Kumpulan √
(Nota : Bagi penyertaan kumpulan, setiap ahli hendaklah mengisi borang secara
berasingan dan nyatakan ketua kumpulan)
No. KP : 911228-13-6308
Nama Calon : JOYNER LALENG METHEW Jantina : PEREMPUAN
(AHLI KUMPULAN)
Alamat Sekolah :
SMK KIDURONG,
PETI SURAT 2078, JALAN TANJUNG KIDURONG,
97011 BINTULU, SARAWAK.
No. Telefon Sekolah : 086-254225
No. Telefon Bimbit : 011-16042712
No. Faks : 086-254228
E-mel : [email protected]
Jawatan Di Sekolah : 1. Guru Pengiring Kelab Muzik Pendidikan Khas
2. AJK Unit Inovasi Pendidikan Khas
3. Guru Elaun Murid Khas
Kelulusan Akademik Tertinggi : Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Dalam
Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-kanak)
Tahun / Institusi : 2018 / Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Kelulusan Ikhtisas : Tiada
4
PROJEK INOVASI PERMAINAN STACKING CUP SEBAGAI KAEDAH MENGENAL NILAI NOMBOR BAGI MURID
BERKEPERLUAN KHAS
Tahun / Institusi : Tiada
Tajuk Inovasi :
Permainan Stacking Cup sebagai Kaedah Mengenal Nilai Nombor bagi Murid
Berkeperluan Khas
5
PROJEK INOVASI PERMAINAN STACKING CUP SEBAGAI KAEDAH MENGENAL NILAI NOMBOR BAGI MURID
BERKEPERLUAN KHAS
2.0 TAJUK INOVASI
Permainan Stacking Cup Sebagai Kaedah Mengenal Nilai Nombor Bagi Murid
Berkeperluan Khas
3.0 SINOPSIS INOVASI
Pendekatan Belajar melalui Bermain (BMB) bukanlah sesuatu kaedah yang baharu
dalam kalangan Murid Berkeperluan Khas (MBK). Namun, kaedah ini dilihat sebagai
suatu kaedah yang sesuai bagi MBK kerana mereka diberi peluang untuk melihat dan
meneroka kemampuan mereka melalui aktiviti permainan yang dijalankan (Sphero
Team, 2021). Kaedah bermain dikenal pasti sebagai salah satu pendekatan pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan terutamanya mewujudkan sikap dan motivasi guru dan
murid yang positif (Fong dan Mohd Fikri Ismail, 2020). Pada masa ini, pengajaran dan
pembelajaran dijalankan di rumah atau lebih mesra dikenali sebagai PdPR sepanjang
negara dilanda pandemik Covid-19. Cabaran PdPR dalam kalangan MBK aras rendah
adalah sesetengah MBK masih belum dapat menyesuaikan diri dengan rutin
pembelajaran di rumah, keadaan emosi dan kesediaan belajar murid serta
kebergantungan kepada ahli keluarga khususnya ibu bapa untuk menyiapkan latihan
modul PdPR yang disediakan selain masalah peranti yang dihadapi oleh murid. Secara
khususnya, pengkaji memilih tajuk mengenal nilai nombor 1-10 dengan menggunakan
Bahasa Inggeris untuk diketengahkan dalam penggunaan inovasi ini kerana MBK kelas
aras rendah masih belum menguasai kemahiran mengenal nilai nombor. Dalam
penghasilan inovasi ini, aktiviti bermain yang dipilih dan dijalankan adalah Permainan
Stacking Cup. Melalui aktiviti hands-on ini, MBK dapat melibatkan diri secara aktif
serta melatih tahap fokus dan koordinasi mata-tangan mereka dengan lebih baik dan
cekap. Penggunaan inovasi ini membantu guru dan ibu bapa untuk melihat
perkembangan kemahiran mengenal nilai nombor 1 hingga10 serta psikomotor anak-
anak selain aktiviti menulis. Inovasi ini juga dilihat sebagai satu kaedah pembelajaran
yang mampu merangsang interaksi ibu bapa dan MBK di samping dapat meningkatkan
keyakinan MBK untuk berkomunikasi dalam kehidupan seharian mereka.
Kata Kunci: Murid Berkeperluan Khas (MBK), Pendekatan Belajar Melalui Bermain
(BMB), Permainan Stacking Cup, hands-on dan psikomotor
4.0 OBJEKTIF PROJEK INOVASI
Projek Inovasi Permainan Stacking Cup ini dilaksanakan untuk mempelbagaikan dan
menambahbaik kaedah pengajaran dan pembelajaran secara Belajar melalui Bermain
(BMB).
i. meningkatkan pemahaman dan penguasaan MBK dalam kemahiran mengenal
nilai nombor
ii. mempertingkatkan kemahiran psikomotor dan koordinasi mata-tangan MBK
6
PROJEK INOVASI PERMAINAN STACKING CUP SEBAGAI KAEDAH MENGENAL NILAI NOMBOR BAGI MURID
BERKEPERLUAN KHAS
iii. meningkatkan keseronokan murid untuk belajar dan menarik minat MBK untuk
mengikuti PdPR melalui aktiviti hands-on
5.0 KUMPULAN SASARAN
Pelaksanaan Projek Inovasi Permainan Stacking Cup yang menekankan kaedah Belajar
melalui Bermain (BMB) dijalankan semasa kelas pengajaran dan pembelajaran di
rumah (PdPR) bagi mata pelajaran Komunikasi yang melibatkan tiga (3)
komponen,iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Bagi melaksanakan
projek inovasi ini, kelas aras rendah dipilih sesuai dengan keperluan pembelajaran
mereka. Kelas aras rendah yang dipilih adalah PK2T yang terdiri daripada lima orang
Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang mempunyai masalah pembelajaran dalam
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Sekolah Menengah Kebangsaan Kidurong
Bintulu. Menurut Sharani Ahmad (2008), murid bermasalah pembelajaran ialah
mereka yang menghadapi masalah membaca, menulis dan mengira serta menunjukkan
simptom-simptom kesulitan untuk melakukan aktiviti ini. Mereka juga mengalami
masalah dalam kemahiran psikomotor.
6.0 LATAR BELAKANG INOVASI
Kurikulum yang ditawarkan bagi kelas Pendidikan Khas terbahagi kepada dua (2)
kurikulum’ iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas Kefungsian
Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas Kefungsian
Sederhana. Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK)
dibina berasaskan enam (6) tunjang, iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai,
Kemanusiaan, Keterampilan Diri, Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Sains dan
Teknologi. KSSMPK Kefungsian Rendah secara umum memberi fokus untuk
melahirkan MBK yang boleh berdikari dan menjalani kehidupan yang lebih bermakna.
Secara khusus, kesepaduan aspek-aspek seperti pengurusan diri, pengurusan tingkah
laku, sosio-emosi, kemahiran psikomotor, kemahiran bersosialisasi dan kemahiran
akademik berfungsi ditekankan dalam kurikulum ini. Secara khususnya, pelaksanaan
inovasi ini menekankan mata pelajaran Komunikasi yang melibatkan tiga (3)
komponen, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.
Bagi memenuhi keperluan pembelajaran mereka, pelbagai pendekatan
pembelajaran digunakan untuk menyampaikan kandungan pembelajaran yang
bermakna bagi mereka khususnya murid-murid bermasalah pembelajaran yang berada
di dalam kelas aras rendah. Murid-murid kelas aras rendah mempunyai kekangan
dalam proses pembelajaran seperti proses mengingat jangka pendek, kekurangan fizikal,
kekurangan perkembangan psikomotor dan koordinasi mata-tangan serta kurang fokus
dan sukar memberikan perhatian dalam sesuatu pembelajaran untuk jangka masa yang
panjang. Dalam situasi pandemik Covid-19 ini, pengajaran dan pembelajaran
dijalankan di rumah atau lebih mesra dikenali sebagai PdPR. Cabaran PdPR dalam
kalangan MBK aras rendah adalah sesetengah MBK masih belum dapat menyesuaikan
7
PROJEK INOVASI PERMAINAN STACKING CUP SEBAGAI KAEDAH MENGENAL NILAI NOMBOR BAGI MURID
BERKEPERLUAN KHAS
diri dengan rutin pembelajaran di rumah, keadaan emosi dan kesediaan belajar murid
serta kebergantungan kepada ahli keluarga khususnya ibu bapa untuk menyiapkan
latihan modul PdPR yang disediakan selain masalah peranti yang dihadapi oleh murid.
Hal ini menyebabkan kesukaran untuk guru menjalankan pemerhatian dan penilaian
bagi melihat perkembangan pembelajaran murid secara berterusan dan berkala.
Berdasarkan tajuk yang ditekankan, iaitu Mengenal Nilai Nombor 1 hingga 10 dengan
menggunakan Bahasa Inggeris, guru menyelaraskan satu kaedah yang dapat digunakan
untuk membantu MBK yang terdiri daripada pelbagai upaya dalam usaha mereka untuk
menguasai kemahiran mengenal nilai nombor dengan menggunakan Bahasa Inggeris.
Justeru, kaedah pembelajaran yang ditekankan dalam pelaksanaan inovasi ini ialah
pendekatan Belajar melalui Bermain (BMB). Guru perlu menyediakan aktiviti yang
mampu menarik minat murid untuk terlibat secara aktif dalam PdPR.
Pendekatan Belajar melalui Bermain (BMB) bukanlah sesuatu kaedah yang
baharu dalam kalangan MBK. Namun, kaedah ini dilihat sebagai suatu kaedah yang
sesuai bagi MBK kerana mereka diberi peluang untuk melihat dan meneroka
kemampuan mereka melalui aktiviti permainan yang dijalankan (Sphero Team, 2021).
Kaedah bermain dilihat sebagai salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan terutamanya mewujudkan sikap dan motivasi guru dan murid yang
positif (Fong dan Mohd Fikri Ismail, 2020). Aktiviti bermain dalam kalangan MBK
dirangka mengikut kurikulum dan penambahbaikan rutin pembelajaran murid di rumah.
Selain itu, kaedah ini juga dapat membina keyakinan dan memupuk amalan
berkomunikasi khususnya kemahiran mendengar serta memberikan perhatian dan
minat murid untuk mempelajari sesuatu tajuk pembelajaran. Kaedah belajar melalui
bermain ini juga boleh menerapkan teknik pengulangan serta self correcting mampu
membantu MBK dalam proses memahami dan mengingati apa yang dipelajari selain
dapat menarik minat mereka untuk terlibat dalam pembelajaran mereka secara aktif.
Guru berfungsi sebagai fasilitator menyediakan panduan untuk ibu bapa dan murid
supaya pembelajaran lebih fleksibel dan aktiviti boleh dipelbagaikan. Bahan
manipulatif yang perlu disediakan adalah terdiri daripada bahan yang mudah diperoleh
dan bahan kitar semula juga boleh digunakan dalam penyediaan permainan. Manual
atau panduan permainan yang disediakan dalam bentuk video mampu menggalakkan
penglibatan ibu bapa secara aktif dalam perkembangan pembelajaran anak-anak
mereka.
Secara tidak langsung, aktiviti belajar melalui bermain ini menggalakkan
independent learning atau pembelajaran kendiri dalam kalangan MBK. Dalam usaha
melahirkan dan memupuk sikap bertanggungjawab MBK terhadap pembelajaran
mereka, aktiviti bermain juga dapat melatih fokus dan minat mereka terutamanya
semasa PdPR yang giat berlangsung dalam situasi pandemik ini. Proses pembelajaran
seperti ini digambarkan sebagai suatu perkara yang dapat memberikan kesan positif
terhadap perkembangan sosial, emosi, bahasa serta perkembangan psikomotor mereka.
Dalam pelaksanaan inovasi ini, mata pelajaran Komunikasi yang ditekankan adalah
Matematik dan Bahasa. Menurut Teori Gagne, pembelajaran Matematik pada
8
PROJEK INOVASI PERMAINAN STACKING CUP SEBAGAI KAEDAH MENGENAL NILAI NOMBOR BAGI MURID
BERKEPERLUAN KHAS
peringkat awal secara asasnya melibatkan empat (4) kategori yang harus dipelajari iaitu,
fakta, kemahiran, konsep dan prinsip matematik. Guru haruslah mendedahkan MBK
dengan pengetahuan asas agar mereka dapat memahami konsep yang lebih kompleks.
Dalam membantu mereka untuk menguasasi sesuatu tajuk mudah, guru perlulah
membina pengetahuan mereka dengan mengaitkan setiap elemen matematik dengan
berkesan. Contohnya, guru dapat merancang dan merangka aktiviti matematik melalui
konsep konstruktivisme, iaitu membina dan meneguhkan pemahaman dan pengetahuan
melalui permainan. Aktiviti bermain dalam matematik membantu membentuk dan
meningkatkan MBK dalam mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan dalam
kehidupan harian. Apa yang menarik, permainan yang dirangka dapat dipelbagaikan
mengikut tahap dan kemampuan MBK serta mengikut kreativiti guru. Aktiviti bermain
dalam inovasi ini menekankan tajuk dan konsep mengenal nilai nombor 1 hingga 10
dalam kalangan MBK. Tajuk ini diperkembangkan dalam elemen merentas kurikulum
di mana MBK diajar dengan menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Dalam penghasilan inovasi ini, aktiviti bermain yang dipilih dan dijalankan
adalah Permainan Stacking Cup. Aktiviti ini diinspirasi melalui sejenis sukan yang
dipanggil Sukan Stacking. Secara asas, pemain menyusun cawan yang direka khas
dalam urutan tertentu iaitu, Piramid Tiga, Enam atau Sepuluh cawan dan kemudian
kembali kepada lajur bersarang. Sukan ini giat dipertandingkan dalam kalangan kanak-
kanak dan remaja di luar negara dan mula berkembang di Malaysia. Namun, tidak
ramai yang mengetahui sukan ini di negara kita. Aktiviti ini adalah selamat dan
menyeronokkan di samping mencabar ketangkasan secara mental dan fizikal mereka.
Terdapat juga kategori untuk kanak-kanak berkeperluan khas yang disebut sebagai
“Stackers Special” bagi mereka yang terdiri daripada kurang upaya fizikal, intelektual
atau perkembangan yang berkaitan. Set permainan ini hanya melibatkan satu set cawan
untuk latihan dan pertandingan. Penghasilan inovasi ini mengambil dan mengubahsuai
idea Stacking ini dalam pembelajaran mata pelajaran Matematik. Penyediaan bahan
dalam inovasi ini memerlukan 10 biji cawan dan kertas warna yang boleh dihasilkan
dan dilabelkan oleh ibu bapa dan MBK di rumah. Idea aktiviti “Stacking” ini
diubahsuai dan dirangka sesuai dengan tajuk yang dipilih. Contoh aktiviti bermain
menggunakan konsep “Stacking” ini ialah menyusun piramid nombor 1 hingga 10
mengikut lukisan yang disediakan, memadankan cawan pada nombor 1 hingga 10,
menyusun cawan mengikut urutan menurun dan menaik dan pelbagai aktiviti berkaitan
yang boleh dikembangkan mengikut tajuk dan tahap MBK. Kaedah menyusun cawan
atau Stacking Cup ini dilihat dapat membantu MBK membina asas mengenal nombor
yang kukuh sebelum mereka dapat mempelajari dan memahami tajuk-tajuk lain seperti
fungsi nombor dan cara menggunakan nombor dalam kehidupan seharian. Aktiviti
Stacking Cup yang digunakan dalam pelaksanaan inovasi ini adalah memadankan nilai
nombor dan nombor dengan menggunakan Bahasa Inggeris.
Pendekatan BMB ini dapat membantu kebanyakan murid dalam kelas aras
rendah yang mempunyai kesukaran untuk membaca dan menulis. Melalui aktiviti
hands-on ini, MBK dapat melibatkan diri secara aktif serta melatih tahap fokus dan
9
PROJEK INOVASI PERMAINAN STACKING CUP SEBAGAI KAEDAH MENGENAL NILAI NOMBOR BAGI MURID
BERKEPERLUAN KHAS
koordinasi mata-tangan mereka dengan lebih baik dan cekap. Penggunaan inovasi ini
membantu guru dan ibu bapa untuk melihat perkembangan psikomotor anak-anak
selain aktiviti menulis. Inovasi ini juga dilihat sebagai satu kaedah pembelajaran yang
mampu merangsang interaksi ibu bapa dan MBK di samping dapat meningkatkan
keyakinan MBK untuk mengamalkan kemahiran berkomunikasi yang berkesan dalam
kehidupan seharian mereka. Aktiviti Stacking Cup ini boleh dipelbagaikan oleh guru
dan dimodifikasikan mengikut tajuk atau konsep yang akan disampaikan kepada murid.
Aktiviti ini dapat diperkembangkan dengan lebih mendalam sekiranya mereka melepasi
tahap asas iaitu mengenal nombor 1-10 melalui angka dan nilai nombor dengan baik.
Oleh itu, inovasi ini dihasilkan bagi memberikan pengalaman pembelajaran yang
berkesan dan membantu MBK untuk melihat dan menguasai tajuk nombor sebagai
sesuatu yang menyeronokkan dan diharap dapat menimbulkan minat pembelajaran
mereka dengan lebih baik lagi dari sudut dan cara yang berbeza.
10
PROJEK INOVASI PERMAINAN STACKING CUP SEBAGAI KAEDAH MENGENAL NILAI NOMBOR BAGI MURID
BERKEPERLUAN KHAS
7.0 ISU / MASALAH YANG DITANGANI MELALUI PENGHASILAN
INOVASI
Terdapat tiga (4) aspek permasalahan yang dikaji dan dinilai dalam penyediaan dan
penghasilan inovasi ini. Pertama, dari sudut perkembangan pembelajaran murid.
Penyediaan modul PdPR merupakan salah satu cara yang dapat membantu murid
meneruskan aktiviti pembelajaran di rumah. Namun, guru tidak dapat melihat
perkembangan murid secara menyeluruh dengan hanya membuat modul. Dengan
adanya penghasilan inovasi ini, keseimbangan aktiviti pembelajaran dapat dicapai di
mana murid dapat meluangkan sebahagian masa dalam menyiapkan modul dan
sebahagian masa lagi untuk belajar melalui aktiviti mudah dengan berpaksikan objektif
pembelajaran yang sama. Dengan kata lain guru dapat menjalankan pemerhatian dan
penilaian untuk melihat perkembangan MBK. Kebanyakan MBK aras rendah
memerlukan bantuan untuk menulis dan menyiapkan modul yang disediakan. Oleh itu,
inovasi seperti ini membantu guru untuk mendapat pemerhatian melalui video aktiviti
yang lebih relevan berbanding MBK banyak bergantung kepada ibu bapa atau ahli
keluarga yang lain dalam proses menyiapkan modul yang diberikan. Ibu bapa juga
dapat melihat perkembangan anak mereka melalui aktiviti yang mudah dan
menyeronokkan bagi mereka.
Kedua, rutin pembelajaran dan kesediaan belajar murid juga dititikberatkan
dalam penghasilan inovasi ini. Sesetengah MBK sudah boleh mengadaptasi dengan
keadaan PdPR sepanjang isu Covid-19 yang melanda negara kita. Namun, ada juga
sebilangan MBK yang masih belum dapat membiasakan diri dengan keadaan semasa.
Bagi mereka, suasana pembelajaran di sekolah adalah berbeza dengan keadaan di
rumah. Persekitaran rumah MBK juga merupakan faktor penting dalam kelangsungan
pembelajaran mereka. Melalui aktiviti yang santai dan bermain ini, MBK dapat
menimba pengetahuan yang sama dengan menggunakan pendekatan yang berbeza.
Minat dan fokus mereka juga dapat dipupuk dengan menjalankan aktiviti permainan
yang tidak membebankan dan memberikan peluang bagi mereka untuk bermain. Bagi
membantu MBK yang mudah dipengaruhi oleh keadaan emosi mereka, penghasilan
inovasi ini dapat memberikan kesan positif kepada perkembangan emosi mereka.
Mereka didedahkan dengan aktiviti Stacking Cup yang boleh disebar luas menjadi
aktiviti sukan di rumah dan boleh dimainkan bersama ahli keluarga mereka.
Ketiga, MBK kelas aras rendah mempunyai masalah mengecam dan mengenal
nilai nombor. Mereka hanya dapat menyebut nombor 1-10 dalam Bahasa Inggeris dan
Bahasa Melayu. Namun, mereka belum menguasai asas nombor 1-10 dalam nilai
nombor dan perkataan. MBK kelas aras rendah ini memerlukan bimbingan sepenuhnya
untuk mengira dan mengecam nombor dalam angka dan perkataan. Berdasarkan kelas
atas talian yang dijalankan, objektif pembelajaran memadankan nilai nombor dengan
angka tidak dapat dicapai kerana masalah dan kekangan seperti MBK belum menguasai
kemahiran membaca dan menulis. MBK kefungsian rendah kelas PK2T tidak dapat
mengekspresikan kefahaman mereka melalui aktiviti kuiz bertulis atau modul sahaja.
11
PROJEK INOVASI PERMAINAN STACKING CUP SEBAGAI KAEDAH MENGENAL NILAI NOMBOR BAGI MURID
BERKEPERLUAN KHAS
Oleh itu, guru perlu mencari alternatif aktiviti yang lebih sesuai dan dapat dilakukan
oleh setiap MBK agar objektif pembelajaran MBK dapat dicapai dengan baik.
Seterusnya, peranan ibu bapa dalam membantu kelancaran PdPR. Kebanyakan
ibu bapa juga mempunyai pekerjaan dan tanggungjawab terhadap pembelajaran anak-
anak yang lain. Bagi memudahkan ibu bapa dalam meningkatkan pembelajaran anak-
anak, aktiviti seperti ini dapat mengurangkan beban ibu bapa kerana melalui panduan
yang diberikan, MBK dapat membuat aktiviti ini dengan bimbingan yang minimum.
Mereka juga dapat mendidik anak-anak dengan pendekatan yang lebih mesra dan
menyeronokkan. Melalui aktiviti yang positif seperti ini, pembelajaran berlaku secara
fleksibel dan ibu bapa boleh mengulang semula permainan tersebut dengan anak-anak
dengan cara yang lebih berkesan. Golongan MBK sememangnya memerlukan banyak
bimbingan khususnya kelas aras rendah dalam tajuk nombor. Tajuk- tajuk dalam
konsep matematik tidak dapat dikuasai dengan sekelip mata dan memerlukan masa
yang panjang bagi sesetengah MBK. Oleh itu, aktiviti hands-on seperti ini dapat
meluaskan pengetahuan dan keperluan pembelajaran mereka.
12
PROJEK INOVASI PERMAINAN STACKING CUP SEBAGAI KAEDAH MENGENAL NILAI NOMBOR BAGI MURID
BERKEPERLUAN KHAS
8.0 HURAIAN INOVASI
8.1 Bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi
Bil. Nama Bahan Gambar
1. Cawan kertas (terpakai)
2. Pen marker
3. Kertas warna terpakai
4. Kertas A4 terpakai
7. Gunting
13
PROJEK INOVASI PERMAINAN STACKING CUP SEBAGAI KAEDAH MENGENAL NILAI NOMBOR BAGI MURID
BERKEPERLUAN KHAS
8. Pisau kertas
9. Gam
14
PROJEK INOVASI PERMAINAN STACKING CUP SEBAGAI KAEDAH MENGENAL NILAI NOMBOR BAGI MURID
BERKEPERLUAN KHAS
8.2 Cara Inovasi Digunakan
8.2.1 Sesi pengenalan
a. Sesi Pengenalan Inovasi
Sebelum inovasi dikendalikan, MBK terlebih dahulu diberi ujian pra
dengan membilang nombor 1 hingga 10 dengan menggunakan Bahasa Inggeris
melalui kelas dalam talian yang dijalankan. Guru subjek telah mengadakan sesi
perjumpaan dengan ibu bapa atau penjaga dengan Google Meet tentang
pengenalan projek inovasi Permainan Stacking Cup sebagai langkah intervensi
MBK mengenal nilai nombor 1-10 dengan menggunakan Bahasa Inggeris. Ibu
bapa atau penjaga merekod pembacaan MBK dalam bentuk video dan hantar
kepada guru subjek untuk penilaian tahap penguasaan MBK. Selepas itu, guru
memperkenalkan dan mendemonstrasikan cara penghasilan inovasi Permainan
Stacking Cup melalui video rakaman. MBK juga didedahkan pengenalan
tentang penggunaan dan corak permainan secara berperingkat melalui video
rakaman yang didemonstrasikan oleh guru. Sesi ini dijalankan 2 kali sebagai
langkah peneguhan kepada MBK dalam mengingat cara dan peraturan
permainan .
Rajah 1 Set Penilaian Ujian Pra yang digunakan untuk menguji tahap
penguasaan nombor asas 1 hingga 10.
Rajah 2 Penilaian Ujian Pra yang diadakan
untuk menguji tahap penguasaan nombor asas 1
hingga 10. Murid dikehendaki membilang
nombor 1 hingga 10 dengan jari dan dirakam
oleh ibu bapa atau penjaga.
15
PROJEK INOVASI PERMAINAN STACKING CUP SEBAGAI KAEDAH MENGENAL NILAI NOMBOR BAGI MURID
BERKEPERLUAN KHAS
Rajah 3 Demontrasi oleh guru projek inovasi tentang cara penghasilan
bahan Stacking Cup menggunakan bahan kitar semula di rumah.
16
PROJEK INOVASI PERMAINAN STACKING CUP SEBAGAI KAEDAH MENGENAL NILAI NOMBOR BAGI MURID
BERKEPERLUAN KHAS
b. Sesi Pengendalian Inovasi
Dalam sesi pengendalian, MBK diberi perhatian kepada padankan nombor dengan
bilangan titik (nilai nombor). Setiap MBK diminta untuk membuat aktiviti
Permainan Stacking Cup dan membuat latih tubi di rumah masing-masing
menggunakan set permainan tersebut. Video rakaman akan diambil oleh ibu bapa
atau penjaga dan hantar kepada guru sebagai tugasan. Proses pengulangan kepada
set nombor yang sama dapat membantu MBK dalam proses mengenal, mengecam
dan menyebut nombor secara lebih efektif.
Berikut merupakan contoh Permainan Stacking Cup yang diberi set nombor yang
sama untuk menjalankan latih tubi.
Rajah 4 Permainan Stacking Cup Ketiga:
Murid dikehendaki memadankan cawan kertas yang dilabel nombor kepada
jumlah titik yang betul.
17
PROJEK INOVASI PERMAINAN STACKING CUP SEBAGAI KAEDAH MENGENAL NILAI NOMBOR BAGI MURID
BERKEPERLUAN KHAS
c. Aplikasi Inovasi Kepada Murid:
Selepas menjalani proses pengendalian inovasi untuk mengenal dan menyebut
nombor asas 1 hingga 10, MBK seterusnya diberi ruang untuk mengaplikasikan
inovasi sebanyak 3 kali melalui cara Permainan Stacking Cup yang ditunjukkan
oleh guru melalui video rakaman secara individu .
i. Cara Permainan Stacking Cup – Susun cawan mengikut Urutan
Nombor
Rajah 5 Permainan Stacking Cup Pertama:
Aliff dan Benedict dapat mengecam nombor dan nombor dalam Bahasa
Inggeris dan menyusun nombor ikut urutan menaik.
18
PROJEK INOVASI PERMAINAN STACKING CUP SEBAGAI KAEDAH MENGENAL NILAI NOMBOR BAGI MURID
BERKEPERLUAN KHAS
ii. Cara Permainan Stacking Cup – Padankan cawan yang dilabel nombor
kepada jumlah nilai nombor yang tepat
Rajah 6 Permainan Stacking Cup Kedua:
Murid dapat memadankan cawan kertas kepada jumlah yang tepat.
Ini dapat dijadikan satu pentaksiran bilik darjah yang sesuai dan senang
dilaksanakan terutama bagi MBK yang mempunyai masalah kurang upaya
fizikal untuk menulis.
19
PROJEK INOVASI PERMAINAN STACKING CUP SEBAGAI KAEDAH MENGENAL NILAI NOMBOR BAGI MURID
BERKEPERLUAN KHAS
8.3 Kos bagi menghasilkan inovasi
Bil. Nama Bahan Gambar Harga Jumlah
Seunit Tiada
1. Cawan kertas Percuma
(terpakai) (Kitar semula)
10 biji
2. Pen marker RM 3.00 RM 3.00
1 batang (reusable)
3. Kertas warna Percuma Tiada
terpakai (Kitar semula)
4 keping
4. Kertas A4 Percuma Tiada
terpakai (Kitar semula)
5 helai
7. Gunting RM 4.50 RM 4.50
1 bilah
20
PROJEK INOVASI PERMAINAN STACKING CUP SEBAGAI KAEDAH MENGENAL NILAI NOMBOR BAGI MURID
BERKEPERLUAN KHAS
8. Pisau kertas RM 5.40 Rm 5.40
1 bilah
9. gam RM 4.60 RM 4.60
1
JUMLAH KESELURUHAN (RM) RM 17.50
21
PROJEK INOVASI PERMAINAN STACKING CUP SEBAGAI KAEDAH MENGENAL NILAI NOMBOR BAGI MURID
BERKEPERLUAN KHAS
8.4 Keberkesanan inovasi kepada Pengajaran dan Pembelajaran
Setiap MBK mempunyai tahap keupayaan yang berlainan dan hal ini merupakan salah
satu faktor di mana kekangan guru untuk mengecapi objektif pembelajaran pada sesi
PdP, tambahan lagi sesi PdPR yang penuh dengan pelbagai cabaran. Keadaan ini
menyebabkan mereka sukar untuk memahami, mengenal, mengecam, menyebut dan
menulis perkara yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka seperti membilang
nombor. Perkara ini kebiasaannya melibatkan MBK aras rendah. MBK akan
mengambil tempoh masa yang panjang dalam memahami dan mengingat kandungan
pelajaran yang disampaikan, malahan sehingga tamat tempoh persekolahan MBK
belum menguasai sepenuhnya asas nombor. Alternatif Permainan Stacking Cup dalam
mengenal nilai nombor asas 1 hingga 10 diwujudkan dengan mengambil kira faktor-
faktor MBK secara menyeluruh. 5 orang MBK aras rendah kelas PK2T telah dijadikan
sasaran kepada inovasi yang dijalankan ini.
Berikut merupakan dapatan tinjauan sebelum inovasi dilaksanakan:
Nama Murid Kategori OKU Tahap Penguasaan Murid
Benedict Vance Kurang Sebelum Inovasi
upaya Boleh menguasai 10 nombor asas
pendengaran
dengan bimbingan
Boleh menyebut dan menulis
Eric Tang Shin Jie ADHD nombor 1- 10 melalui bimbingan
Boleh menguasai 10 nombor asas
dengan bimbingan
Boleh mengenal, menyebut dan
menulis nombor dengan
Hii Kah Nee Sindrom bimbingan
Down Boleh menguasai 10 nombor asas
dengan bimbingan
Boleh mengenal, menyebut dan
menulis nombor dengan
Lawrence Chieng Kurang bimbingan
Heng Ming Upaya Boleh menguasai 5 nombor asas
Fizikal
dengan bimbingan
Boleh mengenal, mengecam dan
menyusun nombor dengan
Mohammad Aliff Masalah bimbingan
Alimin bin Mohd pembelajaran Boleh menguasai 5 nombor asas
Adenan
dengan bimbingan
Boleh mengenal, mengecam dan
menyusun nombor dengan
bimbingan
22
PROJEK INOVASI PERMAINAN STACKING CUP SEBAGAI KAEDAH MENGENAL NILAI NOMBOR BAGI MURID
BERKEPERLUAN KHAS
8.4.1 Kaedah Penilaian Pelaksanaan Inovasi
Terdapat dua (2) kaedah penilaian yang digunakan untuk melihat keberkesanan
pelaksanaan inovasi ini sepanjang pelaksanaan inovasi ini. Kaedah penilaian yang
digunakan adalah kaedah pemerhatian dan soal selidik.
Dalam fasa ini, guru telah menghantar video penghasilan inovasi dan 3 contoh aktiviti
Permainan Stacking Cup dalam Group WhatsApp kelas PK2T. Murid bersama ibu
bapa diminta untuk menghasilkan Stacking Cup dan menjalankan beberapa aktiviti
yang ditunjukkan.
Dapatan Kajian melalui Kaedah Pemerhatian terhadap Penghantaran Video Aktiviti
Inovasi
Bil Nama Catatan
1 Benedict Vance Jeffry Dapat menyebut nombor 1-10 dengan betul
2 Eric Tang Shin Jie Dapat mengira bilangan titik dengan betul
Dapat memadankan bilangan titik dengan
angka yang betul
Dapat menyebut nombor 1-10 dengan betul
Dapat mengira bilangan titik dengan betul
Dapat memadankan bilangan titik dengan
angka yang betul
3 Hii Kah Nee Dapat menyebut nombor 1-10 dengan betul
Dapat mengira bilangan titik dengan betul
Dapat memadankan bilangan titik dengan
angka yang betul
4 Lawrence Chieng Heng Ming Dapat menyebut nombor 1-10 dengan betul
Dapat mengira bilangan titik dengan betul
5 Mohammad Aliff Alimin bin Dapat memadankan bilangan titik dengan
Mohd Adenan
angka yang betul
Dapat menyebut nombor 1-10 dengan betul
Dapat mengira bilangan titik dengan betul
Dapat memadankan bilangan titik dengan
angka yang betul
Senarai Nama Murid yang menghantar video pelaksanaan inovasi
23
PROJEK INOVASI PERMAINAN STACKING CUP SEBAGAI KAEDAH MENGENAL NILAI NOMBOR BAGI MURID
BERKEPERLUAN KHAS
ii) Kaedah Penilaian : Soal Selidik dalam bentuk Google Form
Pada peringkat ini, ibu bapa diminta untuk menjawab soal selidik berbentuk Google
Form yang disediakan. Seramai 5 orang ibu atau bapa yang telah menjawab soal selidik
ini.
Dapatan 1
Berdasarkan maklum balas di atas, 60 % daripada jumlah MBK yang telah menjawab
soal selidik ini mempunyai masalah pembelajaran. 20% lagi adalah terdiri daripada
kurang upaya pendengaran dan 20% kurang upaya fizikal.
Dapatan 2
Sangat tidak setuju Tidak setuju Kadang-kadang Setuju Sangat setuju
Berdasarkan maklum balas di atas, 60 % daripada jumlah ibu bapa MBK yang telah
menjawab soal selidik ini berpendapat sangat bersetuju anak mereka berasa lebih
seronok belajar melalui bermain dan 40% setuju dengan kaedah ini.
24
PROJEK INOVASI PERMAINAN STACKING CUP SEBAGAI KAEDAH MENGENAL NILAI NOMBOR BAGI MURID
BERKEPERLUAN KHAS
Dapatan 3
Sangat tidak setuju Tidak setuju Kadang-kadang Setuju Sangat setuju
Berdasarkan maklum balas di atas, 80 % daripada jumlah ibu bapa MBK yang telah
menjawab soal selidik ini berpendapat sangat bersetuju anak mereka berasa lebih
berminat untuk belajar nombor 1-10 dengan menggunakan Permainan Stacking Cup
berbanding 20% yang bersetuju menggunakan Permainan ini.
Dapatan 4
Sangat tidak setuju Tidak setuju Kadang-kadang Setuju Sangat setuju
Berdasarkan maklum balas di atas, 80% ibu bapa MBK sangat bersetuju anak mereka
lebih mudah mengingat kandungan pembelajaran manakala seorang ibu atau bapa
berpendapat kadang-kadang dengan peratusan 20%.
25
PROJEK INOVASI PERMAINAN STACKING CUP SEBAGAI KAEDAH MENGENAL NILAI NOMBOR BAGI MURID
BERKEPERLUAN KHAS
Dapatan 5
Sangat tidak setuju Tidak setuju Kadang-kadang Setuju Sangat setuju
Berdasarkan maklum balas di atas, 80% ibu bapa MBK sangat bersetuju anak mereka
lebih mudah mengingat kandungan pembelajaran manakala seorang ibu atau bapa
berpendapat kadang-kadang dengan peratusan 20%.
Dapatan 6
Sangat tidak setuju Tidak setuju Kadang-kadang Setuju Sangat setuju
Berdasarkan maklum balas di atas, 80% ibu bapa MBK sangat bersetuju anak mereka
lebih mudah mengingat kandungan pembelajaran manakala seorang ibu atau bapa
berpendapat kadang-kadang dengan peratusan 20%.
26
PROJEK INOVASI PERMAINAN STACKING CUP SEBAGAI KAEDAH MENGENAL NILAI NOMBOR BAGI MURID
BERKEPERLUAN KHAS
Dapatan 7
Bilangan responden
Berdasarkan maklum balas di atas, terdapat 80% ibu bapa MBK yang berpendapat
faedah utama permainan Stacking Cup adalah permainan ini dapat membantu anak
mereka untuk mengingat nombor dengan mudah. 60% bersetuju faedah yang kedua
adalah permainan ini mampu meningkatkan tahap keyakinan anak mereka. 40% lagi
permainan ini dikatakan mudah dihasilkan, kos penghasilan murah dan mudah
diperoleh, permainan ini berbentuk fleksibel serta menggalakkan anak mereka untuk
berkomunikasi dengan mereka.
Melalui dapatan kajian di atas, Permainan Stacking Cup ini memberikan impak
yang positif dan aktiviti ini dilihat dapat membantu pembelajaran MBK dalam
mengenal dan mengira nombor 1-10 dengan berkesan dan mudah untuk difahami.
Penggunaan inovasi ini dalam kalangan ibu bapa dapat membantu meningkatkan
interaksi dan komunikasi mereka bersama anak-anak. Secara langsung, ibu bapa
terlibat secara aktif dalam pembelajaran anak-anak dan dapat memahami cara yang
mudah untuk membantu tahap pembelajaran MBK di rumah dengan kerjasama guru
subjek.
Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang diajukan oleh ibu bapa.
Antaranya adalah, membuat Permainan Stacking Cup dalam pelbagai warna supaya
permainan tersebut kelihatan lebih menarik. Selain itu, ibu bapa juga berpendapat agar
lebih banyak aktiviti seumpama belajar melalui bermain ini dijalankan agar anak-anak
mereka lebih tertarik dengan pembelajaran yang disampaikan.
Kesimpulannya, aktiviti inovasi ini berjalan dengan jayanya dalam membantu
MBK untuk mengingat dan memahami konsep nombor dengan cara yang mudah dan
dapat diikuti oleh mereka. Semoga lebih banyak lagi kajian inovasi dijalankan
khususnya dalam bidang Pendidikan Khas agar MBK juga mendapat manfaat
pembelajaran yang diharapkan demi mempertingkat kemahiran dan mencapai
keperluan pembelajaran mereka pada tahap yang maksimum. Besarlah harapan kami
27
PROJEK INOVASI PERMAINAN STACKING CUP SEBAGAI KAEDAH MENGENAL NILAI NOMBOR BAGI MURID
BERKEPERLUAN KHAS
sebagai guru Pendidikan Khas agar anak-anak didik yang menaruh kepercayaan kepada
kami juga berasa seronok dan minat mereka dalam pembelajaran semakin bertambah
dari hari ke hari sama seperti kami yang mendapat motivasi yang positif untuk
merangka dan merancang pembelajaran mereka.
8.5 Potensi untuk disebarluaskan kepada pihak lain
Perkongsian inovasi merupakan satu perkara yang wajib dilaksanakan bagi memastikan
lebih ramai MBK dapat manfaat melalui pelaksanaan inovasi. Oleh itu, beberapa
perkongsian diadakan sebagai langkah penyebaran maklumat serta pengaplikasi projek
inovasi dalam sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam kalangan guru dan
juga komuniti. Berikut merupakan beberapa perkongsian yang telah diadakan bagi
inovasi Permainan Stacking Cup ini:
8.5.1 Perkongsian Amalan Terbaik kepada warga sekolah
Pelaksanaan projek inovasi merupakan salah satu aktiviti di bawah Program
Transformasi Sekolah 2025 (TS 25). Oleh hal yang demikian, inovasi Permainan
Stacking Cup yang berkonsep terapi bermain merupakan suatu langkah dalam
menjayakan matlamat program TS 25 tersebut. Inovasi ini telah dikongsikan melalui
perkongsian amalan terbaik dalam kalangan guru Pendidikan Khas di mana
demonstrasi penggunaan inovasi dan pengaplikasian dalam PdPR telah dilaksanakan
untuk memberikan idea bagi pelaksanaan PdPR yang lebih berkesan kepada MBK
Kefungsian rendah. Perkongsian ini turut diadakan sebagai langkah penyebaran
kepada komuniti khususnya ibu bapa MBK memandangkan cara penyediaan bahan
adalah sangat mudah dan jimat kos di samping meningkatkan penguasaan MBK
melalui pendekatan Belajar melalui Bermain (BMB).
8.5.2 Pelaksanaan Oleh Guru Matematik dan Bahasa
Dalam memastikan keberkesanan bagi inovasi terapi Permainan Stacking Cup tersebut,
penyebaran inovasi Permainan Stacking Cup telah diintegrasikan dalam topik guru
yang mengajar dalam Bidang Bahasa dan Matematik MBK aras rendah. Guru juga
dapat menjadikan Permainan Stacking Cup tersebut sebagai suatu bentuk pentaksiran
bilik darjah (PBD) dalam menilai penguasaan MBK dengan lebih berkesan.
8.5.3 Media Sosial KidSS
Penyebaran pelaksanaan inovasi juga dilakukan melalui muat naik video demonstrasi
Permainan Stacking Cup di laman sosial Facebook PPKI. Maklumat dalam bentuk
pernyataan bertulis, gambar dan video yang dimuatnaik dalam laman media sosial
Facebook PPKI bukan sahaja akan dikongsi oleh seluruh warga KidSS termasuk murid,
guru dan barisan pengurusan tetapi juga followers fan page tersebut adalah guru PPKI
28
PROJEK INOVASI PERMAINAN STACKING CUP SEBAGAI KAEDAH MENGENAL NILAI NOMBOR BAGI MURID
BERKEPERLUAN KHAS
dari sekolah atau daerah lain. Dengan itu, penggunaan terapi Permainan Stacking Cup
akan dapat disebar dengan meluas secara tidak langsung.
8.6 FAEDAH PELAKSANAAN INOVASI
8.6.1 Kos
Penghasilan inovasi ini amatlah mudah dan memerlukan kos yang minimum. Bahan
kitar semula atau bahan sedia ada di rumah boleh digunakan untuk menghasilkan
inovasi ini. Bahan yang diperlukan adalah cawan kertas atau plastik serta kertas warna
dan marker untuk melabel cawan tersebut.
8.6.2 Penjimatan Masa
Inovasi Permainan Stacking Cup ini mengambil masa yang singkat dan tidak
membebankan masa MBK dan ibu bapa untuk menyediakannya. Mereka hanya perlu
melakukan aktiviti mudah seperti menggunting dan melabel cawan kertas atau plastik
yang disediakan.
8.6.3 Peningkatan Hasil Kerja MBK
MBK akan berasa lebih seronok dan berminat untuk belajar dengan adanya bahan
manipulatif seperti Stacking Cup. Bukan sahaja mereka dapat mengingat nombor
malahan sekiranya mereka selalu mengulangi aktiviti ini, mereka akan dapat mengingat
dan mengenal perkataan nombor dalam Bahasa Inggeris dengan mudah dan yakin.
8.6.4 Tahap Kepuasan Hati Pelanggan
Ibu bapa dan MBK dapat melakukan aktiviti ini dengan panduan mudah yang
disediakan. Mereka juga dapat mempelbagaikan aktiviti ini kepada aktiviti lain yang
difikirkan sesuai dengan perkembangan anak-anak mereka. Inovasi ini dapat
memudahkan pembelajaran MBK dan merangsang minat pembelajaran mereka.
8.6.5 Meningkatkan Psikomotor
Permainan Stacking Cup ini dapat membantu meningkatkan perkembangan psikomotor
dan koordinasi mata-tangan MBK. Selain aktiviti menulis dan mewarna, aktiviti
Stacking ini dapat membantu mencapai tahap perkembangan psikomotor halus dan
kasar yang optimum melalui pergerakan asas MBK semasa melakukan aktiviti inovasi
ini.
29
PROJEK INOVASI PERMAINAN STACKING CUP SEBAGAI KAEDAH MENGENAL NILAI NOMBOR BAGI MURID
BERKEPERLUAN KHAS
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, hasil kajian inovasi menunjukkan bahawa pelaksanaan inovasi
Permainan Stacking Cup dalam pembelajaran nombor 1-10 dalam kalangan MBK
menggunakan pendekatan Belajar melalui Bermain (BMB) telah diterapkan dengan
efektif dan menunjukkan hasil yang baik serta positif. Penggunaan bahan manipulatif
yang mudah seperti ini mampu mewujudkan suatu pembelajaran yang berstruktur dan
menyeluruh. Modifikasi aktiviti inovasi ini juga membolehkan pelaksanaannya
disesuaikan dan dipelbagaikan mengikut tahap dan peringkat pembelajaran murid
khususnya golongan MBK.
Projek inovasi Permainan Stacking Cup ini telah memberikan impak yang
positif kepada murid, ibu bapa dan guru. Objektif pembelajaran yang ditetapkan bagi
melaksanakan inovasi ini juga dapat dicapai dengan kerjasama dan penglibatan aktif
MBK dan ibu bapa yang turut mengambil berat pembelajaran anak mereka. Inovasi
ini bertujuan untuk membantu murid mengingat dan menguasai konsep nombor 1-10
dalam Bahasa Inggeris dengan cara yang lebih menarik dan interaktif. Di samping itu,
inovasi ini dilihat mampu membantu MBK menumpukan perhatian dan meningkatkan
koordinasi mata-tangan mereka. Bahan bantu mengajar ini juga dapat membantu
mengurangkan masalah tingkah laku dan emosi MBK di rumah serta merangsang
perkembangan kemahiran interpersonal murid dalam kehidupan seharian. Secara tidak
langsung, hal ini dapat meningkatkan penglibatan MBK dalam PdPR secara lebih aktif
dan mencapai keperluan pendidikan mereka.
Dengan ini diharapkan inovasi ini dapat disebar luas dan menjadi manfaat
kepada MBK yang mengalami masalah pembelajaran yang sama dengan
pengubahsuaian yang lebih kreatif dan sesuai untuk mereka. Sesungguhnya, golongan
MBK juga mempunyai potensi pendidikan yang harus diterokai dan diperkembangkan
dengan kerjasama guru, ibu bapa, pihak sekolah dan komuniti dengan lebih giat lagi.
30
PROJEK INOVASI PERMAINAN STACKING CUP SEBAGAI KAEDAH MENGENAL NILAI NOMBOR BAGI MURID
BERKEPERLUAN KHAS
Rujukan
Fong Peng Chew dan Mohd Fikri Ismail (2020). Pelaksanaan pendekatan bermain
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu murid prasekolah. Jurnal
Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan. Fakulti Pendidikan, Univarsiti
Malaya, Kuala Lumpur .
Holecko, C. Profil sukan belia: penumpuan sukan. Diperoleh pada 24 Ogos 2021
https://ms.drafare.com/profil-sukan-belia-penumpuan-sukan/
Kamarulzaman Kamaruddin (2003). Psikologi perkembangan teori dan konsep.
Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Kamarulzaman Kamaruddin (2011). Psikologi perkembangan untuk panduan guru.
Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
MacBlain, S. (2014). How children learn. UK: SAGE Publications.
Mitchell, R. & Brown, R. (1991). Early intervention studies for young children with
special needs. UK: Chapman & Hall
Mohamed, J. K. (2005). Pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa. PTS
Professional.
Mohd. Sharani Ahmad (2008). Intervensi anak istimewa bermasalah pembelajaran.
Sabah: Universiti Malaysia Sabah.
National Joint Commitee on Learning Disabilities (1993). Providing appropriate
education for students with learning disabilities in regular education
classroom. Diperoleh pada 24 Ogos 2021
https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/8492051/
Sphero Team (2021). Special Needs Education: How play-based learning can help
students with special needs. Diperoleh pada 25 Ogos 2021
https://sphero.com/blogs/news/special-needs-education-play-based-learning
Zainuddin Zainal Abidin dan Suardi Afrinaleni (2010). Keberkesanan Kaedah
Konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Universiti
Teknologi Malaysia, Johor.
31
PROJEK INOVASI PERMAINAN STACKING CUP SEBAGAI KAEDAH MENGENAL NILAI NOMBOR BAGI MURID BE
SENARAI SEMAK MATEMATIK KELAS PENDIDI
SEBELUM PELAKS
KEMAHIRAN : MENGENAL NILAI TOPIK : NOM
OBJEKTIF NOMBOR 1-10
PEMBEJARAN :
Pada akhir sesi pengajaran ini, murid PK2T berupaya
KRITERIA KEJAYAAN:
Murid akan dapat mencapai objektif sekiranya dapat:
KAEDAH MENGAJAR a) mengecam sekurang-kurangnya 4 nombor de
b) membilang 4 nombor dalam Bahasa Melayu d
c) membilang 4 nombor dalam Bahasa Inggeris
d) menyusun nombor ikut tertib
e) memadankan sekurang-kurangnya 4 nombor
Chalk and talk, kuiz online
BBM Kuiz
PENILAIAN Lembaran kerja
ANALISIS KEPUTUSAN Sangat Lemah – 3 orang , Lemah – 0 orang , Sederhan
ERKEPERLUAN KHAS LAMPIRAN 1
IKAN KHAS KEFUNGSIAN RENDAH TAHUN 2021
SANAAN INOVASI
MBOR 1 HINGGA 10 KELAS : PK2T
a mengenal nombor.
engan tepat.
dengan tepat
dengan tepat
r dengan perkataan dengan tepat
na – 2 orang , Baik – 0 , Sangat Baik - 0
32
PROJEK INOVASI PERMAINAN STACKING CUP SEBAGAI KAEDAH MENGENAL NILAI NOMBOR BAGI MURID BE
KEMAHIRAN : MENGENAL NILAI TOPIK : NOMBO
NOMBOR 1-10 1 - 2 – Lemah / Se
Skala mata 0 – Sangat Lemah KOMPONEN PE
NAMA MENGECAM MEMBILANG MEMBIL
PELAJAR NOMBOR NOMBOR DALAM NOMBOR
1. Benedict Vance BAHASA MELAYU BAHASA IN
0 1-2 3-6
0 1-2 3-6 0 1-2
32 1
2. Eric Tang Shin Jie 4 32
3. Hii Kah Nee 1 10
4. Lawrence Chieng 4 3 2
Heng Ming 2 1
5. Mohammad Aliff
Alimin bin Mohd
Adenan
Skala markah 0 – 20 - Sangat Lemah 21-39 - Lemah 41–59 - S
ERKEPERLUAN KHAS
LAMPIRAN 2
OR 1 HINGGA 10 KELAS : PK2T
ederhana 3 - 6 – Baik / Sangat Baik
ENILAIAN
LANG MENYUSUN MEMADANKAN JUMLAH MARKAH
DALAM NOMBOR IKUT ANGKA DENGAN SKOR
NGGERIS NILAI Jumlah mata
TERTIB Jumlah mata
3-6 0 1-2 3-6 30 × 100 %
0 1-2 3-6 30
20 8 / 30 40 %
2 2 13 / 30 43 %
00 2 / 30 7%
31 2 13 / 30 43 %
10 6 / 30 20 %
Sederhana 60 – 79 - Baik 80 – 100 – Sangat Baik
33
PROJEK INOVASI PERMAINAN STACKING CUP SEBAGAI KAEDAH MENGENAL NILAI NOMBOR BAGI MURID BE
SENARAI SEMAK BAHASA MELAYU KELAS PENDI
SELEPAS PELAKS
KEMAHIRAN : MENGENAL NILAI TOPIK : NOM
OBJEKTIF NOMBOR 1-10
PEMBEJARAN :
Pada akhir sesi pengajaran ini, murid PK2T berupaya
KRITERIA KEJAYAAN:
Murid akan dapat mencapai objektif sekiranya dapat:
KAEDAH MENGAJAR a) mengecam sekurang-kurangnya 4 nombor de
b) membilang 4 nombor dalam Bahasa Inggeris
c) menyusun nombor ikut tertib
d) menyusun nombor ikut susunan yang tetap
e) memadankan sekurang-kurangnya 4 nombor
Pendekatan Belajar melalui Bermain (BMB)
BBM PERMAINAN STACKING CUP
PENILAIAN PERMAINAN STACKING CUP
ANALISIS KEPUTUSAN Sangat Lemah – 0 orang , Lemah – 0 orang , Sederhan
ERKEPERLUAN KHAS LAMPIRAN 3
IDIKAN KHAS KEFUNGSIAN RENDAH TAHUN 2020
SANAAN INOVASI
MBOR 1 HINGGA 10 KELAS : PK2T
a mengenal nombor.
engan tepat.
dengan tepat
r dengan perkataan dengan tepat
na – 3 orang , Baik – 1 , Sangat Baik - 2
34
PROJEK INOVASI PERMAINAN STACKING CUP SEBAGAI KAEDAH MENGENAL NILAI NOMBOR BAGI MURID BE
KEMAHIRAN : MENGENAL NILAI TOPIK : NOMBO
NOMBOR 1-10 1 - 2 – Lemah / Se
Skala mata 0 – Sangat Lemah KOMPONEN PEN
MENGECAM MEMBILANG MENYU
NOMBOR NOMBOR DALAM NOMBOR
BAHASA INGGERIS
NAMA TERT
PELAJAR
0 1-2 3-6 0 1-2 3-6 0 1-2
1. Benedict Vance
43
2. Eric Tang Shin Jie
55
3. Hii Kah Nee
32
4. Lawrence Chieng
Heng Ming 55
5. Mohammad Aliff 33
Alimin bin Mohd
Adenan
Skala markah 0 – 20 - Sangat Lemah 21-39 - Lemah 41–59 - S
ERKEPERLUAN KHAS
LAMPIRAN 4
OR 1-10 KELAS : PK2T
ederhana 3 - 6 – Baik / Sangat Baik
NILAIAN
USUN MENYUSUN MEMADAN JUMLAH MARKAH
R IKUT NOMBOR IKUT NOMBOR SKOR
TIB SUSUNAN TETAP DENGAN Jumlah mata
PERKATAAN Jumlah mata
3-6 0 1-2 3-6 30 × 100 %
0 1-2 3-6 30
4 4 3 18 / 30 60 %
6 6 2 4 28 / 30 93 %
4 32 14 / 30 47 %
6 6 2 5 29 / 30 97 %
4 32 15 / 30 50 %
Sederhana 60 – 79 - Baik 80 – 100 – Sangat Baik
35